Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN INDIVIDU

Inovasi dan perubahan dalam pendidikan berlaku dalam keadaan dirancang


atau tidak dirancang.

Hal ini berlaku adalah kerana perubahan sistem

kehidupan manusia sejagat.

Suka atau tidak para pendidik dan seluruh

sistem pendidikan terpaksa berhadapan dengan perubahan positif ini.


Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa perubahan dan inovasi dalam dunia
pendidikan ini menggambarkan yang sistem pendidikan negara adalah
dinamik dan apakah persediaan diri guru untuk mengharunginya.

Berkata mengenai inovasi pasti kita akan terfikir mengenai perubahan


sesuatu benda menjadi sesuatu yang berlainan daripada asalnya. Sebagai contoh,
pengeluar kereta negara iaitu Proton telah melancarkan sebuah kereta pertama
buatan Malaysia iaitu Proton Saga pada tahun 1985. Namun adakah Proton tetap
mengeluarkan kereta pada model yang sama sejak dahulu lagi?

Jawapannya

adalah tidak. Ini kerana Proton telah mengeluarkan pelbagai model kereta seperti
Wira, Satria, Waja dan sebagainya. Selari dengan pengeluaran model-model kereta
yang terbaru itu adalah menghasilkan suatu perubahan daripada segi kekuatan
enjinnya, aksesori pada kereta, kadar keselamatan pada kereta dan lain-lain lagi.
Inilah yang dinamakan sebagai inovasi. Begitu juga yang berlaku pada syarikatsyarikat pengeluar yang lain meliputi bidang permotoran, komunikasi dan teknologi.
Inovasi dan perubahan sangat penting dalam meliputi kehidupan orang
ramai selari dengan perkembangan zaman yang begitu pesat sekarang.

Jika

dahulu orang ramai tidak memakai telefon bimbit hanya sekadar memakai telefon
rumah dan awam,

namun sejajar

dengan perkembangan pesat meliputi

sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik telah membuatkan orang ramai mampu


memiliki telefon bimbit sebagai suatu keperluan.

Kita perlu berasa bersyukur

kepada orang-orang tertentu yang telah mengerah keringat dan memerah otak
membuat suatu inovasi dan perubahan dalam bidang-bidang yang berkaitan. Boleh
dikatakan pada masa sekarang, pelbagai inovasi dan perubahan telah dilakukan
sehinggakan ia hanya mengambil masa selama beberapa minggu sahaja. Oleh itu,
ia menjadi suatu perlumbaan kepada para pencipta inovasi dan perubahan dalam
mengetengahkan idea dan konsep suatu inovasi dan perubahan yang dicadangkan.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Sebelum kita pergi ke

perkara-perkara yang lebih mendalam, mari kita mendalami apakah makna di


sebalik perkataan inovasi atau lebih dikenali sebagai perubahan. Kamus Dewan
edisi keempat mendefiniskan perkataan inovasi sebagai sesuatu yang baru
diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga
merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan
sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan inovasi ialah
inovatif yang bererti bersifat inovasi.

Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi

mengada atau memulakan sesuatu yang baru (Zainal bin Haji Bujang, 2008).
Menurut Ronger E. Miller (1971) mengatakan bahawa inovasi merupakan
idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Menurut Spencer
(1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik
daripada yang lama oleh seseorang individu. Dalam Glosari Teknologi Pendidikan
(1995) pula merujuk inovasi sebagai reka, konsep atau strategi baru yang boleh
mempertingkatkan sesuatu amalan. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya
pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud
pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya
tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa
tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi
ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang
menggunakannya. Menurut Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi
ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.

Damapour

(1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan


idea baru pada organisasi.
Sebagai rumusannya, dapatlah kita mengetahui daripada pengertian istilah
inovasi tersebut dapat disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh
diterangkan sebagai kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan

yang

lebih

baik

sama

ada

melalui

pengubahsuaian

atau

penambahbaikan. Ia juga adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif
dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
organisasi. Selain itu, idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam
bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan
teknologi. Secara ringkas, dapatlah diterangkan maksud inovasi melalui rajah di
bawah :-

Merupakan
penghasilan baru.

Berbentuk maujud
dan mujarad.

Berdasarkan proses
penyusunan
semula.

Dengan
menggunakan
unsur yang sedia
ada.

Terjelma sebagai
unik, memudahkan
dan bernilai.

Perubahan dan inovasi juga bukan sahaja berlaku dalam bidang-bidang


yang dinyatakan sebelum ini, malah ia juga berlaku dalam bidang pendidikan. Kita
boleh melihat sejak zaman-berzaman lagi dunia pendidikan di negara ini telah
mengalami perkembangan daripada segi inovasi dan perubahan yang begitu
mendadak. Inovasi dan perubahan yang telah dilakukan dalam bidang pendidikan
meliputi banyak perkara bermula daripada segi perlaksanaan kurikulum sehingga
kepada proses berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
bersetuju

bahawa

perubahan

dan

inovasi

dalam

dunia

Sejujurnya saya
pendidikan

ini

menggambarkan yang sistem pendidikan negara adalah dinamik. Dinamik yang


dimaksudkan adalah sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam
institusi

pendidikan

di

negara

mempunyai

perlaksanaan, kepenggunaan dan penghayatan.

kepelbagaian

daripada

segi

Ia juga membawa maksud

kepelbagaian sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran


itu berlaku.

Perubahan dan inovasi dalam pendidikan telah memberikan banyak faedah


dan kebaikan kepada pendidik, orang yang dididik iaitu pelajar atau murid dan
bidang pendidikan itu sendiri. Di sini saya sertakan rajah yang memberi gambaran
awal mengenai faedah dan kebaikan inovasi dan perubahan dalam dunia
pendidikan :-

Menghasilkan produk atau


perkhidmatan baru bagi para
pengguna dengan teknologi
sebagai terasnya.

Menginstitusikan idea baru


yang lebih mantap dan
berkesan khusus untuk
perkembangan dan
pembangunan pendidikan

Memastikan amalan terkini


diguna pakai selaras dengan
dapatan penyelidikan kerana
melaluinya pelbagai isu dan
permasalahan dapat
dicungkil seterusnya
tindakan penambahbaikan
dapat dilaksanakan.

Melahirkan citra masyarakat


dan negara yang kreatif.

Inovasi dan perubahan dalam pendidikan telah membawa banyak kebaikan


kepada dunia pendidikan khususnya.

Antara kebaikannya adalah menghasilkan

produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai
terasnya.

Seperti sedia maklum, teknologi dan inovasi merupakan dua perkara

yang tidak boleh dipisahkan. Masing-masing bergerak selari seiring perkembangan


masa dan keperluan manusia sejagat. Dalam dunia pendidikan, pelbagai inovasi
telah dilaksanakan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi terutama
dalam bidang pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain lagi.
Inovasi yang berlaku dalam bidang pentadbiran adalah mengenai pengurusan data
murid-murid meliputi bidang kokurikulum, kurikulum dan perkara berkaitan hal-ehwal
murid dimasukkan dalam sebuah perisian pengumpulan data seperti Microsoft
Excel. Selain itu, kebanyakan pejabat di sekolah sudah menggunakan kad perakam
waktu atau punch card bagi memastikan kehadiran guru dan staf ke sekolah. Ada
sesetengah sekolah yang menggunakan sejenis perisian yang dapat menanda
4

kehadiran guru seterusnya boleh dilakukan terus analisis kehadiran guru dan staf ke
sekolah.
Selain itu, kebaikan kedua adalah menginstitusi idea baru yang lebih mantap
dan berkesan khusus untuk perkembangan dan pembangunan pendidikan. Jika
disoroti sejarah perkembangan pendidikan di negara ini, kita dapat mengetahui
bahawa segala perkembangan ini bermula dengan penjelmaan idea-idea baru bagi
memantapkan lagi bidang pendidikan di Malaysia. Bermula tahun 1980-an dengan
pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Menengah (KBSR dan KBSM)
telah mengalami pelbagai penambahbaikan sehingga perlaksanaannya diganti
dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah/Menengah (KSSR dan KSSM) yang
mana kurikulum ini lebih holistik dan bersifat lebih syumul demi kebaikan guru dan
murid.

Selain kurikulum, perkara berkaitan permantapan idea baru dalam

pembangunan pendidikan boleh dilihat melalui sistem penilaian di negara ini. Bagi
menilai dan mentaksir keupayaan murid dalam pengetahuan mengenai subjek yang
diajar telah dilaksanakan pelbagai bentuk peperiksaan dan ujian seperti UPSR,
PMR, SPM dan STPM. Mulai pembentukan KSSR dan KSSM telah mempengaruhi
sistem penilaian dan pentaksiran iaitu perlaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah
(PBS) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk menggantikan peperiksaan
PMR.
Seterusnya adalah kebaikan ketiga inovasi dan perubahan dalam pendidikan
iaitu memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan
kerana melaluinya pelbagai isu dan permasalahan dapat dicungkil seterusnya
tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan.

Apa ingin dimaksudkan adalah

sesuatu inovasi itu tidak wujud melainkan terdapat isu dan permasalahan yang
berlaku dalam

sesuatu perkara.

Oleh sebab itu, para pendidik digalakkan

menjalankan kajian dan penyelidikan bagi merungkai sesuatu isu dan permasalahan
yang berlaku dalam dunia pendidikan. Kebanyakan penyelidikan yang dijalankan
meliputi bidang pengajaran dan pembelajaran seperti masalah pembelajaran
meliputi membaca, mengira dan menulis dan terdapat juga dalam bidang-bidang
lain seperti tingkah laku, pengurusan dan lain-lain. Sebagai contoh, seorang guru
menjalankan

penyelidikan

mengenai

keberkesanan

penggunaan

teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek
tertentu. Melalui dapatan penyelidikan tersebut dapat dibuat penilaian sama ada
kaedah tradisional atau moden yang lebih berkesan dalam pemantapan pengajaran
dan pembelajaran.

Banyak lagi bidang-bidang dan tajuk-tajuk lain yang boleh

dilakukan penyelidikan dan kajian.


5

Akhir sekali adalah kebaikan keempat iaitu melahirkan citra masyarakat dan
negara yang kreatif. Perkara ini merupakan matlamat jangka masa panjang bagi
inovasi dan perubahan dalam dunia pendidikan. Dunia pendidikan pada hari ni
telah bersangkut paut dengan pelbagai tekologi moden dan ia berlaku secara
seiring. Sebagai seorang pendidik, perlunya pada diri masing-masing menguasai
ilmu dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kerana kesemua
perkara dan benda yang berkaitan seperti data, maklumat dan sebagainya telah
dimasukkan dalam perisian yang direka untuk tujuan sedemikian. Pendidik juga
boleh mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
teknologi

seperti

komputer,

projektor,

dan

menggunakan

perisian

menterjemahkan isi pelajaran ke dalam bentuk yang lebih menarik.

bagi
Cara

pembelajaran murid-murid juga boleh ditukar daripada menggunakan buku dan


pensel kepada penggunaan komputer, CD-ROM pembelajaran dan lain-lain.
Melalui inovasi sebegini dapat melahirkan masyarakat yang celik teknologi dan
ketinggalan zaman.
Sebagai kesimpulan, inovasi dan perubahan merupakan suatu proses
penghasilan daripada yang lama kepada penghasilan yang baru dan ia merupakan
suatu perkara yang penting dalam pembinaan dan kelangsungan kehidupan
seseorang manusia. Namun perlu diingatkan setiap perkara yang ada di dunia ini
mempunyai kebaikan dan keburukan. Tetapi apa yang dilihat pada masa sekarang
banyak berlakunya kerosakan dan kemusnahan akibat perkembangan inovasi dan
perubahan yang berlaku begitu pesat.

Sebagai manusia yang mempunyai akal

pastinya kita boleh berfikir dan memilih antara kedua-duanya iaitu baik atau buruk.
Inovasi dan perubahan yang berlaku terutama dalam dunia pendidikan pada hari ini
sedikit sebanyak telah membantu para pendidik dan murid-murid melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan dan dinamik. Bersyukurlah
atas kurniaan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita atas anugerah dan
nikmat serta hikmah inovasi dan perubahan. Sebagai rakyat Malaysia amnya dan
pendidik khususnya perlulah menyokong dan mendokong sebarang inovasi dan
perubahan yang berlaku sama ada dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang
yang lain.

TUGASAN KUMPULAN
ARTIKEL
(RUJUK LAMPIRAN)

SLAID POWER POINT

10

11

12

RUJUKAN

Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas
Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia

Sdn.

Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.
Rashid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_01/Kreativiti-inovasidalam-pendidikan#ixzz3CppVy5ka
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid
dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Esah Sulaiman. (2003).

Amalan Profesionalisme Perguruan, Johor: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia


Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan
Praktis. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

13