Oleh
Zuraidah bte Yaacob,
Siti Rahmah bte Lamin
Rohan @ Siti Rahmah bte Mohamed
1.0
Abstrak
Tekanan secara amnya didefinisikan sebagai satu gangguan emosi yang berlaku apabila
strategi pengendalian tekanan kurang daripada punca tekanan yang diterima. Walaupun
pelbagai kajian telah mendokumentasi kesan tekanan dalam profesion perguruan,
namum segelintir sahaja kajian telah dijalankan mengenai tekanan di kalangan guruguru. Guru-guru kerap mengalami tekanan kerana jumlah masa mereka berinteraksi
dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran, emosi dan tingkah laku. Mengajar
kanak-kanak adalah mencabar kekurangan sokongan rakan sekerja dan pihak pentadbir
merumitkan lagi situasi. Penambahan beban tugas, kekurangan kemudahan dan tekanan
masa mengakibatkan guru memilih profesion lain. Kajian ini adalah kajian rintis untuk
mengenal pasti punca tekanan dan beban di kalangan guru. Sejumlah 50 guru telah
dipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout Inventory
dan the Sources of Stress Questionnaire. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan
bahawa guru tidak mengalami tekanan dan beban yang sederhana dan tidak mengalami
masalah penyakit diakibatkan tekanan dan beban. Walau bagaimanapun, strategi
menangani tekanan perlu diajar kepada guru pelatih supaya mereka dapat mengawal
persekitaran tempat kerja.
2.0
Pengenalan
Tekanan secara amnya didefinasikan sebagai satu keadaan emosi yang kurang selesa
yang diakibatkan oleh keadaan mudarat yang berlanjutan (kyriacou, 1989). Tekanan
dan beban juga mengakibatkan masalah kesihatan dan kekurangan prestasi kerja (Quick
& Quick, 1984). Mengajar adalah satu tugas yang mencabar yang boleh mengakibatkan
tekanan. Tekanan dalam profesion perguruan kini dikenal pasti sebagai satu fenomena
penting. Kerjaya guru dianggap sebagai kerjaya yang penuh dengan pelbagai tekanan
(Johnstone, 1993). Unsur-unsur tekanan yang negatif mengakibatkan guru kurang minat
untuk bekerja., merasa terasing di tempat kerja, kerap ponteng dan meninggalkan
profesion perguruan (Brown & Ralph, 1992). Tekanan dan beban juga menjadi faktor
utama guru-guru berhenti kerja, ponteng kerja dan mengalami tahap kepuasan kerja
yang rendah (Billingsley & Cross, 1992).
Isu beban guru bukan merupakan isu baru. Isu ini telah ditimbulkan di beberapa
forum dari masa ke semasa. Apabila isu ini ditimbulkan ramai berpendapat bahawa
guru ingin lari daripada tugas harian tetapi ini bukan hasrat guru. Hasrat guru pula ialah
pelbagai tugas perkeranian yang pada masa ini dilakukan oleh guru harus dihapuskan
supaya guru dapat memberi tumpuan kepada core business guru iaitu mengajar.
Tugas perkeranian ini tidak memberi faedah kepada sesiapa pun termasuk murid
dan ibu bapa.
3.0
Para penyelidik telah mengenal pasti beberapa faktor yang mengakibatkan tekanan di
kalangan guru. Menurut Johnstone (1989) pelbagai faktor seperti masalah tingkah laku
pelajar, persekitaran kerja kurang memuaskan, hubungan rakan sekerja yang kurang
baik, beban tugas yang berlebihan dan keadaan kerja yang rutin menyebabkan tekanan
dalam profesion perguruan. Hubungan guru dan pelajar serta guru dan rakan sekerja
terjejas kerana kekurangan kemahiran interpersonal dan juga interaksi sosial di
persekitaran sekolah yang semakin kompleks. Brown dan Ralph (1992) menyatakan
bahawa kebanyakan sekolah merupakan institusi birokrasi yang tidak memberi peluang
kepada guru untuk membuat keputusan. Kekurangan autonomi apabila membuat
keputusan menyebabkan guru merasa terasing dalam institusi sekolah dan hanya
bekerja mengikut arahan pihak pentadbiran.
Sebilangan besar guru ditekan dengan beban kerja yang berlebihan yang mengakibatkan
tekanan emosi dan tidak dapat mengawal persekitaran pekerjaan (Hargreaves, 1994)
Guru-guru yang memulakan kerjaya mereka dengan sikap dedikasi, simpati dan ingin
membantu pelajar juga akan meninggalkan profesion perguruan sekiranya wujud
tekanan yang berlebihan. Singer (1993) dalam satu kajian mengenai punca guru
meninggalkan profesion perguruan mengenal pasti dua punca utama. Pertama, ramai
guru yang bertukar kerja menganggap berniaga memberi peluang yang lebih baik dari
segi kewangan dan kepuasan kerja. Kedua, sikap pelajar yang negatif, masalah disiplin,
persekitaran kerja yang kurang memuaskan mengakibatkan pandangan guru beralih. Isu
kepada profesion yang lain.
Punca tekanan dan beban di kalangan guru berbeza-beza mengikut pengalaman
individu, begitu juga cara mengendalikan tekanan. Menurut Singer (1993) terdapat tiga
kategori guru yang mengendalikan tekanan dan beban. Kumpulan pertama adalah guru
yang meninggalkan profesion perguruan kerana tidak sanggup menghadapi tekanan dan
beban kerja. Kumpulan kedua adalah guru-guru yang mengalami tekanan dan beban
yang berlebihan tetapi meneruskan kerja dengan menghitung hari mereka akan bercuti
atau bersara. Kumpulan ketiga adalah guru-guru yang maju dan berkembang dalam
profesion perguruan walaupun mereka mengalami tekanan dan beban kerana mereka
berkemampuan menangani tekanan dan beban dari pelbagai sumber.
4.0
NUTP talah kemukakan pandangan yang sama kepada jawatankuasa khas yang
dipengerusikan oleh Tan Sri Rahman Arshad. Jawatankuasa khas ini yang terdiri
daripada pendidik memahami tugas pendidikan dan tanggungjawab guru. Jawatankuasa
ini telah kemukakan pandangan-pandangan berikut:
ikutan untuk diteladani oleh murid. Dari perspektif guru sendiri mereka
merasakan tugas mereka yang utama adalah mengajar murid mengikut
kurikulum yang ditetapkan. Guru juga bertanggungjawab untuk membimbing
murid dalam kegiatan ko-kurikulum. Segala kegiatan yang dijalankan adalah
bertujuan untuk pembelajaran murid.
Guru adalah seorang pendidik yang mengajar bidang atau mata pelajaran. Guru
di sekolah rendah mengajar hingga 30 waktu seminggu. Guru di sekolah
menengah pula mengajar hingga 28 waktu seminggu. Mereka juga ditugaskan
bagi melaksanakan kegiatan ko-kurikulum sebanyak dua hingga empat jam
seminggu.di samping itu, mereka juga menjalankan kerja sekolah di rumah
seperti memeriksa buku dan menilai kerja murid. Di sekolah pula mereka
membuat kerja pada waktu rehat, datang ke sekolah pada hari Sabtu,
mengendalikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru, menganjur dan
mengawas kegiatan kelab dab persatuan. Guru dikehendaki juga melaksanakan
tugas perkeranian dan lain-lain tugas yang bukan profesional. Guru juga diarah
menghadiri mesyuarat, mengawas peperiksaan dan kegiatan sukan di berbagai
peringkat oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Jabatan-jabatan lain.
Di saming itu, terdapat kelas yang terlalu ramai bilangan muridnya keadaan ini
tidak mengizinkan guru memberi perhatian kepada murid secara individu. Pada
masa ini banyak sekolah terutama bandar, menghadapi masalah kesesakan di
dalam bilik darjah kerana bilangan murid dalam satu-satu bilik darjah jauh
melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Kesesakan ini menyulitkan guru
memberi perhatian yang rapi dan membimbingan secara individu. Lebih-lebih
lagi, kadang-kadang guru diarah menjalankan tugas yang tiada kena mengena
dengan pengajaran dan pembelajaran. Ada kalanya guru serta murid terlibat
dengan usaha kutipan derma yang bertujuan membina dana bagi perkembangan
pengajaran dan pembelajaran serta juga projek pembangunan fizikal sekolah.
Usaha ini baik, tetapi masa yang terpaksa digunakan untuk aktiviti ini ada
kalanya menjejaskan keadaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini
membebankan guru. Lebih-lebih lagi sekiranya usaha kutipan ini berpunca dari
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian
Pendidikan dan Badan sukerela. Guru juga mengawal disiplin murid untuk
memastikan kesejahtera pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada kerumitan
besar yang berbangkit kerana guru mengambil tindakan ke atas murid maka
perlukan guru mendapat secukup perlindungan. Ternyata tugas guru berat.
Di antara bebanan guru terutama guru kelas ialah kerja perkeranian seperti
menulis, merekod atau mengisi pelbagai borang, kad dan buku rekod
tentang murid. Maklumat yang diisi itu ada yang bertindih. Kerja ini boleh
dipermudahkan dengan menggunakan komputer.
Ada projek dalam mata pelajaran tertentu memerlukan murid sekolah rendah
dan sekolah menengah rendah melakukan kajian di luar kawasan sekolah. Projek
tersebut juga memerlukan murid menemubual orang tertentu dan ini selalunya
tidak mudah dilakukan. Kegiatan ini memerlukan murid keluar dari kawasan
sekolah. Di tempat-tempat tertentu, ini menimbulkan masalah keselamatan dan
kadang-kadang masalah disiplin juga.
Guru mempunyai beban tugas dalam waktu persekolahan. Ada juga guru yang
dengan ikhlas mengadakan kelas tambahan kerana mereka merasa bangga
dengan kecemerlangan murid mereka. Kelas ini diberi secara sukarela tetapi
sekiranya ada rancangan yang memaksa mereka mengadakan kelas tambahan,
adalah baik sekiranya bayaran yang setimpal diberikan.
Sambil itu Jawatankuasa Khas ini telah juga kemukakan beberapa pandangan yang
amat penting untuk profesion perguruan:-
Perakuan 24
Keperluan guru merekodkan dan mengisi pelbagai kad, buku rekod dan borang tentang
murid seperti kad 001-002, buku laporan murid, buku rekod ko-kurikulum murid,
beberapa salinan lembaran markah dan lain-lain yang bertindih perlu dikaji semula dan
dipermudahkan, penggunaan komputer untuk ini hendaklah diperkenalkan.
Perakuan 25
Projek yang berdasarkan mata pelajaran tertentu di sekolah hendaklah sejauh mana
yang boleh menggunakan bahan dan kemudahan seperti pusat sumber dan persekitaran
sekolah.
Perakuan 26
Kekerapan guru bermesyuarat dan berbengkel di peringkat daerah, jabatan dan
Kementerian hendaklah dikurangkan. Kehadiran guru di mesyuarat dan bengkel yang
dihadiri hendaklah dikurangkan. Kehadiran guru di mesyuarat dan bengkel yang
dihadiri hendaklah bersesuaian dengan keperluan guru dan sekolah.
Perakuan 27
Peperiksaan formal di sekolah hendaklah dikurangkan. Peperiksaan pertengahan tahun
dan akhir tahun boleh diteruskan tetapi sekolah hendaklah digalakkan mengadakan
peperiksaan formatif.
Perakuan 29
Guru yang mengambil langkah tindakan terhadap murid yang bermasalah disiplin
hendaklah mendapat perlindungan termasuk bantuan guaman penuh sekiranya
berbangkit sebarang masalah yang rumit dari tindakan tersebut.
Perakuan 30
Guru yang menjalankan kegiatan ko-kurikulum di luar sekolah dan guru yang
mengiringi pasukan sekolah diberi perlindungan insurans serta dibayar elaun makan,
peginapan dan pengangkutan. Kelayakan tuntutan mereka mestilah mengikut pekeliling
perbendaharaan Bil. 2/1992 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/1995 dan peruntukan
bagunya hendaklah diadakan.
Perakuan 33
Penglibatan guru dalam aktiviti anjuran agensi di luar Kementerian Pelajaran hendaklah
dikurangkan ke tahap yang difikirkan sesuai.
Perakuan 34
Kerja cetak mencetak bahan pengajaran dan pembelajaran, kertas soalan peperiksaan
dan ujian, serta segala urusan seperti pengutan yuran, pendaftaran murid, pinjaman
buku teks, penyeliaan Rancangan Makanan Tambahan dan lain-lain hendaklah
dilakukan oleh staf sokongan.
Perakuan 35
Satu unit pentadbiran sekolah untuk membantu Pengetua dan Guru Besar hendaklah
diwujudkan bagi mengendalikan segala urusan pentadbiran, kewangan dan pengurusan
sekolah. Bilangan staf sokongan yang menganggotai unit tersebut hendaklah memenuhi
keperluan sekolah pada masa kini. Bilangan tersebut hendaklah mencerminkan saiz
sekolah.
Pihak Akhbar The STAR telah menjalankan Teachers Poll pada Jun 2000,
antara pendapat yang diperolehi kepada soalan Samada guru berasa gembira
dengan tugas mereka:-
Statistik Guru
Guru Sekolah rendah
174,701
Guru Sekolah Menengah 127,773
Jumlah
302,474
Statistik Murid
Sekolah rendah
Sekolah Menengah
Jumlah
3.071 juta
2.514 juta
5.585 juta
Statistik Sekolah
Sekolah rendah
Sekolah Menengah
Jumlah
5.0
7504
1902
9406
Kehendak Ibu bapa dan murid-murid kini juga berbeza. Perubahan kepada corak hidup
ibu bapa dan masalah sosial yang dihadapi kini memerlukan guru tumpukan.
5.1
Syor-Syor Baru
Kerajaan sendiri ingin melaksanakan beberapa syor baru menangani isu gejala disiplin
antaranya termasuk:
Laporan Adab
Program Briged Komuniti
Meningkatkan Kualiti Pengurusan Asrama
Menumbuhkan Jawatankuasa Perunding Menangani Isu Budaya Negatif Di
Kalangan Murid Peringkat Kebangsaan
Memantapkan Sistem Mentor-Mente dan Pembimbing Rakan Sebaya yang sedia
ada di sekolah.
Semua Pengetua / Guru Besar hendaklah mengambil tindakan yang tegas
dengan mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan, termasuk mengenakan
hukuman yang maksimum terhadap yang terlibat dalam sesuatu salah laku.
Penubuhan Kelab Pencegah Jenayah di Sekolah Menengah perlu dimantapkan
dan perlaksanaan program-programnya perlu dipantau.
Mengadakan program khas untuk menyemarakkan semangat patriotisme di
kalangan warga sekolah.
Pengetua / Guru Besar, Guru Kaunseling dan Guru Kanan Hal Ehwal Murid
digalakkan untuk melawat rumah-rumah pelajar yang bermasalah sebagai usaha
pembinaan perhubungan yang baik dengan ahli keluarga pelajar.
Sambil itu guru-guru kini sudah menjadi hamba abdi kepada Jabatan
Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah dan Projek yang dijalankan oleh
Agensi-Agensi Luar.
Penglibatan guru sebagai buruh murah (cheap labour) memang merupakan
beban kepada guru. Terdapat guru yang terpaksa bantu secara kekal dan sementara.
Ada pula yang terpaksa membantu tauke-tauke ini. Yang menjadi mangsa adalah
mereka yang memikul tanggung jawab ini dan guru-guru di sekolah yang terpaksa
memikul tanggung jawab Pengawai-Pengawai ini yang dicuri kuota oleh Jabatan
Pendidikan Negeri atau Pajabat Pendidikan Daerah.
Tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya guru-guru perlu membantu Pengawai
Pendidikan Daerah dan perlu dipinjamkan tempat mereka di sekolah mesti diisi oleh
guru tambahan lain (over and above) kerana yang tetap mengalami kerugian ialah
murid-murid.
Dalam kes guru-guru yang bermasalah, cuti bersalin, cuti panjang, cuti sakit,
dan kursus, pihak NUTP hendak pihak Kementerian Pendidikan wujudkan Pool of
Teachers. Guru-guru boleh dipinjamkan dari Tabung Simpanan Guru supaya
menjamin bahawa semasa guru tidak hadir Pengajaran dan Pembelajaran guru tidak
diganggu.
5.2
Pada masa ini kaedah perkiraan nisbah murid-guru tidak realistik. Kaedah perkiraan
ini mesti dibuat lebih realistik dan harus dikira seperti berikut:
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
BIL
JENIS BEBAN
KERJA
1.
Pengurusan/pentadbiran
2.
Kurikulum / Akademik
1.
2.
3.
4.
Kokurikulum
sering
dipertanggungjawabkan kepada pihak
sekolah.
5.
Bina Insan
1. Perlu
diperbanyakkan
program-program
merangkumi pendidikan moral, sahsiah dan
bina insan: asas disiplin.
6.
Lain-lain
1.
7.
Rumusan
Hubungan dengan masyarakat setempat dan agensiagensi kerajaan / swasta yang lain: sering menganggu
tugas P&P.
9.
10.
11.
12.
14.
15.
Kad Laporan Aktiviti Kekerapan : Awal tahun dan semasa aktiviti Ko-
13.
Ko-Kurikulum
16.
Pendaftaran
Kekerapan: Pertengahan tahun semak (Awal
UPSR/PMR/SPM/STPM tahun- daftar)
17.
Inventory Stok
Kekerapan : setahun
18
19.
20
21
22
Aktiviti-aktiviti dalam
sekolah masih boleh
diterima tetapi aktivitiaktiviti luar sekolah
yang melibatkan jabatan
kerajaan lain seperti kokurikulum / dadah
Agensi
dadh
Kebangsaan/ Shell
permainan lalu lintas
dan sebagainya.
Guru terpaksa guna
kenderaan sendiri hingga
rosakkan kereta baru
untuk bawa pelajar
menjalani aktiviti luar.
Guru jadi jurulatih,
fasilitator
dan
pembimbing
untuk
aktiviti anjuran jabatan
kerajaan lain. Guru tidak
pernah ada di sekolah.
Terpaksa jual buku kerja
dari
syarikat-syarikat
buku yang jual buku di
waktu sekolah. Ganggu
pengajaran
dan
pembelajaran guru.
Kena
menghadiri Ada sesuatu yang tidak kena dengan pegawai jabatan
seminar / kursus jauh pelajaran terbabit. Buat Laporan BPR.
dari
tampat
sendiri
padahal
peruntukan
jabatan
pendidikan
terhad. Contoh : Kursus
Data Sekolah anjuran
Jabatan Pelajaran Perlis
diadakan
di
Pulau
Pangkor, Perak (Tempat
terpencil
dan
line
23.
24
25.
26.
27
28
Guru Displin
1.
Guru kaunselor
30
31
Sekolah
Mengandakan
Guru
32
Ujian-ujian
Gerak
Gempur Sekolahsekolah sudah pun ada
ujian
bulanan
/
peperiksaan sendiri
Menguruskan
pelajarpelajar bagi mengikuti
program anjuran JPN
dan jabatan-jabatan lain
33
34
35
36
37
Menguruskan
pembayaran one-off
Guru Bertugas
Jabatan-jabatan lain datang menguruskan pelajarpelajar terlibat sendiri / tidak hanya menyuruh guru/
pihak sekolah
Kekerapan : sepanjang tahun
Diserahkan pemberian one off kepada pihak lain /
Jabatn Kebajikan Masyarakat dsbnya.
Kekerapan : Sekali setahun
1. Tidak perlu menulis laporan sekadar isi borang
yang disediakan pihak sekolah.
Muka surat 13/17
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
7.0
Pihak
PPD
dan
JPN
berikhtiar
mengemaskinikan
borang-borang
ini
membebankan guru.
untuk
tanpa
Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan bahawa beban guru terutama sekali untuk menjalankan tugastugas perkeranian dan tugas-tugas lain tetap tidak menguntungkan mana-mana
pihak.
Kita tidak dapat menafikan bahawa setiap kali Kementerian Pelajaran membuat
pengumuman mengenai pelajaran baru, dasar baru kerja guru bertambah. Dari
Muka surat 16/17
pelaksanaan kad 001R segala-galanya telah ditambah kepada guru, tidak ada
sesuatu pun yang dikurangkan.
Jika tenaga serta kemahiran guru yang menjalankan tugas-tugas tambahan yang siasia dialihkan kepada pengajaran bukan saja murid-murid yang berkaliber dilahirkan
tetapi kualiti pengajaran akan ditingkatkan
Masalah beban kerja harus diatasi supaya guru-guru dalam keadaan mental yang
baik serta berasa seronok untuk bekerja. Guru yang bekerja dalam suasana yang
harmonis tanpa tekanan merupakan guru yang berkualiti. Negara memerlukan
pendidik seperti ini.