Anda di halaman 1dari 5

[penilaian sejarah]

940

CARA BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH YANG CEMERLANG SEJARAH BAHARU


CARA PENILAIAN TERHADAP JAWAPAN ESEI MATA PELAJARAN SEJARAH
SUKATAN BAHARU
TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR:
Tahap pencapaian pelajar atau calon STPM Baharu Mata Pelajaran Sejarah terbahagi kepada 5
tahap pencapaian iaitu berdasarkan kepada peruntukkan markah sebanyak 20 markah bagi setiap
soalan:

TAHAP PENCAPAIAN

MARKAH

Amat Cemerlang
Cemerlang
Baik
Lemah
Amat Lemah

18 - 20 markah
14 17 markah
10 13 markah
6 - 9 markah
0 - 5 markah

Jawapan pelajar akan dinilai melalui beberapa kriteria. Kriteria yang dinilai terbahagi kepada 3
bahagian iaitu:

KRITERIA

Pengetahuan Dan
Kefahaman
( Diperuntukkan markah
antara 1 hingga 8 )
1-2 markah amat lemah
2-3 markah lemah
4-5 markah baik
6-7 markah cemerlang
8 markah amat cemerlang

Taakulan
( Diperuntukkan markah
antara 0 hingga 6 )
0-2 markah amat lemah
2-3 markah lemah
3-4 markah baik
5 markah cemerlang
6 markah amat cemerlang

PERKARA YANG DIPERLUKAN UNTUK


MENDAPAT MARKAH KATEGORI
AMAT CEMERLANG

Mempunyai fakta iaitu pelajar perlu


menguasai kehendak soalan dengan meluas dan
mendalam. Ini bermakna pelajar perlu memahami
kehendak soalan dengan baik

Pelajar mestilah memberikan isi atau fakta


utama diikuti dengan isi sampingan atau
sokongan.

Pelajar mesti menghuraikan fakta dengan


kemas, tepat, relevan dan secara terperinci serta
mendalam.

Pelajar harus memaksimunkan kesilapan


fakta agar tidak mencacatkan ketepatan jawapan
pelajar. Ini bermakna pelajar dilarang sama sekali
mencipta fakta sendiri atau menulis jawapan
syok sendiri.

Pelajar mesti membina jawapan utama


secara logikal berdasarkan kepada kehendak
soalan dengan pengembangan idea yang baik.

Penghuraian isi atau fakta mesti disertakan


dengan banyak contoh yang relevan.

Cikgu Aina Jaafar/SMKMP

[penilaian sejarah]

Komunikasi
( Diperuntukkan markah
antara 0 hingga 6 )
0-2 markah amat lemah
2-3 markah lemah
3-4 markah baik
5 markah cemerlang
6 markah amat cemerlang

940

Susunan fakta amat logikal atau tersusun,


analitikal, teratur dan sesuai dengan kehendak
soalan yang ditanya.

Penyampaian fakta-fakta utama dalam


jawapan mempunyai perkaitan antara satu fakta
dengan fakta yang lain.

Penulisan jawapan pelajar juga terfokus


kepada kehendak soalan secara mendalam.

Pelajar juga perlu membuat rumusan dan


kesimpulan yang mantap berdasarkan soalan yang
ditanya.

**** Ini bermakna sekiranya pelajar menulis jawapan dengan tidak mengikut kehendak soalan dan
jawapan yang terlalu umum atau longgar akan memberi padah kepada pelajar iaitu akan mendapat
markah yang lemah atau amat lemah

Cikgu Aina Jaafar/SMKMP

[penilaian sejarah]

940

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sini dinyatakan satu panduan yang berguna pada calon Kertas Sejarah, agar esei yang ditulis
menepati kehendak dari segi format menjawab. Jawapan mestilah mengikut kehendak oleh soalan.
Tuliskan sebanyak mungkin isi yang diingati agar calon lebih selamat. Jangan sesekali tidak cuba
menjawab. Gunakan kaedah pertanyaan 5W 1H untuk mencungkil idea. Sentiasa wujudkan
persoalan dalam kepala calon agar calon dapat menulis jawapannya.
Cara Menulis Esei Yang Baik.
A.

CIRI-CIRI PENDAHULUAN
1. Perenggan Pertama
2. Bukan Kehendak Soalan/Isi
3. Pengertian Kepada Konsep
4. Latar Belakang Kawasan
5. Latar Belakang Kepada Tema

B. ISI:
Isi yang hendak ditulis mestilah mengandungi IHC iaitu Fakta + Huraian + Contoh
FAKTA:
1. Bilangan fakta bergantung kepada kehendak soalan tu.
2. Satu soalan: biasanya perlu ada 7 isi (Jika ada lebih, tulis semua lebih selamat kerana selagi markah isi belum
mencapai jumlah maksimum, anda akan dapat markah setiap isi yang ditulis)
3. Lebih daripada satu bahagian: Perlu pertimbangkan kepentingan bahagian. (Contoh: Kalau soalan hendak
konsep dan faktor, tentulah markah faktor lebih banyak daripada konsep)
4. Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh
5. Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan
HURAIAN:
1. Menjadi penerangan kepada fakta
2. Soalan yang boleh mendorong kepada huraian ialah mengapa/ kenapa/ bagaimana/ apakah implikasi/
kesannya (Kaedah 5W 1H)
3. Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian
CONTOH:
1. Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
2. Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
i.
Bila (tarikh, tahun, abad)
ii.
Siapa (nama, kaum,)
iii. Di mana (tempat)
iv. Banyak mana (kadar, bilangan)
v.
Apa ( peristiwa )
C. KESIMPULAN:
1. Apa sahaja yang berkaitan.
2. Tidak mengulangi pernyataan soalan
3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi
Peringatan:

Cikgu Aina Jaafar/SMKMP

[penilaian sejarah]

940

Jangan sesekali calon tidak menulis Pendahuluan dan Kesimpulan, kerana kedua-dua bahagian ini
membantu mendapatkan markah untuk aspek komunikasi

Petua untuk membantu pelajar dalam peperiksaan:


Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam,
pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan
sepanjang masa peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam
keadaan menegak.
Preview soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tandai
kata-kata kunci dan putuskan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan.
Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda
membaca soalan, catat juga idea-idea yang muncul yang akan mungkin akan digunakan sebagai
jawapan
Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai
markah banyak.Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:

Cikgu Aina Jaafar/SMKMP

[penilaian sejarah]

soalan paling sukar,

yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,

tetapi mempunyai markah sedikit.

940

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan
untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang ingin anda tulis. Kemudian susun isi-isi itu
mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama.
Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk
membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas,
contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk
cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda
telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur
bahasa dan tanda baca.
Analisa jawapan anda. Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk
peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana
yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk
peperiksaan akhir.
Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami
apa yang telah anda pelajari.Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran
anda.Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda sendiri akan mempengaruhi anda
dalam peperiksaan

Cikgu Aina Jaafar/SMKMP