Anda di halaman 1dari 9

PANDUAN MELAKSANAKAN TUGASAN 1

Salam dan salam sejahtera


Banyak soalan yang diterima berkaitan dengan Tugasan ini.
Tugasan 1 adalah berkaitan dengan model promosi program kesihatan. Ianya
bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang bagaimana latar belakang
sesuatu program tersebut dirancang dan dilaksanakan. Dengan kata lain, kita
beroleh kefahaman mengenai kepentingan sesuatu program kesihatan, mengapa
ianya dilaksanakan, apakah bentuk intervensi atau saranan yang sesuai,
pemantauan dan penilaian program tersebut, kesan atau hasil yang dikehendaki
dan sebagainya.
Pertama sekali anda harus faham apa kehendak soalan.
SOALAN: Bersumberkan daripada model-model utama dalam Promosi Program
Kesihatan, jelaskan perkara-perkara utama berdasarkan perancangan
model yang digunakan bagi menerangkan secara berstruktur
mengenai perubahan / penekanan yang telah / ingin dilaksanakan di
institusi pendidikan yang menjelaskan mengapa dan bagaimana model
tersebut telah / mampu untuk membuat perubahan terhadap masalah
tingkah laku kesihatan.
Jadi jelaslah di sini bahawa kita perlukan satu model. Model ini boleh anda pilih
berdasarkan modul ataupun model-model lain. Kenapa perlu adanya model? kerana
adalah sangat berguna apabila sesuatu model promosi kesihatan dijadikan rujukan /
guideline dalam merancang sesuatu program atau untuk mempromosikan program
kesihatan. Ini kerana terdapat kelebihan dan kelemahan yang tertentu dalam
sesebuah model yang digunapakai, serta terdapatnya kesesuaian dari segi konteks
penggunaannya.
Kemudian fikirkan mengenai perubahan atau penekanan yang ingin dilaksanakan di
sekolah. Misalnya, kita telah dikejutkan dengan situasi terdapat ramainya pelajar
sekolah yang mengalami obesiti. Jika tidak ditangani dengan segera, akan ramailah
pelajar kita yang akan terdedah dengan gejala kegemukan.
Cadangan organisasi penulisan laporan.
1.0

Pengenalan

2.0

Latar belakang laporan


2.1
Obesiti (penyakit kulit, sakit jantung, denggi, dadah, dll)
- apa maksud obesiti
- situasi yang berlaku sekarang
- bahaya/kesan obesiti

2.2

Model yang dipilih (cth: PRECEDE-PROCEED)


- ringkasan tentang model yang dipilih
- masukkan rajah model
- justifikasi kenapa model tersebut dipilih
- dll

3.0
Perancangan Program Promosi Kesihatan
Bahagian ini bolehlah dibuat ulasan berdasarkan kepada fasa-fasa yang terdapat
dalam model yang dipilih.
Contoh: yang ini ulasan untuk penyakit kulit iaitu kudis buta dan obesiti.
PROCEDE (predisposing , reinforcing , and enabling causes in educational
diagnosis and evaluation)
3.1

FASA 1 - Penilaian Sosial


Masih terdapat murid-murid sekolah yang menghidap penyakit kudis buta.
Jangkitan kudis buta telah menjadi satu masalah kesihatan bagi murid-murid
sekolah kerana ia masih menular dan menjangkiti mereka. Masalah ini telah
dikesan di sekolah dan didapati seramai _____ murid mengalami jangkitan
kudis buta. Penghidap scabies jarang tahu bahawa mereka mempunyai
2

keadaan sehingga beberapa minggu selepas jangkitan awal, ini


bermakna serangan kudis boleh merebak dengan cepat.
Mereka seringkali menyendiri dan tidak bergaul dengan rakan-rakannya yang
lain. Mereka juga sering didapati tidak hadir ke sekolah. Apabila di tanya
adakah mereka mempunyai masalah, mereka hanya suka mendiamkan diri.
Memandangkan cara pemakaian yang tidak bersih, mereka berasa malu

untuk berjumpa dengan guru. Mereka juga sering meletakkan tangan


di dalam poket apabila berjumpa dengan guru. Guru meminta murid
untuk mengeluarkan tangannya dan melihat keadaan tangannya.
Didapati murid tersebut dijangkiti kudis buta yang agak serius di
tangannya. Apabila ditanya, beliau menceritakan bahawa dia
mengalami masalah kudis buta sejak sebulan yang lalu.
3.2

FASA 2 - Penilaian Epidemiologi


Sarcoptes Scabies

Scabies atau dikenali sebagai kudis buta adalah keadaan kulit


berjangkit yang disebabkan oleh hama kecil dipanggil Sarcoptes
Scabiei. Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak
dan bertelur, menyebabkan gatal-gatal ruam dan sengit.

3.3

a)

Tanda-tanda Kudis Buta


- huraikan

b)

Punca Kudis Buta


- huraikan

c)

Rawatan kudis buta


-huraikan secara ringkas

FASA 3 - Penilaian Tingkahlaku dan persekitaran

Punca Masalah Kesihatan


Berdasarkan kepada temu ramah antara guru dan murid, terdapat punca
terhadap berlakunya masalah-masalah ini. Ia berpunca daripada tingkah laku
dan persekitaran murid-murid.
a) genetik
Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik.
Murid Melayu obes meningkat daripada 19.1 peratus pada 2002
kepada 26.1 peratus enam tahun kemudian, peningkatan 7.1 peratus;
Cina pula daripada 25.6 peratus kepada 27.6 peratus, manakala murid
India daripada 16.9 peratus kepada 26.1 peratus.

b) tingkahlaku
Pakaian murid itu sendiri dapat melambangkan bagaimana ibu
bapa mereka memberi perhatian kepada mereka. Ada dikalangan
murid yang ditemu bual berpakaian kotor dan kasut yang tidak pernah
dibasuh. Apabila ditanya, mereka berkata baju sekolah tersebut hanya
dibasuh sekali seminggu oleh mereka sendiri. Murid tidak ambil berat
tentang penjagaan kebersihan diri. Di dapati hanya 25 orang sahaja
yang mandi tiga kali sehari. Manakala selebihnya hanya mandi dua kali
sahaja sehari. Ini menyebabkan kuman mudah merebak pada diri
mereka terutama sekali selepas mereka bermain. Murid yang didapati
mengalami masalah kudis buta lambat mendapatkan rawatan daripada
pegawai perubatan. Mereka beranggapan penyakit itu hanyalah
masalah gatal-gatal sahaja yang boleh hilang apabila diletak ubat. Ini
menyebabkan masalah kudis buta ini lambat untuk pulih.
c) persekitaran
Faktor persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan tenaga
(kalori). Ia dapat dilihat melalui pilihan dan jumlah makanan yang
diambil. Malaysia mewah dengan makanan dan banyak pilihan
termasuk makanan segera, makanan ringan dengan harga murah
tetapi mengandungi kalori, lemak dan gula tinggi selain pelbagai saiz
hidangan daripada kecil hingga besar. Di bandar, berat badan
berlebihan bertambah daripada 22.4 peratus kepada 28.1 peratus,
manakala di luar bandar meningkat daripada 17.6 peratus kepada 24.2
peratus.
Kesimpulannya
kedua-dua
kawasan
menunjukkan
peningkatan, namun kadar peningkatan di luar bandar lebih tinggi

3.4

FASA 4 - Penilaian Pendidikan dan Organisasi

Tiga kumpulan faktor yang menyebab penyakit:


a)

Faktor kecenderungan (huraikan)


- industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sasaran
pemasaran dengan menampilkan iklan serta label makanan yang
menarik golongan itu.
- kebudayaan dan kepercayaan yang diwarisi
-pengetahuan

b)

Faktor Pemungkin (huraikan)

- Keluarga berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli


peralatan menjaga kebersihan diri. Ibu bapa hanya memberi
tumpuan
terhadap
pemakanan
anak-anak
sahaja.
Ini
menyebabkan anak-anak tidak mempunyai alatan kebersihan diri
seperti sabun mandi, shampoo, ubat gigi dan berus gigi.
-kemudahan
c)

3.5

Faktor Pengukuh (huraikan)


- Pengaruh iklan kepada kanak-kanak sudah banyak dikaji dan
banyak negara mengharamkan kempen atau pengiklanan
pemasaran makanan untuk mereka. Di Malaysia pula, kadar
pertumbuhan dan pembukaan cawangan baru restoran makanan
segera tumbuh seperti cendawan lepas hujan dan harga
makanan terendah di dunia. Lebih hebat kini ada pula sistem
pesanan dan penghantaran makanan terus ke pintu rumah.
-pengaruh media massa

FASA 5 - Penilaian Polisi & Pentadbiran


PROCEED (policy, regulatory and organizational constructs in educational
and environtmental development)
Permulaan bahagian PROCEED. Dalam Fasa 5 iaitu perlaksanaan, dengan
sumber-sumber yang sesuai, perancang memilih kaedah dan strategi
intervensi dan perlaksanaan bermula. Dalam penilaian polisi dan
pentadbiran, perancang mengandaikan bahawa jika terdapat sumber dan
keupayaan, maka ia boleh membangunkan dan melaksanakan program.
a)

Program Kesihatan

Perancangan Program Promosi Kesihatan


-

Perancangan digunakan untuk semua tujuan dan berguna sebagai


panduan dan menentukan hala tuju, sesuai untuk semua peringkat dan
masa. Program pula merupakan sesuatu persiapan yang terancang yang
merangkumi matlamat, polisi,prosedur, peraturan, tugas, langkah yang
perlu dibuat dan unsur-unsur lain yang perlu dalam melaksanakan
tindakan. Ia merupakan satu kenyataan yang jelas berkaitan masalah, isu,
objektif, sasaran, aktiviti, sumber, jadual, tindakan jangka masa dan
proses pemantauan. Antara komponen sesuatu program:

Latar belakang program


Kenyataan masalah
Penentuan masalah
Polisi/ peraturan berkaitan
Objektif
Strategi
Aktiviti/ tugas
5

Contoh:
Dengan mengadakan program kesedaran bahaya obesiti di sekolah
seperti ceramah kesihatan, tayangan video, mengadakan minggu
kesihatan pastinya dapat membantu kanak kanak sekolah mengenali
dan memahami betapa pentingnya mengamalkan makanan seimbang
serta mengajar mereka tentang kepentingan mengambil makanan
sihat. Pemilihan makanan yang bijak dan gaya hidup aktif hendaklah
dipupuk di kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi supaya mereka terus
mengamalkan tabiat positif ini apabila dewasa.
Program ini juga menggalakkan perubahan tingkah laku yang sihat
agar murid-murid dapat mencapai tahap kesihatan yang lebih baik
melalui 3 elemen asas iaitu makan secara sihat, mengendali stress dan
aktiviti fizikal.
Oleh itu, pihak sekolah telah mencadangkan beberapa aktiviti yang
bersesuaian dengan objektif untuk memberi kesedaran kepada murid tentang
bahaya dan kesan ke atas pengambilan minuman yang mempunyai banyak
gula. Sasaran dan tindakan yang akan diambil di mana dalam perancangan
program ini, sasarannya adalah kepada murid-murid, melalui aktiviti yang
menyihatkan badan seperti bersenam, beriadah, berjoging,mendapat
khidmat kaunseling,mendengar taklimat, pameran, poster dan pemeriksaan
kesihatan secara berkala oleh pegawai perkhidmatan kesihatan, guru-guru
dan tindakan dari pengusaha kantin sekolah, ibubapa dan masyarakat
setempat.
b)

Strategi Pendidikan

Bagi aktiviti khidmat kaunseling dan taklimat kesihatan, pihak sekolah

akan memanggil wakil dari pihak hospital bahagian perkhidmatan kesihatan


sekolah hadir memberi ucapan tentang bahaya obesiti kepada semua murid.
Dengan adanya program ini sedikit sebanyak akan membuka minda murid
supaya mengurangkan pengambilan yang mempunyai kadar gula yang tinggi
seperti air tin berkarbonat, kek, coklat dan sebagainya.

Di samping itu, pameran dan poster juga akan ditampalkan di dalam


kawasan sekolah seperti di kantin, di laluan pejalan kaki, di kelas dan
di papan kenyataan. Guru-guru juga akan memberikan peringatan
kepada murid pada setiap minggu ketika waktu perhimpunan tentang
betapa kesan dan bahaya obesiti.
Komponen dan unit program dicipta berdasarkan kepada kumpulan populasi
utama, objektif yang dicadangkan, sasaran intervensi dan tahap, penetapan
dan struktur unit atau saluran intervensi yang digunakan. Rancangan yang
dipilih boleh berdasarkan kurikulum yang sedia ada atau membangunkan
rancangan baru. Bagi menjayakan program ini, pihak sekolah telah memilih
6

untuk mengadakan ceramah kesihatan mengenai obesiti kepada semua


murid.

c)
Polisi Peraturan
apakah polisi yang berkaitan dengan masalah yang hendak
diselesaikan
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan bagaimanakah
ianya diimplementasikan.

3.6

FASA 6 Perlaksanaan
Pelaksanaan perlu dirancang selepas pelan projek program disediakan yang
menerangkan secara terperinci cara untuk menjayakan dan menjalankan
aktiviti.
Contoh:

Objektif

Aktiviti

90% pelajar
sekolah tahap 2
akan dapat
mengurangkan
5% daripada
berat badan
mereka di akhir
program selama
6 bulan

Orientasi
Pemakanan
Sihat Kepada
Ibu Bapa dan
Guru

Tarikh/
Masa
Sabtu
8.00 pg

5.00 ptg

Sumber
Tempat
Dewan
Sekolah

Tenaga
Manusia

Senamrobik
3x seminggu

Jumaat
5.00 ptg

Sabtu
9.00 pg

Bahan

Kaedah
Penilaian

Geran
MYSIHAT

Risalah
Poster

Rekod
Kehadiran
Q&A

Dataran
Sekolah

Jurulatih
Jabatan
Belia Dan
Sukan
Guru
Penyelaras

Geran
MYSIHAT

Risalah
Poster
Buku
Nota
Kecil

BMI
Rekod
Kehadiran
Rekod
Kaunseling
Q&A

Dewan
Sekolah

Geran
MYSIHAT

Risalah
Poster
Buku
Nota
Kecil

BMI
Rekod
Kehadiran
Rekod
Kaunseling
Q&A

Sabtu
&
Ahad
8.00 pg
Nasihat
Pemakanan
Sihat

Ibu bapa
Guru
Pegawai
Zat
Makanan
Pegawai
Jabatan
kesihatan
Jurulatih
Jabatan
Belia
Sukan

Kewangan

Guru
Pegawai
Zat
Makanan
Pegawai
Jabatan
kesihatan

3.7

FASA 7 Proses Penilaian

3 bentuk penilaian yang digunakan untuk mengukur keberkesanan


sesuatu program :
i.
Penilaian Proses
Penilaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan dan pelaksanaan
program. Pada peringkat pelaksanaan, penilaian proses amat berguna
dalam mengesan jangkauan dan pencapaian program serta tahap
pelaksanaannya. Penilaian ini juga membantu dalam mengesan
kekuatan dan kelemahan program, termasuklah dalam mengenal pasti
masalah yang berpotensi atau sedang berlaku. (huraikan berdasarkan
program yang dirancang /telah dilaksanakan).
ii.
Penilaian Impak
Penilaian yang digunakan untuk mengukur kesan program secara
langsung atau dalam kadar segera yang boleh digunakan pada sesuatu
peringkat program yang selesai dilaksanakan. (huraikan berdasarkan
program yang dirancang /telah dilaksanakan).
iii.
Penilaian Hasil
Penilaian yang digunakan untuk mengukur hasil atau perubahan yang
dapat dicapai dalam jangka masa panjang yang dapat dinilai dari segi
peningkatan kualiti hidup, ekuiti atau keadan persekitaran. (huraikan
berdasarkan program yang dirancang /telah dilaksanakan).
3.8

FASA 8 Kesan Penilaian


Huraikan mengenai kesan atau perubahan yang dijangkakan akan /
telah berlaku hasil daripada program yang dirancang tersebut.
Contoh :

Dalam fasa ini, kesan penilaian difokuskan kepada tingkah laku


kesihatan yang berjaya diubah seperti peningkatkan pengetahuan
mengenai kesihatan, sikap positif terhadap kesihatan kendiri dan
pengamalan gaya hidup sihat.

Pemantauan dilaksanakan melalui pemerhatian dan tinjauan guru


terhadap perubahan tingkah laku murid yang banyak meminum air
kosong Selain itu, mendapati ramai murid tidak mengambil makanan
yang boleh mengundang penyakit dan mengundang ke arah
kegemukan. Kebanyakan murid sebelum ini minum minuman air yang
bergula tetapi selepas beberapa aktiviti yang dilaksanakan di sekolah
tentang bahayanya obesiti ,murid-murid telah kurang mengambil
minuman yang bergula contohnya seperti milo,air kotak,air tin dan
sebagainya.
Selain itu,kerjasama daripada pihak kantin sekolah dengan menjual
makanan-makanan berkhasiat telah sedikit sebanyak membantu menangani
masalah penyakit di kalangan pelajar sekolah.
Perhimpunan mingguan persekolahan pada hari Isnin menjadi tumpuan
uatama pihak pentadbiran dan guru untuk sentiasa mengingatkan muridmurid tentang bahayanya dan kesan negatif obesiti. Guru bertugas mingguan
akan memberi ulasan tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan selalu
mengingatkan murid supaya mengamalkan gaya hidup sihat dalam
kehidupan seharian. Bilangan pemantauan dari guru yang ditugaskan akan
terus dilaksanakan agar amalan ini berterusan sehingga masa depan.

4.0
Cadangan
Cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan program yang dijalankan.
Cara masalah boleh diatasi
Bagaimana program tersebut boleh diteruskan / disemak semula/
diberhentikan dll.
5.0

Penutup

Jika anda memilih masalah yang lain dan juga berpandukan kepada model
selain daripada yang dibincangkan, ANDA boleh mengulas atau
menghuraikan mengikut cara yang sama seperti di atas atau mengikut
kreativiti dan kefahaman masing-masing.
Harap menjawab persoalan anda.
TQ