Anda di halaman 1dari 11

ALIRAN PEMIKIRAN ISLAM KINI

4 ALIRAN BESAR DALAM PEMIKIRAN ISLAM


Aliran
Aliran
Aliran
Aliran

yang
yang
yang
yang

bersumberkan
bersumberkan
bersumberkan
bersumberkan

wahyu semata-mata
wahyu dan akal
akal dan wahyu
akal semata-mata

ALIRAN BERSUMBERKAN WAHYU SEMATA-MATA


Pegangan nabi dan para rasul serta pengikutnya, terutamanya generasi islam.
Berpandukan Quran dan hadis Nabi.
Walaupun tamadun yunani telah berkembang dengan warisan falsafahnya namun umat
islam hanya berpegang kepada ajaran Allah dan rasulNya sahaja, bukannya kepada akal
yunani atau akal umat islam itu sendiri.
Sikap seperti ini sukar untuk mendakwa wujudnya pemikiran islam.

ALIRAN YANG BERSUMBERKAN WAHYU DAN AKAL


Muncul ekoran pergolakan dalaman di kalangan umat islam selepas kewafatan Nabi
Muhammad sebagai reaksi pada pengaruh tamadun asing kepada umat islam.
Timbul pelbagai perubahan terutama perubahan pemikiran yang membentuk pelbagai
mazhab dalam bidang ilmu kalam, fikah dan tasawuf.
Muncul pelbagai mazhab yang merujuk sumber (Quran dan hadis) ataupun akal fikiran.
Dalam ilmu fikah, pemikiran islam berkembang melalui kegiatan ijtihad meliputi kaedah
kias, jimak, istihsan, istislah dan sebagainya.

ALIRAN BERSUMBERKAN AKAL


DAN WAHYU
Bersumberkan akal sebagai asasnya dan wahyu sebagai penyokongnya.
Wujud apabila seorang zindiq Yahya bin khalid al-Barmaki membawa masuk warisan
falsafah yunani.
Beliau meminta Raja Rom supaya memberikan kepadanya buku-buku yunani yang
disimpannya.
Permintaannya itu dipenuhi kerana baginya,Biarlah orang Arab menjadi kelam kabut
sedangkan kita terselamat dan aman damai dari kejahatan buku-buku itu. Buku fikah
pertama yang dikeluarkan adalah buku berjudul Had Mantiq
Ahli-ahli falsafah islam dan sebahagian ulama kalam terutama pendukung mazhab
muktazilah terpengaruh dengan falsafah Aristotle yang menggunakan prinsip logik dalam
penafsiran alam metafizik.
Para ulama islam menentang secara tidak langsung mahu pun secara langsung falsafah
logik yunani antaranya Ibn Solah, Imam Syafie dan Imam Nawawi.
Ibn Solah - mempelajari dan mendalami ilmu logik adalah haram kerana ia bercampur-aduk
dengan bidaah dan khurafat yang bercanggah dengan akidah.

Imam Syafie - tidak mengharamkan ilmu logik secara terang-terangan, namun jelas
sikapnya tidak mengharuskan. Beliau menolak kias sebagai sumber hukum kerana ia
berkait rapat dengan logik.
Menurutnya orang Arab tidak akan berselisih pendapat selagi mereka berpegang pada
warisan bahasa Arab. Tetapi mereka akan bertelagah jika beralih pada falsafah Aristotle.
Imam Nawawi - mengharamkan ilmu logik dan menghukum kafir bagi yang mendalaminya
kerana ia tidak menurut ketentuan Quran dan hadis.
Orang yang mempelajarinya bukanlah orang yang mendalami Quran dan hadis, sehingga
mereka menggunakan ilmu logik bagi mentafsirkan persoalan agama menurut akal mereka.
Tokah yang terkenal disebabkan kritikannya secara langsung kepada ilmu logik adalah Ibnu
Tamiyyah.
Melalui kitabnya seperti al-Radd ala Mantiqiyyin dan Naqd al-Mantiq, menganggap ilmu
logik tidak memberi sebarang faedah kepada orang cerdik & tidak bermanfaat kpd org
bodoh.
Al-Sayuti-ilmu logik haram dipelajari dan didalami kerana akan terpengaruh dan
mengabaikan bahasa Arab, Quran, dan hadis. Akibatnya umat islam akan musnah dan
rosak serta tersebarnya bidaah dan khurafat.
ALIRAN BERSUMBERKAN AKAL SEMATA-MATA
Aliran ini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada aliran pemikiran islam sama sekali.
Gaya pemikiran golongan ini sama dengan tradisi berfikir Barat.
Umat Islam tidak dapat menerima apabila segala perkara diukur hanya berdasarkan akal
logik semata-mata, terutama dalam persoalan metafizik ataupun hakikat hidup manusia

KATEGORI PEMIKIRAN
ISLAM PEMIKIRAN ISLAM KLASIK / KINI
Aliran Kalam
Aliran Fikah
Aliran Tasawuf
Tradisional
Modenisme
Reformisme
ALIRAN KALAM
Muncul apabila berlakunya pergolakan yang mengancam perpaduan umat islam pada zaman
khalifah Ali bin Abu Talib.
Kemunculan gol. Syiah dan Khawarij ini pada dasarnya disebabkan faktor sosioekonomi dan
politik, tetapi terseret pada persoalan yang bersifat teologi.

Persoalan yang dibangkitkan adalah adakah umat Islam yang melakukan dosa besar masih
dianggap sebagai Islam? Cukupkah dengan pengakuan iman secara lisan sahaja tanpa
diiringi dengan amal?
Puak Khawarij menganggap Ali, Muawiyah, Amru Bin al Ass, Abu Musa al-Asyaari dan
mereka yang menerima tahkim sebagai kafir kerana tidak menghukum menurut hukum
yang ditetapkan Allah.

Golongan Syiah pula menghukum orang yang melakukan dosa besar sebagai fasik pada
tahap kufur nikmat.
Mulai abad kedua Hijrah, bermula tahap kedua dalam perkembangan teologi apabila umat
islam terdedah secara meluas pada pengaruh asing khasnya daripada teologi Kristian dan
falsafah yunani.
Kemasukan pemikiran asing ini melalui dua saluran.
Pertama - melalui proses asimilasi bangsa
Kedua - melalui kegiatan penterjemahan karya-karya asing ke dalam bahasa Arab.
Kesannya, muncul beberapa teori Islam yang dipengaruhi oleh pemikiran dan falsafah
asing.
Dalam sejarah pemikiran Islam, mazhab Muktazilah menduduki tempat terpenting kerana
merekalah pengasas ilmu kalam.
5 prinsip mazhab Muktazilah yang disebut sebagai al-Usuf al-Kamsah, iaitu:
Al-Tauhid (keesaan Tuhan)
Al-Adl (Keadilan Tuhan)
Al-Wad wa al-Waid (janji dan ancaman)
Al-Manzilah bain al-Manzilatain (kedudukan antara mukmin dengan kafir)
Al-Amr bi al-Maruf wa al-Nahy al-Munkar (menyurah berbuat kebaikan dan meninggalkan
kejahatan)
Abad ke-13 Masihi, dunia islam mengalami dua cabaran besar dari dalam dan luar negeri.
Cabaran dari luar, datangnya gerakan Salibiyyah dan diburukkan lagi dengan serangan
ganas kaum Mongol yang membawa keruntuhan Baghdad.
Cabaran dalaman, kebangkitan gol. Syiah yang turut bekerjasama dengan tentera Salib dan
Mongol untuk menghancurkan Islam.
Kebangkitan Syiah turut mempengaruhi kebangkitan tasawuf ibadat dan tarekat Sufi.
Walaupun umat Islam masih dapat memulihkan kekuasaan politik, namun psikologi dan
mental umat islam dilanda penyakit taklik dan jumud.

Situasi ini mempengaruhi pemikiran Islam, dari segi akidah, syariat dan juga tasawuf.
Dalam suasana tertekan ini munculnya Ibn Taimiyyah sebagai penyambung gerakan tajdid
dan penggerak aliran Salafiyyah.
Dalam soal akidah peranan Ibn Taimiyyah bukan setakat membersihkan unsur rasionalisme
Yunani bahkan membanteras unsur syirik dan bidaah.
Walau bagaimanapun, usaha beliau tidak berupaya melawan arus dunia Islam pada masa
itu yang dilanda oleh penyakit taklik dan jumud.
ALIRAN FIKAH

Pada zaman Nabi Muhammad ilmu Fikah belum wujud dan belum terdapat pembahagian
hukum kepada wajib, sunat, haram, makruh dan harus.
Tidak pernah para sahabat bertanya ataupun mengetahui berkenaannya kerana apa sahaja
keputusan Nabi Muhammad adalah contoh yang perlu diikuti.
Para sahabat dibenarkan ber-ijtihad tetapi terbatas seperti dalam kes Muaz bin Jabal.
Bagaimanapun ijtihad mereka tidak dijadikan fatwa yang perlu dipatuhi kerana perlu diakui
oleh Nabi Muhammad.
Jadi pada hakikatnya, beliau sahaja yang menjadi pemutus sesuatu hukum.
Semua ini berubah pada abad ke-2 Hijrah apabila ijtihad semakin diamalkan.
Ini bermakna, selain Quran dan sunah, akal juga adalah sumber hukum yg tidak kurang
pentingnya.
Perubahan ini berlaku apabila kekuasaan Islam sudah menjangkau ke Iraq.
Dari segi sosial orang iraq banyak berhubungan dengan orang asing. Dari segi ekonomi di
Iraq terdapat kekayaan yang melimpah-limpah dan mewujudkan cara hidup mewah dan
berfoya-foya.
Kerumitan ini diburukkan lagi dengan kekurangan hadis bahkan hadis yang tersebar sukar
dipastikan kesahihannya kerana banyak hadis palsu.
Masalah ini mendorong munculnya aliran al-Rayy (Rationalist) di Iraq.
Tokoh besar pemimpin aliran al-Rayy adalah Abu Hanifah.
Kemudian muncul tokoh-tokoh fikah lain seperti Imam Malik bin Anas, Imam Muhammad
bin Idris al-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Mereka adalah tokoh-tokoh mujtahid yang terkenal sebagai Imam Mazhab Empat.
ALIRAN TASAWUF
Tasawuf Islam berasal daripada amalan Nabi Muhammad dan para sahabat dari segi ibadat
mahupun akhlak.
Kehidupan Nabi Muhammad yang sederhana serta sifat-sifat zuhudnya adalah teladan yang
baik bagi para pendukung tasawuf Islam.
Sejak wujudnya hubungan umat islam dengan masyarakat asing dan kemunculan bani
Umayyah sebagai kerajaan Islam, umat islam dipukau oleh semangat keduniaan dan
kebendaan.
Maka muncul gerakan zuhud yang ingin memisahkan diri daripada kepalsuan hidup ini.
Antara tokoh tasawuf yang terkenal adalah Hassan Al-Basri yang mempelajarinya daripada
Huzaifah al-Yamani, Rabiah al-Adawiyah, Ibrahim bin Adham.
Tokah-tokoh lain seperti Harith al-Muhasibi,Zunnun al-Misri, Junaid al-Baghdadi dan Bisyr
al-Hafi.
Mereka adalah tokoh-tokoh pewaris tasawuf Sunni yang mementingkan adab dan akhlak.
Tokoh pertama yang menentang tasawuf itu adalah Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau
menangis setelah mendengar ucapan Harith al-Muhasibi kerana bimbangkan kesan buruk
pada masyarakat.
Kemurnian tasawuf akhirnya tercemar akibat pengaruh falsafah dan kegiatan golongan
Syiah Ghulah, iaitu golongan pelampau yang mengagungkan individu melebihi kuasa
manusia.

Individu yang diagungkan itu adalah Ali bin Abu Talib, iaitu iman mereka yang pertama.
Dalam usaha mengangkat kedudukan imam, terciptanya hadis-hadis palsu yang bukan
hanya terbatas pada Ali bin Abu Talib sahaja bahkan juga meliputi doktrin Nur Muhammad.
Imam Al-Ghazali pula muncul dalam menghadapi cabaran yang mengancam kestabilan
negara dan mengancam akidah umat Islam.bagi mendamaikan pertentangan antara ahli
fikah dan para sufi, al-Ghazali menulis kitab Ihya Ulumuddin
Dengan kejatuhan Baghdad, tasawuf Islam mengalami peringkat ketiga dalam sejarahnya
dengan munculnya tarekad yang pada mulanya hanyalah cara ibadat yang longgar.
Para penganutnya bebas bebas mengamalkan tanpa terikat dengan guru atau sesuatu
sistem.
Menjelang abad ke-5 Hijrah,lahir kumpulan tasawuf yang mempunyai pemimpin, susunan
dan bentuk.
Dalam suasana umat Islam dikuasai oleh pemikiran tasawuf falsafah dan tarekad ini,
muncul Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim.
Kemunculan Ibn Taimiyyah bukan sahaja mengembalikan semula tasawuf pada
landasannya yang asal bahkan mengatasi kelemahan al-Ghazali.
Beliau bukan menentang keseluruhan tasawuf itu kerana beliau tetap menghormati tokohtokoh tasawuf asal. Tetapi yang ditentangnya adalah tasawuf falsafah dan tarekat yang
mengandungi unsur syirik, khurafat dan bidaah.
PEMIKIRAN ISLAM KINI
Masalah aliran semakin rumit apabila umat islam dihadapkan dengan cabaran kolonialisme
dan modenisme. Terdapat dua masalah utama. Pertama yang melibatkan pengunaan nama
aliran seperti tradisionalis, ortadoks, konservatif, idealis dsb. Kedua, dari segi makna aliran
yang diguna pakai.
ALIRAN TRADISIONALISME
Aliran yang mempertahankan tradisi yang asal dan tulen.
Keaslian dan ketulenannya merujuk pada ajaran para ulama mazhabiyyah atau yang
bertaklik pada imam-imam mazhab yang empat.
Penyakit taklik bermula abad keempat Hijrah apabila bani Abbasiah didominasi bangsa asing
dan jatuh ke tangan kaum Mongol.
Ia pada dasarnya berlaku pada bidang fikah ataupun hukum apabila masyarakat tidak lagi
merujuk Quran dan hadis tetapi merujuk karya-karya ulama mazhabiyyah.
Turut melibatkan bidang tauhid apabila masy. Islam lebih utamakan kitab syarah yg ditulis
ulama terkemudian.
Bidang Tasawuf umat Islam memberi penekanan dan penumpuan pada ajaran syeikhsyeikh tarekad.

ALIRAN MODENISME
Menekankan konsep ijtihad dan mengisinya dengan kandungan baru yang diambil dari
dunia Barat moden seperti peranan akal dalam agama, demokrasi dan hak-hak wanita.
Ia berlaku apabila umat Islam terpengaruh dengan Barat dan menganggapnya ijtihad pada
perkara-perkara baru.

Dalam usaha untuk memodenkan umat Islam, pihak penjajah cuba memisahkan mereka
daripada agama ataupun warisan tradisi, walaupun tidak menolak agama secara total.
Sarjana Islam sendiri ada yang menolak hubungan ini. Bagi mereka modenisme adalah
nilai-nilai yang dituntut oleh Islam.

ALIRAN REFORMISME
Menekankan ajaran Islam yang tulen dengan mengetengahkan usaha-usaha islah dan
tajdid.
Islah bermaksud memperbaiki ataupun membersihkan Islam dari pemalsuan dan
penyelewengan.
Tajdid pula ialah memperbaharui semula fahaman dan komitmen pada ajaran agama. Ia
berkait rapat dengan kegiatan ijtihad dan dikatakan saling lengkap melengkapi.
Istilah ijtihad - sehabis daya menyimpulkan hukum-hukum syarak berlandaskan beberapa
kaedah dalam menghadapi persoalan baru yang tidak jelas hukumnya dalam nas-nas
Quran, hadis atau ijmak ulama.
Timbul perbezaan dengan aliran tradisionalisme kerana aliran reformisme menentang taklik
dan menggalakkan ijtihad.
Ia sama dengan aliran modenisme yang mendukung konsep rasionalisme, tetapi
perbezaannya timbul kerana aliran reformisme Cuma berijtihad dalam bidang yang kurang
jelas kedudukan hukumnya.
Remomisme berperanan meneutralkan perbezaan antara tradisionalisme dan modenisme.
ALIRAN PEMIKIRAN BARAT SEKULARISME
Berasal dari sekular yang diambil daripada perkataan Latin saeculum - masa dan tempat.
Masa masa dimana kita menjalani kehidupan ini. Tempat kehidupan dunia atau dunia
yang nyata.
Istilah - fahaman yang dihasilkan oleh pemikiran manusia yang mendukung idea urusan
agama dan tidak dihubungkaitkan dengan hal keduniaan dan kebendaan.
Bermaksud pemisahan antara zahir dan batin, fizikal dan spiritual, rohani dan jasmani.
Falsafah pemikiran sekular membawa fahaman supaya agama dan nilai-nilainya perlu
diasingkan daripada hidup manusia.
(sekular perlu diasingkan drpd pemikiran n tndkan apabila melakukan sesuatu aktiviti hidup
apabila ada nilai agama atau kpercyaan kpd sesuatu agama.)
Oxford English Dictionary doktrin moralti perlu berasaskan keperluan dan kehendak
manusia sama ada tanpa merujuk kepercayaan pada Tuhan ataupun kepercayaan pada
masa depan. (tmasuk soal kematian n kpercayaan perkara yang berlaku selepas mati.)
KEMUNCULAN SEKULARISME
Wujud di negara Eropah akibat pertentangan antara gereja dan kuasa negara pada kurun
ke-17 Masihi.
Ketika Zaman Kegelapan (The Dark Ages) kuasa negara dipegang oleh kuasa bangsawan
(feudal) yang berebut dengan kuasa gereja bagi menguasai kehidupan rakyat.

CIRI SEKULARISME
Tumpukan segala perkiraan dalam dunia.
Agungkan kebolehan akal rasional.
Percaya kepada sains sebagai satu-satunya panduan kemajuan dunia.
Yakin kepada kebebasan, kebolehan, kemajuan manusia.
Percaya kepada evolusi (Charles Darwin).
Tonjolkan isme-isme baru :
Positivism
Heroism
Relativism
Mempunyai beberapa andaian asas:
Tuhan dipercayai tidak wujud ataupun kewujudannya diragui.
Alam semesta wujud secara mekanistik dan teratur dengan hukumnya tersendiri.
Akal rasional diyakini dapat memahami fenomena alam dengan caranya sendiri.
Segala kegiatan dijalankan mengikut falsafah matlamat menghalalkan cara atau end
justifies the means.
(ini bermakna dalam kegiatan ekonomi, keuntungan mnjdi mtlamt utm n blh dcari melalui
apa cara sekalipun).
LIBERALISME
Lahir daripada zaman Renaissance (zaman kebangkitan). Ia adalah hasil tindak balas kaum
intelek Eropah kepada penindasan gereja ke atas ilmu teori-teori palsu ciptaan cendikiawan
Yahudi bagi memusnahkan agama Kristian.
Takrifan
Aliran pemikiran yang bertujuan tingkatkan kebebasan yang diberi kepada individu.
SIFAT-SIFAT LIBERALISME
Kebebasan individu tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimum dalam ekonomi,
politik dan sosial atau kebebasan moral.
Mempunyai gagasan pemikiran seperti berikut:
Individu lebih penting daripada masyarakat
Masyarakat wujud demi individu
Individu bebas dari nilai-nilai agama
Oleh kerana ketenteramaan rakyat perlu dipelihara, moral agama diganti dengan etika yang
berperanan menyekat krisis yang timbul dalam masyarakat Barat sama ada dalam
keluarga, ekonomi, politik dan masyarakat.
LIBERALISME DAN AGAMA
Daripada sudut agama, gerakan ini bermula dengan gerakan Martin Lurther (1483-1546M)
iaitu tokoh Protestan yang menentang penindasan dan keganasan gereja Katolik sebelum
zaman Renaissance.
Gerakan ini membebaskan kuasa gereja daripada segi rohani ke atas individu dan
membentuk mazhab baru bernama Protestan pada abad ke-16M.

Antara prinsip bagi mazhab Protestan ialah :


Individu Kristian mempunyai hak membaca kitab suci dan mentafsirkan sendiri.
Gereja tidak mempunyai hak pengampunan dosa-dosa individu.
Tidak mengakui kelaziman, kependetaan, kepaderian, dan pembesar-pembesar agama
dibolehkan berkahwin.
Tidak mengakui patung-patung dan gambar di gereja dan benda-benda itu tidak disembah
kerana dianggap penyembahan berhala.
LIBERALISME DALAM PEMERINTAHAN
Eropah pilih sistem demokrasi sebagai jalan keluar daripada kuasa gereja dan
menghapuskan hak-hak Tuhan gereja ke atas diri sendiri.
Demokrasi laungkan cogan kata kebebasan persaudaraan dan persamaan.
Punyai hubungan yang rapat dengan kelahiran negara demokrasi Eropah.
Rakyat diberi kebebasan berfikir dan memilih wakil-wakil pemerintahan negara.
Ini menyebabkan perubahan besar kepada Eropah yang mengangkat rakyat daripada
ketiadaan kemanusiaan dalam sistem milik tanah oleh bangsawan kepada perhubungan
kemanusian di bawah lingkungan demokrasi Eropah.
LIBERALISME DALAM EKONOMI
Setiap individu diberi hak memiliki harta dan berniaga tanpa ada batasan.
Kebebasan mutlak membawa individu yang ekstrem dan menimbulkan pelbagai krisis.
Contohnya memberi kebebasan menjual arak menggalakkan timbulnya krisis dalam
masyarakat seperti mabuk dan kesannya menyebabkan kemalangan di luar kawalan.
Begitu juga membenarkan pengambilan riba mengakibatkan kegiatan ekonomi yang tidak
adil dan menimbulkan krisis ekonomi dan penindasan.
LIBERALISME DALAM NILAI AKHLAK
Bagi golongan liberal, nilai moral atau akhlak sentiasa berubah dan tidak tetap seperti yang
ditetapkan oleh agama.
Semua agama langit tetapkan garis-garis berkaitan nilai baik ataupun buruk.
Golongan ini mendakwa manusia itu sendiri masih dalam proses ubah ansur daripada
haiwan rendah kepada haiwan lebih tinggi.
Hakikatnya, kebebasan yang melampaui batas syariat kepada individu akan membawa
kepada keadaan huru-hara, sifat rakus, tindas-menindas, dan sifat pentingkan diri menjadi
beleluasa.
Kesimpulannya, fahaman liberalisme dijadikan senjata oleh musuh manusia bagi
merosakkan manusia.
MODENISME
Aliran yang terhasil daripada gerakan kebudayaan tempatan di Amerika Latin yang
memperjuangkan emansipasi atau pembebasan dan autonomi budaya baru bagi
melepaskan diri daripada cengkaman hegemoni kebudayaan Sepanyol.
Baru muncul sebagai istilah kebudayaan yang mahukan perkara baru yang berbeza dan
merupakan kata kunci bagi menjelaskan kelahiran cahaya baru dalam kebudayaan dan
kehidupan sosial masyarakat Barat.

Sejarah semangat dan jiwa modenisme bermula semenjak zaman Renaissance abad ke16M dan Pencerahan abad ke-18M.

Ia adalah titik awal kedewasan dan kematangan manusia mulai berani menguasai alam dan
melepaskan diri daripada dogma-dogma institusi agama.
Manusia dikatakan memasuki era pasca Abad Pertengahan(era moden).
Tahap awal bermula dengan keyakinan pada akal rasional dan berani menghadapi
kehidupan secara nyata sehingga lahirnya pemberontakan kreatif dalam dunia seni.
Tahap kedua bermula dengan Revolusi Perancis dan kekacaun sosial, politik dan ekonomi
yang sering dikaitkan dengan momentum Gelombang Revolusi Besar 1790.
Senario ini cetuskan kelenturan ikatan sosial, politik, keruntuhan pada keyakinan tradisional
dan agama serta pesatnya perkembangan sosial, mendorong munculnya pelbagai masalah.
Tahap ketiga bermula semasa terjadi proses modenisasi global dan pembentukan
kebudayaan dunia moden secara universal sehingga muncul kekacauan sosial dan politik
serta ancaman pada keamanan dunia sejagat.
Seterusnya modenisme berkembang sebagai kondisi sosial budaya masyarakat moden.
Perkenalkan budaya hidup alaf baru dengan menekankan kebebasan mutlak manusia dalam
mencari kebahagian dan keseronokan yang berlandaskan rasional manusia.
Modenisme gagasan yang persoalkan pemisahan bidang-bidang nilai dalam kehidupan.
4 unsur dalam modenisme :
Subjektif dan relatif : Pengakuan pada kekuatan rasional dalm selesaikan masalah
kehidupan.
Subjektif, krisis ataupun reflektif : Kemampuan menyingkirkan ikatan-ikatan kepercayaan
dan membebaskan diri daripada tradisi dan sejarah.
Kesedaran sejarah yang dimunculkan oleh subjek : Waktu berlangsung secara linear, unik,
tidak berulang dengan masa kini sebagai sumber sejarah.
Universal : Elemen-elemen moden yang bersifat normatif bagi masyarakat yang
melangsungkan proses pembaharuan.
KAPITALISME
Sistem yang mempunyai unsur-unsur kebebasan individu bagi mempunyai harta dan alat
perusahaan serta perkembangan penuh bagi institusi kewangan.
Merangkumi konsep kebebasan bagi inisiatif persaingan, mewarisi dan pendorong
keuntungan.
Penganjur Rothschilds. Beliau ialah peniaga emas di Jerman.
Zaman dari tahun 1820 ke hadapan terkenal sebagai Zaman Rothschilds.
Matlamat memuatkan kuasa pemerintah pada sebuah kumpulan politik yang mempunyai
semua jentera penghasil serta penguasaan mata wang dan harta.

CIRI-CIRI KAPITALISME
Sistem yang melaksanakan riba iaitu peminjam wang melalui institusi kewangan seperti
bank dan institusi kredit yang dikenakan riba atau faedah yang ditetapkan sejak awal lagi.

Faktor ekonomi dimiliki oleh individu secara langsung ataupun kepunyaan sekumpulan
manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham.
Pemodal bank yang besar menpunyai kuasa lebih atas aktiviti ekonomi dan seterusnya
politik negara. Kuasa penentu kebanyakannya mirip kepada pemilikan modal.
Sebahagian besar barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dibebankan bukan sahaja
dengan faedah riba, tetapi juga dengan bayaran pengiklanan yang berlebihan.
Mempunyai unsur mengasaskan monopoli kerana setiap pemodal menguasai segalanya dan
menghapuskan semua persaingan dengannya.

SOSIALISME
Istilah umum yang digunakan bagi teori ekonomi dan politik yang memperjuangkan sistem
hak milik kelompok atau pemerintah yang menguruskan semua sumber hasil dan
pengagihan barang-barang.
Teori sosiolisme (Marxisme) perjuangkan sistem yang berasaskan penguasaan secara
total oleh pemerintah semua program ekonomi dan arahnya.
Pengasas Karl Marx (Mordechai 1818-1885) tekankan masalah hak pemilik, jentera
pengeluaran, sistem penukaran dan pengagihan yang memberi keadilan dan kebebasan
kepada pekerja dalam mengutamakan syor memindahkan secara keseluruhan segala kuasa
rancangan ekonomi dan berniaga kepada pemerintah.
FAHAMAN SOSIALISME
Manusia adalah sejenis haiwan yang tidak mempunyai keistimewaan.
Manusia tidak ada roh tetapi jasad.
Tidak ada pencipta alam yang mencipta.(Pencipta alam adalah kuasa tabii)
Alam haiwan dicipta melalui proses evolusi yang mengambil masa jutaan tahun tidak ada
pencipta
Erti kata lain, Tuhan berada di alam benda dan dalam dunia ini sendiri yang dinamakan
kuasa tabii Tuhan menjelma dalam semua benda.
Fahaman ini adalah konsep kesatuan dalam kejadian.
Teori Evolusi menyarankan menurut kaedah semula jadi, peraturan rimba terlaksana pada
setiap peringkat haiwan di alam tabii termasuk manusia.
Pertarungan hidup terlaksana antara satu sama lain bagi menentukan yang terlayak dan
berhak hidup dalam konsep peraturan rimba.
Idea yang disarankan oleh penganjur sosialisme :
Semua agama adalah kepercayaan karut kerana tambahan dan penyelewengan yang
berlaku di sepanjang zaman.
Setiap individu bergantung pada kebolehan dan keperluannya.
Sejarah manusia adalah sejarah pertarungan antara satu kelas dengan kelas ekonomi yang
lain.
Keadaan sosial manusia menentukan cita-cita (ideal) mereka.
KOMUNISME

Bermula dengan fahaman Marx.


Fahaman berkembang melalui doktrin revolusioner dan Perancis iaitu doktrin yang
memperjuangkan hak tanpa kelas masyarakatdan tanpa kelas antara negara.
Berdasakan teori ekonomi klasik iaitu teori nilai kerja yang pentingkan kebendaan daripada
Ricardo, yang kemudiannya diubah oleh Lenin dengan konsep penguasaan revolusi yang
professional.
Fahaman yang tidak mempercayai kewujudan tuhan.
Bermakna pengikutnya tidak mempunyai pegangan dan mudah terjebak ke dalam perkara
negatif.
Mementingkan kebendaan sehingga melupakan nilai-nilai moral.
Pemerintahan komunis adalah berdasarkan sistem diktator di mana kuasa sepenuhnya
adalah pada pemerintah.
Rakyat tidak berhak bersuara dan pemerintah berhak lakukan apa sahaja. (penindasan ke
atas rakyat)
Penghapusan unit keluarga yang menyebabkan runtuhnya institusi kekeluargaan.
Fahaman ini berkembang ke seluruh negara Barat dan Timur.
FALSAFAH DAN IDEOLOGI KOMUNISME
3 Konsep :
Pentingkan kebendaan atau materialisme
Menggunakan sistem diktator
Sistem pertentangan kelas
CIRI-CIRI KOMUNISME
Aspek paksaan : Penghapusan kaum Borjuis bukan bertujuan semata-mata kerana
golongan bawahan. Tujuan utama-bentuk negara sosialis di mana mereka berpendapat ia
lebih baik daripada sistem kapitalisme.
Aspek pendidikan : Tujuan utama ditaktor bentuk masyarakat baru, jaga kebajikan
berjuta-juta pemilok kecil, petani dan sebagainya bagi menyokong penubuhan negara
sosialis. Oleh itu apabila menjalankan matlamat itu, segala kekuasaan mesti digabungkan
dalam satu parti iaitu parti komunis.