Anda di halaman 1dari 21

PENDAHULUAN

Perkembangan bahasa atau komunikasi pada anak merupakan salah satu aspek
dari tahap perkembangan anak yang seharusnya tidak luput dari perhatian para pendidik,
pada umumnya dan orang tua pada khususnya. Pemerolehan bahasa oleh anak-anak
merupakan prestasi manusia yang paling hebat dan menakjubkan. Oleh sebab itulah
masalah ini mendapat perhatian besar. Pemerolehan bahasa telah ditelaah secara intensif
sejak lama. Pada saat itu kita telah mempelajari banyak hal mengenai bagaimana anakanak berbicara, mengerti, dan menggunakan bahasa, tetapi sangat sedikit hal yang kita
ketahui mengenai proses aktual perkembangan bahasa.
Bahasa merupakan satu sistem yang unik dan melibatkan proses kognitif. Bahasa
juga merupakan wadah untuk menyampaikan mesej kepada individu lain yang difahami
dan mempunyai makna. Dalam usaha menguasai dan memperkasakan bahasa Melayu,
kita harus melihatnya dari peringkat awal lagi, iaitu dari peringkat perkembangan dan
pemerolehan bahasa itu sendiri. Pemerolehan ayat hanya bermula apabila kanak-kanak
berupaya menggabungkan dua kata atau lebih. Dengan kata lain, peringkat satu kata atau
yang sering disebut sebagai peringkat holofrasa tidak dianggap sebagai titik permulaan
pemerolehan ayat (sintaksis). Ini jelas merujuk pendapat Awang Mohd Amin (1979),
yang mengatakan bahawa umur kanak-kanak antara 1 hingga 5 tahun merupakan waktu
penguasaan bahasa yang paling kritikal.
Dalam jangka masa kritikal ini, kanak-kanak sangat mudah menerima pengaruh
bahasa pertama atau bahasa ibunda yang didedahkan kepadanya, iaitu bahasa yang
diamalkan atau yang didedahkan kepada kanak-kanak sejak dia dilahirkan. Bahasa
Melayu merupakan bahasa pertama kepada orang Melayu manakala bahasa Cina adalah
bahasa pertama kepada orang Cina dan sebagainya. Tegasnya, bahasa pertama ini akan
dikuasai oleh individu secara semulajadi melalui proses pemerolehan bahasa. Dalam hal
ini, ada ahli bahasa yang berpendapat bahawa proses pemerolehan bahasa tersebut
berlaku sejak seseorang itu masih dalam kandungan ibunya. Hal ini bermakna bahasa

1|

pertama pada dasarnya dapat dikuasai oleh seseorang tanpa melalui proses pembelajaran
secara formal.
Kanak-kanak akan terus belajar bahasa pertama walaupun berada di alam
persekolahan di peringkat sekolah rendah atau menengah. Namun dari segi ketrampilan
berbahasa, seseorang itu tidak mengalami banyak perubahan, umpamanya dalam kosa
kata. Mereka belajar bahasa pertama terus menerus sepanjang hayat. Justeru itu,
pemerolehan bahasa pertama dianggap bahasa yang paling mantap dari segi pengetahuan
dan penggunaannya.
Dalam proses pemerolehan bahasa pertama, seseorang kanak-kanak itu akan
belajar semua konsep yang diperlukan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa, rakanrakan dan ahli masyarakat sekelilingnya. Bahasa pertama menjadi salah satu alat untuk
mengungkapkan perasaan, keinginan, pendirian dan sebagainya dalam bentuk-bentuk
bahasa yang dianggap wajar. Kanak-kanak ini juga belajar bahawa ada bentuk-bentuk
yang tidak dapat diterima oleh anggota masyarakatnya dan tidak selalu boleh
mengungkapkan perasaan secara sewenang-wenangnya.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian terhadap pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak bertujuan
untuk;
1. Menyatakan Teori Mentalis dan kaitannya dalam membicarakan pemerolehan
bahasa dalam kalangan kanak-kanak.
2. Menyatakan Teori Behaviouris dan kaitannya dalam membicarakan pemerolehan
bahasa dalam kalangan kanak-kanak.
3. Mengenalpasti faktor pengaruh keluarga terhadap pemerolehan bahasa dalam
kalangan kanak-kanak.

2|

DEFINISI OPERASIONAL
Menurut Lyons (1994), bahasa ialah nurani. Oleh hal demikian, bahasa tidak
diperoleh secara semula jadi tetapi tumbuh atau menjadi matang secara organik. Kamus
Linguistik (1997), mentakrifkan pemerolehan bahasa sebagai proses pembelajaran bahasa
daripada satu aspek hingga keseluruhannya. Maksudnya, proses seseorang penutur seperti
kanak-kanak menjadi penutur jati bagi bahasa natifnya, atau proses seseorang kanakkanak ataupun dewasa menjadi penutur bahasa kedua. Mangantar Simunjuntak (1987),
berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku di dalam otak
seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Dalam bidang
psikolinguistik, konsep pemerolehan bahasa selalunya dikaitkan dengan pembelajaran
bahasa pertama.
Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia.
Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanakkanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu kepada perkembangan bahasa
orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan bahasa kanak-kanak pula
bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan. Namun terdapat juga
pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat dalam
pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan
pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan
bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik
tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan
persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang
sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa
oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah
hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya.

3|

Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara


yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk.
Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat mengagumkan
dan sukar dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan
oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan
kanak-kanak. Memang diakui bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem-sistem
linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu kanak-kanak walaupun umumnya tiada
pengajaran formal. learning a first language is something every child does
successfully, in a matter of a few years and without the need for formal lessons.
(Language Acquisition: On-line). Sungguhpun rangsangan bahasa yang diterima oleh
kanak-kanak tidak teratur dan terhad, namun mereka berupaya memahami sistem-sistem
linguistik bahasa pertama sebelum menjangkau usia lima tahun. Fenomena yang
kelihatan menakjubkan ini telah berlaku dan terus berlaku dalam kalangan semua
masyarakat dan budaya pada setiap masa.

SKOP KAJIAN
Kajian pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak membataskan kajian
dengan tumpuan untuk membahaskan beberapa teori pemerolehan bahasa, iaitu Teori
Menatlis (Noam Chomsky) dan Teori Behavioris (Skinner). Perbincangan juga
menumpukan kepada faktor pengaruh keluarga terhadap pemerolehan bahasa dalam
kalangan kanak-kanak.

KAEDAH KAJIAN
Untuk melaksanakan kajian pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak,
pengkaji telah menjalankan kaedah rujukan dan kaedah pemerhatian. Kaedah rujukan
dilakukan di perpustakaan yang berdekatan, melalui buku rujukan, majalah-majalah dan
beberapa artikel dalam internet yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Kaedah

4|

pemerhatian dijalankan terhadap diri kanak-kanak tentang pemerolehan bahasanya,


sejauhmanakah bahasa yang digunakannya seharian, mempunyai pengaruh dari kalangan
keluarganya sendiri. Pengaruh ini dapat dikenalpasti melalui penggunaan bahasa
ibundanya secara kerap atau tidak.

DAPATAN KAJIAN
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori mengandungi suatu gambaran tentang hubungan sebab akibat antara
variabel. Dalam sesuatu teori, terkandung keunggulan yang dapat menjelaskan sesuatu
gejala dan juga mempunyai kekuatan untuk meramalkan sesuatu gejala (Best, john W.
1982 : 21). Teori ialah suatu tindakan intelektual bagi menjelaskan hakikat yang berkait
rapat dengan panorama yang kompleks, konkrit atau abstrak berdasarkan pemerhatian
yang rapi dan teliti. Teori juga mengandungi fakta yang saling berhubung kait bagi
menjelaskan sesuatu hal atau sebab. Tegasnya, sesuatu teori akan menjelaskan sesuatu
aspek tertentu, sama ada memperkatakan mengapa, bagaimana atau apa (Marzukhi Nyak
Abdullah, 1993 : 840).
Dalam soal kajian bahasa, terdapat banyak teori linguistik yang menjadi asas
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pendapat yang berbeza-beza dalam kalangan
para sarjana linguistik tentang pemerolehan dan penguasaan bahasa telah menyebabkan
wujudnya pelbagai teori bahasa. Daripada teori yang pelbagai itu, terdapat dua sahaja
teori yang dianggap penting berhubung dengan masalah ini yang ditimbulkan oleh ahliahli empiris dan ahli-ahli rasionalis. Golongan pertama yang mewakili Aliran Behavioris
mendokong Teori Mekanis sementara golongan kedua yang mewakili Aliran Kognitif
pula mendokong Teori Mentalis.

PEMEROLEHAN BAHASA TEORI BEHAVIOURIS

5|

Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks. Ahli
psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan
Thorndike. Teori ini berpendapat bahawa bahasa ialah proses prilaku dan mementingkan
satu rangkaian turutan antara sebab dan kesan. Ia menganggap bahasa sebagai hasil
gabungan rangsangan dan gerak balas yang bergantung kepada naluri manusia. Faktor
persekitaran dianggap sebagai rangsangan dan tindak balas terhadap rangsangan itu
dianggap sebagai tindak balas. Teori ini menolak pendapat yang menghubungkan proses
penghasilan bahasa dengan operasi mental. Teori ini juga memberi penekanan kepada
bentuk-bentuk linguistik. Segala penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu kata harus
dilakukan secara tepat terutamanya dari aspek fonologi, struktur intonasi dan penguasaan
sistem bunyi yang lain.
Untuk memperolehi kemahiran bahasa, latihan dan latih-tubi perlu dijalankan
secara kerap kerana kemahiran bahasa dilihat sebgai satu kebiasaan. Ini bermakana
bahasa perlu dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa
penguasaan bahasa ialah satu proses mekanis yang tidak melibatkan pemikiran atau daya
mental. Teori ini berasaskan cara pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak. Kanakkanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ibu bapa atau
ahli keluarga mereka. Mereka menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan-perkataan
yang mereka dengar berulang kali sehingga mereka dapat menuturkan ayat-ayat yang
lengkap.
Teori ini amat mementingkan aspek lisan seperti percakapan atau pertuturan
kerana bagi mereka, bahasa ialah alat untuk berkomunikasi. Skinner menerusi teori
behaviorisme berpandapat bahawa bahasa hanya dapt dikuasai melalui operasi
rangsangan dan tindak balas yang merupakan proses naluriah semata-mata, dan bukan
proses mental atau kognitif. Ini bermakna beliau lebih mengutamakan rangsangan tindak
balas serta mengenepikan fungsi mental atau otak kerana menurutnya, hubungan mental
tidak dapat diamati.

6|

Golongan behavioris berpendapat bahawa pengukuhan dalam pengajaran dan


pembelajaran adalah sangat penting dan ia dapat dilakukan dengan memberi ganjaran
kepada seseorang pelajar apabila mereka memberikan gerak balas yang betul. Sekiranya
kanak-kanak diberi pengukuhan seperti pujian, keistimewaan pengiktirafan atau
sebagainya, ia akan dapat membentuk tindak balas yang dikehendaki. Ganjaran buka
sahaja bertujuan untuk menggalakkan pelajar memberikan gerak balas yang betul, tetapi
ia juga penting untuk mewujudkan pengulangan. Apabila pengulangan dapat diwujudkan,
proses pembelajaran akan berlaku.
Golongan behavioris cenderung kepada huraian bahasa secara deskriptif atau
stuktural. Huraian bahasa secara deskriptif ini dipelopori oleh Leonard Bloomfield.
Aliran ini mengkaji bahasa secara saintifik dan empirical, iaitu dengan mengkaji bahasa
lisan yang merujuk kepada ucapan yang dikeluarkan oleh penutur. Justeru, perkara yang
penting utnuk dihuraikan ialah apa yang dituturkan, bukan apa yang dituliskan. Ia
menghindari faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, tidak mementingkan makna
dalam analisis bahasa dan tidak berpegang kepada peraturan-peraturan bahasa yang
bersifat normatif.
1. Kebaikan
Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:
a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara
berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat
dilakukan secara lebih bersistem.
b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri
serta suasana dalam bilik darjah.
c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari
sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.

7|

2.

Kelemahan
Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu:
a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar,
contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahanbahan bantu bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna
guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu
pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah
pembelajaran secara kendiri.
c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri
kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru
membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid
mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar.

3.

Pengaplikasian teori dalam kelas bacaan


Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara
berulang-ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata
contohnya KV + KVK (LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar
mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang
betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung
kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budak itu cepat belajar,
pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama
sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku
kata, guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada
suku kata tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang
terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga
penguasaan terhadap kemahiran berlaku.

8|

PEMEROLEHAN BAHASA TEORI MENTALIS


Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Teori ini menekankan fungsi mental
seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan mengalami beberapa
peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria
motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh,
dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih
dahulu sebelum mereka belajar bertutur.
Konsep bahasa menurut Teori Mentalis atau dengan nama lainnya Teori
Rasionalis berpendapat bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh satu
proses di dalam otak. Ini bermaksud, teori ini menganggap bahasa sebagai satu aktiviti
mental yang merupakan satu kebolehan semula jadi manusia.
Manusia semula jadi dilahirkan dengan Alat Penguasaan Bahasa (Language
Acquisition Device) yang membolehkan mereka menguasai bahasa.Golongan ini
berpendapat

jika seseorang kanak-kanak diberi pendedahan kepada sesuatu bahasa,

mereka boleh untuk merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang
mereka peroleh dengan menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka. Terdapat satu
jangka masa kritikal iaitu masa subur untuk bahasa merea berkembang dan mereka
mudah untuk memperoleh sesuatu bahasa secara aktif pada waktu tersebut.
Manusia menggunakan fikiran dalam pembelajaran supaya dapat memhami dan
mengenali sesuatu perkara.Oleh itu, kami dapati teori ini tidak sependapat dengan teori
mekanis yang menolak penggunaan fikiran dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Teori
mentalis ini berpendapat bahawa binatang juga menggunakan pola fikirannya dalam
menyelesaikan masalah.

9|

Golongan mentalis mengatakan bahawa manusia secara semula jadi telah


dikurniai competence dan performance, iaitu kebolehan untuk membuat rumus-rumus
tentang bahasa dalam pemikirannya dan aspek penggunaan terhadap apa yang
diketahuinya tentang bahasa itu. Kedua-dua perkara tersebut sangat penting kerana
competence berfungsi untuk menghasilkan ayat alam bentuk performance.Oleh itu
golongan ini menekankan hubungan yang erat antara bahasa dengan pemikiran. Dengan
kata lain, penguasaan bahasa melibatkan proses mental, iaitu apabila seseorang mahu
menggunakan bahasa, ia akan menggunakan fikirannya supaya ayat yang dihasilkannya
gramatis dan bermakna.
Teori ini menganggap bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh
saru proses dalam otakdan saraf setelah menerima bahan dalam bentuk rangsangan
melalui pancaindera. Peranan kognisi yang ada pada otak manusia membolehkan
manusia menghasilkan rumus-rumus bahasa yang akan digunakan untuk membentuk atau
memperturunkan ayat-ayat, dan menginterprestasi ayat-ayat yang didengar atau
dibentuknya. Antara ciri-ciri penting yang kami dapati daripada teori mentalis ini adalah,
pertama, penguasaan bahasa mempunyai kaitan yang sangat erat dengan kebolehan
mental melalui pemikiran untuk membolehkan manusia menghasilkan rumus-rumus
bahasa yang tidak terbatas. Kedua, manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan
untuk menguasai bahasa kerana manusia sejak lahir telah dibekalkan dengan alat
penguasaan bahasa. Alat ini menyebabkan kanak-kanak mampu membentuk rumusrumus bahasanya sendiri tanpa mempelajarinya terlebih dahulu. Ketiga, dua perkara
penting yang memainkan peranan dalam penguasaan bahasa manusia adalah competence
dan performance yang menyebabkan manusia mempunyai daya cipta untuk menghasilkan
dan menggunakan bahasa yang diketahuinya.
1.

Kebaikan
a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu
pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut
kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara

10 |

sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid


secara berperingkat-peringkat.
b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid
berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat,
kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.
c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan
pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan
penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat
sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.
2.

Kelemahan
Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan
kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini
akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam
tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).

3.

Aplikasi dalam kelas bacaan


Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan
melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini
bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkatperingkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca
akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan
seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid
berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam
pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh
murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah
ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria
yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan
begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.

11 |

PENGARUH KELUARGA TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA DALAM


KALANGAN KANAK-KANAK
Bahasa bermula sebagai mengingati kata-kata sederhana yang berkaitan tanpa
makna, tapi sebagai anak-anak yang membesar, kata-kata yang memperoleh makna
dengan hubungan antara kata-kata dibentuk. Pada waktunya, ayat bermula dari kata-kata
yang bergabung bersama untuk mencipta makna logik. Sebagai orang semakin meningkat
usianya, makna-makna baru dan persatuan-persatuan baru dicipta dan kosa kata
meningkat dengan lebih perkataan dipelajari.
Bayi

menggunakan

tubuh

mereka,

menangis

dan

lain

vokal

untuk

mengkomunikasikan keinginan, keperluan dan kecenderungan. Walaupun sebahagian


besar anak-anak mulai menyanyi dan akhirnya dengan kata-kata dalam berbagai usia dan
kelajuan yang berbeza, mereka belajar bahasa pertama mereka tanpa sedar arahan dari
orang tua atau pengasuh. Bahkan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran awal
bermula dalam rahim ketika janin dapat mengenali suara dan pola bicara dari suara
ibunya.
Perilaku melihat perkembangan bahasa tidak lagi dianggap sebagai penjelasan
yang layak tentang bagaimana anak memperoleh bahasa, namun banyak kajian
menggambarkan persekitaran mempengaruhi kemampuan bahasa anak-anak. Michael
Tomasello (2003, 2006; Tomasello & Carpenter, 2007) menekankan bahawa anak-anak
muda sangat tertarik dalam dunia sosial mereka dan pada awal perkembangan, mereka
dapat memahami bahawa niat orang lain.
Salah satu komponen daripada anak muda lingkungan linguistik (anak-diarahkan
perbualan) juga dikenali sebagai bayi bercakap atau bahasa ibu, yang merupakan bahasa
yang digunakan dalam bahasa yang lebih tinggi dari biasanya dengan kata-kata dan ayat
yang sederhana. Walau bagaimanapun, pentingnya peranan dalam bahasa berkembang

12 |

dipertikaikan banyak ahli bahasa. Mereka berpendapat ia memiliki fungsi penting


menangkap perhatian bayi dan menjaga komunikasi.
Kanak-kanak menggunakan strategi selain diarahkan anak berucap seperti
membentuk semula, mengembangkan, dan melabel. Membentuk semula adalah
mengulang sesuatu yang anak berkata, mungkin menukarnya menjadi soalan atau
menegaskan kembali kepada anak belum dewasa dengan ucapan dalam bentuk ayat
sepenuhnya. Memperluas ialah menegaskan kembali, dalam bentuk linguistik canggih,
apa yang dikatakan oleh seorang anak. Melabel adalah mengenalpasti nama-nama objek.
Sangatlah penting bahawa anak-anak dibenarkan untuk berinteraksi sosial dengan
orang lain yang boleh menyanyi dan menjawab soalan. Pemerolehan bahasa untuk
mengembangkan kejayaan, anak-anak harus berada dalam suatu persekitaran yang
membolehkan mereka untuk berkomunikasi sosial dalam bahasa tersebut.
Ada beberapa teori yang berbeza tentang mengapa dan bagaimana anak-anak
mengembangkan bahasa.
Yang paling popular dan masih banyak diperdebatkan penjelasan ialah bahawa
bahasa itu diperolehi melalui peniruan. Dua teori yang paling diterima dalam
pengembangan bahasa adalah psikologi dan fungsional. Penjelasan psikologi berfokus
pada proses mental yang terlibat dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak. Penjelasan
fungsional melihat kepada proses sosial termasuk dalam pembelajaran bahasa pertama.
Empat komponen utama bahasa, iaitu;

Fonologi melibatkan peraturan-peraturan tentang struktur dan urutan bunyi


ucapan.

Semantik adalah terdiri daripada kosa kata dan bagaimana konsep dinyatakan
melalui kata-kata.

Tatabahasa melibatkan dua bahagian;

13 |

o Pertama, sintaksis, adalah peraturan di mana kata-kata disusun menjadi ayat.


o Kedua, morfologi, adalah penggunaan membuat tatabahasa (menunjukkan
tegang, aktif atau bunyi pasif dan lain - lain).

Pragmatik melibatkan peraturan untuk komunikasi yang sesuai dan berkesan.


Pragmatik melibatkan tiga kemahiran:
o Menggunakan bahasa untuk menyapa, menuntut dan lain lain.
o Menukar bahasa untuk berbicara berbeza, bergantung kepada siapa anda
bercakap
o Peraturan seterusnya seperti menyalakan, memuat, topik yang tetap.

Perkembangan Fonologi
Dari lahir sampai sekitar satu tahun, bayi mulai membuat bunyi-bunyian. Sekitar
dua bulan, bayi akan terlibat dalam berdekut, yang kebanyakan terdiri daripada bunyi
vokal. Sekitar empat bulan, berdekut berubah menjadi ocehan yang merupakan konsonan
vokal yang berulang-ulang kombinasi. Bayi memahami lebih daripada mereka boleh
katakan. Dari 1-2 tahun, bayi dapat mengenali pengucapan yang betul daripada kata-kata
yang pernah didengari. Bayi juga akan menggunakan strategi fonologi untuk
menyederhanakan pengucapan. Beberapa strategi termasuk pengulangan konsonan
pertama vokal dalam sebuah suku kata ( 'TV' - > 'didi') atau memadam tanpa suku kata
dalam sebuah suku kata ( 'banana' - > 'nana'). 3-5 tahun, fonologi terus meningkatkan
kesedaran serta pengucapan. 6-10 tahun, anak-anak dapat menguasai pola suku kata stres
yang membantu membezakan perbezaan kecil antara kata-kata serupa.
Perkembangan Semantik

14 |

Dari lahir hingga satu tahun, pemahaman (bahasa yang kita faham) berkembang
sebelum pengeluaran (bahasa yang kita gunakan). Ada sekitar 5 bulan tertinggal di antara
keduanya. Bawaan bayi mempunyai pilihan untuk mendengar suara ibu mereka. Bayi
dapat mengenali kata-kata dan menggunakan gerak tubuh. Dari 1-2 tahun, kosakata
meningkat hingga beberapa ratus kata. Ada kosakata lonjakan antara 18-24 bulan, yang
merangkumi pemetaan cepat. Pemetaan yang cepat adalah kemampuan bayi untuk belajar
banyak hal-hal baru dengan cepat. Majoriti kosakata baru terdiri daripada kata benda
(nouns) dan kata-kata aksi (verb). 3-5 tahun, anak-anak biasanya mengalami kesulitan
menggunakan kata-kata dengan benar.
Anak-anak mengalami banyak masalah seperti underextensions, memuat
perkataan umum dan mengaplikasikannya secara khusus (contohnya, 'Selimut') dan
overextensions, memuat perkataan tertentu dan mengaplikasikannya terlalu umum
(contoh, 'kereta' untuk 'van'). Anak-anak boleh memahami metafora. Dari 6-10 tahun,
anak-anak dapat memahami makna kata-kata yang didasarkan pada definisi mereka.
Mereka juga mampu menghargai makna beberapa kata-kata dan menggunakan kata-kata
tepat melalui metafora dan permainan kata-kata. Cepat pemetaan berlanjutan.
Perkembangan Tatabahasa
Dari 1-2 tahun, anak-anak mulai menggunakan ucapan telegraphic, yang
mempunyai dua kombinasi kata, misalnya 'pampers basah'. Brown (1973) mengamati
bahawa 75% daripada anak-anak dua kata ucapan dapat dirangkum dalam keberadaan
daripada 11 semantik. 11 kepentingan hubungan semantik awal dan contoh berdasarkan
pada Brown, 1973:

Atribut: 'rumah besar'

Agen-Tindakan: 'Ayah memukul'

Tindakan-Objek: 'memukul bola'

Agen-Objek: 'Ayah bola'

Nominative: 'itu bola'

15 |

Demonstrative: 'ada bola'

Perulangan: 'banyak bola'

Non-eksistensi: 'semua bola tiada'

Posesif: 'Ayah kerusi'

Entiti + lokatif: 'buku jadual'

Aksi + lokatif: 'pergi kedai'


Sekitar 3 tahun, anak-anak terlibat dalam ayat - ayat sederhana, yang merupakan 3

patah perkataan. Ayat sederhana mengikuti peraturan orang dewasa dan mendapatkan
secara berperingkat. Tatabahasa morfologi ditambah sebagai ayat yang sederhana ini
mula muncul. 3-5 tahun, anak-anak terus menambah tatabahasa morfologi dan secara
berperingkat menghasilkan struktur tatabahasa yang kompleks. 6-10 tahun, anak-anak
memperbaiki struktur tatabahasa yang kompleks seperti suara pasif.
Perkembangan Pragmatik
Dari lahir hingga 1 tahun, bayi boleh terlibat dalam kongsi pemerhatian
(berkongsi sesuatu pemerhatian dengan orang lain). Bayi juga boleh terlibat dalam
kegiatan mengambil gilirannya. 1-2 tahun, mereka boleh terlibat dalam mengambil
gilirannya dan topik penyelenggaraan. Pada usia 3-5, anak-anak dapat menguasai niat
illocutionary, tahu apa yang anda maksudkan meskipun anda mungkin tidak akan
mengatakannya dan menukar haluan, yang menukar perbualan kepada orang lain. Usia 610, shading terjadi, yang menukar topik perbualan secara berperingkat. Anak-anak
mampu berkomunikasi dengan berkesan dalam menuntut tatacara, seperti di telefon.

RUMUSAN
Kajian bahasa kanak-kanak ini telah menarik perhatian ramai ahli bahasa dan ahli
psikolinguistik. Walau bagaimanapun, tujuan utama kajian ini berbeza-beza mengikut
minat dan orientasi tiap-tiap pengkaji yang terlibat. Ada di antara mereka yang mengkaji

16 |

tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dan ada pula di antaranya yang mengkaji
tentang tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian tentang bahasa kanak-kanak
telah dibuat sejak lebih daripada empat puluh tahun yang lalu, bermula dengan kajian
Chomsky, melalui bukunya Syntatic Structure (1957).
Kajian-kajian tersebut meliputi pelbagai aspek yang mempengaruhi pemerolehan
dan perkembangan bahasa kanak-kanak termasuklah pengaruh persekitaran. Di Malaysia,
kajian tentang pemerolehan bahasa serta bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa
ibunda mereka juga telah lama dibuat. Namun kajian-kajian tersebut lebih bersifat umum,
tidak spesifik sebagaimana yang telah dibuat di barat. Mangantar (1990) dalam kajiannya
tentang pertumbuhan bahasa Melayu oleh bayi Melayu mendapati kajiannya sama seperti
yang diperolehi oleh Clark (1973; 1977) dalam teorinya yang disebut hipotesis ciri
semantik (Mohd Rasdi Saamah, 2004). Perbezaan yang ketara dalam kajiannya ialah
bayi-bayi yang diamatinya tidak pernah melalui peringkat penyempitan erti kata sebagai
yang biasa dilaporkan dalam pemerolehan semantik bahasa lain, khususnya bahasa
Inggeris.
Pada umumnya, setiap bayi yang normal akan mengalami proses perkembangan
bahasa secara berperingkat-peringkat dan bersifat arbitrari. Perkembangan bahasa akan
menjadi lebih mantap dan sempurna mengikut perkembangan usia kanak-kanak tersebut.
Mengikut Mangantar Simanjuntak, 1987 (dlm. Tay. 2000:228) peringkat perkembangan
bahasa ini boleh dibahagi kepada (a) peringkat mengagah; (b) peringkat holofrasa; (c)
peringkat ucapan dua kata; (d) peringkat permulaan tatabahasa; (e) peringkat menjelang
tatabahasa dewasa; dan (f) peringkat kecekapan penuh. Seseorang kanak-kanak akan
melalui tiga proses pemerolehan bahasa iaitu proses pemerolehan komponen fonologi,
sintaksis dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini dikatakan berlaku secara serentak.
Perkembangan pemerolehan bahasa anak dapat dibagi atas tiga bagian penting
iaitu (a) perkembangan prasekolah (b) perkembangan ujaran kombinatori, dan (c)
perkembangan masa sekolah. Perkembangan pemerolehan bahasa pertama anak pada
masa prasekolah dapat dibagi lagi atas perkembangan pralinguistik, tahap satu kata dan

17 |

ujaran kombinasi permulaan. Kita akan dapati kanak-kanak selalunya dapat memperolehi
atau mempelajari bahasa secara berperingkat-peringkat dari masa ianya bayi. Apa yang
penting ialah bahawa bayi itu belajar secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku
dengan secara tidak sedar dan tidak perlu diajarkan. Yang perlu hanya pendedahan
kepada pemakaian bahasa itu dan kanak-kanak itu akan terus memperolehi sesuatu
bahasa tersebut.

KESIMPULAN
Pemerolehan bahasa pertama adalah proses penguasaan bahasa pertama oleh si
anak. Selama penguasaan bahasa pertama ini, terdapat dua proses yang terlibat, yaitu
proses kompetensi dan proses performansi. Kedua proses ini tentu saja diperoleh oleh
anak secara tidak sadar.
Ada beberapa tahap yang dilalui oleh sang anak selama memperoleh bahasa
pertama. Tahap yang dimaksud adalah vokalisasi bunyi, tahap satu-kata atau holofrastis,
tahap dua-kata, tahap dua-kata, ujaran telegrafis. Selain tahap pemerolehan bahsa seperti
yang telah disebutkan ini, ada juga para ahli bahasa, seperti Aitchison mengemukakan
beberapa tahap pemerolehan bahasa anak. Tahap-tahap yang dia maksud adalah
mendengkur, meraban, pola intonasi, tuturan satu kata, tuturan dua kata, infleksi kata,
bentuk tanya dan bentuk ingkar, konstruksi yang jarang atau kompleks, tuturan yang
matang. Meskipun terjadi perbedaan dalam hal pembagian tahap-tahap yang dilalui oleh
anak saat memperoleh bahasa pertamanya, jika dilihat secara cermat, pembahasan dalam
setiap tahap pemerolehan bahasa pertama anak memiliki kesamaan, iaitu adanya proses
fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik.
Dapat kita perhatikan bahawa ada satu ciri yang selalu berlaku dalam
perkembangan bahasa. Selalunya bayi menunjukkan yang mereka faham setengah
perkataan dan arahan-arahan semenjak mereka berumur dua belas bulan lagi walaupun
mereka tidak dapat mengeluarkan sepatah perkataan pun. Kita dapat memperhatikan

18 |

bahawa proses memahami dalam sesuatu bahasa itu mendahului proses bertutur. Dalam
suatu kajian terhadap seorang kanak-kanak yang sakit otak kerana jangkitan semasa
dalam kandungan, menunjukkan yang dia tidak dapat bertutur dengan baik. Walau
bagaimanapun, dalam ujian-ujian yang dijalankan, dia dapat memahami perintah seperti
`Ambil kotak itu!' dan `Masukkan ke dalam botol', dan di samping itu dia boleh
menjawab soalan mengenai cerita-cerita yang didengarnya. Ini menjelaskan prinsip
penting bahawa kemahiran memahami itu mendahului kemahiran bertutur. Bukan itu
sahaja, bahkan ia lebih mudah dan lebih dasar. Dengan lain perkataan, ada sesuatu yang
istimewa dalam pertuturan yang dapat kita fahamkan sebagai pengetahuan berkenaan
dengan sesuatu bahasa, yang mungkin sudah wujud semasa awal dalam kehidupan kanakkanak lagi. Dari sini dapatlah disimpulkan bahawa proses bermula semasa kanak-kanak
itu berumur dua tahun dan berakhir lebih kurang semasa ia berumur dua belas tahun.
Setelah mencapai peringkat itu maka, bahasa kanak-kanak itu dianggap sudah
lengkap dalam serba serbinya. Memang betul bahawa kanak-kanak, bahkan orang dewasa
sendiri masih terus belajar. Tetapi apa yang mereka pelajari itu hanya merupakan gaya,
atau peluasan dari segi pemakaian, atau sesuatu makna yang baharu sahaja. Sebenarnya,
dari segi nahunya, bahasa itu sudah cukup lengkap, tetapi pemerolehan lain akan terus
berlaku.

19 |

BIBLIOGRAFI
1.

Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanakkanak: Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2.

Mohamad bin Aman, Kasim bin Abd. Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-kanak Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

3.

Rohani Abdullah, Nani Menon, Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum
Prasekolah. Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

4.

Zulkifli bin Yaakob (2007). Perkembangan Bahasa dan Pembelajaran Kanakkanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

5.

Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal Bahasa
Moden, 6. 152-160.

6.

Abdul Rashid Ali (1992). Penguasaan Bahasa Kanak-kanak: Satu Pemerhatian


Kes Awal. Jurnal Dewan Bahasa, Oktober. 942-968.

7.

Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed (1995). Teori Pemelajaran Sosial dan
Pemerolehan Bahasa Pertama. Jurnal Dewan Bahasa, Mei. 456-464.

8.

Barret, M. D, (1985). Issues In The Study of Childrens Single Word Speech. Dlm.
M. D.Barret (Ed.), Children Single-Word Speech. Chichester, England: Wiley.

9.

Berk, L. E, (2000) Child Development (5th Ed.). Boston: Allyn & Bacon.

20 |

10.

Bukatko, D. & Daehler, M. W, (1995). Child Development: A Thematic Approach.


Boston:Houghton Mifflin Company.

21 |