Anda di halaman 1dari 24

Organisasi Kesihatan

UNIT 6
ORGANISASI KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Mengulas definisi organisasi kesihatan dan peranannya dalam sistem masyarakat dunia.
2. Menjelaskan peranan dan fungsi organisasi multilateral, organisasi bilateral, dan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam penjagaan kesihatan jangka panjang.
3. Membincangkan cabaran organisasi kesihatan antara bangsa dalam pelaksanaan
program kesihatan.

PETA KONSEP TAJUK


ORGANISASI
KESIHATAN

Organisasi

Peranan
Organisasi
Kesihatan

Organisasi Kesihatan
di Malaysia
Organisasi
Multilateral

Teori Organisasi
Struktur Organisasi
Jenis Struktur
0rganisasi

Organisasi
Bilateral
Organisasi
Bukan Kerajaan
NGO

Kementerian
Kesihatan
Malaysia

116

Organisasi Kesihatan

Rajah 6.1: Bentuk Struktur Organisasi


Kita hidup dalam dunia organisasi - kerja, universiti, kelab, kesatuan sekerja, badan-badan
profesional, sekolah, kedai-kedai, dan sebagainya. Bagi memahami bagaimana sesebuah
organisasi berfungsi, anda tidak semestinya perlu menjadi seorang pengurus. Sebagai individu,
pengetahuan dan minat terhadap teori organisasi membolehkan anda memahami bagaimana
sesebuah organisasi beroperasi. Teori Organisasi boleh membantu menjelaskan bagaimana
mereka bekerja dan mengapa mereka bekerja dalam cara yang mereka lakukan.

Apakah yang boleh anda perhatikan melalui Rajah 6.1 di atas jika dikaitkan dengan
organisasi dan juga pengurusan? Jelaslah di sini bahawa organisasi terdiri daripada kumpulan
pengurus dan juga pekerja. Mereka berganding sama untuk mencapai hasrat atau matlamat yang
ditetapkan. Jika diperhatikan, mengapakah kumpulan pengurus lebih kecil bilangannya
berbanding dengan mereka yang diurus?
Sekarang, cuba pula bayangkan bagaimanakah keadaannya apabila sebuah kapal mempunyai
jumlah nakhoda yang melebihi daripada anak kapal? Agak-agak anda, apakah rintangan dan
cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka? Adakah mereka berjaya sampai ke destinasi yang
ingin dituju?

117

Organisasi Kesihatan

PENGENALAN
Kesihatan yang baik penting untuk kebahagiaan dan kesejahteraan manusia. Populasi yang sihat
memiliki jangka hayat yang lebih lama, lebih produktif, dan sebagai penyumbang utama kepada
kemajuan ekonomi sesebuah negara. Masa depan yang mampan akan dihuni oleh orang yang
sihat, hidup dalam masyarakat yang sihat, dan dalam lingkungan peluang sumber dan had
persekitaran semula jadi yang sihat. Pandangan holistik kesihatan ini bermakna bahawa
kesihatan rakyat, kesihatan komuniti dan kesihatan alam semula jadi berkait rapat - pada skala
tempatan, nasional dan global.
Hubungan yang kompleks antara faktor-faktor sosial, ekonomi, ekologi dan politik dan lain-lain
aspek kesejahteraan sosial memberikan pengaruh kepada kesihatan manusia seterusnya
menentukan kualiti hidup mereka. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa isu-isu alam sekitar,
pembangunan, dan kesihatan berkait rapat dan saling mempengaruhi di antara satu dengan yang
lain. Justeru, pra-syarat untuk masa depan yang mampan perlu dicirikan oleh penduduknya yang
sihat dan persekitaran yang selamat.
Walaupun teknologi secara amnya telah menambah baik amalan perubatan dan kesihatan, tidak
semua orang mempunyai akses atau kualiti yang sama kepada penjagaan kesihatan. Cuba
fikirkan mengapa situasi berikut masih berlaku dalam dunia hari ini:

wanita miskin kurang akses kepada mamogram untuk mengesan kanser payudara,
walaupun mereka adalah calon yang layak untuk pemeriksaan.

orang kaya hidup lebih lama daripada orang miskin. Misalnya, golongan kaya di Amerika
Syarikat hari ini hidup kira-kira 4.5 tahun lebih lama daripada orang miskin (Robert,
2008).

Selain itu, golongan kaya dan berpendidikan lebih cenderung untuk mengambil peluang
daripada kemajuan dalam bidang sains perubatan dan teknologi, yang mempengaruhi
penurunan dalam kadar merokok, yang secara langsung meningkatkan kesihatan.

Secara umumnya, perbezaan / jurang kesihatan antara kumpulan-kumpulan etnik dan kaum dapat
dilihat melalui tiga aspek utama iaitu: perbezaan dalam ciri-ciri sosioekonomi dan alam sekitar,
halangan yang dihadapi apabila cuba untuk mengakses ke dalam sistem penyampaian penjagaan
kesihatan, dan kualiti penjagaan kesihatan yang diterima. Perkara ini telah menarik perhatian

118

Organisasi Kesihatan
dalam bidang sosiologi kesihatan dan perubatan, yang berkaitan dengan penyebaran
perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh dunia, dalam ketidakseimbangan tertentu dalam
penjagaan kesihatan, dan bagaimana konsep kesihatan telah berubah dari masa ke masa.
Penjagaan kesihatan (atau kesihatan) adalah satu industri yang berkaitan dengan pencegahan,
rawatan dan pengurusan penyakit bersama-sama dengan promosi mental dan fizikal
kesejahteraan melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh profesion perubatan dan kesihatan.
Kesihatan adalah salah satu industri terbesar dan paling pesat berkembang di dunia, mengambil
lebih daripada 10 peratus daripada keluaran dalam negara kasar negara-negara yang paling
maju.
Pada tahun 2000, kos penjagaan kesihatan yang dibayar kepada hospital, doktor, makmal
diagnostik, farmasi, pengeluar peranti perubatan dan komponen-komponen lain dalam sistem
penjagaan kesihatan yang digunakan melibatkan kira-kira 14 peratus daripada keluaran negara
kasar Amerika Syarikat, yang terbesar di mana-mana negara di dunia. Bagi negara-negara G8
(lapan negara-negara yang paling maju di dunia) purata ialah kira-kira sembilan peratus.

ISI KANDUNGAN
Memahami Organisasi
Definisi organisasi
Organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam
suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Organisasi juga bererti suatu
sistem dalam sesuatu aktiviti dan tingkah laku bagi membolehkan manusia dan / atau mekanisme
mereka untuk mencapai matlamat dan objektif - fungsi bersama yang memiliki ciri-ciri manusia
dan ciri persekitaran kerja.
Terdapat beberapa teori organisasi yang telah dikemukakan sejak lama dahulu. Namun begitu,
bukan tujuan Modul ini untuk mengupas secara mendalam setiap teori-teori organisasi tersebut.
Untuk itu, bagi lebih memudahkan pemahaman tentang teori organisasi, kita boleh
mengklasifikasikan teori tersebut mengikut 3 kategori iaitu Teori Organisasi Klasik, Teori
Neoklasik dan Teori Moden.

119

Organisasi Kesihatan
Teori Organisasi Klasik biasanya disebut sebagai teori tradisional atau disebut juga teori mesin.
Teori ini berkembang mulai abad 19. Dalam teori ini organisasi digambarkan sebagai sebuah
lembaga / badan yang berpusat dengan tugas-tugasnya yang khusus serta digambarkan sebagai
struktur mekanisme yang kaku dan tidak mengandungi kreativiti. Teori klasik ini juga berbagaibagai, antaranya Teori birokrasi yang dibangunkan dari ilmu sosiologi dan dikemukakan oleh Max
Weber, Teori pentadbiran dan Pengurusan Saintifik.
Kemudian daripada itu, muncul pula Teori Neoklasik yang juga dikenali dengan teori hubungan
manusiawi. Teori ini muncul akibat ketidakpuasan dengan teori klasik dan merupakan
penyempurnaan dari teori klasik. Teori ini menekankan kepentingan aspek psikologi dan sosial
pekerja sebagai individu atau kumpulan kerja. Teori moden muncul pada tahun 1950 sebagai
akibat ketidakpuasan kedua-dua teori sebelumnya (teori klasik dan neoklasik). Teori ini sering
diistilahkan sebagai teori penganalisis sistem atau teori terbuka yang menggabungkan antara teori
klasik dan teori neoklasik.
Teori organisasi moden melihat bahawa semua unsur organisasi sebagai satu kesatuan yang
saling bergantung dan tidak boleh dipisahkan. Organisasi bukan sistem tertutup yang berkaitan
dengan persekitaran yang stabil, tetapi merupakan sistem terbuka yang berkaitan dengan
persekitaran dan organisasi harus dapat menyesuaikan dengan persekitaran untuk tujuan
kelangsungannya.
Organisasi adalah 'sistem adaptif kompleks' (complex adaptive systems) yang digunakan oleh
manusia, tugas-tugas dan teknologi untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Teori Organisasi merujuk kepada bagaimana organisasi distrukturkan dan bagaimana mereka
diuruskan. Struktur organisasi sumber-sumber dan aset, dan mewakili pembahagian dan
pengagihan kerja di kalangan ahli (pengurus dan pekerja) organisasi, dan penyelarasan aktivitiaktiviti mereka dalam apa-apa cara yang menjurus untuk mencapai matlamat dan objektif yang
telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi.
Pengurusan pula merujuk kepada bagaimana organisasi menguruskan struktur, sumber-sumber
dan aktiviti-aktiviti di dalam organisasi dan bagaimana ia mengukur dan memantau prestasi yang
terhasil ke arah mencapai matlamat dan objektif yang ingin dicapai oleh organisasi.

120

Organisasi Kesihatan
Teori Organisasi cuba untuk menjelaskan bagaimana organisasi berfungsi dengan menentukan
ciri-ciri umum organisasi atau kumpulan bahagian organisasi, dengan mengumpul data tentang
mereka, dan dengan menganalisis, menilai 'what works where - and why!. Adalah penting untuk
memahami bahawa struktur dan pengurusan organisasi adalah berbeza - berbeza dengan sektor
mereka di mana ia beroperasi (awam, swasta, sukarela) dan berbeza dengan pelbagai konfigurasi
pihak berkepentingan, juga berbeza dengan matlamat tertentu dan objektif strategik yang telah
ditetapkan oleh mereka.

Struktur organisasi
Struktur adalah corak hubungan antara kedudukan dalam organisasi dan di kalangan ahli
organisasi. Tujuan struktur adalah pembahagian kerja di kalangan ahli-ahli organisasi, dan
penyelarasan aktiviti-aktiviti mereka supaya mereka terarah untuk mencapai matlamat dan objektif
organisasi yang sama. Struktur menentukan tugas dan tanggung jawab, peranan kerja dan
hubungan dan saluran komunikasi, akauntabiliti bagi bidang kerja yang dijalankan oleh kumpulan
dan ahli individu dalam organisasi.

Objektif struktur organisasi

penyelarasan bahagian yang berlainan dalam organisasi dan bidang kerja yang berbeza

prestasi organisasi yang berkesan dan cekap, termasuk penggunaan sumber

memantau aktiviti-aktiviti organisasi

fleksibiliti untuk bertindak balas terhadap perubahan faktor persekitaran

kepuasan sosial ahli-ahli organisasi.

Jenis struktur organisasi


Pada asasnya struktur organisasi adalah proses di mana misi organisasi dibahagikan kepada
peranan berasingan (discrete) dan tugas-tugas individu dalam organisasi. Terdapat pelbagai cara
untuk berbuat demikian. Pada dasarnya, semua bermula dengan aktiviti-aktiviti utama dalam
organisasi dan kemudian mengagihkan / memperuntukkan peranan / tugas kepada individu. Jenis
struktur organisasi boleh dibahagikan kepada kategori seperti berikut:

121

Organisasi Kesihatan
Jadual 6.1: Jenis Struktur Organisasi
Jenis struktur
Organisasi

kelebihan
penggunaan

Kefungsian
functional

Produk / perkhidmatan
product / service
Geografi
Geographical
Divisyen
Divisional

Matriks
Matrix

dan penyelarasan
kumpulan orang yang
mempunyai kepakaran teknikal /
khusus
meningkatkan pembangunan dan
peluang kerjaya bagi orangorang di jabatan-jabatan
peningkatan kepelbagaian
kebolehsuaian meningkat jika
perkhidmatan / produk
memerlukan pengetahuan
teknikal atau peralatan besar
lebih responsif kepada isu-isu
tempatan / serantau yang
berbeza budaya, negara / negeri
dan undang-undang
kawalan strategik korporat
dengan pengeluaran dan
pemasaran bebas pada divisyen
menggabungkan komunikasi dan
kuasa
kestabilan dan kecekapan
(struktur mekanistik) dengan
fleksibiliti dan formal (struktur
organik)
menekankan kepentingan
terhadap matlamat projek

kelemahan
menggalakkan

konflik dalaman oleh


pihak yang berkepentingan

menggalakkan

konflik

perkhidmatan
bagi organisasi untuk
menyesuaikan diri dengan
kepelbagaian produk /
perkhidmatan
boleh membawa kepada
percanggahan lokaliti / serantau
antara satu sama lain

sukar

konflik antara ketua projek dan


pemimpin mengenai sumber
Projek boleh terjejas jika ahli-ahli
projek serta pemimpin berkonflik
tidak bertolak ansur dengan
kepelbagaian

Mengapa penting mengetahui tentang Teori Organisasi?


Teori Organisasi adalah amat berguna untuk orang-orang yang menguruskan organisasi, atau
yang bercita-cita untuk berbuat demikian pada masa hadapan. Tetapi sama ada atau tidak anda
seorang pengurus, jika anda bekerja di sektor kesihatan awam, anda akan bekerja dengan
organisasi - hospital, badan amal, dan lain-lain. Atas dasar itu, anda perlu untuk memahami
tentang organisasi.
Malah jika anda tidak bercita-cita untuk menjadi pengurus, teori organisasi harus menarik minat
anda. Teori Organisasi boleh membantu menjelaskan bagaimana mereka bekerja dan mengapa
mereka bekerja dengan cara yang mereka lakukan. Memahami bagaimana mereka bekerja juga
membolehkan anda untuk mendapatkan yang terbaik daripada setiap seorang daripada mereka!

122

Organisasi Kesihatan
Pengetahuan tentang organisasi membolehkan pengurus untuk melihat organisasinya dan setiap
permasalahan yang dihadapi dengan lebih teliti. Biasanya, banyak manfaat yang dapat dipelajari
dengan mengkaji tingkah laku dalam organisasi lain melalui perspektif yang lebih luas. Ia dapat
membantu kita untuk menjelaskan apa yang berlaku dalam organisasi kita sendiri dan untuk
mengenal pasti penyelesaian yang mungkin untuk menangani atau menghadapi cabaran, isu-isu
dan masalah, dengan syarat penyelesaian yang dipilih mengambil kira budaya dan lain-lain aspek
penting dan tidak hanya replikasi atau pelaksanaan berdasarkan pada apa yang dilakukan di
tempat lain.
Organisasi, terutama organisasi yang besar secara amnya 'kompleks', yang mempunyai banyak
aspek dan bidang yang saling berkaitan yang perlu diselaraskan, diurus bersama-sama untuk
mencapai kecekapan dan keberkesanan dalam mencapai matlamat dan objektif yang digariskan.
Organisasi juga perlu 'penyesuaian', mereka perlu bertindak balas kepada perubahan yang
berterusan dalam persekitaran di mana mereka beroperasi seperti politik, sosial, ekonomi dan
teknologi yang bersama-sama membentuk persekitaran di mana organisasi beroperasi.
Drucker (1998) mencadangkan kriteria untuk organisasi yang berkesan yang antaranya adalah
struktur mereka harus mengandungi bilangan ahli di peringkat pengurusan yang lebih kecil, dan
struktur organisasi harus menggalakkan latihan dan ujian untuk menghasilkan pengurus
organisasi pada masa hadapan.

Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi kesihatan?


Organisasi kesihatan merupakan satu unit sosial orang, sistematik, berstruktur dan diuruskan
untuk memenuhi keperluan atau untuk mencapai matlamat kolektif secara berterusan. Semua
organisasi mempunyai struktur pengurusan yang menentukan hubungan antara fungsi dan
kedudukan, dan membahagikan dan mewakilkan peranan, tanggung jawab dan kuasa untuk
menjalankan tugasan yang telah ditetapkan. Organisasi adalah sistem terbuka, justeru ianya
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh persekitaran luar sempadan mereka.
Organisasi, terutama organisasi yang besar secara amnya bersifat 'kompleks'. Mempunyai
banyak aspek yang saling berkaitan dan bidang yang perlu diselaraskan, diuruskan bersamasama untuk mencapai keefisienan dan keberkesanan dalam mencapai matlamat dan objektif yang

123

Organisasi Kesihatan
ditetapkan. Organisasi juga perlu berupaya untuk 'beradaptasi' atau menyesuaikan dengan
persekitaran. Organisasi perlu bertindak balas kepada perubahan yang berterusan dalam
persekitaran di mana mereka beroperasi. Contohnya keadaan politik, sosial, ekonomi dan
teknologi yang bersama-sama membentuk persekitaran di mana organisasi beroperasi.

Peranan yang dimainkan oleh organisasi kesihatan


Pada awal abad ke 21, pendidikan ramai kanak-kanak dan orang muda di seluruh dunia terjejas
oleh keadaan dan tingkah laku yang menjejaskan kesejahteraan fizikal dan emosi. Kebuluran,
malnutrisi, malaria, polio, penyalahgunaan dadah dan alkohol, keganasan dan kecederaan,
kehamilan tidak dirancang, HIV, AIDS dan penyakit kelamin merupakan antara beberapa masalah
kesihatan yang terpaksa dihadapi.
Justeru, pembuat dasar pendidikan dan guru perlu menerapkan aktiviti promosi kesihatan kepada
kanak-kanak untuk mencapai matlamat penghuni dunia yang mampan pada masa hadapan.
Sekolah dilihat bukan sahaja sebagai tempat untuk pembelajaran akademik semata-mata, tetapi
lebih daripada itu sebagai asas dalam penyediaan perkhidmatan dan pendidikan kesihatan.
Laporan Kesihatan Sedunia (World Health Reports) mendapati ramai terutama kanak-kanak
masih menderita kesan daripada penyakit yang boleh dicegah. Tambahan lagi, dua perkara
paling berbahaya yang kanak-kanak lakukan di kebanyakan tempat di dunia adalah untuk
menyedut udara (bernafas) dan meminum air. Tidak menghairankan apabila dua punca utama
inilah menyebabkan kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun ekoran kesan daripada
penyakit pernafasan dan cirit-birit.
WHO turut menganggarkan 6 juta orang di dunia menjadi buta oleh trakoma (trachoma), dan
hampir 150 juta orang berada dalam keperluan mendesak bagi mencegah daripada buta.
Keadaan sosioekonomi yang miskin seperti kesesakan penduduk (over-crowding), air dan sanitasi
yang tidak selamat menyebabkan jangkitan

trakoma sukar dikawal walaupun sebenarnya

jangkitan ini boleh dicegah.


Selain daripada merawat dan menyembuhkan pesakit, New Public Health memberi tumpuan
kepada aspek pencegahannya. Pendekatan ini memberikan perhatian kepada ketidaksamaan
ekonomi, masalah sosial dan isu-isu alam sekitar yang menyebabkan penyakit dan seterusnya

124

Organisasi Kesihatan
berusaha untuk menangani punca penyakit. Ini dilakukan dengan mewujudkan dasar,
perkhidmatan dan program-program pendidikan yang boleh mengelakkan berlakunya banyak
penyakit. Pendekatan ini membantu meningkatkan kemapanan ekologi dengan mewujudkan
keadaan udara dan air yang lebih bersih dan pengurusan sisa yang berkesan. Ia menyumbang
kepada kemapanan ekonomi kerana pencegahan penyakit adalah jauh lebih murah daripada kos
rawatan perubatan dan hospital.

Organisasi Kesihatan Antarabangsa dan Peranannya


Organisasi kesihatan berbeza dalam skop, dari peringkat tempatan sehinggalah global. Misalnya,
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) adalah sebuah organisasi
kesihatan pada peringkat global. Organisasi ini wujud untuk semua bidang kesihatan, seperti
perubatan, promosi kesihatan, dan pendidikan kesihatan.
Penubuhan organisasi kesihatan pada pelbagai peringkat ini sangat berkait dengan bantuan.
Bantuan kesihatan ini boleh dikategorikan dalam pelbagai bentuk. Antaranya, bantuan makanan,
bencana yang berkaitan dengan kesihatan, projek bekalan air dan sanitasi, bantuan kepada
organisasi kesihatan di negara membangun, pembangunan model sistem penjagaan kesihatan,
dan kempen-kempen menentang penyakit.
Bantuan dari Organisasi Kesihatan antarabangsa di negara-negara maju hanya meliputi kurang
daripada 5 % daripada jumlah kos penjagaan kesihatan di dunia membangun. Ini bermaksud,
hampir keseluruhan kos penjagaan kesihatan di dunia membangun ditanggung oleh negaranegara membangun sendiri.
Walau bagaimanapun, jumlah bantuan untuk negara yang sangat miskin adalah jauh lebih besar
daripada purata 5%. Menurut Bank Dunia, negara di sub-Sahara Afrika (kecuali Afrika Selatan)
menerima bantuan daripada negara penderma secara puratanya 20% daripada keseluruhan
perbelanjaan kesihatan. Manakala, bantuan lebih 50% daripada jumlah bil kesihatan diberikan
kepada lima negara yang sangat miskin iaitu Burundi, Chad, Guinea-Bissau, Mozambique, dan
Tanzania. Jelasnya, sebilangan besar organisasi (pelbagai saiz) memberikan bantuan kesihatan
antarabangsa. Perbincangan seterusnya adalah mengenai organisasi yang menyediakan
penjagaan kesihatan jangka panjang.

125

Organisasi Kesihatan

Organisasi Multilateral
Organisasi Kesihatan antarabangsa lazimnya dibahagikan kepada tiga kumpulan: organisasi
multilateral, organisasi bilateral, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Istilah multilateral
bermaksud pembiayaan datangnya daripada pelbagai kerajaan termasuk juga dari sumber
bukan kerajaan dan diagihkan atau diedarkan kepada negara-negara berbeza. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan organisasi kesihatan yang utama, dan semua
organisasi yang utama adalah sebahagian daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut Perlembagaan WHO (1948), matlamat utamanya adalah the attainment by all
peoples of the highest possible level of health".

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah organisasi terkemuka di dunia yang
menumpukan kepada peningkatan kesihatan di dunia yang dihuni oleh hampir tujuh bilion
orang. Beribu pejabat di Geneva, Switzerland, WHO bergabung dengan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB).
Beribu-ribu pakar-pakar kesihatan di seluruh dunia menyelaras pelbagai program untuk
memastikan bahawa lebih ramai orang, terutama orang-orang yang hidup dalam kemiskinan,
mempunyai akses yang sama terhadap penjagaan kesihatan, agar golongan ini dapat hidup
dengan lebih sihat, bahagia, dan produktif. Usaha-usaha murni oleh WHO sangat berjaya,
menyebabkan jangka hayat penduduk dunia terus meningkat.

Rajah 6.2 : Logo Pertubuhan Kesihatan Sedunia

126

Organisasi Kesihatan

Pengasasan WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah pengganti kepada Pertubuhan Kesihatan Liga
Bangsa-bangsa, yang telah ditubuhkan pada tahun 1921, selepas Perang Dunia I. Pada
tahun 1945, selepas Perang Dunia II, Bangsa-Bangsa Bersatu telah ditubuhkan. Keperluan
untuk sebuah organisasi global tetap yang menumpukan kepada aspek kesihatan menjadi
semakin mendesak. Satu perlembagaan tentang kesihatan telah diwartakan, dan WHO telah
ditubuhkan pada 7 April 1948, sebagai sebuah agensi khusus PBB. Kini, setiap 7 April
disambut sebagai Hari Kesihatan Sedunia sempena penubuhan rasmi WHO.

Struktur WHO
Kini, lebih daripada 8000 orang bekerja untuk WHO di pejabat di seluruh dunia. WHO diketuai
oleh beberapa ahli lembaga. Majlis Kesihatan Sedunia (World Health Assembly) yang terdiri
daripada wakil-wakil dari semua 194 negara anggota, adalah pembuat keputusan yang utama
dalam badan WHO. Setiap Mei, mereka meluluskan bajet organisasi dan keperluan utama
dan penyelidikan bagi tahun tersebut. Lembaga Eksekutif terdiri daripada 34 orang, terdiri
daripada terutamanya doktor, yang memberi nasihat kepada Majlis. Sekretariat terdiri
daripada beribu-ribu pakar perubatan dan pakar ekonomi. WHO juga diselia oleh Ketua
Pengarah, yang dipilih setiap lima tahun.

Geografi WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini terdiri daripada 194 ahli yang terdiri daripada 192 negara
merdeka dan ahli-ahli PBB. Dua lagi ahli-ahlinya adalah Kepulauan Cook dan Niue, yang
berada dalam jajahan New Zealand. Menariknya, Liechtenstein bukan ahli WHO. Dalam
usaha untuk memudahkan pentadbiran, WHO dibahagikan kepada enam wilayah, masingmasing dengan pejabat serantau sendiri - Afrika, (Brazzaville, Congo) Eropah (Copenhagen,
Denmark), Asia Tenggara (New Delhi, India), Amerika (Washington, DC, Amerika Syarikat),
Mediterranean Timur (Kaherah, Mesir), dan Pasifik Barat (Manila, Filipina). Bahasa-bahasa
rasmi WHO adalah bahasa Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Sepanyol, dan Rusia.

127

Organisasi Kesihatan

WHO dan kawalan penyakit


Satu asas utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah pencegahan, diagnosis, dan rawatan
penyakit. WHO menyiasat dan merawat orang ramai yang menderita akibat polio, HIV / AIDS,
malaria, batuk kering, radang paru-paru, influenza, campak, kanser, dan penyakit lain. WHO
telah memberikan vaksinasi terhadap penyakit yang boleh dicegah kepada berjuta-juta rakyat
di seluruh dunia.
Dalam dekad yang lalu, WHO berusaha keras untuk mengenal pasti punca SARS (Sindrom
Pernafasan Akut yang Teruk) pada tahun 2002 dan virus H1N1 pada tahun 2009. WHO
memberi antibiotik dan ubat-ubatan dan bekalan perubatan. WHO memastikan bahawa lebih
ramai orang mempunyai akses kepada air minuman yang selamat, perumahan dan
kebersihan sistem sanitasi yang lebih baik, serta doktor dan juru rawat yang terlatih.

Promosi Gaya Hidup Sihat dan Selamat


WHO mengingatkan semua orang supaya mempunyai tabiat yang sihat seperti tidak
merokok, mengelakkan dadah dan alkohol yang berlebihan, bersenam, dan pemakanan yang
sihat untuk mencegah malnutrisi dan obesiti. WHO membantu wanita semasa mengandung
dan melahirkan anak. Mereka berusaha supaya lebih ramai wanita mempunyai akses kepada
penjagaan pranatal, tempat-tempat steril, dan kontrasepsi. WHO juga membantu dalam
pencegahan kecederaan di seluruh dunia, terutamanya kematian lalu lintas.

Pelbagai isu kesihatan yang lain


Pertubuhan Kesihatan Sedunia berjanji untuk membantu orang meningkatkan kesihatan dan
keselamatan mereka alami beberapa bidang yang lain. WHO meningkatkan penjagaan gigi,
rawatan kecemasan, kesihatan mental, dan keselamatan makanan. WHO ingin mewujudkan
persekitaran yang lebih bersih yang kurang ancaman seperti pencemaran.
WHO membantu mangsa bencana alam dan peperangan. Mereka juga menasihatkan orang
ramai mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa dalam perjalanan
(traveling). Dibantu oleh GIS dan teknologi lain, WHO mewujudkan peta terperinci dan
penerbitan tentang statistik kesihatan, seperti Laporan Kesihatan Sedunia.

128

Organisasi Kesihatan

Kumpulan penyokong WHO


Pertubuhan Kesihatan Sedunia dibiayai oleh sumbangan daripada semua negara-negara
anggota dan derma daripada dermawan, seperti Bill dan Melinda Gates Foundation. WHO
dan PBB bekerjasama rapat dengan pertubuhan-pertubuhan antara bangsa yang lain seperti
Kesatuan Eropah (EU), Kesatuan Afrika (AU), Bank Dunia, dan UNICEF.

Ihsan dan kepakaran WHO


Untuk lebih daripada enam puluh tahun, diplomatik dan ihsan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
telah mendorong kerajaan untuk bekerjasama meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan
ramai orang. Ahli-ahli terutamanya daripada negara-negara yang paling miskin dan paling
lemah telah mendapat manfaat daripada penyelidikan dan pelaksanaan standard WHO. WHO
telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa, dan sentiasa bersiap siaga untuk masa depan.
WHO pastinya akan mendidik lebih ramai orang dan merangka lebih banyak penawar supaya
tiada siapa yang menderita disebabkan oleh ketidakseimbangan ilmu perubatan dan
kekayaan.

Organisasi Bilateral
Merupakan agensi-agensi kerajaan dalam sebuah negara yang memberikan bantuan kepada
negara-negara membangun. Contoh agensi terbesar dalam kategori ini adalah United States
Agency for International Development (USAID).

Rajah 6.3: Logo United States Agency for International Development (USAID)

129

Organisasi Kesihatan
Kebanyakan negara-negara perindustrian turut mempunyai agensi kerajaan yang sama.
Negara-negara yang menerima derma dan jumlah yang diterima daripada agensi bilateral /
dua hala sering ditentukan atas sebab-sebab politik dan sejarah. Contohnya, Perancis
menumpukan kepada bekas negara jajahan, dan Jepun memberikan kebanyakannya kepada
negara-negara membangun di Asia.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)


Juga dikenali sebagai organisasi swasta sukarela (PVOs), menyediakan kira-kira 20%
daripada bantuan kesihatan kepada negara-negara membangun. Kebanyakan organisasi ini
agak kecil, kebanyakannya bergabung dengan gereja. Peranan dan fungsi yang dimainkan
oleh hospital dan klinik yang dikendalikan oleh mubaligh (missionary societies) adalah sangat
penting di negara-negara yang sangat miskin. Hospital mubaligh adalah lebih berkesan
daripada kemudahan kesihatan kerajaan.
Data-data yang diperoleh daripada Uganda menunjukkan doktor di hospital missionary
merawat lima kali ganda lebih ramai pesakit berbanding hospital kerajaan, dan juru rawatnya
merawat dua kali ganda bilangan pesakit berbanding juru rawat kerajaan. NGO terbesar
dikhaskan untuk kesihatan antarabangsa di Amerika Syarikat adalah Project Hope, dengan
bajet tahunan melebihi $ 100 juta. Di seluruh dunia, NGO yang paling penting dalam
penjagaan kesihatan jangka panjang antarabangsa mungkin Oxfam International. Diasaskan
di United Kingdom pada tahun 1943, ia kini mempunyai sekutu di 10 negara-negara lain,
termasuk Amerika Syarikat.

130

Organisasi Kesihatan

Rajah 6.4 : Pelarian di kem Jamam, Selatan Sudan beratur untuk menerima baldi dan sabun
sebagai sebahagian daripada kempen kesihatan awam Oxfam International
(Sumber: http://blogs.oxfam.org/)

Cabaran Pelaksanaan Program Kesihatan


Bagi tempoh 1994-95 jumlah bajet WHO adalah 1.872 billion. Hampir separuh daripada
peruntukan tersebut (628 juta) tertumpu kepada pencegahan penyakit dan program kawalan.
Item bajet terbesar adalah program untuk pencegahan dan kawalan AIDS dan lain-lain
penyakit kelamin, diikuti dengan program bersepadu kawalan penyakit tropika, dan
penyelidikan penyakit tropika.
Program yang turut memperuntukkan belanjawan terbesar adalah dalam bidang infrastruktur
sistem kesihatan - pembangunan sistem kesihatan, organisasi sistem kesihatan berdasarkan
penjagaan kesihatan utama, pembangunan sumber manusia untuk kesihatan, dan maklumat
dan pendidikan awam untuk kesihatan. Menurut WHO (2011), bagi tempoh 2010-2011 pula,
jumlah bajet telah meningkat kepada 4.54 billion. Peningkatan ini banyak disalurkan untuk
program pencegahan penyakit berjangkit (communicable diseases).
Laporan ini turut mendedahkan perubahan dalam profil risiko di negara-negara membangun.
Risiko kesihatan global berada dalam fasa peralihan, di mana kadar kesuburan semakin

131

Organisasi Kesihatan
menurun. Manakala kematian dari penyakit berjangkit pada usia muda turut berkurangan. Hal
ini dapat dilihat daripada piramid penduduk yang mana bilangan penduduk dikuasai oleh
golongan tua (population ageing). Pada masa yang sama, corak aktiviti fizikal, pemakanan,
alkohol, dan penggunaan tembakau turut berubah. Negara-negara berpendapatan rendah dan
sederhana kini menghadapi peningkatan dalam penyakit kronik di samping penyakit
berjangkit.
Laporan Risiko Kesihatan Global (Global Health Risks) oleh WHO mengenal pasti kematian
global dan serantau dan beban penyakit yang dikaitkan dengan 24 risiko kesihatan. Faktorfaktor risiko terdiri daripada risiko alam sekitar seperti pendedahan kepada asap daripada
penggunaan bahan api pepejal tertutup, risiko metabolik seperti tekanan darah tinggi. Laporan
ini mendapati lima faktor risiko utama (kekurangan berat badan kanak-kanak, seks yang tidak
selamat, penggunaan alkohol, air yang tidak selamat dan sanitasi, dan tekanan darah tinggi)
adalah bertanggungjawab untuk satu perempat daripada semua kematian di dunia. Kejayaan
dalam mengurangkan pendedahan kepada lima faktor-faktor risiko akan meningkatkan jangka
hayat global hampir 5 tahun.

Rajah 6.5: Model Peralihan Demografi (Demographic Transition Model)


Berdasarkan kepada rajah 6.5 di atas, apakah yang cuba dijelaskan oleh Model
Peralihan Demografi tersebut? Melalui rajah yang sama, kita dapati kadar kematian semakin
menurun dalam fasa transisi dan pada fasa moden. Pada pendapat anda, apakah kaitannya di
antara kadar kematian yang semakin menurun dengan organisasi kesihatan. Huraikan.

132

Organisasi Kesihatan

Organisasi Kesihatan Di Malaysia


Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia adalah kementerian yang diwujudkan di bawah
kerajaan Malaysia, dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia.

Visi dan Misi Kementerian Kesihatan Malaysia


Visi
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

Misi
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i.

untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan

menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga

mengambil tanggung jawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

mengutamakan pelanggan saksama

tidak membebankan

cekap

wajar mengikut teknologi

boleh disesuaikan mengikut persekitaran

inovatif

iii. dengan menekankan:

sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan

sifat menghormati maruah insan

penglibatan masyarakat

133

Organisasi Kesihatan

Organisasi
Kementerian Kesihatan Malaysia terdiri daripada pelbagai agensi:

Bahagian Peringkat Kementerian

Jabatan Kesihatan Negeri / Wilayah

Pejabat Kesihatan Daerah / Wilayah

Institut (contoh: Institut Kesihatan Umum)

Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Contoh : Kolej Sains


Kesihatan Bersekutu, Kolej Kejururawatan, Kolej Juru rawat Masyarakat, Kolej Latihan
Pergigian Malaysia & Pusat Pergigian Kanak-kanak

Hospital

Klinik Kesihatan dan Pergigian Kerajaan (Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Poliklinik
Komuniti, Jabatan /Unit Pesakit Luar)

Makmal Kesihatan Awam

Rajah 6.6 : Carta Organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2013


(Sumber: http://www.moh.gov.my/)

134

Organisasi Kesihatan

Latar belakang KKM


Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi.
Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri
perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk
mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di
Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15
buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim
River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat
Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.
Pada tahun 1880, Hospital Taiping iaitu antara hospital tertua di negara ini dibina dan dikenali
sebagai Hospital Yeng Wah. Hospital Taiping turut mencatat sejarah kerana menjadi hospital
pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada
umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. Selain penubuhan hospital, tren penyakit
berjangkit seperti malaria dan beri-beri, yang kerap berlaku mendorong kepada penubuhan
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada tahun 1900. Kewujudan IMR adalah bertujuan
untuk membuat kajian mengenai penyebab penyakit berjangkit ini dan kaedah untuk
mengawal jangkitan terutama penyakit tropika.
Bukan itu sahaja, kebimbangan kemungkinan merebaknya penyakit ekoran daripada
kekurangan zat makanan, penyakit cacar dan penyakit anjing gila juga mengukuhkan
keperluan IMR ditubuhkan di negara ini. Bermula dari itu, kerja-kerja penyelidikan dan
perkhidmatan rancak dijalankan dan pada tahun 1928, Bahagian Entomologi dan Badan
Penasihat Malaria ditubuhkan. Menyusul selepas itu, diwujudkan pula Bahagian Pemakanan
dan Biokimia, Bakteria serta Patologi.
Sejarah perkhidmatan kesihatan turut dicatatkan di Sarawak. Ia bermula ketika era Raja
Brooke di mana hospital dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah
dan keluarga mereka. Gadis-gadis tempatan juga dilatih menjadi juru rawat dan bidan di
Kuching. Semasa zaman kolonial, perkhidmatan di negeri tersebut telah memfokuskan kepada
rawatan perubatan di kawasan bandar. Dalam pada itu, perkhidmatan kesihatan di Sabah
ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company yang memerintah negeri itu dari tahun
1881 hingga 1942.

135

Organisasi Kesihatan
Sejarah perkhidmatan kesihatan juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian di
Malaya dengan tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929 di Jalan
Silang ( dahulu dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur. Untuk memastikan
rakyat menikmati perkhidmatan pergigian yang lebih baik, Kolej Latihan Juru rawat Pergigian
telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Pulau Pinang untuk melatih juru rawat, teknologi
pergigian dan pembantu pembedahan pergigian.
Manakala Kolej Kejururawatan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan Pulau
Pinang iaitu pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama juru rawat iaitu pada 16
Julai 1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah
Kejururawatan Pulau Pinang. Kolej ini telah dimulakan dengan kurikulum baru iaitu Latihan
Asas, Latihan Pos Basik iaitu Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus Perawatan Rapi,
Kursus Koronari dan Kursus Perioperatif.
Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta merupakan Institusi kedua yang diwujudkan di
Semenanjung Malaysia untuk melatih para Pembantu Perubatan demi untuk memenuhi
keperluan perkhidmatan dan kesihatan di Malaysia secara amnya. Kolej Pembantu Perubatan
yang lain terletak di Seremban, Kuching, dan Alor Star. Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta
secara rasminya telah beroperasi pada 1 Januari 1992 dengan kehadiran 6 orang tenaga
pengajar.
Pada 13 Januari 1992, Kolej ini telah memulakan latihan asas Pembantu Perubatan dengan
kehadiran 50 peserta. Walau bagaimanapun sejarah kolej ini bermula lebih awal, iaitu pada
tahun 1956 dengan menyediakan latihan untuk Penolong Juru rawat. Seterusnya ia digunakan
untuk melatih Pembantu Hospital Rendah pada tahun 1970. Pada tahun 1992, Bahagian
Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan telah membuat keputusan untuk menjadikan kolej
ini sebagai sebuah latihan Pembantu Perubatan yang memberi latihan mengikut kurikulum
baru Pembantu Perubatan yang bertaraf diploma.
Dalam Rancangan Malaysia ke 7, kerajaan telah meluluskan pembinaan lima Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu (KSKB) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kolej-kolej tersebut
adalah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, dan
Ulu Kinta. KSKB menyediakan latihan daripada 6 disiplin iaitu Kejururawatan, Radiografi dan
Radioterapi, Fisioterapi, Juru pulih Cara kerja, Pembantu Farmasi dan Kesihatan Persekitaran.

136

Organisasi Kesihatan
Objektif KSKB ialah mengadakan Program Latihan Akademik Sains Kesihatan peringkat
separa profesional sesuai dengan keperluan guna tenaga manusia, terutama dalam bidang
Sains Kesihatan dan menanam sikap positif serta membentuk sahsiah murni, berinovasi serta
sentiasa bersedia menghadapi persaingan globalisasi dunia kerjaya bidang Sains Kesihatan.
Selepas merdeka, tumpuan kerajaan adalah lebih kepada mempertingkatkan sosio-ekonomi
penduduk luar bandar. Ketika mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1957, negara
mempunyai sebanyak 65 buah hospital. Sejak negara mendapat kemerdekaan, Kementerian
menunjukkan prestasi cemerlang dalam penjagaan kesihatan rakyat Malaysia. Dalam tempoh
20 tahun merdeka (1957 - 1977), perkembangan penjagaan kesihatan negara memberi
tumpuan utama kepada proses pembangunan dan menaik taraf perkhidmatan kesihatan sedia
ada. Ketika inilah Pusat Kesihatan Besar, Pusat Kesihatan Kecil, Rumah Bidan dan Klinik
mula dibina.
Perkembangan Perkhidmatan Farmasi mula berkembang dengan pembentukan Makmal Ubat
dan Stor di Petaling Jaya pada tahun 1964. Selaras dengan perkembangan farmaseutikal
yang pesat, maka Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) telah ditubuhkan pada tahun 1974
bagi menyampaikan perkhidmatan farmasi yang lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Di
bawah BPF, ditubuhkan Makmal Kawalan Kimia Ubat Kebangsaan (MKKUK), sebuah institut
yang bertanggungjawab menjalankan ujian untuk produk farmaseutikal. MKKUK ditukar nama
kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) pada tahun 1992 selaras
dengan perkembangan fungsinya sebagai agensi regulatori farmaseutikal dan sebagai
sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Kementerian Kesihatan juga turut memainkan peranan dalam pemulihan isu-isu sosial serta
pembangunan masyarakat, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditempatkan di bawah
Kementerian Kesihatan dalam dua tempoh yang berasingan iaitu dari tahun 1956 hingga 1957
dan 1960 hingga 1962. Semasa tempoh pergabungan tersebut, Kementerian dikenali sebagai
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat dengan menteri pertamanya ialah Dato'
V.T. Sambanthan (1957 - 1959). Namun bermula dari tahun 1963 Kementerian ditukarkan
semula kepada nama asal iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menteri ke empat
iaitu Y.B. Dato' Abdul Rahman Talib (1962 - 1964) yang mana nama tersebut terus kekal
sehingga sekarang.

137

Organisasi Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus berkembang dengan bertambahnya fasiliti
kesihatan pada setiap tahun. Kementerian juga menjadi rujukan dari negara-negara jiran
dalam pelbagai teknologi serta kaedah perubatan seperti bidang perubatan Kardiologi dan
Geriatrik. Kini fokus Kementerian Kesihatan menjadi lebih luas terutamanya dalam
menyediakan kemudahan kesihatan yang saksama, mudah diperoleh dan berkualiti.
Perkembangan ini selaras dengan perubahan corak kesihatan persekitaran, pembangunan
teknologi kesihatan globalisasi dan liberalisasi mengikut corak perubahan penyakit, kesihatan
persekitaran dan perkembangan teknologi di peringkat dunia (http://www.moh.gov.my/).

RUMUSAN
Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian terdahulu, organisasi kesihatan boleh berada
pada skala global dan setempat. Begitu juga, kita telah mengetahui tentang peranan dan
fungsi yang dijalankan oleh organisasi multilateral, bilateral dan organisasi bukan kerajaan
(NGO). Pada peringkat antarabangsa, kita telah meninjau peranan utama yang dimainkan
oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Pada skala tempatan pula, Kementerian Kesihatan
Malaysia merupakan organisasi kesihatan utama di negara ini. Manakala organisasi pada
peringkat sekolah pula akan dibincangkan pada bahagian yang lain dalam Modul ini.

KATA KUNCI
Organisasi Bilateral
Organisasi Kesihatan
Organisasi Multilateral
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Sistem Adaptif Kompleks
Struktur Organisasi
Teori Organisasi
Teori Organisasi Klasik

138

Organisasi Kesihatan

PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan peranan yang dimainkan oleh organisasi multilateral dalam penjagaan kesihatan
jangka masa panjang.
2. Jelaskan kepentingan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) berserta dengan contoh
organisasi berkenaan dalam penjagaan kesihatan di negara Malaysia.
3. Kenal pasti bahagian atau agensi dalam organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia yang
mempunyai kaitan secara langsung dengan penjagaan kesihatan di sekolah anda.
Jelaskan peranan bahagian atau agensi tersebut dalam setiap program atau penjagaan
kesihatan yang dijalankan.

RUJUKAN
Mapping the money: Unpacking the Global Humanitarian Assistance Report 2013. Atas Talian.
http://blogs.oxfam.org/en/blogs/13-08-06-mapping-money-global-humanitarian-assistance
-report-2013. (akses 7 Ogos 2013)
Child J. Organization. 2 ed. Paul Chapman, 1988.
Drucker Peter (1998) on The Profession Of Management' Harvard Business School Press
Mintzberg H. (1979). The Structuring of Organisations. Englewood Cliffs. N Jersey. Prentice Hall.
Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Atas Talian. http://www.moh.gov.my/.

139