Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN MENULIS TUGASAN/KERTAS KERJA KURSUS

PENDIDIKAN ISLAM ( PI.ILP )


INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG

Pendahuluan

Panduan ini tidaklah bertujuan memberi peraturan dan maklumat yang terperinci
cara penulisan , persembahan, rujukan kertas tugasan PI.ILP. Panduan hanya memberikan
maklumat-maklumat yang perlu bagi memenuhi syarat-syarat peperiksaan atau gred.

Kertas tugasan

Kertas tugasan ialah satu penulisan berbentuk semi-ilmiah tentang Islam dan isu-isu
semasa yang berkaitan dengan matapelajaran PI.ILP. Kertas ini bertujuan untuk menilai
kemampuan pelajar menganalisa, membuat rujukan yang betul, menjelaskan fakta yang
tepat untuk dinilai oleh pensyarah-pensyarah PI.ILP

Syarat-syarat penulisan

a. Tajuk

i. Pelajar-pelajar PI.ILP hanya dibolehkan menulis dalam tajuk-tajuk yang


dikemukakan oleh pensyarah masing-masing.
ii. Tajuk-tajuk yang telah dipersetujui tidak boleh dipinda atau diubah kecuali
telah mendapat persetujuan pensyarah.

b. Isi kandungan

i. Penulisan kertas tugasan hendaklah asli hasil dari penganalisaan, rujukan


dan rumusan dalam bidang yang berkaitan.
ii. Isi kandungan dikehendaki antara 15 muka surat atau lebih.
iii. rujukan hendaklah asli bukan “plagiarism”
iv. Penggunaan bahasa buku dan penyusunan bahasa tersendiri.
v. Memetik atau menulis ayat-ayat al Quran dan al Hadith dengan betul.
vi. Persembahan bentuk dan stail mestilah secara sistematik dan jelas.
vii. Tugasan berbentuk terjemahan hendaklah disertakan ulasan biodata penulis
buku/artikel terjemahan dan memberi pandangan berdasarkan kefahaman
sendiri/penulis lain.

c. Cara dan teknik

i. Pelajar PI.ILP mesti menggunakan cara dan teknik penulisan ditentukan.


ii. Pelajar PI.ILP digalakkan menaip kertas tugasan dengan jarak dua
( double spacing ). Atau berkomputer dengan jenis font Arial saiz 11.
iii. Kegagalan peserta mengikuti arahan ini boleh menjejaskan markah.

d. Bentuk dan saiz

i. Kertas mestilah A4 untuk mereka yang menaip. Bagi yang menulis tangan
gunakan kertas kajang ( writing pad )( dengan keizinan )
ii. Warna kertas hanya putih dibenarkan disertakan nombor mukasurat.
iii. Kulit hadapan hendaklah menggunakan sebarang warna dan ditulis

1. Tajuk kertas projek.


2. Nama penuh pelajar.
3. Kod kursus, Tahun, No Kad Pengenalan dan No Matrik
4. Nama Pensyarah.

Beberapa peringatan.

i. Susunan - Halaman judul


- Sinopsis
- Jadual kandungan
- Teks ( rujukan )
- Bibliografi
- Lampiran
ii. Pelajar hendaklah membuat salinan fotostat bagi simpanan sendiri.
iii. Pelajar hendaklah menghantar tugasan kepada pensyarah seminggu
sebelum hari pembentangan.

Halaman judul - mengandungi maklumat


- Tajuk tugasan
- Nama, Kursus, Kad Pengenalan
- Tarikh pembentangan
Sinopsis - Penjelasan ringkas tajuk tugasan tidak
melebihi 150 patah perkataan.
Teks - Mengandungi pendahuluan, isi dan kesimpulan.

Wajib Sertakan Rujukan contoh

Majalah / Jernal
Abdullah Sabir. “Persamaan Khalwat dengan Zina” al-MUSTAQIM, Bil 9 Tahun-1 m/s 59-
60

Buku.

Dr Harun Din. Manusia dan Islam. Edisi khas 1990. Amiza Publishing Sdn. Bhd di dalam
Rukun Islam hlm. 103-142

Atau

Muhammad Qutb 1977. Islam dan hukumnya. Yayasan Dakwah Islamiyah, Malaysia.

Laman Web.

http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php

http://www.al-azim.com/masjid/ilmubenteng.html

SILA AMBIL FORMAT DAN PROSUDER KERTAS KERJA KURSUS DARI PENSYARAH
PENDIDIKAN ISLAM DI PEJABAT JABATAN PENGAJIAN AM (SUBJEK UMUM)
MELALUI KETUA KUMPULAN MASING-MASING DENGAN MEMBAWA “PEN DRIVE”