Anda di halaman 1dari 13

1.

MOTIVASI DALAM SUKAN

1.1

Pengenalan
Sukan merupakan satu bidang yang menyeronokkan. Menceburkan diri dalam bidang

sukan merupakan cara yang terbaik ke arah pemupukan minat yang positif. Bersukan juga
dapat membentuk ke arah gaya hidup sihat, pembentukan minda yang cerdas, kecergasan
fizikal dan lain-lain. Bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam sukan permainan dan
olahraga di sekolah dan daerah, aspek psikologi sukan perlulah dititikberatkan dan diberi
perhatian bagi meningkatkan kualiti sukan di semua peringkat. Golongan pelajar yang tidak
mengamalkan cara hidup yang sihat sewajarnya diberikan motivasi yang positif agar mereka
juga dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan untuk diri sendiri. Motivasi
merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau inginkan
mencapai sesuatu matlamat.

Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan atau

kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan dari kegagalan hidup.


Dengan kata lain motivasi adalah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan
diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi
bermakna ia telah memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan
dalam kehidupan.. Dalam satu-satu kelompok kumpulan, motivasi menjadi penggerak
kepada kejayaan kumpulan. Dengan adanya motivasi, maka wujudlah kerjasama, sifat suka
tolong-menolong antara satu sama lain. Singer (1980) menyatakan motivasi sebagai satu
daya yang mendorong seseorang untuk mencapai satu matlamat dan seterusnya berusaha
untuk terus mencapai yang lebih cemerlang. Motivasi juga dapat mengekalkan matlamat
secara terus menerus oleh seseorang. Walau bagaimanapun motivasi yang baik akan
menjadi dorongan dan daya tarikan yang kuat untuk memajukan diri. Misalnya, seorang
pelajar yang ingin menyertai pasukan bola sepak sekolahnya perlulah menguasai kemahiran
menendang bola dan mengawal bola dengan baik, oleh itu dia perlulah berusaha
bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran tersebut dan seterusnya berjaya
menempatkan dirinya dalam pasukan sekolah.

1.2

Konsep dan Definisi

Motivasi didefinisikan sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha
mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini (Wann, 1995). Manakala

Sage

(1977) pula menyatakan bahawa motivasi merujuk kepada arah dan intensiti usaha
seseorang individu. Kesimpulannya, arah merujuk kepada tindakan seseorang individu
untuk menjauhi atau menghampiri sesuatu situasi. Manakala intensiti pula ialah takat atau
kekuatan usaha seseorang individu untuk menghampiri atau menjauhi situasi tersebut.
Sesungguhnya, motivasi penting kerana dapat mempertingkatkan semangat dan inisiatif
atlet untuk berjaya dalam bidang sukan. Penyertaan seseorang individu dalam sukan
sememangnya banyak dipengaruhi oleh motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik
(luaran).

Contohnya,

penyertaan

dalam

aktiviti

disebabkan

minat

atau

seronok

melakukannya diklasifikasikan sebagai motivasi intrinsik. Sebaliknya jika penglibatan dalam


aktiviti

disebabkan

keinginan

diklasifikasikan

sebagai

motivasi

ekstrinsik.

Sebagai

kesimpulannya, motivasi ialah faktor-faktor yang menggerakkan, mengekalkan atau


memberhentikan tingkah laku

ke arah sesuatu matlamat yang ingin dituju, dari

aspek biologi, sosial dan pembelajaran.


1.3

Motivasi Instrinsik dan Ekstrinsik

Terdapat dua keadaan yang terkandung di dalam motivasi itu sendiri iaitu motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik:
Jadual 1: Motivasi Instrinsik dan Motivasi Ekstrinsik
Motivasi Intrinsik

Motivasi Ekstrinsik

Motivasi yang datang dari


dalaman
individu

diri
dan

seseorang

Ganjaran
luaran

tidak

atau

yang

faktor

mendorong

seseorang individu untuk

dipengaruhi oleh sebarang

bertingkah

laku

ganjaran atau faktor luaran

sukan samma ada dalam

yang lain.

bentuk

fizikal

dalam
ataupun

verbal.

Terbentuk

hasil

daripada

keyakinan diri yang tinggi

Ganjaran berbentuk fizikal

bahawa seseorang individu

adalah seperti hadiah dan

mampu

wang

sesuatu

untuk

melakukan

tugasan

mengharapkan

ringgit,

manakala

tanpa

ganjaran berbentuk verbal

dorongan,

adalahh seperti kata-kata

ganjaran atau sokongan dari

pujian dan semangat.

persekitarannya.

Implikasi

daripada

Minat yang mendalam untuk

ganjaran yang berbentuk

menceburkan

intrinsik

diri

dalam

ini

bidang sukan membuatkan

mencetuskan

seseorang individu sentiasa

motivasi

bergiat aktif dalam sukan.

sementara.

Jika

yang

wujud

akan
tahap
bersifat

ganjaran

ekstrinsik, maka barulah


individu akan melakukan
tugasan bagi mendapatkan
ganjaran luaran tersebut.
1.4

Motivasi dan Ganjaran

Ganjaran dan motivasi yang diterima oleh atlet boleh meningkat atau menurunkan motivasi
atlet. Ia bermula pada cara seseorang atlet menerima dan mentafsir motivasi atau
ganjaran yang diterima. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti anugerah
sukan

atau trofi yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan kebolehan atlet

boleh

meningkatkan motivasi intrinsik. Namun pemberian ganjaran ekstrinsik yang demikian


sekiranya ditafsir sebagai mengawal atlet akan mengurangkan motivasi intrinsik dan
keseronokan atlet berkenaan.
1.5

Kepentingan Membina Motivasi Dalam Sukan

Melahirkan atlet yang beraltizam tinggi dan sentiasa bersungguh-sungguh semasa


latihan mahupun dalam pertandingan.

Melahirkan

atlet

yang

sentiasa

bersedia

dalam

mengahadapi

sebarang

kemungkinan,contohnya persediaan emosi jika kalah dalam sesuatu pertandingan.

Memupuk semangat kesukanan yang tinggi dikalangan atlet sehingga melahirkan


keinginan yang tinggi untuk menguasai sesuatu kemahiran atau menjadi pakar.

Atlet tidak mudah berputus asa dalam apa jua keadaan yang boleh melemahkan
semangat. Contohnya apabila diprovokasi oleh penyokong pihak lawan.

Meningkatkan prestasi atlet. Atlet yang mempunyai motivasi yang tinggi akan
sentiasa meningkatkan prestasinya dari masa ke masa.

1.6

Teori-Teori Motivasi Pencapaian

Motivasi pencapaian bermaksud sejauh mana seseorang atlet mendekati atau mengelak dari
situasi kompetitif dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Manusia sentiasa
menangani masalah, meningkatkan daya usaha, dan berjuang untuk melakukan perkara
yang sukar dengan sebaik mungkin dan sepantas yang boleh bagi mencapai sesuatu
matlamat. Dalam konteks sukan, atlet dipengaruhi faktor luaran dan dalaman yang
mendorongnya untuk menyertai sesuatu acara sukan. Terdapat segolongan atlet yang
didoronng oleh faktor ganjaran dan hadiah yang ditawarkan, manakala yang lainnya
disebabkan faktor keinginan diri untuk sentiasa sihat dan aktif, serta ingin mencapai tahap
kepuasan diri. Namun, ciri-ciri atlet yang berjaya semestinya memiliki semangat keperluan
pencapaian yang tinggi.
Aspek kejayaan dan kegagalan dalam pertandingan mempunyai interprestasi yang
berbeza dalam kalangan atlet. Ada kalanya kegagalan dianggap berlaku jika hasil
persembahan dipengaruhi oleh kualiti personaliti yang lemah seperti tiada bakat atau kurang
berbakat. Bagi atlet yang mempunyai tahap keperluan pencapaian yang tinggi, mereka akan
berasa seronok apabila berjaya, kurang menunjukkan simptom kebangkitan psikologi seperti
peningkatan

kadar

denyutan

jantung,

pernafasan

atau

perpeluhan,

lebih

rasa

bertanggungjawab terhadap hasil persembahan, berkeinginan untuk mengetahui keputusan


sebaik saja tamat perlawanan, serta sukakan situasi yang member risiko. Antara pendekatan
teori yang boleh diguna pakai untuk menjelaskan perihal motivasi pencapaian adalah
seperti:
a) Model McClelland dan Atkinson

Motivasi terbentuk berdasarkan motif untuk mencapai kejayaan dan takut akan
kegagalan.

Menurut Cox (2007), motif untuk mencapai kejayaan adalah lahir dari motivasi
intrinsik atlet itu sendiri, manakala takut akan kegagalan adalah komponen
kebimbingan kognitif yang wujud pada saat-saat sebelum dan semasa bermulanya
pertandingan.

Jika atlet tersebut yakin bahawa beliau akan berjaya, maka atlet tersebut akan
memilih untuk melibatkan diri dalam pertandingan.

Namun jika atlet merasa tidak yakin dengan kebolehannya dalam sesuatu
pertandingan, maka atlet tersebut akan memilih untuk menarik diri.

Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa faktor yang mendorong atlet untuk
mengharapkan kejayaan ialah motivasi untuk mencapai kejayaan, persepsi terhadap
kemungkinan barjaya, dan juga nilai insentif positif terhadap kejayaan.

Manakala faktor yang mendorong atlet untuk berasa bimbang terhadap kegagalan
ialah motivasi untuk mengelak daripada gagal, persepsi terhadap kemungkinan akan
gagal, dan nilai insentif yang negative terhadap kegagalan.

b) Teori Self Efficacy oleh Bandura

Arkes dan Garske (1982) menjelaskan bahawa kebanyakan penyelidik melihat


pengaruh keyakinan diri sebagai faktor yang membezakan individu bermotivasi
pencapaian tinggi dengan individu yang bermotivasi pencapaian rendah.

Teori Self Efficacy oleh Bandura menjelaskan keadaan berkaitan dengan keyakinan
individu tentang kemampuannya untuk melakukan sesuatu tugasan dengan
berkesan.

Berasaskan kepada teori kognitif sosial, Bandura (1986) menegaskan bahawa self

efficacy adalah mekanisme kognitif yang menjadi pengantara motivasi, corak


pemikiran, dan tingkah laku. Self efficacy adalah pertimbangan individu terhadap
kemampuannya beraksi dalam apa tahap sekalipun, serta merupakan hasil daripada
proses pengaruh kendiri yang kompleks berdasarkan kepada sumber maklumat
keupayaan diri.
c) Teori Motivasi Kecekapan Harter

Teori ini menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan aspek kecekapan diri atlet.

Atlet yang merasakan bahawa mereka mempunyai kecekapan yang mencukupi


dalam sesuatu tugasan biasanya akan melakukan tugasan tersebut tanpa banyak
soal, manakala individu yang merasakan bahawa tahap kecekapannya masih terlalu
awal, atau langsung tidak mempunyai kecekapan, akanmenarik diri dari tugasan
tersebut.

Penilaian kognitif terhadap kejayaan menguasai sesuatu kemahiran akan memberi


kesan terhadap motivasi seseorang atlet.

d) Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey

Model keyakinan sukan spesifik oleh Vealey (1986) adalah merupakan teori motivasi
pencapaian yang berasaskan konsep keyakinan sukan.

Model ini mencadangkan bahawa atlet yang berjaya dalam sesuatu sukan yang
tertentu, akan merasakan keyakinan sukan, dan keyakinan tersebut boleh dibawa
ke dalam situasi sukan baharu yang lain pula.
Kesimpulannya, sesuatu matlamat pada satu peringkat yang telah berjaya dicapai

akan menimbulkan perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi
lagi. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh bagi menanamkan
semangat kesukanan yang tinggi dan seterusnya mengembangkan potensinya. Jelaslah
bahawa keperluan motivasi mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhi
keperluan atlet.
2.0

PERSOALAN SOAL SELIDIK

Soal selidik ini dijalankan untuk menjawab persoalan yang berikut:


i.

Apakah tahap motivasi dikalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Salimandut, Kota


Marudu yang melibatkan diri dalam sukan?
3.0

BORANG SOAL SELIDIK

Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini adalah
berdasarkan soalan kaji selidik yang disediakan oleh penyelidik. Soal selidik ini telah dibina
berdasarkan soal selidik Rotters 29- item Locus of Control oleh Julian Rotter (1966) yang
telah diubah suai bagi memudahkan pemahaman pelajar terhadap soalan soal selidik. Soal
selidik ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmana faktor motivasi pelajar yang melibatkan
diri dalam sukan. Pengskoran adalah berdasarkan jawapan seperti jadual yang berikut:
Jadual 2: Skor
Skor

Respon

Sangat Setuju

Setuju

Tidak Pasti

Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

Semakin tinggi skor yang didapati semakin tinggi faktor motivasi intrinsik atau motivasi
ekstrinsik pelajar yang melibatkan diri dalam sukan. Semakin rendah skor yang didapati
maka semakin rendah faktor motivasi intrinsik atau motivasi ekstrinsik pelajar yang
melibatkan diri dalam sukan. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A
dan Bahagian B. (Rujuk Lampiran 1)
Bahagian A
Bahagian ini memfokuskan kepada latar belakang dan biodata serta penglibatan pelajar
dalam aktiviti sukan. Pelajar diminta memberikan butiran diri masing-masing dalam borang
tersebut.
Bahagian B
Bahagian ini terdiri daripada 20 soalan mengenai faktor-faktor motivasi intrinsik dan
ekstrinsik pelajar untuk melibatkan diri dalam sukan dan permainan.
Bilangan Pelajar (Sampel)
Penyelidik hanya mengambil 10 orang pelajar tahun 6 yang pernah mewakili sekolah dalam
acara sukan olahraga dan permainan sehingga ke peringkat daerah, bahagian dan negeri.
Pelajar ini terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan.
4.0

HASIL DAPATAN

4.1

Latar Belakang Demografi


Jadual 3: Latar Belakang Demografi

Taburan

Bilangan (N=10)

Peratus (%)

Lelaki

50%

Jantina

Perempuan

50%

Umur

12 Tahun Ke Bawah

10

100%

KadazanDusun

50%

Bajau

20%

Rungus

30%

Olahraga

70%

Bola Sepak

30%

Bangsa

Jenis Sukan

Kategori

Peringkat

Tertinggi Daerah

Mewakili

50%

Bahagian

30%

Negeri

20%

Jadual 3 menunjukkan bilangan sampel lelaki ialah seramai 5 orang atau 50% manakala
bilangan sampel perempuan adalah 5 orang yang juga mewakili 50%. Jumlah sampel yang
terlibat ialah seramai 10 orang. Jumlah taburan sampel mengikut peringkat umur pula
menunjukkan bahawa semua sampel adalah berumur 12 tahun ke bawah. Bagi taburan
sampel mengikut bangsa atau kaum. Sebanyak 5 orang pelajar atau 50% sampel yang
telibat adalah berbangsa KadazanDusun. Manakala 30% terdiri dari kaum Rungus dan
selebihnya iaitu 20% adalah berbangsa Bajau. Taburan sampel mengikut jenis sukan yang
disertai menunjukkan bahawa sebanyak 70% sampel menceburi dalam sukan olahraga dan
30% atau 3 sampel menceburi dalam sukan permainan bola sepak. Jadual ini juga
menunjukkan bilangan sampel mengikut peringkat tertinggi yang pernah diwakili dalam
bidang sukan. Hasil dapatan menunjukkan 2 orang atau 20% pernah mewakili peringkat
negeri. Manakala sebanyak 30% iaitu seramai 3 orang telah mewakili peringkat bahagian
akhir sekali seramai 5 orang iaitu 50% adalah mewakili peringkat daerah.
4.2

Analisis Motivasi Intrinsik

Bagi soalan motivasi intrinsik di kalangan pelajar yang melibatkan diri dalam sukan ini,
terdapat 10 item telah dikategorikan. Analisis statistik diskriptif menggunakan pengiraan
min dan sisihan piawai digunakan untuk item tersebut seperti ditunjukkan dalam Jadual 4
di bawah:
Jadual 4: Motivasi Intrinsik Di Kalangan Pelajar SK Salimandut
Yang Melibatkan Diri Dalam Sukan
Motivasi Intrinsik

Min

Sisihan Piawai

1. Mahu fizikal cergas

10

4.30

1.252

2. Ingin sentiasa cergas

10

4.30

.483

3. Ingin pergi ke tahap yang lebih tinggi

10

2.40

.843

4. Untuk meningkatkan prestasi

10

3.40

.516

5. Ingin meningkatkan kemahiran

10

4.60

.843

6. Untuk bersenam

10

4.40

.516

7. Ingin mempelajari pelajaran baru

10

3.10

.738

8. Suka melakukan sesuatu di luar rumah

10

1.90

.738

9. Ingin mengeluarkan tenaga

10

2.20

.789

10. Mahu melepaskan tekanan perasaan

10

2.70

.949

Jadual 4 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi motivasi intrinsik pelajar SK Salimandut,
Kota Marudu yang melibatkan diri dalam sukan. Motivasi intrinsik utama atau yang paling
tinggi bagi pelajar SK Salimandut ialah ingin meningkatkan kemahiran (Min=4.60,
S.P=.843). Bagi min dan sisihan piawai yang terendah ialah suka melakukan sesuatu di
luar rumah Min=1.90,S.P=.738).
4.3

Analisis Motivasi Ekstrinsik

Bagi mengenalpasti motivasi ekstrinsik dikalangan pelajar yang melibatkan diri dalam sukan
ini, terdapat 10 item telah dikategorikan. Analisis statistik diskriptif menggunakan pengiraan
min dan sisihan piawai digunakan untuk item tersebut ditunjukkan dalam Jadual 5 di
bawah:
Jadual 5: Motivasi Ekstrinsik Di Kalangan Pelajar SK Salimandut
Yang Melibatkan Diri Dalam Sukan
Motivasi Ekstrinsik

Min

Sisihan Piawai

1. Sukakan semangat berpasukan

10

4.40

.516

2. Sukakan kerjasama sepasukan

10

4.90

.316

3. Ingin bersama kawan

10

3.50

1.080

4. Ingin meningkatkan status

10

2.00

.667

5. Suka bersaing

10

2.00

.667

6. Suka menjalinkan hubungan dengan rakan


baru

10

4.50

.707

7. Galakan dari pihak sekolah

10

3.50

1.080

8. Mahu jadi popular

10

2.60

1.713

9. Untuk menggunakan kemudahan dan peralatan

10

1.90

.876

10. Keluarga dan rakan mahukan saya bermain

10

2.60

1.265

Jadual 5 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi motivasi ekstrinsik pelajar SK
Salimandut, Kota Marudu yang melibatkan diri dalam sukan. Motivasi ekstrinsik utama
pelajar atau yang paling tinggi ialah sukakan kerjasama sepasukan (Min=4.90, S.P=.316).
Bagi min dan sishan piawai yang terendah ialah untuk menggunakan kemudahan dan
peralatan (Min=1.90,S.P=.876).
4.4

Tahap Motivasi Di Kalangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Salimandut, Kota


Marudu Yang Melibatkan Diri Dalam Sukan

Tahap motivasi di kalangan pelajar SK Salimandut, Kota Marudu yang melibatkan diri dalam
sukan atau menjawab persoalan kajian dapat dikenal pasti melalui pengiraan min dan
sisihan piawai. Tahap motivasi ini menunjukkan kepada jenis motivasi manakah yang paling
tinggi di kalangan pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Dapatan kajian adalah
seperti di Jadual 6 di bawah:
Jadual 6:
Tahap motivasi di kalangan pelajar SK Salimandut
yang melibatkan diri dalam sukan
Motivasi

Min

Sisihan Piawai

Instrinsik

3.33

.631

Ekstrinsik

3.19

.889

Jadual 6 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi tahap motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik pelajar SK Salimandut untuk melibatkan diri dalam sukan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa keseluruhan pelajar lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik.,
dimana min dan sisihan piawai bagi motivasi intrinsik (Min=3.33, S.P=.631) adalah lebih
tinggi

daripada motivasi ekstrinsik (Min=3.19, S.P=.889). Secara keseluruhannya

menunjukkan bahawa motivasi intrinsik merupakan motivasi yang utama kepada atlet
pelajar SK Salimandut jika dibandingkan dengan motivasi ekstrinsik.

10

5.0

RUMUSAN

Dapatan hasil soal selidik menunjukkan bahawa keseluruhan pelajar lebih cenderung ke
arah motivasi intrinsik. Kesemua sampel dengan jelas menyatakan bahawa motivasi
intrinsik merupakan motivasi yang utama mengapa mereka melibatkan diri dalam sukan
berbanding dengan motivasi ekstrinsik. Dapatan kajian ini adalah sama dan selari oleh
penyelidik terdahulu dalam sukan seperti Gill, Gross dan Hudlleston (1983), Azemi (2004)
dan Abdul Rahman (2005) yang mendapati motivasi menjadi faktor utama dalam
penglibatan pelajar dalam sukan. Faktor utama mereka bersukan adalah kerana ingin
meningkatkan kemahiran dengan diikuti ingin sentiasa cergas dan juga mahu fizikal yang
cergas. Ianya menunjukkan bahawa motivasi memberi rangsangan kepada mereka untuk
bersukan.
6.0

IMPLIKASI HASIL DAPATAN TERHADAP MUTI SUKAN NEGARA

Dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara serta menarik pelajar untuk
melibatkan diri dalam sukan, semua faktor motivasi perlu diperkukuhkan dengan motivasi
ekstrinsik. Ini adalah kerana faktor motivasi intrinsik tidak berfungsi secara berasingan bagi
mempengaruhi penglibatan pelajar melibatkan diri dalam sukan. Dalam konteks sukan, ia
terbentuk dari keyakinan diri serta persepsi tentang kebolehan yang diperkukuhkan oleh
maklum balas positif yang dikaitkan dengan kejayaan menguasai kemahiran. Kesannya
juga dapat memastikan tugasan yang dilaksanakan dipelbagaikan agar atlet tidak mudah
jemu, malahan ingin terus belajar serta menanam dan menggalakkan sifat berdikari serta
bersifat terbuka khususnya daripada ibu bapa. Atlet juga perlu menerima hakikat bahawa
untuk berjaya mereka memerlukan masa untuk menguasai sesuatu kemahiran. Jesteru itu,
mereka perlu diberikan galakkan dan perangsang. Dapatan kajian juga menunjukkan
walaupun faktor intrinsik menjadi keutamaan pelajar namun begitu terdapat juga faktor
ekstrinsik yang menjadi perhatian mereka. In memberikan gambaran bahawa penglibatan
pelajar dalam sukan didorong oleh faktor motivasi. Sememangnya terdapat pelbagai faktor
motivasi yang mengalakkan minat seseorang individu untuk melibatkan diri dalam sukan.
Maka terpulanglah kepada jurulatih untuk memotivasikan pelajar mengikut keperluan
semasa untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam sukan. Kepelbagaian
program untuk melibatkan diri dalam sukan dapat memberikan maklumat yang berguna
kepada guru, jurulatih dan pentadbir sukan dalam merangka program latihan yang dapat
menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti sukan sekaligus dapat meningkatkan mutu
sukan negara.

11

7.0

PENUTUP

Sesungguhnya, hasil soal selidik mendapati bahawa motivasi adalah menjadi faktor yang
utama pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Ini jelas menunjukkan bahawa
motivasi intrinsik lebih mempengaruhi pelajar bagi membabitkan diri dalm sukan berbanding
faktor motivasi ekstrinsik. Ini selaras dengan pendapat Halliwel (1986) yang mengatakan
bahawa di dalam bidang sukan terdapat motivasi intrinsik iaitu apabila menyertai sesuatu
aktiviti tanpa mendapat hadiah. Walaupun motivasi intrinsik dikatakan sebagai penyumbang
utama mereka melibatkan diri dalam sukan, namun motivasi ekstrinsik juga perlu diambil
kira. Jelasnya setiap atlet mempunyai motif yang berbeza dan masing-masing mempunyai
motivasi yang tersendiri. Kesimpulannya, kedua-dua faktor motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik ada pada setiap individu tetapi tahap setiap motivasi adalah berbeza.

12

RUJUKAN
Arkes, Hall R. & Garske, John P. (1982). Psychological Theories of Motivation. Belmont,
California: Wadsworth.
Atan Long. (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Bandura, A. (1986). The explanatory and predictive scope of self-efficacy theory. Journal of
Clinical and Social Psychology, 4, 359-373.
Cox, R. H. (2006). Sport Psychology: Concepts and Applications (6th ed.). New York:
McGraw-Hill
Rotter, J. (1966). Generalized expectancies for internal versus external control of

reinforcements. Psychological Monographs, 80, Whole No. 609


Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2000). Self-determination theory and the facilitation of intrinsic

motivation, social development, and well-being. American Psychologist.


Sage, G. (1977). Introduction to motor behavior: A neuropsychological approach (2nd ed.).
Reading, MA: Addison-Wesley.
Vealey, R. S. (1986). Conceptualization of sport-confidence and competitive orientation:

Preliminary investigation and instrument development. Journal of Sport Psychology,


8, 221246
Wann, D. L. (1995). Preliminary Validation of Sport Fan Motivation Scale. Journal of Sport
& Social Issues, 20, 377-396.

13