Anda di halaman 1dari 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2014

HBPE 4103

PEMBELAJARAN MOTOR

NAMA

SHILA BT

ZAINAL
NO. MATRIKULASI

831003715026001

NO. KAD PENGENALAN

831003-71-5026

NO. TELEFON

0163756103

E-MEL

Azli3610@yahoo.com

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT

1. Pengenalan

Pengenalan setiap teori

2.Teori Lingkaran Tertutup Adam


2.1 Teori Skema Schmidt
2.2 Teori Constraint Newell

4
5-6
6

3.0 Isi Kandungan tentang konsep dan aplikasi setiap teori

7-16

4.0 Implikasi teori-teori dalam sukan,Pendidikan Jasmani dan Pembelajaran


Motor.

17-19

5.Kesimpulan

20

6. Rujukan

21

Pengenalan

Teori dalam Pembelajaran Motor dapat membantu kita memahami proses yang terlibat
dalam pembelajaran sesuatu kemahiran motor.Pemahaman Teori ini dapt membantu kita menjana
idea bagaimana untuk mewujudkan persekitaran embelajaran yang kondusif serta berkesan.
Kewujudan persekitaran pembelajaran yang kondusif ini dapat meningkatkan keberkesanan
pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Seperti kita ketahui pembelajaran sesuatu kemahiran
motor melibatkan pelbagai proses dalaman yang menyebabkan perubahan pergerakan yang kekal
melalui latihan.
Schmint (1991),Magil (1993),Rose (1997 ) dan Hilgar(1973) telah mencadangkan tiga
andaian yang menjadi dasar teori pembelajaran motor seperti berikut:
a) Pembelajaran motor adalah proses dalaman individu yang menyebabkan
peubahan kekal untuk meningkatkan prestasi lakuan motor.
b) Proses bekenaan tidak dapat diperhatikan secara lansung
c) Peningkatan prestasi lakuan motor adalah kesan daripada latihan dan pengalaman.
Ia bukanya akibat kematangan,keadaan sementara atau naluri.
Pemberian maklum balas tambahan dan pengukuhan yang sesuai kepada seseorang
pelajar merupakan satu lagi perspektif dalam proses pembelajaran motor. Mekanism maklum
balas sensori dan maklum balas tambahan merupakan maklum balas yang memainkan peranan
penting dalam proses pembelajaran motor

1.0 Teori Lingkaran Tertutup Adam

Teori lingkaran tertutup (closed-loop) dipelori oleh Adam (1971 ).Teori tertutup
pembelajaran motor adalah berdasarkan:
a) Kelambatan respons
b) Kedudukan linear
Teori lingkaran tertutup Adam ini adalah teori yang memfokus kepada proses perolehan
kemahiran motor yang berlandaskan pengukuhan tingkah laku menerusi maklum balas
luaran.Fokus pembelajaran motor adalah di sekitar isu mengenai pengesanan atau penentuan dan
pembetulan ralat dalam prestasi.Pembetulan ralat dibolehkan memerusi penyampaian maklum
balas hasil lakuan (knowledge of results).Dalam konteks ini,pelajar bukan lagi merupakan
organism yang pasif,sebaliknya pelajar dianggap sebagai komponen aktif dalam konteks
mengawal,memanipulasi dan menghasilakan lakuan atau pergerakan dalam proses pembelajaran
motor.Mengikut teori ini,terdapat dua skutur memori yang terbentuk dalam pembelajaran motor
iaitu:
a) Kesan memori (memory trace )
Kesan memori adalah mekanisme yang digunakan untuk memilih dan memulakan
sesuatu pergerakan.
b) Kesan persepi(perceptual trace )
Kesan persepsi pula yang dibina daripada praktis dan sensor maklum balas adalah
mekanisme yang digunakan untuk membandingkan pergakan yang sedang dilakukan
dengan merujuk kepada maklumat yang tersimpan dalam memori.
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal, dan keadaan ini dapat dicapai
menerusi praktis spesifik dan penyampaian maklum balas yang releven,di mana praktis yang
spesifik boleh mengukuhkan kesan memori sementara ulangan yang tinggi beserta penyampaian
KR boleh mengukuhkan kesan pesepsi.

2.0 Teori Skema Schmidt ( Schmidts Schema Theory )


Pada tahun 1975, Schmint yang tidak bersependapat dengan teori tertutup Adam telah
memberikan pendapat beliau dalam perspektif penguasaan kemahiran motor.Teori yang
dikemukan oleh beliau adalah dikenali sebagai teori skema.Skema yang dimaksudkan beliau
ialah satu set peraturan yang menjadi garis panduan untuk membuat sesuatu keputusan mengenai

matlamat kemahiran. Beliau berpendapat bahawa apabila sesuatu perlakuan dilakukan, maklumat
itu akan dikumpulkan dan disimpan dalam memori.Ia disimpan dalam empat tempat umum iaitu:
a) Keadaan pesekitaran seasa pegerakan bermula:Kedudukan badan dan suhu.
b) Keperluan spesifik pergerakan tersebut:Kelajuan,masa,ruang dan daya.
c) Hail pergerakan dan pengetahuan keputusan ( knowledge of results ).Membandingkan
hasil sebenar dengan hasilan yang diinginkan.
d) Maklumat sensori yang berkaitan pegerakan tersebu,bagaimana pergerakan itu dirasai
dan kelihatan.
Schmidt berpendapat ,pembelajaran adalah berkesan sekiranya maklumat yang terkumpul
disimpan. Oleh itu ,dalam teori skema,Schmint telah mengambil sebahagian besar andaian dalam
teori Adam. Teori skema menggunakan konsep dan idea proses pembelajaran untuk
menerangkan pembelajaran pegerakan cepat ( balistik ) dan pergerakan lambat. Bedasrkan idea
dua mekanisme memori Adam,beliau telah membentuk dua skema berikut untuk memudahkan
simpanan maklumat,
a) Skema ingat kembali ( recall schema)
Skema ingat kembali merupakan satu set peraturan yang memilih nilai parameter
untuk pergerakan spesifik dan memulakan sesuatu perlakuan.
b) Skema pengenalpastian respons ( response recognition schema )
Skema pengenalpastian respons adalah satu set peraturan yang digunakan untuk
menilai dan membandingkan hasilan dengan parameter yang dipilih, Ianya disimpan
Sebagai

melalui sensori untuk kegunaan pembetulan pada masa akan dating.


contoh,bagi seorang penjaga gawang hoki,keadaan persekitarannya

akan

mempengaruhinya menghantar bola kepada pemain pertahanan untuk menggelakkan daripada


jaringan gol pasukan lawan.Oleh itu,pemain memilih menendang bola ke pemain pertahanan
pasukannya. Apabila program motor umum telah dipilih dan pergerakan telak dilakukan,satu
skema motor umum telah dipilih dan pergerakan telah dilakukan,satu skem pengenalpastian
respons telah digunakan untuk menilai dan membandingkan hasilan dengan parameter yang telah
dipilih dan disimpan melaui maklumat sensori untuk kegunaan pembetulan pada masa akan
datang.Program motor umum adalah program yang menghasilkan pegerakan baru dn flksibel
dalam pelbagai demensi. Ia disimpan dalam memori secara simbolik dan mengawal kumpulan
pergerakan tertentu. Program motor dibentuk daripada setiap pengalaman yang mempunyai
pesamaan yang dialami oleh individu tersebut. Sebagai contah, pengalaman kemahiran
menyepak dikumpulkan untuk membentuk satu program motor umum untuk kemahiran sepakan.
Apabila program motor kemahiran ini dipilih untuk mencapai malamt kemahiran tersebut,
5

dengan segara dan mudah ianya dimodiikasikan untuk memenuhi kesesuaian keadaan
persekitaran. Jika pehubungan respons berkenaan telah dikaitkan bersama, maka satu skea telah
dibentuk.
Teori skema adalah alternative kepada teori tertutup Adam dalam pembelajaran
motor.Berbanding dengan teori Adam, ia mempunyai kelebihan dalam pergerakan yang lebih
pelbagai. Ia juga dapat mengesan kesilapan dengan lebih berkesan. Teori ini juga menerangkan
penghasilan pergerakan baru dalam situasi kemahiran terbuka.

3.0 Teori Constraint Newell ( Newells Constraints Theory )


Teori Constraint Newell, yang dibangunkan pada tahun 1986, menunjukkan bahawa semua
pergerakan berlaku berdasarkan tiga faktor; interaksi organisma, persekitaran di mana ia berlaku,
dan tugas yang dilakukan (Haywood & Getchell, 2009). Jika salah satu daripada faktor-faktor ini
berubah, corak pergerakan keseluruhan tindakan perubahan juga (Haywood & Getchell, 2009).
Model ini adalah penting dalam memahami tingkah laku motor manusia dan Model Newell
dicirikan oleh tiga faktor utama; kekangan individu, kekangan alam sekitar, dan kekangan sebabsebab yang berpotensi untuk menghalang gerakan.

Isi kandungan tentang konsep dan aplikasi setiap teori.


a) Teori Lingkaran Tertutup Adam
i)

Formasi Kesan Persepsi


Apabila seseorang pelajar melakukan satu pergerakan, rangsangan maklum balas intrinsic

adalah dihasilkan untuk menandakan lokasi tertentu anggota tubuh badan dalam ruang.
Rangsangan ini akan meninggalkan satu kesan dalam system saraf pusat. Dengan tindak
balas berulang, pelajar itu semakin menghampiri sasaran melaui percubaannya dan dalam
setiap percubaan, kesan lain akan ditinggalkan.Dengan itu, satu pengumpulan koleksi kesan
6

akan berlaku. Oleh kerana adanya KR, pelajar dapat bertindak balas menghampiri sasaran
selepas beberapa percubaan di mana dalam setiap percubaan, satu rangsangan maklum balas
akan menunjukkan pergerakan yang betul. Begitu juga dengan adanya koleksi kesan persepsi,
ia akan membrikan maklum balas berkualiti bagi pergerakan yang betul.
Oleh kerana kesan persepsi akan menjadi semakin kukuh dengan setiap KR
pecubaan,kesilapan dalam perlakuan akan berkurangan dengan latihan KR.Teori ini juga
menjangkakan dengan menurunkan kualiti maklum balas sensori, ia juga membantutkan
perkembangan kesan persepsi dan seterusnya mencacatkan hasil pembelajaran.
ii)

KR dan Kesan Persepsi

Menurut Adam, pelajar bukan merupakan penerima pasif tetapi terlibat secara aktif dalam
pembentukan verbalisasi dan hipotesis berkaitan tugasan yang akan dipelajarinya.Adam
berpendapat KR membekalkan maklumat untuk penyelesaian masalah motor.Menurut Adam,
selepas satu percubaan ,KR membekalkan maklumat berkitan bagaiman pergerakan berikutnya
pelu dilakukan. Semasa awal pembelajaran, pelajar akan menggunakan KR bersama dengan
kesan persepsi untuk melakukan pergerakan. Menurut Adam lagi, KR tidak menghasilkan
pembelajaran secara terus tetapi ia mewujudkan situasi yang sesuai supaya mekanisme
pembelajaran sebenar boleh berfungsi, Begitu juga, teori ini menjangkakan factor-faktor
koordinasi dan dajah kebebasan yang akan melambatkan atau membantutkan pembelajaran.

iii)

Pengukuhan Subjektif
Adam telah cuba menjelaskan bagaimana pelajar membentuk kebolehan mengesan

kesilapan. Beliau menegaskan bahawa selepas sesuatu pergerakan itu dilakukan, pelajar itu
boleh membandingkan maklum balas yang diterima dengan kesan persepsi. Perbezaan ini
akan menggambarkankesilapan tindak balas pelajar yang dilaporkan kepada dirinay sebagai
pengukuhan subjektif.
Kataya pengukuhan subjektif ini boleh digunakan untuk mengekalkan pergerakan itu
pada sasaran tanpa KR dan mengikut teori, mengekalkan pergerakan itu pada sasaran boleh
7

memanfaatkan pembelajaran, ini kerana maklum balas akan terus ditambah kepada kesan
persepsi
iv)

Teori Dua Keadaan

Bercanggah dengan teori tertutup,Adam menyedari untuk mengadakan kapasiti pergerakan


dan juga menilainya?jika pergerakan itu salah dipilih,maklum bals daripada pergerakan dan
rujukan pergerakan yang betul akan sentiasa berpadanan dan akan menghasilkan satu
percubaan tanpa kesilapan. Dalam teori Adam,walaupun kesan persepsi menunjukkan tindak
balas yang betul dan pergerakan itu dipilih dan dimulakan oleh satu keadaan memori lain
yang dikenali sebagai memori tetapi ia bertanggungjawab untuk:
I.
II.
III.

Memilih arah aksi itu


Memulakannya
Mengarahkannya ke arah sasaran

Kemudian,kesan pesepsi akan mengambil alih kawalan pergerakan itu untuk menyebabkannya
berhenti di lokasi sasaran.
v)

Peranan Kesilapan

Satu daripada implikasi dalam teori Adam adalah sebarang kesilapan yang dihasilkan semasa
tempoh latihan adalah bahaya terhadap pembelajaran. Ini keran apabila kesilapan telah
dilakukan, maklum balas darinya adalah berlainan di mana ia akan dikaitkan dengan tindak
balas yang betul dan kesan persepsi akan diturunkan sedikit sebagai akibatnya.Oleh itu,
Adam mencadangkan pemberian panduan adalah perlu sebagai satu pendekatan latihan untuk
mengelakkan kesilapan berlaku. Sebagai salah seorang peneraju dalam teori pembelajaran
motor,perspektif dam telah member cabaran kepada orang lain untuk menjalankan kajian
yang lebih mendalam.Kajian mereka menggunakan paradigm Adam.

Arahan
8

Pusat arahan
pergerakan

Penyebab
pergerakan

Maklum
balas

Teori tertutup Adam

b) Teori Skema Schmidt


i)

Penemuan dalam Program Motor Umum


Dalam skema ,terdapat satu idea program motor umum,distrukturkan dengan fasa dan

kuasa relative denagn parameternya adalah diperlukan untuk menentukan cara tertentu
program itu dilaksanakan.Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan teori pengaturcaraan,
teori Skema tidak menentukan dari mana program motor berasal.Ini merupakan satu masalh
penting tetapi tahap pengetahuan pada peringkat ini tidak boleh banyak dikatakan dalam
proses ini.Oleh itu,teori ini pelu menganggap program ini dibentuk dalam cara tertentu dan
ianya boleh dilaksanakan dengan parameter yang sesuai.
9

ii)

Konsep Skema
Konsep skema dipelopori oleh Head(1926) dan kemudiannya diperkenal serta

dipopularkan oleh Bartlett (1932).Bartlett berpendapat,skema ini merupakan satu abstrak


memori yang mewakili acara atau aksi kemahiran, penaakulan,konsep atau generalisasi.
iii)

Pembelajaran Skema
Setelah sesuatu pergerakan dilakukan dengan program motor umum,seseorang pelajar

akan menyimpan empat perkara berikut:


a) Keadaan awal.Contohnya,kedudukan badan,berat objek dan sebagainya yang wujud
sebelum pergerakan.
b) Pelajar akan menyimpan parameter yamg ditetapkan kepada program motor umum.
c) Hasil daripad pergerakan dalam persekitaran dalam maksud KR disimpan.
d) Pelajar akan menyimpan kesan sensori pergerakn berkenaan iaitu bagaimana pergerakan
itu dirasai,rupanya dan sebagainya.
berkenaan,sebarang perbezaan menandakan satu kesilapan yang dilabelkan dan kemudiaanya
dihantar semula ke ekanisme pemprosesan maklumat sebagai pengukuhan subjektif.Bagi
pergerakan lambat pula,pengukuhan subjektif digunakan untuk menghasilkan aksi tersebut.
Di sini,sumber maklum balas jangkaan menunjukkan kreteria ketetpatan dan maklum balas
dibandingkan dengan membolehkan maklumat mengenai kesilapan adalah berterusan semasa
tindak balas berlaku.Selepas itu,pelajar bergerak ke satu polisi supaya kesilapanya adalah
seminimum mungkin, Ini menunjukkan bahawa anggota pelajar itu adalh kea rah sasaran.
Walaupun pergerakan lambat dihasilkan secara akif, ia dikawal oleh memori pengenalpastian.
vi)

Pembelajaran Skema
Pembelajaran kemahiran adalah pembelajaran melalui peraturan mengenai fungsi tubuh

badan kita. Di samping itu,pembelajaran ini membentuk perhubungan antara bagaiman otot
kita diaktifkan,apa yang sebenarnay mereka lakukan dan bagaimana rasa aksi-aksi ini.Oleh
itu,tindak balas di mana sekiranya mana-mana satu daripada empatelemen tersmpan hilang
10

akan mengakibatkan kesusutan dalam pmbelajaran peraturan-peraturan itu.salah satu yang


paling kritikal adalah merupakan maklumat hasil pergerakan atau KR.Jika pelajar itu tidak
menerima maklumat mengenai hasil pergerakannya,walaupun elemen lain wujud, tidak ada
pengukuhan skema boleh berlaku disebabkan lokasi dalam paksi mendatar tidak akan dikenal
pasti.begitu juga jika konsekuens sensori hilang akan menyebabkan tidak ada perkembangan
skema pengelpastian berlaku. Dalam pergerakan pasif, tidak ada parameter dikeluarkan
kepada program. Oleh itu, tidak ada pengemaskinian skema ingat kembali berlaku. Begitu
juga teori skema mempunyai kelebihan positif daripada penghasilan pergerakan samaada
pergerakan itu betul atau salah. Ini kerana skema merupakan peraturan yang berdasarkan
perhubungan anatara elemen tersimpan dan perhubungan ini wujud sama banyak untuk
pergerakan yang salah dengan yang betul.
(a) Kepelbagaian dalam latihan
Teori meramalkan melakukan pelbagai latihan untuk menghasilkan pergerakan
dengan program yang sama seperti penggunaan pelbagai parameter akan
menyediakan satu tapak pengalaman yang luas sebelum sesuatu peraturan atau skema
boleh dibina. Apabila julat hasil pergerakan dan parameter adalah kecil, semua data
titik akan berkumpul bersama.
Apabila satu pergerakan baru diperlukan, kesilapan lebih besar akan berlaku dalam
penganggaran parameter yang sesuai dan atau konsekuens sensori dijangka. Shapiro
dan Schmidt pada athun 1982 menjumpai bukti nyata bahawa kepelbagaian latihan
merupakan factor positif dalam pembelajaran motor kanak-kanak.
(b) Tindak balas baru
Sesuatu hasil pergerakan tertentu tidak semestinya pernah dihasilkan sebelumnya
untuk menghasilkan pada masa hadapan. Ini kerana asas untuk menghasilkan sesuatu
pergerakan baru adalah satu peraturan mengenai bes pemilihan parameter dalam
perlakuan yang bersamaan pergerakan sebelumnya.
Kajian menunjukkan dengan pelbagai latihan, tindak balas baru boleh dihasilkan
dengan tepatnya sekiranya tindak balas baru telah dilatih berulang kalidan ia lebih
11

berkesan untuk kanak-kanak. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa pembelajaran


motor mungkin menjadi pembelajaran peraturan utama dan bukannya pembelajaran
tindak balas spesifik. Kesan ini adalah berkesan terutamanyadalam kemahiran terbuka
di mana pergerakan ini tidak akan diulang sama dalam dua percubaan yang berturut.
(c) Pengesanan kesilapan
Teori meramalkan bahawa ia sepatutnya tidak ada kebolehan pengesanan selepas satu
pergerakan lambat, sementara itu kebolehan seperti ini sepatutnya wujud selepas satu
pergerakan cepat atau deras. Ini disebabkan kebolehan kesilapan itu sebenarnya
digunakan untuk menghasilkan tindak balas lambat.

vii)
Teori Constraint Newell ( Newells Constraints Theory )
Teori Constraint Newell dicirikan oleh tiga faktor utama; kekangan individu, kekangan alam
sekitar, dan kekangan tugas (Haywood & Getchell, 2009).

a) Kekangan individu
Kekangan individu adalah ciri-ciri individu, dari segi fizikal dan mental (Haywood &
Getchell, 2009). Sebagai contoh, ketinggian, berat dan motivasi semua boleh diklasifikasikan
sebagai kekangan individu (Haywood & Getchell, 2009). Kekangan individu mempunyai dua
sub-bahagian: kekangan struktur dan kekangan berfungsi. Kekangan struktur merujuk kepada
kekangan yang berhubungan dengan binaan individu badan (Haywood & Getchell, 2009).
Kekangan berfungsi merujuk kepada aspek tingkah laku individu, seperti, motivasi,
ketakutan, dan tumpuan (Haywood & Getchell, 2009).
b) Kekangan alam Sekitar
Kekangan alam sekitar sebarang kekangan di luar badan itu sendiri (Haywood &
Getchell, 2009). Kekangan termasuk apa-apa kekangan fizikal di luar badan, serta kekangan
sosiobudaya (Haywood & Getchell, 2009). Faktor-faktor seperti suhu, kelembapan dan
graviti adalah semua dianggap kekangan alam sekitar (Haywood & Getchell, 2009).
c) Kekangan tugas
12

Kekangan tugas kekangan yang juga luar anggota badan, tetapi merujuk kepada perkaraperkara seperti matlamat yang khusus untuk satu tugas (Haywood & Getchell, 2009). Faktorfaktor seperti matlamat tugas, peraturan permainan dan juga peralatan yang digunakan untuk
tugas semua dianggap sebagai kekangan tugas (Haywood & Getchell, 2009).
d) Kepentingan Teori
Teori ini amat penting dalam memahami dan membantu membangunkan tingkah laku motor
individu. Dalam memahami model, individu atau seseorang mengarahkan individu boleh
membantu mendapat kemahiran yang sesuai yang diperlukan untuk menyelesaikan sebuah
gerakan. Begitu juga, model membolehkan kita untuk melihat individu dan pergerakan mereka di
seluruh perubahan yang berkaitan dengan usia (Haywood & Getchell, 2009). Sebagai contoh,
cara berjalan kanak-kanak kecil, berbanding cara berjalan seorang dewasa boleh menjadi sangat
berbeza kerana kekangan individu (Haywood & Getchell, 2009). Begitu juga, cara yang bergerak
individu di seluruh permukaan yang kering berbanding satu yang licin juga berbeza kerana
kekangan alam sekitar (Haywood & Getchell, 2009).
e) Aplikasi praktikal
Teori

Newell boleh digunakan secara praktikal dalam pelbagai sukan atau pembangunan

pergerakan senario. Walaupun kekangan individu tidak boleh dengan mudah dimanipulasi,
kekangan tugas boleh dan sering dimanipulasi untuk membantu dalam pembelajaran tingkah
laku. Sebagai contoh, melaksanakan kemahiran menggelecek bola sepak di dalam kawasan yang
tertutup akan memaksa peserta untuk memperoleh kemahiran menggelecek yang lebih tepat
(Araujo et al., 2004). Begitu juga apabila bekerja dengan kanak-kanak, memanipulasi alam
sekitar, seperti ketinggian tangga, boleh membawa kepada kanak-kanak membangunkan
kemahiran baru untuk menyelesaikan tindakan yang dimaksudkan. Ramai pendidik fizikal juga
boleh menggunakan model dalam menilai dan membantu kanak-kanak kurang upaya (Pope et al.,
2012). Model itu sendiri juga boleh menjadi panduan kepada pendidik dalam mewujudkan
rancangan pelajaran sesuai bagi semua pelajar untuk mendapat kemahiran pembangunan motor
optimum (Pope et al., 2012).
f) Kekangan dan Kanak-kanak dengan Gangguan Spektrum Autisme
13

Apabila bekerja dengan individu-individu kepada corak pergerakan dan perkembangan motor
halus, ia adalah penting untuk menilai kekangan yang diperlukan untuk mengatasi. Kekangan
adalah berbeza untuk setiap individu dan bergantung kepada alam sekitar, dan juga faktor-faktor
subjektif. Walaupun kekangan ini adalah unik untuk setiap individu, kanak-kanak dengan
Gangguan Spektrum Autisme (ASD), mempamerkan beberapa kekangan individu sama di
seluruh papan (Pope et al., 2012).
g) Kekangan individu dan ASD
Walaupun kita tidak boleh memanipulasi sepenuhnya kekangan individu, ia adalah mungkin
untuk menilai kekangan ini dan memanipulasi alam sekitar, atau tugas untuk mencapai
pergerakan yang diperlukan. Salah satu kekangan ini termasuk kaki berjalan kaki; yang
mengandungi berat badan pada jari kaki seseorang semasa fasa pendirian berjalan (Pope et al.,
2012). Pendidik boleh memanipulasi alam sekitar seperti permukaan yang berjalan di atas, untuk
mengubah corak gaya berjalan untuk mengelakkan kaki berjalan, dan seterusnya,
membangunkan corak gaya berjalan yang sesuai (Pope et al., 2012).
h) Kekangan Alam Sekitar dan ASD
Perubahan persekitaran boleh menjadi kunci untuk memperoleh kemahiran motor baru, dan
apabila berurusan dengan kanak-kanak dengan ASD, persekitaran yang sesak, bising boleh
menyebabkan beban deria untuk kanak-kanak (Pope et al., 2012). Bergerak anak itu, lokasi yang
lebih tenang dinyalakan rendah boleh memberi manfaat dalam membangunkan corak motor baru
(Pope et al., 2012). Walaupun beberapa kekangan mungkin kekangan individu, atau kekangan
tugas, mengubah persekitaran untuk mengelakkan faktor-faktor seperti kebimbangan boleh
sangat membantu apabila bekerja dengan kanak-kanak dengan ASD (Pope et al., 2012).
i) Kekangan tugas dan ASD
Banyak kekangan tugas mungkin wujud apabila bekerja dengan mana-mana individu dalam
membangunkan kemahiran baru. Pada kanak-kanak dengan ASD misalnya, peralatan yang
digunakan boleh menyebabkan pergerakan tegar, seperti bola keranjang yang terlalu besar (Pope
et al., 2012). Untuk menukar pergerakan kanak-kanak, pengajar boleh menyediakan bola yang
lebih kecil atau lebih ringan untuk mengamalkan dengan (Pope et al., 2012). Kadang-kadang,
14

kekangan boleh menjadi gabungan kekangan alam sekitar dan tugas. Sebagai contoh, kanakkanak bermain tenis luar (Pope et al., 2012). Kanak-kanak mungkin akan mengalami kesulitan
kerana persekitaran yang bising dan terang, dan juga saiz dan kelajuan bola tenis, atau berat raket
(Pope et al., 2012). Untuk mengurangkan kekangan seperti ini, seorang pendidik boleh menukar
tetapan di mana tindakan yang sedang berlaku (iaitu, bergerak dalam rumah), dan, atau, tukar
saiz bola yang digunakan untuk melambatkan pergerakan untuk membolehkan optimum
pembangunan (Pope et al., 2012).

Implikasi teori-teori dalam sukan,Pendidikan jasmani dan Pembelajaran Motor.

a) Definasi dan penilaian pembelajaran motor


Menurut Schmidt, pembelajaran motor telah didefinasikan dalam pelbagai taksiran yang
berlainan. Empat cirri yang jelas telah digunakan dalam mendifinasikan pembelajaran motor
dipaparkan dalam jadual dibawah:
Ciri-ciri
Pembelajaran

merupakan

satu

Penerangan Tambahan
proses Iaitu pembelajaran merupakan satu set acara

penguasaan kebolehan untuk menghasilkan atau perubahan yang berlaku apabila latihan
aksi kemahiran yang dikuasai

menyebabkan seseorang itu bertambah mahir


dalam tugasannya.

Pembelajaran berlaku hasil secara langsung daripada latihan atau pengalaman


Pembelajaran tidak dapat diperhatikan secara Ini kerana proses yang membawa kepada
15

terus

perubahan dalam tingkah laku dari dalaman. Ia


pada kebiasaannya tidak dapat diuji secara
terus dan memerlukan seseorang membuktikan
proses pembelajaran yang telah berlaku dengan
menunjukkan

perubahan

dalam

tingkah

lakunya yang boleh diperhatikan.


Pembelajaran dianggap untuk menghasilkan Perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh
satu perubahan relatif

yang kekal dalam perasaan, motivasi atau keadaan dalaman

kebolehan tingkah laku yang mahir

seperti perasaan dahaga tidak dianggap


disebabkan pleh pembelajaran

Sama ada benar atau tidak seseorang itu melakukan kemahiran tersebut secara konsisten dengan
keupayaan, ini bergantung kepada kehadiran angkubah perlakuan. Ia merangkumi factor yang
boleh mempengaruhi faktor kewaspadaan seseorang, kerisauan yang disebabkan oleh
persekitaran, keunikan persekitaran dan kelesuan. Oleh itu adalah penting pendekatan penilaian
yang digunakan perlu mengambil faktor ini untuk memperoleh satu inferens pembeajaran yang
tepat.
b) Ciri-ciri umum perlakuan pembelajaran kemahiran
Empat ciri perlakuan kemahiran yang biasa diperhatikan semasa pembelajaran kemahiran
berlaku adalah seperti rajah di bawah:

(a) Kemajuan
Kemajuan perlakuan sesuatu kemahiran akan bertambah baik dengan masa. Ini
bermaksud perlakuan sesuatu kemahiran adalah lebih baik sekarang dari yang sebelumnya.
16

Perlu diingati bahawa pembelajaran tidak seharusnya terhad kepada satakat kemajuan dalam
perlakuan sahaja. Ada kalanya latihan menyebabkan pembentukan tabiat buruk yang akan
mengakibatkan perlakuan kemahiran pelajar itu gagal.
(b) Konsistensi
Perlakuan akan menjadi semakin konsisten apabila pembelajaran berlangsung.

Ini

bermakna dari satu ke satu percubaan perlakuan ini, cirri-ciri perlakuan pelajar akan mempunyai
lebih persamaan atau konsisten. Dalam percubaan awal perlakuan pelajar, ia adalah berbezabeza antara percubaanya. Namun ia akan bertambah baik dan konsisten apabila semakin banyak
percubaan diadakan. Semakin konsisten perlakuan kemahiran itu, maka bertambah stabil ciriciri perlakuan tersebut. Ini bermakna kemahiran baru yang diperoleh tidak mudah dipengaruhi
oleh perubahan kecil dalam cirri-ciri peribadi dan persekitarannya.
(c) Berterusan
Ciri perlakuan yang ketiga adalah cirri berterusan. Penngkatan perlakuan boleh dilihat
dengan peningkatan perlakuan yang berterusan. Ini bermakna apabila pelajar itu menuju kearah
proses peningkatan dalam proses pembelajaran kemahiran tersebut, peningkatan perlakuannya
akan kekal untuk satu tempoh masa yang panjang.

Pelajar yang telah menguasai sesuatu

kemahiran seharusnyaboleh menunjukkan perlakuannya pada bila-bila masa. Nmaun disebabkan


oleh faktor lupa dan faktor lain, pelajar itu mungkin tidak dapat mempamerkan tahap
perlakuannya seperti pada akhir latihan sebelum ini.
(d) Penyesuaian
Ciri perlakuan yang terakhir ialah apabila kemahiran itu telah dikuasai, pelajar boleh
menyesuaikannya kepada pelbagai situasi. Pada kebiasannya, kita tidak melakukan sesuatu
perlakuan dalam situasi atau persekitaran yang mempunyai cirri-ciri yang sentiasa sam.
Perbezaannya mungkin dari segi emosi, fizikal, persekitaran, tempat dan sebagainya. Oleh itu
untuk melakukan sesuatu perlakuan yang Berjaya, ia memerlukan pelajar itu menyesuaikan diri
serta kemahirannya kepada perbezaan yang ada pada masa berkenaan.
c) Tanggapan Prestasi Pada Peringkat akhir Pembelajaran
Tanggapan atau jangkaan prestasi pada akhir sesuatu pembelajaran boleh dialkukan
berdasrkan kepada potensi perlakuan pada peringkat awal pembelajaran.Sama ada seseorng
pelajar itu telah mencapai potensinya atau tidak akan bergantung kepada beberapa faktor seperti
17

a) Faktor motivasi
b) Latihan
c) Peluang
Pengkaji telah menggunakn tiga pendekatan yang berlainan untuk melihat sejauh manakah
prestasi perlakuan peringkat pembelajaran awal dapat digunakan untuk membuat jangkaan
pencapaiannya pada peringkat akhir pembelajaran.Dua daripada pendekatan ini menggunakan
darjah perhubungan antara prestasi perlakuan peringkat awal dan akhir pembelanjaran dengan
statitik kolerasi.Pendekatan ketiga mengambil kira peranan yang dimainkan oleh keupayaan
motor di setiap peringkat pembelajaran.

18

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannaya,dapatlah dirumuskan bahawa berdasrkan kepada tiga teori iaitu
Teori Lingkaran Tertutup Adam, Teori Skema Schmidt dan Teori Constraintt Newell bolehlah
digunakan sebagai panduan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan jasmani.Guru dapat meningkatkan lagi pengajaran di dalam kelas dan dapat
mengenalpastikan cirri-cir perlakuan murid untuk meningkakan lagi kem ahiran murid dalam
sesuatu kemahiran dalam pengajaran pendidikan jasmani.

19

Rujukan
OUM HBPE4103 Pembeljaran Motor:Tan Kait Keong
Coker,C.A.(2009).Motor learnig and control for practitioners (2nd ed.).Champaign,il:Human
Kinetics Publishers.
Pembelajaran Kemahiran Motor Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan (1989),Vasudevan
T.Arasoo,Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Utley,A.,&Astill,S.(2008).Motor Control,Learning and Development.NY:Taylor & francis
Group.

20