Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: LIM SHUSHIAN

PROGRAM

: PISMP BC/PJ/PSK AMBILAN JANUARI 2011

NAMA SEKOLAH

: SJK (C) LOK YUK LIKAS

NAMA PROJEK / AKTIVITI : PROGRAM SINARAN PAGI BAHASA MELAYU


(KELAS TAMBAHAN PAGI )
TEMPOH PELAKSANAAN : 15 JULAI - 7 OGOS 2014
( HARI SELASA DAN KHAMIS)
07.00 PAGI 07.30 PAGI
TEMPAT PELAKSANAAN : KELAS 5Ai

OBJEKTIF:
Melalui Program Sinaran Pagi, murid boleh diberikan pendedahan
tentang cara belajar. Murid didedahkan dengan seberapa banyak soalan
berformat UPSR. Murid tahun lima akan menduduki peperiksaan UPSR pada
tahun depan. Latihan berformat UPSR dapat membantu mereka membiasakan
diri dengan cara menjawab soalan UPSR. Persediaan awal diberikan kepada
murid supaya mereka dapat menyediakan diri dan lebih berkeyakinan semasa
menduduki peperiksaan.
Selain itu, murid terdedah kepada ilmu pengetahuan yang berlebihan
dan berlainan daripada buku teks semasa program sinaran pagi dijalankan.
Murid diajar tentang banyak kata kerja, nilai atau peribahasa yang tidak
terdapat dalam buku teks dan buku latihan sekolah. Hal ini dapat memupuk

minat mereka terhadap Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa


rasmi di negara kita. Setiap rakyat wajib menguasai bahasa ini dengan baik.
Murid sekolah cina biasanya lebih lemah dalam bahasa lain jika berbanding
dengan Bahasa Cina. Semasa Program Sinaran Pagi dijalankan, guru boleh
memberikan peluang kepada murid untuk mengukuhkan Bahasa Melayu
mereka dengan memberi latihan atau memberi peluang kepada murid untuk
bertutur dalam Bahasa Melayu.
Selain itu, murid juga boleh mengukuhkan ilmu yang pernah belajar
melalui Program Sinaran Pagi. Selepas murid telah belajar suatu ilmu semasa
kelas biasa, guru boleh memberi latihan untuk mengukuhkan konsep murid
terhadap ilmu tersebut.

STRATEGI PELAKSANAAN
Pada hari pertama Internship, kami melaporkan diri di SJK(C) Lok Yuk
Likas. Kami telah berbincang dengan pihak pentadbir sekolah tentang aktiviti
yang kami dapat laksanakan sepanjang internship. Akhirnya, kami telah
diberikan beberapa tugasan. Salah satu projek yang akan kami laksanakan
merupakan Program Sinaran Pagi. Program ini merupakan projek individu.
Kami masing-masing melaksanakan Program Sinaran Pagi di kelas yang
berlainan. Kelas yang saya kendali ialah 5Ai. Subjek yang saya ajar ialah
Bahasa Melayu.
Selepas mengetahui tugasan sendiri, saya telah berjumpa dengan guru
berkenaan, iaitu Puan Pan Len Yin. Puan Pan Len Yin merupakan guru

Bahasa Melayu bagi kelas 5Ai. Disebabkan beliau dikehendaki menjalankan


kelas tambahan untuk murid tahun 6, oleh itu kami diminta menolong beliau
menjalankan Program Sinaran Pagi. Setiap pagi, saya berbincang tentang
topik yang hendak diajar. Saya juga meminta ajar daripada beliau tentang cara
menyampaikan isi pengajaran.
Ilmu pengetahuan utama yang hendak saya sampaikan kepada murid
5Ai selama empat minggu ialah kata kerja. Setiap murid mempunyai sebuah
buku latihan kata kerja. Dalam buku latihan tersebut terdapat banyak
perkataan kata kerja dan mengandungi penjelasan dalam Bahasa Cina.
Penjelasan Bahasa Cina dapat membantu murid untuk memahami maksud
perkataan tersebut.
Pada minggu pertama saya masuk ke kelas 5Ai, topik yang
disampaikan ialah kata kerja melibatkan mulut. Murid diminta menghafalkan
maksud kata kerja. Selepas menghafal, setiap murid diminta menjawab soalan
yang saya beri. Selepas itu, murid membina ayat menggunakan perkataan
yang telah mereka hafal. Pada minggu kedua dan ketiga, isi pengajaran agak
sama dengan minggu pertama, cuma kata kerja yang berlainan. Saya menukar
cara menguji mereka. Murid harus melengkapkan latihan yang terdapat dalam
buku kata kerja. Murid diminta mencari maksud setiap perkataan walaupun ia
hanya salah satu pilihan jawapan soalan objektif. Mereka menggunakan
kamus untuk mencari maksud perkataan. Selepas membincangkan jawapan
latihan, saya telah menanya murid tentang maksud perkataan kata kerja lain.

Gambar 1 : Guru pelatih memantau kelas semasa membuat buku latihan.

Gambar 2 : Murid memeriksa maksud perkataan kata kerja dengan


menggunanakan kamus elektrik.
Selepas habis kelas program sinaran pagi, saya akan mengutip buku
latihan untuk disemak. Ini adalah untuk memastikan setiap murid dapat
melengkapkan

buku

latihan.

Saya

memesan

pembetulan sekiranya terdapat kesalahan.

murid

untuk

membuat

REFLEKSI
Berdasarkan projek yang dijalankan, saya telah mengenalpasti
beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat di sepanjang tempoh saya
terlibat dalam projek ini:
Kekuatan :
Saya dapat menghabiskan isi pengajaran yang ditentukan oleh Puan
Pan. Sekiranya saya tidak dapat menghabiskan isi pengajaran mengikut
perancangan Puan Pan, sukatan pelajaran kemungkinan tidak dapat
dihabiskan.
Dengan

melaksanakan

Program

Sinaran

Pagi,

murid

boleh

mendapatkan bimbingan yang sewajarnya. Program Sinaran Pagi memberi


peluang kepada murid dan guru untuk saling berbincang. Guru akan memberi
bimbingan

jika

seseorang

murid

memerlukannya.

Murid

juga

dapat

mengulangkaji dengan sistematik. Mereka membuat latihan dan mengulangkaji


mengikut topik yang telah ditetapkan oleh guru. Kadang kala mereka juga
diberi peluang untuk menghabiskan kerja dalam kumpulan. Dengan latihan
dan bimbingan yang diberi oleh guru, pelajar dapat membuat persediaan yang
secukupnya untuk menghadapi peperiksaan.
Kelemahan :
Saya mendapati latihan yang diberi kepada murid lebih berfokus kepada
akademik seperti penggunaan bahasa. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan
semasa Program Sinaran Pagi lebih kepada menulis dan membaca. Murid
kekurangan
bercakap.

peluang

untuk

meningkatkan

kemahiran

mendengar

dan

Untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan murid, saya mendapati bahawa


30 minit adalah tidak berapa cukup untuk mencapai tujuan ini. Hasil
pengukuhan akan terpengaruhi disebabkan masa tidak cukup untuk membuat
pengukuhan.
Cadangan Penambahbaikan :
Justeru itu, beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan
sebagai usaha untuk menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini
pada masa-masa akan datang. Antaranya ialah:
Aktiviti seperti mendengar dan bercakap boleh dimasukkan ke dalam
silibus Program Sinaran Pagi. Contoh aktiviti ialah bercerita, berpidato,
perbahasan atau berlakon. Walaupun kemahiran mendengar dan bercakap
tidak termasuk dalam peperiksaan, tetapi kedua-dua kemahiran amat penting
terhadap peningkatan kemahiran berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selain
itu, guru juga boleh menggalakkan mereka membaca dan menghayati karya
kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan karya sendiri. Peranan
guru amat penting untuk membimbing mereka menghayati karya. Guru boleh
menjelaskan keunikan dan cerita latar belakang karya tersebut .
Masa untuk menjalankan Program Sinaran Pagi boleh dipanjangkan
kepada 45 minit atau 60 minit. Aktiviti boleh dijalankan dengan lebih mendalam
sekiranya diberi masa pelaksanaan yang mencukupi. Guru boleh memberi
penilaian berdasarkan pencapaian murid.

KESIMPULAN
Melalui Program Sinaran Pagi ini, saya dapat lebih memahami peranan
sebagai seorang guru. Guru berperanan memberikan pendedahan tentang
ilmu pengetahuan yang berlebihan kepada murid supaya murid dapat
meluaskan dan meningkatkan pemikiran mereka. Guru bukan sahaja
mementingkan prestasi akademik murid sahaja, tetapi juga mementingkan
pemikiran secara kritis dan kreatif di kalangan murid.

Disediakan oleh,

-----------------------------------------( LIM SHUSHIAN )


Guru Pelatih Program Intership
SJK ( C ) Lok Yuk Likas

Disahkan oleh,

Disahkan oleh,

----------------------------------------

----------------------------------------

( OU SOOK LI )

( YAP SUK LIN )

Guru Pembimbing Program Intership

Penolong Kanan Pentadbiran

SJK ( C ) Lok Yuk Likas

SJK ( C ) Lok Yuk Likas

Anda mungkin juga menyukai