Anda di halaman 1dari 17

1 23/2

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 23/2


GEOGRAFI
KERJA KURSUS
Februari – Julai

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS

GEOGRAFI

KERTAS 2

FEBRUARI HINGGA JULAI

Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus ini mengandungi 17 halaman


bercetak
23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
2 23/2

KANDUNGAN

Halaman

1.0 Pengenalan 3

2.0 Matlamat Kerja Kursus Geografi 3

3.0 Objektif Mata Pelajaran Geografi 4

4.0 Objektif Penilaian Kerja Kursus Geografi 5

5.0 Rasional Penilaian Kerja Kursus Geografi 5

6.0 Maklumat Am 6

7.0 Arahan Kepada Calon 7

8.0 Elemen dan Aspek Yang Dinilai 8

9.0 Sistem Penilaian 9

10.0 Lampiran 11

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


3 23/2

1.0 PENGENALAN

Panduan ini disediakan untuk memberi maklumat yang terperinci bagi guru
mengendalikan pelaksanaan Kerja Kursus Geografi.

Setiap calon PMR diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi sebagai satu
daripada keperluan peperiksaan. Penilaian Kerja Kursus Geografi dikendalikan oleh
pihak sekolah dengan pemantauan pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM).

Proses penilaian akan dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Geografi. Penilaian adalah berdasarkan aspek-aspek yang telah
ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Geografi.

Pelaksanaan dan penilaian kerja kursus ini dijalankan oleh calon PMR dari Februari
hingga Julai.

2.0 MATLAMAT KERJA KURSUS GEOGRAFI

Pelaksanaan Kerja Kursus Geografi bertujuan memenuhi matlamat kurikulum geografi


yang membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara
Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid
yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara
Malaysia.

Pelaksanaan kerja kursus memberi pengalaman secara langsung kepada calon untuk
mengkaji kelapan-lapan tema yang terdapat dalam Geografi Fizikal dan Manusia.
Isu-isu semasa yang berkaitan dengan kelapan-lapan tema juga boleh dibuat kajian.
Bahagian ini juga memberi penekanan kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan.

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


4 23/2

3.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN GEOGRAFI


Objektif kurikulum Geografi membolehkan calon:

3.1 menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam organisasi
ruangan;

3.2 mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampai data geografi berbentuk


kuantitatif dan kualitatif;

3.3 memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah
semasa daripada aspek geografi serta membuat keputusan dengan
bertanggungjawab;

3.4 menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan
taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain;

3.5 mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta
menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya dengan negara Malaysia;

3.6 memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan


ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara lain;

3.7 menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta pentingnya
menguruskan alam dan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana;

3.8 mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara


Malaysia yang istimewa dan unik;

3.9 menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan


rasional;

3.10 mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas


sebarang tindakan dan peka terhadap perasaan serta keperluan orang lain.

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


5 23/2

4.0 OBJEKTIF PENILAIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI


Objektif penilaian Kerja Kursus Geografi ialah untuk menilai kebolehan calon:

4.1 mencari dan mengumpul fakta geografi daripada sumber yang sahih;

4.2 menyusun, mengelas, menganalisis, menyampai data geografi yang berbentuk


kuantitatif dan kualitatif;

4.3 merekod fakta geografi yang telah dianalisis mengikut format kajian yang betul;

4.4 menggabungkan dan mengaplikasikan pengetahuan geografi dalam situasi


sebenar;

4.5 menilai, merumus dan mengemukakan cadangan terhadap permasalahan


manusia dan alam sekitar;

4.6 mengamal nilai murni, mensyukuri dan mencintai alam.

5.0 RASIONAL PENILAIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI


Rasional penilaian Kerja Kursus Geografi ialah untuk:

5.1 mengukur konstruk (Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai) yang ditanam dalam
diri calon;

5.2 membolehkan guru membuat penilaian sepanjang kerja kursus dilaksanakan;

5.3 membolehkan guru menilai hasil kerja calon pada akhir pelaksanaan
kerja kursus.

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


6 23/2

6.0 MAKLUMAT AM

6.1 Guru mesti memberitahu calon arahan melaksanakan kerja kursus.

6.2 Kerja kursus ini wajib dilaksanakan oleh semua calon PMR.

6.3 Kerja kursus hendaklah dilaksanakan oleh calon PMR dari Februari hingga
Julai.

6.4 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus ini bagi
semua calon mengikut panduan jadual pelaksanaan.(Lampiran 1)

6.5 Guru hendaklah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan dan
perinciannya.

6.6 Guru hendaklah membimbing calon dalam pemilihan tugasan. Kajian


hendaklah dijalankan di tempat tinggal atau kawasan sekolah calon yang tidak
melebihi 5 kilometer persegi.

6.7 Guru hendaklah memaklumkan kepada calon mengenai aspek dan kriteria
penskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian
Kerja Kursus.

6.8 Guru mesti memastikan calon melaksanakan kesemua aspek kerja kursus.

6.9 Guru hendaklah membimbing calon untuk menghasilkan kerja yang terbaik
supaya mereka memperoleh tahap pencapaian cemerlang.

6.10 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran yang berterusan.

6.11 Guru hendaklah memaklumkan markah calon supaya mereka boleh


memperbaiki hasil kerja.

6.12 Guru hendaklah memaklumkan tahap pencapaian calon.

6.13 Borang Markah Calon 1 (BMC/1) hendaklah diisi untuk merekod pencapaian
calon dan disimpan di sekolah.(Lampiran 2)

6.14 Guru hendaklah memindahkan maklumat dari BMC/1 ke borang markah yang
diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

6.15 Borang Markah Calon 2 (BMC/2) hendaklah diisi sekiranya calon


berpindah sekolah untuk tindakan sekolah baru.(Lampiran 3)

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


7 23/2

7.0 ARAHAN KEPADA CALON

7.1 Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

7.2 Calon PMR dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Geografi
dari Februari hingga Julai berpandukan senarai semak. (Lampiran 4)

7.3 Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan.


Kajian hendaklah dijalankan di tempat tinggal atau kawasan sekolah calon yang
tidak melebihi 5 kilometer persegi.

7.4 Calon mesti melaksanakan kesemua aspek kerja kursus untuk mendapat
Kod 1: Cemerlang, Kod 2: Kepujian atau Kod 3: Memuaskan. Calon yang
tidak menulis laporan dapatan kajian akan mencapai Kod 4: Mencapai
sebahagian tahap penguasaan minimum.

7.5 Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)


untuk mencari dan mengumpul fakta geografi.

7.6 Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah
secara individu.

7.7 Fakta geografi yang dikumpul hendaklah didokumentasikan dalam bentuk


laporan dapatan kajian. Laporan dapatan kajian hendaklah dihasilkan dalam
bentuk esei tidak kurang daripada 400 patah perkataan mengikut format
yang ditetapkan.

7.8 Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer
pada kertas saiz A4 sahaja. Penulisan menggunakan komputer hendaklah
dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. Penggunaan
komputer / foto dalam kajian tidak mempengaruhi pemarkahan.

7.9 Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak
ditiru daripada mana-mana pihak.

7.10 Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan kerja kursus.
(Lampiran 5)

7.11 Rujukan hendaklah ditulis dengan format penulisan yang betul. (Lampiran 6)

7.12 Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus
dilaksanakan.

7.13 Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek.
Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai.

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


8 23/2

8.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI


Kerja Kursus Geografi (KKG) mengandungi dua elemen iaitu:

Elemen 1 Mengumpul data


1.1 Mencari dan mengumpul fakta geografi daripada sumber yang sahih.

Elemen 2 Menulis laporan


2.1 Menyusun, mengelas, menganalisis, menyampai data geografi
mengikut format yang ditetapkan.
2.2 Format penulisan KKG mengikut aspek berikut:
2.2.1 Tajuk kajian
2.2.2 Senarai kandungan
2.2.3 Penghargaan
2.2.4 Pendahuluan
2.2.5 Objektif kajian
2.2.6 Kawasan kajian
2.2.7 Kaedah kajian
2.2.8 Dapatan kajian
2.2.9 Rumusan
2.2.10 Lampiran
2.2.11 Rujukan

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


9 23/2

9.0 SISTEM PENILAIAN

Penilaian kerja kursus mengikut sistem Skor Berdasarkan Kriteria Penskoran.

9.1 Definisi
Skor Berdasarkan Kriteria Penskoran ialah satu kaedah menyatakan prestasi calon
berdasarkan penguasaannya dalam sesuatu aspek yang dinilai. Skor ini
menunjukkan keupayaan calon sendiri dan tidak boleh dibandingkan dengan
calon lain. Guru hendaklah membimbing calon untuk memperoleh tahap
pencapaian cemerlang bagi setiap aspek.

9.2 Pelaporan
9.2.1 Skor meliputi markah, kod dan tahap pencapaian calon.
9.2.2 Jumlah markah bagi kesemua aspek dikira bagi menentukan kod dan tahap
pencapaian calon.

Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

40 – 50 1 Cemerlang
30 – 39 2 Kepujian
15 – 29 3 Memuaskan
1 – 14 4 Mencapai sebahagian tahap penguasaan
minimum
0 5 Tidak melaksanakan kerja kursus
– 6 Dikecualikan (Dengan kebenaran LPM)

9.2.3 Penentuan kod dan tahap pencapaian calon.


Calon mendapat Kod 1, Kod 2 dan Kod 3 setelah melaksanakan kesemua
aspek. Calon mendapat Kod 4 sekiranya tidak menulis laporan dapatan
kajian.

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


10 23/2

9.3 Merekod

9.3.1 Guru dikehendaki merekodkan keputusan penilaian Kerja Kursus Geografi


berdasarkan aspek berikut:

Bilangan Aspek Markah

1 Tajuk kajian
2 Senarai kandungan
3 Penghargaan
4 Pendahuluan
5 Objektif kajian
6 Kawasan kajian
7 Kaedah kajian
8 Dapatan kajian
9 Rumusan
10 Lampiran
11 Rujukan
12 Penilaian umum
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian

9.3.2 Borang Markah Calon 1 (BMC/1) yang telah diisi dengan lengkap hendaklah
difailkan dan disimpan di tempat yang selamat bagi rujukan
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

9.3.3 Sekiranya calon tidak melaksanakan mana-mana aspek, guru hendaklah


mencatatkan 0 di ruangan markah bagi aspek yang tidak dilaksanakan.

9.3.4 Calon mendapat Kod 4 bagi tahap pencapaian sekiranya tidak menulis laporan
dapatan kajian.

9.3.5 Sekiranya calon tidak melaksanakan kesemua aspek, guru hendaklah


mencatatkan 0 di ruangan jumlah markah.

9.3.6 Calon mendapat Kod 5 bagi tahap pencapaian sekiranya tidak melaksanakan
kerja kursus.

9.3.7 Guru hendaklah memindahkan maklumat dari BMC/1 ke borang markah yang
diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


11 23/2

Lampiran 1
PANDUAN JADUAL PELAKSANAAN

GEOGRAFI 23/2
KERJA KURSUS

Tindakan sebelum pelaksanaan kerja kursus

BIL. PERKARA TARIKH TINDAKAN


Taklimat kerja kursus kepada guru-guru
1 Ketua Panitia Geografi
Geografi Tingkatan 3 di sekolah.
2 Taklimat kepada calon PMR. Februari
Guru Geografi Tingkatan 3
3 Membimbing calon PMR memilih tugasan.

Tindakan semasa pelaksanaan kerja kursus

BIL. PERKARA TARIKH TINDAKAN

Guru menyemak dan membimbing calon


1 mengumpul data geografi mengikut kriteria Februari
yang ditetapkan.

2 Guru menyemak data yang dikumpul Mac


mengikut kriteria yang ditetapkan.
Guru menyemak dan membimbing calon
3 merekod data geografi mengikut format
yang ditetapkan. Calon PMR
April – Jun Guru Geografi Tingkatan 3
Guru menyemak laporan dapatan kajian dan
4 memberi markah mengikut kriteria yang
ditetapkan.
Guru menyemak hasil kerja calon secara
5 keseluruhan dan memberi markah mengikut
kriteria yang ditetapkan.
Julai
Guru menetapkan tahap pencapaian calon
6 mengikut markah yang ditetapkan.

Pemantauan pelaksanaan kerja kursus oleh Pegawai LPM


7 April – Jun
pegawai LPM.

8 Guru mengisi markah calon PMR dalam Julai Guru Geografi Tingkatan 3
Borang Markah Calon 1 (BMC/1).
Memindahkan maklumat dari BMC/1 Guru Geografi Tingkatan 3
9 ke borang markah yang diberikan oleh Julai – Ogos dan Setiausaha Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekolah
23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
12 23/2

Lampiran 2
BMC / 1

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG MARKAH CALON 1


GEOGRAFI 23/2
KERJA KURSUS

Nama Sekolah : ..........................................................................................

Alamat Sekolah : ..........................................................................................

Nombor Pusat Peperiksaan : ..........................................................................................

Nombor Telefon : ..........................................................................................

Nombor Faks : ..........................................................................................

Bilangan Calon : ..........................................................................................

Markah
Bil. Nama Calon Angka Giliran Nombor Kad Kod
Pengenalan Aspek 1 – 7
Aspek 8 Jumlah Markah
Aspek 9 – 12

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


13 23/2

Lampiran 3
BMC / 2

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG MARKAH CALON 2


GEOGRAFI 23/2
KERJA KURSUS

Nama Calon : .............................................................................................

Angka Giliran : .............................................................................................

Nombor Kad Pengenalan : .............................................................................................

Nama dan Alamat Sekolah : .............................................................................................

.............................................................................................

Tugasan Kerja Kursus : .............................................................................................

Aspek 1 – 7
Aspek 9 – 12
Aspek 8

Jumlah Markah

Kod

Tahap Pencapaian

.………………….….. .....……………………….…..…
( Tandatangan Guru ) ( Tandatangan dan Cap Pengetua )

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


14 23/2

Lampiran 4
SENARAI SEMAK

Elemen 1 : Mengumpul data

Bil. Perkara Tarikh Catatan

Menerima taklimat kerja kursus dari guru


1 geografi. Februari

2 Mendapatkan bimbingan guru dan memilih Februari


tugasan.

3 Mencari dan mengumpul data geografi Februari


daripada sumber yang sahih.

4 Mendokumentasikan data geografi yang Mac


dikumpul daripada pelbagai sumber.

Menghantar dokumentasi data geografi yang


5 dikumpul daripada pelbagai sumber untuk Mac – Mei
semakan guru penilai.

Memperbaiki dokumentasi data geografi yang


6 dikumpul daripada pelbagai sumber bagi Mac – Mei
memperoleh markah terbaik.

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


15 23/2

Elemen 2 : Menulis laporan

Bil. Perkara Tarikh Catatan

Mendapatkan bimbingan guru untuk menulis Mac


1 laporan dapatan kajian mengikut format yang
ditetapkan.

2 Menyusun, mengelas, menganalisis, mentafsir dan Mac – April


merekod data geografi.

Menulis laporan kajian mengikut format yang Mac – Mei


ditetapkan:
- Tajuk kajian
- Senarai kandungan
- Penghargaan
- Pendahuluan
3 - Objektif kajian
- Kawasan kajian
- Kaedah kajian
- Dapatan kajian
- Rumusan
- Lampiran
- Rujukan

4 Menghantar laporan dapatan kajian untuk semakan Mac – Mei


guru penilai.

5 Memperbaiki hasil laporan dapatan kajian bagi Mei – Jun


memperoleh markah terbaik.

Menghantar semula hasil laporan dapatan kajian Jun – Julai


6 kepada guru penilai untuk disemak dan diberi
markah serta tahap pencapaian.

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


16 23/2

Lampiran 5
HALAMAN HADAPAN KERJA KURSUS

GEOGRAFI 23/2
KERJA KURSUS

Nama Calon : ...........................................................................................

Tingkatan : ...........................................................................................

Nombor Kad Pengenalan : ...........................................................................................

Angka Giliran : ...........................................................................................

Nama dan Alamat Sekolah : ...........................................................................................

Tajuk Kerja Kursus : ...........................................................................................

Guru Penilai : ...........................................................................................


Markah Markah
Bil. Aspek
Penuh Diperoleh
1 Tajuk kajian 1
2 Senarai kandungan 1
3 Penghargaan 2
4 Pendahuluan 2
5 Objektif kajian 2
6 Kawasan kajian 8
7 Kaedah kajian 2
8 Dapatan kajian 25
9 Rumusan 2
10 Lampiran 2
11 Rujukan 2
12 Penilaian umum 1
Aspek 1 – 7
Aspek 9 – 12 25

Aspek 8 25

Jumlah Markah 50

Tahap Pencapaian
.................................
( Tandatangan Guru )
23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
17 23/2

Lampiran 6
RUJUKAN

Buku Ilmiah
Khairuddin Hj. Kamaruddin, 1992. Hutan Hujan Tropika Semenanjung Malaysia.
Malaysia : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Lee Shok Mee, Tee Kim Hong, 1994. Pendidikan Alam Untuk Kanak-kanak.
Malaysia : Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
Shamsudin Ibrahim, 1994. Tumbuhan Pantai. Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Jurnal
Ranjit Gill. MAS AIRBONE : The Evolution and Birth of Malaysia Airlines, dalam
Jurnal Malaysia Airlines. Bil. 9 Jun 1993.
Yayasan Warisan Johor 1999. Jilid 111.Jurnal Warisan Johor, dalam. JSEAH.
Vol. 10. April 1989.

Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

Orang Sumber
Encik Kassim bin Samad, 57 tahun, No 3, Jalan TRJ 2/1A, Taman Rahmat Jaya,
Kundang, Rawang, 48020 Selangor.
Puan Saniah binti Zainuddin, 60 tahun, No. 51, Jalan Enggang Selatan, Taman
Keramat, 54200 Kuala Lumpur.

Melawat Tempat Kajian


Pejabat Perhutanan Bukit Nanas, Jalan Bukit Nanas, 50250 Kuala Lumpur.
Zoo Negara Malaysia, Jalan Ulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur.
Taman Negara Malaysia, Jerantut, Pahang.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Jabatan Perhutanan Malaysia,
Hutan Simpan Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur.

Internet
http://www.geographia.com/malaysia/niah.htmldan sarawaktourism.com
http:// www.geocities.com/thetropic/cabana/2035/cameron2.html.com
http:// www.agri.upm.edu.my/-chris/ss/sst3302/sumber%20dan%20sifat%20%air.com

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia