Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

NAMA: SURAYA BINTI ABDUL RAHIM


SEKOLAH: SMK SERI KOTA PUTERI
A. Maklumat daripada buku rekod mengajar/ e-rekod
TARIKH

: 30 HB APRIL 2014

WAKTU

: 11.10 1.10 PTG

TING

: 4SN1

Objektif PdP :
Diakhir pembelajaran, pelajar dapat :1. Melukis tangen antara bulatan yang menyentuh bulatan lain di sebelah dalam.
2. Melukis tangen antara bulatan yang menyentuh bulatan lain di sebelah luar.

Refleksi PdP
3/10 orang pelajar yang hadir kerap keliru dengan kedua-dua jenis tangen tersebut menyebabkan
lukisan yang dihasilkan tidak betul. Saya perlu memikirkan kaedah bagi memudahkan pelajar megingati
formula yang betul dan tidak lagi keliru untuk membantu 3 orang pelajar ini.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah:Memperkenalkan Kaedah Konsep Muka Beruang seperti di bawah :

1.Bulatan yang menyentuh bulatan lain di sebelah luar

2.Bulatan yang menyentuh bulatan lain disebelah dalam

Semasa PdP, saya akan melukiskan kedua-dua gambaran di atas. Gambaran yang pertama, sekiranya
sesuatu bulatan bertemu bulatan yang lain di bahagian luarnya, maka jejari kedua-dua bulatan tersebut
perlulah ditambah bagi mendapatkan kedudukan titik pusat bulatan yang perlu dihasilkan/dilukis.
Manakala, bagi gambaran yang kedua, apabila bulatan bertemu bulatan yang lain di bahagian dalam
maka nilai jejari kedua-dua bulatan yang diberi perlulah ditolakkan bagi mendapatkan kedudukan pusat
bulatan yang perlu dilukis/ dihasilkan.

C. Hasil Pelaksanaan tindakan ini ialah

Pelajar dapat melukis bulatan yang perlu di hasilkan dan titik tangen dapat dicari dengan mudah tanpa
lagi keliru di antara kedua-dua jenis tangen tersebut.

Anda mungkin juga menyukai