Anda di halaman 1dari 4

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

TUNTUTAN FARDHU AIN DAN FARDHU


KIFAYAH

Muqaddimah
Pengabaian tuntutan fardhu ain dan kifayah punca keruntuhan
akhlak dikalangan anggota masyrakat.Umat perlu memahami konsep
tuntutan ini untuk kesejahteraan alam sejagat.

Manusia dan Tugasan


Manusia adalah Khalifah Allah di muka bumi ini.Maksud khalifah
ialah wakil dari Allah untuk mentadbir alam ini supaya ia aman,damai
dan sejahtera.Setiap peribadi manusia itu berhak memegang
jawatan tersebut sebagaimana firman Allah bermaksud :
‘Dialah menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi dan
dialah yang meniggikan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain
beberapa darjat ( pangkat ) dari hal apa yang dikerjakan ‘ ( Surah
Al-An’am 165 )
Jawatan khalifah ini mempunyaitanggungjawab tertentu.Ianya
akan dipersoalkan oleh Allah setelah peribadi manusia itu
meletakkan jawatan tersebut.Firman Allah «’Dan seseorang itu tidak
akan memperolehi selain dari apa yang diusahakan, usahanya itu
nanti akan diperlihatkan kepadanya. Kemudian akan diberi balasan
dengan balasan yang setimpal.Dan kepada Tuhanlah berakhir
sesuatu’ ( Annajmu 39-42 ).Alam ini adalah bebanan Allah kepada
manusia untuk ditadbirkan.

Golongan Mukallaf
Golongan inilah yang layak mentadbir alam.Mereka ialah orang
yang berakal,baligh dan beragama Islam.Allah memebekalkan
kepada mereka akal fikiran dan sistem pentadbiran yang lengkap
merangkumi segala aspek kehidupan manusia.Setiap peribadi
muslim itu mempunyai kewajibannya yang tersendiri samada
berbentuk individualistik atau kemasyarakatan.Ia lebih dikenali
dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Konsep Fardhu Ain & fardhu Kifayah


Fardhu ain adalah asas pembinaan kemuliaan peribadi
seseorang.Matlamatnya membina individu yang soleh dan bilangan
inilah yang mencorak kesejahteraan masyarakat
keseluruhannya.Fardhu Kifayah pula merupakan konsep penting
dalam kemasyarakatan.Fahaman yang slah terhadap fardhu kifayah
akan mencerminkan kelemahan masyarakat Islam.Semakin ramai
bilangan masyaraakat yang berkecimpung dalam fardhu kifayah ia
akan mencerminkan semakin maju taraf kemakmuran dan
kesejahteraan masyarakat dan menaik taraf kemajuan
tamadunnya,walaupun dari sudut individu ia termasuk dalam hukum
“sunat”.

Definisi Fardhu Ain


-Seseorang itu wajib melakukan sesuatu pada waktu yang wajib ia
melakukannya.
-Tidak gugur fardhu itu dari seseorang sekiranya ada orang lain yang
melakukannya.
-Melakuakan apa yang disuruh dan meniggalkan apa yang dilarang
oleh Allah.
-Fardhu Ain ialah sesuatu yang telah diwajibkan oleh Allah kepada
setiap hambanya seperti keimanan,sembahyang,puasa,menuntut
ilmu,berjihad dan seumpamanya.

Definisi Fardhu Kifayah


Suatu kewajipan apabila sebahagian orang
melaksanakannya,maka kewajipan itu gugur bagi yang lainnya
seperti berjihad,solat berjamaah,ilmu,pakar dalam suatu bidang dan
sebagainya.Ia terbahgai kepada beberapa bahagian seperti kifayah
dini,kifayah duniawi,kifayah syarat hakim dan kifayah tanpa syarat
hakim.Fardhu kifayah seperti yang disebutkan tidak diwajibkan
kepada setiap individu,tetapi apabila dilaksanakan oleh sebahagian
orang,ia dianggap sudah gugur kewajipan semua.Apabila tidak
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

seorang pun yang melaksanakannya , maka semua orang kan


berdosa.

Tuntutan Fardhu Ain & Kifayah Dalam Kehidupan Pelajar


Pelajar adalah golongan mukallafin tidak boleh lari dari bebanan
Allah swt.Selagi ruhnya berada di jasad,selagi itu ia menyandangi
jawatan khalifah Allah.Oleh itu ia bertanggungjawab bagi
melaksanakan tuntutan tersebut.Fardhu Ain baginya:

(a) Hubungan dengan Allah


-Melaksanakan tuntutan allah seperti solat,puasa dan lain-lain
-Meninggalkan larangan Allah seperti maksiat.
(b) Hubungan dengan diri sendiri
-Menjaga kesihatan
-Menuntut ilmu
-Fardhu Ain dinie
-Fardhu Ain bukan dinie
(c) Hubungan sesama manusia
-Hormati guru-guru,ibu bapa,kawan-kawan dan jiran
-Patuhi peraturan sekolah
-Berdakwah

Adapun tuntutan fardhu kifayah adakalanya ia menjadi fardhu ain


kepada seseorang pelajar seperti kepakaran dalam suatu bidang
seperti kedoktoran,ekonomi dan sebaginya.Adapun tuntutan fardhu
kifayah seprti solat jenazah,solat berjamaah,mendalami pelajarn
pertukangan dan lain-lainnya adalah dituntut.Disini jelas bahawa
fardhu kifayah boleh berubah kepad afardhu ain sekiranya situasinya
berubah.

Implikasi mengabaikan tuntutan ini


-bangkai bernyawa
-Peribadi yang tidak bermoral
-Masyarakat yang mundur dan tertindas
-Kemurkaan Allah
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Penutup
“Dan orang berdosa itu tidak akan memikul dosa orang lain.Jika
seorang itu berat dosanya lalu memanggil ( orang lain ) untuk
memikul odsanya itu,tidak akan terpikul olehnya sekalipun hanya
sedikit,sekalipun karib kerabatnya sendiri.” ( Fathir : 18 )

OLEH : ZULKARNAIN BIN ITAM

TAMAT