Anda di halaman 1dari 12

1.

Pengenalan/Latar belakang sistem demokrasi berparlimen

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963,jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan.Sistem
pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi, Sistem Raja Berpelembagaan,iaitu sistem pemerintahan yang
mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah negara dibantu oleh Perdana
Menteri.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan sejak mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957.Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara,
Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.Rakyat berhak
menyokong,mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik
semasa.
Sistem demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil. [15x1m][Maksimum:5
markah]

2.

Ciri-ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen

(a) Perlembagaan

Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi jyang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah
kerajaan.
Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara yang terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai
panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
Ia Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di
dalamnya.
Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September,1963 yang mempunyai 183 perkara.Perlembagaan ini
terdiri daripada peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.
Institusi Yang di-Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah Menteri,dan Badan Kehakiman.Perlembagaan Malaysia telah
membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan
sebuah negara persekutuan.
Negeri-negeri yang bergabung dengan Persekutuan Malaysia diberikan hak,kuasa dan tanggungjawab seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.

Keluhuran Perlembagaan

Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.Bukti keluhuran
perlembagaan (ketertinggian perlembagaan Malaysia)
Kuasa Parlimen,kedudukan Yang di-Pertuan Agong,kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh
Perlembagaan. Parlimen memperoleh kuasa daripada Perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi
Yang di-Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah Menteri dan mahkamah.
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak tidak sah.
Undang-undang Negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 75 menyatakan bahawa
undang-undang negeri yang bertentangan dengan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan
sendirinya.Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang
diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian
Perlembagaan Malaysia.

Kepentingan Perlembagaan

Ia Menentukan rangka dan bentuk kerajaan.Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan
menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.
Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan,kejujuran,ketelusan,serta kelicinan pentadbiran dan
pemerintahan sesebuah kerajaan.
Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak
perlembagaan dan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara supaya semangat patriotism
dapat dibentuk.
Perkara 24,Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan
dilucutkan kewarganegaraannya.
Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia
kepada negara ini.
Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh kesetiaan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti
negara dan bangsa Malaysia.
PerlembagaanMalaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.Perlembagaan membolehkan
rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
Menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan, Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia
memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa dan
kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.
Hak istimewa ini termasuk pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan pendidikan dan
pemberian lessen perniagaan dan perdagangan.

Perlembagaan juga memastikan Perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak
mengabaikan kaum-kaum yang lain.Menjamin kerjasama,kesepakatan,dan kepentingan bersama.
Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama,kesepakatan,dan kepentingan bersama antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri utuk
membolehkan sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.
Pembahagian ini turut menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan.
Menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak dipersoalkan. Perlembagaan Malaysia menjamin
kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera d Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan.
Jaminan ini telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan
Malaysia pada tahun 1963.
Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu
memesatkan pembangunan di Sarawak dan Sabah menyebabkan pembangunan yang pesat berlaku dalam bidang
pendidikan,kesihatan dan perkhidmatan pos,telekom dan polis terutamanya di kawasan pedalaman.

Pindaan Perlembagaan

Sejak tahun 1957,Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi kepentingan rakyat.Ia juga
bagi menjamin keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.
Pindaan menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh
rakyat dengan rela hati.
Untuk melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan beraja,agama
Islam,kedudukan bahasa Melayu,hak istimewa orang Melayu.
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap
sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di
negara ini.
Tujuannya ialah untuk memelihara keselamatan,ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di
negara kita.
Pindaan terbesar yang dibuat ialah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja yang
memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.
[50x1m][Maksimum:10 markah]

(b) Raja Berpelembagaan

Maksud Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan
Malaysia.Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957
Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara.Ia merupakan simbol keutuhan

perpaduan rakyat.
Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan atas nasihat Perdana Menteri.
Dalam menjalankan tugasnya,Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali dalam perkara tertentu
yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan.
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri
Melayu secara bergillir-gilir.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.Bidang kuasa Yang
di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan(Legislatif),Badan Pemerintah
(Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari)
Baginda merupakan Ketua Tertinggi angkatan Bersenjata.Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan
menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah tentera.
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh
menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
keistimewaaan,kedudukan,kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah
Persekutuan,Sarawak dan Sabah.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.Baginda mempunyai kuasa
melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana
Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-undang X jika
mendapati keselamatan negara terancam.
Baginda melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman,serta
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.Baginda bertanggungjawab melantik Peguam
Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi
untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.
Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sehingga kini,Sistem ini membantu
memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang
menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.
[19x1m][Maksimum:10 markah]

(c) Kuasa Pemerintahan

Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.Kuasa
pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan Kehakiman.
Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasinagan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

Badan Perundangan

Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.
Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di
Malaysia.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan dewan Rakyat.

Dewan Negara

Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.Dewan Negara
mempunyai 69 orang ahli,26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri,iaitu dua orang setiap negeri.
Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kalangan ahli DUN
Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah member sumbangan
yang cemerlang dalam perkhidmatan awam,bidang professional atau bidang tertentu seperti
perniagaan,perusahaan,pertanian,kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti
orang asli.
Ahli Dewan Negara digelar Senator dan mereka dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya.Seorang Senator
memegang jawatannya bagi tempoh 3 tahun. Senator mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
Taraf senator sama dengan ahli Parlimen dan Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

Dewan Rakyat

Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.Dewan
rakyat mempunyai 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara.
Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah 5 tahun.Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan
meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai Akta. Undang-undang yang dibuat oleh Dewan
Undangan Negeri dinamakan Enakmen
Undang-udang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah dinamakan Ordinan

Badan Pelaksana (Eksekutif)

Kabinet(Jemaah Menteri)

Jemaah Menteri,atau cabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.Kabinet merupakan pembuat
dasar tertinggi negara.Tugas Jemaah Menteri, atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua
perkara.Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.

Kementerian

Perdana Menteri,atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sebuah atau beberapa kementerian.Setiap
kementerian bertnggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang dan menyelaraskan program
pembanguan ekonomi dan sosial di negara kita.
Pada masa ini,terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara.Setiap kementerian
diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, dan Setiausaha Politik.
Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenal sebagai Menteri Tak
Berportfolio.Menteri Tak Berportfolio akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan Awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi
perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
Pada peringkat kementerian,pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian.Ketua Setiausaha
Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenal sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam.
Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jabatan Kerajaan

Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenal sebagai Ketua Pengarah
Sesebuah Kementerian pada kebiasaannyamempunyai jabatan pada peringkat pusat,negeri dan daerah.

Badan Berkanun

Badan Berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.Badan berkanun
mempunyai peruntukan kewangan sendiri
Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.
Badan berkanun mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan
program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.
Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)/Lembaga Kemajuan Pertanian
Muda (MADA)/Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM)

Suruhanjaya

Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan menguruskan kenaikan pangkat
memantau disiplin dalam kakitangan awam
Contoh-contoh suruhanjaya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam/Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan/Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

Badan Kehakiman

Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah.Perkara sivil berkaitan
dengan saman (biasanya memerlukan affidavit) manakala perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan
Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan
pelaksana.Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
Sistem mahkamah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di Malaysia.
Tugas-tugas Mahkamah ialah mentafsir perlembagaan negara dan mentafsir undang-undang.Mengisytiharkan
undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan tertakluk pada badan perundangan atau
Parlimen
Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki pyramid , Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang
tidak berpuasa hati dengan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri
Urusan Perlantikan,kenaikan pangkat,dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong
Seseorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.Hakim tidak
dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik.Justeru itu
kadialan dan kesaksamaan undang-undang terjamin
Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan dan Peguan Negara juga akan menjadi Pendakwa
Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan
Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.
[68x1m][Maksimum:10 markah]

3.

Bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memajukan negara.

Kerajaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan
pentadbiran negara
Pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi,sosial,keselamatan dan

pendidikan.
Badan Pelaksana atau Eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut
perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan.kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan
Agong
Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan
Agong
Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.Pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia terletak di Putrajaya. Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa
Persekutuan iaitu hal ehwal luar negeri (hubungan luar)Pertahanan, Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran dan
keadilan, Kerakyatan negara, Pilihan raya negara, Kewangan, Perniagaan,perdagangan dan perusahaan, Jabatan
ukur dan penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat, Pelajaran, Kesihatan, Keselamatan buruh dan sosial, Orang
asli, Hal-hal lain

Kerajaan Negeri

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri


Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua Negeri
Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri daripada kalangan Ahli Dewan
Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.
Urusan pentadbiran negeri terletak pada perlembagaan negeri seperti mana yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Persekutuan.
Majlis Mesyuatrat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung Malaysia,Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di
Sabah mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu Setiausaha Kerajaan
Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar
pentadbiran negara di peringkat negeri.
Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri iaitu Undang-undang
Islam.Tanah, Pertanian dan perhutanan, Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan tempatan, Kerajaan negeri, Hari cuti
negeri, Undang-undang negeri
[36x1m][Maksimum:15 markah]

4.

Bagaimana kita memanfaatkan demokrasi berparlimen untuk mewujudkan kestabilan politik di Malaysia?

Kita akan dpat memanfaatkan demokrasi berparlimen untuk mewujudkan kestabilan politik di Malaysia dengan
mengamalkan tiga komponen utama demokrasi berparlimen Malaysia iaitu Badan Perundangan/Badan
Pelaksana/Badan Kehakiman
Mengamalkan konsep pengasingan kuasa dalam kerajaan juga akan mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.
Konsep pengasingan kuasa ini akan dapat mengelakkan pembolotan kuasa.

Kestabilan politik di negara kita akan diwujudkan bila Pilihan raya diadakan untuk memilih wakil rakyat dan
kerajaan yang memerintah.
Rakyat berkuasa untuk memilih wakil rakyat untuk memerintah Negara berdasarkan parti politik yang bertanding
dalam pilihanraya yang seterusnya akan membawa kepada kestabilan politik negara
Rakyat memilih ahli Dewan Rakyat untuk mewakili mereka di dalam pemerintahan kerajaan Demokrasi
berparlimen.
Rakyat memilih Ahli Dewan Undangan Negeri bagi memastikan pemerintahan kerajaan negeri terus mengamalkan
pemerintahan demokrasi berparlimen
Rakyat juga berhak menentukan corak pemerintahan yang dijalankan oleh setiap negeri dan kerajaan yang
mengamalkan pemerintahan Demokrasi Berparlimen
Pemerintahan Demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Negara kita akan mewujudkan Keamanan negara
seterusnya mewujudkan kestabilan politik dalam negara
Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di dalam Negara juga akan memastikan Undang-undang negara
terpelihara
Setiap pemimpin atau kerajajaan di Malaysia akan menjadikan Perlembagaan sebagai garis panduan untuk
memerintah Negara.
Proses ini akan Membentuk kerajaan yang adil dan stabil serta bertanggungjawab terhadap rakyat di dalam Negara
Malaysia tanpa mengira kaum agama dan bangsa.
Ia juga memastikan Raja menjadi lambang taat setia rakyat dan setiap rakyat di Negara kita harus menghormati
dan menyanjung tinggi konsep Raja berperlembagaan
Sistem Demokrasi berparlimen kerajaan Malaysia akan memastikan Undang-undang yang akan menjamin
keselamatan rakyat dan Negara.
Undang-undang yang digubal akan melindungi kepentingan rakyat di dalam Negara tanpa mengira agama bangsa
dan Negara serta fahaman politik rakyat.
Undang-undangyang digubal menerusi Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan membantu melicinkan urusan
pentadbiran Negara serta memastikan kerajaan yang dibentuk sentiasa selaras dengan sistem pemerintahan yang
diamalkan oleh Negara kita.

[17x1m][Maksimum:15 markah]
[Terima mana-mana jawapan yang munasabah]

5.

Kejayaan yang dicapai oleh negara kesan daripada kestabilan politik

Kejayaan yang akan dicapai oleh Negara kesan daripada kestabilan politik ialah Kemajuan ekonomi Negara.
Kestabilan politik Negara juga membolehkan Sektor perindustrian berkembang maju dan mampu bersaing di
peringkat global.
Sektor Industri pertanian juga akan pesat membangun kerana kestabilan politik yang mewujudkan kemamanan
kepada negara
Begitu juga dengan Sektor pelancongan yang akan menjana ekonomi Negara dan seterusnya meningkatkan

pendapatan Negara.
Politik yang stabil akan membolehkan kerajaan kita menjalinkan Hubungan antarabangsa dengan lebih meluas lagi
dengan semua Negara di dunia.
Negara kita juga akan Mendapat pengiktirafan negara luar kesan kestabilan politik Negara.
Pemimpin Negara kita juga akan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa
Negara kita juga mencapai kejayaan dalam memupuk Perpaduan kaum antara Melayu, China dan India agar saling
memahami dan berkerjasama membangunkan Negara.
Kestabilan politik akan memastikan Kehidupan rakyat harmoni dan hidup penuh dengan keamanan dan
kemakmuran
Kejayaan seterusnya ialah Kecemerlangan dalam bidang institusi pendidikan dan akan membolehkan rakyat terus
menerima pendidikan.Kestabilan politik akan membolehkan kerajaan membangunkan sistem pengangkutan
Negara berada ditahap terbaik
Negara kita juga Berjaya melaksanakan sistem Perhubungan/komunikasi secara meluas
Kejayaan Negara juga dicapai dalam bidang Industri perkapalan yang semakin berkembang maju diperingkat global
dan pelabuhan kita menjadi pelabuhan maritime yang terkenal diseluruh dunia
Kejayaan juga di capai dalam Sektor perlombongan yang dipergiatkan untuk menambahkan lagi pendapatan
Negara.
[14x1m][Maksimum:10 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]

6.

(a) Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju

Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah Nilai mata wangsentiasa turun naik menyebabkan
berlaku ketidakstabilan ekonomi.
Kenaikan harga barangan di pasaran global yang boleh menjejaskan ekonomi Negara seterusnya memberi cabaran
sebagai sebuah Negara maju.
Negara kita juga menghadapi cabaran iaitu Persaingan dengan negara maju yang menekankan ekonomi Negara
kita.
Cabaran juga dihadapi oleh Negara kita dalam menembusi pasaran antarabangsa kerana terpaksa bersaing
dengan Negara Negara lain diseluruh dunia terutama dengan Negara Negara maju.
Negara kita juga masih bergantung kepada teknologi luar dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
Negara maju.
Teknologi Negara kita juga masih rendah dan tidak mempu bersaing dengan Negara Negara maju, serta terpaksa
membawa mahal untuk membawa teknologi Negara maju
Masalah juga dihadapi dalam usaha untuk menarik pelabur asing di dalam Negara kita
Masalah gejala sosial yang dihadapi oleh Negara menyebabkan kerajaan terpaksa menumpukan membelanjakan
peruntukan yang banyak untuk menghadapi masalah tersebut
[8x1m][Maksimum:5 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasbah]

(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut ialah Meningkatkan penyediaan dan pembangunan (R&D) di
dalam Negara supaya dapat bersaing dioeringkat global.
Kerajaan juga perlu memastikan rakyat Negara kita menguasai pelbagai teknologi terkini bagi memastikan Negara
kita tidak ketinggalan.
Kerajaan juga perlu memperkukuh peranan negara sebagai hub halal di dunia serta meningkatkan kualiti barangan
yang dikeluarkan supaya menapati hub halal tersebut
Kerajaan juga perlu melahirkan modal insan yang benar benar berkualiti dan menepati dengan keperluan ekonomi
globalisasi
Kerajaan juga harus berusaha memperkenal dinar emas untuk digunakan oleh Negara Negara islam supaya
menjadi matawang utama Negara Islam.
Untuk menghadapi cabaran dalam membentuk Negara maju kerajaan Malaysia haruslah Mendapatkan hak
milik/paten terhadap sesuatu teknologi yang dihasilkan
Kerajaan juga perlu Memperluas perbankan Islam diseluruh Negara dan memperkenalkan system perbankan Islam
di peringkat dunia terutamnya di Negara-negara Islam.
Kerajaan juga perlu melibatkan diri dalam sistem ekonomi E-dagang dan menggalakkan rakyat melibatkan diri
dalam sistem ekonomi tersebut serta menyediakan prsarana yang mencukupi untuk kemudahan ekonomi
tersebut.
Kerajaan juga perlu Menambah bilangan tenaga professional didalam bidang bidang yang masih lagi kurang di
Negara kita seperi teknologi, sains, kemahiran tinggi bidang pemprosesan pembangunan sistem IT.
[10x1m][Maksimum:5 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]

7.

Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism

Penerapan nilai nilai murni di dalam pembinaan kerajaan demokrasi berparlimen di Negara kita ialah Sedia
menerima perubahan yang positif
Kepentingan memelihara perpaduan untuk memastikan kerajaan demokrasi berparlimen negara kita terus utuh
dan bewibawa
Penerapan nilai nilai murni seperti toleransi dan permuafakatan akan mewujudkan kestabilan kepada Negara dan
seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju.
Ikhtibar pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah Mengekalkan kedaulatan Negara
Ikhtibar seterusnya ialah perlunya sikap Bekerjasama untuk memajukan negara
Iktibar seterusnya iala keperluan untuk memelihara kemakmuran Negara bagi memastikan kerajaan Malaysia
membentuk sebuah Negara maju
Manakala unsur patriotism yang di amalkan ialah Taat setia kepada pemerintah dan patuh kepada undang-undang.
Kita juga perlu berbangga menjadi warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan dan menguasai teknologi
terkini

Rakyat Malaysia juga perlu menyanjung tinggi kepada sistem raja berperlembagaan dan menjadikan institusi
beraja sebagai simbol kedaulatan dan kesetiaan rakyat terhadap negara
[12x1m][Maksimum:10 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]

8.

Rumusan

Sebagai kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa Negara Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi berparlimen
yang meletakkan Sistem raja Berperlembagaan yang diketuai oleh Yang DiPertuan Agong sebagai ketua Negara
yang dibantu oleh barisan cabinet Negara yang diketua oleh Perdana menteri
Pengamalan sistem demokrasi berparlimen memerlukan sokongan daripada rakyat untuk sama sama terlibat
dalam proses pemilihan kerajaan. Sokongan daripada rakyat akan dapat melicinkan pentadbiran Negara dan
seterusnya membawa kepada kemajuan kepada Negara kita
Kerjasama antara pemimpin dan rakyat akan menjamin kestabilan politik dan ekonomi Negara.Kesetiaan dan
semangat patriotism akan mengukuhkan pembentukan identity Negara dan bangsa Malaysia.Harapan untuk
Negara kita agar terus mecapai keamanan dan keharmonian dan meningkatkan taraf hidup rakyat seterusnya
memacu Negara kea rah Negara maju menjelang wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai