Anda di halaman 1dari 77

AHLI KUMPULAN:

Wan Nor Amira Fateen binti Wan Ahmad Fu-ad


Faten Nadiah binti Mohd Fauzi
Fatin Izzati binti Hussin Pakri
Siti Nur Athirah binti Mazlan
Norsyuhada binti Suhaime
Siti Suraya binti Ismail
PISMP SEMESTER 1, PSV (2011)
NAMA PENSYARAH: TUAN HJ. NAZLI BIN HAMZAH
6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

Definisi Lukisan
Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja
antaranya:
Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah Drawing yang asalnya
dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan to draw adalah dari
perkataan Old English iaitu dragan yang bermaksud to drag dan aktiviti
yang berhubung dan tubuh badan.
salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus yang
dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya,
bayang, jalinan dengan menggunakan media kering.
Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual & spiritual
manusia. Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati
& perasaan pelukis masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk
berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.

Definisi Lukisan
Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat
(spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai
penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan akan mengikatkan kita
dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.
Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang

pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan


di atas permukaan untuk dijadikan bahan dokumentasi.
Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan
dengan keperluan psikologi, sejarah dan artistik ini terbukti bahawa
pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya
visualisasi, daya emosi dan daya estetika.

Melukis merupakan satu daripada medium


yang cepat bagi meluahkan apa yang tercetus
dalam diri, sama ada kita berinteraksi dengan
sesuatu yang berada di dunia tampak (luaran)
atau dunia imaginasi (dalaman). Selain itu

lukisan juga sebagai alat komunikasi idea serta


data menyimpan memori pelukis bagi
penghasilan karya terbaik dalam media
pilihan.

Kepentingan Lukisan
Menurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat

kepentingan lukisan, antaranya ialah:


untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu
peristiwa yang sebenar

untuk merakamkan sesuatu peristiwa


sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik)
sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk
menghasilkan satu karya yang terbaik.

KONSEP LUKISAN
FIGURATIF DAN NON
FIGURATIF

Lukisan Figuratif

Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh


manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami
anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis
figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar
bandingan adalah perkara yang menentukan
keindahan dalam karya lukisan figuratif.

Seni figuratif merujuk kepada apa-apa bentuk seni yang jelas


merupakan satu imej dari dunia sebenar. Seni figuratif, bermula
pada zaman kuno dan biasanya merujuk kepada seni yang
mempunyai rangka manusia atau rangka haiwan sebagai subjek.
Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan
kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat
pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan
yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan
aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.

Elemen yang perlu yang perlu diberi keutamaan utk


melukis lukisan figuratif.
1. Model anatomi penggunaan bahan dan pemilihan sudut
melukis.
2. Ciri - ciri penting lukisan perspektif.
3. Penggunaan titik tetap dan garisan memancar
4. Objek yang dilukis menampakkan ruang dimensi
5. Baseline adalah pemisah ruang atas dan bawah sesebuah
gambar

NON FIGURATIF
Non figuratif adalah lawan kepada figuratif,
iaitu gambar atau motif yang dilukis tanpa
berfokus apa apa seperti abstrak . Tetapi
ianya hanya penyusunan bidang, garis atau
titik yang membentuk motif-motif yang
bersifat geometri

Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa


yang tidak mengandungi unsur figura atau
bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya,
sebagai contoh, gaya abstrak yang hanya berfokus
pada permainan atau penonjolan warna
belaka. Lukisan bentuk non figuratif
(abstrak), ialah objek yang dilukis tidak terikat
dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.

CONTOH KARYA
NON FIGURATIF

6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

20

LUKISAN ARKITEKTURAL
Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk
bangunan dikenali sebagai arkitek.
Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari
segi ukuran dan bentuk.
Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen
reka bentuk arkitek.
Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan
bangunan.

Ianya digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa


tujuan antaranya:
membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan
sebagai proposal,
menghubungkan idea dan konsep rekaan,
memberi keyakinan kepada pelanggan tentang
manfaat dan kebaikan rekaan,
untuk membolehkan kontraktor bangunan
memahami rekabentuk bangunan yang hendak
dibina,
sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,
sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah
wujud.

Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa


persetujuan, antaranya ialah diagram, umumnya sebagai skala,
ditunjukkan dari pandangan atas yang memperlihatkan perkaitan
setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam sesuatu
struktur.
Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan
dakwat atas kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang
dilakukan dengan melakar semula dengan tangan.

Abad ke-20 memperlihatkan satu anjakan iaitu melukis pelan


menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan
dengan lebih cekap.
Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam
kaedah merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal.
Melukis secara manual merupakan kaedah lama dan ketinggalan.
Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan menggunakan perisianperisian seperti Autocad (CAD), 3dsmax, Adobe Photoshop.

Lukisan Teknikal
Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan
dengan saintifik.
Dikenali juga sebagai merangka atau melukis yang
memerlukan kemahiran dalam matematik
kerana keperluan untuk melukis dengan kadar
banding yang tepat.
Sesuatu lakaran rangka yang secara visual
memberi informasi tentang bagaimana ia
berfungsi atau cara ia dibina.

Lukisan Teknikal
Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal,
seseorang perlu menggunakan piawaian teknikal
iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim,
perspektif, unit-unit ukuran, sistem-sistem
tatatanda, gaya visual, atau susunan.
Ini memudahkan pelukis teknikal dapat
memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan
lebih ringkas dan mudah. Kelaziman sedemikian
membentuk satu bahasa visual yang
membolehkan lukisan mudah untuk difahami.

Lukisan Teknikal
Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang
jelas terutama dalam menyediakan
dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang
dirangka. Peranan ini membezakan lukisan
teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak.
Apabila mentafsir lukisan-lukisan artistik,
tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai
namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai
satu makna yang hendak disampaikan.

6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

34

6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

35

Satu paparan visual yang dipersembahkan


sama ada dalam bentuk lukisan, gambar
foto atau karya seni lain untuk menjelaskan
maklumat (seperti sebuah cerita, sajak atau
rencana akhbar) melalui satu persembahan
visual dalam bentuk grafik.

Menerangkan atau menghiasi suatu cerita,


tulisan, puisi, atau informasi tertulis
lainnya. Diharapkan dengan bantuan visual,
tulisan tersebut lebih mudah dicerna.
Ilustrasi dapat memperjelas teks atau
ungkapan terutama bagi kanak-kanak yang
belum mampu membaca.

KONSEP

ILUSTRASI
Merupakan bentuk visual dari teks atau
ungkapan. Dengan menggambarkan suatu
adegan dalam sebuah cerita, ianya dapat
menerangkan secara umum karakter atau
keseluruhan isi cerita. Selain itu, ilustrasi
berfungsi untuk menarik pembaca agar
tertarik untuk membaca cerita.
6/18/2013

Sebuah ilustrasi yang dipaparkan dalam


sebuah majalah berfungsi sebagai
pendukung estetik dari sebuah cerita.
Selain fungsi tersebut, ilustrasi juga dapat
mewakili perwatakan cerita yang
ditampilkan, ada korelasi antara visual dan
latar belakang cerita.

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

36

Ilustrasi adalah hasil visualisasi dari


suatu tulisan dengan teknik drawing,
lukisan, fotografi, atau teknik seni rupa
lainnya yang lebih menekankan
hubungan subjek dengan tulisan yang
dimaksud daripada bentuk.

"Ilustrasi gambar adalah gambaran


singkat alur cerita suatu cerita guna
lebih menjelaskan salah satu adegan"
(Kusmiyati,1999:46). Secara umum
ilustrasi selalu dikaitkan dengan
menjelaskan sebuah cerita.

KONSEP

ILUSTRASI
Gambar ilustrasi adalah gambar atau
bentuk visual lain yang menyertai
suatu teks, tujuan utama dari ilustrasi
adalah memperjelas naskah atau
tulisan di mana ilustrasi itu
dikumpulkan (Ensiclopedia
Americana,1990,No;14:787).
6/18/2013

Dengan demikian, gambar ilustrasi


adalah gambar yang bercerita yang
memiliki tema sesuai dengan tema isi
cerita tersebut.

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

37

Menurut Baldinger (1986:120), ilustrasi adalah seni


membuat gambar yang berfungsi untuk memperjelas
dan menerangkan naskah.
Seorang ilustrator harus
menguasai anatomi tubuh
manusia, binatang, dan
bentuk-bentuk benda lainnya
secara benar, dan dapat
mengatur komposisi yang
baik, memiliki gaya atau ciri
yang khas agar ilustrasinya
menarik, dan menguasai
teknik menggambar.

Menurut Jan D. White


(1982:110) ilustrasi adalah
sebuah tanda yang tampak
di atas kertas, yang mampu
mengkomunikasikan
permasalahan tanpa
menggunakan kata.

Ia dapat menggambarkan suasana,


seseorang, dan bahkan objek tertentu agar
dapat menarik penggambaran suasana yang
dapat membawa pembacanya ke alam cerita.
Kemahiran ini tentunya memerlukan
ketajaman minda dari seorang ilustrator.
6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

38

Fungsi khusus ilustrasi antara lain:

Ilustrasi berfungsi untuk

Memberikan bayangan setiap


karakter di dalam cerita
Memberikan bayangan bentuk alatalat yang digunakan di dalam tulisan
ilmiah
Memberikan bayangan langkah kerja
Mengkomunikasikan cerita.
Menghubungkan tulisan dengan
kreativiti dan individualisasi manusia.
Memberikan humor-humor tertentu
untuk mengurangi rasa bosan.
Dapat menerangkan konsep.

6/18/2013

Menarik perhatian.
Merangsang minat pembaca
terhadap keseluruhan pesan.
Menonjolkan keistimewaan daripada
produk
Memenangkan persaingan
Menciptakan suasana khas
dramatisasi pesan.
Menonjolkan suatu semboyan dan
mendukung judul iklan.

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

39

Bentuk ilustrasi awal telah digunakan di dalam kerajaan purba Mesir


dalam bentuk gulungan daun papyrus dan kertas kulit. Ciri khas ilustrasi
tersebut berupa dekorasi naskah dengan pewarnaan, dan gambar dengan
hiasan tepi bersalut emas. Konsep ilustrasi juga awal juga dapat ditinjau
kembali ke zaman silam melalui lukisan dinding prasejarah dan konsep
tulisan hieroglyph.
Ilustrasi awal tamadun Mesir menggunakan warna dan kertas yang
diperbuat dari papyrus.

Ilustrasi awal tamadun Mesir


menggunakan warna dan kertas yang
diperbuat dari papyrus

6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

40

Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen


yang tinggi dalam penghasilan ilustrasi. Albert Durer, Hans Burgkmair,
Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran. Pada kurun ke 17,
dengan diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus berkembang meliputi
pelbagai aspek dan subjek.

Young Hare Albrecht Drer,1502

6/18/2013

Lion resting - Rembrandt 1652

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

41

Will Murai berasal berasal


dari Sao Paulo, Brazil. Pada
mulanya, dia hanya
menggunakan pencil dan
kertas dan menghabiskan
berjam-jam untuk
menghasilkan sebuah seni.
Setelah memperolehi
kelulusan dalam bidang
Pereka Grafik, Will Murai
mempunyai beberapa
bidang kerja antaranya
dalam buku komik,
pengiklanan, infografik,
internet dan game.
6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

42

6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

43

6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

44

6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

45

6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

46

6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

47

6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

48

CARTA

Media visual bukan tayangan


seperti carta telah digunakan untuk
menunjukkan sesuatu idea atau
konsep dengan cara visual.
Carta didapati amat penting,
terutama dalam menerangkan
sesuatu konsep atau idea.
Penerangan sesuatu idea atau
konsep secara lisan sahaja tentu
tidak memuaskan dan kurang daya
tarikan.

Carta yang dianggap efektif adalah carta yang berjaya


menggabungkan pelbagai jenis visual seperti gambar,
lukisan, kartun, graf, gambar rajah dan bentuk bentuk
garisan.
Ada pelbagai jenis carta, diantaranya
ialah carta aliran, carta pohon, carta
jadual, carta masa dan lain lain.
Dalam membuat pemilihan jenis jenis
carta, guru haruslah memilih yang
sesuai untuk tujuan pengajaran. Carta
carta yang biasa digunakan dalam
pengajaran ialah carta pohon, carta
aliran, carta jadual dan carta
pengalaman.

CONTOH-CONTOH CARTA

GRAF

Dengan berpandukan graf,


pelajar dapat memahami
sesuatu dengan hanya melihat
tanpa memerlukan penjelasan
yang terperinci daripada guru.
-graf mengandungi hanya
maklumat penting yang perlu
diketahui oleh pelajar.
Graf amat sesuai digunakan
untuk mata pelajaran berkaitan
statistik dan matematik. -graf
tidak memerlukan huraian
dengan ayat yang banyak.
Hanya isi-isi penting sahaja
yang ditulis di dalam graf.

CONTOH-CONTOH GRAF

RAJAH

Gambar rajah mengandungi gambar


berserta label.
Gambar rajah sesuai digunakan untuk
pelajar di peringkat rendah kerana pelajar
mendapat visual atau gambaran tentang
sesuatu perkara berserta huraian dalam
masa yang sama.
Penggunaan gambar rajah dapat
meningkatkan kefahaman pelajar. Selain
itu, penggunaan gambar rajah amat sesuai
untuk mata pelajaran yang mengandungi
konsep yang konkrit serta memerlukan
huraian terperinci contohnya biologi dan
kajian tempatan.

CONTOH-CONTOH RAJAH

6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

63

ILUSTRASI FESYEN
Salah satu daripada keperluan asas manusia ialah
pakaian selain daripada makanan dan tempat
tinggal. Tujuan manusia berpakaian adalah untuk
menutup tubuh badan yang berfungsi sebagai
pelindung dari cuaca, penyakit, haiwan dan lainlain.
Rekabentuk dan stail pakaian berubah dari satu
abad ke satu abad yang lain mengikut adat dan
budaya sesetengah masyarakat. Pakaian juga
digunakan bagi menunjukkan personaliti
seseorang kerana setiap orang mempunyai
citarasa yang berbeza.

Rekabentuk dan stail pakaian


berubah dari satu abad ke satu abad
yang lain mengikut adat dan budaya
sesetengah masyarakat. Pakaian
juga digunakan bagi menunjukkan
personaliti seseorang kerana setiap
orang mempunyai citarasa yang
berbeza.
Pengetahuan tentang evolusi
berpakaian adalah penting untuk
kita mengetahui asal-usul pakaian
yang dipakai sekarang. Terdapat tiga
aspek mengapa manusia perlu
berpakaian, iaitu aspek fisiologi,
aspek psikologi dan aspek sosiologi.

Ilustrasi fesyen popular sejak 1920an


untuk menggambarkan pakaian semasa.
illustrasi jenis ini ketika itu tidak
mementingkan figuratif dan lebih
bertumpu kepada kehalusan dan
ketelitian rekaan fesyen. Ilustrasi fesyen
moden lebih bergaya. Ketelitian diberi
kepada posisi tubuh figura untuk memberi
kesan visual yang unggul pada rekaan
pakaian.
Ilustrasi fesyen juga mengaplikasikan
pelbagai alat, bahan, media, dan teknik
selain daripada pensel, pen, dakwat yang
digunakan pada peringkat awal. terdapat
juga ilustrasi bagi fesyen rambut, kasut,
dan sebagainya.

Ilustrasi fesyen adalah seni yang unik. Pembuatanya


memerlukan keseimbangan antara gambar dan perincian
pakaian yang realistik. Inilah sebabnya mengapa ilustrasi
fesyen termasuk keterampilan yang kurang dikuasai.
Salah satu bidang kerjaya yang memerlukan kreativiti
seseorang individu itu ialah bidang seni reka fesyen. Dunia
bidang fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan
masa. Pada hari ini kita boleh lihat pelbagai jenis fesyen
direka bentuk dan dicipta.
Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi ajaran
monopoli kaum wanita, sebaliknya boleh diceburi oleh kaum
lelaki juga. Ramai juga pereka fesyen lelaki yang terkenal dan
berjaya, dalam dunia rekaan fesyen masa kini sama ada di
Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

PERSPEKTIF
Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila
objek tersebut dilihat pada jarak jauh. Dalam konteks seni, proses
tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton warna kanan
mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang
mengikut ktentuan pelukis. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid
digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3
cara iaitu :-

1. Perspektif 1 titik lenyap

2. Perspektif 2 titik lenyap

3. Perspektif 3 titik lenyap

RUANG dan PERSPEKTIF


DEFINISI RUANG
Ruang ialah jarak dua objek yang menjadikan kawasan di antara objek
itu satu keluasan dan kelebaran saiz. Konsep ruang memainkan peranan
yang amat penting dalam seni grafik, reka bentuk hiasan dalaman dan
reka bentuk seni bina. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang terbuka
(ruang konkrit) dan ruang ilusi (ruang tampak).
Ruang Terbuka (Ruang Konkrit)
Ruang sebenar yang wujud pada persekitaran seperti bangunan, alam
ciptaan ALLAH S.W.T, kenderaan dan lanskap persekitaran.

Ruang Ilusi (Ruang Tampak)


Ruang yang dihasilkan oleh pengkarya seni dalam sesebuah karya dua
dimensi berupa lukisan atau catan, model reka bentuk industri
serta model reka bentuk hiasan dalam dan luar bangunan.

KONSEP RUANG DALAM KARYA SENI


Ruang Dalam
Ruang yang dipersembahkan dalam karya yang memperlihatkan keluasan
dari segi saiz dan jarak.
Konsep ruang dalam ini mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap
yang terbahagi kepada tiga jenis perspektif. (Perspektif satu titik lenyap,
Perspektif dua titik lenyap dan Perspektif tiga titik lenyap).
Selalunya pelukis menghasilkan ruang dalam dalam karya mereka akan
memilih tema pemandangan dan lukisan alam.
Ruang dalam ini akan mempamerkan pembahagian ruang hadapan,ruang
tengah dan ruang belakang. Sejajar dengan itu ton warna, jalinan dan
komposisi setiap objek akan serentak menjadi penting untuk
menunjukkan konsep ruang.

Ruang Cetek
Ruang yang kelihatan dekat. Kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai keluasan
atau kedudukan perspektif titik lenyap yang jelas.
Pelukis menghasilkan ruang cetek dalam karya akan memilih tema lukisan atau catan
potret dan karya abstrak yang tidak menunjukkan konsep ruang.

Ruang Rata
Ruang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak
menunjukkan kedudukan dalaman.
Konsep ruang rata ini boleh dilihat dari hasil logo, corak dan karya
abstrak.
Ciri-ciri ruang rata adalah bersifat mendatar dan tidak ada ruang
perspektif.

HUBUNGAN RUANG DAN WARNA


Perspektif warna dapat menimbulkan ilusi jarak dan ruang.
Dalam catan pemandangan, kawasan atau objek diwarnakan
dengan warna yang lebih gelap dan dilukis dengan lebih jelas
dan teliti.
Kawasan atau objek yang jauh pula diwarnakan dengan warna
terang, pudar dan lembut untuk menonjolkan konsep ruang
dalam catan.
Nilai ton warna akan memperlihatkan kesan ilusi ruang
bergerak sama ada keluar atau ke dalam mengikut cahaya yang
diwujudkan melaluinya.
HUBUNGAN RUANG DAN BENTUK
Saiz bentuk yang berturutan dari besar ke kecil dan sebaliknya
akan memberi impak ruang yang nyata. Maka konsep ruang
terbuka akan lebih berjaya ditonjolkan.

http://psv3.blogspot.com/p/ilustrasi.html
http://mbagiilmu.blogspot.com/2011/11/apaitu-ilustrasi.html
http://www.sukacuka.com/2013/05/40ilustrasi-dan-konsep-seni-oleh-will-murai/
http://psv3.blogspot.com/2012/07/lukisan.ht
ml
http://unforgettableart.blogspot.com/search/l
abel/3d%20and%20architectural%20works
6/18/2013

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

77