Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN
Bilik Sumber Sukan dan PJPK adalah sebuah bilik yang wajib ada di sesebuah

sekolah. Bilik ini menempatkan pelbagai jenis alatan sukan yang digunakan sama ada untuk
sukan sekolah mahupun untuk pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).
Menjadi kebiasaan, stor peralatan sukan adalah sebuah bilik sumber yang biasa sahaja
dan sinonim dengan nama Stor Sukan. Oleh kerana dasar dan kehendak Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1Murid 1 Sukan, pihak sekolah wajar menukar corak fizikal dalaman
kepada sebuah bilik yang mesra pengguna, selamat, kondusif dan bercirikan ala sebuah kedai
sukan.
Hal ini demikian sejajar dengan kandungan sukatan mata pelajaran PJPK yang
merangkumi Pengurusan Alatan, Keselamatan dan Kebersihan Persekitaran, Kerjaya dalam
Sukan, Kesukanan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Diri dan Keluarga, Kemahiran Sukan dan
Kecergasan fizikal. Fungsi bilik sumber sukan dan PJPK boleh diagihkan kepada dua fasa
yang berbeza iaitu :

Fasa Pertama : Bulan Januari hingga Julai adalah masa kemuncak bagi aktiviti Sukan
Sekolah, Merentas Desa, Karnival Sukan dan Pembelajaran dan Pengajaran PJPK.

Fasa Kedua : Bulan Julai hingga November adalah khusus untuk Pembelajaran dan
Pengajaran PJPK sahaja.
Bilik pengurusan ini akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan mesyuarat, perjumpaan

ringkas dan proses peminjaman alatan. Pengawas Sukan akan membantu guru menyediakan
alatan yang diperlukan oleh guru Rumah Sukan dan Guru PJPK .
Justeru, pengurusan stok dan inventori alatan sukan memberi impak yang besar dalam
kejayaan sesuatu aktiviti sukan dan kokurikulum. Tanpa peralatan yang mencukupi sesuatu
aktiviti sukan sukar untuk dijalankan. Secara tidak langsung melemahkan semangat pelajar
untuk menyertai dan membabitkan diri dalam sukan. Lim (2001), menjelaskan bahawa
pengaruh aktiviti sukan dan rekreasi dalam masyarakat dapat dilihat dalam pelbagai perspektif
seperti sosiologi, psikologi, politik dan ekonomi. Begitu juga dengan peranan peralatan
sebagai perantaraan dalam program sukan dan rekreasi adalah untuk memastikan pengguna

mahupun pelanggan dapat melakukan aktiviti sukan dan rekreasi dengan lancar dan
seterusnya memperoleh kepuasan daripada penyertaan.
Untuk mengurus peralatan dengan berkesan, pentadbir atau pengurus sukan dan
rekreasi seharusnya mempunyai pengetahuan tentang sistem dan prosedur pengurusan yang
sistematik. Menerusi pengetahuan itu, program pembelian dan penjagaan peralatan dapat
dirancang dan dikendalikan dengan cekap (Lim, 2001).
Oleh yang demikian, pemimpin perlu mengetahui apakah akauntabiliti dalam
pengurusan stok dan inventori alatan sukan. Menurut Smith dan Stewart (1999), pengurusan
kemudahan sukan dan kokurikulum merangkumi lima dimensi utama seperti berikut:
i.

Lokasi fizikal

ii.

Perabot dan peralatan

iii.

Penyelenggaraan dan pengubahsuaian

iv.

Kesihatan, keselamatan dan kepatuhan pada peraturan

v.

Perkhidmatan-perkhidmatan tambahan
Oleh hal yang demikian, peranan Setiausaha sukan adalah satu tugas yang amat

penting dalam menjayakan kegiatan sukan di mana-mana sekolah jua. Pada amnya,
setiausaha

sukan

bertanggungjawab

dalam

melaksanakan

segala

program

sukan

bertanggungjawab dalam melaksanakan segala program sukan sekolah, membimbing latihan,


menyelaras olahraga, permainan, sukan antara kelas, rumah, sekolah dan sebagainya. Ia
bertindak sebagai penasihat dan bertanggungjawab dalam pengelolaan, pengurusan,
perancangan, kewangan, penglibatan pelajar, membuat penilaian di samping menjadi sebagai
untuk memperkembangkan minat mereka dalam bidang sukan dan permainan.
Antara lain tugas dan tanggungjawab setiausaha sukan yang paling penting adalah
menyelenggara dan menguruskan stor peralatan sukan Pendidikan Jasmani dan Sukan
sekolah. Hal ini kerana stor peralatan ini merupakan satu aset penting dalam penyimpanan
dan pengeluaran peralatan sukan. Pengurusan stor peralatan yang efisien melambangkan
kredibiliti setiausaha sukan yang memainkan peranan dengan berkesan.
Berdasarkan istilah stor boleh ditakrifkan sebagai tempat bagi melaksanakan
penerimaan, perekodan, penyimpanan penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok

atau peralatan. Pengurusan Stor hendaklah dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan
bagi memastikan Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan
dan kualiti stok sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan dan
penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan. Stor dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu Stor Pusat, Stor Utama dan Stor Unit. Setiap kategori mempunyai fungsi
masing-masing dalam pengurusan stor. Pekeliling dan surat pekeliling yang telah dikeluarkan
berkaitan dengan pengurusan stor sebagai.
2.0

CIRI-CIRI DAN KEPERLUAN BILIK SEBUAH STOR SUKAN


Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-

barang pendidikan jasmani. Stor yang disusun kemas dan teratur akan menyenangkan guru
pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani.
Peralatan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani
memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.
Bagi memastikan dan menjamin pengurusan stor sukan berada pada tahap yang
memuaskan, ciri-ciri dan keperluan stor pengurusan atau stor pendidikan jasmani perlu
diambil kira. Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan
jasmani. Segala urusan berkaitan pengurusan stor pendidikan jasmani berada dalam
tanggungjawab guru tersebut. Ia termasuklah perekodan keluar masuk peralatan yang
dipinjam, menguruskan pembelian peralatan serta manghapus perlatan yang rosak.
Sementara itu, guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok
bagi alatan stor dengan kemas kini. Buku stok yang disediakan adalah bertujuan untuk
merekod setiap perjalanan keluar masuk peralatan sukan sama ada yang baru dibeli, mahupun
yang rosak dan akan dilupus. Hal ini bagi memudahkan guru pendidikan jasmani menyelia
pengeluaran,

peminjaman

ataupun

pemulangan

peralatan

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Guru penyelia stor juga bertanggungjawab
menerima dan membeli peralatan baru. Justeru buku catatan barang keluar masuk perlu di
sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.

Guru penyelia stor juga bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurangkurangnya sekali setahun. Hal ini bagi memastikan tiada peralatan yang hilang atau dilupus
tanpa pengetahuan guru penyelia stor sukan.
Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani
a. Ruang
Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di
samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih
kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara iaitu
jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah. Ruang yang sempit
akan menjejaskan susun atur peralatan serta boleh menyebabkan stor peralatan sukan tersebut
berada dalam keadaan tidak tersusun.
b.

Rak

Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani.
Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang
yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk
menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang. Bagi mengekalkan susun atur rak
peralatan tertentu, guru perlulah menyediakan label khas mengikut peralatan.
c. Lokasi
Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan
padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan
mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga
memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.
d.

Tingkap

Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan
yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan
alat-alat yang tahan panas akan rosak.

e. Peredaran Udara
Namun demikian, amatlah digalakkan sesebuah stor sukan disediakan dengan tingkap bagi
memudahkan pengaliran masuk udara. Pengaliran udara yang baik juga dapat membantu
mengurangkan risiko pendedahan kepada bakteria terhadap guru-guru yang bertugas menyelia
bilik stor peralatan sukan tersebut. Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan
lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkap
kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan
pengaliran udara.
f. Siling
Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada
alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor
perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.
g.

Keselamatan

Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan
pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

Bangunan yang ditempatkan stor sukan mestilah kukuh untuk mengelak di cerobohi.

Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di
bahagian bawah rak simpanan. Hal ini bagi mengelakkan daripada alatan tersebut jatuh dan
terkena kaki.

Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam

menghala ke bawah. Sebagai contoh lembing

Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan

kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.

Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh

menyebabkan kecederaan kepada kita.

Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan

alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan
pelajar yang lain tunggu di luar.

Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan

kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.

Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di

kuat kuasa.

Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur

Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara

pukal.
h.

Pintu

Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya jika kita
ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan
jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan
kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan
keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan
mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.
i. Penjagaan Peralatan
Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani
mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani,
kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan
jasmani. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan
oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara
penyalahgunaan tersebut ialah:
(i)

Duduk di atas bola

(ii)

Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lainlain

(iii)

Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain

(iv)

Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang
lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

3.0

CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI DALAM PENGURUSAN STOR

PERALATAN
Berdasarkan pemerhatian dan temuramah bersama setiausaha sukan sekolah tentang
cabaran dan masalah-masalah yang di alami oleh guru dan juga pihak sekolah berhubung
dengan pengurusan stor Pendidikan Jasmani dan Sukan secara umumnya dapatlah dirumuskan
bahawa terdapat pelbagai masalah yang wujud dalam proses pengurusan dan penyeleggaraan
stor peralatan sukan sekolah.

Antara lain masalah yang timbul adalah prasarana yang tidak terurus disebabkan
kekangan masa guru tersebut menyebabkan peralatan yang sedia ada tidak mendapat
penjagaan sebaiknya. Hal ini mengakibatkan jangka hayat sesuatu peralatan tidak tahan lama
sehingga menyebabkan pihak sekolah terpaksa membeli peralatan yang baru setiap awal
tahun. Guru yang bertanggungjawab dalam mengurus serta mengawal selia stor perlatan
biasanya diberi tugasan luar bidang yang kadang kala mengekang guru-guru tersebut untuk
memberi perhatian terhadap penjagaan stor peralatan sukan sekolah.
Di samping itu juga, kekurangan pengetahuan tentang pengendalian peralatan dan cara
pengurusan stor yang lemah menyebabkan keadaan stor menjadi tidak teratur dan kurang
menarik. Hal ini akan mengakibatkan guru-guru berkenaan tidak mengambil berat setiap
keperluan dalam menguruskan stor peralatan sukan tersebut. Apabila kurangnya pengetahuan
tentang pengurusan stor peralatan sukan, risiko terhadap kerosakan peralatan, keselamatan
pelajar dan guru juga boleh timbul memandangkan guru yang bertugas kurang peka dengan
keadaan persekitaran stor peralatan tersebut.
Selain itu, guru-guru yang tidak terlibat dengan pengurusan stor juga kadang-kadang
menimbulkan masalah apabila dengan sewenangnya keluar masuk stor peralatan sukan tanpa
tujuan yang berkaitan. Malah tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk
menyimpan lain-lain peralatan yang tidak berkenaan dalam stor tersebut. Hal ini sedikit
sebanyak menjejaskan ruang dalam bilik stor sukan yang diperuntukkan untuk kegunaan
penyimpanan peralatan sukan. Guru-guru juga kadang kala bertindak menjadikan bilik stor
sukan sebagai tempat lepak ketika waktu terluang memandangkan ada ketikanya bilik stor
sukan berada dalam keadaan tersusun dan selesa.
Begitu juga halnya dengan pelajar-pelajar sekolah yang hampir setiap masa apabila
tiba waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, mereka menyerbu masuk ke
dalam stor peralatan apabila diarahkan oleh guru PJK bagi mengambil perlatan mengikut
kehendak masing-masing. Jadi secara tidak langsung perkara ini akan menyebabkan susun
atur peralatan dalam stor menjadi tidak teratur mengikut kedudukan asal terutamanya selepas
pelajar-pelajar memulangkan kembali peralatan tersebut. Guru akan menjadi mangsa untuk
menyusun kembali perlatan-peralatan tersebut yang telah digunakan oleh pelajar.

Dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan atau cabaran menguruskan stor


peralatan sukan ini, pihak sekolah disarankan untuk menubuhkan Kelab Quarter Master yang
antara lain bertanggungjawab dalam menyusun atur stor sukan, melabel alatan, membersih
dan mencantikkan stor sukan. (Peraturan (4) Dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998
P.U. (196) yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996.
Kelab Quarter Master lazimnya diwujudkan di sekolah-sekolah menengah di seluruh
negara bagi memberi lebih banyak pilihan dalam bidang ko kurikulum kepada pelajar. Bidang
tugas Kelab Quarter Master lebih tertumpu kepada pengurusan sesuatu acara terutamanya
acara-acara sukan dan permainan serta penganjuran majlis-majlis ko kurikulum di peringkat
sekolah. Pelajar juga dididik dalam penjagaan, penyimpanan dan pengawalan peralatanperalatan yang disimpan di bilik-bilik pengurusan sukan. Penubuhan Kelab Quarter Master di
sekolah ini dilihat mampu memberi pilihan terutama kepada pelajar yang meminati bidang
sukan tetapi kurang atau tidak mempunyai kemahiran tertentu sebagai seorang atlet. Selain
itu, pendedahan kepada kemahiran, teknikal serta disiplin dalam pengurusan acara akan dapat
digunakan oleh pelajar apabila mereka telah menamatkan alam persekolahan masing-masing.
Hasil daripada penubuhan Kelab Quarter Master sekurang-kurangnya akan dapat
melatih pelajar dalam bidang pengurusan dan pentadbiran terutama stor sukan sekolah. Di
samping menyemai sikap positif dalam kalangan pelajar, mereka juga dapat membantu pihak
sekolah terutamanya setiausaha sukan dalam menjaga segala kemudahan dan peralatan yang
diuruskan dalam stor sukan sekolah.
4.0

KESIMPULAN
Bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif serta mesra pengguna, bilik

atau stor peralatan sukan sewajarnya mengalami pembaharuan sama ada dalam reka bentuk,
susun atur atau penambahbaikan dari segi peralatan. Pihak pentadbir seharusnya berganding
bahu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memastikan kewujudan stor peralatan
sukan dapat digunakan dengan semaksimum mungkin. Secara tidak langsung, peralatan yang
lengkap dan persekitaran yang sempurna akan menaikkan semangat guru dan pelajar untuk
terus memartabatkan mata pelajaran pendidikan Jasmani dan pendidikan Kesihatan serta
meningkatkan mutu sukan di peringkat sekolah masing-masing.

5.0

LAMPIRAN 1

BORANG PEMANTAUAN STOR PERALATAN SUKAN SEKOLAH


TAHUN 2014
NAMA SEKOLAH : ________________________________________________________
TARIKH: __________________ HARI

: _________________ MASA : ______________

NAMA PENGETUA/GURU BESAR: __________________________________________


BILANGAN MURID: ________________BILANGAN GURU : ____________________
BIIL

ASPEK YANG DISELIA

A.

PENGURUSAN DAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

PENTADBIRAN AM
Misi Sukan Sekolah
Carta Organisasi Sukan Sekolah
Data dan Maklumat Guru
Majlis Sukan Sekolah
Sistem Pengurusan Sekolah
Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas Sukan
Rancangan tahunan Sukan
Agihan Tugas Guru-Guru Sukan
Mesyuarat Pengurusan Sukan

10.

sekurang 4 kali
Peraturan Am untuk Kegiatan Sukan

11.

Sekolah
Rancangan Jangka pendek / Jangka
Panjang
JUMLAH

B.
12
13

SISTEM FAIL
Fail Induk
Fail Pekeliling Am Perkhidmatan

14
15

/Arahan Kem./Jab./PPD
Fail Maklumat Permainan-Permainan
Fail Perekodan Keluar Masuk Peralatan

ADA /

SKALA

ULASAN /

TIDAK

1,2,3

CATATAN

16
C.
17
18
19
20
21
22
23
24

Fail Aktiviti Rancangan Sukan


JUMLAH
PENGURUSAN SUKAN
Perancangan Sukan
Takwim Aktiviti Sukan
Jawatankuasa Sukan Sekolah
Jawatankuasa Kerja Sukan Sekolah
Pengurusan Sukan Untuk Semua
Buku Teks dan Rujukan Guru
Buku Laporan Sukan
Pengurusan Semakan Buku Latihan /

D.
33
34
35

Rampaian Murid (sukan)


Program Peningkatan Prestasi Sukan
Projek Khas Sukan
Pengurusan Setor Sukan (organisasi)
Pengurusan Alatan Sukan
Pengurusan Bilik Persalinan Pakaian
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan Bilik Sumber Sukan
Papan Kenyataan Sukan Sekolah
JUMLAH
PENILAIAN STOR PERALATAN
Susun Atur Peralatan
Pelabelan peralatan
Pelan Kedudukan Perabot yang

36
37

tersusun
Rak Yang Bersesuaian dengan peralatan
Lokasi Strategic Yang Berhampiran

38

Padang
Tingkap Dan Peredaran Udara Yang

39

Sesuai
Peralatan disusun mengikut jenis dan

25
26
27
28
29
30
31
32

dilabel (termasuk mengambil kira


40

peralatan berat dan tajam )


Peralatan yang rosak diasingkan atau

41

dilupus
Peralatan elektrik dan suis dalam

42

keadaan baik
Buku rekod peminjaman dan

43

pemulangan disediakan
Peraturan penggunaan peralatan
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN

SKALA - A - F

1 Belum Memuaskan

( 0 40 )

2 Baik

( 41 80 )

3. Cemerlang

( 81 100 )

ULASAN PEMANTAU:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
NAMA PEGAWAI PEMANTAU: ____________________________________________
JAWATAN

: ________________________________ TARIKH : _________________

TANDATANGAN : _____________________________
6.0

RUJUKAN

Lim, K. C. (2001). Pengurusan pendidikan dan implikasi terhadap program sukan dan
rekreasi. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pengurusan Kemudahan Sukan
Kebangsaan, di Hotel Quality, Shah Alam, pada 12 13 Mac 2001 Prosiding.
Zaireey Khairuddin (14 Nov 2010). Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani. Diakses melalui
http://www.zairedin.com/2010/11/pengurusan-stor-pendidikan-jasmani.html pada 23 Jun
2014.
Peraturan Kewangan Dan Perakaunan Universiti. Bab 7 Pengurusan Stor. Diakses melalui
http://www.utem.edu.my/bendahari/index2.php?
option=com_docman&task=doc_view&gid=402&Itemid=115 pada 23 Jun 2014.
Polisi

Keselamatan

Kegiatan

Luar

Bilik

Darjah.

Diakses

melalui

http://khairulsham.blogspot.com/p/polisi-keselamatan-kegiatan-luar-bilik.html pada 23
Jun 2014.

Pengenalan Kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani Dan Sukan. Diakses melalui


http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/06/pengenalan-kepada-pengurusanpendidikan.html pada 24 Jun 2014.

7.0

LAMPIRAN 2
SUSUN ATUR PERALATAN SUKAN