Anda di halaman 1dari 18

3.1.

TANGGAPAN AWAL
Kebersihan Persekitaran Luar Sekolah
Hiasan Pintu Masuk Ke Sekolah
Suasana persekitaran sekolah yang terkawal

3.2. LANSKAP DAN KEGUNAAN KAWASAN ALAM SEKITAR SEKOLAH


*
Susun Atur (mempunyai maksud)

Bermatlamatkan Pendidikan

Tidak membahayakan Keselamatan


3.3.

KEGUNAAN KAWASAN
Kreativiti
Inovasi

FAEDAH JANGKA PENDEK/PANJANG


Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah
(3K) ini hampir berjaya sepenuhnya. Program ini dapat memberikan banyak faedah
untuk jangka pendek dan panjang kepada institusi persekolahan.
Antara faedah-faedah yang dapat diperolehi daripada pelaksanaan program ini ialah
dapat mewujudkan suasana institusi persekolahan yang baik, pelajar-pelajar dapat
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Suasana yang indah dan cantik
mampu memberi keyakinan dalam diri pelajar dan juga para guru dalam mewujudkan
sistem pendidikan.
Selain itu, dengan adanya program ini Sekolah Dalam Taman@ mampu menarik
perhatian sekolah-sekolah lain malah juga orang ramai.Ini juga menambahkan
keyakianan pihak sekolah dalam melaksanakan Dasar Falsafah Pendidikan Negara.
http://www.sabah.edu.my/sktun/pencapaian%20sekolah.html
Sunday, July 28, 2013
Program keceriaan sekolah - syarahan
( untuk ceramah, syarahan, ucapan, hafallah pantun sebagai pembuka bicara dan penutup bicara)
Sungguh rendah pohon cemara,
Bergayut kera di balik pohonan;
Lafaz Bismilah pembuka bicara,
Salam sejahtera saya ucapkan.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya lafazkan kepada Yang dipertua Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan BM, Tuan haji Muhammad bin Ali, barisan penolong-penolong
kanan , guru-guru, rakan pelajar sekalian, serta tuan-tuan dan puan-puan.
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah
kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan syarahan sempena sambutan Hari Alam Sekitar.
Sempena hari yang mulia ini, izinkanlah saya untuk memperkatakan maksud yang tersirat dalam program
3K, yaini keceriaan, keselamatan, dan kebersihan. Keceriaan jitu ditakrifkan sebagai amalan kudsi yang
dilakukan oleh sekumpulan individu yang beretika secara konsisten di institusi pendidikan. Program ini
semakin pudar dalam kalanga pelajar kerana kurangnya kesedaran permuafakatan dalam usaha untuk
mewujudkan sekolah yang ceria dan harmoni. Sampailah masa untuk menopang dagu dan merenungi
kepentingan program ini dalam gawang minda, apakah kemaslahatan program ini kepada warga sekolah?
Apakah usaha-usaha paling pragmatik untuk menceriakan sekolah? Tepuklah dada tanya selera.
Sidang dewan yang saya hormati,
Dari segi pandangan dan persepsi masyarakat, aktiviti rewang untuk membersihkan persekitaran
kawasan sekolah merupakan wadah yang mendatangkan dampak kepada setiap individu. Hal ini memanglah
wajar kerana amalan ini dapat mewujudkan sekolah yang ceria, sekali gus dapat menjanakan sahsiah diri
ampuh dalam kalangan anak didik. Amalan ini wajarlah dijadikan iktibar oleh semua warga sekolah kerana
sekolah akan dijauhi pembiakan wabak penyakit dan tempat pembiakan vektor penyakit juga akan
dibersihkan sama sekali. Kerjasama sesama warga sekolah bagai antan dengan lesung akan memudahkan
kerja yang rumit, di samping menyemarakkan nilai murni dan amalan mahmudah dalam lubuk kalbu setiap
warga sekolah. Alangkah baiknya sekiranya aktiviti bergotong-royong tetap digalakkan setiap bulan
mengikut kelas yang berbeza ataupun sebagai hukuman amal kepada pelajar yang bermasalah disiplin.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa hanya dengan usaha bagai bukit sama didaki, lurah sama dituruni akan
mewujudkan sekolah yang harmoni dan ceria.
Warga sekolah juga mesti berpegang pada slogan 'sekolahku, syurgaku' agar menyuntik semangat cinta
akan sekolah dalam atma setiap warga sekolah. Sukakan guru kerana ilmunya, sukakan gaharu kerana
harumnya. Pembangunan fizikal sesebuah sekolah mestilah seiring dengan pembangunan persekitaran yang
menghijau. Sebagai analoginya, sekolah dalam taman merupakan idaman setiap manusia supaya alam kita
terus dipelihara dan dilestarikan dengan pokok yang menghijau. Menurut kajian dan tinjauan dalam Laporan
Alam Sekitar, pencemaran akan melunturkan minat seseorang pelajar untuk belajar dengan selesa.
2

Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan pada pagi ini. Sebelum saya mengundurkan diri dari
pentas ini, terimalah serangkap pantun daripada saya:
Burung kelicap terbang sekawan,
Terbang segera dari pohon baiduri,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Izinkan saya untuk bermohon diri.Sekian, terima kasih.
http://cikguphong.blogspot.com/2013/07/program-keceriaan-sekolah-syarahan.html

UCAPAN PERASMIAN
YB DATO SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
SEMPENA MAJLIS ANUGERAH KANTIN DAN DEWAN MAKAN
SEKOLAH MENENGAH BERSIH 2011
PERINGKAT KEBANGSAAN
PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC)
PADA 23 APRIL 2012 (ISNIN)

Selamat pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,


1. Saya merasa amat berbangga serta bertuah kerana dapat bersama-sama dengan warga sekolah di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dalam suasana majlis yang penuh bersejarah dan cukup
meriah ini, iaitu Majlis Anugerah Kantin dan Dewan Makan Sekolah Bersih 2011 Peringkat
Kebangsaan. Ucapan terima kasih juga kepada tuan-tuan dan puan-puan yang turut sama hadir pada
pagi ini.
2. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah bukti sokongan dan keprihatinan terhadap satu isu yang
amat penting bagi saya, iaitu promosi keselamatan makanan di sekolah. Saya yakin tuan-tuan dan
puan-puan sedia maklum bahawa matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan
kepada warga sekolah khususnya guru sekolah, pengendali makanan di kantin sekolah serta
pengusaha dewan makan yang telah mengambil inisiatif bagi menangani masalah keracunan
makanan di sekolah khususnya di sekolah menengah.
Para hadirin sekalian,
3

1. Makanan yang selamat bermaksud makanan yang bebas daripada kuman berbahaya, racun dan
bahan toksik. Ia juga perlu bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain serta tidak
memudaratkan pengguna jika ia disediakan dan dimakan mengikut cara yang betul. Keracunan
makanan adalah penyakit yang berlaku akibat memakan makanan yang tercemar dengan kuman atau
bahan kimia. Tanda-tanda dan gejala keracunan makanan ialah loya dan muntah, memulas dan sakit
perut, cirit-birit, sakit di bahagian perut dan demam.
2. Pada tahun 2011, sebanyak 434 kejadian keracunan makanan telah dilaporkan di seluruh negara.
Daripada bilangan tersebut, 34% atau sebanyak 146 kejadian berlaku di sekolah, iaitu di 135 buah
sekolah. Seramai 5,218 orang pelajar telah terlibat dan ini merupakan 9.7% daripada sejumlah 53,650
orang pelajar yang terdedah. Daripada 146 kejadian keracunan makanan yang berlaku di sekolah, 55
kejadian, atau 38%, melibatkan makanan yang disediakan di dapur kantin sekolah manakala 91
kejadian atau 62% berpunca daripada makanan yang disediakan di dapur dewan makan sekolah.
3. Berdasarkan Laporan Awal Wabak Penyakit Bawaan Makanan dan Air Di Malaysia, terdapat
beberapa faktor penyumbang kepada keracunan makanan. Antaranya ialah pencemaran silang dari
tangan pengendali dan peralatan kepada makanan, tempoh penyimpanan makanan (holding time)
melebihi empat (4) jam pada suhu yang tidak sesuai, pengendali makanan yang tidak terlatih, proses
memasak yang singkat menyebabkan makanan tidak masak dengan sempurna (undercooked) dan
proses nyahbeku tidak sempurna bagi bahan mentah sejuk beku. Penyiasatan kejadian keracunan
makanan di sekolah pada tahun 2011 menunjukkan menu utama yang dikenalpasti menjadi punca
keracunan makanan ialah menu berasaskan mee, kueytiow dan nasi.
4. Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius mengenai kejadian keracunan makanan seperti
ini kerana kesannya kepada kesihatan pelajar akan menjejaskan prestasi pembelajaran akademik
mahupun kokurikulum mereka. Pada tahun 2011, sebanyak 146 premis yang terlibat dengan
keracunan makanan di sekolah telah diperiksa. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 72 (49.3%)
premis telah dikenakan notis penutupan sementara di bawah Seksyen 18(1) (d), Akta Kawalan
Penyakit Berjangkit 1988 dan 16 (11%) premis ditutup sementara di bawah Seksyen 11, Akta
Makanan 1983. Premis selebihnya dikenakan tindakan seperti arahan kerja pembersihan, diberi
taklimat keselamatan makanan dan tindakan kawalan dan pencegahan. Kementerian Kesihatan
Malaysia, melalui pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah, telah
meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di kantin dan dewan makan sekolah di mana berlaku
kejadian keracunan makanan dengan lebih kerap dan secara berkala.
Para hadirin yang dihormati sekalian,

1. Kantin dan dewan makan bersih bermaksud kantin dan dewan makan yang mempunyai ciri-ciri
persekitaran yang baik dan mempunyai rekod pengendalian dari bahan mentah sehingga makanan
sedia dimakan. Kantin dan dewan makanan yang bertanding mendapat markah pemeriksaan premis
tidak kurang daripada 85% dan melaksanakan pemeriksaan sendiri kebersihan kantin atau dewan
makan atau KENDIRI.
2. Pertandingan kantin dan dewan makan sekolah bersih merupakan salah satu usaha untuk menangani
kes keracunan makanan yang kerap berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah. Pertandingan
tersebut diadakan bagi melengkapkan promosi keselamatan makanan supaya pengendali makanan
mengamalkan tingkahlaku yang positif dalam semua aspek keselamatan makanan.
3. Saya difahamkan pertandingan kantin dan dewan makan sekolah bersih telah mendapat sambutan
yang baik dengan kerjasama padu yang telah diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bagi Pertandingan Kantin Sekolah Menengah Bersih Peringkat Kebangsaan, sebanyak 15 buah
kantin sekolah menengah telah bertanding di mana kantin yang menang di peringkat negeri termasuk
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mewakili negeri masing-masing. Bagi
Pertandingan Dewan Makan Sekolah Menengah Bersih Peringkat Kebangsaan pula, sebanyak 14
buah dewan makan sekolah menengah berasrama telah bertanding di mana dewan makan sekolah
yang menang di peringkat negeri mewakili negeri masing-masing.
4. Semua kantin dan dewan makan sekolah yang bertanding telah mengambil inisiatif bagi mencipta
inovasi dengan harapan untuk menjadi pemenang tempat pertama. Kantin dan dewan makan yang
bertanding di peringkat kebangsaan menunjukkan prestasi yang amat baik dan amat sukar untuk juri
memilih pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga! Pemenang tempat pertama akan menerima
hadiah sebanyak RM3,000 dan plak, tempat kedua sebanyak RM 2,500 dan plak manakala tempat
ketiga sebanyak RM2,000 dan plak. Syabas diucapkan kepada semua kantin dan dewan makan yang
layak ke pertandingan peringkat kebangsaan.
5. Dalam pertandingan tahun ini, penilaian yang dibuat mengambil kira aspek pemakanan, promosi
pendidikan kesihatan, inovasi, pematuhan kepada kontrak bekalan makanan dan menu makanan
asrama serta penilaian persepsi pelajar mengenai kantin dan dewan makan tempat mereka makan.
Aspek tersebut diambilkira supaya penilaian yang dibuat bersifat holistik dan merangkumi 360
darjah (360o) bagi memastikan ia adalah telus dan adil. Majlis hari ini tidak berakhir dengan
penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sahaja tetapi kantin dan dewan makan yang
menang perlu mengekalkan kebersihan dan dijadikan contoh di peringkat negeri dan kebangsaan.
Para hadirin yang dihormati sekalian,

1. Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan telah mewujudkan Pelan Tindakan Program
Keselamatan dan Kualiti Makanan Tahun 2012 yang komprehensif untuk mengurangkan kejadian
keracunan makanan di sekolah. Pelan tindakan ini diwujudkan dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran Malaysia, dan ia merangkumi aktiviti pemantauan dan pemeriksaan kantin dan dewan
makan sekolah bagi memastikan tahap kebersihan premis adalah memuaskan. Di samping itu,
Kementerian Kesihatan Malaysia bersama

dengan Kementerian Pelajaran Malaysia sedang

menjalankan Projek Perintis Intervensi Pendidikan Keselamatan dan Kualiti Makanan (PIPKKM) di
kantin dan dewan makan sekolah yang mempunyai sejarah kejadian keracunan makanan pada tahun
2010 hingga 2011.
2. Pada hari ini, Portal E-komuniti iaitu Kelab Laman Interaktif Keselamatan Makanan atau
singkatannya MOH KLIK akan dilancarkan. Portal ini merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan
Malaysia dan ia merupakan saluran kepada pelajar sekolah untuk mendapat maklumat mengenai
keselamatan makanan. Yang paling utama, warga sekolah boleh berinteraksi dengan pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui fan page dalam MOH KLIK. MOH membawa dua maksud
iaitu Ministry of Health dan jom atau mari dalam dialek negeri Perak. KLIK juga membawa dua
maksud iaitu clique (kumpulan atau geng) atau click pada tetikus komputer. Keahlian kelab ini
dibuka kepada semua warga sekolah secara percuma dan ahli boleh berinteraksi antara satu sama
lain. Mohlah kita mendaftar sebagai ahli MOH KLIK pada hari ini!
3. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada
semua pihak, terutamanya pihak penganjur iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri
Selangor, Universiti Teknologi MARA (UiTM), juri serta semua pihak yang telah memberikan
kerjasama dan komitmen untuk menjayakan majlis pada hari ini.
4. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Anugerah Kantin dan Dewan Makan
Sekolah Menengah Bersih 2011 Peringkat Kebangsaan.
Sekian, terima kasih
http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/itemlist/category/162-teks-ucapan

UCAPAN ALUAN
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
MAJLIS ANUGERAH KANTIN SEKOLAH BERSIH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
HOTEL MARRIOTT PUTRAJAYA
5 SEPTEMBER 2013 (KHAMIS)
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Menteri Kesihatan Malaysia
Yang Berhormat Dato Seri Dr. Hilmi bin Yahya
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan P.Panchanathan
Timbalan Menteri Pendidikan II
Yang Berbahagia Dato Dr.Hj Sufaat bin Tumin
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan(Operasi Pendidikan)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Yang Berbahagia Dato-Dato/Datin-Datin/Tuan-Tuan/Puan-Puan,
Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia
1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia kerana kesudian beliau bagi
meluangkan masa untuk hadir ke Majlis Anugerah Kantin Sekolah Bersih Peringkat Kebangsaan 2012 pada
hari ini. Terimakasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Seri Dr. Hilmi bin Yahaya, Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia dan Yang Berhormat Tuan P.Kamalanathan P.Panchanathan, Timbalan Menteri
Pendidikan II atas sokongan dan kehadiran ke Majlis pada pagi ini.
2. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan selaku pihak penganjur dan juga Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri,
Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, dan
Jabatan Kesihatan Negeri yang lain serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen
untuk menjayakan majlis pada hari ini.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
3. Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah menganjurkan Pertandingan
Kantin Sekolah Bersih untuk sekolah rendah bandar dan luar bandar di bawah Kementerian Pendidikan di
seluruh negara pada tahun 2012. Pertandingan ini diadakan untuk memberi pengiktirafan ke atas usaha yang
7

telah diambil oleh pihak sekolah serta pihak pengurusan kantin sekolah dalam mengekalkan amalan
kebersihan dan keselamatan makanan serta menambahbaik usaha tersebut.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
4. Pelbagai usaha telah dan sedang diambil oleh Kementerian kesihatan dalam menangani kejadian
keracunan makanan di sekolah. Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Program Pemeriksaan
Sendiri Kantin dan Dapur Asrama(KENDIRI) sejak tahun 2008 bagi membantu dan menyokong pihak
sekolah supaya lebih bersedia dan mampu menjamin tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang
disediakan di kantin. Program KENDIRI ini yang berkonsepkan self inspection dan pemeriksaan dijalankan
secara berterusan dengan memberi tumpuan kepada faktor risiko kemungkinan sesuatu pencemaran makanan
itu berlaku. Program yang bersifat proaktif ini dapat memantau secara berterusan faktor risiko yang telah
dikenalpasti dan penambahbaikan dapat dilakukan dengan serta merta dan in situ.
5. Selain dari itu aktiviti promosi keselamatan makanan yang disasarkan kepada pelajar sekolah rendah juga
telah diadakan oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 2007 dengan tema Tanpa Kuman, Makanan
Selamat. Susulan dari itu kempen keselamatan makanan diteruskan lagi dengan tema Lihat, Hidu, Rasa
yang telah dilancarkan pada tahun 2010. Dalam kempen ini, penekanan promosi Lihat, Hidu, Rasa diajar
kepada murid sekolah bagi mengenalpasti makanan yang selamat untuk dimakan. Semasa kempen tersebut
juga, Skuad Germ Buster telah diperkenalkan di beberapa buah negeri. Skuad ini meliputi kenderaan yang
dilengkapi dengan kemudahan untuk menjalankan aktiviti kempen keselamatan makanan serta maskot Germ
Buster telah digunakan bagi menarik perhatian pelajar sekolah dan mengingatkan bahawa kuman merupakan
elemen yang tidak baik yang boleh menyebabkan makanan rosak dan seterusnya keracunan makanan.
Sehingga kini, bilangan Skuad Germ Buster telah bertambah dan terdapat di semua negeri dan telah
mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Para hadirin sekalian,
6. Seminar dan Pameran Promosi Keselamatan Makanan di sekolah juga diadakan pada hari ini dengan
tujuan untuk mendidik warga sekolah dalam memahami kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan
makanan bagi mengelakkan keracunan makanan. Guru dan pengusaha kantin sekolah dijemput untuk
menyertai seminar hari ini kerana mereka adalah gulungan terpenting dalam mengenalpasti makanan yang
tidak selamat untuk dimakan bagi mengelak keracunan makanan. Turut dijemput sama ialah wakil Persatuan
Ibubapa dan Guru (PIBG) serta pelajar sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan juga berpeluang melihat pameran
yang mempromosi aspek kesihatan selain daripada keselamatan makanan seperti pemakanan, pergigian dan
promosi kesihatan.
7. Akhir kata, saya mewakili seluruh warga Kementerian Kesihatan mengucapkan setingi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di atas kesudian beliau
8

meluangkan masa untuk hadir bagi merasmikan Majlis Anugerah Kantin Sekolah Bersih Peringkat
Kebangsaan 2012 pada hari ini. Tahniah dan terima kasih juga kepada pihak penganjur serta semua pihak
termasuk pelajar yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Sekian, terima kasih.

NOTA: Teks ucapan ini telah dibacakan oleh Pengarah Kanan Keselamatan & Kualiti Makanan yang
mewakili Ketua Pengarah Kesihatan yang tidak dapat menghadiri Majlis.
http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/itemlist/category/162-teks-ucapan

Thursday, 18 September 2014 10:46


Ucapan Perasmian Seminar Keselamatan Makanan Sempena Safe Food 2014 Pada 12 September
2014
Ditulis Oleh Pentadbir Web 1
SAFE FOOD 2014
CABARAN SEMASA DAN MASA DEPAN KESELAMATAN MAKANAN DI MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.


YBhg. Datuk Dr. Ghazali Bin Othman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka
YBhg. Dato Dr. Hajjah Zailan Binti Dato Haji Adnan, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan
Yang Berusaha Dr. Mohd Khairi Bin Yakub, Pengarah Kesihatan Negeri Johor
YBhg. Datuk-Datuk, Datin-Datin,
Tuan-tuan dan puan-puan,
1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Jabatan Kesihatan
Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia (MAFSA) kerana

menjemput saya untuk menyampaikan Ucaptama di Seminar Keselamatan Makanan sempena


Safe Food Expo 2014.
2. Kawalan keselamatan dan kualiti makanan masa kini telah menjadi begitu mencabar
disebabkan complexity penghasilan makanan. Pelbagai punca pencemaran perlu dikawal di
sepanjang rantaian bekalan makanan bermula dari bahan mentah di ladang, merangkumi
pelbagai aktiviti dan proses termasuk pengeluaran, pemprosesan, pengangkutan dan
penyediaan makanan. Terdapat pelbagai punca pencemaran yang disebabkan secara sengaja
oleh manusia bermotifkan ekonomi atau disebabkan perubahan persekitaran, iklim, bencana
atau penggunaan bahan mentah baru atau teknologi baru. Di samping itu permintaaan
pengguna

yang

tinggi

terhadap

makanan

yang

selamat

dan

berkualiti

mendorong

perkembangan teknologi yang pesat seperti bioteknologi, iradiasi makanan, teknologi nano
dan functional food.
3. Perkembangan globalisasi, kenaikan harga makanan global, perubahan iklim termasuk
bencana alam, perubahan diet, perkembangan teknologi dan isu-isu ekonomi global telah
menambah complexity dan merumitkan lagi cabaran kepada kawalan keselamatan makanan.
4. Berdasarkan kepada pertambahan skop, complexity, tanggungjawab, ancaman dan cabaran
ini, perubahan dan pembaharuan keselamatan makanan telah berlaku di peringkat global di
mana keselamatan makanan telah menjadi agenda utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO). Kedua-dua pertubuhan ini telah
menggesa semua negara-negara ahli untuk memperkukuhkan sistem kawalan keselamatan
makanan.
5. Justeru, pemilihan tema Evolusi Keselamatan Makanan atau Food Safety Evolution adalah
bertepatan dengan cabaran keselamatan makanan pada hari ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,
6. Kawalan keselamatan dan kualiti makanan di negara ini telah dilaksanakan sejak tahun
1950 an berdasarkan bidang kuasa di bawah Ordinan Jualan Makanan dan Dadah 1952 di
Semenanjung Malaysia manakala di Sabah dan Sarawak dikuatkuasakan masing-masing di
bawah Ordinan Kesihatan Awam Sabah 1960 dan Ordinan Kesihatan Awam Sarawak 1962.

10

Pada tahun 1974, Unit Kawalan Mutu Makanan telah ditubuhkan di bawah Rancangan
Malaysia Ketiga.
7. Bagi menyelaraskan pelaksanaan aktiviti kawalan mutu makanan, Akta Makanan 1983 dan
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah digubal dan dikuatkuasakan pada 1 Oktober 1986.
8. Selaras dengan pembangunan industri makanan negara, peningkatan trend ekonomi pada
awal tahun 1990 an dan isu keselamatan makanan secara global, Unit Kawalan Mutu Makanan
telah dinaiktaraf kepada Bahagian Kawalan Mutu Makanan di peringkat Kementerian pada
tahun 1993. Pada September 2004, Bahagian ini telah dijenamakan semula kepada Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan. Bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan makanan
negara, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dinaikkan taraf menjadi Program
Keselamatan dan Kualiti Makanan pada 1 Julai 2010.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
9.

Di

Malaysia,

bertanggungjawab

Program
ke

atas

Keselamatan

dan

keselamatan

Kualiti

makanan

Makanan,
di

Kementerian

sepanjang

rantaian

Kesihatan
makanan

berdasarkan mandat di bawah Akta Makanan 1983.


10. Bagi meningkatkan kawalan keselamatan makanan negara, beberapa peraturan digubal
seperti

Peraturan-Peraturan

Kebersihan

Makanan

2009,

Peraturan-Peraturan

Makanan

(Pengeluaran Sijil Kesihatan untuk Pengeksportan Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah)
2009 dan Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011.
11. Di samping itu, bagi mengawal amalan juruanalisis makanan, juruanalisis makanan perlu
berdaftar di bawah Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis
Makanan 2011.
Hadirin yang dihormati sekalian,
12. Dalam memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat, Program
Keselamatan dan Keselamatan Makanan sentiasa memantau premis makanan secara berkala
di seluruh negara. Dari bulan Januari sehingga Julai 2014, sebanyak 51017 buah premis
makanan telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, 1970 premis atau 1.49 peratus telah
ditutup.

11

13. Sehingga bulan Ogos 2014, 115,000 premis makanan telah berdaftar di seluruh negara di
bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 . Angka ini, merupakan satu jumlah
yang cukup besar dan akan terus meningkat di mana ianya memberi cabaran kepada pihak
Kementerian Kesihatan untuk memastikan tahap kebersihan premis dan makanan yang dijual
adalah selamat. Dalam hal ini, pihak industri perlu bersama-sama memainkan peranan dalam
memastikan produk makanan yang dihasilkan adalah bersih dan selamat.
14. Produk makanan yang dihasilkan perlulah mematuhi perundangan makanan yang
ditetapkan agar ia dapat memberi jaminan kepada pengguna. Sehubungan itu, di bawah
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Kementerian Kesihatan telah mewajibkan
industri makanan untuk melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan. Bagi maksud
tersebut,

Skim

Pensijilan

Makanan

Selamat

Tanggungjawab

Industri

(MeSTI),

Good

Manufacturing Practices (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) telah
diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan.
15. MeSTI adalah skim pensijilan yang diberikan secara percuma khusus kepada Industri Kecil
dan Sederhana (IKS) bagi melaksanakan program jaminan keselamatan makanan. Sehingga
bulan Ogos 2014, Pensijilan MeSTI telah mengiktiraf 1137 industri makanan. Melalui skim ini,
ianya dapat membantu IKS mempertingkatkan keselamatan dan kualiti makanan dan
sekaligus memperluaskan pasaran produk makanan tersebut.
16. Walau bagaimanapun, adalah menjadi harapan Kementerian Kesihatan, supaya IKS yang
memperolehi Pensijilan MeSTI meningkatkan sistem sedia ada kepada satu sistem yang lebih
tinggi seperti Good Manufracturing Practices (GMP) dan Hazard Analytical Critical Control Point
(HACCP). Ini merupakan cabaran kita semua agar masa depan produk makanan hasilan
negara benar-benar selamat dan dapat bersaing di pasaran peringkat antarabangsa setanding
dengan negara-negara maju.
17. Dari segi pengawalan makanan import, satu sistem pemantauan produk makanan import
iaitu Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) telah dibangunkan. Dari bulan
Januari sehingga Julai 2014, Kementerian Kesihatan telah memantau sejumlah 140,234
konsainan makanan yang diimport ke Malaysia.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

12

18. Krisis keselamatan makanan global turut memberi cabaran kepada kawalan keselamatan
makanan negara. Walau bagaimanapun, krisis tersebut berjaya ditangani melalui koordinasi
dan kerjasama dengan dengan pihak yang berkaitan antaranya isu melamin dari negara China
pada tahun 2008, isu pengimportan makanan beradiasi akibat letupan loji nuklear Fukushima
dari negara Jepun dan isu Di (2-ethylhexyl) Phthalate atau DEHP dari negara Taiwan di mana
kedua-duanya berlaku pada tahun 2011.
19. Bagi mengukuhkan kawalan keselamatan makanan negara, Program Keselamatan dan
Kualiti Makanan telah melaksanakan kawalan keselamatan makanan di sepanjang rantaian
makanan bermula tahun 2013. Pendekatan ini merupakan sebahagian dari transformasi
aktiviti keselamatan dan kualiti makanan yang sedang dilaksanakan berbanding pengujian
produk akhir (end product testing). Melalui transformasi ini, Program Keselamatan dan Kualiti
Makanan dapat memastikan keselamatan makanan di sepanjang rantaian makanan adalah
terjamin.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
20. Malaysia turut aktif di peringkat antarabangsa dalam menyumbang penetapan standard
keselamatan dan kualiti Makanan. Penglibatan Malaysia di dalam Codex Alimentarius telah
memberi manfaat besar dalam menjaga kepentingan dan perdagangan makanan negara.
Malaysia telah memainkan peranan yang cemerlang semenjak menganggotai badan Codex
Alimantarius Commission (CAC) pada 1971. Kini Malaysia merupakan Pengerusi, Sekretariat
dan negara tuan rumah bagi Codex Committee for Fats and Oils (CCFO) bermula pada tahun
2009.
Hadirin yang dihormati sekalian,
21. Risk Communication atau komunikasi risiko merupakan antara cabaran penting yang perlu
diambil kira oleh pihak berkuasa dan industri dalam menangani isu berkaitan kepenggunaan.
Sistem dan teknologi terkini melalui media sosial dan laman web boleh digunakan untuk
menyampaikan maklumat mengenai keselamatan makanan. Pihak berkuasa harus responsif
dalam sebarang isu membabitkan kepenggunaan. Selain itu pihak industri juga perlu
memainkan peranan dalam perkara ini bagi memastikan isu kepenggunaan dapat ditangani
dengan sewajarnya.

13

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


22. Dengan itu, adalah diharapkan seminar pada hari ini akan menjadi titik permulaan bagi
kita untuk terus memandang ke hadapan. Keselamatan makanan adalah tanggungjawab
bersama. Pihak Kementerian sentiasa membuka pintu kepada semua pihak untuk tampil dan
berkomunikasi demi kepentingan bersama. Besarlah harapan saya supaya pihak industri
makanan dapat menghasilkan produk makanan selamat dan berkualiti dan seterusnya
menyumbang kepada kesihatan rakyat dan ekonomi negara.
23. Evolusi Keselamatan Makanan atau Food Safety Evolution akan berterusan dengan masa
dan perubahan yang berlaku secara global. Apa yang berlaku di masa kini akan menjadi
sejarah di masa depan. Dan apa yang bakal berlaku di masa depan akan menjadi cabaran
pada masa kini. Adalah diharapkan seminar yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat
kepada kita semua.
24. Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Jabatan Kesihatan
Negeri Negeri Sembilan dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor serta Persatuan Keselamatan
Makanan Malaysia (MAFSA) kerana dapat menganjurkan acara seminar ini dan semoga
kerjasama penganjuran ini dapat diteruskan bagi mengukuhkan aktiviti keselamatan dan
kualiti makanan di negara ini.

http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/itemlist/category/162-teks-ucapan

Thursday, 18 September 2014 11:00


Ucapan Perasmian Expo oleh Timbalan Menteri Kesihatan Sempena Safe Food 2014 Pada 13
September 2014
Ditulis Oleh Pentadbir Web 1
TEKS UCAPAN PERASMIAN TIMBALAN MENTERI KESIHATAN SEMPENA SAFE FOOD
2014
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Yang Berusaha Tuan Haji Jamal Khair Bin Hashim, Presiden Persatuan Keselamatan Makanan

14

Yang Dihormati Puan Noraini Binti Dato Mohd. Othman, Pengarah Kanan Keselamatan dan
Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
YBhg. Datuk Dr. Ghazali Bin Othman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka
Yang Berusaha Dr. Mohd Khairi Bin Yakub, Pengarah Kesihatan Negeri Johor
YBhg. Dato Dr. Hajjah Zailan Binti Dato Haji Adnan, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan
Datuk-Datuk, Datin-Datin,
Tuan-tuan dan puan-puan,hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia!
1. Saya merasa bangga kerana dapat hadir bersama-sama di pagi yang meriah ini dan saya
ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan untuk
merasmikan Safe Food Expo 2014.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
2. Kementerian Kesihatan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus
berusaha

untuk memastikan

keselamatan

makanan

sepertimana

mandatnya sebagai

competent authority berkaitan keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan


makanan. Mandat ini diberikan berdasarkan kuasa di bawah Akta Makanan 1983 di mana
tanggungjawab melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan dan penipuan di dalam
penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara yang berhubungan
dengannya terletak di bahu Kementerian Kesihatan.
3. Bidang kawalan dan keselamatan makanan di Malaysia telah mengalami perubahan yang
besar demi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia khususnya dalam
memastikan pengguna mendapat akses makanan yang selamat dan bersih. Dalam hal ini,
pelbagai

aktiviti

berkaitan

keselamatan

dan

kualiti

makanan

telah

dijalankan

oleh

Kementerian Kesihatan termasuklah penganjuran Safe Food Expo 2014 ini.


Hadirin yang dihormati sekalian,
4. Tema yang dipilih oleh penganjur iaitu Menjana Industri Makanan Selamat Negara
merupakan satu pilihan yang tepat. Industri makanan di Malaysia semakin berkembang
dengan pesat terutama Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk industri mikro yang
bergerak dari rumah atau homemade industry. Pertumbuhan IKS di Malaysia sepanjang
sepuluh tahun lepas adalah pada kadar enam peratus setahun. Dianggarkan terdapat
sebanyak 100,000 kilang makanan termasuk IKS di seluruh Malaysia.
5. Perubahan gaya hidup masa kini menyebabkan permintaan terhadap makanan yang mudah
disediakan semakin meningkat. Situasi ini menyebabkan industri makanan berkembang untuk
memenuhi kehendak pengguna. Pelbagai jenis produk makanan yang diproses mudah

15

didapati di pasaran. Walau bagaimanapun,industri makanan perlu memastikan makanan yang


dihasilkan adalah selamat.
6. Kementerian Kesihatan amat memandang serius mengenai isu berkaitan keselamatan
makanan. Bagi seorang usahawan makanan, menghasilkan sesuatu produk makanan dengan
memperolehi pasaran yang luas bukanlah satu-satunya jaminan untuk terus kekal di dalam
industri yang diceburi. Usahawan dan industri makanan kini perlu menetapkan matlamat
memastikan hanya produk makanan yang diyakini bersih, selamat dan berkualiti sahaja
dipasarkan.
7. Produk makanan yang dihasilkan perlulah mematuhi perundangan makanan yang
ditetapkan agar ia dapat memberi jaminan kepada pengguna. Sehubungan itu, kerajaan telah
mewajibkan industri makanan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan di
bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
8. Kementerian Kesihatan telah menyediakan pelbagai program Jaminan Keselamatan
Makanan seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Good
Manufacturing Practices (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).
Melalui pelaksanaan Program Jaminan Keselamatan Makanan tersebut ianya dapat membantu
menyediakan industri makanan untuk menembusi pasaran makanan global terutama Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) seterusnya melonjakkan ekonomi negara dalam sektor industri
makanan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
9. Menyedari akan kemampuan dan kekangan IKS dari segi pengetahuan dan kos untuk
melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan, Kementerian Kesihatan pada tahun
2013 telah melancarkan Pensijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) yang
memberi kemudahan kepada pengusaha dan industri makanan melaksanakan sistem jaminan
keselamatan makanan melalui perundingan dan bimbingan secara percuma dari pihak
Kementerian.
10. Pensijilan MeSTI merupakan batu loncatan kepada IKS untuk meningkatkan sistem
jaminan keselamatan makanan mereka kepada tahap yang dapat memenuhi piawaian
antarabangsa seperti GMP atau HACCP dan seterusnya membantu IKS lebih berdaya saing
dan berpotensi menembusi pasaran antarabangsa.
11. Sehingga Ogos 2014, sebanyak 1,152 IKS Makanan di Malaysia telah berjaya
mendapatkan pengiktirafan MeSTI. Jumlah ini merupakan kejayaan bagi sektor industri
makanan di negara ini. Kementerian sememangnya berhasrat untuk melahirkan USAHAWAN
MAKANAN SELAMAT sebagai strategi Kementerian memastikan produk makanan yang dijual di
pasaran adalah bersih dan selamat sekaligus membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi
negara.

16

12. Di samping itu, Malaysia turut berpotensi menjadi Hab Makanan Selamat dengan menjalin
kerjasama pintar seperti menyediakan prasarana yang mampu mengurangkan risiko
pencemaran makanan, mengukuhkan kawalan keselamatan makanan di sepanjang rantaian
makanan, meningkatkan keupayaan dalam analisis makanan, membangunkan sumber
manusia yang kompeten, mewujudkan Taman Industri Makanan Selamat, memperkasakan
pengguna dalam memilih produk makanan selamat, meningkatkan penyelidikan dan
pembangunan, menggalakkan inovasi dan meningkatkan aktiviti promosi makanan selamat
sehingga ke luar negara.
Hadirin yang dihormati sekalian,
13. Keselamatan makanan kini telah menjadi satu agenda amat penting sama ada di
peringkat domestik mahupun global. Pertambahan bekalan makanan di pasaran dan
perkembangan teknologi dalam industri makanan telah mewujudkan persekitaran yang
kompleks terhadap standard dan peraturan sedia ada bagi memastikan jaminan keselamatan
makanan.
14. Bagi memastikan bahawa makanan yang dihasilkan adalah selamat, kawalan keselamatan
makanan di sepanjang peringkat rantaian makanan perlu dijalankan bagi mematuhi Akta
Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
15. Pematuhan sendiri juga perlu ditekankan oleh pengusaha dan pemilik premis makanan
bagi memastikan bahan mentah yang digunakan bebas dari unsur-unsur yang boleh
memudaratkan pengguna. Kawalan semasa proses juga adalah penting bagi menyingkirkan
keseluruhan bahaya. Penggunaan aditif di dalam makanan perlu mengikut peraturanperaturan yang telah ditetapkan dan tidak disalahgunakan.
16. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak sama ada kerajaan, badan
bukan

kerajaan

(NGO)

dan

industri

makanan

untuk

meningkatkan

kawalan

bagi

mengurangkan risiko pencemaran dan bahaya di dalam makanan.


17. Berdasarkan statistik dari Kementerian Kesihatan, kadar pelanggaran produk makanan
yang dijual di pasaran sepanjang dekad lalu tidak menunjukkan peningkatan yang signifikan
di mana jumlah keseluruhan pelanggaran berada pada kadar 4.76 peratus. Ini jelas
memberikan gambaran kepada kita bahawa kawalan keselamatan dan kualiti makanan di
negara ini berada pada landasan yang tepat. Sungguhpun begitu, langkah-langkah yang lebih
konkrit perlu diambil bagi memberikan pendedahan dan pendidikan kepada industri makanan
supaya lebih bertanggungjawab terhadap pengeluaran makanan yang selamat.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
18. Laporan Daya Saing Global 2014/2015, telah meletakkan Malaysia di tangga ke-20 dari
144 buah negara di dunia mendahului ekonomi maju seperti Austria, Australia, Perancis dan
Korea Selatan. Ini menunjukkan Malaysia mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

17

Justeru, untuk membantu meningkatkan lagi pencapaian daya saing negara, Kementerian
Kesihatan akan mengkaji keperluan sektor industri makanan di Malaysia untuk melaksanakan
prinsip HACCP menjelang tahun 2020. Ini adalah selari dengan langkah untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang maju termasuklah aspek keselamatan makanan
negara. HACCP akan menjadikan produk makanan yang dihasilkan di negara ini benar-benar
terjamin dan selamat sekaligus membuka peluang kepada industri kita untuk menembusi
pasaran antarabangsa dengan lebih luas.
Hadirin yang dihormati sekalian,
19. Safe Food Expo 2014 ini adalah platform bagi industri makanan untuk mempamer dan
mengembangkan pasaran produk makanan selamat. Acara yang dianjurkan ini memberi
peluang kepada industri mempromosikan produk secara langsung kepada pengguna dan
merupakan satu insentif daripada Kerajaan dalam menggalakkan industri makanan untuk
menghasilkan makanan yang selamat.
20. Selain itu, anugerah yang bakal diperkenalkan oleh penganjur sempena Safe Food Expo
2014 merupakan satu inisiatif yang baik bagi mengiktiraf industri dan institusi terlibat dalam
usaha mereka mengembangkan kepentingan teknologi dan keselamatan makanan kepada
umum. Kepada bakal penerima anugerah, pihak Kementerian Kesihatan mengucapkan tahniah
dan semoga menjadi motivasi kepada yang lain untuk menghasilkan produk yang inovatif dan
berkualiti.
21. Adalah diharapkan Safe Food Expo 2014 dapat menjadi titik permulaan dalam menjana
industri makanan selamat negara. Ini bersesuaian dengan matlamat Kementerian untuk
membantu industri makanan untuk menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti.
Acara ini diharap dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan menjadi acara tetap bagi
mewujudkan platform kepada industri makanan selamat. Saya turut difahamkan oleh pihak
penganjur, Safe Food Expo 2014 ini akan dianjurkan sehingga ke peringkat serantau dan
antarabangsa di masa depan dan tahniah diucapkan.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
22. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Safe Food Expo 2014
dengan tema Menjana

18

Anda mungkin juga menyukai