Anda di halaman 1dari 13

OUM BUSINESS SCHOOL

BBPP1103
PRINCIPLES OF MANAGEMENT

NAME

: MOHAMAD SHAHRIL NIZAM BIN SHAFIE

MATIC NO.

: 861018145035001

LECTURER

: SEGAR SUBRAMANIAM

Isi Kandungan

Bil.

Tajuk

1.0

Pengenalan

2.0

Analisa artikel

Muka Surat
3

2.1

Artikel pertama

2.2

Artikel kedua

2.3

Artikel ketiga

11

3.0

Kesimpulan

13

4.0

Rujukan

13

1.0
Pengenalan
Pengurus adalah individu yang bertanggungjawab secara langsung untuk memastikan bahawa
setiap tugas dilaksanakan oleh pekerja di dalam sesebuah organisasi. Seorang pengurus
seharusnya bijak mengarah orang lain untuk melaksanakan kerja dengan cekap dan berkesan.
Manakala, pengurusan pula bermaksud memastikan sesuatu tugas itu dijalankan dengan baik
sehingga selesai. Ini bermakna bahawa seorang pengurus berperanan sebagai penyelaras
dengan memastikan tugas itu dijalankan dengan lancar, tidak semestinya tahu cara untuk
melaksanakan kerja tertentu. Sebagai contoh, seorang pengurus kilang biskut tidak
semestinya tahu dengan terperinci cara untuk membuat biskut; namun, pengurus perlu
memastikan semua sumber yang telah diperuntukkan kepadanya termasuk sumber manusia
iaitu pekerja-pekerja di bawah kawalannya berfungsi dengan baik dan objektif organisasi
yang telah ditetapkan dapat dicapai secara cekap dan berkesan.

Pengurus boleh difahami melalui tiga cara iaitu pertama, melalui cara tradisi untuk
menganalisa tugas pengurus ialah dengan melihat fungsi-fungsi kerja yang dilakukan oleh
pengurus. Cara kedua ialah dengan melihat peranan pengurus dan cara ketiga ialah dengan
menganalisa kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pengurus.

Pengurus juga terlibat dalam beberapa aktiviti asas yang dikategorikan mengikut fungsifungsi pengurusan seperti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.
Pengurus perlu merancang untuk menentukan objektif yang perlu dicapai dalam jangka masa
tertentu dan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif tersebut. Semua peringkat
pengurusan dalam sesebuah organisasi perlu terlibat dalam proses perancangan ini. Para
pengurus perlu membangunkan objektif-objektif yang selaras dengan strategi keseluruhan
organisasi.

Selain itu, pengurus juga terlibat dalam pengorganisasian untuk menentukan tugas-tugas yang
perlu dibuat; siapa yang melaksanakan dan menyelaraskan tugas; bagaimana tugas
dikategorikan; siapa yang melaporkan dan kepada siapa; dan di mana keputusan perlu dibuat.
Pengurus perlu menyusun atur maklumat, sumber dan aliran kerja organisasi secara logik dan
berkesan agar pengurus mampu bertindak secara positif terhadap sebarang perubahan dalam
persekitaran perniagaan.
Disamping itu, pengurus juga terlibat dalam memimpin organisasi. Kepimpinan ini termasuk
memotivasikan pekerja bawahan; memilih saluran komunikasi yang paling efektif;
3

menangani konflik; dan mengarah serta membimbing orang lain dengan niat untuk mencapai
kesemua objektif organisasi. Pemimpin berkesan pada masa kini perlu berwawasan dalam
membayangkan masa hadapan, serta berkongsi wawasannya dengan pekerja lain dan
menggalakkan mereka untuk merealisasikan wawasan tersebut.

Tambahan pula, pengurus juga terlibat dalam aktiviti pengawalan. Pengurus perlu mengawal
untuk mengukur prestasi dalam semua objektif yang telah ditetapkan, memastikan sebabsebab penyimpangan berlaku dan mengambil tindakan yang sewajarnya apabila perlu.
Pengawalan merupakan satu fungsi yang penting dalam proses pengurusan kerana
pengawalan menyediakan kaedah atau cara bagi memastikan bahawa organisasi bergerak ke
arah pencapaian objektifnya.

1.1

Peranan Pengurus

Menurut Professor Henry Mintzberg, seorang profesor dalam pengurusan yang telah
menjalankan satu analisis terperinci tentang pengurus dengan cara berjalan di sekitar tempat
kerja dan memerhati pengurus membuat kerja. Beliau mendapati pengurus bukan sahaja
merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal tetapi memainkan peranan-peranan
penting lain seperti sebagai tunggak, pemimpin, pegawai perhubungan, jurucakap, perunding
dan pencetus idea (Lewis, P. S. et al; 2001).

1.1.1

Peranan sebagai Tunggak

Seorang pengurus perlu menjalankan tugas-tugas istiadat atau rasmi. Misalnya, naib canselor
sebuah universiti mesti terlibat dalam majlis pelancaran program di universiti. Begitu juga
ketua sebuah jabatan bertanggungjawab untuk melayan para pelanggannya.

1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin


Secara tidak langsung, seorang pengurus memainkan peranan sebagai seorang pemimpin.
Setiap pengurus berfungsi sebagai pemimpin dalam memberi motivasi dan semangat kepada
orang bawahannya. Pengurus juga harus memimpin ahli-ahli unitnya untuk melaksanakan
tugasan dengan berkesan ke arah mencapai matlamat unit dan juga organisasi, di samping
menyelesaikan masalah-masalah dan isu yang timbul di dalam organisasi.

1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan


Seorang pengurus turut berperanan untuk menyampaikan maklumat yang relevan kepada
pihak di luar unit dan juga di luar organisasi,atau dengan kata lain seseorang pengurus
berperanan sebagai saluran komunikasi di antara jabatannya dengan jabatan-jabatan
lain di dalam mahupun di luar organisasi. Sebagai contoh, seorang pengurus sumber manusia
mungkin menghubungi pengurus kewangan untuk menyemak dana yang diperuntukkan untuk
pengambilan pekerja baharu dalam organisasi sebelum pengambilan pekerja dimulakan.

1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap


Pengurus sesebuah organisasi lazimnya berperanan sebagai jurucakap. Sebagai contoh,
seorang penyelia akan memastikan pengurus operasi dibekalkan dengan maklumat terkini
tentang operasi pengeluaran kilang. Pada masa yang sama, pengurus besar sebuah kilang
akan melobi pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan tender yang baharu.

1.1.5 Peranan sebagai Perunding


Tiada organisasi yang bebas daripada sebarang masalah. Walaupun terdapat pelbagai
kerumitan, seorang pengurus harus mencari jalan keluar bagi setiap masalah yang timbul.
Oleh kerana seorang pengurus berperanan sebagai perunding, maka kebanyakan masanya
akan dihabiskan dalam perbincangan dengan kakitangan organisasi. Contohnya, seorang
pengurus akan berunding dengan wakil kesatuan pekerja untuk mencapai perjanjian secara
baik berkaitan gaji pekerja.

1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea


Dua pakar pengurusan, Sumantra Ghoshal dan Christopher Bartlett (Dessler, G; 2001),
menegaskan peranan tambahan pengurus adalah sebagai pencetus tindakan korporat dan
transformasi. Selain itu, seorang pengurus yang cemerlang adalah seseorang yang dapat
menyemai tiga proses yang membawa para pekerjanya ke arah mencapai inisiatif perubahan.
Proses-prosesnya adalah seperti berikut:

1.1.6.1 Proses Keusahawanan


Pengurus akan cuba memperbaiki prestasi unitnya dengan melancarkan program apabila
beliau mendapat idea yang bagus, agar ideanya itu boleh menjadi kenyataan. Penyelidikan
yang dijalankan di Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah menunjukkan bahawa seorang
pengurus yang berjaya adalah seorang yang menumpukan sepenuh masa dan tenaganya untuk
memupuk pekerja-pekerjanya supaya berfikir sebagai seorang usahawan. Untuk mencapai
objektif ini, pengurus perlu memberi kuasa, menyokong dan memberi insentif kepada para
pekerjanya untuk mencapai hala tuju mereka.

1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan


Dalam dunia yang berpusatkan teknologi, konglomerat perlu mengoptimakan kelebihannya
sebagai sebuah pertubuhan yang besar. Ia bukan sahaja perlu menggunakan sepenuhya
kelebihan-kelebihan dari segi skala ekonomi tetapi juga dari segi peningkatan pengetahuan
dan keupayaan para pekerjanya. Sebagai seorang pengurus yang berjaya akan mewujudkan
persekitaran

kondusif

yang

mendorong

pekerjanya

untuk

sanggup

menanggung

tanggungjawab tambahan. Dia juga memberi perhatian dalam menyediakan latihan dan
bimbingan yang diperlukan oleh pekerjanya untuk membina motivasi diri. Selain itu, seorang
pengurus yang berjaya akan memberi ruang kepada pekerjanya untuk membuat kesilapan
semasa latihan dijalankan. Pekerja tidak seharusnya gentar tentang hukuman bagi kesilapan
yang dilakukan, malah mereka digalakkan untuk belajar daripada kesilapan masing-masing.

1.1.6.3 Proses Reformasi


Seorang pengurus yang berjaya akan mengenal pasti keadaan yang mungkin menggugat
strategi organisasi dan andaian lain yang dibuat. Dengan kata lain, seorang pengurus mampu
menyemai sikap bertanya di kalangan subordinatnya. Antara soalan yang ditanya adalah
mengapa sesuatu itu dilakukan dalam cara tertentu dan sama ada terdapat alternatif lain untuk
membuat sesuatu.

2.0

Analisa artikel

Beberapa artikel yang membincangkan isu berkaitan peranan pengurus dan pengurusan telah
dipilih. Berdasarkan artikel yang dipilih, peranan pengurus di dalam sesebuah organisasi
telah dianalisa.

2.1

Artikel Pertama -The retail store managers role: Evidence from Greece

Rajah 1: Keratan artikel The retail store managers role: Evidence from Greece.
Berdasarkan keratan artikel rajah 1 di atas menunjukkan seorang pengurus stor mempunyai
empat kategori tanggungjawab iaitu menguruskan pekerja, mengawal kos, menguruskan dan
mempamerkan barangan dan menyediakan servis kepada pelanggan. Selain itu, pengurus stor
sebagai orang yang bertangungjawab dalam semua operasi di stor. Walau bagaimanapun,
menurut Ingram (2006), peranan pengurus stor berbeza-beza mengikut jenis operasi stor,
tetapi pengurus stor bukan sebagai pembuat keputusan. Pengurus stor lebih dikenali sebagai
koordinator stor berbanding pembuat keputusan. Peranan pengurus stor lebih kepada
boundary role antara peruncit dan pelanggan dan juga kepada jabatan-jabatan lain di dalam
organisasi tersebut.

Berdasarkan keratan artikel rajah 1, dapat dirumuskan bahawa pengurus stor ialah
koordinator stor dan perantara antara pelanggan dengan peruncit dan jabatan-jabatan lain di
dalam organisasi bukan sebagai pembuat keputusan. Dengan kata lain, pengurus stor
berperanan sebagai jurucakap atau pegawai hubungan seperti mana yang digariskan oleh
7

Lewis (2001). Oleh itu, seorang pengurus stor hendaklah seorang yang bijak dalam
berkomunikasi supaya informasi yang hendak disampaikan kepada pelanggan atau pekerja
dari jabatan-jabatan lain di dalam organisasi dapat disampaikan dengan baik, jelas dan
difahami. Sebagai contoh, pengurus stor memberi notis kepada para pelanggan tentang
kehabisan stok barang-barang tertentu. Pengurus stor hendaklahmenjadi pegawai hubungan
antara organisasi dan pelanggan untuk menyampaikan informasi tersebut dengan efektif,
cepat dan berkesan. Selain itu, pengurus stor juga merupakan jurucakap untuk pekerja
dibawah seliannya kepada jabatan-jabatan lain di dalam organisasi. Contohnya, pekerja
dibawah selianya mengalami kemalangan yang menyebabkannya terpaksa bercuti sakit.
Maka, pengurus bertanggungjawab menjadi jurucakap mewakili pekerjanya menyampaikan
maklumat tersebut kepada pekerja di jabatan-jabatan lain di dalam organisasi tersebut.

Selain itu, seorang pengurus stor juga berperanan sebagai pemimpin seperti yang digariskan
oleh Lewis (2001). Peranan sebagai pemimpin adalah penting bagi seorang pengurus stor
untuk menguruskan operasi harian di stor. Hal ini kerana, tanggungjawab asas seorang
pengurus stor adalah mengurus, mengawal dan merancang semua aktiviti atau operasi di stor
tersebut. Seorang pengurus stor hendaklah menunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin atau
ketua untuk mengetuai segala aktiviti atau operasi di stor tersebut supaya dihormati dan
dihargai oleh pekerja-pekerja lain di dalam organisasi mahupun para pelanggan. Sebagai
contoh, pengurus stor mestilah mengarah pekerjanya dan memastikan semua pekerja di
bawah seliannya menjalankan kerja dengan baik,mengikut peraturan dan telus. Pengurus stor
juga hendaklah menerima buah fikiran dan pendapat pekerja bawahannya untuk
meningkatkan prestasi organisasi.

Kesimpulannya, seorang pengurus stor perlulah memainkan peranan utama sebagai jurucakap
atau pegawai perhubungan dengan para pelanggan dan juga pekerja-pekerja dari jabatan lain
di dalam organisasi tersebut. Selain itu, pengurus stor berperanan sebagai pemimpin atau
ketua dalam menguruskan, merancang dan mengawal aktiviti dan opersi harian di stor.

2.2

Artikel Kedua - Roles of The External IT Project Manager

Rajah 2: Keratan artikel Role of External IT Project Manager.

Berdasarkan keratan artikel di rajah 2 di atas menunjukkan bahawa peranan utama pengurus
projek IT ialah mengurus projek individu sendiri. Walau bagaimanapun, pengurus projek IT
juga berperanan sebagai pengurus kewangan, pemangku penaja dan ketua profesion.
Kebiasaanya pengurus projek akan bertanggungjawab ke atas pengurusan akaun, disebabkan
oleh klien yang lebih senang berurusan dengan pengurus projek daripada berurusan dengan
pengurus akaun. Pengurus projek juga berperanan sebagai wakil kepada penaja jika penaja
projek tidak dapat hadir.

Berdasarkan keratan artikel di rajah 2, dapat dirumuskan bahawa pengurus projek IT


mempunyai peranan seperti mengurus projek yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, seorang
pengurus projek IT hendaklah seorang yang bijak dalam berkomunikasi supaya informasi
yang hendak disampaikan kepada pelanggan atau pekerja dari jabatan-jabatan lain di dalam
9

organisasi dapat disampaikan dengan baik, jelas dan difahami. Pengurus projek menjadi
pegawai hubungan antara organisasi, terutamanya pengurus akaun dengan pelanggan untuk
menyampaikan perkembangan terkini berkaiatan projek yang dijalankan. Hal ini kerana
pengurus projek yang selalu berurusan dengan pelanggan untuk berbincang hal-hal berkaitan
projek. Selain itu, pengurus projek juga menjadi pegawai perhubungan antara organisasi
dengan penaja. Sekiranya di dalam sesuatu majlis, penaja tidak dapat hadir, pengurus projek
vertanggungjawab menjadi pemangku penaja. Hal ini kerana, segala perbincangan tentang
projek bersama penaja adalah dihadiri bersama oleh pengurus projek. Oleh itu, pada masa
yang sama, pengurus projek juga berperanan sebagai perunding. Pengurus projek berunding
dengan pelanggan bagi pihak organisasi untuk hal-hal berkaitan dengan projek.

Selain itu, seorang pengurus projek IT juga berperanan sebagai pemimpin seperti yang
digariskan oleh Lewis (2001). Peranan sebagai pemimpin adalah penting bagi seorang
pengurus projek untuk menguruskan operasi harian di tapak projek. Hal ini kerana,
tanggungjawab asas seorang pengurus projek adalah mengurus, mengawal dan merancang
semua aktiviti atau operasi di tapak projek tersebut. Seorang pengurus projek hendaklah
menunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin atau ketua untuk memastikan segala aktiviti
atau operasi di tapak projek dilakukan mengikut jadual yang dirancang supaya projek dapat
disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Sebagai contoh, pengurus projek mestilah memantau
pekerjanya dan memastikan semua pekerja di bawah seliannya menjalankan kerja dengan
baik dan mengikut jadual yang ditetapkan. Pengurus projek juga bertanggungjawab ke atas
apa-apa insiden yang berlaku di tapak projek, sama ada ianya berlaku disebabkan oleh
kecuaian, ataupun pelan yang salah. Sebagai contoh, jika berlaku kemalangan seperti pekerja
merosakkan komponen IT, pengurus projek perlu bertanggungjawab atas kesalahan yang
dilakukan oleh pekerjanya, seterusnya mengambil tindakan seperti memecat pekerja atau
menggantikan peralatan IT yang baru.

Kesimpulannya, seorang pengurus projek IT perlulah memainkan peranan utama sebagai


pegawai perhubungan dengan para pelanggan disampinng mencari peluang projek baharu.
Selain itu, pengurus projek juga berperanan sebagai pemimpin atau ketua dalam
menguruskan, merancang dan mengawal aktiviti dan operasi harian di tapak projek.

10

2.3

Artikel Ketiga Role Diversity of City Managers

Rajah 3 Keratan Artikel Role Diversity of City Managers

Berdasarkan keratan artikel di rajah 3 di atas menunjukkan bahawa peranan utama pengurus
bandar ialah mencadangkan idea baru dan mempunyai kuasa untuk membuat sebarang
keputusan atau kelulusan tanpa melalui staf-staf lain. Selain itu, pengurus bandar juga
berkuasa untuk mengawal tindakan atau kelakuan pekerja-pekerja supaya mengikut disiplin
yang ditetapkan.

Berdasarkan keratan artikel di rajah 3, dapat dirumuskan bahawa pengurus bandar berperanan
untuk mencadangkan idea baru atau pencetus idea seperti yang digariskan oleh Lewis
(2001). Pengurus bandar perlu merangsang para pekerjanya dengan idea-idea yang bernas
untuk membangunkan bandar. Tambahan pula, dunia sekarang di era teknologi dunia hujung
jari, pengurus bandar perlulah melengkapkan pekerja-pekerjanya dengan keupayaan
teknologi supaya pembangunan bandar seiring dengan teknologi. Pengurus bandar juga perlu
melakukan kajian bersama para pekerjanya dengan melihat kepada cara sesebuah bandar di

11

kawasan lain dibangunkan, supaya dapat memperoleh idea, seterusnya melakukan sedikit
perubahan supaya bandar yang dirancangkan itu berada dalam keadaan sempurna.

Selain itu,

seorang pengurus bandar juga berperanan sebagai pemimpin seperti yang

digariskan oleh Lewis (2001). Peranan sebagai pemimpin adalah penting bagi seorang
pengurus bandar untuk mengurus pembangunan bandar dan mengawal pekerja-pekerja
dibawah seliannya. Sebagai contoh, pengurus bandar perlu memimpin para pekerjanya untuk
mencapai matlamat pembangunan bandar yang ditetapkan. Pengurus bandar juga perlu
memastikan bahawa para pekerjanya mematuhi prosedur dan syarat-syarat yang perlu mereka
patuhi ketika merancang sesebuah bandar. Pengurus bandar juga perlu berganding bahu
bersama pekerjanya melakukan kajian terperinci terhadap sesuatu pembangunan supaya tidak
mendatangkan kesulitan kepada orang ramai kelak. Sebagai contoh, pengurus bandar perlu
memastikan bahawa aliran trafik di dalam kawasan bandar yang ingin di bangunkan itu tidak
mendatangkan bahaya kepada orang ramai, dan juga mengelakkan kesesakan yang teruk di
dalam kawasan bandar tersebut. Pengurus bandar juga bertanggungjawab atas segala
perancangan yang telah dia bersama pekerjanya telah rancangkan, kerana jika sesuatu perkara
yang tidak diingini berlaku, maka pengurus bandar perlu mengkaji adakah perkara itu
berpunca daripada kesilapan semasa membuat perancangan atau ada faktor lain yang
mungkin tiada kaitan dengan apa yang telah di rancangkan.

Kesimpulannya, seorang pengurus bandar perlulah memainkan peranan utama sebagai


pencetus idea untuk meningkatkan keupayaan para pekerjanya supaya pembangunan bandar
seiring dengan teknologi. Selain itu, pengurus bandar berperanan sebagai pemimpin atau
ketua dalam menguruskan, merancang dan mengawal aktiviti dan operasi harian pejabat.
Pengurus bandar juga bertanggungjawab keatas setiap pelan yang dikeluarkan olehnya,
begitu juga dengan para pekerjanya, kerana jika sesuatu perkara yang tidak dingini berlaku
disebabkan oleh pelan yang dikeluarkan oleh pengurus bandar, maka pengurus bandar ini
perlu bertanggungjawab, seterusnya mengkaji apakah masalah yang membawa kepada
perkara itu berlaku.

12

3.0

Kesimpulan

Pengurus adalah seorang yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal aktiviti
sesebuah organisasi termasukla mengurus kewangan, pengurusan dan juga mengawal
pekerja. Pengurus merupakan seorang yang berkebolehan memimpin pekerja-pekerjanya
untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut Lewis (2001), terdapat enam peranan utama
pengurus iaitu sebagai tunggak, pemimpin, pegawai hubungan, jurucakap, perunding dan
pencetus idea. Terdapat juga peranan-peranan lain pengurus di dalam sesebuah organisasi,
tetapi enam peranan yang digariskan oleh Lewis ini merupakan peranan utama yang tidak
dapat dielakkan oleh seorang pengurus. Seorang pengurus mestilah memahami kesemua
peranan-peranan tersebut supaya boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
pengurus dengan baik.

(2510 patah perkataan)

4.0

Rujukan
1. The retail store managers role: Evidence from Greece. Int. Journal of Business
Science and Applied Management, Volume 8, Issue 1, 2013
2. Role Of The External IT Project Manager. Blaize Horner Reich And Chris Sauer.
Communications Of The ACM. Volume 53. No. 5 (2010)
3. Role Diversity of City Managers. GladysM.Kammerer

13

Anda mungkin juga menyukai