Anda di halaman 1dari 15

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN DAN


PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 1

SINOPSIS
Pengurusan dan pentadbiran merupakan proses sosial yang berkaitan dengan
perjalanan sesuatu organisasi termasuk organisasi pendidikan. Proses ini akan
menjamin

pencapaian

matlamat

organisasi

tersebut.

Topik

ini

akan

membincangkan definisi dan konsep penntadbiran dan pengurusan secara


umum

serta

konsep

pentadbiran

dan

pengurusan

pendidikan.

Aspek

persekitaran sekolah yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan


sekolah juga dibincang. Pada keseluruhannya perbincangan topik ini lebih
tertumpu kepada aspek-aspek pentadbiran dan pengurusan untuk membolehkan
seseorang memahami proses pentadbiran dan pengurusan secara umumnya.

HASIL PEMBELAJARAN

1.

Menghuraikan konsep pengurusan dan pentadbiran dalam Pendidikan


Khas.

2.

Menjelaskan struktur organisasi Pendidikan Khas di Malaysia.

3. Membincangkan peranan guru Pendidikan Khas sebagai pengurus dan


pentadbir.
4. Membuat penilaian ke atas program Pendidikan Khas untuk menentukan
keberkesanannya.
5. Mengenal pasti cabaran semasa untuk menangani masalah yang
dihadapi dalam Pendidikan Khas.

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

KERANGKA TAJUK
Program-program Pendidikan Khas di Malaysia

Jenis-jenis program Pendidikan Khas

Proses Penempatan Murid

Sekolah Khas (Berasrama)


- Sekolah Khas (Harian)
- Program Inklusif
- Program Integrasi
- Sekolah Vokasional Khas
- Kelas Khas

Pihak-pihak yang terlibat


Kriteria penempatan

KANDUNGAN

1.0 Konsep Asas Pengurusan Dan Pentadbiran

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau


pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap, proses
pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat
menyempurnakan kehidupan manusia. Proses pentadbiran berlaku sama ada di
dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta organisasi formal
dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang
pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang
dimaksudkan dengan pentadbiran.

Griffiths (1959), dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan


pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua
organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu
organisasi sosial itu. Drucker (1945) dalam bukunya The Practice of
2

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang
paling berharga.

Stoner (1984) dalam buku

Management mengatakan

pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal


daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk
mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell (1983) menjelaskan proses
pentadbiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat
keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

Dalam sesebuah organisasi sosial termasuk organisasi pendidikan, pengurusan


dan pentadbiran perlu diketuai oleh seseorang individu yang dikenali sebagai
pengurus atau pentadbir. Pengurus atau pentadbir boleh di sifatkan sebagai
seorang

yang melaksanakan tugas melalui orang lain. Everard (1986)

mendefinisikan pengurus atau pentadbir sebagai orang yang:

(i)

Tahu apa yang dikehendaki dan tahu penyebab yang membolehkan ia


berlaku.

(ii)

Bertanggungjawab mengawal sumber dan memastikan kegunaannya untuk


kebaikan.

(iii)

Meningkatkan keberkesanan kerja yang sudah dilaksanakan dan mencari


cara bagi pembaikan secara berterusan.

(iv)

Bertanggungjawab pada prestasi unit yang diuruskan dan ia adalah


sebahagian daripadanya.

(v)

Mewujudkan suasana yang sesuai yang membolehkan individu


melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Dari aspek sosial, institusi yang ditubuhkan oleh masyarkat adalah satu sistem
sosial. Contoh institusi itu ialah sekolah. Kesemua institusi atau sistem sosial
termasuk sekolah mempunyai matlamat penubuhan dan terdiri daripada
komponen-komponen mereka masing-masing. Contohnya sistem sekolah terdiri
daripada komponen guru, murid, bangunan, infrastruktur, guru besar, kakitangan
sokongan dan lembaga pengurus. Oleh kerana sistem sosial diuruskan oleh
3

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

manusia yang berinteraksi, yang mempengaruhi dan dipengaruhi, maka adalah


satu sistem terbuka yang dilihat pada darjah kebolehan sistem itu melakukan
perubahan yang membawa kepada pencapaian matlamat dengan lebih berkesan
dan cekap.

Bagi sesuatu sistem sosial, tenaga manusia menjadi nadi penggerak komponenkomponen. Tenaga manusia yang dimaksudkan disini ialah pengurus atau
pentadbir sistem tersebut. Dengan itu, organisasi sosial yang formal merujuk
kepada kaedah dan strategi tenaga manusia menggerakkan sumber-sumber
yang diadakan pada komponen-komponen di dalam sistem bagi mencapai
matlamat.

1.2 Definisi Pengurusan dan Pentadbiran

Pentadbiran ditafsirkan pelbagai cara. Antara lain disebut sebagai:


(i)

Satu proses sosial yang merangkumi soal-soal penyelesaian masalah dan


membuat keputusan.

(ii)

Satu proses sosial yang berkait dengan mengadakan, menyelenggarakan,


mengawal dan menyatupadukan segala tenaga manusia dan material
dalam satu sistem yang disepadukan untuk mencapai sesuatu matlamat.

(iii)

Sesuatu tindakan mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti yang saling


mempengaruhi antara satu sama lain utuk mencapai sesuatu matlamat
dengan sebaik-baik cara yang mungkin.

Dari definisi-definisi yang berbagai-bagai diatas ini, dapat dirumuskan bahawa


pentadbiran menekankan bukan sahaja pencapaian matlamat, tetapi juga
hubungkait

yang

rapat

antara

matlamat-matlamat

ini

penyepaduan yang lebih mendalam dalam sesuatu organisasi.

supaya

terdapat

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pengurusan mempunyai pelbagai erti:

(i)

Pengurusan ialah perancangan, pengelolaan, penyepaduan, dan


pengukuran.

(ii)

Pengurusan ialah penggunaan sesuatu dengan teliti bagi mencapai


sesuatu matlamat.

(iii)

Pengurusan ialah menentukan sesuatu itu dibuat oleh orang-orang lain,


terutamanya orang-orang bawahan.

(iv)

Pengurusan ialah penyeliaan ke atas sesuatu.

Sebenarnya, pengurusan merangkumi semua definisi yang tersebut diatas. Jadi


secara kasar, pengurusan ialah membuat sesuatu bersama dan melalui orang
lain untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu. Berdasarkan definisi umum ini
dan dari definisi-definisi khusus di atas, dapat dilihat fungusi pengurusan
termasuk perancangan, pengelolaan, motivasi dan pengawasan. Agar fungsi itu
berjaya dilaksanakan, tiga kemahiran diperlukan:

(i)

Kemahiran teknik: kebolehan menggunakan pengetahuan, kaedah-kaedah,


teknik-teknik dan alat-alat yang perlu bagi menjalankan sesuatu tugas.
Kebolehan ini adalah hasil daripada pengalaman, pendidikan dan latihan.

(ii)

Kemahiran komunikasi: kebolehan bergaul dan bekerja dengan manusia


lain.

(iii) Kemahiran konsep: kebolehan memahami keanekaragaman dalam


organisasi dan kemudian menyelesaikan diri di dalamnya.

Kemahiran-kemahiran yang tersebut diatas ini perlu ada pada seseorang


pengurus supaya ia dapat bertindak dan mengurus dengan lebih berkesan.
Definisi kedua-dua istilah ini iaiitu pentadbiran dan pengurusan memperlihatkan
betapa rapatnya hubungkait antara satu dengan lain. Pengurusan menumpukan
kepada pencapaian matlamat organisasi manakala pentadbiran menitikberatkan
bukan sahaja pencapaian matlamat, tetapi juga pertalian antara matlamat5

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

matlamat supaya organisasi lebih bersepadu ke arah pengeluaran hasil yang


lebih baik. Kita dapat lihat bahawa peranan pentadbiran itu lebih luas daripada
pengurusan. Perlu juga di fahami bahawa suatu sifat yang dinamakan
kepimpinan memainkan peranan yang lebih menyeluruh untuk mencakupi semua
yang terdapat dalam pengurusan dan pentadbiran.

Secara gambarajah dapat dihubungkaitkan seperti dalam Rajah 1.1 di bawah:

Rajah 1.1: Kedudukan sistem organisasi

1.3 Total Quality Management

1.3.1 Proses Pentadbiran dan Pengurusan

Seorang pentadbir yang melibatkan diri dalam pentadbiran dan pengurusan


seharian, m tidak dapat lari dari beberapa proses pentadbiran dan pengurusan.
Diantaranya ialah perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan kawalan.
Bagaimanakah seorang pentadbir dapat menyesuaikan diri supaya dapat
mengendalikan aspek-aspek ini sebaik mungkin?

(a)

Proses ini melibatkan aktiviti yang dirangka untuk menentukan tindakan

masa depan bagi menggunakan sumber-sumber secara optimum. Proses


perancangan merangkumi penilaian yang dibuat secara teliti tentang masa
depan dan merangka beberapa tindakan alternatif untuk mencapai matlamat

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

organisasi. Ia melibatkan: Apa mesti dibuat?; Bila mesti dibuat?; Bagaimanakah


melakukannya? Dan siapa akan melakukannya?

(i)

Perancangan diperlukan untuk mencapai 3 matlamat, iaitu

(ii)

memperolehi bahan dan sumber-sumber

(iii)

menyelaraskan usaha dan tindakan kakitangan

(iv)

menjamin pencapaian matlamat organisasi

(b)

Penyempurnaan perancangan akan menjadi mudah dengan adanya

struktur organisasi. Jentera struktur organisasi diperlukan untuk menjalankan


tugas-tugas yang telah dikenalpasti. Perlantikan, penempatan dan latihan
kakitangan amat diperlukan. Pengelolaan melibatkan penentuan kerja, kuasa
dan autoriti penempatan sumber secara berkesan. Di samping itu pembahagian
dan pengkhususan kerja, pengagihan tanggungjawab dan autoriti juga penting.
Pengelolaan ialah penyelarasan sumber manusia dan bahan. Penyelarasan
cuba menghubungkan kakitangan, kerja, sumber dan masa supaya saling
lengkap melengkapi dan perhubungan ini hendaklah jelas.

(c)

Memimpin adalah suatu proses memotivasikan kakitangan supaya

bekerjasama untuk mencapai matlamat organisasi. Memimpin dan mendorong


adalah amat penting dalam perjalanan organisasi kerana proses ini amat berkait
dengan kakitangan sendiri di mana keupayaan dan sikap mereka perlu diteliti
terlebih dahulu untuk menjamin keberkesanan. Pentadbir hendaklah mempunyai
kesediaan untuk membimbing dan memimpin kakitangannya supaya berkesan.
Secara amnya, komponen asas dalam proses kepimpinan ialah memotivasikan
pekerja, mengurus kumpulan, komunikasi pengurusan dan lain-lain perkara yang
berkaitan dengan tingkah laku organisasi.

(d)

Mengawal ialah untuk menentukan atau menjamin kegiatan pekerja terarah

kepada pencapaian matlamat dan aktiviti yang dilaksanakan hendaklah selaras


dengan perancangan. Pengawalan mempunyai tiga unsur, iaitu;
7

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(i)

Menentukan standard prestasi,

(ii)

Mengukur prestasi masa kini dengan standard yang ditentukan,

(iii)

Mengambil tindakan pembetulan.

1.3.2 Teori Pentadbiran dan Pengurusan

Pentadbiran juga boleh dikaji sebagai satu bidang sains, kerana ia meliputi
pelbagai aspek termasuk kajian dan penyelidikan. Mengikut sejarah, terdapat
pelbagai

pendekatan

dalam

memperkembangkan

prinsip

pengurusan.

Sebenarnya pengurusan berkembang apabila perdagangan sesebuah negara


meningkat. Dengan itu cara pengurusan yang lama seperti free enterprise
system dan sistem mercantile tidak sesuai lagi. Pada abad ke 20, teori-teori yang
berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan mulai berkembang.

Teori boleh dianggap sebagai suatu asas untuk mengembang ilmu. Mengikut
Hoy dan Miskel, teori ialah satu konsep yang kait-mengait andaian-andaian dan
generalisassi yang menerangkan secara sistematik kebiasaan tingkah laku
dalam organisasi. Jadi melaui teori, pentadbir boleh menggunakannya sebagai
asas untuk mendapatkan jawapan atau mencari jalan untuk bertindak semasa
dia menghadapi tugas-tugas di dalam situasi tertentu.

Pada asasnya kebanyakan teori pentadbiran cuba memberi pengetahuan


struktur

tugas,

prestasi,

perjalanan

pentadbiran,

aspek organisasi

dan

sebagainya. Klasifikasi teori pentadbiran adalah berbeza-beza mengikut para


pengkaji. Antara beberapa teori pentadbiran yang telah diasaskan adalah seperti
berikut:

(a)

Pengurusan Saintifik

Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat


bawah. Pendekatan yang juga dikenali sebagai analisis tugas, diasaskan oleh
8

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Frederick Taylor (1856-1915). Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah


dalam revolusi industri pada tahun 1900. Tujuan utama kajiannya ialah menilai
proses pekerja dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan. Antara
beberapa Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ialah:

(i)

memotivasikan pekerja

(ii)

memilih pekerja yang paling sesuai,

(iii)

masa yang standard bagi semua pekerja

(iv)

pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja

(v)

pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan

(vi)

ugas perancangan dipisahkan dengan tugas pengeluaran

(vii) produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan,


(viii) pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerja

(b)

Pengurusan Berfungsi

Teori ini diasaskan oleh Henry Fayol (1841-1925), seorang eksekutif rendah
yang berasal dari Peranchis. Mengikut teori ini peranan pengurus dalam
sesebuah organisasi adalah penting dan tumpuannya ialah kepada peringkat
atas. Pengurus juga adalah pembuat keputusan dan pemimpin perantaraan.
Teori ini berkembang di Eropah dan ia bertujuan meningkatkan kecekapan
industri.

(c)

Path-Goal Theory

Path Goal Theory atau Jalan Arah Matlamat diperkenalkan oleh House (1970 an)
Mengikut House, pemimpin mendapat prestasi pekerja yang baik, jika diberikan
matlamat dan ganjaran serta apa yang perlu dilakukan. Teori ini mengutarakan
empat stail tingkah laku kepimpinan:

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(i)

Kepimpinan mengarah: Mengarah kepada pekerja dan bersikap


autoritarian.

(ii)

Kepimpinan menyokong: Pemimpin mudah ditemui dan selalu mesra.

(iii)

Kepimpinan participatif: Meminta cadangan dari pekerja, menggunakan


pandangan tetapi ketua membuat keputusan.

(iv)

Kepimpinan orientasi kejayaan: Ketua yang membentuk sesuatu


perancangan.

Kesimpulan Teori Path-Goal ialah, tingkah laku ketua mendorong kakitangan


sesuatu organisasi itu bekerja dengan baik. Matlamat akhir yang diharapkan
daripada tugas pengurusan dan pentadbiran ialah meningkatkan taraf prestasi
organisasi tersebut. Pada asasnya pengurusan dan pentadbiran adalah segala
usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisasi untuk memenuhi matlamat dan
tujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur
organisasi tersebut.

1.4 Model Pengurusan dalam Pendidikan Khas

1.4.1 Model Itineran

Model guru beredar.


Sasaran : semua murid berkeperluan khas
Cara pelaksanaan: khidmat bantu secara terus di bilik darjah
Penglibatan: murid dan guru
Skop: terhad
Lokasi: kelas, Tadika, Taman Asuhan, Sekolah integrasi dan PDK

Itinerant teachers (also called "visiting" or "peripatetic" teachers) are traveling


schoolteachers. They are sometimes specialized to work in the field of special
education, providing individual tutoring to students with visual or hearing
impairments. Historically, the term has also been used to describe traveling
10

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

teachers in regions without formal schools, as well as the sophists of Ancient


Greece, the disciples of Jesus of Nazareth, and possibly even Jesus of Nazareth
himself.

A Highly Qualified Itinerant Teacher


Case
Management
Skills

Best Practices

Instructional
Skills

Medical

Communication
Skills

Assessment

The TRIADIC Model

: The triadic service delivery model is an INDIRECT

intervention model in which the Itinerant ECSE teacher supports childrens


development by working primarily with another teacher or parent rather than
directly with the child.

11

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

1.4.2 Model Konsultan

Model perundingan.
Sasaran : kanak-kanak khas, ibu bapa, guru, dan semua pihak yang berkaitan
Cara pelaksanaan: khidmat bantu secara lebih terbuka
Penglibatan: murid dan guru, KPM, NGO,JKM,KKM, pasukan pelbagai disiplin,
pakar berkaitan
Skop:lebih luas
Lokasi : bebas, dalam dan luar sekolah

Services such as school social work and special education counseling were
limited by the financial strain. The responsibilities for these services were placed
upon special education teachers.

1.4.3 Model Kelas Biasa( Inklusif)

Melibatkan murid pendidikan khas yang belajar bersama dalam kelas biasa
bersama murid aliran perdana. Mereka akan mengikuti pelajaran bersama-sama
dengan rakan sebaya. Inklusif dijalankan scara separa dan sepenuhnya .
Senarai daftar murid pendidikan khas kekal dalam kelas pendidikan khas. Guru
pendidikan khas berfungsi sebagai guru pendamping. Dilaksanakan di sekolah
rendah dan menengah bergantung kepada prestasi dan RPI.

1.4.4 Model Bilik Resos

Bilik-bilik yang disediakan untuk menjayakan program pendidikan khas.


Digunakan sebagai tempat menjalankan bimbingan dan penyimpanan alatan
yang dan tempat guru resos menjalankan tugasan. Fungsi guru resos ialah
menjalankan pengajaran dan pembelajaran , pengurusan kelas bimbingan,
aktiviti tambahan.
12

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

1.4.5 Model Kelas Khas (Integrasi)

Kelas-kelas pendidikan khas dijalankan dalam sekolah bersama dengan kelaskelas aliran perdana yang lain. Semua murid pendidikan khas akan belajar di
kelas yang disediakan untuk murid-murid pendidikan khas. Semua kemudahankemudahan dan infrastruktur di sekolah tersebut akan dikongsi bersama. Semua
murid pendidikan khas akan didaftarkan secara berasingan dan menjalankan
aktiviti pnp secara berasingan.

13

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

LATIHAN KENDIRI 1
.
1. Huraikan definisi dan konsep pengurusan dan pentadbiran peringkat
struktur organisasi sistem pendidikan negara ini.
2. Apakah fungsi pentadbiran pendidikan seperti yang dinyatakan oleh
Drucker (1954).
3. Bincangkan sifat-sifat kerja yang perlu ada pada seorang pentadbir.

RUMUSAN

Dalam topik ini, anda telah didedahkan dengan konsep asas


pengurusan dan pentadbiran.

Disamping itu perbincangan turut menyentuh aspek pengurusan


pendidikan dan persekitaran sekolah serta populasi sekolah.

Perlu ditegaskan bahawa pengurusan

dan pentadbiran

sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan yang


unggul akan menentukan objektif organisasi itu tercapai.

Pengurusan

dan pentadbiran pendidikan akan menentukan

pengajaran dalam pembelajaran dalam institusi pendidikan itu


dilaksanakan dengan baik.

14

PKU3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

RUJUKAN

Al Ramaiah. (1992). Kepimpinan pendidikan: Cabaran masa kini.


Petaling Jaya: IBS Bulcu Sdn. Bhd.
Clerence, A. Nowell. (1973). Human behavior in educational
administration. New Jersey: Prestice-Hall Inc.
Drs H. Abu Ahmadi. (1981). Administrasi pendidikan. Semarang: CV
Toha Putra.
Ibrahim Saad. (1982). Perubahan Pendidikan di malaysia: Satu
cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Joe Kelly. (1980). How managers manage. Englewood Cliffs New
Jersey: Prentice Hall.
Juriah Long. (1992). Aliran dalam amalan pendidikan Menjelang abad
ke 21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Kamal Hassan. (1983). Pendidikan dan pembangunan: Satu
perspektif bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin enterprise.
Robiah Sidin. (1988). Asas pentadbiran pendidikan. Kuala Lumpur:
Pustaka Cipta Sdn. Bhd.

SYABAS DAN TAHNIAH!


ANDA TELAH BERJAYA MENAMATKAN TAJUK 1.

15