Anda di halaman 1dari 59

GEOGRAFI FIZIKAL

1.0

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

PENGENALAN

Buku ini dihasilkan berdasarkan persoalan yang wujud dalam pengenalan Geografi Fizikal yang
dipelajari pada peringkat lebih tinggi. Buku ini mengandungi beberapa jawapan bagi persoalan
yang telah dibincangkan berdasarkan kajian yang dibuat. Dalam buku ini akan menjelaskan
kepada kita tentang pandangan para ahli geografi terhadap goegrafi fizikal sama ada dari aspek
persamaan pandangan atau perbezaan pandangan ahli geogarfi tersebut. Buku ini juga akan
membincangkan tema-tema yang terdapat dalam bidang geografi fizikal dengan merujuk kepada
kajian-kajian terkini. Antara tema yang akan dibincangkan dalam buku ini adalah berkaitan
dengan Atmosfera, Hidrologi, Oseanografi, Geomorfologi, Astronomi dan Biosfera. Buku ini
juga turut memuatkan dapatan hasil daripada kajian bidang Geografi Fizikal terhadap
kesinambungan alam sekitar fizikal. Sistem bumi merupakan bidang terbesar dalam kajian ini
kerana meliputi kajian tentang Atmosfera, Litosfera, Hidrologi, Biosfera. Sistem bumi mengkaji
tentang interaksi antara sistem alam dengan sekitar fizikal dan interksi sistem alam sekitar fizikal
dengan alam manusia serta kesan positif dan negatif daripada interaksi yang telah berlaku.
Seterusnya buku ini juga memberi penilaian dalam sumbangan daripada kajian Geografi Fizikal
terhadap aspek perkembangan ilmu-ilmu baru dan pembangunan manusia sejagat. Antaranya
dalam bidang pertanian, alamsekitar, pendidikan dan kartografi iaitu Geography Information
System (GIS) yang merupakan sumbangan terbesar dalam bidang Geografi Fizikal.
Selain itu, buku ini dihasilkan bertujuan untuk memberi penambahan ilmu kepada
pembaca dan juga untuk memenuhi salah satu syarat kursus Geografi Fizikal yang kami ambil
pada tahun kedua ini iaitu semester 1 sesi 2012/2013. Kami berharap buku yang dihasilkan ini
akan membantu pembaca menambah ilmu tentang Geografi Fizikal. Akhir kata, terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah Geografi Fizikal kami iaitu Dr. Roslee
Talip yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Tidak
lupa juga ucapan terima kasih dan syabas kepada semua rakan-rakan kumpulan yang sama-sama
berusaha untuk menyiapkan dan membukukan tugasan ini.

GEOGRAFI FIZIKAL
2.0

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Huraikan Persamaan dan Perbezaan Antara Pandangan Ahli-Ahli Geografi

Terhadap Konsep Geografi Fizikal.

Geografi merupakan bidang ilmu yang telah lama bermula sejak zaman klasik lagi.
Kajian demi kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli geografi telah membawa bidang ilmu ini
berkembang merentasi masa. Contohnya adalah seperti di jadual di bawah.
Jadual 1 : Ahli Geografi Fizikal mengikut kronologi masa/abad/tahun
Ahli Geografi
Mary Somerville
John Macturk
John Young
David Thomas
Myton Maury dan Fredrich Simonds
William Morris dan William Henry
J. D. Queckebons et al.
J. B. Whittow
Alan H. Strahler

Tahun/Garis Masa/Abad
ke-18
ke-18
ke-18
ke-18
ke-18
ke-18
ke-19
ke-19
ke-19

Seorang ahli kronologi geografi iaitu James (1972) daripada Jerman berkata: ciri khas sesuatu
disiplin ilmu itu adalah hakikat bahawa ia mempunyai organisasi pendidikan yang menyediakan
latihan pengkhususan dalam bidang tersebut.
Menurut Johnston (1989), bahawa dalam bidang geografi, organisasi yang dimaksudkan itu
telah bermula dengan tepat pada tahun 1874 hanya apabila sebuah jabatan geografi universiti
yang pertama telah ditubuhkan di negara Jerman (James, 1972). Perkembangan utama bagi
bidang geografi ini adalah bermula pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sebelum tahun 1874,
bidang kajian geografi telah dijalankan sama ada oleh golongan-golongan amatur dan juga ahliahli sains yang terlatih dalam bidang ilmu masing-masing. Namun dengan adanya latihan
pengkhususan yang disediakan untuk ilmu geografi, geografi mula meninggalkan zaman
klasiknya dan mula memasuki zaman moden. Perkembangan demi perkembangan dalam bidang
ilmu geografi telah menyebabkan bidang ilmu ini berpecah menjadi dua bahagian utama yang
terdiri daripada Geografi Fizikal dan juga Geografi Manusia (Sharifah Mastura, 2005).
2

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Namun, bidang kajian geografi fizikal dikatakan lebih cepat berkembang daripada
geografi manusia terutamanya pada abad ke-19 hingga kini. Hal ini kerana Geografi fizikal lebih
menumpukan kepada perbincangan tradisi sains bumi dengan menggunakan sistem pengukuran
dan pemantauan yang tepat serta teknik penganalisisan dan permodelan. Geografi fizikal
mempunyai berbagai-bagai bidang sains tulen yang digabungkan untuk menjelaskan tentang
alam sekitar manusia.
Terdapat berbagai pandangan daripada ahli-ahli geografi fizikal mengenai konsep
geografi fizikal itu sendiri. Meskipun bidang ilmu geografi telah bermula sejak zaman klasik
lagi, namun pengertian dalam konsep geografi fizikal tidak digambarkan dengan begitu jelas. Hal
ini disebabkan skop bidang kajian geografi pada masa lampau masih terlalu umum dan tidak ada
pengkhususan. Hanya bermula pada awal abad ke-18 dan abad ke-19, bidang kajian geografi
fizikal mula berkembang pesat dan semakin ramai ahli geografi fizikal membuat kajian dan
mengutarakan pendapat dan teori mereka sendiri bagi menjawab persoalan-persoalan yang
timbul dalam bidang ilmu ini.
Pada abad ke-18, terdapat ramai ahli geografi fizikal telah memberikan pendapat mereka
untuk mendefinisikan secara tepat apa itu yang dimaksudkan dengan geografi fizikal. Sebagai
contoh adalah Mary Somerville. Beliau adalah seorang ahli geografi fizikal wanita yang terkenal
walaupun bidang ilmu beliau yang utama adalah matematik. Dilahirkan pada 26 Disember 1780
dan meninggal dunia pada 24 November 1872. Beliau berasal daripada Scotland. Beliau telah
banyak menulis buku-buku mengenai geografi fizikal. Antara karya beliau adalah Physical
Geography pada tahun 1848, Connexion of the Physical Science pada tahun 1834 dan
sebagainya. Konsep geografi fizikal menurut Mary Somerville (1855) adalah:

Physical Geography is a description of the earth, the sea, and the air, with their inhabitants animals and vegetable of
the distribution of these organized being, and the cause of that distribution. Political and arbitrary divisions are
disregarded, the sea and the land are considered only with respect to those great features that have been stamped
upon them by the hand of the Almighty, and man himself is viewed but as a fellow-inhabitant of the globe with other
created things, yet influencing them to a certain extent by his actions, and influenced in return.

Secara ringkas, geografi fizikal menurut Mary Somerville (1855) adalah kajian tentang
bumi, laut dan udara serta apa yang terkandung di dalamnya seperti haiwan dan tumbuhan.
3

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Selain itu, terdapat juga ahli geografi fizikal lain yang turut memberi pandangan mengenai
konsep geografi fizikal iaitu John Macturk. John Macturk (1873) berpendapat bahawa geografi
fizikal adalah berkait rapat dengan ciri-ciri hebat alam sekitar dan susunan sistem dunia meliputi
darat, air, atmosfera dan taburan haiwan dan tumbuhan.
Ahli geografi fizikal yang lain adalah John Young yang berasal daripada Scotland. Beliau
dilahirkan pada tahun 1835 dan meninggal dunia pada tahun 1902 sewaktu berusia 67 tahun.
John Young merupakan ahli zoologi, ahli sejarah, geologi dan palaeontologi. Munurut John
Young (1873), geografi fizikal adalah cerita mengenai bumi, sejarahnya dan apa yang sedang
berlaku. Ia adalah ilmu yang ditunjangi oleh ilmu astronomi, geologi dan biologi.
David Thomas pula merupakan salah seorang lagi ahli geografi fizikal yang turut
memberikan sumbangan dalam penjelasan konsep geografi fizikal itu sendiri. David Thomas
merupakan bekas profesor di University of Cambridge. David Thomas (1881) mendefinisikan
geografi fizikal seperti berikut:

... by Physical Geography is meant a description of the natural faetures of the earth, an account of the waters on its
surface and the air that surrounds it, a sketch of the natural grouping and distribution of the various families of plants
and animals (including man), and a statement of the causes that bring about the ordinary phenomena of nature.

Seterusnya adalah Myton Maury dan Fredrich Simonds (1885). Myton Maury adalah
bekas supritendan bagi angkatan pemerhati tentera laut, Washington, Amerika Syarikat manakala
Fredrich Simonds adalah seorang pensyarah bertaraf profesor doktor dalam bidang geologi di
Universiti Texas, Amerika Syarikat. Menurut mereka, geografi fizikal adalah menggambarkan
kawasan permukaan bumi, airnya dan atmosfera hasil daripada tindak balas alam untuk jaminan
kehidupan makhluk di bumi.
Beberapa tahun selepas itu, muncul pula William Morris dan William Henry untuk
memberikan pandangan mereka. Menurut Morris dan Henry (1898), geografi fizikal menjelaskan
tentang ciri-ciri tertentu bumi yang mempengaruhi aktiviti dan tidak balas hidupan yang
bergantung hidup padanya.

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Pada tahun yang sama, beberapa ahli geografi fizikal di Amerika Syarikat turut
memberikan pandangan mereka di dalam buku yang bertajuk Physical Geography. Kumpulan
ahli-ahli geologi ini yang diketuai oleh John D. Queckebons mendefinisikan geografi fizikal
seperti yang di bawah:

Physical Geography, the subject of this volume, treats of the natural divisions of land and water without refrence to
political organization; of the atmosphere and climate of the earth, and the cause that are implied in present changes
upon its surface ; of its vegetable and animal life, and distribution of such natural products as are of interest to man.
Physical Geography is thus a comprehensive science that includes applications from astronomy, the science of bodies
in space; from geology, the science of one of these bodies especially-the matter ; from physics, the science of the laws
and properties of matter; from botany, the science of vegetable life; from zoology, the science of animal life; from
minerology, the science relating to a large class of natural objects that have not life

Ahli geografi fizikal yang seterusnya adalah John Whittow. Whittow merupakan seorang
ahli geografi fizikal yang terkenal kerana kajian-kajian dan hasil karya buku beliau masih
digunakan sebagai rujukan dalam bidang ilmu geografi masa kini. Menurut Whittow (1984),
geografi fizikal merupakan kajian mengenai ruang, ciri-ciri sementara dan hubungan antara
semua fenomena alam semulajadi hasil daripada aktiviti fizikal persekitaran bumi.
Strahler juga memberikan pendapat beliau mengenai konsep geografi fizikal ini. Menurut
Strahler (1983), geografi fizikal adalah satu skop kajian yang menumpukan dan melahirkan
saling hubung kait antara unsur-unsur penting dalam alam sekitar fizikal manusia.
Sebagai generalisasi dan analisis pandangan serta pendapat, jadual di sebelah akan
mengelaskan ahli-ahli geografi di atas mengikut persamaan dan perbezaan pendapat mereka
terhadap konsep geografi fizikal.

Persamaan
Marry Sommerville
John Macturk
David Thomas

Perbezaan
John Young
William Morris dan William Henry
J. B Whittow
5

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Myton Maury dan Fredrich Simonds


Alan H. Strahler
J.D Queckbons et al.
Jadual 2: Senarai ahli geografi fizikal yang mempunyai persamaan dan perbezaan
pandangan mengenai konsep geografi fizikal

Tokoh-tokoh geografi yang memberi pandangan dan pendapat yang sama bagi konsep
geografi fizikal adalah Marry Somerville, John Mactruk, David Thomas, Myton Maury dan
Fredrich Simonds serta J.D Queckebons et al. Pandangan mereka-mereka ini dianggap
mempunyai persamaan kerana pendangan yang diberikan oleh mereka ada menyebut atau
menyenaraikan keempat-empat elemen utama di dalam kajian geografi fizikal iaitu biosfera,
litosfera, atmosfera dan hidrosfera.
Tokoh yang berlainan pendapat pula adalah John Young, William Morris dan William
Henry, J.B Whittow serta Alan H. Strahler. Pandangan mereka bukanlah berbeza sekali dengan
pandangan tokoh-tokoh lain, cuma di dalam pendapat dan pandangan yang mereka utarakan
mengenai konsep geografi fizikal adalah kurang menekankan keempat-empat elemen utama
kajian geografi fizikal yang telah disebutkan pada awal tadi. Mungkin kita boleh menganggap
tokoh-tokoh ini mahu memberi pandangan yang lain daripada yang lain yang sememangnya
logik dan ada kaitan yang ketara dengan bidang ilmu geografi fizikal. Sebagai contoh, John
Young mengatakan geografi fizikal meliputi ilmu biologi, geologi dan astronomi. Ilmu-ilmu
tersebut sememangnya wujud dalam bidang kajian ilmu geografi fizikal dan pendapat-pendapat
seperti ini tidak boleh diketepikan kerana ia akan menambahkan kekuatan kepada pengertian dan
penjelasan yang lebih mendalam bagi memberikan makna atau konsep geografi fizikal yang
lebih mendalam dan spesifik.

3.0

Perincikan Tema-Tema dalam Bidang Kajian Geografi Fizikal dengan Merujuk

Kepada Kajian-Kajian Terkini dan Mutakhir.

3.1

ATMOSFERA
6

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Atmosfera merupakan suatu lapisan gas yang meliputi sesebuah planet dalam sistem solar
termasuklah planet kita sendiri, iaitu bumi. Menurut Bergman dan Renwick (2003), atmosfera
merupakan suatu lapisan tipis gas yang terdapat di sekeliling planet bumi dengan altitud kurang
daripada 480 kilometer. Beberapa jenis gas terdapat dalam sistem atmosfera planet kita, iaitu:
Jadual 3: Jenis Gas dan Peratusannya
Bil
Jenis Gas
Peratusan (%)
1
Nitrogen
78.1
2
Oksigen
20.9
3
Argon
0.9
4
Karbon Dioksida
0.036
Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada buku Introduction to Geography: People, Places
and Enviroment (2003).
Selain itu, wap air juga terdapat dalam lapisan atmosfera planet kita yang terhasil melalui
proses sejatan di laut (Turekian, 1996). Atmosfera memainkan peranan yang penting bagi
menstabilkan suhu di muka bumi. Tanpa lapisan atmosfera, planet bumi pasti akan berhadapan
dengan cuaca ekstrim sebanyak 260 darjah celcius antara siang dan malam (Gabler, Peterson,
Trapasso dan Sack, 2009). Lapisan atmosfera bumi terbahagi kepada beberapa lapisan yang
setiap satunya mempunyai perbezaan sama ada dari segi suhu mahu pun tekanan yang
memainkan peranan terhadap planet bumi (lihat gambar rajah 1).

Gambar Rajah 1: Lapisan atmosfera bumi

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Sumber: Google Images


Jadual 4: Lapisan atmosfera bumi dan ciri-cirinya

Lapisan
GEOGRAFI FIZIKAL

Ciri-Ciri

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]


Lapisan paling hampir dengan permukaan bumi

Terbentang sehingga 18 km dari paras laut

Mempunyai tekanan udara yang tinggi kerana tarikan graviti


bumi

Troposfera

Stratosfera

Mempunyai kandungan udara yang sesuai untuk kehidupan

Suhu berkadar songsang-menurun dengan ketinggian

Dipisahkan oleh lapisan tropopaus

Terbentang sehingga 18 hingga 50 km di atmosfera

Mengandungi gas ozon

Suhu berkadar langsung-meningkat mengikut ketinggian

Suhu berada pada paling bawah relatif stabil dan sangat dingin
iaitu-57 darjah celcius, atau 70 darjah celcius

Mesosfera

Termosfera

Eksosfera

Melindungi hidupan di bumi daripada sinaran radiasi UV

Terletak di atas lapisan stratosfera

Antara 50 km hingga 80 km dari permukaan bumi

Suhu berkadar songsang

Tekanan udara rendah

Berlaku proses pembakaran meteorit

Dipisahkan oleh garisan mesopaus

Antara 80 hingga 600 km dari permukaan bumi

Suhu berkadar terus

Tekanan udara rendah

Terdapat zarah-zarah yang bercas-ion

Mempunyai jaluran cahaya yang dipanggil aurora

Udara nipis

Lapisan paling luar

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Gas-gas yang terdapat dalam atmosfera berperanan penting dalam melindungi kehidupan
di bumi dengan menyerap radiasi sinaran ultra-lembayung daripada matahari dan mengurangkan
suhu ekstrem pada waktu siang dan malam (Turekian, 1996). Atmosfera tidak mempunyai
sempadan, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian. Mengikut Hukum
Boyle, apabila suhu tinggi maka tekanan udara menjadi rendah dan apabila suhu rendah maka
tekanan udara menjadi tinggi. Garisan Karman sering digunakan sebagai sempadan antara
atmosfera dan angkasa. Dalam sistem atmosfera bumi kita, terdapat beberapa proses penting
yang perlu diketahui bagaimana sistem atmosfera berfungsi.
Gambar rajah 2: Beberapa sistem yang penting dalam sistem atmosfera bumi

Belanjawan haba biasanya digunakan untuk melihat jumlah bahangan yang sampai ke
bumi dan bagaimana bahangan tersebut ditaburkan ke seluruh dunia bagi mengimbangi
bahangan yang keluar dari muka bumi. Serakan merupakan suatu partikel yang terapung di ruang
angkasa dan bertindak menyerakkan gelombang bahangan. Balikan atau turut dikenali sebagai
proses pantulan yang berperanan untuk memantulkan cahaya dalam pelbagai arah melalui
partikel-partikel yang ada di ruang angkasa. Pemindahan haba mendatar pula melibatkan
pemindahan haba yang berlebihan ke kawasan lain di dunia bagi mengimbangi taburan haba
dunia.
Dalam tema atmosfera, banyak kajian terkini dan mutakhir yang dibuat untuk mengkaji
fenomena dalam atmosfera. Salah satu kajian yang sering dikaitkan dengan atmosfera ialah kaji
10

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

cuaca atau kaji iklim. Kaji cuaca melibatkan kepada fenomena-fenomena cuaca seperti hujan,
kabus, suhu dan sebagainya. Kaji iklim pula melibatkan fenomena-fenomena cuaca dalam jangka
masa yang panjang mengenai iklim di sesuatu tempat. Wap air, karbon dioksida dan habuk
merupakan tiga pemboleh ubah yang memberi kesan terhadap cuaca dan iklim (McIntyre, Eilers
dan Mairs, 1991).
Di negara kita, pembaharuan dalam bidang teknologi berkaitan atmosfera semakin
berkembang. Sistem Cuaca Automatik (lihat gambar rajah 3) telah mula digunakan di Mersing
yang beroperasi secara automatik. Sistem Cuaca Automatik mengukur jumlah air hujan, tekanan
udara, suhu, kelembapan, kelajuan dan arah angin serta sinaran global, yang turut dikemas kini
setiap minit, 24 jam sehari tanpa bantuan manusia.
Gambar rajah 3: Sistem cuaca automatik

Sumber: Google Images

3.2

HIDROLOGI

Secara asasnya, hidrologi merupakan Sains Bumi (Viessman dan Lewis, 2003). Menurut Ayoade
(1988) pula, hidrologi disifatkan sebagai suatu penelitian saintifik mengenai kitaran air.
Hidrologi mengkaji mengenai pengagihan air di muka bumi, komposisi fizikal dan reaksi
kimianya dengan bahan semulajadi yang lain. Malahan, hidrologi turut mengkaji pergerakan air
11

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

antara planet dengan atmosfera (lihat gambar rajah 4). Jisim-jisim dalam hidrologi boleh
terdapat dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk cecair, pepejal dan wap. Dalam bentuk
wap air yang bersifat gas, molekul-molekul boleh berubah kepada keadaan cecair melalui proses
pemeluwapan. Sekiranya suhu pula kurang daripada takat beku, air boleh terus berubah kepada
keadaan pepejal menjadi harbur ais melalui pemejalwapan. Melalui proses sejatan pula, molekulmolekul boleh keluar dari permukaan air untuk menjadi wap air (molekul gas). Air juga boleh
berubah daripada keadaan cecair menjadi pepejal melalui proses pembekuan dan dari pepejal
kepada bentuk cecair melalui proses peleburan (cairan). Jumlah air meliputi 2/3 di muka Bumi
dan hanya 5% sahaja yang dikitarkan dalam bentuk hidrologi.
Gambar rajah 4: Kitaran air

Sumber: Google Images


Melalui gambar rajah di atas, proses pertama dalam kitaran hidrologi ialah sejatan dan
pemeluwapan yang memainkan peranan untuk menambahkan wap air ke dalam atmosfera
(Ayoade, 1988). Proses pemeluwapan akan menghasilkan awan yang seterusnya akan mengalami
proses kerpasan. Kerpasan biasanya terdiri daripada pelbagai jenis bentuk tetapi di bahagian
tropika biasanya mengalami hujan cecair. Kerpasan berlaku apabila kandungan air di dalam
awan menjadi semakin berat yang akhirnya akan turun ke muka bumi. Apabila hujan berlaku,
sebahagian daripada sejatan akan berlaku daripada titisan hujan. Bakinya pula akan jatuh ke
12

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

permukaan tanah, permukaan air atau permukaan tumbuhan. Biasanya, hujan yang turun ke
permukaan tumbuh-tumbuhan akan dikekalkan dalam konopi tumbuh-tumbuhan sebelum
akhirnya jatuh ke tanah dan disejat semula.
Seterusnya, air hujan yang tiba ke tanah akan menyusup masuk ke dalam tanah sebagai
air larian permukaan. Kadar susupan sangat bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis
tanih, kandungan dan keadaan lembapan tanih. Namun, kadar susupan di jalan yang berturap
atau bangunan berkonkrit biasanya sedikit disebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap
oleh tanah dengan baik. Air yang jatuh ke dalam tanah juga biasanya akan tersejat semula ke
atmosfera. Hal ini demikian kerana sebahagian daripada air tersebut akan digunakan oleh
tumbuh-tumbuhan dan tumbuhan tersebut akan membebaskan air ke atmosfera melalui proses
sejat peluhan.
Dalam kajian yang terkini dan mutakhir berkenaan hidrologi, Empangan Bakun (rujuk
gambar rajah 5) di negeri Sarawak merupakan satu contoh yang terbaik dalam kitaran hidrologi.
Empangan Bakun merupakan sebuah empangan hidroelektrik yang terbesar di Asia Tenggara
yang menyamai keluasan sebuah negara Singapura. Dianggarkan sebanyak 2400 MW tenaga
elektrik dapat dijana oleh empangan tersebut (Adnan Hussein dan Kamaliah Hj. Siarap, 2006).
Gambar Rajah 5: Empangan Bakun

Sumber: Google Images


Terdapat beberapa faktor yang membolehkan Empangan Bakun sesuai dijadikan sebagai
sebuah empangan hidroelektrik. Empangan Bakun yang terletak di Sungai Balui, Sarawak
13

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

merupakan sebuah sungai yang mempunyai aliran atau arus yang amat deras dan sesuai untuk
menjana tenaga elektrik daripada sungai tersebut. Sumber air untuk menjana tenaga elektrik juga
tidak akan kehabisan kerana ianya akan mengalami proses kitaran hidrologi yang berterusan dan
membolehkan kitaran air sentiasa ada.

3.3

OSEANOGRAFI

Secara umumnya, tema oseanografi lebih menumpukan kepada fenomena-fenomena yang


berlaku dalam lautan. Menurut Pickard dan Emery (1990), oseanografi merupakan nama am
yang diberi kepada kajian lautan secara saintifik dengan penekanan pada sifatnya sebagai
sebahagian alam sekitar. Secara ringkasnya, oseanografi dapat dikelompokkan ke dalam empat
bidang kajian. Pertama, oseanografi ekologi yang dapat dikelompokkan ke dalam lapisan
litosfera yang terdapat di bawah laut. Kedua, oseanografi fizik yang mengkaji sifat-sifat fizik
dalam lautan. Sebagai contoh, kajian mengenai arus, gelombang, pasang surut dan suhu air laut
merupakan antara skop yang terletak di bawah oseanografi fizik. Ketiga, oseanografi kimia yang
memberi penekanan terhadap sifat-sifat kimia air laut. Keempat, oseanografi biologi yang
menumpukan terhadap kajian flora dan fauna yang terdapat di dalam lautan.
Dalam perbicangan ini, hanya oseanografi fizik sahaja yang akan dibincangkan dalam
tema ini. Lautan merupakan takungan air masin di permukaan pepejal bumi (Pickard dan Emery,
1990). Antara lautan utama yang terdapat di bumi ialah Lautan Selatan, Lautan Atlantik, Lautan
Pasifik, Lautan Hindi dan Lautan Artik. Kesemua lautan ini dikelilingi oleh daratan atau
beberapa rangkaian pulau yang terdapat di laut. Lautan meliputi sebanyak 71% di permukaan
bumi dan terdapat sedikit tanah untuk menghalang tiupan angin atau arus laut yang kuat di
latitud 40S dan 60S (Gross, 1995). Kedalaman laut terutamanya keempat-empat di atas
mencapai 4000 meter atau tidak sedalam itu.
Lautan juga mempunyai beberapa dimensi dasarnya yang dapat diperincikan kepada
beberapa bahagian. Jadual di bawah menunjukkan perincian beberapa bahagian dasar yang
terdapat di dalam lautan:
Jadual 5: Bahagian dasar lautan dan penerangan
14

GEOGRAFI FIZIKAL
Bil
1

Bahagian
Pesisir

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]


Penerangan
Longgokan daratan yang berhampiran dengan laut dan yang
telah diubah oleh tindakan laut. Pantai pula merupakan pesisir
arah ke laut dan secara kasarnya terbentang dari aras pasang

Pelantar benua

surut paling tinggi sehingga paling rendah.


Terbentang dari pesisir arah ke laut dengan purata kecerunan 1
dalam 500. Purata lebarnya 65 km.

Cerun

benua

cangkal benua

dan Cerun benua mempunyai purata ketinggian kira-kira 4000 m


secara menegak dari pelantar sehingga ke bawah laut. Bahagian
bawah cerun iaitu di tempat cerun itu menganjuur ke dasar laut
dikenali sebagai cangkat benua.

Sil

Permatang yang puratanya lebih daripada aras purata dasar di


sesuatu kawasan dan yang memisahkan sesebuah takungan dari
takungan lain.

Bahan dasar

Kebanyakannya datang dari daratan disebabkan tiupan angin


atau dibawa turun oleh sungai. Bahan yang terdapat di dasar
laut dalam kebanyakannya lebih halus daripada bahan di
pelantar atau cerun benua.

Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada buku Huraian Oseanografi Fizikal Suatu
Pengenalan (1995).
Beberapa ciri fizikal dalam juga laut boleh dibahagikan kepada beberapa sub lain. Salah
satunya ialah dari aspek suhu. Suhu merupakan suatu ciri fizikal yang amat penting terhadap
laut. Meter suhu merupakan salah satu parameter lautan yang boleh digunakan untuk mengukur
suhu dalam laut. Kebiasaannya, suhu air lautan berubah dari tempat ke tempat dan dari masa ke
semasa (Pickard dan Emery, 1990). Suhu selalunya dinyatakan dalam bentuk skala Celcius (C).
Kemasinan dalam air laut juga boleh dikira dan diukur. Rasa masin dalam laut disebabkan oleh
adanya pelbagai jenis garam-garam yang terlarut di dalam air. Salah satu garam yang sering
terdapat di dalam laut dikenali sebagai garam natrut klorida (NaCI) atau garam dapur.
Kajian yang ingin ditunjukkan dalam tema oseonagrafi ini merupakan satu fenomena
alam yang juga jarang berlaku kerana ianya melibatkan fenomena di dasar laut. Dalam kajian ini,
15

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

satu penemuan iaitu dikatakan terdapat sebuah sungai di dalam laut namun ia sebenarnya
hanyalah salah faham penduduk mengenai perkara tersebut. Perkara ini boleh diterangkan secara
jelas melalui gambar rajah di bawah.

Gambar rajah 6: Kedudukan Cenote


Angelita

Penemuan sungai di bawah laut adalah terletak


di sebuah tempat di semenanjung Yucatan,
Mexico yang dikenali sebagai Cenote Angelita.
Perkataan "Cenote" itu berasal dari kata suku
maya "D'zonot" yang bermaksud "sebuah
lubang/gua bawah tanah yang memiliki air".
Manakala "Angelita" bermaksud "malaikat
kecil". Jadi Cenote Angelita bermaksud "Gua
Malaikat

Kecil".

Cenote

Angelita

yang

dimaksudkan ini terletak sekitar 17 kilometer


dari Tulum. Ia memiliki diameter lubang
sekitar 30 meter dengan kedalaman sekitar 60
meter. Cenote ini berada di wilayah hutan lebat
yang memiliki pelbagai jenis flora fauna yang
cukup menarik. Bahkan jaguar juga tinggal di
hutan ini. Oleh itu, sebenarnya kurang tepat
jika menyebut Cenote Angelita sebagai sungai
di

dasar

laut

kerana

Cenote

Angelita

sebenarnya sebuah gua berair di tengah


Sumber:

file:///J:/sungai-di-bawah-laut

hutan, bukan di laut, walaupun airnya

penjelasan-singkat.html

memang terhubung dengan laut.

Tambahan pula, jika kita menyelam ke dalam Cenote Angelita, kita akan menemui air
tawar pada kedalaman 30 meter pertama yang kemudian diikuti dengan air masin pada
kedalaman 60 meter. Pada kedalaman itu juga kita boleh melihat sungai dan pohon-pohon pokok
16

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

di dasarnya. Anatoly Beloschin iaitu seorang fotografi professional yang turut mengkaji
fenomena ini mengutarakan bahawa We are 30 meters deep, fresh water, then 60 meters deepsalty water and under me I see a river, island and fallen leaves.."
Gambar rajah 7: Penemuan bayangan sungai di dasar laut

Sumber: file:///J:/sungai-di-bawah-laut-penjelasan-singkat.html
Oleh itu, kita dapat menyimpulkan bahawa memang terdapat kewujudan sungai di bawah
laut. Namun, penemuan ini hanyalah sebuah fenomena yang dipanggil sebagai Helocline iaitu di
mana kedudukan air tawar tidak bercampur dengan air masin. Maksud Herocline itu sendiri
menyatakan bahawa ianya adalah sebuah zon vertikal di dalam laut dimana kadar garam berubah
dengan cepat sejajar dengan perubahan kedalaman. Perubahan kadar garam ini akan
mempengaruhi kepadatan air sehingga zon ini kemudian berfungsi sebagai dinding pemisah
antara air masin dan air tawar. Air masin memiliki kepadatan yang lebih besar jika dibandingkan
dengan air tawar. Ini membuat ia memiliki ketumpatan yang juga lebih tinggi. Kerana itu wajar
kalau air tawar berada di atas air masin.

17

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Gambar rajah 8: Fenomena Helocline


Ketika kedua-dua jenis air ini bertemu, ia akan
membuat lapisan halocline yang berfungsi menjadi
pemisah antara keduanya. Peristiwa ini tidak terjadi
di semua pantai atau bahagian di laut, namun cukup
biasa terjadi di gua-gua air yang terhubung ke laut
seperti Cenote. Perbatasan antara air asin dan air
tawar (Halocline) pada Cenote Angelita berada pada
kedalaman sekitar 33 meter. Dalam bahagian
Cenote ini, air tawar di permukaan berasal dari air
hujan.
Namun begitu, sungai tersebut hanyalah
sebuah ilusi deskripsi yang paling tepat
untuk

menyebutnya,

bukan

sungai,

melainkan kabut atau awan, kerana lapisan


yang terlihat seperti sungai itu adalah
lapisan Hidrogen Sulfida. Lapisan ini
membentuk

kabut

atau

awan

yang

membuat ilusi sungai. Tidak ramai yang


mampu menyelam sampai ke kedalaman
ini kerena lapisan ini terdapat di dasar
Cenote Angelita, iaitu di kedalaman sekitar
Sumber : file:///J:/sungai-di-bawah-

60 meter.

lautpenjelasan-singkat.html

18

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Gambar rajah 9: Ilusi sungai akibat kabus atau awan

Sumber: file:///J:/sungai-di-bawah-laut-penjelasan-singkat.html
Lapisan Hidrogen Sulfida ini terbentuk akibat pohon-pohon atau organisma yang reput di
dasar Cenote. Kerana itu lapisan ini menghasilkan bau seperti telur busuk (mungkin sebahagian
dari anda juga tahu bahawa kita juga mengeluarkan gas ini ketika kita membuang angin). Selain
karena aktifitas bakteria untuk mereput, gas ini juga boleh dihasilkan oleh aktifitas gunung
berapi. Dalam kadar yang tinggi, gas ini berbahaya bagi manusia kerana boleh mengganggu
beberapa sistem dalam tubuh manusia, malah pokok-pokok juga tidak boleh tumbuh di dasar
tersebut, apa yang dilihat saperti daun-daun di kawasan tersebut adalah merupakan daun-daun
yang gugur di dasar Cenote.

3.4

GEOMORFOLOGI

Perkataan geomorfologi berasal daripada bahasa Yunani. Geo bermaksud bumi, Morphe
bermakna bentuk dan Logos bermaksud kajian. Maka geomoforlogi bermakna kajian bentuk
muka bumi. Geomoforlogi menurut Hjulstrom (1935) bermaksud satu bidang sains bumi yang
mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik.
Proses geomoforlogi pula ialah semua proses fizikal, kimia dan biologi yang
bertanggungjawab membentuk, mengembangkan dan mengubah bentuk muka bumi atau

19

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

pandang darat fizikal secara makro atau mikro. Pada amnya, proses geomoforlogi ini boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu proses endogenik dan proses eksogenik.
Proses endogenik menurut Waluyo, Suwardi, Agung Feryanto dan Tri Haryanto (2008)
ialah merupakan tenaga yang berasal dari dalam bumi merupakan tenaga yang bersifat
membangun. Suatu kawasan yang secara semula jadi mendatar akan membentuk pergunungan
melalui proses yang memerlukan masa yang lama dan dengan adanya tenaga endogenik dan
tenaga ini diklasifikasikan seperti tenaga tektonisme, vulkanisme dan seisme. Ianya proses yang
berpunca dari dalam bumi dan mampu membentuk serta mengubah permukaan bumi seperti
pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan aktiviti
igneus serta metamorphosis batuan. Manakala proses eksogenik ialah proses eksogenik ialah
proses yang berlaku di luar bumi atau di permukaan bumi seperti proses luluhawa, hakisan,
pengangkutan, pemendapan dan gerakan jisim. Lapisan yang paling penting mempengaruhi
pergerakan dalaman bumi ialah lapisan astenosfera (lapisan separa cair) yang berada di dalam
mantel bumi. Lapisan ini terdiri daripada cairan batuan yang amat panas yang menyebabkan
wujudnya tenaga haba yang tinggi serta arusarus perolakan yang boleh menggerakkan lapisan
kerak bumi. Kesannya akan mewujudkan proses-proses endogenik seperti berikut:
Perlipatan kerak bumi: Proses ini akan menghasilkan banjaran gunung lipat. Menurut
Sugiharyanti (2006), lipatan dapat terjadi akibat dari adanya tekanan horizontal yang
berlawanan pada suatu lapisan batuan. Tekanan tersebut kebiasaannya lemah tetapi
berlangsung terus menerus dalam jangka waktu yang lama. Akibatnya, lapisan batuan
menjadi melengkung membentuk suatu lipatan seperti Antiklinal dan Sinklinal. Akibat
daya tolakan di kiri dan kanan maka lapisan kerak bumi akan terlipat membentuk
banjaran gunung yang di selangi dengan lurah atau lembah. Misalnya sistem gunung lipat
tua dan sistem gunung lipat muda.
Gambar rajah 10: Lipatan kerak bumi

20

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Sumber: Buku ilmu pengetahuan sosial


Daya tektonik mampu melipatkan lapisan kerak bumi melalui dua proses iaitu
yang pertama proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi dan kedua
ialah proses mampatan secara mendatar. Jika berlaku tekanan dan mampatan dari kiri dan
kanan dan kerak bumi berkemungkinan akan patah kerana bersifat pejal. Namun begitu,
lapisan kerak bumi atau batuan yang berada di dalam bumi adalah cair kerana ianya
mengalami suhu dan haba yang sangat tinggi. Maka dengan itu, lapisan kerak bumi akan
mudah lentur atau juga melengkung ke atas yang dinamakan sebagai antiklin dan apabila
melengkung

ke

bawah

dinamakan

sebagai

sinklin.

Contohnya,

pembentukan

penggunungan lipatan Himalaya. Terlipatnya lapisan batuan ini dapat mendorong


terbentuknya perbukitan (antiklin) dan lembah (sinklin).
Gambar rajah 11: Antklin dan Sinklin

Sumber: Diambil daripada buku Ilmu Pengetahuan Sosial Kelas VII Untuk SMP/MTS
(2008).
Antiklin: lipatan yang melengkung ke atas dan mempunyai lengan yang mencondong ke
arah yang bertentangan serta mempunyai batuan tua di bahagian tengah lengkungannya.

21

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Sinklin: lipatan yang melendut ke bawah atau di kenali sebagai lintap lendut serta
dibentuk oleh batuan yang muda di bahagian tengah lengkungannya.
Gambar rajah 12: Lipatan antara
Antiklin dan Siklin maka akan
menyebabkan berlaku perbezaan
terhadap bentuk batuan.
Sumber: Google Images
Pergerakan tektonik: Proses ini
adalah disebabkan wujudnya pergerakan arus perolakan magma yang panas di lapisan
astenosfera yang terletak di atas mantel bumi. Akan tetapi, menurut Goh Cheng Liong
(2010), teori plat tektonik merupakan kerak bumi dikatakan terbahagi kepada tujuh plat
utama. Plat ini hanyut seperti rakit di atas mantel separuh cair kerana arus olakan yang
deras di perut bumi. Apabila plat-plat ini berlaga, letupan gunung berapi dan gempa bumi
berlaku.
Gambar rajah 13: Pergerakan tektonik

Sumber: Atlas Sumber dalam Geografi Fizikal

22

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]


Gambar rajah 14: Proses Endogenik

Sumber : http://www.scribd.com/doc/39244884/Proses-Endogenik-Proses
Pergerakan Dalaman Bumi
Pergerakan ini berlaku secara perlahan-lahan dan kadar serta arah pergerakan
antara plat-plat tersebut juga berbeza-beza antara satu sama lain. Malah, plat-plat tektonik
ini boleh bergerak dengan tiga cara iaitu secara pertembungan, secara percapahan, dan
juga secara perselisihan.
Secara pertembungan: Proses ini terjadi apabila dua sempadan plat bertembung antara
satu sama lain. Pertembungan ini boleh berlaku antara palt benua dengan plat benua, plat
lautan dengan plat lautan dan plat lautan dengan plat benua. Malah, apabila berlaku
pertembungan plat maka plat yang tumpat akan terjunam atau terbenam ke bawah.
Gambar rajah 15: Plat bumi

23

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

(a) plat lautan dengan lautan (b) plat lautan dengan benua (c) plat benua dengan benua
Sumber: http://www.scribd.com/doc/39244884/Proses-Endogenik-Proses-Pergerakan
Dalaman Bumi
Selain itu, plat yang terbenam ke bawah akan mengalami pencairan dan peleburan
akibat suhu dan tekanan yang sangat tinggi dalam mantel bumi. Plat yang cair tersebut
akan membentuk magma dan bergerak ke permukaan bumi bagi membentuk gunung
berapi dan lama-kelamaan barisan gunung berapi ini akan timbul dan muncul di
permukaan laut untuk membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi.
Hal ini terjadi apabila plat lautan bertembung dengan plat benua. Plat lautan yang
lebih tumpat berbanding plat benua akan terbenam ke bawah dan di zon benam plat
lautan tersebut akan mengeluarkan magma. Begitu juga apabila berlaku pertembungan
antara plat benua dengan plat benua yang lain. Apabila kedua plat tersebut bertembung
maka akan dimampatkan dan terlipat kerana ada kuasa tolakan dari kedua-dua arah plat
yang bertembung tadi.
Secara percapahan: dalam pergerakan percapahan plat-plat akan terpisah dan bergerak
menjauhi sesama sendiri dan percapahan menghasilkan tenaga yang kuat sehingga
menyebabkan kawasan sempadan pencapahan menghasilkan rekahan dan ini boleh
menyebabkan magma yang panas di bahagian mantel akan mengalir keluar. Sekiranya
plat lautan yang mengalami percapahan ini, maka magma akan menyejuk dan membeku
di dasar laut dan membentuk lapisan kerak baru yang di kenali sebagai permatang
tengah laut.
Gambar rajah 16: Perebakan dasar lautan dikenali sebagai percapahan

24

GEOGRAFI FIZIKAL
Sumber:

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

http://www.scribd.com/doc/39244884/Proses-Endogenik-Proses-Pergerakan
Dalaman-Bumi

Secara perselisihan: pergerakan plat tektonik juga boleh berlaku secara berselisih di
sepanjang garis gelinciran (sesar). Garis sempadan berlakunya perselisihan ini dinamakan
sempadan neutral iaitu sempadan plat-plat yang tidak bertembung atau bergerak menjauhi
antara satu sama lain tetapi sekadar berselisih dan bergeseran sahaja. Malah, di sempadan
neutral inilah selalunya terjadi kejadian gempa bumi.
Gempa bumi: Merupakan satu kejadian gegaran kerak bumi akibat daripada perlepasan
tenaga dari dalam bumi secara tiba-tiba. Menurut Tesa Febiani dan Dwi Kartika Wardhani
(2007) gempa bumi adalah pergerakan lempeng bumi yang terjadi secara tiba-tiba.
Sumber terjadinya gempa bumi jauh di bawah permukaan bumi. Gerakan tersebut sampai
ke permukaan bumi. Akibatnya, permukaan bumi yang kita pijak akan bergoncang
dengan sangat kuat. Tenaga yang dilepaskannya akan merosakkan apa pun yang ada di
atas permukaan bumi, seperti gedung, jalan dan jambatan. Perlepasan ini boleh terjadi
akibat daripada pergerakan plat-plat tektonik yang boleh terjadi secara pertembungan,
percapahan dan perselisihan antara satu sama lain. Apabila plat tektonik bergerak, maka
tenaga yang tersimpan akan dilepaskan secara tiba-tiba sehingga mengggegarkan lapisan
kerak bumi.
Terdapat dua faktor yang menyebabkan berlakunya kejadian gempa bumi.
pertama, faktor pergerakan plat tektonik dan kedua faktor letusan gunung berapi yang
sangat kuat. Berdasarkan faktor kejadian ini maka gempa bumi boleh dibahagikan kepada
dua jenis iaitu, gempa tektonik dengan gempa volkanik. Hal ini kerana, bumi kita terdiri
di atas lempeng. Lempeng-lempeng ini terus bergerak sepanjang waktu. Pergerakan
lempeng secara tiba-tiba dapat menyebabkan terjadinya gempa bumi. Selama lempeng
terus bergerak, gempa bumi akan terus terjadi.

25

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Jadual 6: Gempa bumi yang pernah terjadi di Indonesia

Sumber:
Bencana
Alam di
Indonesia
Gempa Bumi.
Gelinciran: Merupakan cetakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan pada lapisan
kerak bumi atau blok batuan dari tempat asalnya sama ada secara mendatar atau
menegak. Akan tetapi, menurut Wirastuti Widyanti (200), gelinciran merupakan retakan,
rekahan, ataupun pecahan di kerak bumi ekoran kesan penegangan dan himpitan yang
tidak seimbang di kedua-dua belah garisan gelinciran. Apabila berlakunya penegangan di
kerak bumi, maka akan terjadilah bahagian-bahagian yang terpisah. Sekiranya terdapat
bahagian tengah di antara kedua garisan kelemahan, bahagian tersebut akan tenggelam
atau tergelincir turun. Malahan, daya dan tenaga endogenik dari dalam kerak bumi akibat
daripada tegangan dan mampatan akan bertindak terhadap lapisan batuan dan
menyebabkan lapisan batuan tersebut merekah sehingga lapisan batuan seolah-olah
berbentuk blok- blok yang disempadani oleh retakan-retakan. Tempat berlakunya retakan
atau rekahan ini dinamakan sebagai garis gelinciran atau sesar. Pembentukan sesar atau
anjakan blok ini boleh berlaku secara perlahan atau secara tiba-tiba dan skalanya dari
beberapa meter hingga berpuluh-puluh meter .

26

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Gambar rajah 17 : bentuk muka bumi akibat gelinciran

Sumber: Buku Geografi untuk SMP dan MTS (2006)


Terdapat dua elemen penting yang diteliti iaitu kecondongan satah retakan dan
arah pergerakan atau anjakan satu-satu blok batuan berbanding dengan blok batuan yang
lain. Terdapat pergerakan secara menegak atau mendatar bagi faktor kecondongan satah
retakan. Berdasarkan kepada pergerakan atau anjakan blok batuan, sesar boleh
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu sesar biasa, sesar songsang dan juga sesar rabak.
Gambar rajah 18: Gelinciran
(a)
(a)
(a)
(a)
Gelinciran sesar

(b) gelinciran biasa

Sumber: Google Images

27

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Bagi proses eksogenik ianya merupakan proses yang berlangsung di luar bumi
atau berlaku di permukaan bumi malah proses ini akan mengukir dan mengubah bentuk
muka bumi. Antara proses eksogenik ialah :
Proses luluhawa: Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau
pereputan batuan dan berlaku secara in-situ. Pemecahan atau penguraian batuan ini
terjadi akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa seperti air hujan, perubahan suhu,
tindakan ibun terhadap batuan sehinggalan batuan tersebut mengalami pemecahan kepada
partikel-partikel yang lebih kecil.
Malahan, luluhawa ini terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu luluhawa kimia,
luluhawa fizikal dan luluhawa biologi. Luluhawa kimia lebih sinonim pada persekitaran
seperti kawasan tropika lembap dan luluhawa fizikal pula lebih sinonim pada kawasan
seperti di gurun panas dan kawasan artik manakala luluhawa biologi pula merupakan
hasil tindak balas akar dan ianya sangat dominan di kawasan hutan tebal .
Gambar rajah 19: Menunjukkan jenis luluhawa yang terjadi iaitu luluhawa kimia,
luluhawa fizikal dan luluhawa biologi

Sumber: Google Images


Proses hakisan: Proses hakisan ini bermaksud proses penghausan yang dialami oleh
permukaan bumi akibat daripada tindakan agen-agen seperti air larian permukaan, angin
28

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

serta ombak serta ais. Namun, menurut Walker (2011) hakisan berlaku apabila enapan
(zarah halus dalam batuan yang terbentuk hasil proses luluhawa) dihauskan melalui
proses seperti graviti, angin dan air ais. Melalui graviti, enapan jatuh dari cenuram dan
bahagian tepi gunung. Manakala, angin pula membawa enapan yang longgar, kecil dan
ringan seperti pasir gurun dan melalui proses air, hempasan ombak dari laut dan lautan
bertanggungjawab terhadap hakisan pada cenuram dan pembentukan gua. Air sungai
yang mengalir deras cukup untuk membawa mendapan bersaiz kelikir yang besar dan
enapan yang lebih kecil. Malahan, penghausan terjadi adalah disebabkan adanya tindakan
genetik dan geseran semasa agen-agen hakisan tersebut bergerak. Sebagai contoh,
hakisan tanih yang berlaku secara cepat lebih-lebih lagi akibat daripada tindakan manusia
terutama dalam pembinaan bangunan di cerun-cerun bukit dan juga boleh dikatakan
tindakan hakisan glasier di permukaan bumi secara perlahan.

Gambar rajah 20: Glasier Hubbard memasuki kawasan lautan di Alaska, Amerika
Syarikat

29

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Sumber: Buku Perubahan Geologi (Denise Walker)


Glasier menghakis secara perlahan semasa menuruni curam dan memecahkan
batuan semasa perjalanannya. Sesetengah Glasier boleh bergerak sejauh satu meter
sehari.
Proses pemendapan: Sekiranya halaju agen yang bergerak menjadi perlahan, maka
bahan-bahan yang diangkut akan dimendapkan. Semasa proses pemendapan berlaku
maka akan berlaku perubahan tenaga dari kinetik kepada potensi. Terdapat pelbagai cara
bahan enapan diangkut misalnya melalui golekan, lompatan, ampaian dan larutan dimana
ianya bergantung kepada jenis dan sifat bahan-bahan yang diangkut. Malahan, menurut
proses pemendapan juga akan mewujudkan perubahan bentuk muka bumi akibat daripada
pemendapan ombak.
Gambar rajah 21: Bentuk muka bumi hasil tindakan dan mendapan ombak

Sumber:
Google
Images
Proses pergerakan jisim: Pergerakan jisim melibatkan pergerakan regolit dari atas cerun
ke bawah akibat daya tarikan graviti. Semasa regolit itu bergerak ke bawah, ada yang
bergerak secara perlahan, secara cepat dan secara serta merta dan boleh juga dibahagikan
kepada beberapa jenis seperti aliran lambat, aliran cepat, geluncuran dan runtuhan.

30

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Gambar rajah 22: Menunjukkan salah satu proses pergerakan jisim

Sumber: Google Images


Proses igneus dan metamoforsis: Seperti yang dinyatakan oleh Walker (2011), proses
ialah merupakan satu proses yang terbentuk dan berubah dalam tempoh masa jutaan
tahun. Perubahan ini dinamakan kitaran batuan. Seperti yang kita dapat lihat
pembentukan batuan yang dinamakan Grand Canyon yang terletak di Arizona, Amerika
Syarikat adalah kira-kira 445 kilometer panjang. Ianya dikatakan terbentuk daripada
lapisan batuan enapan yang tidak putus-putus. Lapisan batuan enapan dipercayai
terbentuk di bawah aras laut antara 2 bilion hingga 230 bilion tahun yang lalu.

Gambar rajah 23: Sungai dan


matahari

terbenam

di

Grand

Canyon menerangi lapisan batuan


enapan.

31

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]


Sumber: Buku Perubahan Geologi
(Denise Walker)

Oleh itu, kejadian batuan enapan ini memerlukan proses yang sering
berkesinambungan antara satu sama lain dan memerlukan proses dalam tempoh jangka
masa yang panjang.

Gambar rajah 24: Kitaran batuan

Sumber: Buku Perubahan Geologi


(Denise Walker)
Oleh itu, kajian tanah runtuh
yang dijalankan ialah di Hulu Langat,
Selangor pada 21 Mei 2010 di mana ianya mengorbankan beberapa orang anak yatim di
kawasan kejadian. Kejadian tanah runtuh ini berlaku disebabkan oleh hujan yang sangat
lebat dan menyebabkan air larian permukaan cepat ditambah pula dengan struktur cerun
yang curam. Oleh itu, hal ini menyebabkan kadar hakisan menjadi cepat dan pada masa
yang sama tanah telah terhakis akibat daripada pembinaan bangunan yang berhampiran.
Malah, berlaku gelongsoran tanih di kawasan tersebut dan menyebabkan pokokpokok
di kawasan berkenaan sedikit condong.
Gambar rajah 25: Tanah Runtuh

32

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Sumber: Google Images

3.5

ASTRONOMI

Menurut Chaisson dan McMillan (2010), astronomi itu merupakan suatu pembelajaran secara
menyeluruh yang meliputi semua tidak kiralah ruang, masa, atau tenaga. Malah, ianya tidak
seperti pembelajaran yang lain kerana mememerlukan kita meneroka untuk mengubah segala
pandangan mengenai bentuk, saiz, rupa dan segala yang kita alami dalam pengalaman setiap hari
dan untuk menghargai bidang astronomi, kita seharusnya meluaskan pandangan pandangan
mengenai perkara ini. Oleh itu, pembelajaran dalam bidang ilmu astronomi sangat luas
sehinggakan kita tidak sedar bahawa perjalanan hidup kita seharian adalah suatu ruang lingkup
dalam pengkajian ilmu astronomi kerana perjalanan kita seharian memerlukan proses siang dan
malam dan tidak dinafikan pengkajian bidang ilmu astronomi itu juga sebahagian daripada ilmu
sains.

33

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Sifat yang tidak menawarkan keindahan yang lebih daripada bintang di langit pada waktu
malam yang gelap dan sunyi serta mitos mengenai buruj serta zaman purba merupakan suatu
aspek yang perlu di kaji kerana sumbangan setiap sesuatu yang wujud pada waktu itu
mempunyai kepentingan masing-masing. Kewujudan bintang di langit pada waktu malam
mewujudkan suatu kepentingan dan kegunaan dalam pelbagai aspek terutama dalam bidang
pelayaran. Malah menurut Kristen Lippincolt (1997) perbezaan utama para astronomi dan ilmuan
lainnya adalah bahawa astronomi tidak berada dalam posisi untuk membuatkan sesuatu itu
terjadi. Astronomi seharusnya menunggu dan melihat kerana kunci dalam bidang astronomi
adalah mengamati, baik melalui teleskop optis mahupun melihat dengan paparan digital daripada
komputer. Astronomi merupakan bidang sains di mana ia mengukur kedudukan hubungan
bintang dan seorang ahli astrofizik berupaya memahami fizikal alam semesta dan bagaimana
benda bergerak di angkasa.
Sistem suria dan planet-planet
Kehidupan di alam semesta terdiri daripada ribuan galaksi malah seorang ahli
astronomi NASA menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 80 hingga 120

bilion galaksi dalam alam semesta.


Alam semesta terdiri daripada ribuan hingga jutaan galaksi. Setiap galaksi itu pula
terdiri daripada himpunan berjuta-juta bintang, habuk dan gas di angkasa lepas.
Salah satu galaksi yang terdapat dalam alam semesta dinamakan sebagai bima

sakti. Bumi terletak dalm galaksi bima sakti ini.


Sistem suria terdiri daripada beberapa jenis planet serta objek lain seperti asteroid
dan meteor. Kesemua planet dalam sistem suria ini beredar mengelilingi matahari
yang menjadi pusat sistem suria tersebut. Antara planet-planet tersebut ialah

Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.


Sebagai contoh, planet Zuhrah adalah planet kedua hampir dengan matahari. Jarak
Zuhrah dari matahari adalah kira-kira 108.2 juta km. Saiz dan jisimnya lebih
kurang sama dengan bumi. Diameter Zuhrah ialah 12104 km. Atmosfera Zuhrah
terdiri daripada gas karbon dioksida dan fungsi gas ini ialah untuk menebat haba
dari matahari. Malah, planet Zuhrah juga tidak mempunyai satelit iaitu bulan.
Gambar rajah 26: Kejadian empat musim

34

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Sumber: Berita Harian diakses pada 20 September 2012

Pada tarikh 21 Mac, matahari tegak di garisan Khatulistiwa dan mewujudkan


kejadian ekuinoks. Malah, kejadian musim bunga di Hemisfera Utara dan musim
luruh di Hemisfera Selatan. Ianya mengalami kejadian siang dan malam yang

sama panjang.
Pada tarikh 21 Jun pula, matahari tegak di atas garisan Sartan di bahagian
Hemisfera Utara. Ianya menyebabkan kejadian Solstis dan merupakan musim
panas di Hemisfera Utara dan musim sejuk di Hemisfera Selatan. Siang dan
malam tidak sama panjang iaitu 24 jam siang di kutub utara dan 24 jam malam di

Kutub Selatan.
Pada 23 September, kedudukan matahari tegak di garisan Khatulistiwa dan
menyebabkan kejadian ekuinoks dan mewujudkan musim luruh di Hemisfera
Utara dan musim bunga di Hemisfera Selatan. Malah, kejadian siang dan malam

adalah sama panjang.


Tarikh 22 Disember pula menyebabkan matahari tegak di atas gerisan jadi di
Hemisfera Selatan dan mewujudkan kejadian solstis. Musim sejuk di bahagian
Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan. Tambahan pula, siang
dan malam tidak sama panjang iaitu 24 jam siang di kutub selatan dan 24 jam
malam di Kutub Utara.

35

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Oleh itu, kajian bagi tajuk astronomi adalah merupakan satu kejadian
gerhana bulan yang berlaku pada 4 Jun tahun 2012 yang julung-julung kali kita
dapat lihat secara jelas. Maka gambaran di bawah menunjukkan secara jelas
gerhana itu berlaku.
Gambar rajah 27: Gambaran gerhana bulan pada 4 Jun 2012

Sumber: Blog file:///J:/Gerhana%20Bulan%20Separa%204%20Jun%202012.htm


Dalam gambaran di atas, gerhana bulan separa dapat dilihat bermula jam
7.10 malam sehingga 8.10 malam di Pulau Mabul di Semporna, Sabah pada 4 jun
2012. Dalam kejadian tersebut, rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena
falak iaitu gerhana bulan separa pada hari Isnin (4 Jun 2012) bermula pada jam
7.10 malam sehingga 8.10 malam, sementara transit planet Zuhrah melintasi
matahari pada pagi hari Rabu (6 Jun 2012) bermula 6.27 pagi dan berakhir pada
36

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

jam 12.49 tengah hari. Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari
hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai
Timur Sabah terutamanya di daerah Sandakan.
3.6

BIOSFERA

Umumnya biosfera merupakan komponen yang menampung hidupan. Ia melibatkan interaksi


antara manusia, haiwan, tumbuhan dan organisma lain. Biosfera juga disebut life layer. Bahagian
ini meliputi lapisan permukaan bumi iaitu lapaisan biofizikal dan berkeluasan 300 kaki
permukaan laut. Biosfera tegasnya terdiri daripada semua organisma hidup, haiwan dan tumbuhtumbuhan, yang ditemui di permukaan bumi. Ruang ini terdiri hidrosfera dan atmosfera
(Leveque, 2003).
Penjelasan yang lebih kecil lagi biosfera ialah bahagian kerak bumi dan atmosfera yang
dihuni oleh hidupan seperti manusia, tumbuhan, haiwan, mikroorganisma termasuk bakteria
seperti protozoa, spora dan lain-lain lagi. Komponen ini boleh dipecahkan lagi kepada
ekosistem-ekosistem tertentu sama ada pada skala mikro atau makro. Pada setiap ekosistem
berkenaan terdapat unsur biotik (segala hidupan dalam sesebuah ekosistem) dan abiotik (suhu,
cahaya matahari, pergerakan angin dan lain-lain) yang saling berinteraksi antara satu sama lain.
Biosfera terdiri kepada 3 bahagian iaitu biosfera daratan, biosfera udara dan juga biosfera
lautan. Setiap bahagian ini mempunyai fungsi sendiri iaitu:
I.

Biosfera daratan berfungsi sebagai komponen yang menampung hidupan seperti haiwan,
manusia dan juga tumbuhan.

II.
III.

Biosfera udara berfungsi untuk menampung hidupan seperti pebagai jenis burung.
Biosfera lautan pula berfungsi sebagai komponen untuk menampung hidupan laut seperti
ikan, batu karang, sotong, udang, ketam dan sebagainya.

37

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Gambar rajah 28: Saling kebergantungan antara sfera

Sumber: Google Images


Terdapat saling kaitan dan interaksi yang berlaku antara atmosfera, hidrosfera, litosfera
dan biosfera. Tumbuhan hijau menjadi sumber makanan kepada kebanyakan hidupan. Tumbuhan
hijau pula memerlukan cahaya matahari dan air untuk melakukan proses fotosintesis. Karbon dan
kitaran oksigen berkait rapat dalam proses fotosintesis: kombinasi karbon dengan oksigen dan
hidrogen semasa asimilasi chlorophyillian dihasilkan semasa membebaskan oksigen (Leveque,
2003). Karbon dioksida yang dibebaskan melalui pernafasan manusia dan haiwan diperlukan
oleh tumbuhan bagi menjalankan proses fotosintesis.
Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk bernafas. Di permukaan bumi, terdapat
penyimpanan berterusan dan karbon pelepasan disebabkan untuk fotosintesis dan respirasi
(Leveque, 2003). Oleh itu, manusia dan haiwan sama-sama memerlukan oksigen yang
dibebaskan oleh tumbuhan ketika berlakunya proses fotosintesis. Akar tumbuhan berfungsi untuk
menyerap air dan mineral dari lapisan litosfera atau daratan. Mineral akan kembali ke lapisan
litosfera apabila berlakunya pereputan dan penguraian iaitu apabila haiwan yang makan
tumbuhan itu mati seperti dalam kitaran nutrien. Dalam kehidupan, kematian, dan penguraian
38

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

organisma mengedar atom melalui biosfera berkali-kali, tetapi perkara hidup sentiasa dijana dari
kehidupan itu sendiri (Vernadskii dan Vladimir, 1997). Proses-proses berikut akan berlaku secara
berterusan untuk mewujudkan keseimbangan ekosistem dalam sistem bumi.
4.0

Hubungkaitkan Bidang Kajian Geografi Fizikal Terhadap Keseimbangan Alam


Sekitar Fizikal

Sistem bumi terdiri daripada empat komponen utama, iaitu sistem geomorfologi (litosfera),
sistem atmosfera, sistem hidrologi (hidrosfera) dan sistem ekologi (biosfera). Menurut Goudie
(1993), kesemua komponen sistem bumi ini mempunyai kaitan rapat dan berinteraksi antara satu
sama lain dalam pelbagai cara. Hal ini kerana sebarang perubahan yang dialami oleh sistemsistem tersebut akan turut mengubah elemen-elemen sistem yang lain. Hal ini sekaligus akan
menyebabkan kesemua sistem mengalami perubahan. Perkara ini membuktikan bahawa bumi
merupakan sebuah sistem yang dinamik dan terbuka.
Gambar rajah 29: Gambaran struktur interaksi antara sistem alam sekitar fizikal

Dalam konteks ini, bumi mampu untuk mengekalkan organisasi strukturnya walaupun
wujud beberapa perubahan dalam sesuatu sistemnya. Perubahan yang berlaku dalam setiap
sistem adalah disebabkan oleh wujud proses tertentu yang sangat dipengaruhi oleh tenaga
matahari. Proses ini lebih dikenali sebagai kedinamikan biokimia. Namun, setiap perubahan
39

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

yang berlaku sangat penting dalam mencapai tahap keseimbangan kesemua sistem secara semula
jadi.
Menurut Chorley dan Barbara (1971), sistem alam sekitar fizikal ini mempunyai
angkubah-angkubah yang berinteraksi antara satu sama lain bukannya secara bersendirian. Oleh
itu, sistem bumi mempunyai beberapa ciri penting ialah:
Jadual 7: Ciri-ciri sistem bumi
Ciri-Ciri

Ulasan
bumi berbentuk sfera yang boleh dilihat
melalui beberapa bukti penemuan manusia

Berbentuk

seperti dengan melihat kaki langit yang


melengkung di kawasan tanah tinggi dan
gambar yang diambil dari ruang angkasa.
komponen yang ada di dalam sistem bumi
mempunyai

Berfungsi

fungsi

tertentu.

Misalnya,

atmosfera membekalkan udara kepada sistem


bumi melalui alam sekitar fizikal atau alam
sekitar manusia.
sistem bumi mempunyai sempadan yang jelas
dan tetap bagi setiap komponennya. Sempadan

Bersempadan

bagi hidrologi meliputi semua jisim air yang


terdapat di permukaan bumi seperti kolam,
tasik, sungai dan laut serta lautan.
dalam sistem bumi antara

komponen-

komponennya sentiasa berinteraksi dan ada


Berkaitan dan berinteraksi

kaitan antara satu sama lain. Interaksi dan


kaitan

ini

penting

untuk

menggekalkan

kewujudan sistem bumi itu sendiri.


komponen sistem bumi yang mengalami
Mampu mencapai keseimbangan,

gangguan boleh bertindak dan berubah untuk


mencapai keseimbangan yang baru.

40

GEOGRAFI FIZIKAL
4.1

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Titik Keseimbangan Sistem-Sistem Bumi

Malah, kesemua sistem bumi ini juga mempunyai satu titik keseimbangan yang memaparkan
tahap relatif antara sistem-sistem tersebut. Dalam konteks ini, titik keseimbangan ini secara tidak
langsung memaparkan hubungan dan kesan daripada ketidakseimbangan komponen antara
sistem bumi. Sebagai contoh, sekiranya komponen hidrosfera gagal diurus dengan baik, maka
titik keseimbangan tidak akan wujud yang akan memberi kesan kepada komponen sistem alam
sekitar fizikal yang lain. Ianya boleh diibaratkan sebagai dacing (alat timbangan) apabila
komponen hidrosfera sudah tidak seimbang (diistilahkan sebagai ringan), maka titik
keseimbangan tersebut akan menanggung beban yang berat sebelah (Hamidi ismail, Tuan Puah
Rokiah Syed Hussain dan Wahida Ayob, 2004).
Gambar rajah 30: Ilustrasi hubung kait antara sistem-sistem alam sekitar fizikal

Sumber: (Hamidi Ismail, Tuan Puah Rokiah Syed Hussain & Wahida Ayob, 2004)
Oleh itu, peranan setiap sistem amat penting yang memaparkan hubungan kompleks
dalam mengekalkan keseimbangan bumi umumnya. Goudie (1993) mengatakan kesemua konsep
ini sistem ini melibatkan pelbagai pertimbangan tentang input, throughputs, dan outputs yang
berinteraksi sehingga mencapai tahap keseimbangan yang maksima. Walaupun sistem-sistem
alam sekitar fizikal ini memerlukan antara satu sama lain, manusia juga mempunyai kaitan rapat
sehingga dapat mempengaruhi tahap keseimbangan sistem-sistem tersebut.
Petersen, Sack dan Gabler (2010) menyatakan bahawa sistem bumi adalah suatu sistem
yang dinamik yang sentiasa mengalami perubahan sehingga manusia mampu mengenal pasti
41

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

sesuatu perubahan tersebut-musim, letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir dan sebagainya.
Kesemuanya berinteraksi yang mengubah kitaran fungsi setiap sistem yang memakan masa yang
lama. Namun, interaksi-interaksi ini mempunyai impak dan intensiti yang tidak sama yang
menyebabkan berlakunya persekitaran diversiti bumi dan menghasilkan pelbagai jenis
geographic patterns di bumi.
Sistem Atmosfera merupakan satu
lapisan

nipis

yang

berada

di

sekeliling bumi. Terdapat empat


lapisan utama iaitu Troposfera,
Stratosfera,

Mesosfera

dan

Ionosfera. Terdiri daripada gas-gas,


wap air dan debu yang tidak boleh
dilihat oleh mata kasar manusia
tetapi terbukti wujud di sekeliling
manusia. Antara

utama yang

wujud di atmosfera ialah gas


Nitrogen iaitu sebanyak 78 peratus,

Gambar rajah 31: Komponen sistem bumi

Oksigen

Sumber : Google Images

21

peratus,

Karbon

dioksida 0.03 peratus dan

selebihnya adalah Argon, Helium, Hidrogen, Kriptom, Xenon dan Ozon (Bergman dan Renwick,
2003). Atmosfera berkait rapat dengan keadaan bumi yang berbeza dari segi cuaca dan iklim
seluruh negara.
Sistem litosfera ialah lapisan luar bumi yang sangat pejal. Ia juga dikenali sebagai kerak
bumi yang terdedah sebagai dataran yang membentuk benua, pulau dan dasar laut. Menurut
McIntyre, Eilers dan Mairs (1991) Ketebalan litosfera berbeza-beza iaitu kurang 5 km
dibahagian dasar laut dan lebih daripada 50 km di bahagian daratan. Komposisi utama litosfera
ialah pelbagai jenis batuan seperti batuan igneus, enapan dan metamorfosis yang berbeza sifat
kimia dan fizikalnya. Kepelbagaian tersebut menyebabkan keanekaan rupa dan bentuk yang
wujud diruang litosfera. Sebagai contoh, konfigurasi muka bumi seperti gunung, jurang, sungai,
lurah, pulau dan delta.
42

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]


Sistem

hidrosfera

merujuk

kepada kewujudan air walau


dalam apa bentuk sekalipun.
Bergman dan Renwick (2003)
mengatakan bahawa ia meliputi
air dari permukaan bumi (tasik,
sungai, kolam dan lautan), air bawah tanah atau dalam batuan, ais dan glasier mahupun wap-wap
air yang berada di udara. Air memainkan peranan yang amat penting untuk manusia di muka
bumi ini. Sistem Biosfera pula meliputi semua benda hidup di bumi sama ada di atrmosfera,
litosfera/pedosfera, atau hidrosfera.
Komponen terakhir iaitu sistem biosfera. Biosfera ialah bahagian kerak bumi dan
atmosfera yang dihuni oleh hidupan termasuklah tumbuhan, haiwan dan manusia,
mikroorganisma seperti spora dan protozo. Setiap ekosistem tersebut terdiri daripada unsur biotik
(hidup) dan abiotik (bukan hidup) yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Komponen
biosfera bukan sahaja berfungsi sebagai ekosistem hidupan malah ia menjadi habitat hidupan,
membekalkan sumber makanan dan kaya dengan kepelbagaian biodiversiti spesis flora dan
fauna. Komponen ini memainkan peranan penting kepada manusia sebagai penyedia oksigen
yang datangnya dari proses fotosintesis tumbuhan, membekalkan sumber makanan, sumber
perubatan, kawasan tadahan air, sumber ekopelancongan, sumber kayu balak dan banyak lagi.
4.2

Interaksi Antara Sistem-Sistem Alam Sekitar Fizikal

4.2.1 Fenomena Letusan Gunung Berapi


Gambar rajah 32: Proses letusan gunung berapi.

43

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Sumber: Google Images


4.2.1.1 Proses Pembentukan Gunung Berapi
Pembentukan gunung berapi berkait rapat dengan aktiviti pertembungan plat tektonik (Craghen,
2003). Semasa plat tektonik bertembung, berlaku tolakan yang mewujudkan asakan plat-plat dari
dua hala yang seterusnya bertentangan menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat.
Menurut Goudie (1993), menyatakan bahawa banyak bukti memaparkan letusan gunung
berapi berlaku pada tempat yang spesifik, yang mana kebanyakannya melibatkan kedudukan,
jenis dan pergerakan plat tektonik:

Sumber: Google Images

Jadual 8: Lokasi dan pergerakan palat tektonik


Along the mid-ocean ridges

In Island Arcs
In recent organic belts
At isolated places within the boundaries of plates

Along some of the greatcontinental rift valleys


and fractures.
Sumber: (Goudie, 1993)

Daya tektonik mampu melipatkan lapisan kerak bumi memalui dua proses. Proses
pertama ialah proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi dan kedua ialah
proses mampatan secara mendatar. Secara umumnya, lapisan kerak bumi adalah bersifat pejal
dan tidak mungkin batuan yang pejal ini boleh terlipat atau terlendut. Namun, lapisan kerak bumi
atau batuan yang berada di dalam bumi iaitu lapisan mantel adalah cair kerana mengalami suhu
dan haba yang tinggi. Oleh sebab itu, lapisan kerak bumi mudah lentur. Apabila berlaku

44

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

mampatan iaitu tolakan dari kiri dan kanan lapisan kerak bumi, maka lapisan yang cair tadi akan
terlipat sama ada melengkung ke atas (antiklin) atau melengkung ke bawah (sinklin).
Kira-kira daripada 80% daripada lapisan kerak bumi terdiri daripada batuan igneus.
Batuan ini berasal daripada cairan magma yang panas yang berada jauh ke dalam bumi. Apabila
cairan magma ini bergerak ke atas, mengalir dan membeku di dalam lapisan-lapisan kerak bumi
maka ia menghasilkan bentuk bumi igneus jalar luar. Bentuk bumi igneus jalar luar atau dikenali
sebagai terobosan biasanya dicirikan oleh bentuk bumi hasil letusan gunung berapi. Hal ini
kerana, gunung berapi merupakan sebahagian daripada aktiviti igneus jalar luar yang berlaku di
luar kerak bumi.
Bentuk bumi igneus jalar luar terjadi apabila magma dari lapisan mantel bumi mengalir
ke luar dan membeku di permukaan bumi dan bukannya di dalam lapisan kerak bumi. Oleh itu,
bentuk ini banyak dicirikan oleh aktiviti gunung berapi yang meletus dan memuntahkan lavanya
Gambar rajah 33: Letusan Gunung Berapi Pinatubo

di permukaan bumi. Sebagai


contoh,

Gunung

Berapi

Pinatubo

di

Luzon

Pulau

Filipina yang meletus pada 4


Jun

1991.

Gunung

Berapi

Pinatubo merupakan gunung


45

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]


berapi jenis kon abu yang
mempunyai cerun yang lebih
curam.

Ia

terdiri

daripada

bahan-bahan seperti debu,


Sumber: Google Images

abu dan serpihan batu atau batu tongkol yang keluar semasa letusan berlaku. Sesetengah
bahan ini dikenali sebagai aliran piroklastik yang membentuk bom gunung berapi akibat
letusan yang kuat sehingga memecahkan puncak gunung berapi lalu menghamburkan keluar
ketulan dan serpihan batu serta debu yang boleh mencapai sehingga 3 kilometer tingginya.

4.3

Interaksi Sistem Alam Sekitar Fizikal dengan Sistem Alam Sekitar Manusia

Interaksi antara alam sekitar fizikal dengan alam sekitar manusia berasaskan dua pandangan
klasik iaitu Determinisme Alam Sekitar dan Possibilisme Alam Sekitar. Pandangan
determinisme melihat alam sekitar fizikal yang mendominasi manusia. Hal ini bermaksud
bahawa alam sekitar fizikal yang mengawal manusia dan manusia terpaksa akur kepada
ketentuan alam sekitar fizikal. Manakala, possibilisme pula adalah sebaliknya iaitu manusia lebih
berkuasa daripada alam sekitar fizikal. Hal ini dapat dilihat dengan adanya teknologi dan
pengetahuan yang semakin meningkat untuk halanganhalangan yang ada dalam alam sekitar
fizikal.
Kajian interaksi alam sekitar fizikal dengan manusia pada masa kini berasaskan
paradigma "dampak dan impak. Ianya telah banyak memaparkan bahawa manusia pada
beberapa kurun kebelakangan ini mempunyai pengaruh besar terhadap persekitaran (Goudie,
1993). Hal ini bermakna, segala perubahan atau dampak yang dialami oleh alam sekitar akibat
tindak tanduk manusia tidak akan terhenti di dalam konteks alam sekitar fizikal sahaja. Malah, ia
akan memberi kesan yang melampaui batas sempadan fizikal dan akan memberi impak kepada

46

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

manusia kembali. Ini bermakna bahawa manusia akan menanggung segala risikonya akibat
tindak tanduk mereka sendiri ke aras alam sekitar fizikal.
Antara dampak dan impak yang boleh dilihat akibat daripada aktiviti manusia ialah
pembangunan yang melampau. Keadaan ini sering berlaku di kawasan tanah tinggi dan lerenglereng bukit untuk tujuan pertanian, pembinaan hotel, resort, padang golf dan sebagainya.
Aktiviti ini menyebabkan peningkatan kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh. Fenomena
hakisan tanah dan tanah runtuh akan mengancam nyawa manusia, kerosakan harta benda dan
kerugian kos untuk membaik pulih. Sebagai contoh, peristiwa runtuhnya Highland Tower dan
kejadian tanah runtuh di Taman Perumahan Bukit Antarabangsa yang pernah terjadi akibat
pembangunan yang melampau di kawasan tanah tinggi. Hal ini juga memberi kesan terhadap
persekitaran atmosfera.
Gambar rajah 34: Kejadian tanah runtuh

Sumber:
Google Images
Fenomena seterusnya ialah banjir kilat yang berlaku di kawasan bandar. Fenomena ini
memberi kesan ke atas sistem geomorfologi apabila kadar larian air permukaan meningkat
melebihi had yang boleh ditampung oleh sistem saliran yang berada di bandar. Keadaan ini
47

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

berlaku akibat pembangunan oleh manusia seperti pembinaan lebuh raya dan lapangan terbang
yang semakin bertambah. Manusia menurap muka bumi untuk tujuan tersebut dengan tar,
bitumen, aspalt, dan konkrit sehingga melebihi daripada keupayaan kadar susupan air hujan ke
dalam tanah.
Kesannya, larian air permukaan akan bertambah dengan banyak dan cepat membanjiri
kawasan rendah di dalam bandar. Manusia menerima impak yang lebih buruk kerana banjir kilat
membawa lumpur dan selut memasuki kawasan kediaman mereka. Seterusnya, berlaku
kerosakan harta benda seperti kenderaan, kediaman, gangguan sistem perhubungan dan
pengangkutan dan memerlukan kos yang tinggi untuk kerja membaik pulih akibat kejadian banjir
kilat.

Jadual 9: Pembandaran dan kesannya terhadap sekitaran atmosfera


Jenis Perubahan
1.

Pertambahan permukaan tak telap


air di bandar

Hasil/kesan
Pertambahan larian air permukaan. Sistem
perparitan yang tidak cekap menghasilkan
banjir kilat selepas hampir setiap kejadian
rebut petir.
Kurang lembapan untuk disejat berbanding
dengan kawasan luar bandar. Lebih banyak
haba tersimpan untuk memanaskan udara
bandar.

2.

Penebangan pokok dan tumbuhtumbuhan

yang

diganti

dengan

Menambahkan kadar pengaliran terma dan


muatan

haba

pada

waktu

siang

dan

membebaskannya pada waktu malam.

permukaan simen dsb

Mempengaruhi aliran udara di permukaan.


3.

Pertambahan kekasaran
permukaan

4.

Penjanaan

mengubah

struktur

angin

menyebabkan

penyesuaian terhadap profil tegak angin.


Menambah kejadian pusar tempatan dan
haba

di

gangguan.
Dianggarkan sebuah kenderaan berenjin di

bandar-haba
48

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

yang dibebaskan dari pembakaran

bandar membakar kira-kira 3 gelen petrol

bahan api fosil dan metabolisma

sejam.
Manusia mengeluarkan haba pada kadar

manusia

100-300 watt bergantung kepada jenis kerja


5.

yang dilakukannya.
Mempengaruhi unsure-unsur meteorologi,

Pencemaran udara

harta benda, tumbuh-tumbuhan, binatang,


kesihatan manusia dan kualiti hidup amnya.
Sumber: (Sham Sani, 1990)
4.4 Kesan Letusan Gunung Berapi Kepada Sistem Bumi
Letusan gunung berapi mengeluarkan lava iaitu magma yang mengalir di permukaan bumi. Lava
terbahagi kepada dua iaitu lava asid dan lava bes. Lava asid mengandungi lebih daripada 70%
silika manakala lava bes pula 70% kandungannya terdiri daripada besi dan magnesium. Lava
asid lebih pekat, melekit dan mengalir perlahan berbanding dengan lava bes yang cair dan
mengalir dengan laju. Gunung Berapi Pinatubo mengeluarkan abu gunung berapi yang banyak,
diterbangkan sehinga boleh sampai ke Malaysia. Kesan gunung berapi bukan sahaja memberi
kesan kepada sistem geomorfologi, malah ia turut mempengaruhi sistem-sistem bumi yang lain.
Kesan kepada sistem atmosfera ialah letusan tersebut telah menyebabkan berlaku
kejadian jerebu. Hal ini kerana, letusan yang kuat telah memuntahkan debu sehingga
berkilometer

tingginya

di

permukaan

atmosfera. Hampir seminggu kepulauan Asia


Gambar rajah 35: Debu Gunung Berapi
Pinatubo

Tenggara dilanda cuaca jerebu malah debu dan


abunya dikesan hingga ke Kampuchea. Malah
letupan Gunung Berapi Pinatubo dianggap
sebagai letupan terkuat abad ini. Akibat
daripada letusan yang berlaku, debu yang
dikeluarkan

mencemarkan

udara

dan

memendekkan jarak penglihatan. Keadaan ini


memberi kesan buruk yang paling ketara
kepada manusia. Hal ini kerana, ia boleh
menjejaskan sistem pernafasan terutama sekali
49

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

kepada orang yang mengidap penyakit asma (lelah), sakit kerongkong, pneumonia, dan penyakitpenyakit berkaitan jantung. Jerebu memberi kesan kepada sistem hidrologi apabila jerebu
menghasilkan hujan asid. Hal ini beraku apabila sulfur sebagai komposisi utama jerebu bersebati
dengan air hujan lalu menjadi asid sulfurik.
Sumber: Google Images
Keadaan ini memberi kesan buruk hidupan yang berada dalam ekosistem akuatik apabila
air hujan yang bercampur dengan asid sulfurik tadi mengalir masuk ke dalam sungai, tasik, paya,
kolam dan laut. Oleh itu, rantaian makanan dalam ekosistem tersebut akan musnah, dan sumber
maritim mengalami kepupusan.
Selain itu, fenomena letusan gunung berapi menyebabkan berlakuya hujan asid. Hal ini
berlaku apabila bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida
bertindak sebagai nukleus kondensasi mencantumkan wap-wap air menjadi bintik dan titisan air
lalu akhirnya turun sebagai hujan asid.
Sistem hidrologi turut menerima impak daripada fenomena letusan gunung berapi. Hal ini
dapat dilihat apabila aliran lumpur daripada letusan akan membawa bahan-bahan enapan gunung
berapi yang akan mencetek dan mencemarkan sistem saliran. Air yang tercemar menyebabkan
sumber air bersih berkurang lalu memberi kesan buruk kepada hidupan terutama manusia,
tumbuhan dan haiwan. Selain itu, apabila hujan turun ia akan menjadi hujan asid yang akan
memasuki sungai dan tasik. Kesannya, ia akan menjejaskan kualiti air sungai serta tasik.
Akibat letusan gunung berapi menyebabkan

Gambar rajah 36: Replika Gunung Krakatoa

berlaku gegaran di dasar laut yang


berupaya mewujudkan pergerakan ombak
selaju

700

km/sejam.

Keadaan

ini

menyebabkan berlaku pergerakan ombak


yang akan menjadi semakin tinggi apabila
memasuki kawasan
Ketika

ombak

pantai yang cetek.


sedang

bergulung,

lurutannya akan menarik semua air laut di


50

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

tepi pantai menyebabkan pantai kelihatan seperti surut, tetapi selepas itu ia akan melepaskan
semula air yang disedut dengan kuat dan menghempas pantai hingga mendatangkan kesan
buruk di

Sumber: Google Images

kawasan pinggir pantai yang terlibat dan boleh menjangkau jauh ke daratan. Contohnya, semasa
letusan Gunung Berapi Krakatoa pada Ogos 1883 ia telah menghasilkan tsunami setinggi 30
meter. Kesannya, ombak tsunami ini telah meragut 36 000 nyawa dan memusnahkan 1000 buah
kampung di sepanjang pantai Jawa dan Sumatera.
Sistem ekologi turut menerima impak yang negatif akibat letusan gunung berapi.
Muntahan debu akan menghalang kemasukan sinaran matahari dan menggangu tumbesaran
pokok dan tanaman. Dalam hal ini, proses fotosintesis tumbuhan terjejas dan seterusnya rantaian
makanan ekosistem akan terganggu. Apabila tumbuhan dieksploitasi, ia gagal menjalankan
fungsinya sebagai pengeluar makanan kepada pengguna hutan yang lain. Oleh itu, pengguna
primer (herbivor), sekunder (karnivor), dan tertiar (omnivor) kehilangan sumber-sumber
makanannya. Selain itu, apabila aliran lumpur daripada gunung berapi masuk ke dalam sungai,
tasik, kolam atau laut akan memusnahkan rantaian makanan dalam ekosistem akuatik, kepupusan
sumber-sumber maritim seperti batu karang, plankton, ikan dan lain-lain yang berada dalam
sistem ekologi air.
4.4.1

Kesan Positif dan Negatif Fenomena Letusan Gunung Berapi


Gambar rajah 37: Kesan-kesan letusan gunung berapi

51

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Sumber: Google Images


Letusan gunung berapi bukan sahaja memberi impak negatif malah ia turut memberi kesan
positif kepada alam sekitar dan manusia. Salah satunya ialah ia menyediakan tanah yang subur.
Letusan gunung berapi lava bes kaya dengan mineral dan sesuai untuk kegiatan pertanian seperti
tanaman padi dan kapas. Sebagai contoh, Dataran Tinggi Deccan di India, kepulauan Jawa dan di
bahagian timur laut Hawaii. Selain itu, ia turut menyumbang kepada sektor perlombongan. Hal
ini kerana, sumber galian seperti kuprum, emas, perak dan plumbum boleh di dapati di kawasan
Gambar rajah 38: Tenaga Geoterma
gunung berapi yang mati iaitu di kawasan sempadan plat yang menjunam.
Gambar rajah 37: Kesan-kesan letusan
gunung berapi
Kesan positif yang seterusnya ialah ia
mampu membekalkan sumber tenaga
iaitu geoterma. Stim daripada mata
air panas bolah digunakan untuk
mengerakkan

turbin

menghasilkan

tenaga

lalu
elektrik

geoterma. Sektor pelancongan turut


dapat

dimajukan

gunung
terhasilnya
Sumber: Google Images

kerana

berapi
pelbagai

letusan

menyebabkan
konfigurasi

bentuk muka bumi. Contohnya, tasik

kawah atau dikenali sebagai kaldera yang mempunyai bentuk yang menarik dan unik. Kawasan
tersebut menjadi daya tarikan pelancong seperi Danau Toba di Sumatera, mata air panas yang
banyak terdapat di Rotorua, New Zealand, dan Yellowstone di Amerika Syarikat.
Manakala kesan negatif pula ialah ia menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda.
Lava panas dan debu tebal yang keluar daripada letusan menyebabkan nyawa manusia terancam.
Petempatan dan harta benda turut musnah apabila ia sampai ke kawasan tersebut. Contohnya,
letusan gunung berapi Krakatoa yang meletus pada Ogos 1883 telah meragut 36 000 nyawa dan
memusnahkan 1000 buah kampung di sepanjang pantai Jawa dan Sumatera.

52

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Selain itu, letusan juga merangsang berlakunya hujan asid. Hal ini berlaku apabila gas
sulfur dioksida bercampur dengan air hujan dan seterusnya turun sebagai hujan asid. Hujan asid
memberi banyak kesan buruk iaitu memusnahkan ekosistem hutan. Ini dapat dilihat dengan
Gambar rajah 39: Kesan-kesan negatif letusan
gunung berapi

wujudnya fenomena waldstrabeen iaitu


daun-daun

pokok

gugur

dan

meninggalkan hutan berangka. Kesannya,


berlaku kemusnahan hutan. Rantaian
makanan juga terjejas akibat daripada
kemusnahan habitat dan kepelbagaian
spesies flora dan fauna. Kerosakan
ekologi air juga berlaku kerana hujan asid
meningkatkan nilai keasidan tanah. Hal
ini menyebabkan tanah mejadi kurang
subur dan ia menjejaskan produktiviti
pertanian khususnya pengeluaran hasil
tanaman.

Sumber: Google Images

Ekosistem

hutan

turut

menerima kesan apabila alira lava yang


panas merentasi kawasan hutan boleh menyebabkan berlakunya kebakaran kawasan hutan
tersebut. Akibatnya, ekosistem hutan musnah dan sekaligus mengganggu rantaian makanan di
kawasan tersebut.
Harta benda turut terjejas seperti kelunturan warna bangunan, warna kereta,
mempercepatkan proses pengkaratan besi seperti di bangunan tinggi, jambatan dan sebagainya.
Malah, kos yang tinggi diperlukan untuk membaik pulih harta benda yang terjejas. Kesihatan
manusia terganggu seperti penyakit kulit, kerosakan tisu badan manusia yang menggunakan
bekalan air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada hujan asid. Letusan gunung
berapi juga memberi kesan kepada sistem pengangkutan. Hal ini kerana, letusan tersebut
berupaya untuk menghasilkan debu yang banyak di atmosfera. Debu-debu yang berterbangan di
udara mengehadkan jarak penglihatan lalu memberi risiko kemalangan. Keadaan ini juga
mengganggu aktiviti penerbangan dan aktiviti harian manusia. Malah, debu-debu hasil letupan
gunung berapi berupaya untuk menghilangkan kuasa enjin kapal terbang setelah enjin kapal
terbang dikotori oleh debu gunung berapi.
53

GEOGRAFI FIZIKAL
4.5

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Kepentingan Interaksi Antara Komponen Sistem Bumi Terhadap Alam Sekitar


Fizikal
1. Membentuk Kawasan Tadahan Air

Hujan yang turun akibat interaksi komponen sistem bumi ini akan meresap dan masuk ke dalam
tanah di kawasan tanah tinggi yang dilitupi tumbuhan bagi membentuk kawasan tadahan air yang
menjadi punca air bawah tanah dan air sungai bagi di satu-satu kawasan itu. Contoh Banjaran
Titiwangsa menjadi kawasan tadahan dan punca air bagi Sungai Perak dan Sungai Pahang.
Kepentingan interaksi antara komponen sistem bumi terhadap alam sekitar fizikal juga boleh
dilihat melalui peranan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan boleh menyederhanakan suhu
sekitar. Semasa tumbuh-tumbuhan menjalankan proses sejat peluhan kehadiran wap air di ruang
atmosfera dapat menyederhana suhu. Wap air akan meningkatkan kelembapan udara dan udara
tidak menjadi kering. Jika satu-satu kawasan itu mempunyai tumbuhan yang banyak suhunya
lebih rendah berbanding dengan kawasan yang tiada tumbuhan akibat kegiatan penyahhutanan.
Seterusnya kepentingan interaksi antara komponen sistem bumi terhadap alam sekitar manusia
dapat dilihat melalui aktiviti manusia itu sendiri.
2. Aktiviti domestik
Aktiviti domestik dapat berlaku dengan baik dan lancar dengan adanya bekalan air hujan yang
terhasil daripada interaksi tersebut, Antara aktiviti domestik itu ialah memasak, membasuh dan
sebagai air minuman. Keadaan ini memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada hidup manusia
bagi meneruskan kelansungan hidup mereka di bumi. Aktiviti perindustrian juga menjelaskan
lagi kepentingan interaksi antara sistem bumi

terhadap alam sekitar manusia. Aktiviti

perindustrian ini menggunakan sumber air sebagai bahan mentah dan bahan membantu
melancarkan proses penghasilan barangan kilang. Sumber air yang wujud daripada interaksi
komponen sistem bumi iaitu komponen hidrologi dan komponen atmosfera menjadi bahan
mentah bagi kilang membuat minuman bergas dan air mineral.
Di samping itu, sumber air dijadikan bahan untuk menyejukkan mesin dan jentera kilang
bagi melancarkan lagi operasi aktiviti perindustrian dan dapat menghasilkan produktiviti yang
banyak dan berkualiti. Contoh kilang papan dan kilang sabun. Kesimpulannya, kepentingan
interaksi antara komponen sistem bumi terhadap alam sekitar sama ada fizikal atau manusia amat
54

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

penting. Kepentingannya dapat dikaitkan dengan peranannya menjaga kualiti alam sekitar fizikal
dengan cara menwujudkan kawasan tadahan dan menyederhanakan suhu. Secara tidak langsung
apabila kualiti alam sekitar fizikal dijaga dengan baik, alam sekitar manusia juga merasai
kesejahteraan dan kebaikannya. Manusia dapat menjalankan pelbagai aktiviti seperti domestik,
perindustrian, pelancongan dan pertanian untuk kesejahteraan dan keseimbangan hidup di
kawasan tempat tinggal mereka.

55

GEOGRAFI FIZIKAL
5.0

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

Sumbangan Geografi Fizikal Terhadap Ilmu-Ilmu Baharu dan Pembangunan


Manusia Sejagat.

Bidang geografi merupakan satu bidang ilmu yang amat luas kerana geografi merupakan tunjang
kepada ilmu kerana banyak ilmu yang berkembang daripada dapatan ilmu geografi. Pernyataan
ini sejajar dengan definisi geografi yang di berikan oleh Preston E James, menurut beliau
Geografi dapat diungkapkan sebagai induk dari segala ilmu pengetahuan. Hal ini dapat
menunjukkan bahawa Geografi fizikal khususnya mempunyai sumbangan yang luas kepada
kehidupan sejagat mahupun membawa kepada pembangunan ilmu-ilmu yang baru.
Melihat kepada persoalan ataupun intipati yang di kaji oleh bidang geografi itu sendiri
yang melibatkan persoalan mengenai ruang dan tempat serta interaksi yang berlaku. Oleh itu
sumbangan yang berkaitan dengan ilmu geografi ini melibatkan manusia, ruang sekitarnya serta
proses interaksi yang berlaku. Sumbangan terbesar yang diberikan oleh bidang geografi adalah
dalam bidang kartografi atau pemetaan, bidang pembangunan dan perindustrian, bidang
pertanian dan juga bidang pendidikan.
Selain itu, geografi juga membantu dalam bidang pembangunan manusia, terutama dari
segi perletakan dan ruang. Seperti yang kita ketahui bahawa dalam bidang geografi terdapat
ramai tokoh yang memperkenalkan teori-teori perbandaran yang sistematik. Teori tersebut
melibatkan teori perbandaran yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh geografi yang terkenal
seperti Burgest, Hoyt dan Harris. Sehingga kini teori mereka itu masih menjadi contoh dalam
membuat perancangan dan pembangunan bandar yang baik.
5.1

Pertanian

Perkembangan dalam bidang pertanian juga mempunyai kebergantungan terhadap ilmu geografi.
Meskipun pada zaman dahulu, para petani hanya menjalankan sistem pertanian tradisional
mereka juga mengaplikasikan ilmu geografi. Sebagai contoh pemilihan tanah untuk kawasan
pertanian, para petani akan memilih tanah yang sesuai dengan tanaman mereka. Misalnya, tanah
jenis gambut sangat sesuai dengan tanman seperti nanas. Kenyataan ini jelas menunjukkan
kepada kita bahawa ilmu geografi juga memainkan peranan dalam bidang pertanian. Melalui
geografi juga kita boleh menangani kejadian seperti El-nino yang membawa impak negatif di
56

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

dalam bidang pertanian. Merujuk kepada kajian kes (Gatot dan Suciantini, 2006) mengenai
Anomali iklim: Faktor penyebab, Karakteristik, dan Atisipasinya menyatakan fenomena El-nino
terjadi di sebabkan interaksi antara atmosfera dengan laut. Fenomena ini membawa kepada
kemusnahan tanaman padi di Indonesia. Badan penelitian dan perkembangan pertanian telah
mengambil langkah membuat satu analisis berkaitan pengawalan iklim. Bidang geografi fizikal
digunakan untuk menyalurkan maklumat yang berkesan daripada Lembaga Kebangsaan bagi
menghadapi iklim tidak seimbang. Kaedah yang digunakan ialah peta untuk menunjukkan pola
kekeringan sesuatu kawasan sebagai maklumat awal bagi mangawal suhu supaya berada diparas
normal. Melalui peta, ia akan menunjukkan kawasan yang bakal berhadapan dengan masalah
kemarau yang berpanjangan dan mambantu pihak yang bertanggungjawab untuk bersedia serta
mencari jalan penyelesaian atau mengawal masalah tersebut. Salah satu langkah yang digunakan
ialah menggunakan teknologi penan hijau pada aliran permukaan kawasan tersebut. Ilmu
geografi juga membawa kepada perubahan alatan cara penanaman yang digunakan oleh para
petani. Misalnya, membuat tanaman di bawah politena, sistem pembakaan banih, dan
penyimpanan makanan yang lebih strategik.
5.2

Alam Sekitar

Melalui geografi juga kita sebagai manusia akan mula menyedari hakikat bahawa kita dengan
alam mempunyai kebergantungan yang sangat besar. Setiap perlakuan kita sebenarnya membawa
kesan yang baik mahupun yang buruk kepada alam sekitar. Ilmu geografi juga akan
membuatakan kita lebih peka kepada isu-isu alam sekitar. Tambahan pula geografi juga merintis
kepada jalan penyelesaian yang harus kita ambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Perubahan struktur tanah secara berleluasa dalam sesuatu sistem lembangan saliran
menyebabkan berlaku ketidakseimbangan alam semula jadi yang membawa kepada bencana
alam (Bandiet dan Huber, 1986; Lozoro 1990). Manurut kajian ini Sungai Lembing merupakan
sungai yang menerima kesan kurang baik daripada perubahan sturktur tanah. Hal ini dilihat pada
tahun 1990-an apabila Sungai Lembing telah mengalami banjir kilat yang membawa kepada
kemusnahan banyak harta banda dan flora serta fauna. Kajian menyatakan bahawa Sungai
Lembing tidak mampu menampung jumlah air yang banyak kerana telah menghadapi
pemendapan sungai dan kedalaman sungai menjadi cetek. Perubahan ruang lambangan sungai
juga menjelaskan kawasan hutan telah berubah akibat aktiviti pembalakan. Hasil daripada kajian
57

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

bidang geografi pada Ogos 2005, Sungai Lembing menghadapi perubahan struktur iaitu
pemendapan yang sangat tinggi dan menyebabkan Sungai Lembing tidak mampu menampung
air yang banyak.
5.3

Pendidikan

Selain itu juga geografi juga memberi sumbangan di dalam bidang pendidikan. Geografi
merupakan satu ilmu yang sangat luas, meskipun tidak dilihat secara langsung. Hal ini
dibuktikan dengan penemuan teknologi pangkalan data dan pengumpulan data yang lebih
dikenali sabagai GIS dan GPS. Geografi juga merupakan bidan yang menerajui penciptaan
model multiple, opatial dan aplikasi. Menurut Gregory, et al. (1998), dan Thriff (2002),
kebanyakkan ahli geografi bersetuju bahawa mata pelajaran geografi terbahagi kepada dua iaitu
geografi fizikal dan geografi manusia (Sharifah Mastura, 2005) di mana wujud interaksi antara
manusia dengan hidupan lain di bumi yang dapat dilihat dengan jelas dalam geografi fizikal.
Dalam geografi manusia pula lebih menjurus kepada pembangunan kehiupan manusia, seperti
pembukaan bandar dan rebakan bandar. Melalui geografi kita akan dididik untuk menghayati dan
mengenali bentuk muka bumi yang menjadi tempat tinggal kita. Mempelajari ilmu geografi kita
akan tahu bagaimana alam sekitar kita mempengaruhi kehidupan manusia. Kita akan terdedah
untuk memahami setiap proses yang berlaku di sekeliling kita. Melalui pengajaran geografi juga,
kita akan menjadi lebih peka isu-isu alam sekitar yang berlaku di sekeliling kita. Mata pelajaran
geografi kini diajar malaui pelbagai cara yang menarik dan menyeronokkan untuk memupuk
minat dan kesedaran pelajar. Antara teknik pengajaran geografi yang digunakan ialah teknik
kartografi gambar, lukisan, kamera dan kaedah mengambil gambar dengan betul.
5.4

Kartografi

Bidang kartografi atau pemetaan merupakan sumbangan yang paling besar bidang geografi
kepada kehidupan manusia. Jika dahulu peta memainkan peranan yang penting dalam bidang
pelayaran dan penjelajahan. Peta membantu manusia dalam menentukan sesuatu lokasi tetapi
jika dilihat pada masa kini ia terus berkembang dan semakin kompleks. Bermula pada tahun
tahun 8o-an, sistem kartografi ini lebih di kenali sebagai Sistem Maklumat Geografi atau lebih di
kenali sebagai GIS. Menurut David Rhind, (1988) mendifinisikan GIS sebagai satu sistem yang
akan menyatukan, menganalisis dan periksa semua maklumat yang berkaitan dengan permukaan
58

GEOGRAFI FIZIKAL

[ INTERAKSI ANTARA SISTEM-SISTEM BUMI]

bumi. GIS juga merupakan satu sistem yang mengendalikan maklumat yang melibatkan
perancangan, pemerhatiaan, pengumpulan, peyimpanan pengurusan serta analisis data bagi
mendapatkan satu maklumat yang akan di gunakan dalam proses membuat keputusan. Dewasa
kini penggunan GIS semakin penting dan memudahkan pelbagai aktiviti yang dilakukan dalam
kehidupan. Misalnya pihak tentera menggunakan GIS untuk merancang pelan perperangan
mereka dan membantu mereka mencari strategi yang sesuai untuk di gunakan dalam peperangan.
Kerajaan pula menggunakan GIS untuk membangunkan dan mewujudkan pelan untuk mengatur
populasi penduduk. Oleh itu dapat kita simpulkan bahawa GIS merupakan satu sumbangan besar
geografi dan melaluinya kita dapat memperkembangkan ilmu-ilmu yang lain.

59