Anda di halaman 1dari 10

Soalan 2

Pengenalan
Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan
tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian
demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta
kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan
prestasi pelajar. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan
paradigma dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada
tekanan terhadap guru. Sama ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini
bergantung kepada cara guru menyediakan diri untuknya.
Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan
pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu
menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses
melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan
masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan
masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan
emosi.

Isu dan cabaran


Isu yang dipilih ialah mengenai kemarahan dalam kalangan guru. Memetik
daripada artikel di dalam majalah Ehwal Pendidikan keluaran September 2007, yang
ditulis oleh Fadzilah Mohd Noor, Mengawal kemarahan, urus kemarahan sebelum urus
pelajar. Isunya ialah mengapa guru yang dilatih dan terlatih dengan pelbagai program
sebelum keluar mengajar tidak mampu mengawal emosi? Malah, guru dicatat sebagai
golongan yang paling ramai yang mengalami masalah tekanan jiwa.
Apakah keadaan dan suasana dalaman dan luaran yang begitu hebat kini telah
membuatkan guru mengalami tekanan yang begitu hebat. Adakah disebabkan oleh
bebanan kerja, kerenah pelajar, kerenah birokrasi, dan sebagainya. Emosi berjaya
mempengaruhi guru khususnya dan persekitaran alam pendidikan amnya. Hal ini jika
dibiar, turut menjejaskan atau mempengaruhi perkembangan setiap anak murid.
Kita boleh lihat masa kini murid-murid sudah mula pandai melawan guru, tidak
hormat kepada guru dan memperleceh guru. Atau mungkinkah peranan Guru
Kaunseling dan Guru Disiplin sudah gagal berfungsi atau pelaksanaan disiplin yang
agak lemah masa kini. Ada juga kalanya pihak pengurusan dan pentadbiran memihak
kepada para pelajar itu sendiri, faktor ini juga boleh menjejaskan kredibitil guru. Pelajar
yang buat salah, guru buat laporan tapi akhirnya guru yang dipersalahkan.
Dahulu, kita jarang-jarang mendengar masalah yang berpunca dari guru. Adakah
guru zaman sekarang kurang sifat sabar atau ada sesuatu yang membuatkan guru
semakin gagal mengawal emosi mereka? Inilah isu atau cabarannya. Disini kita boleh
mencari perkaitan isu bebanan guru dan kegagalan guru dalam mengawal emosi.
Pada pendapat saya, lihat saja penggunaan ICT yang tidak hanya tertumpu pada
guru-guru muda tetapi setiap lapisan guru perlu menguasai kemahiran ini serta
maklumat kaitan dengan perkembangan dunia masa kini. Maklumkan kalangan
pentadbir jauh lebih " dewasa " dengan kakitangan staf yang lain. Staf majoriti dari
gulongan muda yang baru tamat dalam pengajian, lantas itu bebezaan pendapat tidak
dapat dielakkan. Apa yang sedihnya masih terdapat kalangan pentadbir seperti zaman
50an dulu. Masih lagi mengamalkan sistem sehala dalam mengajukan pendapat. Ada

kalangan guru yang cuba membetulkan pengurusan pentadbiran khusus kaitan dengan
pengagihan jadual waktu, bukan diterima dan di bawah berbinang sebaliknya cadangan
itu di sanggah serta guru tersebut di lembarkan dengan pertuduhan " cuba " melawan
pentadbiran.
Bagaimana cara untuk menangani tekanan andai kerja dan bebanan yang
diterima datang secara bertubi-tubi. Arena pendidikan tidak " statik " sebaliknya ia
sentiassa berubah, perubahan untuk penambahbaikan, dengan itu tapi kadang kala
prubahan yang cuba dilaknakan tidak ubah seperti " tikus membaiki labu ". Masyarakat
pendidikan di bebankan dengan tugasan yang tidak menetapi piawai tugasan. Dasar
berubah dari masa ke semasa, cuba kita lihat dengan KBSR hanya bertahan selama 12
tahun digantikan dengan PPSMI dan kini PPSMI akan di tamatkan. Dalam semakan
kerja di wujudkan pula PKBS ( Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah ) projek ini
gagal. Kini terbit pula PBS (Penilaian Berasakan Sekolah ) dengan sistem ini bukan
ianya " paper less " tapi bertambah lagi penggunaannya.

Rasional pemilihan isu/cabaran tersebut


Pemilihan isu mengawal kemarahan dan perkaitannya dengan bebanan guru
adalah sangat rasional memandangkan sejak kebelakangan ini, isu mengenai beban
tugas guru terpampang di dada akhbar. Keseimbangan antara Jasmani, Emosi, Intelek
dan Rohani dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dapat dicapai, dimana aspek
Rohani dan Emosinya tidak dapat dihayati oleh murid?
Kemarahan bukan suatu perkara yang mudah untuk dibendong. Ia datang dari
dalaman, kendiri ataupun intrapersonal. Dalam artikel ini ada menyebut kebanyakan
kita memang sukar untuk mengawal kemarahan atau emosi negative. Oleh itu,
kemarahan mula dianggap sebagai sesuatu emosi yang boleh diterima sekiranya
dipamerkan oleh seseorang. Ironisnya, ramai pula kalangan kita yang tidak dapat
memberikan respon yang positif apabila seseorang memarahi kta.

Pihak guru pula saban hari dibebani dengan pelbagai tugas yang semakin
mencabar. Pembangunan profesionalisme diri guru sentiasa dituntut, komitmen guru
sentiasa dipertikaikan sementara sebaliknya pengorbanan guru kelihatan agak kurang
ditonjolkan oleh masyarakat. Bagi saya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melakukan pelbagai usaha dengan mengadakan pelbagai insentif daripada segi
kenaikan pangkat dan gaji serta elaun. Apa yang menjadi isu masa kini ialah
penghormatan yang ditagih daripada masyarakat umum.
Badan disiplin sekolah tidaklah sehebat mana, kerana " Guru Displin " tidak
mendapat apa-apa perlindungan dari pihak kementerian, malahan setiap tindakan yang
diambil akan pasti pihak Guru Disiplin akan menerima " hukuman " dari mereka yang di
ambil tindakan. Kenderaan guru adalah " mangsa " utama dijadikan tindak balas.
Kepada siapa Guru Disiplin boleh mengadu? Akhirnya ramai guru-guru tiak berminat
untuk menjawat jawatan ini. Pernah juga berlaku, hukuman menyebelahi murid, apabila
hal ini dibawa ke dalam mesyuarat disiplin, guru yang terlibat akhirnya ditukarkan ke
sekolah lain, sedangkan pelajar hanya digantung sekolah selama dua minggu. Ini
menampakkan bahawa kesilapan guru lebih besar dari kesilapan pelajar dari sudut
peraturan Kementerian Pelajaran, yang dikatakan langsung tidak membela guru tetapi
membela pelajar yang melakukan kesilapan. Begitu juga hukuman merotan pelajar,
terlalu banyak pengecualiannya dan hanya dibenarkan kepada Pengetua dan guru
disiplin sahaja. Merotan pula hanya boleh dijalankan di tempat yang tertutup.
Kecelaruan pengurusan dan pentadbiran akhirnya diadukan ke PPD ( Pegawai
Pelajaran Daerah ), seperti biasa kesalahan banyak ditelakkan kepada guru-guru dan
dapatlah guru-guru tadi " surat cinta " dari PPD dan mungkin hukuman selanjutnya "
surat tukar " akan diterima oleh guru pada penghujung tahun nanti. Guru terus tertekan
dengann birokrasi sabegini.
Dalam pengurusan kemanusiaan sikap " pilih bulu " memang tidak dapat di
elakkan, tapi kita perlu ingat sikap sabagini boleh " mengerohkan " suasana kekitaan
dan kekeluargaan itu sendiri. Implikasi dari tindakan sabagini sudah pasti mewujudkan
suasana sentiasa tegang. Guru-guru dan pentadbir sentiasa bergaduh dan sentiasa
tuduh-menuduh, fitnah memfitnah, menceritakan dan menyampaikan keburukan

sesama mereka sehingga menyebabkan guru menjadi tension untuk mengajar dan
menjalankan tugas. Guru-guru seolah-olah tidak mahu mematuhi arahan pentadbir
disebabkan sikap pentadbir (pengetua) berat sebelah dan tidak professional terhadap
guru yang selalu menyalahkan guru dalam apa jua masalah yang berlaku.
Dalam apa juga jawatan, sama ada di pihak swasta mau pun perkhidmatan
awam, reputasi untuk memajukan diri memang di galakan. Ini juga tidak ketinggalan
untuk kakitangan perkhidmatan perguruan. Tapi jika reputasi yang di agung-agungkan
dan " keseronokan " yang di riuh rendahkan apakan jadi pada akhlak peribadi " guru "
itu sendiri. Yang dilaung-laungkan hanya untuk mengejar pangkat, sama ada mereka
diperingkat rendah mau pun menengah.
Setiap kali adanya perjumpaan dengan guru kata-kata peransang untuk
mengejar kenaikan pangkat, mengejar anugerah, nama, glamour dijadikan ucap utama,
sebaliknya masalah P n P, disiplin (ramai pelajar ponteng dan tidak masuk kelas,
melawan dan memperlekehkan guru) menjadi terabai dan menyebabkan sahsiah,
akhlak serta kebajikan pelajar semakin hari semakin tidak diambil tahu dan dibiarkan.
Begitu juga penekanan terhadap tugas-tugas asas guru seperti memantau dan
menekankan para guru agar sentiasa masuk kelas, menjaga dan menyediakan
kemudahan dan kelengkapan peralatan di sekolah untuk kepentingan pembelajaran
anak-anak kami dan sebagainya, semuanya telah terabai.
Pentadbir sekolah juga terlalu mementingkan keceriaan bangunan dan kawasan
sekolah sehingga memaksa dan memeras tenaga guru dan pekerja bawahan untuk
menceriakan kawasan dan bangunan demi mendapat anugerah cemerlang dalam
pertandingan keceriaan sekolah di peringkat Daerah dan Jabatan. Ini menyebabkan
emosi guru terganggu dan guru merasa tertekan dengan arahan-arahan untuk
melakukan kerja-kerja di luar tugas guru seperti itu, tambahan pula guru mesti
mengeluarkan kos dan perbelanjaan sendiri untuk menyediakan peralatan bagi
menceriakan sekolah.

Cara-cara untuk menangani isu.


Artikel yang ditulis oleh saudari Fadzilah Mohd Noor ada mencadangkan
beberapa kaedah bagaimana seorang guru yang dibebani dengan pelbagai tugas dan
masalah boleh mengawal kemarahan dan tekanan emosi melalui beberapa cara; salah
satu daripadanya ialah sentiasa bersabar dan cuba untuk menghilangkan kemarahan
dengan menyimpannya dengan harapan perasaan marah tersebut akan hilang sedikit
demi sedikit.
Menurut beliau andai kemarahan diluahkan, tindakan itu masih tidak menjamin
bahawa keadaan akan menjadi lebih baik. Melepaskan perasaan dengan kata-kata atau
tindakan tidak akan memudahkan kita mengawal kemarahan, sebaliknya kerap juga
tindakan seperti itu meningkatkan lagi intensiti perasaan marah.
Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru
seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi
dengan cara yang paling sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara,
guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal
stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk
mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental
dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan
negara.
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh
menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru
perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah
menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah
guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa
tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan
pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya.
Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru
tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu.
Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang
guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang
waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran
pentadbiran di sekolah.
Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh
membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada
penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai
aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain
badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang
harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan
seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan
yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan
gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan
sering tidur lewat.Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek
yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani
stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu
pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya
terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan
buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di
televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka lebih mudahlah untuk
seseorang guru mengurus tekanannya.
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik.
Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan
cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah.
Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah
kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang.
Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru

tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh
tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan
mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah
laku pelajar tidak lagi mengganggunya.
Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus
emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh
menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih
daripada tekanan emosi.
Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan
kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu
tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan
bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang
tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan
yang tinggi.
Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya
berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama
dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah
dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan
mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan
pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan,
memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.
Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh
melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya
guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan
komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada
pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting
bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.

Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya


sebagai agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam
terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu
sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan
dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah. Allah SWT berfirman dalam
surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang
Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya".
Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan
menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang
senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam
surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang beriman dan tenang
tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang
tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:152
yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan
mengingati kamu sekelian".
Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam
mempunyai kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres.
Mereka yang mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha
mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan alQuran. Amalan-amalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.