Anda di halaman 1dari 5

SMK ANDERSON, IPOH

SEJARAH TINGKATAN 4- BAB 3


Contoh Jawapan ( Soalan Esei Bab 3)
SOALAN 1
a) Terangkan kegiatan kerajaan ekonimi agraria
Salah satu kerajaan awal di Asia Tenggara adalah kerajaan Agraria.
Sala satu ciri kerajaan ini merupakan tanaman yang diusahakan di kawasan
lembah sungai iaitu padi sawah. Dalam kerajaan ini, tanaman ini merupakan
tanaman yang utama. Penanaman tanaman ini telah dijayakan dengan
bekalan air yang mencukupi serta tanah yang subur. Tambahan pula,
tanaman padi ini diusahakan sejak Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Buktibukti yang menunjukkan tanaman ini telah ditanam oleh masyarakat dalam
kerajaan ini adalah berdasarkan jumpaan sekam dan bijian padi di beberapa
tapak arkeologi seperti Ban Kao dan Spirit Cave, Lembah Tembeling, Gua
Sireh dan Gua Cha. Pada masa yang sama, padi huma, juga dikenali sebagai
padi bukit, ditanam di tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan
air dengan dibuat teres dan relung. Selain tanaman padi, terdapat juga
tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran. Di
samping itu, kerajaan ini menghasilkan berbagai-bagai jenis rempah. Antara
contohnya ialah cengkih dan lada hitam. Dalam kerajaan ini, pengumpulan
hasil hutan atau aktiviti meramu turut dilaksanakan. Contoh-contoh hasil
hutan yang dikutip ialah kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar,
kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan. Sebagai tujuan perdagangan,
sarang burung dari gua juga diambil. Bukan itu sahaja, penangkapan ikan di
sawah, paya dan sungai serta pengambilan kulit kura-kura juga menjadi
tujuan perdagangan. Akhirnya, aktiviti penternakan binatang juga dilakukan
oleh masyarakat dalam kerajaan ini. Sebagai contohnya, binatang yang
diternak ini ialah lembu, kerbau, kambing, dan ayam. Segala lebihan hasil
perdagangan biasanya, akan dibekalkan atau dipasarkan untuk memenuhi
keperluan penduduk.
b) Jelaskan lima faktor perkembangan kerajaan Angkor
Faktor pertama yang membawa kepada perkembangan kerajaan ini
merupakan kedudukan kerajaan Angkor yang berhampiran dengan Tasik Tonle
Sap. Air dalam Tasik Tonle Sap yang datang dari Sungai Mekong memjadi
punca air utama untuk mengairi sawah dan punca bekalan air minuman.
Lebih-lebih lagi, perkembangan kerajaan ini juga berpunca daripada tanah
subur dan iklim panas lembap sepanjang tahun yang amat sesuai untuk
aktiviti pertanian khususnya, penanaman padi. Disebabkan oleh Tasik Tonle
Sap sebagai sumber protein serta kejayaan kerajaan ini dalam bidang
1

pertanian, telah wujudnya peningkatan dalam makanan. Oleh itu, kerajaan ini
mampu menampung keperluan makanan bagi penduduk yang besar.

c) Mengapakah Tasik Tonle Sap penting kepada kerajaan Angkor


Tasik Tonle Sap amat penting kepada kerajaan Angkor dalam pelbagai
aspek. Salah satu kepentingannya ialah kemampuan tasik ini untuk
membekalkan sumber air minuman kepada kerajaan ini. Selain itu, tasik ini
menukarkan kawasan sekitarnya kepada kawasan pertanian yang subur
apabila berlakunya mendapan lumpur yang subur. Pada masa yang sama,
tasik ini merupakan sumber protein utama kepada penduduk sekitar.
Tambahan pula, air dari tasik ini dapat disalirkan ke kawasan penanaman
padi dengan menggunakan terusan dan sistem pengairan. Disebabkan oleh
kebolehan tasik ini untuk mengairi kawasan penanaman padi, peningkatan
dalam makanan telah berlaku dan kelebihan makanan ini mampu
membekalkan bekalan beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor. Oleh
itu, kerajaan Angkor dapat berkembang. Di samping itu, tasik Tonle Sap dapat
digunakan sebagai sistem kawalan banjir serta alatan perhubungan dan
penangkutan utama.
SOALAN 2
a) Terangkan ciri-ciri maritim
Kerajaan maritim merupakan kerajaan yang menjalankan kegiatan
ekonomi yang berasaskan perdagangan, kelautan, dan berfungsi sebagai
pelabuhan. Oleh itu, kerajaan ini terletak berhampiran dengan kawasan
persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Terdapat beberapa contoh
kerajaan ini, antaranya ialah Srivijaya di Sungai Musi, Kedah Tua di Sungai
Merbok dan Sungai Muda, Tiumah di Pulau Tioman serta Langkasuka di
Sungai Yarang. Masyarakat kerajaan ini lebih bertumpu kepada kegiatan
menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Namun, ada juga antara mereka
yang menjadi pengeluar bijih logam seperti emas dan bijih timah. Jikalau
berlakunya lebihan hasil, hasil-hasil ini akan didagangkan. Oleh sebab itu,
beberapa petempatan akan dijadikan tempat berdagang dan dari sini, tempat
berdagang ini akan berkembang menjadi pelabuhan pembekal. Pelabuhan ini
akan membekalkan makanan kepada pedagang yang singgah di sana. Pada
masa yang sama, pelabuhan ini juga membekalkan hasil tempatan seperti
logam emas dan timah, hasil hutan yang terdiri daripada kayu gaharu, rotan,
damar dan makanan. Di samping itu, ada pelabuhan yang mencapai status
pelabuhan entrepot. Ini kerana pelabuhan-pelabuhan ini telah menjalin
hubungan dagangan dengan kerajaan yang besar seperti China dan India.
Dalam kerajaan ini, penduduknya, terdiri daripada orang tempatan, Orang
2

Laut dan pedangang luar. Oleh sebab wujudnya penduduk yang kaumnya
berbilang, bahasa Melayu telah digunakan sebagai lingua franca, iaitu bahasa
perhubungan masyarakat antara masyarakat maritim.
b) Jelaskan enam faktor perkembangan kerajaan maritim
Salah satu faktor perkemabangan kerajaan ini adalah disebabkan oleh
sifat masyarakat maritim yang meneroka dan berdagang dengan
masyarakat di luar kawasannya. Di samping itu, masyarakat maritim ini
mempunyai kemahiran dalam membuat perahu dan kapal layar. Perahu
digunakan dalam perdagangan jarak dekat dan kapal layar digunakan untuk
perdagangan jarak jauh. Semasa berlayar, masyarakat ini memanfaatkan
bintang di langit untuk menuju ke destinasinya. Selain itu, kedudukan
pelabuhan yang strategik serta pelabuhan yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan juga menjadi faktor kepada perkembangan kerajaan maritim.
Pada masa itu, orang melayu merupakan pelaut, pedagang serta peneroka
yang terunggul di asia tenggara. Oleh itu, keunggulan orang melayu ini telah
menjadi faktor kepada perkembangan kerajaan maritim.
c) Huraikan faktor yang membolehkan kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua
muncul sebagai sebuah kerajaan maritim di Asia Tenggara
Dalam kerajaan Srivijaya, salah satu faktor yang membolehkannya
muncul sebagai sebuah kerajaan maritim di Asia Tenggara ialah bala
tenteranya yang besar. Bala tentera ini dianggotai oleh golongan rakyat
termasuk Orang Laut dan tentera laut. Mereka berperanan mengawal
perdagangan di Selat Melaka dan mengawal keselamatan kerajaan. Selain
itu, pelabuhan yang baik serta kedudukan strategik di Selat Melaka juga
menjadi faktor Srivijaya sebagai sebuah kerajaan maritim. Pelabuhan ini
merupakan tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India
dengan China. Lebih-lebih lagi, kerajaan ini mempunyai hasil dan barangan
untuk perdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh kawasan
pemerintahannya serta wilayah takluknya. Menurut I-Tsing, pelabuhan
Srivijaya turut dikenali kerana mampu menghasilkan kapal besar. Di samping
itu, kemampuan Srivijaya dalam menguasai perdagangan di Asia Tenggara
serta laluan perdagangan antarabangsa di Selat Melaka serta Selat Sunda
telah menjadikan kerajaan Srivijaya sebuah kerajaan Maritim. Dalam kerajaan
Kedah Tua pula, kewujudan Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal
pedagang yang keluar masuk terutamanya pada waktu malam melalui
nyalaan api. Selain itu, kedudukannya yang strategik juga memainkan
peranan dalam menjadikan Kedah Tua sebagai sebuah kerajaan maritim di
Asia Tenggara. Pada masa yang sama, kekayaan Kedah Tua dengan hasil
hutan serta kemudahan penyimapanan sumber ini telah membolehkan
kerajaan ini muncul sebagai sebuah kerajaan maritim. Antara hasil hutan
didagangkan ialah damar, rotan, dan sumber bumi seperti timah. Apabila
berlakunya aktiviti perdagangan, sudah tentu kerajaan ini juga memperoleh
3

barang dagangan dari luar negara. Contoh barang dagangan ini ialah kain
kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik.

SOALAN 3
a) Terangkan ciri-ciri dan peranan raja dalam sistem pemerintahan kerajaan
awal di Asia Tenggara
Dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara, raja
berada di puncak pemerintahan. Raja yang memerintah ini akan dibantu
oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim. Pada masa
yang sama, raja ini mempunyai kuasa yang mutlak dala semua aspek
pemerintahan seperti pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan
khazanah negara. Di samping itu, segala perintah raja menjadi undangundang yang wajib dilaksanakan. Sekiranya sesiapa yang melanggar
perintah raja dianggap menderhaka dan tidak akan diampunkan. Selain itu,
raja harus adil terhadap golongan yang diperintah. Disebabkan oleh raja
yang merupakan bayangan tuhan yang dipercayai memegang kuasa
kesaktian, rakyat takut untuk menderhaka walaupun raja berlaku tidak adil.
Kekuasaan serta kedudukan raja sebagai pemerintah diperkukuh dengan
unsur mitos dan legenda yang berkaitan dengan asal-usul raja. Dalam
kerajaan awal ini, kompleks kota melambangkan konsep alam semesta atau
orde kosmos kerana raja bercita-cita menjadi raja yang berkuasa terhadap
seluruh alam semesta. Raja juga mewujudkan pelbagai adat istiadat seperti
pertabalan raja
dan biasanya adat istiadat ini dipimpin oleh golongan
Brahmin untuk membezakan kedudukan raja dengan goloingan diperintah.
Upacara angkat sumpah juga dewujudkan bagi mengukuhkan konsep dewaraja.
b) Nyatakan enam kepentingan candi kepada masyarakat awal Asia Tenggara
Candi ini merupakan monumen bagi agama Hindu dan Buddha. Oleh
itu, candi merupakan rumah ibadat agama Hindu dan Buddha. Dalam rumah
ibadat ini, abu jenazah raja serta keluarganya akan disimpan. Maknanya,
candi ini juga digunakan sebagat tempat pemakaman. Angkor Wat
merupakan salah satu contoh yang amat sesuai kerana tempat tersebut
merupakan tempat persemadian raja-raja Khmer. Selain itu, candi
merupakan tempat peyimpanan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan
awal. Dalam masyarakat awal Asia Tenggara, candi melambangkan
keagungan dan kekuatan seseorang pemerintah atau kerajaan berdasarkan
kehebatan seni binanya seperti Candi Angkor Wat yang terletak berhampiran
dengan Tasik Tonle Sap melambangkan zaman keagungan kerajaan Angkor,
manakala Candi di Lembah Bujang yang terletak antara Sungai Merbok dan
Sungai Muda melambangkan keagungan kerajaan Kedah Tua dan pengaruh
4

Hindu-Buddha. Pada masa yang sama, candi juga melambangkan orde


kosmos. Melalui candi-candi ini, kehebatan ahli seni agama dalam
melahirkan monumen keagamaan ini dapat dilihat kerana kesemua candi
memerlukan kemahiran seni bina yang tinggi untuk membangunkannya.
c) Buktikan bahawa pembinaan candi Borobudur adalah berasaskan agama
Buddha.
Satu bukti yang mengesahkan bahawa pembinaan candi Borobudur
adalah berasaskan agama Buddha ialah pendapat Casparis yang
berpendapat
bahawa
Borobudur
berasal
daripada
nama
Bhumisambarabhudara daripada batu bersurat tahun 824M yang membawa
maksud Gunung timbunan kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva.
Selain itu, candi Borobudur mewakili agama Buddha Mahayana dan dibahagi
kepada 3 tingkat. Setiap tingkat merupkan satu tahap kehidupan yang
diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha. Dalam tingkat pertama
terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha. Ketiga-tiga tingkat ini
melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu Sila, Samadhi, dan Panna megikut
ajaran agama buddha, iaitu Lapan Jalan Kebenaran. Panna membawa
maksud kebijaksanaan, manakala Samadhi membawa maksud penumpuan.
Bagi Sila pula, perkataan tersebut membawa maksud Moral. Bahagian yang
paling atas dalam candi dianggap sebagai tertinggi dan lambang kepada
pencapaian tahap nirwana, iaitu manusia membebaskan dirinya daripada
nafsu.