Anda di halaman 1dari 25

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 3 PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI


MALAYSIA
SINOPSIS
Kemahiran asas membaca dan mengira (3M) penting bagi menuju alaf baru di
mana perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan mencabar. Walau
bagaimanapun, berdasarkan laporan penyelidikan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia menunjukkan antara 10 hingga 15 peratus pelajar di sekolah rendah
masih menghadapi masalah dalam pembelajaran dan gagal menguasai
kemahiran asas 3M. Fenomena ini berterusan ke sekolah menengah apabila
murid-murid ini menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.
Di negara ini perhatian kepada pelaksanaan program pendidikan khas telah mula
sejak tahun 1960 an. Fakta ini berdasarkan wujudnya kelas pendidikan khas
cacat pendengaran, cacat penglihatan dan pendidikan pemulihan khas bagi
murid-murid yang bermasalah pembelajaran. Persoalan yang timbul dalam
kalangan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak yang berkeperluan khas ini
adalah berkenaan latihan dan pembelajaran mereka. Pembelajaran dan
intervensi awal sangat penting kerana adalah lebih mudah mendidik dan
membentuk peribadi kanak-kanak dengan keperluan khas pada usia mereka
masih muda lagi. Kanak-kanak ini perlu dibantu sebelum terlewat supaya mereka
dapat berdikari apabila dewasa kelak.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan jenis-jenis program pendidikan khas yang terdapat di


Malaysia;

2. Menjelaskan tentang proses penempatan murid mengikut kategori dan


kriteria.

27

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

KERANGKA TAJUK
Pengenalan Kepada Pengurusan dan
Pentadbiran dalam Pendidikan Khas

Konsep Pengurusan dan


Pentadbiran

Model Pengurusan
dalam Pendidikan Khas

Maksud pengurusan dan


pentadbiran
- Definisi dan konsep
Pengurusan dan
Pentabiran
- Total Quality Management

Model Itineran
Model Konsultan
Model Kelas Biasa
Model Bilik Resos
Model Kelas Khas

KANDUNGAN

3.0 Definisi Dan Konsep Pendidikan Khas


Pendidikan khas adalah pendidikan yang bertujuan melahirkan insan seimbang
serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu dikuasai pada peringkat
awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan. Perbezaan minat, pengalaman, bakat, gaya belajar, dan
kecacatan mengakibatkan segolongan mereka lambat menguasai pembelajaran.
Maka melalui program pendidikan khas, keperluan-keperluan murid pencapaian
rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

3.1 Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan khas bermaksud kaedah-kaedah yang dibentuk khusus bagi


memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak yang mengalami pelbagai

28

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

kecacatan. Kaedah-kaedah ini termasuk pengunaan bahan-bahan khas,


peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan dan
keupayaan murid. Ia bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui:

Perkembangan mental;

Kestabilan emosi; dan

Integrasi sosial.

Kurikulum pendidikan khas adalah sebahagian daripada kurikulum biasa yang


diubahsuai bagi memenuhi keeperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang
mengalami pelbagai jenis kecacatan.

3.1.2 Konsep Pendidikan Khas


Program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk
memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individuindividu yang berkeperluan khas, iaitu individu yang mengalami pelbagai
kelainan atau kurang upaya atau yang pintar cerdas.

3.1.3 Objektif Pendidikan Khas

Objektif utama pendidikan khas adalah untuk mengimbangkan peluang-peluang


pendidikan antara murid-murid khas dan murid-murid normal. Pendidikan Khas
dilaksanakan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, pembelian
peralatan khas dan perkhidmatan khidmat sokongan dalam pelbagai disiplin.
Selepas mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan, pelajar
dapat:
(i)

Menguasai kemahiran asas 3M;

(ii)

Meneruskan pembelajaran di kelas biasa; dan

(iii) Menambah sikap yakin diri dan positif terhadap pembelajaran.

29

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

3.1.4 Matlamat Pendidikan Khas


Matlamat umum pendidikan khas menuruti matlamat pendidikan negara iaitu
meliputi aspek individu, sosial, ekonomi, kewarganegaraan, pemodenan dan
kefahaman antarabangsa. Walau bagaimanapun matlamat khusus pendidikan
khas ialah untuk:
i.

Menyediakan persekitaran yang terbuka (least restrictive environment)


yang dapat mendedahkan kanak-kanak kelainan upaya kepada
persekitaran hidup yang sebenarnya.

ii.

Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa


yang mempunyai kanak-kanak yang kelainan upaya supaya mereka
sedar akan hak mereka untuk tidak berasa malu dan hak mereka
mendapatkan perkhidmatan pendidikan untuk anak-anak mereka.

iii.

Menyediakan perkhidmatan kaunseling, program dan infrastruktur


pendidikan khas untuk mengembangkan potensi kanak-kanak kelainan
upaya pada tahap maksimum.

iv.

Mengadakan kurikulum pendidikan khas yang bersesuaian dengan jenis


handicap sesuatu golongan kanak-kanak. Kurikulum tersebut bukan
hanya mengutamakan aspek akademik tetapi yang lebih utamanya
aspek kestabilan psikoemosi, penyediaan kemahiran hidup dan
kemahiran vokasional yang sederhana untuk mereka yang kelainan
upaya.

v.

Mengadakan tenaga pengajar professional untuk mempertingkatkan


mutu program pendidikan khas.

vi.

Mengadakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat


atau memulihkan ketidaknormalan fizikal, mental, dan emosi mereka
yang kelainan upaya.

vii.

Mengadakan tempoh pendidikan dan latihan yang lebih fleksibel selaras


dengan darjah keseriusan kecacatan seseorang itu.

30

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

3.1.5 Falsafah Pendidikan Khas


Falsafah pendidikan terbit daripada cabang ilmu falsafah. Falsafah pendidikan
bertitik tolak daripada usaha manusia mencari haakikat mengenai fenomena dan
hukum dalam arena yang bergelar pendidikan. Oleh itu falsafah pendidikan
digagaskan pada aksiom atau hukum yang dianggap benar dalam bidang
pendidikan. Aksiom falsafah pendidikan mempunyai asas yang berkaitan dengan
pelbagai aspek kehidupan manusia dan masyarakat. Hakikat pendidikan ialah
mencari dan mendapatkan ilmu bagi mengenal diri, alam, dan Tuhan.
Kefahaman tentang ilmu yang diperoleh bukan sahaja untuk keperluan jasmani
tetapi lebih penting untuk keperluan rohani, iaitu kesedaran yang menerbitkan
keinsafan terhadap mencapai nilai-nilai mutakhir.
Falsafah Pendidikan Khas menuruti idealisme Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang berteraskan tiga aksiom utama iaitu:
(i)

Perkembangan individu yang menyeluruh;

(ii)

Kepatuhan kepada agama dan Tuhan; dan

(iii)

Pembentukan masyarakat yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bersatu


padu.

Dengan itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan fahaman pemikiran


perkembangan, idealisme, dan progresivisme. Idealisme kerana menekankan
penurutan

norma

hidup

masyarakat

dan

kepatuhan

kepada

Tuhan.

Progresivisme kerana menekankan pemenuhan tanggungjawab terhadap


masyarakat dan Negara.
Kementerian Pendidikan (1996) telah menggariskan Falsafah Pendidikan Khas
yang bersifat progresivisme. Falsafah itu berbunyi:

31

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk


melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Kenyataan di atas yang bersifat instrumental mengetepikan hakikat pendidikan


sama sekali lebih merupakan kenyataan matlamat pendidikan khas. Hakikat itu
ialah perkembangan dan pembangunan insan atau individu dalam golongan ini,
setakat mana yang termampu, bagi kesejahteraan dan keharmonian individu dan
manusia sejagat.

3.2

Perundangan Pendidikan Khas

Sesebuah orgaisasi biasanya mempunyai akta-akta, peraturan dan undangundangnya tersendiri, termasuklah sistem pentadbiran pendidikan Malaysia yang
dikenali sebagai Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Sama ada sudah lama wujud
atau baru wujud, ini bergantung kepada peranan dan keperluan sesebuah
organisasi. Sebelum sesebuah akta itu dilaksanakan, perlulah dipersetujui di
dalam Parlimen.

Mengikut sejarah, akta atau peraturan yang berkaitan dengan system pendidikan
telah lama diperkenalkan, iaitu semenjak zaman British lagi. Pada tahun 1981,
pihak British telah memperkenalkan arahan pemaksaan ke sekolah di negeri
Selangor. Pada tahun 1897 Negeri-negri Melayu Bersekutu mempunyai Kanun
Pelajaran iaitu perundangan berkaitan dengan kurikulum sekolah dan latihan
perguruan. Selepas Perang Dunia Kedua, beberapa laporan diperkenalkan,
antaranya Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1950), Ordinan Pelajaran
1952 dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang di kenali dengan nama
Laporan Razak. Pada tahun 1960 terbentuk Laporan Rahman Talib dan Akta
32

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pelajaran 1961 diperkenalkan buat kali pertamanya pada tahun 1961.


Akta Pelajaran 1961 telah dikaji semula dan terbentuknya Akta Pendidikan
1996. Dalam Akta Pendidikan 1996 telah disebut semua aspek pentadbiran
pendidikan di Negara ini. Akta ini telah di tambahkan dengan peruntukan
tambahan pada tahun 1997 dimana lahirnya peraturan baru yang dikenali
sebagai Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997).

3.2.1 Polisi dan Akta Berkaitan Orang-orang Cacat Secara Umum


Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Sosial Negara melalui Kumpulan
Kerja Teknikal Penggubalan Undang-Undang yang diketuai oleh Encik Mah
Hassan Haji Omar telah menyediakan satu deraf Akta dikenali sebagai Akta
Orang Kurang Upaya. Akta ini akan dijadikan asas bagi penyamaan peluang
kepada orang kurang upaya, menghapuskan diskriminasi dan gangguan
terhadap mereka dan membolehkan penyertaan mereka dengan sepenuhnya di
kalangan masyarakat.

Bab 1 Akta
Bahagian ini meliputi definisi-definisi. Antara lain, kurang upaya ditafsirkan
sebagai "penghalangan atau kekurangan yang disebabkan kecacatan untuk
melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang di anggap normal bagi seorang
biasa. Manakala, kecatatan diberi erti sebarang kehilangan atau abnormaliti
yang bersifat psikologi, fisiologi atau bentuk fungsi badan.

Bab 2 Akta
Bahagian ini memperuntukkan penyamaan peluang dan penyertaan penuh
untuk orang kurang upaya. Bab ini dibahagikan kepada tujuh (7) bahagian:-

Bab 2 Bahagian 1
Menyediakan garis panduan tentang tanggungjawab kesemua pihak berwajib
untuk

mencegah

berlakunya

kecacatan.

Antara

tanggungjawab

yang

diperuntukkan adalah untuk menjalankan kajian tentang punca-punca yang


33

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

menyebabkan kecacatan dan memastikan bahawa kesemua kakitangan


kesihatan di pusat rawatan utama mempunyai latihan dan kelengkapan yang
secukupnya untuk memberi rawatan kesihatan kepada orang kurang upaya dan
memastikan mereka ada akses kepada kaedah dan teknologi yang bersesuaian.

Bab 2 Bahagian 2
Bahagian

ini

menekankan

bahawa

pendidikan

adalah

asas

kepada

pembangunan orang kurang upaya. Bab ini menjelaskan keperluan untuk


menyediakan peluang yang sama bagi orang kurang upaya terhadap pendidikan
yang berkualiti. Bagi tujuan ini, pihak-pihak berwajib dikehendaki menyediakan
pendidikan percuma kepada setiap orang kurang upaya dalam suasana yang
sesuai sehingga mereka mencapai umur 18 tahun. Hal ini termasuklah
menggalakkan intergrasi pelajar orang kurang upaya ke dalam sekolah biasa,
membenarkan

kelonggaran

kurikulum

serta

tambahan

dan

adaptasi,

menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan latihan perguruan yang


berterusan.

Pihak-pihak berwajib juga dikehendaki untuk menyediakan skim pendidikan yang


khas untuk diadaptasikan sebagai plan pendidikan khas bagi setiap kanak-kanak
kurang upaya. Selain itu, pihak-pihak berwajib juga dikehendaki untuk
menyediakan pengangkutan dan bantuan kewangan kepada ibubapa-ibubapa
dan badan-badan bukan kerajaan yang terbabit.

Bab 2 Bahagian 3
Bahagian ini menyediakan langkah-langkah yang membolehkan orang kurang
upaya mendapat pekerjaan atau bekerja untuk sendiri bagi membolehkan
mereka ini turut menyumbang ke arah pembangunan negara dan hidup berdikari.
Bab ini memperuntukkan insentif bagi majikan-majikan dan juga bantuan dari
segi kewangan dan latihan untuk orang kurang upaya memulakan dan
menjalankan perniagaan mereka sendiri.

34

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Bab 2 Bahagian 4
Bab

ini

meliputi

kemudahan-kemudahan

pemulihan

dan

perkhidmatan-

perkhidmatan yang perlu disediakan bagi orang kurang upaya.

Bab 2 Bahagian 5
Bab ini meliputi pendekatan yang harus diambil oleh pihak-pihak berwajib dan
kerajaan tempatan supaya mengamalkan polisi-polisi untuk menyediakan
kemudahan akses dipersekitaran (kemudahan bergerak di tempat awam dan
bangunan kepunyaan pihak swasta) serta memberi akses kepada maklumat dan
komunikasi kepada orang kurang upaya.

Bab 2 Bahagian 6
Bab ini menghendaki perkhidmatan sokongan daripada semua pihak yang
terbabit untuk memastikan penyertaan orang kurang upaya dan pertubuhanpertubuhan mereka dalam polisi-polisi kerajaan dan juga dalam apa-apa
keputusan yang dicapai.

Bab 2 Bahagian 7
Bab ini menyediakan perlindungan keselamatan sosial yang lebih baik terhadap
orang

kurang

upaya.

Pihak

berkuasa

dikehendakai

memberi

bantuan

pendapatan kepada orang kurang upaya , memberi insentif kepada orang kurang
upaya untuk mencari pekerjaan dan mengambil langkah-langkah untuk
mencegah penderaan seksual dan juga penderaan lain terhadap orang kurang
upaya.

Bab 3
Bab ini menetapkan bahawa diskriminasi berdasarkan kecacatan adalah
menyalahi undang-undang. Orang kurang upaya diberi hak gantirugi sekiranya
mereka didiskriminasikan atas alasan kecacatan. Bab ini dibahagikan kepada 5
bahagian.

35

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Bab 3 Bahagian 1
Bahagian ini mentafsirkan diskriminasi secara nyata dan diskriminasi secara
tidak langsung. Diskriminasi berlaku apabila seseorang mendiskriminasikan
terhadap seorang orang kurang upaya atas sebab kecacatannya. Diskriminasi
secara tidak langsung ialah memberi layanan yang tidak sewajarnya terhadap
orang kurang upaya disebabkan kecacatannya apabila dia dikehendaki
memenuhi kehendak atau syarat yang mana adalah tidak munasabah.

Bab 3 Bahagian 2
Bahagian ini merangkumi semua keadaan yang mana diskriminasi tidak
dibenarkan.
perkongsian,

Keadaan-keadaan
badan-badan

ini

meliputi

kelulusan,

pekerjaan,

agensi-agensi,

pertubuhan-pertubuhan

berdaftar,

pendidikan, akses bagi bangunan-bangunan, penyediaan barang-barang,


perkhidmatan-perkhidmatan, kemudahan-kemudahan, sukan dan aktiviti-aktiviti
rekreasi dan berkenaan tanah dan urusan-urusan harta.

Bab 3 Bahagian 3
Bab ini melarang diskriminasi berdasarkan kecacatan yang melibatkan gangguan
di tempat pekerjaan dan pendidikan.

Bab 3 Bahagian 4
Bab ini berkenaan pengecualian. Perlakuan yang dilakukan di bawah kuasa
pihak-pihak berkanun, perintah Mahkamah atau Tribunal atau apa-apa undangundang atau peraturan-peraturan atau untuk melindungi kesihatan awam tidak
akan dianggap sebagai diskriminasi dan adalah tidak menyalahi undang-undang.

Bab 3 Bahagian 5
Bab ini memperuntukkan penubuhan satu Suruhanjaya Orang Kurang Upaya.
Suruhanjaya ini terdiri daripada seorang pengerusi, empat (4) wakil dari kerajaan
dan empat (4) wakil dari orang kurang upaya. Suruhanjaya ini berperanan untuk
melaksanakan Akta ini, menasihati Menteri yang berkenaan menyediakan
36

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

laporan-laporan kepada Parlimen, melindungi hak-hak orang kurang upaya dan


meneliti aduan-aduan yang dibuat berkenaan diskriminasi. Suruhanjaya ini
mempunyai kuasa untuk menyiasat aduan-aduan, seterusnya bersama-sama
dengan

pihak

penguatkuasa

mendakwa

pihak-pihak

yang

didakwa

mendiskriminasikan orang kurang upaya dan / atau pihak-pihak yang gagal


memenuhi peruntukan di dalam Akta cadangan ini.

Bab 4
Bab ini berkenaan kesalahan yang turut merangkumi hukuman yang akan
dikenakan terhadap sesiapa yang mendiskriminasikan orang kurang upaya
dan/atau pihak-pihak yang gagal mematuhi peruntukan Akta ini.

3.2.2 Polisi dan Akta Pendidikan

Akta Pendidikan 1996


Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997)
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996,
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut;

Bahagian 1
Permulaan
1.

Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Pendidikan Khas) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari
1998.

2.

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan konteksnya menghendaki yang


lain murid-murid dengan keperluan khas ertinya murid-murid yang
mempunyai masalah pembelajaran.

program pendidikan khas ertinya:(a)

suatu program yang disediakan di sebuah sekolah khas bagi murid-murid


yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran;
37

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(b)

suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang


mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau
mempunyai masalah pembelajaran; dan

(c)

suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas


yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan muridmurid biasa.
Bahagian II
Pendidikan Khas

3.

Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan


keperluan khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program
pendidikan khas kecuali bagi murid-murid yang berikut:

(a)

murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk


belajar seperti murid biasa; dan

(b)

murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat


anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu
untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan
disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai
dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,
sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.
4.

Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh


mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa
bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar
bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

3.2.3 Polisi dan Akta Pendidikan Khas


Pendidikan Khas Dalam Akta Pendidikan
Akta Pendidikan 1998 (AKTA 550)
Dalam Akta Pendidikan 1996, perkara Pendidikan Khas telah dijelaskan di
bawah Seksyen 2 (Tafsiran) Pendidikan Khas ertinya pendidikan yang
38

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

menyediakan keperluan pendidikan khas murid. Manakala Sekolah Khas pula


dimaksudkan sebagai sekolah yang menyediakan Pendidikan Khas yang
ditetapkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 41.
Peruntukan Bahagian VI Bab 8 berkenaan Pendidikan Khas memperuntukan
peraturan seperti berikut:

Seksyen 40
Menteri hendaklah

mengadakan pendidkan khas di sekolah khas yang

ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah


atau menengah yang difikirkan oleh Menteri sesuai dan bermanfaat.

Seksyen 41(1)
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Menteri boleh melalui peraturanperaturan menetapkan:
(a)

tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan


keperluan murid yang menerima pendidikan khas;

(b)

kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khas;

(c)

kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai
bagi pendidikan murid dalam setiap kategori; dan

(d)

apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh menteri bermanfaat perlu

Seksyen 41(2)
Tempoh yang ditetapkan oleh menteri di bawah Perenggan (1) tidak boleh
kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah mengikut
mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukan di bawah akta ini.
(i)

Perlaksanaan lanjutan tempoh belajar boleh dilaksanakan dengan


DUA

(ii)

Peringkat

Peringkat Awal - Murid kurang upaya yang menembah satu tahun


pembelajaran di peringkat Tahun Satu, dinyatakan telah melalui proses
pembelajaran Tahun Satu Peringkat Pertama dan Tahun Satu Peringkat
Kedua.
39

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(iii)

Peringkat Akhir - Murid kurang upaya yang menambah satu tahun


pembelajaran di peringkat Tahun Enam, dinyatakan telah melalui proses
pembelajaran Tahun Enam Peringkat Pertama dan Tahun Enam Peringkat
Kedua.

Seksyen 41(3)
(i)

Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1) (b) hendaklah


mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang
semunasabahnya praktik. Kurikulum (Peraturan Pendidikan Khas 1997)

(ii)

Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh


mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa
bagi aktiviti dan bahan mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat khas.

Seksyen 41(4)
Kategori murid yang memerlukan Pendidikan Khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap ketegori.
Kategori Murid (Bahagian II Pend. Khas)
Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan murid-murid dengan berkeperluan
khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas
kecuali:

Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk


belajar seperti murid biasa.

Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat


anggotanya atau terencat akal yang berat

Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik, jika dia
mampu untuk menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan
orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal
perubatan, pegawai KPM dan pegawai dari JKM sebagai berupaya
mengikut program pendidikan khas

40

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

3.3 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah Khas

Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an dalam kalangan


sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan
dan pendengaran. Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bahru dibuka
pada tahun 1948 bagi murid bermasalah penglihatan manakala bagi masalah
pendengaran, Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang dibuka
pada tahun 1954.

Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran


melalui perakuan 1969 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu
penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan
Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut Dengan adanya kesedaran bahawa
kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak
cacat . Adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya
tanggungjawab

pendidikan

itu

dari

pihak-pihak

persatuan

yang

mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyerapan oleh badan-badab


sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus
digalakkan.

Dalam Akta Pendidikan 1996, penjelasan mengenai bentuki murid khas yang
boleh menerima pendidikan telah diperakui melalui ceraian 3 (1) yang menyebut
murid-murid dengan keperluan khas yang boleh dididik layak menghadiri
program pendidikan khas.

Di peringkat awal perkembangan pendidikan khas di Malaysia tumpuan


pendidikan adalah terhadap menyediakan peruntukan bagi murid-murid yang
bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Walau pun demikian
kategori-kategori berkeperluan khas telah bertambah berdasarkan ciri-ciri dan
definisi-definisi yang digunakan. Pendidikan khas dilihat sebagai dunia asing dan

41

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

tersendiri yang berusaha untuk memenuhi keperluan pendidikan segelintir muridmurid yang dikategorikan sebagai mengalami ketidakupayaan.
Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia di laksanakan
melalui:
(i)

Sekolah Khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah


pendengaran.

(ii)

Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas


bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah
penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan
menengah dan sekolah menengah teknik / vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

3.3.1 Jenis-jenis Program Pendidikan Khas

(a)

Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah Pendidikan Khas ialah sekolah-sekolah yang dikhususkan bagi muridmurid berkeperluan khas kategori Bermasalah Pendengaran dan Penglihatan
sahaja. Terdapat 25 sekolah khas yang menempatkan murid dengan masalah
pendengaran di seluruh negara iaitu 23 buah sekolah rendah, 1 buah sekolah
menengah dan 1 buah sekolah menengah vokasional. Terdapat 6 buah sekolah
khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan iaitu 5 buah sekolah rendah dan
1 buah sekolah menengah.

Di sekolah khas masalah pendengaran murid-murid bermasalah pendengaran


dilatih daripada segi pertuturan dan belajar subjeki-subjek yang dipelajari oleh
murid biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh termasuk bahasa isyarat.
Di sekolah khas masalah penglihatan, murid-murid mengikuti pelajaran yang
sama seperti yang diikuti oleh murid normal tetapi kaedahnya berbeza, dimana
murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan
saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta, mereka diajar
menggunakan tulisan braille.
42

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(b)

Program Integrasi (Percantuman)

Program ini adalah satu program yang menempatkan murid khas di kelas khas di
dalam sebuah sekolah biasa, Pentadbiran program ini adalah di bawah
pentadbiran sekolah. Seorang penyelaras program bertindak sebagai ketua
dilantik bagi mengendalikan program ini. Terdapat tiga kategori Program
Pendidikan Khas Integrasi iaitu:
(i)

Program

Pendidikan

Khas

Integrasi

(ii)

Program

Pendidikan

Khas

Integrasi

(iii)

Program Pendidikan Khas integrasi Bermasalah Pembelajaran.

(c)

Bermasalah
Bermasalah

Pendengaran
Penglihatan.

Program Inklusif

Program inklusif adalah mirip kepada konsep program integrasi, yang


dilaksanakan dalam dua cara iaitu:
(i)

Inklusif penuh : murid dengan keperluan khas belajar bersama-sama


dengan murid normal sepenuh masa di dalam kelas yang sama.

(ii)

Inklusif separa : murid dengan keperluan khas belajar dengan murid normal
bagi mata pelajaran tertentu sahaja.

(d) Program Pendidikah Khas Teknik dan Vokasional


Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional disediakan untuk ketiga-tiga
kategori murid dengan keperluan khas. Walau bagaimanapun, bagi kategori
masalah penglihatan dan masalah pembelajaran, program ini baru bermula pada
tahun 2004. Murid-murid dengan masalah pendengaran ditempatkan di Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam, Selangor. Murid-murid
dengan masalah penglihatan dan masalah pembelajaran ditempatkan di Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Indah Pura, Kulai, Johor.

43

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

3.3.2 Kategori Murid-murid yang Diterima Masuk ke Program Pendidikan


Khas
Murid-murid yang diterima masuk ke dalam program pendidikan khas perlu
mendapat kelulusan kemasukan dari Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
Negeri masing-masing. Sebelum itu mereka perlu disahkan sebagai murid
dengan keperluan khas oleh seorang pakar perubatan.

(a)

(b)

Bermasalah Pembelajaran

Sindrom Down

Autisme ringan

Perkembangan lambat

Cerebral Palsy (ringan)

Terencat Akal (ringan)

Hiperaktif (ringan)

Hypoaktif (ringan)

Masalah tingkahlaku (ringan)

Masalah emosi (ringan)

Lain-lain masalah pembelajaran (ringan)

Bermasalah Penglihatan

Buta (Total Blindness)

Penglihatan terhad (Low vision) masih mempunyai penglihatan antara


bayang-bayang hingga 6/60 mengikut pembacaan Snellen Chart.

(c)

Bermasalah Pendengaran

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran pada tahap desibel seperti


berikut:
Diterima masuk kedalam program masalah pendengaran. Untuk mengetahui
tahap desibel (dB) seseorang, ujian audiometri perlu dilakukan.

20 hingga 35 dB (ringan)

36 hingga 60 dB (sederhana)
44

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

61 hingga 90 dB (teruk)

91 dB keatas (sangat teruk)

(d)

Had Umur

(i)

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Sekolah Rendah

7 tahun hingga 12 (tambahan 2 tahun bagi murid

13 tahin hingga 19 tahun

yang belum bersedia)


Sekolah Menengah

(ii)

Inklusif Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Sekolah Rendah

7 tahun hingga 12 tahun

Sekolah Menengah

13 tahun hingga 21 tahun

(Pelajar yang boleh mengikuti pelajaran biasa)

(iii)

Bermasalah Penglihatan

Pra sekolah

had umur 6 tahun

Sekolah Rendah

had umur 7 tahun hingga 14 tahun

Sekolah Menengah

had umur 15 tahun hingga 20 tahun

(iv)

Inklusif Bermasalah Penglihatan

Sekolah Rendah

had umur 7 hingga 14 tahun

Sekolah Menengah

had umur 13 hingga 21 tahun

(v)

Bermasalah Pendengaran

Pra Sekolah

5 tahun hingga 6 tahun

Sekolah Rendah

7 tahun hingga 14 tahun

Sek Men Rendah

15 tahun hingga 17 tahun

Sek Men Atas

18 tahun hingga 20 tahun

45

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(vi)

Inklusif Bermasalah Pendengaran

Sekolah Rendah

had umur 7 hingga 14 tahun

Sekolah Menengah

had umur 13 hingga 21 tahun

(e)

Syarat-syarat Kemasukan ke Program Inklusif

Bermasalah Pembelajaran

boleh berdikari
boleh mengurus diri
boleh bersosialisasi
boleh diajar
boleh menerima latihan

Bermasalah Pendengaran

boleh menguasai kemahiran 3M


mempunyai tingkahlaku yang boleh dikawal
memerlukan bantuan pergerakan yang paling minima
boleh mengurus diri
boleh bersosial dengan rakan-rakan normal yang lain
boleh menerima dan memahami arahan dari guru
boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa dengan bantuan
minimun dari guru resos
umur tidak melebihi 2 tahun dari rakan-rakan normal

Bermasalah Penglihatan

mempunyai mobiliti yang baik


mempunyai pencapaian akademik
tidak mempunyai masalah kecacatan yang lain
boleh bersosial dengan rakan-rakan normal lain
umur tidak melebihi 2 tahun dari rakan-rakan normal

3.4 Penempatan Ke Program Pendidikan Khas


Penempatan murid-murid ke dalam program pendidikan khas ditentukan oleh
Jabatan Pelajaran Negeri selepas Jawatankuasa Penilaian membuat perakuan
46

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

terhadap calon. Ahli Jawatankuasa Penilaian penempatan kanak-kanak / muridmurid bermasalah pembelajaran boleh terdiri daripada pegawai Jabatan
Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah, Penyelaras Program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran dan Guru Pendidikan Khas.

Untuk Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, penempatan calon


ditentukan berdasarkan

kepada

skor lima

komponen

dalam

Instrumen

Penentuan Penempatan (IPP) dijadikan sebagai asas bagi penempatan caloncalon / murid-murid yang dianggap berisiko tinggi.
Skor cut-off seperti berikut digunakan bagi menempatkan calon.
(i)

Jika pencapaian calon adalah 0 30% bagi komponen Pengurusan Diri /


Tingkah Laku, calon akan dicadangkan ke Program Pemulihan Dalam
Komuniti atau institusi swasta / NGO.

(ii)

Jika pencapaian calon adalah 31% - 80% bagi komponen Pengurusan Diri /
Tingkah Laku, calon akan dicadangkan ke Program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran secara percubaan untuk tempoh tiga bulan.
Pengesahan muktamad hanya dibuat selepas tempoh tersebut berakhir.

(iii)

Jika pencapaian calon adalah 81% - 100% bagi komponen Pengurusan Diri
/ Tingkah Laku, calon akan ditempatkan terus ke kelas Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Bagi kanak-kanak / murid-murid yang mengalami masalah penglihatan dan


masalah pendengaran, mereka akan ditempatkan di Sekolah Pendidikan Khas
Bermasalah

Pendengaran

atau

Sekolah

Pendidikan

Khas

Bermasalah

Penglihatan atau di Program Inklusif Bermasalah Pendengaran atau Program


Inklusif Bermasalah Penglihatan.
Sekolah

Pendidikan

Khas Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah

Bermasalah Penglihatan

Pendengaran

Pra Sekolah :

Pra Sekolah :

Had Umur 6

47

5 Tahun 6 Tahun

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Tahun
Sekolah Rendah :

7 Tahun 14

Sekolah Rendah :

7 Tahun 14 Tahun

Tahun
Sekolah Menengah : 15 Tahun 20

Sek Men Rendah : 15 Tahun 17 Tahun

Tahun
Sek Men Atas :

Inklusif Bermasalah Penglihatan


Sekolah Rendah :

7 Tahun 14

18 Tahun 20 Tahun

Inklusif Bermasalah Pendengaran


Sekolah Rendah :

7 Tahun 14 Tahun

Tahun
Sekolah Menengah : 13 Tahun 21

Sekolah Menengah : 13 Tahun 21

Tahun

Tahun

3.4.1 Prosedur Kemasukan Kanak-kanak Keperluan Khas ke Sekolahsekolah yang Menjalankan Program Pendidikan Khas

Rajah 4.1 berikut menerangkan prosedur kemasukan kanak-kanak keeluan khas


ke sekolah-sekolah yang menjalankan progran pendidikan khas.

48

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Rajah 3.1: Prosedur kemasukan kanak-kanak keperluan khas.

LATIHAN KENDIRI 3

1. Apakah tafsiran kurang upaya seperti dalam Akta Orang Kurang Upaya?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan murid-murid dengan keperluan khas
seperti dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas
3. Huraikan dengan ringkas, jenis-jenis program pendidikan khas di Malaysia.
4. Apakah kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk membolehkan seorang murid
dengan keperluan khas diterima masuk kedalam program pendidikan khas
di sekolah bantuan kerjaan?
5. Huraikan syarat-syarat masuk ke Program Inklusif masalah pembelajaran.

49

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

RUMUSAN

Topik

ini

telah

membincangkan

aspek

pengurusan

dan

pentadbiran pendidikan khas secara menyeluruh.

Anda perlu memahami definisi, konsep dan matlamat pendidikan


khas untuk mendapat satu gambaran yang jelas tentang
program pendidikan khas

Polisi dan Akta juga telah dibincangkan untuk membolehkan


anda memahami peruntukan dalam perundangan yang membela
nasib golongan dengan kepeluan khas.

Perbincangan mengenai pentadbiran dan pengurusan program


pendidikan khas serta prosedur kemasukan kanak-kanak
keperluan

khas

ke

program

pendidikan

khas

dapat

memantapkan lagi pemahaman anda mengenai pelaksanaan


program pendidikan khas di negara ini.

RUJUKAN
Akta Pendidikan 1996 (1997). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia
Aminah Bee, Dr. (2000). Keperluan asas mereka adalah sama, laporan
seminar pendidikan khas peringkat kebangsaan 2000. Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia 11 14 Jun,
Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.
Ang Huat Bin (1990). Konsep dan kaedah pengajaran dengan
penekanan pendidikan inklusif. Kuala Lumpur: Utusan
Publications
Garis Panduan program pendidikan khas Wilayah Persekutuan (2002).
Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
Gunasegaran K. Pemahaman Falsafah Pendidikan Khas dalam Zamri

50

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Mahamod et al. (editor) (2004). Prosiding seminar pendidikan


khas. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norziah Sham Bt Ibrahim (2006). Program pendidikan khas bermasalah
pembelajaran. Laporan simposium kebangsaan kurikulum
pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kuala Lumpur: Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya.
Shea, T.M & Bauer, A.M. (1977). An introduction to special education:
A sosial systems perspective. USA: Brown & Benchmark
Publishers

Tamat Tajuk ini !!!!

51

Anda mungkin juga menyukai