Anda di halaman 1dari 18

HBEF3603

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2014

HBEF3603
AMALAN PROFESIONAL

NO. MATRIKULASI

<740416095028001>

NO. KAD PENGNEALAN

<740416095028>

NO. TELEFON

<0123918051>

E-MEL

<isbarisma@yahoo.com>

PUSAT PEMBELAJARAN

<SHAH ALAM>

HBEF3603

ISI KANDUNGAN
Perkara

Muka Surat

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1.1 Guru
1.2 Murid
1.3 Isi Kandungan Pelajaran
1.4 Persekitaran

2
3
3
4

2. OBJEKTIF KAJIAN

3. KUMPULAN SASARAN

4. PELAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


4.1 Tinjauan Masalah
4.2 Analisis Tinjauan Masalah
4.3 Merancang Tindakan
4.4 Melaksanakan Tindakan

6
7
8
9

5. LAPORAN PERLAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKAN


5.1 Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
10
5.2 Kelemahan Pengajaran dan Pembelajaran
13
LAMPIRAN

15

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.1

Guru
Sebagai seorang guru yang mengajar di sekolah aliran Jenis Kebangsaan Cina,

adakalanya penerangan terpaksa diberikan dalam bahasa Inggeris terutamanya kepada


murid yang tidak memahami bahasa Melayu sepenuhnya. Ini menjadikan sedikit masalah
apabila kadangkala beberapa perkataan biasa seperti ok terkeluar dari mulut guru.

HBEF3603

Guru yang mengajar di sekolah ini juga memerlukan pengalaman untuk berinteraksi
dengan ibu bapa yang datang daripada pelbagai latar. Ada ibu bapa yang tidak berpuas
hati apabila anak-anak mereka tidak menguasai pelajaran dan menyalahkan seratus
peratus kepada pihak sekolah. Keadaan ini juga berlaku kerana pengaruh ibu bapa dan
murid yang agak kuat dalam perjalanan sistem persekolahan. Ini menuntut pengorbanan
guru semasa pengajaran dan pembelajaran dengan menjadikan keseluruhan kelas sebagai
responden rawak walaupun ada antara murid berkenaan pandai tetapi malas dan hilang
tumpuan.
Selain itu, penekanan yang lebih harus diberikan kepada murid yang memerlukan
bantuan dan sokongan. Bimbingan secara bersemuka iaitu satu kepada dua atau tiga amat
sesuai dijalankan. Murid akan lebih dekat dengan guru dan jurang perbezaan akan dapat
diatasi. Apabila jurang tiada, ini memudahkan kita membimbing mereka.
Seterusnya, penggunaan kertas edaran berupa carta boleh diluaskan lagi dan
dipelbagaikan dengan memasukkan elemen seni bagi menarik minat murid. Saya juga
lebih

berkeyakinan

apabila

menyampaikan

isi

pengajaran

dan

pembelajaran

menggunakan bahan bantu belajar iaitu pengaplikasian powerpoint semasa di dalam


kelas. Ini dapat menarik minat murid terhadap pelajaran. Idea sebegini perlu dicapahkan
dan terus diperbaharui agar murid suka belajar dan mendapat ilmu semaksima mungkin.

1.2

Murid
Sepanjang 60 minit sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid begitu

berminat dan menunjukkan reaksi yang positif terhadap perubahan yang dilakukan.
Bukan sahaja murid sasaran yang menunjukkan minat tetapi murid-murid lain juga dilihat
dapat memberikan komitmen sebanyak 100 % terhadap sesi pengajaran menggunakan
bahan teknologi maklumat. Lebih menarik lagi apabila murid lemah mulai menunjukkan
kemajuan dengan penggunaan borang

pengurusan NAKATA dan juga persembahan

powerpoint.

HBEF3603

Kefahaman murid juga dapat dilihat agak meningkat dan mereka bersemangat untuk
membina ayat walaupun pada asalnya mereka agak pasif apabila berada di dalam kelas.
Berdasarkan ayat-ayat tanya mudah yang disoal oleh guru, mereka mampu membina kata
tanya sendiri bagi membina ayat tersebut.
Terdapat juga seorang daripada responden ini merupakan seorang murid yang
keluarganya berasal dari negara China. Walaupun dia boleh memahami pertuturan dalam
bahasa Melayu, namun dia masih menghadapi masalah untuk menghasilkan penulisan
yang bermutu. Struktur ayat yang dibina merupakan terjemahan terus daripada bahasa
Mandarin mahupun Hokkian yang biasa dituturnya. Ini menyebabkan ayat yang
dihasilkan kelihatan agak janggal dan tidak gramatis. Ini menyebabkan dia tidak dapat
mencapai markah cemerlang.

1.3

Isi kandungan pelajaran


Penyediaan isi kandungan pelajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian

murid amat penting bagi memastikan objektif dapat dicapai dengan jayanya. Bahagian A
merupakan bahagian penulisan yang agak besar cakupan soalan dan memerlukan murid
bijak memainkan peranan mereka dan menggunakan pengalaman masa lalu mereka
dalam membina ayat. Oleh yang demikian, kata tanya yang disediakan dalam borang
NAKATA amat membantu murid dalam memastikan murid dapat membina ayat yang
bermakna. Berbantukan sedikit inovasi isi pelajaran yang ingin disampaikan dapat
dikuasai oleh murid walaupun pada tahap 90 peratus. Ini amat baik jika dibandingkan
dengan peratusan sebelum ini iaitu hanya 50 peratus murid yang mampu membina sendiri
ayat walaupun ayat selapis.
1.4

Persekitaran

Seramai 40 orang murid ditempatkan di dalam sebuah kelas menjadikan kelas kelihatan

HBEF3603

agak sempit dan menyebabkan pergerakan guru dan murid agak terhad. Ini menyebabkan
aktiviti berbentuk kumpulan agak sukar dilakukan. Keadaan juga menjadi agak tidak
selesa kerana adanya bising daripada kelas lain yang turut menjalankan aktiviti lain
seperti kelas Pendidikan Muzik ataupun Pendidikan Jasmani. Kedudukan kelas ini juga
berada di kawasan laluan utama serta berhampiran atau lebih dekat lagi sebagai
bersebelahan padang. Pada masa yang sama sekolah yang berkongsi padang sedang
menjalankan latihan untuk Hari Sukan sekolah mereka. Ini menjadikan kelas ini sering
kali mengalami sedikit gangguan terutamanya setiap kali pertukaran kelas tetapi masih
boleh dikawal dengan baik.

HBEF3603

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini secara amnya adalah untuk meningkatkan kemahiran murid untuk
membina ayat yang lengkap, gramatis dan bermakna terutamanya bagi soalan bahagian A
yang terdapat dalam kertas penulisan bahasa Melayu. Kemahiran ini amat penting kerana
murid tidak dapat menghafal sebarang ayat bagi menjawab soalan tersebut kerana ayat
yang akan dibina bergantung kepada gambar yang dikemukakan oleh soalan.
Selain itu, objektif khusus bagi kajian ini adalah bagi meningkatkan kemahiran murid
memilih penggunaan kata yang sesuai semasa membina ayat. Kata kerja yang sesuai amat
penting bagi memastikan ayat yang dibina mempunyai makna. Seterusnya murid juga
diharapkan dapat membezakan penggunaan tanda baca dalam ayat. Ini amat penting bagi
meminimakan pemotongan markah terutamanya bagi kesalahan tanda baca. Kesilapan
tanda baca merupakan faktor pemotongan markah yang paling merugikan murid. Akhir
sekali, kajian ini diharapkan boleh membantu murid menulis ayat yang lengkap serta
gramatis berdasarkan kata kerja atau rangkai kata yang diberikan dengan baik.

3.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 40 orang murid Tahun 5J .
Namun fokus utama kajian ini ialah seramai 15 orang murid yang paling lemah di dalam
kelas berkenaan yang disenaraikan sebagai murid pemulihan . Semua murid ini juga
berketurunan Cina . Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 20
orang murid perempuan.
Saya memilih pelajar ini kerana berdasarkan tinjauan awal , saya dapati bahawa 15 orang
daripada 40 orang murid ini tidak boleh menulis ayat dengan baik sedangkan bacaan dan
lisan yang dijalankan di dalam kelas tidak mempunyai banyak masalah. Cuma apabila
mereka mula menulis , mereka gagal menyusun struktur dengan baik selain penggunaan

HBEF3603

kata yang kurang tepat. Oleh yang demikian , saya terpanggil untuk membantu semua
murid ini memperbaiki kemahiran dalam pembinaan ayat agar murid-murid ini tidak
terus tercicir dalam aspek penulisan.
Masalah ini berlaku berdasarkan latar belakang murid-murid ini yang kebiasaannya
menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa Manderin atau Hokkien dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa perhubungan di rumah. Mereka juga berhubung sesama rakan dengan
menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya digunakan apabila berada di dalam
kelas semasa mata pelajaran bahasa Melayu.

PELAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1

Tinjauan Masalah

Bagi mendapatkan markah yang cemerlang dalam penulisan bahasa Melayu, murid perlu
menguasai cara penulisan ayat yang betul. Walaupun telah didedahkan dengan teknik
penulisan ayat pada tahun 4 namun murid kelas 5J ini masih kurang menguasai. Bagi
mengatasi masalah ini, dilihat bahagian A boleh dijadikan asas pembinaan ayat. Ini
disebabkan masalah membina ayat yang lengkap dalam penulisan terutama dalam
penulisan bahagian A akan mengganggu murid mendapat markah yang baik dalam
penulisan Bahasa Melayu.
Selain itu , jika murid tidak dapat membina ayat dengan baik , menyebabkan murid juga
tidak mampu untuk membina sebuah karangan yang baik dalam penulisan bahagian B
dan C. Masalah dalam membina bina ayat ini telah dapat dikesan semasa saya menyemak
latihan murid di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati kebanyakan murid kelas ini
gagal membina ayat dengan baik berbanding kelas lain. Struktur ayat yang dihasilkan
tidak tersusun dengan betul. Pemilihan penggunaan perkataan juga ada yang tidak
menepati ayat tersebut dan memberi maksud yang berlainan. Terdapat juga murid gemar
menggunakan bahasa pasar semasa menulis ayat. Selain itu murid juga gemar mengalih

HBEF3603

bahasakan ayat dari bahasa Inggeris atau bahasa Cina.Tanda bacaan yang ditulis juga
tidak menepati ciri-ciri penulisan yang sebenar.
Berdasarkan kepada refleksi pengajaran , saya dapati murid belum boleh membina ayat
secara gramatis

dengan hanya melalui aktiviti

perbincangan dalam kelas dan

perbincangan melalui kumpulan. Melalui aktiviti pembentangan hasil kerja murid dalam
pembinaan ayat juga tidak banyak membantu murid saya . Kebanyakan ayat yang dibiana
perlu dimurnikan.

4.2

Analisis Tinjauan Masalah

Keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dikumpulkan akan dianalisis
menggunakan kaedah peratusan. Untuk menjawab persoalan kajian, pengkaji
menggunakan dapatan kajian hasil daripada instrument berbentuk ujian diagnostik dan
juga latihan mingguan.
Hasil pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual
data yang disediakan di bawah.
Senarai Rekod Pencapaian. (Jumlah markah = 10 M)
BIL NAMA MURID
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Ujian
Latihan
Diagnostik Mingguan
5
5
4
5
3
4
2
4
4
4
4
5
3
4
5
5
3
4
4
4
5
5

Ahamad Bakry
Ayako Wong Kai Ling
Chloe Pang
Chew Wei Ming
Eva Lee
Lim Fung Seng
Mandy Hew Kuan Mun
Phuah Zhe Yeang
Tan Lit Shen
Wong Teck Ron
Chan Hong Rui

HBEF3603

12

Aflin Wan

13

Lee Shee Nie

14

Lau Shi Min

15

Thong Jing Lin

16

Teoh Shean Siang

Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut
dibuat sebelum pelaksanaan tindakan saya. Saya mendapati tahap penguasaan murid
dalam membina ayat gramatis masih lemah walau pun telah menjalani dua kali latihan.
Semasa latihan tersebut juga, panduan diberikan sebagai garis panduan untuk mereka
membina ayat. Namun, markah yang diperoleh oleh sebahagian murid yang diuji secara
rawak ini masih lemah.

4.3

Merancang Tindakan

Selepas melihat dan membuat sedikit kajian berkaitan dengan punca masalah, satu ujian
pra telah dirancang dan dijalankan melibatkan 40 orang murid kelas 5J yang
sememangnya kelas terakhir Tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lick Hung.
Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan
kumpulan aras sederhana. Kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra.
Pengkaji menguruskan sendiri ujian pra tersebut. Kemudian, pengkaji telah menyemak
dan memilih skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan.
Pengkaji melibatkan diri secara terus mencipta satu kaedah baru pengajaran berdasarkan
maklumat yang diperolehi. Berdasarkan bacaan, kajian, carian internet dan perkongsian
dengan rakan-rakan, satu kaedah baru diubahsuai daripada teknik-teknik pengajaran yang
sedia ada diwujudkan. Satu rajah atau jadual dicipta. Jadual dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu kata nama, kata kerja dan kata nama. Bagi memudahkannya jadual ini
dinamakan sebagai jadual NAKATA iaitu singkatan kepada kata nama, kata kerja dan

HBEF3603

kata tanya. Pada awal pengajaran atau peringkat pengenalan, semua murid akan
dibekalkan dengan jadual berkenaan. Namun pada peringkat pertengahan, murid akan
dapat membina sendiri jadual tersebut pada buku latihan mereka.

4.4

Melaksanakan Tindakan

Bagi memberi perubahan kepada kumpulan lemah tersebut, sesi pengajaran telah
dimulakan. Sesi pengajaran telah dijalankan selama 4 minggu. Sepanjang sesi pengajaran
tersebut dilakukan dengan kedua-dua kumpulan tersebut diajar menggunakan teknik yang
sama. Namun kumpulan yang lemah diberikan lebih tumpuan dan bantuan dengan
soalan-soalan yang boleh membantu mereka. Kumpulan sederhana diberi tunjuk ajar
yang sama tetapi mereka tidak terikat dengan kaedah yang digunakan. Mereka bebas
menggunakan kaedah konvensional.
Kumpulan pelajar aras rendah pula diajar menggunakan kaedah NAKATA sementara
kumpulan aras sederhana terus diberi pilihan menggunakan kaedah konvensional. Keduadua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat minggu. Pada hari terakhir
kajian, semua pelajar dalam kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras
sederhana akan menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set soalan yang hamper
sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis
oleh pengkaji.
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian pencapaian (ujian pra dan
ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada satu set soalan bahagian A bagi kertas
Penulisan bahasa Melayu. Semua item ujian pencapaian ini telah diubahsuai daripada
gambar dan buku yang terpilih oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu, Huraian Sukatan Bahasa Melayu Tahun 5 dan Buku Teks Bahasa Melayu, KBSR
Tahun 5.

HBEF3603

Bagi menentukan kesahan kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam alat
kajian ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi Bloom. Bagi
meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa
orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta Pendidikan Moral bagi mendapatkan
pandangan dan komen mereka.Berdasarkan ulasan guru-guru pakar tersebut pengkaji
telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang kurang sesuai.
Bagi melancarkan lagi kelas, pengkaji telah menambahbaik lagi kaedah penyampaian
dengan menggunakan persembahan powerpoint. Ini telah membawa banyak kebaikan
apabila kaedah ini amat mudah difahami dan murid

menunjukkan lebih keyakinan

dengan penggunaan powerpoint ini.

5.0

LAPORAN PERLAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKAN

5.1

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

Inovasi yang dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran memberi perubahan
kepada murid yang terlibat. Perbezaan dapat dilihat melalui kajian yang dijalankan dan
juga pemerhatian sebelum dan selepas perlaksanaan inovasi tersebut.
5.1.1

Sebelum Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran.

Semasa kelas bahasa Melayu dijalankan, terutamanya semasa pengajaran karangan,


beberapa orang murid dilihat tidak dapat mengikuti kelas dengan lancar. Latihan yang
dijalankan pula tidak mampu dibuat walaupun diberikan panduan kepada mereka. Bagi
kumpulan yang lemah, mereka hanya mampu menyambung ayat tersebut yang
adakalanya tidak mempunyai maksud langsung. Markah yang mereka perolehi hanya di
bawah 5 markah sahaja. Ini merupakan kelemahan yang boleh menyebabkan mereka
kehilangan markah dan agak sukar untuk mereka lulus dalam kertas penulisan bahasa

10

HBEF3603

Melayu. Berikut merupakan markah yang mereka peroleh dalam latihan dan juga ujian
bulanan yang dijalankan.
BIL NAMA MURID
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Latihan
Minggu 2
5
5
3
2
4
4
3
5
3
4
5
4

Ahmad Bakry
Ayako Wong Kai Ling
Chloe Pang
Chew Wei Ming
Eva Lee
Lim Fung Seng
Mandy Hew Kuan Mun
Phuah Zhe Yeang
Tan Lit Shen
Wong Teck Ron
Chan Hong Rui
Aflin Wan

Latihan
Bulanan
5
5
4
4
4
5
4
5
4
4
5
5

13

Lee Shee Nie

14

Lau Shi Min

15

Thong Jing Lin

16

Teoh Shean Siang

5.1.2

Selepas Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran.

Murid yang menjalani kelas menggunakan kaedah NAKATA ini dilihat mengalami
perubahan selepas beberapa minggu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid
sudah mula memahami isi pelajaran yang disampaikan. Bagi kumpulan murid lemah
pula, ayat yang dibina telah bermaksud dan boleh difahami. Markah yang diperolehi
dalam latihan mulai bertambah dan semakin baik jika dibandingkan dengan keputusan

11

HBEF3603

yang diperoleh sebelum ini. Penggunaan kaedah NAKATA ini ternyata memudahkan
mereka dan penggunaan powerpoint semasa menyampaikan isi pelajaran juga dilihat
dapat menarik perhatian mereka mengikuti kelas dengan lebih perhatian. Mereka
bersemangat apabila berpeluang menggunakan dan melihat paparan yang disediakan
walaupun borang yang sama berada pada tangan mereka.
Walaubagaimanapun, kaedah ini perlu dijalankan selama beberapa kali sebelum murid
memahaminya dengan lebih baik. Apabila mereka telah memahami bagaimana kaedah ini
boleh digunakan, mereka tidak lagi bermasalah semasa mengaplikasikannya semasa
pembelajaran. Jadual yang digunakan juga sebati dengan diri mereka. Mereka boleh
melakar sendiri jadual tersebut tanpa memerlukan bantuan.
BIL NAMA MURID
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Ahamad Bakry
Ayako Wong Kai Ling
Chloe Pang
Chew Wei Ming
Eva Lee
Lim Fung Seng
Mandy Hew Kuan Mun
Phuah Zhe Yeang
Tan Lit Shen
Wong Teck Ron
Chan Hong Rui
Aflin Wan

Latihan
Mingguan
6
5
4
4
5
4
4
5
4
4
5
5

Latihan
Mingguan
7
6
5
4
5
5
4
5
4
4
5
5

13

Lee Shee Nie

14

Lau Shi Min

15

Thong Jing Lin

16

Teoh Shean Siang

5.2

Kelemahan Pengajaran dan Pembelajaran:

Dalam sesebuah sesi pengajaran pasti ada kekuatan dan kelemahannya. Apabila

12

HBEF3603

dibandingkan antara sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum inovasi dan selepas
inovasi, ada beberapa perbezaan. Masalah yang timbul dapat dikurangkan dan diatasi.
5.2.1

Sebelum Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran.

Pengajaran menggunakan kaedah konvensional yang dilakukan sebelum ini tidak banyak
memberi masalah kepada guru kerana kaedah ini biasa dan mudah dijalankan. Guru tidak
perlu menyediakan atau membuat persiapan yang rapi sebelum

sesi pengajaran

berlangsung. Namun demikian, masalah yang dihadapi ialah kurangnya minat yang
ditunjukkan oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini
menyebabkan murid kurang faham dan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Ini
menyebabkan mereka hanya mampu mendapat markah yang minima sahaja setiap kali
latihan mahupun ujian bulanan dijalankan.
Selain itu, masalah yang dihadapi ialah murid mudah jemu dengan setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran kerana mereka tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.
Ini menyebabkan kelas menjadi bising dan mengganggu tumpuan murid dari kumpulan
sederhana.

5.2.2

Selepas Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran.

Selepas pelaksanaan inovasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, dapat dilihat
sedikit sahaja masalah yang dihadapi. Kebanyakan masalah yang timbul adalah berkaitan
dengan teknikal dan juga ketidakcekapan pengkaji mengendalikan bahan internet atau
teknologi maklumat pada peringkat awal. Namun masalah tersebut dapat diatasi apabila
telah beberapa kali menggunakannya di dalm kelas.
Ada masanya pengkaji mengalami masalah apabila murid yang perlu menjalani kajian ini
tidak datang ke sekolah selama beberapa kali sepanjang sesi latihan dijalankan. Serba
sedikit ini menyebabkan murid berkenaan ketinggalan sedikit berbanding dengan rakan-

13

HBEF3603

rakan yang lain. Pada peringkat permulaan, penerimaan murid agak dingin kerana telah
terbiasa dengan kaedah konvensional. Namun, selepas melalui beberapa kelas barulah
murid mulai membiasakan diri.
Masalah terakhir yang berlaku ialah kertas yang diedarkan kepada murid telah
dihilangkan sebelum diserahkan kembali kepada guru atau dijadikan rujukan bagi
menempuhi ujian yang akan datang. Sedikit sebanyak keadaan ini amat merugikan murid
berkenaan.

14

Lampiran 1
Nama :

__________________________

Kelas : 5J

LATIHAN BAHAGIAN A

1. _____________________________________________________________________
2.______________________________________________________________________
3.______________________________________________________________________
4.______________________________________________________________________
5.______________________________________________________________________

BORANG PENGURUSAN NAKATA


KATA TANYA (Siapa, Apa, Mengapa, Mana, Bila, Berapa,
FRASA NAMA

FRASA KERJA

Bagaimana)

HBEF3603

Anda mungkin juga menyukai