Anda di halaman 1dari 4

PENYALAHGUNAAN DADAH

i.
ii.
iii.
iv.

Gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara


kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi.
Dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya
tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan.
Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk
kepuasan dan keseronakan diri sendiri.
Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada
asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara
disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi
tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Dadah dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:


1. Halusinogen
Contoh: ketamin, halluceno, lysergic acid, phenlyclidine.

2. Depresen
Contoh: methaqualone,tranquliser dan rahypnol

3. Kanabis
Contoh: ganja,hanish dan marijuana

4. Psikotrapit
Contoh: syabu, ice, batu Kristal, kaca diamond dan ecstacy

5. Stimulant
Contoh: daun koka, paste koka, kokain freebase dan crack kokain

6. Opiat
Contoh:candu,morfin dan heroin

Faktor-faktor berlaku
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan


daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga
dan kerja.
Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara
keterlaluan, seseorangn itu akan mengalami kemurungan sehingga
tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut.
Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan
mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang
membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi.
Contohnya, kesibukkan ibu bapa dengan kerja telah menyebabkan
anak-anak terasa terasing dan jauh daripada ibu bapa.
Oleh hal yang demikian, anak-anak akan melibatkan diri dalam
penyalahgunaan dadah untuk mendapat perhatian daripada ibu
bapa.
Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah
kurangnya pengetahuan tentang dadah.
Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan
dadah.
Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan
pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk membuat
keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa maut.

Faktor-faktor berlaku
i.

Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah dipengaruhi


oleh rakan sebaya.

ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Hal ini demikian kerana, rakan merupakan orang terdekat kepada


remaja selepas keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa
bersama berbanding dengan ahli keluarga.
Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukuan
perkara yang dilakukan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan
buruk pengambilan dadah.
Terdapat juga kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan
sebaya mereka akan disisihkan oleh rakan-rakan yang lain.
Selain itu, kurangnya didikan agama juga merupakan faktor
penyalahgunaan dadah.
Mereka yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke
dalam kancah penyalahgunaan dadah.
Hal ini demikian kerana dengan adanya pegangan agama yang
kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan.
Faktor kurangnya didikan agama juga akan menyebabkan mereka
mengabaikan pantang larang dalam kehidupan dengan melakukan
perbuatan salah seperti menghisap dadah.

Kesan-kesan penagihan dadah: dari segi fizikal, mental dan emosi


i.
ii.

iii.
iv.
v.
vi.

Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan beberapa kesan kepada


penagih.
Semasa mengambil dadah, penagih dadah akan mengalami kesan
euforia serta mengalami halusinasi (rasa khayal), dari segi fisiologi
penagih akan mengalami peningkatan sel darah putih dan paras
gula dalam darah,kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu
badan.
Selain itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung) juga akan
mengalami kerosakkan.
Lama-kelamaan, kadar penafasan penagih dadah akan menjadi
lebih pendek dan perlahan.
Tubuh penagih juga akan mengigil akibat penurunan kadar
metabolisme.
Di samping itu, mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan
serta kuyu dan berat badan penagih dadah turut akan mengalami
penurunan secara mendadak.

Kesan-kesan penagihan dadah dari segi sosial


i.

ii.

Penagihan dadah akan membawa kepada penagih kepada risiko


dijangkiti HIV/AIDS, hepatitis dan sawan. Hal ini demikian
kerana, mereka menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan
penagih lain. Bagi ibu yang mengandung akan membawa risiko
seperti keguguran, kandungan yang tidak stabil, cacat atau mati.
Selain itu, penagih dadah kebayakkan dikaitkan dengan penyakit
psikosis (tidak siuman), kerosakan otak dan ketidakstabilan emosi.
Oleh hal yang demikian, mereka akan terdorong untuk melakukan
perkara di luar jangkaan seperti merompak,meragut, merogol, dan
membunuh dan meningkatkan kadar berlakunya masalah sosial.
Keadaan ini menjatuhkan imej negara dan pelaburan asing tidak
berani untuk melabur di negara kita.

Cara-cara mengatasi masalah


i.
ii.

iii.

iv.
v.
vi.
vii.

viii.

Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya


penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan
yang betul.
Selain itu, media massa juga harus memperbayakkan penyiaran
berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan
iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap
kehidupan seharian.
Kerajaan melalui badan-badan dan sektor-sektor tertentu, harus
bijak membenteras gejala dadah dengan mengadakan programprogram yang dapat menarik minat para belia untuk mengisi masa
terluang bagi mengelakkan mereka terjebak dengan masalah
dadah. Misalnya, Program Rakan Muda yang diselengarakan oleh
Kementerian Belia dan Sukan.
Kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan dan
swasta dengan melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi
sasaran mudah para penjual dadah.
Manakala ibu bapa haruslah menjadi contoh terbaik kepada anakanak, serta sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang kesankesan buruk penyalahgunaan dadah.
Selain itu, pendidikan mengenai bahaya dadah oleh guru-guru di
sekolah adalah penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah
terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah.
Di samping itu, remaja juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti
yang menyihatkan seperti bersukan dan beriadah supaya dengan
melakukuan aktiviti tersebut remaja dapat mengelak daripada
mengambil dadah.
Tindakan undang-undang juga hendaklah diperketatkan dengan
mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengedar dadah
seperti penjara dan denda yang lebih berat mengikut Akta Racun
1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya.