Anda di halaman 1dari 9

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

CABARAN POLITIK GERAKAN ISLAM


DALAM ERA ‘PENDEMOKRASIAN’ DI ALAF BARU1

PENGENALAN
Kertas ini membincangkan faktor-faktor ‘contemporary’ mengenai cabaran politik
Gerakan Islam terutamanya penglibatan mereka dalam proses ‘democratization’ atau
‘pendemokrasian’ menjelang alaf baru ini. Penglibatan politik gerakan Islam yang ada di
Malaysia juga tidak dapat dipisahkan dengan gelombang ‘Islamic revival’ yang ada ini.

Namun realitinya gerakan Islam di tahun-tahun kebelakangan ini sedang


menghadapi berbagai-bagai tragedi yang sambung-menyambung serta pelbagai suasana
yang sukar lagi menyulitkan. Ini menyebabkan gerakan Islam di merata pelusuk dunia
cuba menoleh kembali kepada ‘garis percubaan’ yang telah ditempuhi oleh mereka sejak
jatuhnya kerajaan Islam Othmaniah di Turki.

REALITI CABARAN YANG ADA

Kita kian hampir dengan realiti alaf baru yang akan menjadi mercu kepada ‘a
strange new world of change and uncertainty’. Ia mungkin amat menarik bagi sesetengah
orang namun realitinya adalah suatu yang tidak menentu dan berkemungkinan amat
menggerunkan. Penulis amat bersetuju dengan pandangan yang di utarakan oleh Hamish
Mcrae2 yang mengolah realiti alaf baru ini. Antara lain beliau menyatakan;

“Few of us can easily imagine a future which is not, at best, insecure; many fear social
breakdown, poverty, technological tyranny, environmental catastrophe, war, despair. Are
they right ?”3

Begitu juga dengan prospek serta masa depan gerakan Islam terutamanya selepas
‘kemenangan’ demokrasi Barat ke atas faham serta ideologi Komunis. Bagi penulis
persoalan-persoalan berikut harus di jawab;

Apakah gerakan Islam akan mampu ‘survive’ dengan pelbagai cabaran yang lebih
besar di dalam kerangka ‘demokrasi’ yang di‘iktiraf’ sebagai paling ‘legitimate’ di abad
mendatang ini?

Apakah gerakan Islam juga akan mampu turut ‘bersaing’ dengan perkembangan
teknologi yang lebih canggih berbentuk ‘boarderless world’ ini?

Atau apakah kedudukan gerakan Islam dari sudut masa depan sosio-politik di
negara-negara umat Islam sendiri?

Bagi penulis ‘era pendemokrasian’ yang sedang berjalan sekarang ini juga sedang
menjadi ‘test case’ ke atas kebanyakan negara-negara umat Islam terutamanya di Timur
Tengah – samada mereka terus menerus di lindungi oleh Barat tanpa sebarang usaha ke
arah pendemokrasian yang lebih baik dan mereka terus kekal sebagai negara yang
bersifat autokratik ataupun ruang ‘demokrasi’ akan di buka untuk mereka. Penulis amat
bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Frank Comes dan Christoper Power;

“Global politics is aslo entering a new age. Constitutional democracy is sweeping through

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Central Europe, Rusia, Latin America, Korea and Taiwan. Ideas transmitted by satellite
broadcasts, fax machines, and Internet ports are praying open even authoritarian
regimes”.4

Namun apa yang jelas, kemenangan demokrasi Barat ke atas ideologi Komunis
sering digembar-gemburkan sebagai kemenangan ‘prinsip keadilan dan persamaan’
sejagat ke atas sistem kuku besi yang menindas. Barat sering mencanangkan agar dunia
Islam kembali melakukan perubahan ke arah wujudnya sistem bernegara yang lebih
demokratik dengan memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pilihan. Namun
Barat juga menyedari bahawa ‘kepentingan mereka’ akan terancam dengan ‘democratic
reform’ yang sedang berlaku di dunia Islam kerana ia akan memberi ruang yang luas
kepada perkembangan ‘Muslim rule’.

Walaupun di kebanyakan negara-negara umat Islam terdapat percampuran


pelbagai ideologi, namun gerakan Islam yang berjuang samada melalui proses demokrasi
atau sebaliknya dilihat sebagai saingan terpenting golongan elit yang memerintah dalam
proses mendapatkan kuasa. Sejarah awal serta kepentingan sosial dan politik arus
kebangkitan Islam yang sedang berlaku sekarang ini juga telah dikelirukan dengan label
golongan ‘fundamentalis Islam’ atau ‘militan Islam’ yang begitu rakus mahukan kuasa
politik. Perkembangan ini menjadi suatu fenomena yang paling disalah faham oleh Barat
sendiri.

Begitu juga dengan ‘salah faham’ Barat terhadap kebangkitan Islam yang
mengenepikan langsung akar-umbi dan dan pemahaman terhadap gerakan Islam.
Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979 adalah merupakan satu kejutan yang amat
besar bukan saja kepada Barat tetapi juga kepada golongan cendekiawan yang mengkaji
mengenai politik sejak tiga abad yang lalu. Mereka sendiri tidak langsung menjangkakan
bahawa kerajaan Shah akan jatuh ke tangan golongan ulama yang diangggap sebagai
golongan fundamentalis.

Namun bagi penulis, realitinya tetap seperti gambaran yang ada sekarang ini. Kalau
di abad ini gerakan Islam dianggap sebagai suatu ‘ancaman’ maka begitulah juga dengan
abad yang mendatang ini. Malahan cabaran terhadap gerakan Islam adalah dijangkakan
lebih hebat lagi.

Cuba kita sama-sama renungkan senario berikut; Pada bulan Ogos 1998 telah
berlaku peristiwa pengeboman ke atas dua kedutaan Amerika di Afrika iaitu di Tanzania
dan Kenya yang mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban. Pada bulan yang sama
juga beberapa bom telah diletupkan di Omagh, Ireland Utara yang juga mengorbankan
banyak nyawa. Seperti yang dijangkakan media-media utama dunia terus mengaitkan
peristiwa di Afrika dengan serangan dari kelompok ‘Islamic terrorist’ dan ‘fundamentalists’
manakala apa yang berlaku di Ireland hanya di kaitkan dengan kumpulan ‘the real IRA’.

Malahan Washinghton mengambil sikap untuk ‘retaliate’ peristiwa ini dengan


menyerang dan mengebom Khartoum di Sudan dan Khost di Afghanistan yang dianggap
sebagai sarang kepada ‘Islamic terrorist’ ini.. Apa yang menariknya Setiausaha Negara
Amerika, Madeleine Albright telah menegaskan bahawa peristiwa Ogos yang berlaku di
Afrika adalah merupakan “the war of the future”.

Jika kita teliti pula era tamatnya ‘Cold War’, banyak perkembangan serta peristiwa
penting yang telah berlaku di dunia ini – perjanjian damai antara Palestin dan Israel, usaha
pengurangan penggunaan senjata nuklear, kehancuran Bosnia serta peperangan di

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Chechnya - yang kesemuanya ini menunjukkan perubahan yang menakjubkan selepas
kehancurann Kesatuan Soviet.

ISU PENENTU UTAMA DI ALAF BARU

i. Perubahan kuasa dunia dari bentuk ‘Bi-polar’ kepada ‘Unipolar’

Kejatuhan Kuasa Besar Soviet Union serta tamatnya era ‘Cold War’ kini telah
merubah ‘International System’ yang wujud sejak dari Perang Dunia Kedua lagi. Dunia
yang dahulunya berbentuk ‘bipolar’ di mana Kuasa Besar Soviet sentiasa bersaing dengan
Amerika Syarikat dalam segenap bidang kini sudah hancur. Ini menjadikan Amerika
Syarikat di anggap sebagai satu-satu Kuasa Besar, kini tidak lagi menghadapi saingan
ynag hebat dari kuasa-kuasa besar lain.

Namun peringatan yang diutarakan oleh Garry Wills5 perlu diberi perhatian oleh
kita. Beliau menyatakan bahawa;

“The United States considered itself not only a legitimate leader but actually more
legitimate than indigenous leaders who did not meet the U.S. definition of freedom-loving
behavior. Washington ‘led’ people by removing inauthentic leaders-the enemies of
freedom-even when the people has chosen them”6

Inilah yang sedang di lakukan oleh kuasa besar Amerika dalam menentukan
penguasaan mereka terhadap kebanyakan negara di dunia ini terutamanya negera-negara
umat Islam. Banyak pemimpin dunia yang telah ‘diganti’ atas desakan Amerika yag lebih
berbentuk ‘covert action, sabotage and threats’

Sebagai contohnya penguasaan Washington di Timur Tengah yang dianggap


begitu penting bagi keutuhan politik serta ekonomi mereka. Sehingga kini mereka terus
menerus mengekalkan ‘hegemony’ mereka kerana terlalu banyak kepentingan yang ada di
rantau ini. Usaha untuk mengekalkan regim berbentuk ‘puppet leadership’ dilakukan untuk
menjamin penguasaan Amerika. Mereka tidak lagi menjajah secara ‘fizikal’ tetapi
menguasai hampir keseluruhan sektor pentadbiran yang ada di sesebuah negara. Ini
ditegskan sendiri oleh Wills yang menyatakan bahawa; “It did not want to annex the
countries but to use them - call it ‘security imperialism’7

Malahan menurut Robert Blackwill8 seorang pakar mengenai keselamatan di


Timur Tengah, beliau menyatakan bahawa Amerika Syarikat mempunyai 3 kepentingan
utama di Timur Tengah;9
a. Mempastikan pejalanan ‘energy’ seperti minyak dan gas berjalan secara
baik.
b. Menyekat sebarang kemasukan senjata yang boleh memusnahkan.
c. Mempertahankan keselamatan negara Israel.

Beliau menambah lagi, kini terdapat 6 ancaman utama terhadap kepentingan


Amerika Syarikat di Timur Tengah. Cita-cita bersifat ‘hegemonic’ Iran dan Iraq di Teluk.
Senjata berbentuk ‘mass destruction’ dan peluru berpandu yang di kendalikan oleh Iran.
Kelemahan dalaman regim di negar-negara Arab. “Stalemate’ dalam perjanjian Israel-
Palestin. Fundamentalis Islam. Beliau turut menggaris dari sudut ‘operational objectives’
Amerika Syarikat di Timur Tengah. Antaranya;10

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Mempertahankan perjalanan minyak – Amerika berjaya mencapai objektif ini “Keep
Saddam in the box” – berjaya. ‘Isolate’atau menyepikan Iran – gagal. Memperlambatkan
rancangan senjata peluru berpandu Iran – kejayaan bercampur-campur. Mempertahankan
‘pro-status quo’ pemimpin-pemimpin negara Arab yang di anggap ‘moderate’ atau
‘sederhana’ - berjaya. Inilah reliti yang perlu di fahami oleh gerakan Islam terutamanya di
Timur tengah di dalam menghadapi cabaran-cabaran yang begitu besar ini. Kuasa besar
Barat khususnya Amerika Syarikat tidak akan secara mudah ‘melepaskan’ kepentingan
mereka di rantau tersebut kerana ‘stake’ nya adalah amat tinggi bagi masa depan
penguasaan sosio-politik mereka.

ii. Perlumbaan penguasaan ‘natural resources’ dunia terutamanya minyak dan gas.

Abad mendatang ini juga menjangkakan akan berlakunya suatu bentuk ‘perebutan’
penguasaan pengunaan kuasa ‘energy’ dunia yang lebih sengit. Melihat kepada jadual 1
adalah jelas bahawa pengunaan minyak dan gas akan tetap merupakan bahan ‘natural
resource’ terpenting di abad akan datang ini. Negara yang maju seperti Amerika Syarikat,
Perancis, Jerman, Jepun serta Britain akan terus bergantung kepada sumber asli ini untuk
menggerakkan ekonomi serta pembangunan industri mereka meskipun telah ada
peningkatan penggunaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga yang penting (sila rujuk
lampiran 1).

Namun apa yang menariknya jika kita teliti Jadual 2, adalah jelas bahawa ‘crude oil
reserve’ yang akan masih tinggal di dunia ini akan tertumpu di negara-negara umat Islam.
'Reserve' yang ada di Amerika Syarikat serta kebanyakan negara Eropah lain di
jangkakan tidak akan kekal lama berbanding dengan di negara-negara umat Islam.

iii. Sikap ‘double standard’ Barat khususnya Amerika Syarikat terhadap kebangkitan
Islam

Sikap ‘double standard’ polisi Amerika Syarikat terhadap negara umat Islam adalah
amat jelas. Sekiranya kita perhatikan persoalan ‘hak asasi manusia dan demokrasi’ yang
di canangkan oleh mereka di kebanyakan negara di dunia ini, namum ianya tidak berlaku
di kebanyakan negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah. Cuba kita perhatikan
dua ‘kes’ yang penting ini;

a. Perjanjian damai Israel-Palestin

Apa yang berlaku dalam perjanjian damai yang di 'brokered' oleh Amerika Syarikat
yang membawa kepada kepada perjanjian ‘Wye Memorandum’. Menurut Richard
Norton11 perjanjian ini tidak sekali-kali menunjukkan bahawa Amerika (atau Israel) tidak
memberi sebarang perhatian terhadap persoalan ‘rule of law’ di kalangan rakyat Palestin.
Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah pendedahan Norton bahawa “so long as the
Palestinian Authority corrals the alleged extremists, thereby satisfying Israeli demands, it
is clearly permissible to dispense with legal niceties’.12

b. Documen National Security Council ((NSC)

Menurut Norton13, dokumen bertajuk ‘A National Security Strategy for a Century’


yang di sediakan oleh NSC pada bulan Mei 1997 dengan jelas mengenepikan sebarang
pandangan mengenai ‘demokrasi dan hak asasi manusia’ di Timur Tengah. Walaupun

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
dokumen tersebut menekankan persoalan kepentingan Amerika di wilayah itu, namun ‘it
does not consider the promotion of democracy in the Middle East as a particular aim”.
Sebaliknya matlamat mereka di Timur Tengah didefinasikan sebagai ‘peace and stability’14

Bagi penulis, polisi bagi mengenepikan persoalan ‘demokrasi dan hak asasi
manusia’ di Timur Tengah ini dengan jelas bertentangan dengan sikap Amerika Syarikat di
wilayah-wilayah lain seperti Afrika, Asia serta Eropah Timur.

Malahan Edward Djerejian yang merupakan Timbalan Setiausaha Negara


mengenai Hal Ehwal Timur Tengah apabila melihat kekuatan pergerakan Islam FIS yang
hampir mencapai kemenangan melalui sistem demokrasi dan pilihanraya, beliau
menegaskan bahawa; ‘democratic’ system that permitted one man, one vote, one time
would find no support in Washington’

Sikap ‘double standard’ berterusan Amerika ini terhadap keganasan rampasan


kuasa tentera Algeria pada tahun 1992 lebih menjelaskan lagi ‘pekung’ Amerika Syarikat
terhadap gerakan Islam. Sehingga kini konflik peperangan di Algeria telah memakan
korban lebih dari 100,000 nyawa penduduk tempatan dan tidak ada tanda-tanda
penyelesaian yang konkrit yang sedang diusahakan oleh mana-mana badan
antarabangsa sehingga sekarang.

Dalam konfllik di Algeria ini, penulis amat bersetuju dengan satu pandangan yang
diberikan oleh akhbar pojok Asian Wall Street Journal. Antara lain ia menyatakan;

“It might be that the secular government was concerned that truly free elections would
empower leaders who seek to shroud Algeria in a veil of intolerant religious fanaticism. If
that is the case, its fear are unwarranted. In a truly open system, a radical, Islamic
government would not stay in office long if it took its agenda too far, trampling on the
lifestyles of those who elected it. By contrast, stifling Islamic voices only breeds
discontent, the sustenance of all extremist groups”15

iv. Konsep ‘dual containment’ Amerika Syarikat

Amerika Syarikat serta sekutunya juga turut melaksanakan konsep ‘dual


containment’ ini apabila berhadapan dengan konflik. Menurut Gary Sick,16 polisi Amerika
dengan meletakkan Iran sebagai ‘principal target’ di negara Teluk bermula pada awal
1990an. Ini adalah akibat dari ‘penemuan’ Israel bahawa ‘Iran was the greatest existing
and potential threat to world peace and regional stability’17

Namun menurut Gary Sick kedua-dua negara iaitu Israel dan Amerika Syarikat
mempunyai ‘hidden agenda’ mereka tersendiri dengan meniupkan ‘anti-Iran rhetoric’.
Kerajaan Israel pada waktu itu sedang mencari jalan untuk berdamai dengan musuh
tradisinya iaitu Palestin, manakala, Amerika Syarikat pula sentiasa memberikan ‘full and
unquestioning support’ kepada Israel yang mengambil risiko untuk ‘berdamai’ dengan
Palestin. Maka strategi mereka menjadikan Iran sebagai musuh utama lebih merupakan
satu strategi untuk ‘divert attention’18

v. Pengunaan Information Technology (IT) sebagai senjata ‘peperangan’

Perkembangan yang sedang berlaku dalam teknologi IT adalah amat penting bagi

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
gerakan Islam memanfaatkannya. Ini adalah kerana senjata ‘internet’ sekarang sedang
menjadi satu-satu senjata berbentuk ‘publicity/propaganda’ yang begitu efektif. Ianya
murah dan mampu sampai kepada sasaran yang lebih luas dari bahan bercetak. Seperti
kata Cathy Gormley;19 “The internet is just one of the new weapons used to plunge the
world’s conflict into other dimensions. The computerwizards and information Technology
(IT) prodigies are now as important as the conventional warriors, with his gun and
ammunition. These It experts are able to wage a war of words on their enemy, in an arena
never before more public”20. Begitu juga dengan pandangan yang diutarakan oleh Richard
Norton; “Pan-Islam also includes the new media of global communications. Scholars are
only beginning to explore the phenomenon of networks of Muslims communicating over
the internet, where new versions of politics and the fundamentals of Islam are actively
debated”21.

GERAKAN ISLAM DAN ‘ERA PENDEMOKRASIAN’

Persoalan sekarang adalah apakah benar telahan awal Barat serta sekutunya
bahawa Islam dan gerakan Islam adalah tidak sesuai dengan proses demokrasi? Malahan
tuduhan bahawa gerakan Islam yang seringkali digembar-gemburkan sebagai anti-
demokrasi kembali menjadi persoalan pokok. Ruang bernafas yang diberikan kepada
gerakan Islam di kebanyakan dunia Islam untuk turut terlibat dalam proses demokrasi
sejak awal tahun 1980’an kini kembali dinafikan seperti mana yang sedang berlaku di
Mesir, Algeria, Tunisia, Turki dan Jordan.

Contoh kedudukan beberapa gerakan Islam dalam proses percaturan politik di


dunia Islam, (lihat Lampiran 3). Carta tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa
dikebanyakan negara-negara umat Islam tidak wujud sebarang bentuk perjalanan
demokrasi dalam ertikata yang boleh diterima oleh Barat ataupun pertubuhan hak asasi
manusia. Tetapi kebanyakan kerajaan ini terus menerus ‘dipertahankan’ oleh Barat kerana
kepentingan geografi yang strategik bagi menjamin masa depan Israel serta ekonomi
minyak dan gas yang menjadi sumber terpenting bagi perkembangan industri dunia.

Pada hakikatnya penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi adalah lebih
merupakan satu proses berorientasikan ‘safety valves’ di mana selagi gerakan Islam
dilihat sebagai tidak menjadi ancaman kepada golongan ‘establishment’ yang berkuasa
maka selagi itulah mereka akan dibenarkan turut terlibat dalam proses demokrasi. Garis
pemisah telah ditetapkan kepada gerakan Islam di dalam kerangka demokrasi itu sendiri.

Apa yang berlaku di Turki dan Algeria adalah contoh terbaik di mana penglibatan
gerakan Islam dalam proses demokrasi telah dianggap sebagai ‘ancaman’ kerana telah
dianggap melampaui garis pemisah yang telah ditentukan oleh golongan establishment.
Apabila dirasakan kepentingan mereka tergugat maka dengan mudah dilemparkan
tuduhan bahawa jika gerakan Islam dibenarkan terlibat dalam proses demokrasi mereka
sendiri akan menghancurkan demokrasi itu.

Banyak contoh-contoh yang membuktikan bahawa gerakan Islam sanggup


bergerak di bawah bidang kuasa dan undang-undang yang ada, tetapi mereka telah
dinafikan segala hak yang ada di dalam sistem demokrasi itu sendiri seperti yang berlaku
di Tunisia, Moroko, Algeria dan baru-baru ini di Turki. Negara-negara seperti Yaman,
Pakistan dan Malaysia di mana gerakan Islam dibenarkan bergerak di dalam proses
demokrasi dan pilihanraya, mereka telah dapat membuktikan suatu sikap dan
tanggungjawab yang amat tinggi serta menghormati prinsip-prinsip demokrasi itu sendiri.

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Walaubagaimanapun, di tempat-tempat di mana gerakan Islam hampir-hampir


dapat mengambil alih kuasa politik melalui proses pilihanraya, prinsip demokrasi pula telah
dicabuli oleh golongan elit yang berkuasa. Ini menampakkan seolah-olah ada
perancangan rapi supaya gerakan Islam hilang kepercayaan mereka terhadap sistem
demokrasi dan mengambil sikap konfrantasi dan keras terhadap pemerintah. Nampaknya
bagi gerakan Islam, apabila ianya mendapat sokongan yang ramai ianya akan menjadi
satu dosa yang perlu dikenakan hukuman yang berat oleh golongan sekular dan Barat.
Inilah yang telah berlaku di Algeria, Mesir dan Turki.

PENUTUP

Cabaran yang ada pada masa depan gerakan Islam adalah amat besar. Persoalan
samada meneka akan diberikan peluang untuk ‘menyesuaikan diri’ dengan perubahan ini
adalah suatu persoalan yang amat penting. Lebih-lebih lagi ‘era pendemokrasian’ yang
ada sekarang menjadi penentu bagi ‘survival’ dalam penglibatan mereka di alaf
mendatang ini.

Bagi penulis, apa saja polisi yang diambil oleh Barat serta sekutunya mengenai
masa depan gerakan Islam dalam proses ‘pendemokrasian’ - adalah amat penting bagi
mereka meneliti dan melihat dengan penuh tolenrasi bagi memahami kebangkitan Islam
dan Islam itu sendiri, yang kedua-duanya di peringkat yang boleh diterima dan
pengkususan yang lebih mendalam. Setiap keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam
proses demokrasi sepatutnya diterima walaupun ia dianggap pahit oleh mereka yang
berkuasa serta kuasa Barat yang berkepentingan.

Mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh seorang tokoh sains politik
Amerika Syarikat, Profesor Graham Fuller yang menulis di dalam sebuah makalah
mengenai sikap Barat terhadap gerakan Islam. Beliau berkata;

“Biarlah Islam dan gerakan Islam itu keluar dari bawah tanah dan belajar untuk hidup di
dalam proses demokrasi sebagaimana ianya telah hidup di di dunia Islam. Berilah sedikit
masa kepada mereka. Evolusi politik sentiasa ada masa-masa ketidakstabilannya, tetapi
yakinilah bahawa politik Islam tidak akan menjadi suatu impian ngeri yang amat ditakuti
oleh Barat"22.

Namun bagi penulis, sikap Barat yang jelas ‘inconsistence and double standards’
dalam menentukan ‘position’ mereka terhadap penglibatan gerakan Islam dalam proses
demokrasi bukan sahaja telah mencabul prinsip mereka sendiri tetapi ia juga akan
memberi kesan yang hebat kepada masa depan hubungan serta sikap toleransi antara
gerakan Islam dengan Barat serta sekutu mereka dalam menuju ke alaf baru ini. Hanya
dengan ‘membuka kembali’ ruang perbincangan serta hubungan antara Barat dengan
gerakan Islam agar mereka saling memahami antara satu sama lain, maka akan
menjamin keamanan serta kedamaian dunia di alaf baru ini.

Wassalam.
Disediakan oleh:
Dr. Syed Azman Syed Ahmad,
Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
E-mail: abuaman@hotmail.com

7
1
Kertas pembentangan Konvensyen Gerakan Islam Agenda 2000, 16-17 Oktober, 1999 anjuran
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
2
Hamish Mcrae adalah pengarang akhbar The Independent Sunday, England. Beliau telah membuat
satu liputan tiga siri bertajuk "How to Survive the 21st Century" dalam majalah The Sunday Review,
26/3/95.
3
Ibid.
4
Sila rujuk, rencana Frank J. Comes & Christoper Power, 21st Century Capitalism, Business Week,
12/12/1994.
5
Garry Wills adalah pengarang buku terkenal Certain Trumpets: The Nature of Leadership.
6
Ibid
7
Ibid

8
Blackwell, R. Beliau adalah seorang pensyarah dari Harvard yang juga merupakan seorang pakar
Polisi Luar Amerika Syarikat. Sila rujuk kertas kerja ‘Responding of Security Threats in the Midle
East’, Conference Report, Jaffee Center for Strategic Studies, Tel Aviv University, December 1998.
9
Ibid
10
Ibid

11
Augustus Richard Norton adalah merupakan seorang Profesor Antropologi dan Hubungan
Antarabangsa di Boston University, USA. Beliau pernah mengetuai Council on Foreign Relations
mengenai hal ehwal Amerika dan dunia Islam dari 1997-1998.

Norton, Richard, Rethinking United States Policy Toward the Muslim World, dalam Current
12

History, February 1999.


13
Sila rujuk, Richard Norton
14
Ibid
15
Sila rujuk rencana Algeria Stays the Same, dalam Asia Wall Street Journal, 23 March 1999.

Gary Sick adalah merupakan research scholar di Columbia University. Beliau pernah berkhidmat di
16

National Security Council (NSC) di bawah Presiden Ford, Carter dan Reagan.
17
Sila rujuk rencana Gary Sick, The Ghost at the Table, dalam majalah The World Today, February
1999.
18
Ibid

Cathy Gormley adalah Research Officer bagi Conflict Data Service (CDS) di Institute on Conflict
19

Resolution and Ethnicity (INCORE), University of Ulster/United Nations University.


20
Sila rujuk rencana Cathy Gormley, Getting Wired for Peace, The World Today, March 1999.
Norton, Richard, Rethinking United States Policy Toward the Muslim World, dalam Current
21

History, February 1999.


22
Sila lihat penulisan Graham Fuller, Deterring Islam, Echo of Islam, 1995.