Anda di halaman 1dari 6

ULANGKAGI UNTUK MID-TERM EXAM

BAB 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA


Makna etika
 pegangan atau kepecayaan seseorang mengenai baik atau buruk tentang sesuatu perkara.
 Ia menjurus kepada tiga situasi :
 Etika boleh dinilai dan dilihat pada diri individu. Ini adalah kerana etika itu adalah kelakuan manusia.
Organisasi tidak dinilai tahap etikanya, sebaliknya dinilai etikanya menerusi setiap anggota organisasinya.
 Kelakuan dan perangai yang mempengaruhi etika setiap individu adalah berbeza-beze dari seorang individu
dan individu yang lain.
 Etika adalah bersifat relative dimana kelakuan seseorang individu memberi gambaran secara keseluruhan
dikaca mata orang lain.

Makna Etika professional


 Etika professional menggambarkan nilai-nilai moral dan etika yang dipegang secara bersama bagi
menjunjung professionalisme kumpulan tersebut.
 Etika professional wujud disebabkan oleh kepentingan kumpulan tersebut kepada masyarakat.
 Setengah-setengah organisasi kumpulan professional seperti peguam, jururawat, doctor, penyelidik,
jurutera dan sebagainya terpaksa mengujudkan “kod etika” bagi mengawal tingkahlaku dan etika setiap
anggota mereka.

Faktor-faktor yang mempengaruhi etika individu:


 Pengaruh keluarga : Pengaruh rakan sebaya : Pengalaman kehidupan
 Nilai dan moral keperibadian : Faktor situasi

Pegangan Etika
Setiap isu etika dalam diri individu boleh dinilai melalui berbagai pandangan dan pegangan etika. Kedapatan empat
(4) pandangan dan pegangan etika yang boleh digunakan dalam setiap pengambilan keputusan berkaitan dengan
etika. Pandangan-pandangan tersebut ialah: Utilitarian/ Golden Rule / Kanting/Rights & Enlightened self-interest.

Utilitarian. Skod pandangan bagi kumpulan ini ialah setiap moral dan kelakuan itu mesti menggambarkan yang
memberi kebaikan kepada ramai.
Golden Rule. “do to others as you would have them do to you”. Buatlah kebaikan kepada orang lain terlebih dahulu,
jika anda mahu orang lain membuat kebaikan kepada diri anda.
Kantian/Rights. Pandangan ini dikemukakan oleh ahli falsafah Immanuel Kant. Pengamal pandangan ini
menegaskan bahawa setiap individu mempunyai pegangan hak masing-masing, seperti hak untuk bersuara,
bersendirian, kebebasan dan sebagainya.
Enlightened self-interest. Setiap tindakan dianggap betul jika ia memberi kebaikan kepada kumpulan manusia.

TEORI ETIKA
 Eternal law / Utilitarianism (teleology) / Universalism (deontology) Teori ‘Distributive Justice’ dan Teori
‘Personal Liberty’.

1
Teori Eternal Law
 Teori ini juga dikenali sebagai natural law.
 Dipelopori oleh kebanyakan ahli-ahli agama dan falsafah, spt Thomas Aquinas dan Thomas Jefferson.
 Eternal law dikaitkan dengan istilah “minda pemberian tuhan” (Mind of God”. Yang bermaksud setiap
insane/individu akan dibekalkan minda atau pemikiran yang dapat memberi jawapan baik dan buruk
mengenai sesuatu.
 Jika manusia diberikan hak untuk kehidupan dan kebahagiaan, maka mereka juga mempunyai hak untuk
memberikan kehidupan dan kebahagiaan kepada orang lain.
 Ia banyak dikaitkan dengan konsep “golden rule” dalam pelbagai agama dunia hari ini.
 Implikasi drp teori eternal law? Apa yang tidak kena dengan teori ini? Terlalu banyak tafsiran oleh
kalangan ahli agama dan falsafah mengenai kepercayaan dalam diri. Setiap agama memberikan darjah
ukuran yang berbagai mengenai standard nilai dan etika yang dimiliki oleh kumpulan-kumpulan
masyarakat.

Teori Utilitarianism
 Teori ini dikatakan bersifat klasik teleologikal.
 Dipelopori oleh ahli-ahli falsafah traditional barat seperti Jeremy Bentham dan J.S. Mill.
 Mereka menegaskan moral seseorang itu diukur melalui tindakan atau keputusannya yang memberi
manfaat kepada majoriti berbanding minoriti.
 Teori ini juga tidak berpegang sepenuhnya kepada kepentingan material sahaja, sebaliknya semua perkara
sepereti persahabatan, ilmu, kesihatan dan sebagainya yang memberi kebaikan dan manfaat kepada
bilangan yang ramai.
 Apa yang tidak kena dengan teori ini?:
o Kegagalan utilitiarianism ialah kerana konflik antara 2 prinsip iaitu memberi manfaat kepada
majoriti dan kumpulan terbesar. Jadi adalah terlalu sukar untuk menentukan bagi kedua-dua
prinsip diatas terutamanya untuk menentukan antara “yang betul” (right), yang terbaik (best) dan
yang benar-benar (proper).
o Ia memberi gambaran untuk kepentingan semua (majority) dan tindakan kadang-kala disifat
sebagai melampau. Contohnya membunuh kanak-kanak sebagai takut penyakit tersebut merebak
kedalam masyarakat sedangkan perbuatan membunuh itu adalah bercanggah dengan etika
manusia.
o Adalah terlalu sukar untuk mengimbangi tindakan memberi kepentingan majority dan minority.

Teori Universalism
 Jika teori utilitarianism menekankan kepentingan atau manfaat untuk majority, maka teori universalism
lebih bersifat berlawanan dengan utilitarianism.
 Jika utilitarian dikatakan berasaskan konsep teleologikal, maka teori ini adalah bersifat deontologikal.
 Deontologikal bermaksud tugas dan tanggungjawab .
 Teori ini menegaskan bahawa moral dan etika seseorang itu tidak dipengaruhi oleh hasil (manfaat majority)
tetapi sebaliknya ia adalah tugas dan tanggungjawab individu untuk membuat keputusan dan tindakan yang
baik.
 Apa yang tidak kena dengan teori ini?
o Ia memang merupakan kaedah pentaksiran moral yang baik, tetapi tiada keutamaan (priority) dan
tidak ada ukuran yang boleh dibuat.
o Adalah terlalu sukar untuk mendidik manusia untuk membuat kebaikan pada setiap masa.

Teori Distributive Justice


 Teori ini diperkenalkan oleh John Rawls dan lebih mementingkan kepada nilai yang bernama “demi
keadilan”.
 Segala perbuatan, kelakuan dan perangai yang baik atau buruk mesti bersandarkan kepada nilai keadilan.
 Apa yang tidak kena dengan teori ini?
o Ia lebih bergantung kepada penerimaan pegangan masyarakat dan kepentingan keadilan untuk
semua. Sayangnya setiap individu mempunyai kepentingan tersendiri dan selalu bertindak bukan
atas nama keadilan semua, sebaliknya kepentingan diri sendiri.
2
Teori Personal Liberty
 Teori ini diperkenalkan oleh Robert Nozick.
 Teori ini berdasarkan kepada nilai dan prinsip yang dipegang oleh setiap individu iaitu “kebebasan
peribadi“ (personal liberty).
 Apa yang tidak kena dengan teori ini?
o Ia disempitkan dengan definisi dan pengertian kebebasan peribadi sehingga memberi gambaran
negative terhadap tindak-tanduk individu memperjuangkan kebebasan peribadi mereka.

1. Etika di dalam sesuatu pengurusan memaparkan konflik di antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial di dalam
sesuatu organisasi.

2. Semua kakitangan adalah tertakluk kepada penilaian prestasi, sama ada secara formal atau tidak formal.

3. Perkataan “etika” selalunya merujuk kepada prinsip pekerti moral individu yang boleh diterima

4. Nilai-nilai moral yang diwujudkan oleh orang-orang yang terlatih di dalam bidang yang sama untuk mengawasi
prestasi tugas mereka atau mengawasi penggunaan sumber-sumber yang ada di kenali sebagai Etika professional –

5. Etika individu wujud melalaui berbagi-bagai faktor, seperti pengaruh keluarga dan sahabat handai, pengalaman
hidup, nilai-nilai peribadi dan moral dan persekitaran

6. Setiap organisasi mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan terhadap masyarakat sekitarnya.

7. Perhubungan di antara kerajaan dan organisasi adalah perhubungan yang berbentuk dua-hala, di mana setiap pihak
mempengaruhi pihak yang lain melalui kaedah-kaedah tertentu.

8. Utilitarian - “ Manusia sewajarnya menilai dilema etika itu berdasarkan akibat baik dan buruk yang akan wujud dari
sesuatu perbuatan itu”.

9. Golden Rule (Aturan Emas) - “ Berbuat baiklah kepada orang lain, sebagaimana anda ingin orang lain berbuat baik
kepada anda”.

10. Universalism- “Yang penting adalah maksud di sebalik sesuatu keputusan atau tindakan itu, kerana kita tidak dapat
menjangka atau melihat serta menilai kesemua kebarangkalian hasil sesuatu tindakan atau keputusan itu”.

11. Kejahilan atau ketidaktahuan seseorang itu boleh diterima jika perbuatanya dilakukan secara: tidak sengaja

12. Terdapat tiga titik perubahan penting di sepanjang evolusi pemikiran mengenai tanggungjawab sosial. Titik-titik itu
melibatkan era seperti: era keusahawana, era kemelesetan, era sosial

13. Darjah paling tinggi di dalam tanggungjawab sosial ialah: sumbangan sosial

14. Kebiasaannya sesuatu organisasi akan menggunakan tiga pendekatan formal yang berikut untuk mengurus
tanggungjawab sosial: memenuhi kehendak undang-undang, memenuhi kehendak sosial, memenuhi kehendan etika

15. Masalah-masalah etika adalah juga masalah pengurusan. Pengurusan etika sangatlah kompleks kerana:
kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang lebih besar, kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi
peribadi dan pelbagai alternatif, kebanyakan keputusan etika mempunyai kesan-kesan yang tidak tepat, kebanyakan
keputusan etika mempunyai kesan yang berbeza-beza

16. Masalah-masalah etika dalam pengurusan hendaklah di atasi dengan menggunakan analisa-analisa berikut:
analisa ekonomi, analisa undang-undang, analisa etika

17. Kod etika merupakan pernyataan-pernyataan mengenai norma dan kepercayaan sesebuah organisasi.

3
18. Ombudsman (pakar rujuk) ialah panggilan terhadap diri seseorang individu di dalam sesuatu organisasi yang telah
direngankan tugas-tugas operasinya dan diberi tanggung-jawab untuk membimbing atau menasehati kakitangan
muda mengenai masalah kerjaya, kesulitan-kesulitan dalam organisasi dan isu-isu etika.

19. Etika individu dibentuk melalui satu kombinasi beberapa faktor seperti keluarga, sahabat handai, pengalaman
hidup, nilai dan moral peribadi  serta faktor situasi.

20. Pendekatan halangan sosial terhadap tanggungjawab sosial merujuk kepada beberapa organisasi yang sangat
sedikit penglibatan atau sumbangannya untuk mengatasi masalah sosial atau persekitaran.

21. Organisasi bergantung kepada hubungan peribadi, jawatankuasa tindakan politik dan sokongan politik untuk
mempengaruhi kerajaan.

22. Ahli-ahli organisasi terdiri daripada orang ramai dan organisasi-organisasi lain yang secara tidak langsung akan
terpengaruh dengan amalan-amalan yang dilakukan oleh sesuatu organisasi tertentu dan ahli-ahli ini mempunyai
kepentingan dalam prestasi atau pencapaian organisasi berkenaan.

23. Teori Personal liberty (kebebasan Perseorangan) merupakan satu sistem etika yang dipelopori oleh Nozik, di
mana sistem ini berlandaskan kepada keunggulan satu sistem nilai tunggal dan bukannya satu prinsip tunggal. Nilai
itu ialah liberty.  [Distributive Justice - oleh John Rawls]

24. Terdapat beberapa ayat di dalam Quran di mana, mengikut tafsirannya yang teliti menerangkan bahawa Islam
dapat memberi jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ekonomi, etika dan sosial masa kini dalam masyarakat
Islam.
25. Seorang “whistle blower” (peniup wisel) di dalam sesuatu dunia perniagaan itu ialah seorang yang menuduh rakan
kerjanya, penyelianya atau pegawai syarikatnya mengenai tindakan menyalahi undang-undang atau yang tidak
bermoral.

26. Seorang pengurus yang memberi laporan mengenai syarikatnya kepihak berwajib atau media dianggap peniup wisel
(whistle blowing) luaran

SOALAN-SOALAN DENGAN PELBAGAI PILIHAN JAWAPAN

Soalan Latihan Unit 1


1. Jika ahli-ahli keluarga mengamalkan tingkahlaku yang tidak beretika dan membenarkan pula anak-anak mereka
mengikutinya, ini akan menyebabkan anakanak mereka akan:

A. mempunyai standard etika yang rendah. B. mengutuk tingkahlaku ahli-ahli keluarga.


C. menjadi liar. D. menjadi sukar untuk dibentuk peribadinya.

2. Mengikut pandangan __________________ mengenai etika, manusia sewajarnya menilai dilema etika dalam bentuk
manfaat dan mudarat yang mungkin akan berlaku dari sesuatu tindakan itu.

A. Golden Rule. B. Utilitarian. C. Kantian. D. Enlightened Self-Interest.

3. Falsafah normatif merupakan satu kajian mengenai pemikiran dan tingkahlaku yang betul, iaitu bagaimana kita
sewajarnya: A. bertingkahlaku. B. berinteraksi. C. bersaing. D. hidup.

4. Kita sewajarnya mewujudkan beberapa kaedah analisa yang konsisten mengenai pengelasan sama ada tindakan kita
itu “salah” atau “betul”. Teori-teori berikut dapat menerangkan perkara ini, KECUALI:

A. Classical Teleological Ethical Theory. B. Classical Deontological Ethical Theory.


C. Distributive Justice Theory. D. Motion Theory.
4
5. Dalam Personal Liberty Theory, sesuatu institusi atau undang-undang yang bercanggah dengan kebebasan individu
hendaklah di ________________ A. tolak. B. terima. C. pertimbangkan. D. kaji semula.

6. Untuk bertanggungjawag secara moral terhadap sesuatu tindakan, seseorang itu hendaklah melakukannya secara
______________ dan _______________

A. halus, tepat pada masanya. B. berniat , sengaja. C. bersembunyi, rahsia. D. berhati-hati, terus-menerus.

7. Seorang pengurus bank yang menyerahkan sejumlah wang tunai dari laci kepada seorang perompak bersenjata
adalah _______________ dari sudut menyalahgunakan harta bank.

A. dengan jelas tidak bersalah secara moralnya B. dengan jelas bersalah secara moralnya
C. melakukan jenayah D. di anggap darjah paling tinggi

8. Presiden John F. Kennedy mengisytiharkan EMPAT (4) hak asas pengguna seperti di bawah, KECUALI:

A. hak untuk mendapat produk yang selamat. B. hak untuk didengar jika berlaku sebarang aduan.
C. hak pengguna untuk memilih produk yang dibeli. D. hak pengguna untuk mendapat harga yang murah.

9. Etika profesional merupakan nilai-nilai moral yang diwujudkan oleh:

A. orang-orang terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawasi prestasi tugas mereka atau mengawasi
penggunaan sumber-sumber.

B. orang-orang yang terlatih dalam bidang yang tidak sama untuk mengawasi prestasi tugas semata-mata
C. orang-orang yang tidak terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawasi tugas mereka.
D. kakitangan awam yang diberi tanggungjawab untuk memantau perjalanan pentadbiran di sektor awam.
E. kakitangan swasta yang diberi amanah untuk memantau perjalanan pentadbiran di sektor swasta.

10. Tiga era yang tersenarai di bawah merupakan titik-titik perubahan penting sepanjang evolusi pemikiran mengenai
tanggungjawab sosial:

A. era keusahawanan, era kemelesetan, era sosial. B. era turun-naik, era inflasi, era kegawatan.
C. era perindustrian, era pembangunan, era kejatuhan. D. era etom, era nuklear, era digital.
E. era globalisasi, era perdagangan bebas, era zon bebas.

11. Oleh kerana kebanyakan keputusan etika itu mempunyai akibat yang lebih besar, mempunyai alternatif peribadi dan
pelbagai, mempunyai kesan-kesan yang tidak tepat dan berbeza-beza, maka masalah pengurusan etika itu:

A. selalunya dirujuk ke mahkamah. B. sangatlah kompleks. C. tiada kesudahan.


D. membabitkan pemantauan semasa. E. memerlukan tindakan disiplin.

12. Nilai-nilai moral yang diwujudkan oleh orang-orang yang terlatih di dalam bidang yang sama untuk mengawasi
prestasi tugas mereka atau mengawasi penggunaan sumber-sumber yang ada di kenali sebagai:

A.etika organisasi B. etika professional C.etika industri D. etika undang-undang E. etika antarabangsa

13. Terdapat tiga titik perubahan penting di sepanjang evolusi pemikiran mengenai tanggungjawab sosial. Titik-titik
itu melibatkan era seperti di bawah:

A. era keusahawana, era kemelesetan, era sosial B. era turun naik, era inflasi, era kegawatan
C. era perindustrian, era pembangunan, era kejatuhan D. era atom, era nukliar, era digital E. tiada yang dia atas

5
14. Kebiasaannya sesuatu organisasi akan menggunakan tiga pendekatan formal yang berikut untuk mengurus
tanggungjawab sosial:

A. memenuhi kehendak undang-undang, memenuhi kehendak sosial, memenuhi kehendan etika


B. memenuhi kehendak undang-undang, memenuhi kehendak etika, memberi sumbangan derma
C. memenuhi kehendak politik, memenuhi kehendak budaya, memenuhi kehendak agama
D. memenuhi kehendak ekonomi, memenuhi kehendak perniagaan, memenuhi kehendak undang-undang
E. semua yang di atas

15. Masalah-masalah etika adalah juga masalah pengurusan. Pengurusan etika sangatlah kompleks kerana:

A. kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang lebih besar


B. kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi dan pelbagai alternatif
C. kebanyakan keputusan etika mempunyai kesan-kesan yang tidak tepat
D. kebanyakan keputusan etika mempunyai kesan yang berbeza-beza
E. semua yang di atas

16. Masalah-masalah etika dalam pengurusan hendaklah di atasi dengan menggunakan analisa-analisa berikut:

A. analisa ekonomi, analisa undang-undang, analisa etika


B. analisa ugama, analisa kebudayaan, analisa ekonomi C. analisa ekonomi dan analisa etika sahaja
D analisa undang-undang dan analisa etika sahaja E. analisa politik sahaja

17. Etika dalam pengurusan mewujudkan satu konflik antara:-


Ethics in management represents a conflict between.

A) pencapaian sosial dan ekonomi sesuatu organisasi / the economic and social performance of an organization
B) pencapaian budaya dan keagamaan / the cultural and religious performance
C) pencapaian kewangan dan pemasaran / the financial and marketing performance
D) tiada yang di atas / none of the above

Anda mungkin juga menyukai