Anda di halaman 1dari 23

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

FIQH DAKWAH : SATU PEMAHAMAN

MUQADDIMAH

( Surah Yusuf ayat 108 )

Medan dakwah merupakan satu lapangan yang luas selari dengan objek dakwah
yang dibawa oleh para rasul iaitu agama Islam. Justeru itu para duat selaku juru dakwah
mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam rangka menyalur dan
menyampaikan risalah dakwah dengan lebih terarah dan terencana. Oleh itu pemahaman
yang mendalam dan mendasar mengenai “Fiqh Dakwah” adalah perlu agar
penyebarluasan risalah ini mencapai tahap yang maksimum.

1. PEMAHAMAN FIQH DAKWAH

Fiqh dakwah merupakan cantuman dua rangkaikata iaitu Fiqh dan Dakwah. Setiap
kalimah mempunyai maknanya tersendiri.

FIQH : Mengetahui (tahu) dan memahami (faham).


DAKWAH : Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukan sesuatu.

Dakwah ilallah : Seruan kepada beriman kepada Allah Taala dan beriman dengan
apa yang dibawa oleh para rasul dengan membenarkan segala perkhabaran yang dibawa,
patuh dan tunduk dengan segala titah perintah Allah Taala dan meninggalkan segala
larangannya, justeru agama Islam merupakan agama penamat, syumul dan lengkap.
Ini bermakna dakwah ilallah ialah seruan untuk tunduk dan patuh kepada agama
Islam secara keseluruhannya (total). Meyakini Islam adalah agama yang benar, yang

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang diwahyukan oleh Allah Taala
sebagaimana firmanNya :

(Surah Fussilat : 43)

Maksudnya : Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan
dan belakangnya, yang diturunkan dari Allah yang maha bijaksana lagi maha terpuji.

Fiqh Daulah merupakan satu proses pemahaman secara mendalam dan mendasar
terhadap sejarah dakwah, sebab-sebab dakwah dijalankan, rukun-rukun dakwah,
matlamat dan tujuan dakwah, uslub dan method yang digunakan, wasilah yang
dipraktikkan dan kesan rangka tuju dakwah tersebut.
Pemahaman yang jelas dan mendasar mengenai Fiqh Daulah ini memungkinkan
juru daie mempersiap siagakan diri dengan ‘senjata’ yang mampan, keupayaan diri,
kemampuan mengutarakan bukti dan hujjah untuk berhadapan dengan mad’u yang
pelbagai, suasana dan iklim yang berbeza, bangsa keturunan dan bahasa yang berbeza.
Justeru itu perkara-perkara di atas wajib dikuasai bagi siapa yang mahu menjadi
kemudi risalah, pengikut baginda Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, ia menjadi satu kewajiban
yang tertanggung di bahu manusia selagi ia bergelar muslim, merialisasikan tugas
tersebut berdasarkan kemampuan dan keupayaan.

2. KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN DAKWAH

Sesungguhnya kewajipan menyampaikan dakwah Islamiah merupakan satu


tuntutan secara syar’ie. Kewajipan ini tertanggung di atas bahu umat Islam tidak mengira
tua atau muda, lelaku mahupun perempuan, kecil atau besar, samada pemerintah atau
rakyat jelata secara khususiah atau umum. Tuntutan ini mesti direalisasikan mengikut
kadar keupayaan diri, berdasarkan kemampuan tenaga dan darjah kemantapan iman
serta rasa sensitiviti terhadap realiti umat Islam di samping iklim persekitaran masyarakat
yang dilingkunginya.

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Ini jelas berdasarkan firman Allah di dalam Surah At Taubah ayat 71.

Islam juga menjelaskan kaedah penyebarluasan dakwah ini adalah merangkumi


semua golongan muslimin.

( Surah Ali Imran : 110 )

Di dalam ayat di atas para ulama’ menjelaskan ibarat adalah merangkumi seluruh
umat muslimin tidak mengira jenis keturunan, bahasa, budaya, warna kulit dan bangsa.
Kesemuanya adalah sama menerima tuntutan tersebut.
Tidak syak lagi di sana terdapay banyak nas dari Al Quran dan As Sunah yang
menjelaskan kewajipan menyampaikan risalah dakwah Islamiah secara qat’ie (dalil qat’ie).
Nas Al Quran :

(Surah Ali Imran : 104)

Di dalam ayat di atas pada kalimah adalah iaitu menunjukkan kata perintah dan
perintah untuk melakukan sesuatu menurut kaedah usul adalah suatu yang wajib
dilakukan. Ibarat di dalam ayat yang dimaksudkan daripadanya adalah sekelompok atau
segolongan daripada ulamak dan du’at yang bertugas untuk menyeru amar ma’ruf dan
mencegah amal mungkar dan menjaga pandangan umum di setiap rantau dan ceruk
mujtamak Islam sekalipun kewajipan tersebut pada asalnya tertumpu kepada setiap

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
individu daripada umat Islam mengikut kadar kemampuan, persediaan dan momentum
iman.
Ibnu Katsir di dalam mentafsirkan ayat di atas menyatakan perlunya satu kelompok
di kalangan umat Islam memikul tugas mencegah kemungkaran dan menyeru kepada
ma’ruf sekalipun tugas tersebut terbeban kepada setiap individu muslim, setiap daripada
mereka melaksanakan tugas tersebut mengikut keupayaan mereka

Di dalam hadis rasul, apakah yang dimaksudkan dengan dan juga ibarat
Bukankah ia bermakna setiap individu yang berintima’ dengan jemaah muslimin mesti
memberi janji setia dan patuh taat kepada ketua/amir? Anggota mesti mendengar dan
patuh kepada setiap arahan di dalam keadaan senang ataupun susah dan tidak sekali-kali
bertindak keluar dari jemaah kecuali arahan yang dikeluarkan berbentuk maksiat atau
menyeru kepada kekufuran. Justeru ia menyatakan kebenaran di mana sahaja ia berada
tanpa menghiraukan celaan dan kejian melainkan hanya takut kepada Allah.
Jelasnya, kewajipan menyampaikan risalah dakwah Islamiah ke serata
pelusuk rantauadalah satu tuntutan sebagaimana wajibnya beriltizam terhadap jemaah
Islam di atas dasar wajibnya memberi peringatan kepada manusia.

3. SEBAB DAKWAH

Sebab ialah setiap sesuatu yang terhasil daripadanya kesan atau perubahan
ataupun pergerakan. Dengan erti kata lain ia merupakan satu hal keadaan yang didahului
dengan hajat atau keperluan iaitu samada peristiwa, perubahan atau
pergerakan.Sebagaimana yang kita ketahui sesuatu keputusan yang berlaku dihukumkan
dengan sebab dan diikat dengan logikal akal.
Asbab dakwah terbahagi kepada dua :
1. Terbit daripada akidah yang mantap dan nas agama.
2. Pemahaman yang sahih mengenai dakwah berdasarkan akidah.

1. Sebab yang pertama ( Terbit Daripada Akidah yang Mantap)

1.1 Tuntutan pengabdian manusia hanya kepada Allah.


Allah s.w.t menuntut manusia dan jin supaya meletakkan ubudiah hanya
kepadanya tanpa ada unsure pensyirikannya. Allah s.w.t tidak meninggalkan

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
tuntutan tersebut begitu sahaja tetapi Allah s.w.t mengutuskan kepada manusia
para rasul untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berupa suruhan
dan larangan untuk disampaikan kepada manusia.
Di antara tugas tersebut ialah menunjukkan akal manusia kepada mengenal
Allah s.w.t samada zat, sifat dan nama, mengajar manusia perkara-perkara ghaib,
menjelaskan perkara-perkara halal dan haram guna untuk kesempurnaan hidup,
menjelaskan konsep ukhuwwah di dalam kehidupan dan mendidik diri serta akhlak
yang baik.
Tugas tersebut dijelaskan dengan firman Allah Taala di dalam Surah Az
Zariat ayat 56-57 :

1.2 Tuntutan bertaaruf / kenal mengenal.


Sesungguhnya Allah s.w.t menghendaki manusia agar bertaaruf di antara satu
sama lain untuk melengkapkan konsep kemasyarakatan dalam bentuk yang lebih
berfaedah dan bermakna, iaitu konsep faham memahami, tolong menolong, ziarah
menziarahi yang akan membangkitkan suasana harmonis di dalam kelompok
masyarakat.
Firman Allah Taala :

(Surah Al Hujrat : 13)

Nas tersebut menjelaskan :


1. Allah Taala telah menjadikan manusia daripada asal yang satu iaitu Adam
‘Alaihissalam dan Hawa.
2. Fitrah kejadian manusia adalah berhajatkan kepada persaudaraan iaitu
memerlukan orang lain semenjak tarikh kemanusiaan yang awal iaitu Adam
‘Alaihissalam.
3. Taaruf merupakan maslahat kepada manusia dalam pola kehidupan
masyarakat.

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

1.3 Tuntutan menjadi khalifah di muka bumi dan megimarahkannya.


Allah s.w.t telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Justeru
terbeban kepada mereka tanggungjawab dan kewajipan mengimarahkan bumi dan
seisinya dengan melaksanakan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t
yang berupa syariat dan perundangan Islam.
Firman Allah Taala :

(Surah An Nur : 55)

(Surah Hud : 61)


Nas di atas menerangkan :
1. Allah s.w.t telah menjanjikan kepada orang mukmin untuk
menjadikan mereka ‘khalifah’ di muka bumi sebagaimana
sebelumnya Allah telah melantik orang-orang mukmin dan mereka
yang beramal soleh.
2. Allah s.w.t menegaskan akan menegakkan bagi mereka agama yang
diredhoi olehnya.
3. Tuntutan mengimarahkan muka bumi.

2. Sebab Yang Menuntut Kefahaman Mengenai Dakwah Dengan Pemahaman


Yang Sahih Berdasarkan Akidah dan Agama.

Kefahaman yang sahih terhadap akidah dan agama adalah bertitik tolak atau
terbit daripada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w, merangkumi skop yang

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
menyeluruh daripada keduanya samada dari sudut ilmu, penafsiran dan penjelasan
daripada keduanya.
Kefahaman yang jelas terhadap akidah dan agama ini berdiri di atas asas
dan rukun yang melingkari individu muslim tersebut sejak zaman berzaman. Asas
dan rukun tersebut adalah :

2.1 Sesungguhnya umat Islam keseluruhannya adalah umat yang


satu dalam konteks akidah, ibadah, muamalah dan akhlak.
Kesatuan yang terbina ini merentasi sempadan daerah dan
tempat, warna kulit dan bangsa, budaya dan bahasa. Di atas
faktor yang berlaku konsep dakwah perlu dimainkan kembali
untuk mengikat kesatuan yang sedia ada.

2.2 Fenomena yang melingkari umat Islam dengan perspektif


kehidupan yang berbeza dari aspek pemerintah,
kemasyarakatan, keintelektualan, dan sosio ekonomi dalam
konteks bernegara menyebabkan mereka terhalang untuk
meletakkan syariat Islam sebagai perundangan yang tertinggi.
Ini mengakibatkan berlakunya pelbagai masalah dan kezaliman
lantaran mereka jauh daripada perundangan yang sebenar.
Kesannya gejala kerosakan dan kebejadan semakin
bertambah, begitu juga perpecahan dan kemunduran.

2.3 Sesungguhnya umat Islam dituntut untuk beramal mengikut


kemampuan yang ada dengan berpandu arah oleh Al Quran
dan Sunnah. Justeru itu ia menuntut untuk merubah suasana
yang tidak baik yang berlaku di dalam kehidupan masyarakat
sekitarnya dengan uslub yang dibenarkan oleh Islam.

4. RUKUN DAKWAH

Sejajar dengan konsep dakwah iaitu seruan kepada agama Islam selaku penamat
yang dibawa oleh junjungan besar Muhammad s.a.w, yang merupakan wahyu daripada
Allah s.w.t. Ia selari dengan apa yang dijelaskan oleh Al Quran dan Sunnah Nabawiyyah
dengan skop perbincangan yang luas yang merangkumi peristiwa-peristiwa yang terjadi

7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
kepada Rasulullah dan sirah perjalanannya yang panjang, maka rukun dakwah yang
terbina adalah diasaskan di atas dasar agama Islam itu sendiri.
Rukun dan asas tersebut (secara teori dan praktikal) adalah :

1. Aqidah
2. Ibadah
3. Akhlak

Ketiga-tiga asas di atas terikat dengan ikatan yang kukuh di antara satu sama lain
dimulai dengan asas aqidah yang sahih mencernakan ibadah yang sejahtera. Binaan
ibadah yang sejahtera melahirkan peribadi yang luhur dalam konteks individu dan
masyarakat. Amal soleh tercetus apabila ibadah yang dilakukan berdasarkan akidah yang
murni.

4.1 Aqidah
Aqidah ialah perkara yang wajib dipercayai oleh setiap individu muslim dengan
keyakinan yang thabat untuk didirikan di atasnya konsep ibadah, akhlak bagi setiap
individu dan masyarakat. Ruang lingkup perbicaraan aqidah adalah :

1. Beriman kepada Allah.


2. Beriman kepada para Malaikat.
3. Beriman kepada para Rasul.
4. Beriman kepada Kitab.
5. Beriman kepada Hari Qiamat.
6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar.

4.2 Ibadah
Iaitu penerjemahan daripada aqidah yang murni, merealisasikan konsep aqidah
dalam bentuk yang praktikal. Ibadah tersebut ialah yang di fardukan oleh Allah
Taala kepada setiap individu muslim. Dasar-dasar ibadah adalah:
1. Dua kalimah syahadah (Syahadatain)
2. Mendirikan solat
3. Mengeluarkan zakat
4. Puasa di bulan Ramadan
5. Mununaian haji bagi sesiapa yang berupaya

8
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
6. Ibadah dalam pengertian yang luas

4.3 Akhlak
Iaitu perilaku yang murni dihiasi dengan norma-norma akhlak muslim yang mesti
diimplimentasikan dalam kehidupan masyarakat individu muslim adalah seperti
berikut:

1. Cabang iman
2. Amar ma’ruf dan Nahi mungkar
3. Al-Adlu Wal-Ihsan
4. Jihad fisabillah
Di dalam hal di atas (konsep akhlak) perkara-perkara di atas kadang-kadang
menjadi fardhu di dalam keadaan tertentu, kadang-kadang pula menjadi sunat di
dalam keadaan yang tertentu. Dalam keadaan yang lain pula ia terkadang menjadi
amalan yang biasa dan pilihan. Namun begitu kesemuanya merupakan akhlak-
akhlak Islam yang luhur.

5. MATLAMAT (TUJUAN ) DAKWAH

Hala tuju dakwah yang hendak dicapai secara umumnya adalah senada dan
seirama dengan tujuan agama Islam diturunkan kepada Bani Basyar iaitu untuk mencapai
kemaslahatan manusia dan menyingkirkan sebarang agen-agen perosak dan pembinasa
yang boleh mencacatkan keharmonian kehidupan manusia samada di dunia dan akhirat.
Imam Al Iz bin Abd Dissalam mengatakan :

“Sesunguhnya syariat itu adalah kemaslahatan baik mencegah dari kerosakan


maupun mencapai kemaslahatan“

Tuju sasar dakwah secara umum terbahagi kepada dua:

1. Fardi
2. Jamai’e

9
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Di antara matlamat dan rangka tuju dakwah yang hendak dicapai adalah seperti
berikut :

5.1 Menunjuk manusia kepada pengabdian yang total kepada Allah s.w.t bertepatan
dengan apa yang disyariatkan kepada mereka. Ini merupakan tugas asas dan asal
kebangkitan para rasul di muka bumi ini. Namun begitu tugas tersebut berpindah
kepada para duat selaku galang ganti kepada tugas yang ditinggalkan oleh para
rasul seraya para du’at merupakan pewaris para nabi dan rasul.
Justeru itu, para du’at berperanan sebagai penerang, penafsir dan petunjuk
jalan kepada manusia kepada persoalan dasar dan asas iaitu konsep tauhid dan
menjelaskan konsep Islam sebagai satu cara hidup.
Firman Allah Ta’ala :

5.2 Menunjuk manusia agar berta’aruf (kenal mengenal) di antara satu sama lain. Ia
merupakan satu perintah dari Allah Ta’ala untuk dilaksanakan oleh manusia
seluruhnya.
Para du’at diwajibkan menjelaskan perkara tersebut kepada manusia tidak
boleh hidup berseorangan. Interaksi dan komukasi di antara manusia merupakan
naluri yang ada di dalam jiwa manusia.

5.3 Mengubah suasana yang buruk dan iklam yang bejad di dalam realiti kehidupan
manusia kepada iklam Islamiah bagi menjamin kemaslahatan kehidupan yang
sejahtera di dunia dan akhirat.
Para du’at diperlukan untuk mencernakan misi tersebut. Menjelaskan
konsep Jahiliyyah kepada manusia agar mereka berupaya menanggapi perkara
tersebut sehingga mereka dapat menyusun kehidupan dengan teratur.

5.4 Mendidik individu muslim dengan tarbiyyah Islamiah Syumuliah yang merangkumi
tarbiah rohiah, jasadiah, fikriah dan ‘aqliah.

5.5 Membentuk Bait Muslimah dengan mendidik individu-individu tersebut bertepatan


dengan Manhaj Islam dan system kekeluargaan yang berteraskan kepada roh
Islami. Justeru itu institusi ini dapat melahirkan jil muslim yang bersifat taqwa,
menjadi tunas baru demi terbentuknya masyarakat Islam yang diimpikan.

10
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

5.6 Membentuk Mujtamak Muslim yang merealisasikan norma-norma Islam dari segi
dasar dan akhlak. Dengan erti kata lain, masyarakat yang mengimplimentasikan
system dan peraturan mengikut neraca timbangan Islam yang mampu
mengaplikasikan konsep amar ma’ruf dan nahi mungkar, al ‘adl wal ihsan di dalam
kehidupan masyarakat.

5.7 Usaha untuk mewujudkan Negara Islam yang melaksanakan syariat Allah terhadap
manusia. Negara Islam yang mengamalkan keadilan individu, menjaga maslahat
umum, mengekang fasad dan melaksanakan amanah, menyebar agama Islam
kepada seluruh manusia dan menyebarluaskan pendidikan Islam.

5.8 Usaha untuk membebaskan negara Islam keseluruhannya daripada cengkaman


mana-mana musuh dalam realiti yang ada atau keadaan yang melingkunginya.
Membebaskannya daripada mengikut arus atau perancangan oleh pemuka-pemuka
arkitek barat.
Negara yang awal yang mesti dibebaskan ialah Palestin di mana ramai di
kalangan manusia tertipu dalam tempoh yang panjang.

5.9 Usaha untuk mewujudkan kesatuan yang jitu di antara negara-negara Islam dalam
konteks kesatuan fikrah dan ilmu, kesatuan matlamat dan hadaf, kesatuan ekonomi
dan siasah di antara negara Islam.
Satu impian untuk meletakkan negara-negara Islam di bawah “Payungan
Khilafah Islamiah” iaitu daulah Islamiah yang menjalankan syariat dan perundangan
Islam.

5.10 Usaha untuk melebarluaskan Dakwah Islamiah seluruh alam maya, timur dan barat,
di negara Islam dan bukan Islam sejajar dengan “Agama Basyariah”.

6. USLUB DAKWAH DAN WASILAH

Perbezaan di antara USLUB dan WASILAH :

1. Uslub (Jalan Dakwah) ialah amal yang dilakukan oleh da’ei untuk

11
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
menjayakan misi operasi dakwah.
2. Wasilah (Media Dakwah) ialah amal yang dilakukan oleh para da’ei
untuk menjayakan uslub dakwah.

A. Uslub Dakwah.
Di antara uslub dakwah :

1. Menerangkan dan menafsirkan usul dakwah.


2. Membandingkan di antara dakwah yang benar dan bathil.
3. Menolak syubhat dan tipu daya.
4. Mengikat persaudaraan, tarbiyyah dan mempersiap siagakan
(mad’u)
5. Berita gembira dan balasan kebaikan.
6. Pengumpulan, pembikinan, dan perlaksanaan tugas.

vii. Ancaman dan ingatan.

B. Wasilah Dakwah.
Pembahagian Wasilah Dakwah :

i. Menyampaikan dengan perkataan.


ii. Menyampaikan dengan amal perbuatan.
iii. Menyampaikan dengan qudwah hasanah.

USLUB merupakan strategi/cara untuk sampai kepada matlamat dakwah.


WASILAH pula merupakan perlaksanaan strategi (amalan perlaksanaan itu sendiri). Garis
panduan bagi kedua-duanya adalah Al Quran, Sunnah Nabawiyyah dan Sirah
Nabawiyyah. Method/uslub dakwah adalah tidak jumud dan kaku tetapi ia bersifat
pragmatif yang berubah mengikut keadaan tuju sasar iaitu mad’u berdasarkan :

i. Watak.
ii. Suasana

iii. Pemikiran.
iv. Kefahaman.

12
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Method dakwah akan berubah berdasarkan watak yang didokongi oleh mad’u, biah
yang berbeza-beza, kadar pemikiran yang dimiliki seperti golongan intelektual, golongan
pelajar, orang kampung dan lain-lain serta kapasiti kefahaman yang dimiliki oleh
kelompok-kelompok tersebut.
Ini merupakan satu realiti yang mesti ditanggapi oleh para da’ei. Lantaran itu para
da’ei mesti bersikap rasional dan matang untuk menentukan method mana yang perlu
diambil dalam rangka menjayakan misi suci ini.

6.1 Menerangkan dan menafsirkan usul dakwah.


Usul dakwah ialah usul agama itu sendiri iaitu satu ilmu yang menentukan padanya
bagi menetapkan hakikat agama dengan mendatangkan dalil dan hujah ke atasnya
dan menolak segala syubhat daripadanya. Ia merangkumi :

i. Perkara-perkara aqidah : zat Allah s.w.t, sifat dan nama serta


perbuatan. Percaya kepada malaikat, kitab, rasul-rasul, hari akhirat
serta qada’ dan qadar.
ii. Perkara-perkara ibadah : persoalan tauhid, solat, puasa, zakat dan
haji.
iii. Perkara-perkara muamalat : akad, nikah, talak, jual beli, gadaian,
syafaah, salam, sewa menyewa, wakalah dan kifalah.
iv. Perkara-perkara hudud dan kisas, jihad, harabah.
v. Persoalan fadhilat-fadhilat pada perkara yang diwajibkan
daripadanya dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, amanah,
silaturrahim, kasih saying, sabar dan lain-lain lagi.

Uslub Al Quran menjelaskan dan menerangkan perkara-perkara tersebut, di mana

i. Surah-surah yang diturunkan di Mekah menjelaskan perkara


akidah.
ii. Surah-surah yang diturunkan di Madinah menjelaskan perkara
syariat dan manhaj du’at tidak dapat tidak perlu merencanakan
uslub tersebut dengan mengenal pasti mad’u untuk mengeluarkan
mereka daripada kesesatan kepada jalan petunjuk.

13
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
6.2 Membandingkan di antara dakwah yang benar dan batil.
Satu uslub yang baik untuk mengiqnakkan mad’u menerima dakwah Islamiah.

Bentuk-bentuk muqaranah :
i. Berhadapan dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani.
ii. Berhadapan dengan golongan yang sesat dan mengikut hawa
nafsu.

Justeru itu dalam berhadapan dengan mereka, para da’ei perlu meraikan perkara-
perkara tersebut :

i. Dilaksanakan / berhadapan dengan topik-topik yang ditentukan


dengan adil. Tujuan muqaranah adalah untuk mencari kebenaran.
ii. Jidal dilaksanakan dengan baik, bukan semata-mata untuk
mengalahkan dan membantah hujah. Mengiqnakkan perbalahan
dengan hujah dan dalil.
iii. Melazimkan dengan akhlak-akhlak Islam.
iv. Merupakan orang yang ahli iaitu orang-orang yang betul-betul
fakeh dan alim dalam perbahasan.

Muqaranah yang digambarkan di dalam Al Quran, Sunnah dan Du’at sepanjang


zaman dan tempat adalah melingkungi perkara tersebut :

i. Supaya manusia menggunakan akal mereka untuk merenung dan


menghayati sesuatu perkara / fenomena yang berlaku lantas
bersedia menerima kebenaran dan menolak kebathilan.
ii. Memberi peringatan kebada manusia dengan apa yang telah
berlaku kepada umat Islam yang terdahulu dengan menggunakan
pertimbangan akal sehingga mereka menerima cahaya keimanan
bila mana mereka menerima kebenaran tersebut sebaliknya tetap
di dalam kesesatan dan kekufuran bila masih berpegang teguh
dengan kejahilan.

6.3. Menolak syubhat dan tipu daya.

14
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Telah berlaku sejak dibangkitkan para rasul dan nabi-nabi sehingga kini. Di antara
bentuk-bentuk syubhat yang dilakukan adalah :

a. Terhadap Al Quran itu sendiri : bukan daripada Allah.


b. Terhadap Islam dari sudut manhaj dan nizam :
- bersifat tempatan dan daerah.
-2 pemisahan di antara agama dan daulah.
-3 tersebar dengan pedang, fundamentalis.
-4 hudud dan kisas – keji.
-5 poligami – pemuas nafsu.
c. Terhadap Rasulullah :
-6 mereka Al Quran.
-7 wahyu bukan daripada Allah.
-8 kahwin ramai.
d. Terhadap peribadi sahabat dan salafussalih.

6.3 Mengikat persaudaraan dan tarbiyyah dan mempersiap siagakan (mad’u).


Mengikat mad’u dengan hubungan baik, ditaut dengan konsep dakwah di antara
da’ei dan mad’u dengan ukhuwahfillah. Seterusnya diikat dengan tarbiah yang
selari dengan manhaj Islam dari aspek spritual, mental dan syakhsiah.
Justufikasinya mad’u dapat melaksanakan setiap perintah yang dituntut oleh Islam
di dalam semua lapangan dan bidang. Justeru itu mereka dapat disediakan untuk
melaksanakan tugas dakwah ini. Ini merupakan Uslub Qurani iaitu Allah Ta’ala
telah mendidik kesemua para rasul dengan proses tadi sebelum mereka ditaklifkan
dengan tugas membawa risalah tauhid. Firman Allah s.w.t :

(Surah Al Qisas : 14)

15
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
(Surah Thaha : 22)

6.4 Pengumpulan, pembikinan dan pelaksanaan tugas.


Uslub ini merupakan pelengkap kepada proses sebelumnya iaitu dalam 3
peringkat :

i. Pengumpulan - proses ta’aruf, taqarrub dan kasih sayang kerana


Allah Ta’ala dari segi ruhiah, jasadiah dan aqliah.
ii. Pembentukan - mengikat kecenderungan untuk diketengahkan bila
diperlukan.
iii. Pelaksanaan - meletakkannya di tempat yang telah ditentukan
sebelum ini berdasarkan pengkhususannya
sebelumnya.

6.5 Berita gembira dan balasan kebaikan.


Merupakan Uslub Qurani untuk mengubati jiwa manusia agar cintakan keamanan
dan kesejahteraan, justeru menjauhkan diri mereka daripada kemerbahayaan diri
dengan uslub ini (takhwif dan tahdid). Lantaran itu ia mampu menarik manusia
untuk menerima kebenaran dan takut akan balasan buruk di samping takut akan
hilangnya keamanan dan kesejahteraan daripada dirinya.

B. Wasilah Dakwah
Wasilah ialah satu amalan (media) yang merealisasikan matlamat dakwah seperti
mana yang digariskan sebelum ini, justeru itu secara umumnya wasilah dakwah Islamiah
dan penyampaian media kepada manusia boleh diskopkan kepada tiga aspek :

1. Penyampaian dengan perkataan.


2. Penyampaian dengan amalan.
3. Penyampaian dengan contoh teladan.

B.1 Media perkataan.


Merupakan jihad dengan kalimah dan media penyampaian adalah melalui khutbah,
pengajian, risalah, makalah, majalah, kitab dan seumpamanya.

B.2 Media amal.

16
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Penyampaian melalui amal perbuatan merangkumi aspek tersebut :
1. Amar ma’aruf nahi mungkar.
2. Mendirikan institusi perkhidmatan.

B.3 Media qudwah.


Ia merupakan wasilah secara praktikal yang meletakkan juru dakwah sebagai cermin
yang mampu diteladani secara praktis. Penonjolan peribadi syakhsiah muslim sejati
yang ditunjukkan oleh para da’ei mampu menarik mad’u untuk menerima dakwah
dengan lebih efektif.

7. MARHALAH DAKWAH

Marhalah dakwah diklasifikasikan kepada 4 marhalah :

1. Marhalah Ta’arif.
2. Marhalah Takwin.
3. Marhalah Tanfiz.
4. Marhalah Tamkin.

7.1 Marhalah Ta’arif.


Marhalah Ta’rif juga dinamakan Marhalah Tabligh. Kedua-duanya mema-
inkan peranan yang sama dalam mencapai matlamat ini iaitu menyampaikan kefa-
haman mengenai Islam dalam konteks yang lengkap dan menyeluruh.
Ia merupakan marhalah pertama atau awal di dalam Marhalah Dakwah
ilallah kepada penyediaan individu untuk diproses menjadi individu yang
mengamalkan ajaran Islam bukan sekadar yang wajib sahaja secara berterusan
sehingga terhasilnya individu yang luhur akhlaknya, sempurna ibadahnya dan
tuntas aqidahnya.

7.2 Marhalah Takwin.


Marhalah ini juga dinamakan Marhalah Penyediaan. Marhalah ini merupa-
kan marhalah terpenting dalam konteks Marhalah Dakwah. Ia juga dikenali seba-
gai marhalah pembentukan golongan teras yang diproduk khusus untuk amal
Islami. Ia merupakan satu marhalah yang mendidik individu-individu yang terpilih

17
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
dengan tarbiah Islam yang lengkap. Individu-individu tersebut diambil daripada
marhalah yang pertama.

7.3 Marhalah Tanfiz.


Marhalah ini merupakan marhalah praktikal dan jihad yang berteruan dan tali
menali dalam rangka usaha mencapai matlamat dakwah. Ia merupakan satu jihad
yang berpanjangan walau cabaran dan rintangan mengundang, walau seribu liku
kesusahan menimpa namun beban dakwah akan terus dibawa. Justeru itu
marhalah ini merupakan kemuncak kepada marhalah-marhalah sebelumnya. Di
mana ia merupakan marhalah jihad dan jihad merupakan kemuncak kecintaan
terhadap Islam. Ia merupakan marhalah pelaksanaan secara praktis daripada
setiap teori yang telah diprogramkan melalui dua marhalah yang sebelumnya iaitu
Marhalah Ta’arif dan Takwin.

7.4 Marhalah Tamkin.


Dinisbahkan Marhalah Tamkin ini ialah natijah atau hasil yang ditelurkan/
diperolehi daripada proses pembikinan yang baik dengan petunjuk Allah Ta’ala.
Sesungguhnya petugas Islam di medan dakwah tidak akan sampai ke tahap ini
(Marhalah Tamkin) kecuali telah merealisasikan dengan baik di peringkat marhalah
sebelumnya dan mengimplimentasikan tuntutan dan matlamat yang telah
digariskan. Sebarang kecacatan yang berlaku di peringkat sebelumnya akan
mengakibatkan lambat sampai kepada marhalah ini dan kecewa di marhalah ini
ataupun sampai ke marhalah ini tetapi akan mengalami kekecewaan.

Kesimpulannya Marhalah Ta’rif merupakan satu peringkat mewujudkan


tasawur Islam. Marhalah Takwin pula merupakan peringkat penyediaan rijal-rijal
yang thabat dan mantap untuk membawa beban dakwah. Manakala Marhalah
Tanfiz merupakan peringkat melaksana segala dasar-dasar Islam menjadi mujahid
yang membawa panji-panji Islam.

8. KEWAJIPAN PARA DU’AT

Di antara beberapa tugas yang mesti dilakukan oleh juru dakwah ialah :

18
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
8.1 Menyampaikan risalah dakwah kepada manusia.
Sesungguhnya du’at ilallah merupakan pewaris para nabi pembawa ilmu,
pemegang amanah agama. Oleh kerana itu mereka merupakan golongan pilihan
untuk menyampaikan risalah dakwah iaitu untuk membawa manusia kepada
pengabdian yang total kepada Allah Ta’ala. Para du’at ilallah merupakan kurnia
nikmat kepada manusia kerana akan berterusan sepanjang zaman satu kelompok
manusia yang mewakafkan diri untuk dakwah. Mereka tidak sekali-kali
menyembunyikan kebenaran. Firman Allah Ta’ala :

(Surah Al Baqarah : 146)

8.2 Menjelaskan kepada manusia hanya agama Islam sahaja merupakan agama
ikutan.
Warid daripada nas Islamiah daripada Al Quran dan Sunnah Nabawiyyah,
tuntutan agar manusia meletakkan agama Islam sebagai agama penamat dan
lengkap. Firman Allah Ta’la :

(Surah As Saba’ : 28)

Dan firmanNya lagi :

(Surah Al A’raf : 158)

19
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
8.3 Mengajar manusia perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan dunia.
Perkara-perkara agama yang wajib diajar :

1. Konsep Tauhid : Tiada pengabdian kecuali kepada Allah.


2. Cabang-cabang iman.
3. Rukun Islam, makna ihsan, penjelasan mengenai halal dan
haram dan sebagainya.

8.4 Menggalakkan manusia agar melakukan amal kebajikan.


Supaya manusia dapat hidup dengan harmoni jauh daripada kacau bilau,
huru-hara dan ketakutan. Lantaran itu Allah s.w.t menyuruh orang-orang mukmin
supaya melakukan kebajikan. Firman Allah Ta’ala :

(Surah Al Hajj : 77)

8.5 Menanamkan di jiwa manusia konsep / hakikat penggabungan diri mereka kepada
Islam.
Para du’at dituntut agar menanamkan sifat penggabungan yang global
terhadap Islam di kalangan umat Islam. Hakikat Islam yang bersifat universal harus
dijelaskan untuk mengikis sebarang pesimis yang negatif terhadap Islam.

9. SIFAT PARA DA’EI

Terbahagi kepada dua :

1. Sifat Fitriah
2. Sifat Muktasabah

9.1 Sifat Fitriah : Iaitu sifat yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Di antaranya :

20
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
1. Iman.
2. Ikhlas.
3. Taqwa.
4. Cerdik.
5. Sabar dll.

9.2 Sifat Muktasabah : Iaitu sifat yang perlu dicari. Di antaranya :

1. Keilmuan.
2. Kefaqihan.
3. Cergas di medan dakwah.
4. Keyakinan.
5. Cita-cita tinggi.

10. PERSIAPAN PARA DA’EI

Persiapan di dalam sesuatu pekerjaan sebelum melaksanakannya adalah perkara


yang penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Lebih-lebih lagi di dalam konteks
dakwah. Persiapan secukupnya kepada para du’at adalah perlu sebagai benteng untuk
membawa beben dakwah. Di antara persiapan-persiapan tersebut ialah :

10.1 Persiapan Diri dan Akhlak.

a. Persiapan diri :

1. Menyucikan diri dengan berpaling daripada dosa dan maksiat.


2. Menyucikan diri dengan melakukan ketaatan. Firman Allah Ta’ala:
3. Sifat wara’.
4. Sifat redha.

b. Persiapan akhlak :

i. Menyucikan diri daripada sifat marah. Firman Allah Ta’ala :

21
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

(Surah Al Anfal : 16)


ii. Beriltizam dengan adab-adab Islam.

(Surah Al Mukminun : 1-4)


iii. Membiasakan diri dengan sifat tasamuh dan sabar.
iv. Tetap berakhlak dengan akhlak Islam di mana jua berada.

10.2 Persediaan Keilmuan Yang Berbentuk Teori dan Praktikal.

a. Cabang ilmu secara teori :

i. Ilmu-ilmu Islam samada usul dan furu’.


i.a. Ilmu Usul adalah Al Quran, Sunnah, Sirah, Lughah
dan lain-lain.
i.b. Ilmu Furu’ adalah fiqh, akhlak, tarikh Islam, tarikh para
sahabat dan tabien dan lain-lain lagi.
ii. Ilmu Dakwah.
iii. Ilmu Fiqh dan Usul.

b. Cabang ilmu secara praktikal :

b.i. Khusus untuk pendakwah.


i. Menziarahi tokoh-tokoh pendakwah untuk
mengambil faedah dan manfaat daripadanya.
ii. Menziarahi tokoh-tokoh pendakwah untuk
mendengar taujihat secara waqie’.
iii. Menghadiri tamrin atau nadwah yang

22
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
berbentuk dakwah.
iv. Latihan secara amali dalam lapangan dakwah.

b.ii. Khusus untuk mad’u.


i. Mempelajari ilmu kemasyarakatan / sosiologi
secara praktikal menurut teori Islam.
ii. Mempelajari ilmu psikologi secara praktikal
menurut teori Islam.
iii. Mempelajari ilmu kemahiran berbahas.

11. PENUTUP

Skop perbicaraan dakwah adalah terlalu luas sebagaimana luasnya medan dakwah
itu sendiri dalam realiti yang sebenar. Para du’at mesti memahami dengan jelas “Fiqh
Dakwah” agar perjalanan yang dilalui menepati matlamat yang digariskan berdasarkan
wahyu hidayah Allah s.w.t.
Sekian, wassalam.

Al Faqir ila Allah s.w.t :


N.O Damanhuri.
_______________________________________________
Rujukan :
1. Fiqh Ad Dakwah : Al Ustaz Abd. Halim Mahmud.
2. Usul Dakwah : Abd. Karim Zaidan.
3. Asas-asas Dakwah dan Adab Pendakwah : Dr. Mohd Said Al Wakil.
4. Kewajipan Menyampaikan Dakwah : Mustafa Masyhur.

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

23