Anda di halaman 1dari 40

DISLEKSIA

Persembahan ini disediakan


oleh
BOLD (Bureau on Learning Difficulties)
berasaskan sumber kursus
Ms Pamela Deponio dari University of Edinburgh,
United Kingdom.
Lawatan dan kursus Ms Deponio ditaja oleh British
Council.
BOLD ingin merakamkan penghargaan kepada British
Council, University of Edinburgh dan Ms Deponio
BOLD adalah projek Majlis Perundingan Pendidikan Pulau Pinang
Di bawah portfolio Jawatankuasa Pendidikan Negeri Pulau Pinang
DUA MATLAMAT UTAMA

• Mengenali disleksia
sebagai suatu
kesukaran
pembelajaran khusus

• Memahami bahawa
kanak-kanak disleksia
mempunyai kekuatan
yang boleh membantu
mereka mengatasi
kesukaran khusus ini.
APA ITU DISLEKSIA?

• Perkataan
Yunani bererti
‘kesukaran
terhadap
perkataan’.

• Kesukaran pembelajaran
yang khusus – berbeza
daripada kelewatan
perkembangan menyeluruh
• Susah menguasai
kemahiran
membaca dan
menulis, TETAPI
memiliki bakat,
kepintaran, atau
kecerdasan yang
lain

• Disebabkan oleh perbezaan


cara otak memproses maklumat
-terutama sekali berkenaan
dengan bunyi, simbol dan
makna.
Otak terbahagi kepada dua sfera:

Sebelah kiri -
penggunaan Sebelah
bahasa, kanan-
pemikiran visual,
logik, daya
susunan, kreatif,
struktur dan
kemahiran
seni

Kebanyakan manusia dapat


mengembangkan kedua-dua jenis
kemahiran tetapi satu bahagian
otak akan menjadi dominan.
Golongan disleksik lazimnya
cenderung menggunakan otak
kanan.
• cara berfikir dan belajar
mereka berlainan
• berbakat kreatif atau
seni
• lemah dalam kemahiran
bahasa, logik,turutan
dan struktur.

Cara golongan disleksia


memerhati dan berfikir boleh
dianggap satu ‘anugerah’ -
bukan satu ‘masalah’
• Membawa kesan yang berbeza,
pada darjah yang berbeza,
kepada individu yang berbeza.

• 10-15% mengalami masalah


tahap ringan manakala 4%
mengalami masalah yang teruk.

Lebih ramai kanak-kanak lelaki,


berbanding perempuan,
terlibat: lebih kurang dengan
nisbah 3:1.
• Melibatkan gabungan beberapa
kesukaran yang berhubungkait.

Gabungan kesukaran
berbeza – spt.
kekeliruan bunyi,
susah mengingati
urutan, lemah
kemahiran mengawal
otot

Lemah daya
ingatan dan/atau
kemahiran susunan.
• Kita tidak dapat ‘merawat’
disleksia - kita tidak boleh
ubah cara otak berfungsi.

TETAPI kaedah pengajaran


yang sesuai boleh membantu

• Kebanyakan
kanak-kanak
disleksia boleh
belajar
membaca dan
menulis dengan
memuaskan.
MENGENALPASTI
DISLEKSIA

• Dapat dikenalpasti
melalui pelbagai jenis
ujian diagnostik piawai

• Boleh dikesan melalui


pemerhatian yang teliti
dan berinteraksi dengan
kanak-kanak.
CATATAN:-

• Tidak kelihatan dari sifat


fizikal

• Satu petunjuk tidak


mencukupi

• Petunjuk adalah tanda,


bukannya bukti

• mempastikan kanak-kanak
tiada masalah kurang upaya
lain
Gangguan Penglihatan 1
Gangguan Penglihatan 2
40 Variasi Perkataan ‘Cat’
Petanda bagi Kanak-kanak
Pra-sekolah

• kemajuan pertuturan yang


lambat
• susah faham dan/atau ingat
arahan
• lemah kemahiran
pergerakan
kasar, spt.
sentiasa
melanggar
barang sekitar,
sukar membaling
atau menangkap
bola
• lemah kemahiran
pergerakan halus,
spt. memegang alat
tulis atau
menggunting
•tiada tangan yang
dominan
•sukar mengesan perkataan
berima
•sukar bertepuk mengikut
irama
•sering lupa perkataan
yang telah dipelajari
•kesukaran praposisi - spt.
atas/bawah, dalam/luar,
masuk/keluar
• berbakat kreatif
dan/atau seni

• cekap dengan
mainan binaan
• fikir mengikut gerak hati –
melihat penyelesaian masalah
dengan pantas
• sifat ingin tahu
yang tinggi,
berminat
terhadap perkara
baru, suka tanya
banyak soalan
Petanda bagi Kanak-kanak
Sekolah Rendah

• lemah dalam bacaan/tulisan/ejaan


• kekeliruan b/d, p/q, m/w, n/u
• tulisan cermin

• masalah mengingati
perkataan

• kesukaran
memahami
konsep masa
•sering berangan-angan

•pengetahuan am yang
luas dan baik
•bertutur dengan baik

•tidak teratur

•perbezaan ketara dalam


pencapaian
Contoh Tulisan Budak Disleksia
Contoh tulisan

The sad blue


There were crayons, all the
colours were used but blue.
No-one liked blue.
But one girl liked blue.
The end. Hannah
Kunci utama untuk mengesan
kanak-kanak disleksia ialah
kepicangan:

• kefahaman lisan
baik tetapi lemah
dalam bacaan

• bertutur dengan fasih,


boleh bercerita, tetapi
lemah menulis

• pencapaian yang jauh


berbeza dalam mata
pelajaran yang berlainan
•pencapaian tidak menentu,
berbeza pada hari atau
waktu yang berlainan

•Nampak cerdik dan


berkemampuan seperti
murid lain tetapi sentiasa
mengalami masalah dalam
kerja sekolah
“Kanak-kanak disleksia
membingungkan. Dia tampak
cerdik dan berkemampuan,
segar dan berminat,
mempunyai kemahiran lisan
yang baik … tetapi kemahiran
membaca dan menulis lemah
daripada apa yang
dijangkakan, seperti dibawah
potensinya. Dia mudah
dianggap sebagai tidak
menumpukan perhatian, malas
atau cuai.”
- Memahami Disleksia:Institut Disleksia
Panduan untuk Ibubapa

• Kesukaran
berpakaian
sendiri - spt.
memakai
butang,
mengikat tali
kasut
• Lambat, atau menghadapi
kesukaran, dalam kemajuan
bertutur dengan jelas atau
cenderung kepada salah
guna perkataan
•Tidak cekap
atau kekok
dalam gerak-
giri seperti
melompat,
meloncat,
menangkap dan
menendang
bola
•Boleh
mengguna dua
tangan atau
lambat
menentukan
mana satu
tangan yang
‘lebih cekap’
• Terdapat ahli keluarga yang
menghadapi kesukaran yang
serupa

• Enggan ke sekolah – terutama


bermula dengan cergas tetapi
lama kelamaan semakin
ketinggalan atau hilang minat

• Masalah emosi
dan kelakuan –
menjadi pendiam
atau suka
menyendiri,
degil, agresif
dan memberontak
Implikasi Disleksia Terhadap
Kanak-kanak

• Menyedari ada sesuatu yang


‘tidak kena’ tetapi tidak dapat
memahaminya
• Cuba menyembunyikan
kesukarannya
• Menggunakan strategi-strategi
seperti menyalin kerja kanak-
kanak lain untuk menyembunyikan
masalahnya

• mengelak dari membuat kerja


sekolah
Perasaan Kanak-kanak Disleksia

Otak saya macam ada terlalu banyak


perkataan berpusing-pusing di dalamnya.

Setiap kali saya menulis, saya sendiri tak


dapat baca apa yang ditulis kerana begitu
banyak kesilapan.

Saya selalu cuba menulis dan mengeja


apa yang saya fikirkan. Tetapi saya
tidak dapat pindakan fikiran saya
daripada otak kepada tangan. Saya
perlu fikir begitu lama susunan huruf
sehingga saya lupa apa yang saya
sedang cuba menulis itu.
Bagaimana membantu

• Mengenalpasti kekuatan dan


kelemahan kanak-kanak itu

• Mengenalpasti bakat,
kebolehan atau kemahiran
khusus yang dimiliki

• Mengenalpasti pola kesilapan


atau masalah spesifik dalam
bacaan, tulisan atau cara
membuat jawapan matematik
•Mengenalpasti sama ada
terdapat sebab-sebab yang
menjejaskan kemajuan -
spt. masalah emosi di
rumah?

• Cuba berbagai cara untuk


menarik minat dan
meningkatkan motivasi

• Memahami gaya
pembelajaran kanak-kanak
berkenaan
Pendekatan
Pengajaran

• Guna pelbagai deria:


sebut, dengar, lihat,
rasa, sentuh, spt.
menulis atas pasir,
membina bentuk huruf

• Kerap mengulang:
Melalui cara yang berbeza-
beza untuk mengukuhkan
fahaman dan ingatan
•Memupuk sifat automatik:
Kemahiran asas, spt.
mengenal huruf dan
perkataan secara automatik
sebelum daya fikiran boleh
digunakan untuk memahami
ayat

•Bersifat struktur dan


turutan:
Bertindak dari unit kecil
dalam turutan jelas, usahakan
perkembangan melalui
langkah kecil dan
berperingkat
• Kumulatif:
Kaitkan maklumat baru dengan
apa yang telah dipelajari,
gunakan contoh berbeza-beza
untuk pengukuhan dan
pembinaan yakin diri

• Gunakan strategi
ingatan/hafalan:
spt. peta minda, lukisan,
carta
Dekati kanak-kanak
melalui kekuatan mereka
Ingatkan ciri-
ciri otak kanan
• Kecerdasan visual,
kepekaan warna,
bentuk/pola-pola

• Kreatif, berbakat
seni atau muzik

• Daya imaginasi
kuat

• Fikiran spontan,intuitif,
holistic
Izinkan kanak-kanak
membentang kerjanya
melalui cara yang sesuai
dengan
bakat/keupayaannya:
• jaringan

• gambarajah

• carta aliran

• pita rakaman
(lisan)

• menaip ganti
menulis
Ingatlah – Kanak-kanak
disleksik:
• Mudah letih –
kurangkan beban
kerja

• Sukar mengingat
arahan panjang
 jangan berikan
arahan yang banyak
secara serentak
 berikan arahan
yang jelas
 gunakan kod
warna untuk
membantu ingatan
• Tidak teratur -
susunkan struktur dan
rutin

• Mungkin tidak upaya


menyalin dari papan tulis -
sediakan salinan nota atau
nomborkan setiap baris
ayat

• Izinkan
penggunaan alat
pengira apabila
perlu
• Mungkin tidak berupaya
menulis karangan dengan
ejaan betul – izinkan mereka
menulis dahulu, betulkan
ejaan kemudiaan

• Mungkin sukar
mengukur masa –
sediakan jam

• Mungkin sukar menentukan


arah – tidak dapat pastikan
mana kiri/kanan
RUMUSAN
Pengesanan dan intervensi
awal sungguh penting

Fahaman, galakan dan


sokongan dari ibubapa dan
guru-guru amat perlu

Kaedah mengajar pelbagai


deria dan pelbagai
kecerdasan memang berkesan

Tindakan tidak diambil –


kanak-kanak yang berpotensi
akan menghadapi masalah
sosial

Anda mungkin juga menyukai