Anda di halaman 1dari 4

Kertas Cadangan Projek Pertanian Menggunakan

Kaedah Hidroponik.

1.
TAJUK
Kertas Cadangan Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Hidroponik.
2.
MATLAMAT
Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan pokok
menggunakan kaedah hidroponik.
3.
i.
ii.
iii.
iv.
v.

OBJEKTIF
Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh mengusahakan pertanian
menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.
Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani secara moden.
Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian.
Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan
Menambahkan lagi dana tabung sekolah dengan penjualan hasil dari pertanian ini.

4.
PROJEK
4.1 Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.
4.2 Hidroponik mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem tananaman biasa yang
menggunakan tanah seperti berikut :
a) sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa
seperti tanah berasid
b) sayur-sayuran cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang lebih berkualiti
c) bersih dan bebas dari sebarang racun mahkluk perosak
d) tidak perlu merumpai, menyiram, dan menyangkul
e) penggunaan air dan baja yang terkawal dan efiesen
f) pulangan hasil yang lebih tinggi
4.3 Kelebihan Kaedah Hidroponik
a) Pemberian nutrien lengkap.
b) Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah
penyakit.
c) Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
d) Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
e) Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
f) Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
g) Kualiti hasil yang lebih baik.
h) Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
i) Hasil lebih tinggi.
j) Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
k) Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan menggunakan teknik berselang.
l) Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang

5.
Murid

KUMPULAN SASARAN

6.
TEMPAT
Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada
7.
JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN HIDROPONIK
Pengerusi
:
Naib Pengerusi
:
Setiausaha
:
Bendahari
:
AJK
:
Ahli
:
8.
Bil.
1.

9.

KOS PELAKSANAAN
Peralatan
Set hidroponik takung (RM45.00 x 20 unit = RM900.00)
Takung hidroponik beserta penutup
Cawan hidroponik
Benang
Biji Benih
Baja
Manual

Kos (RM)
RM900.00

JADUAL PELAKSANAAN

Bil.
1.
2.

Jangka Masa
Minggu 1
Minggu 2

3.

Minggu 3

4.

Minggu 4

5.

Minggu 5

6.

Minggu 6

7.

Minggu 7

Perkara
Pengenalan kaedah hidroponik kepada pelajar
i) Penyediaan tempat untuk meletak hidroponik
- Meja terpakai
- Tempat terlindung daripada hujan untuk elakkan air
hujan daripada masuk ke dalam takung dan mencairkan
baja di dalam takung
ii) Menyemai benih di dalam cawan hidroponik menggunakan
benang sebagai medium di dalam cawan
Menyusun cawan hidroponik ke dalam takung yang telah
dimasukkan air dan baja
i) Memeriksa kandungan air dan baja di dalam takung
ii) Mengutip dan memusnahkan ulat pemakan daun jika ada
i) Memeriksa kandungan air dan baja di dalam takung
ii) Mengutip dan memusnahkan ulat pemakan daun jika ada
i) Memeriksa kandungan air dan baja di dalam takung
ii) Mengutip dan memusnahkan ulat pemakan daun jika ada
i) Memungut hasil
ii) Perbincangan kesimpulan hasil semusim

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini mengikut jadual yang akan ditentukan kelak secara
bergilir-gilir.

10.

PENUTUP

Projek penanaman sayuran menggunakan kaedah hidroponik ini adalah projek yang mampu
mendedahkan murid dengan teknologi moden dalam pertanian iaitu hidroponik takung.
Projek ini diharapkan akan dapat membantu pelajar selepas tamat menempuh alam persekolahan
kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa
yang terlibat tetapi kapada masyarakat juga secara keseluruhannya tentang sektor pertanian moden.
Sokongan daripada pelbagai pihak amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai
kejayaan. Terima kasih.

Pembekal Hidroponik
Abi Agro,
E04, Arked Kangar,
Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel: 0173458032
Faks: 049760164
Web: abiagro.com.my
Email: sales@abiagro.com.my