Anda di halaman 1dari 12

Tugasan :

Kemalangan boleh berlaku tanpa mengira masa, tempat, situasi dan boleh
melibatkan sesiapa sahaja. Setiap orang terdedah kepada kemungkinan
berlakunya kemalangan dan kecemasan pada setiap masa. Kemalangan dan
kecemasan tersebut mungkin boleh menyebabkan kecederaan atau kematian.
Bagi menjadi ahli Pengakap yang berkebolehan, pelajar diminta menghuraikan
pertolongan cemas bagi aspek-aspek berkaitan:
1. Maksud pertolongan cemas
Pertolongan cemas bermaksud bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan
kepada individu yang mengalami kecederaan dalam sebarang kejadian kecelakaan
sama ada kemalangan atau sakit yang muncul secara tiba-tiba dengan menggunakan
objek atau sebarang alat bantuan yang ada di sekeliling sebelum ambulan, doktor atau
pakar perubatan ataupun sebelum mangsa dihantar ke hospital.

2. Peraturan Asas Pertolongan Cemas


Objektif memberi bantuan pertolongan cemas adalah untuk menyelamatkan nyawa,
mengelakkan kecederaan mangsa menjadi lebih parah dan mengurangkan kesakitan
mangsa sementara sebelum dihantar ke hospital.
Sebelum melakukan pertolongan cemas, kamu perlu menilai situasi mangsa terlebih
dahulu berdasarkan 5 perkara penting di bawah:
1. Bahaya Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan keselamatan anda
dan mangsa terjamin atau dalam ertikata lain, alihkan bahaya dari mangsa atau
alihkan mangsa dari bahaya.
2. Periksa Pendarahan Jika ada pendarahan, cuba hentikan pendarahan dengan
segera.
3. Respon Panggil mangsa atau kejutkannya, minta bantuan ambulan jika tiada
tindak balas dari mangsa.
4. Saluran Udara Dongakkan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan
dalam keadaan mangsa baring dengan kaedah mendongakkan kepala kemudian
angkat dagu mangsa.
5. Pernafasan Periksa pernafasan mangsa dengan membuat 3M iaitu Melihat,
Merasa dan Mendengar. Jika tiada pernafasan, beri 2 hembusan bantuan.
6. Peredaran Darah Periksa nadi kerotid sebelah trakea dengan 2 jari. Jika terdapat
denyutan nadi bermakna ada denyutan jantung, jika tiada lakukan CPR.

Ambil langkah perlu untuk menilai situasi mangsa. Jika mangsa sedarkan diri, tanya
kecederaan yang dialami. Gunakan kaedah di bawah:
1. Sebarang tanda atau gejala.
2. Jika memiliki alahan tertentu.
3. Adakah mengambil sebarang ubat-ubatan tertentu dan apakah jenis ubatan tersebut.
4. Penyakit atau kecederaan lama yang sudah sembuh atau masih menerima rawatan.
5. Makanan terakhir yang dimakan.
6. Punca kejadian.
Sebaliknya jika mangsa tidak sedarkan diri, lakukan 5 perkara di bawah:
1. Periksa tanda-tanda utama kecederaan yang ada pada bahagian badan mangsa.
2. Periksa nadi.
3. Periksa pernafasan.
4. Periksa tekanan darah (jika perlu).
5. Periksa suhu badan mangsa.
Mungkin jika difikirkan logik, ramai yang mengabaikan pengetahuan tentang kemahiran
asas pertolongan cemas, tidak hairan juga jika rata-rata rumah, sebarang premis atau
pejabat tidak mempunyai peti pertolongan cemas sekalipun. Masing-masing terlalu
mengharap pada bantuan dari pembantu perubatan, jururawat atau doktor untuk
melakukan tugas mereka.
Kemahiran pertolongan cemas walaupun hanya sekadar asas sahaja sudah cukup
untuk menyelamatkan nyawa jika di suatu masa kamu berada di situasi yang
memerlukan tindakan segera. Mempunyai kemahiran seperti ini bukan untuk kamu
menjadi seorang pengamal perubatan atau sebagainya tetapi sekurang-kurangnya
mahirkan diri untuk membantu diri kamu, rakan-rakan malah keluarga kamu sendiri.

3. Kotak Pertolongan Cemas

BIL
1.

PERKARA
Triangular bandage (kain anduh)

KEGUNAAN
Untul mengampu bahagian kecederaan/
kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang
didapati ada kepatahan tulang

2.

Sterile eye pad

Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing

3.

Non-sterile gauze
Sterile gauze

Melakukan pencucian/pembebat luka


Membuat balutan/memberi tekananpada perdarahan
dan menstabilkankepatahan

4.

Elastic bandage/crepe bandage


Roller bandage

Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk


membalut luka dan jugakecederaan ringan
eg.
dislocation(terseliuh)

5.

G l o v e - d i s p o s a b l e /nonsterile

Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber


jangkitan

6.

Scissor

Memotong gauze/bandage

7.

Adhesive tape

Melekatkan balutan dan pembebat

8.

Sterile multi-trauma dressing/ gauze

Melakukan pencucian/pembebatan luka

9.

Alcohol prep pads

Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada


luka sebelum membalut.

10. Cotton buds

Mencuci luka pada kawasan sukar

11. Acriflavine (ubat kuning)

Untuk antiseptic

12. Dettol (boleh diganti dengan Normal


Saline solution 0.9%)

Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka


luar

13. LMS solution (minyak kuda)

Melegakan kesakitan otot

4. Merawat Luka
Rawatan luka Kecil

Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.


Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan
dengan air dan sabun atau antiseptik.
Balut dengan kain bersih atau pembalut. Mengawal pendarahan
Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan
dengan jari atau tangan.
Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.
Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan
pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan
rawatan lanjut.
Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung
untuk mengurangkan tekanan, Sekiranya luka itu besar dan pendarahan
banyak, dapatkan rawatan lanjut. Jangan gunakan teknik Tourniquet
kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.

BENDA ASING DALAM LUKA KECIL

Luka tercucuk adalah luka yang disebabkan oleh tusukan sesuatu objek
atau benda yang menembusi kulit hingga ke tisu-tisu lembut, tulang dan
juga sendi yang berada di bawah kulit . Luka tercucuk lazimnya tidak
menyebabkan pendarahan yang teruk. Pada kebiasaanya, sedikit darah
sahaja yang terkeluar dari tempat luka. Luka ini kelihatan seperti tertutup
dengan sendirinya secara serta merta. Tetapi perlu diingat bahawa luka
tercucuk adalah merbahaya kerana objek yang menembusi kulit itu
mungkin membawa bakteria. Kuman ini boleh menyebabkan jangkitan
yang serius.

Tanda-tanda dan gejala

Tanda yang paling ketara ialah lubang yang terdapat pada kulit dengan
tepiannya yang berkedut atau berlipat dan bertukar warna dari keadaan
asalnya. Lubang yang terhasil mungkin kelihatan kecil berbanding dengan
objek yang menyebabkan luka tersebut. Ini disebabkan oleh pengecutan
yang berlaku pada tisu yang tercedera.

Penyebab

Luka tercucuk boleh disebabkan oleh sebarang benda asing yang


berupaya menembusi kulit dan juga tisu di bawahnya (seperti serpihan
kayu, kaca atau serpihan lain yang tajam) Risiko meningkat dengan.
Sukan yang melibatkan sentuhan anggota badan seperti gusti, ragbi dan
sebagainya.
Aktiviti sukan olahraga di kawasan permukaan yang kasar dan tidak rata

Komplikasi yang mungkin berlaku:

Pengumpulan cecair dibawah tempat luka yang telah tertutup


Jangkitan kuman pada tempat luka

Penjagaan Kesihatan

Langkah terbaik yang perlu diambil ialah mendapatkan rawatan dari doktor.
Rawatan yang lazimnya diberi ialah pembersihan luka dan mungkin juga
pembedahan kecil untuk menentukan tahap kecederaan yang berlaku. Diagnosis
Pemerhatian sendiri terhadap tanda tanda yang mungkin timbul
Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal
X-ray pada kawasan yang terlibat bagi memastikan tiada sebarang
kerosakan pada sendi atau tulang.
Dengan rawatan, luka tercucuk biasanya akan sembuh tanpa sebarang
komplikasi.

Rawatan kecemasan

Jika anda mendapat luka tercucuk, hentikan sebarang pendarahan (jika


ada) dengan menekan bahagian luka menggunakan pad kasa yang steril
atau kain yang bersih.
Jika boleh keluarkan semua benda asing yang terdapat pada luka
(serpihan kaca, kayu dan sebagainya)
Bersihkan kawasan luka dengan sabun dan air suam.

Penjagaan berterusan

Penjagaan terusan

Luka tusukan yang teruk dan dalam mungkin memerlukan pemeriksaan


lanjut melalui pembedahan yang dilakukan dalam keadaan bebas kuman
(aseptik).
Sekiranya terdapat pendarahan, ia boleh dikawal dengan menekan
tempat luka menggunakan kain yang bersih Rendamkan bahagian yang
luka di dalam air suam untuk mengurangkan sakit dan bengkak Rehatkan
bahagian yang luka sehingga sembuh Jika boleh gunakan pembalut
kenyal di bahagian luka. Ini dapat mengurangkan pengumpulan cecair di
bawah luka dan mengurangkan pendarahan selanjutnya. Dapatkan
suntikan penggalak tetanus (booster dose).

LEBAM / MEMAR
Rawatan Kecemasan

Bahagian yang cedera perlu direhatkan. Kemudian gunakan demah sejuk


secara kompres, iaitu dengan cara mencelup kain tebal ke dalam air,
diperah dan diletakkan ke atas tempat yang cedera tadi. Demah sejuk
boleh juga disediakan dengan mengisi ketul-an ais di dalam beg atau ais
itu dibungkus dengan kain tebal.
Tujuan demah sejuk ialah untuk me-ngurangkan denyutan sakit dan
bengkak. Sekiranya keadaan lebam itu teruk atau nampak akan merebak,
ia mungkin menandakan terdapat pendarahan dalaman yang memerlukan
nasihat perubatan.

Rawatan Homeopati

Sebaik saja kecederaan lebam dikenal pasti, berikan satu dos Arnica 30
untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak-bengkak. Kemudian
penawar tersebut hendaklah diambil dua atau tiga kali sehari bagi
menghilangkan lebam dan memar dengan kadar yang cepat. Arnica
ointment juga hendaklah disapukan pada tempat yang cedera tersebut
sebanyak tiga kali sehari.
Bellis perennis 6 dirujuk apabila kecederaan itu melibatkan salur darah
yang halus atau menimbulkan kesan sepsis, Jika memar itu melibatkan

saraf, tukarkan penawar kepada Hypericum. Hypericum 6 atau 30 boleh


diambil empat kali sehari. Penawar ini diutamakan apabila terdapat sakit
menyucuk atau kesan parutnya menyakitkan.

5. JENIS BALUTAN ANDUH


Jenis Balutan Anduh

a. Pembalut cincin
Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
Diperbuat daripada pembalut tirus.
Digunakan untuk menutup luka.

b. Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan


Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik
dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan.
Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

c. Anduh besar/ Anduh lengan


Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang
cedera.
Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau
dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.