Anda di halaman 1dari 18

1.

PENGENALAN

Kewajipan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan
yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang mengeluarkannya, tetapi juga mereka
yang menerimanya. Pelaksanaan zakat memberi kesan bukan sahaja kepada individu, juga
memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat. Zakat turut berperanan dalam
mempertingkatkan kebajikan masyarkat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi.
Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak golongan fakir
iskin dari meminta-minta. Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat
sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak
tersebut.
Allah S.W.T telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan sosial kepada
masyarakat terutama kepada golongan yang amat memerlukan, meningkatkan pertumbuhan
ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan sebagai satu
bentuk penyucian dan pembangunan rohani setiap Muslim. Zakat juga bertindak sebagai satu
mekanisma yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat
seluruhnya. Zakat juga mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi kemiskinan dan
menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan
semula kekayaan dalam masyarakat.
1.1

Zakat Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa membawa maksud bersih, suci, subur, berkat, dan berkembang.
Pengertian "bersih" dan "suci" dalam istilah zakat membersihkan harta dan membersihkan
diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah
membersihkan diri daripada sifat dendam dan dengki terhadap orang kaya.
1.2

Zakat Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada
asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
oleh syarak.
1.3

Golongan Asnaf, Fakir dan Miskin

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu institusi yang bertanggungjawab
dalam urusan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan.

1.3.1

Asnaf




60. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orangorang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan
hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang
Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang
keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu
ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
1.4

Perbezaan Golongan Asnaf Fakir dan Miskin Menurut Islam

Oleh kerana Al-Quran menyebutkan fakir dan miskin secara berasingan, maka tentulah
kedua-dua golongan tidak sama sebagaimana yang difahami oleh kita. Dalam perundangan
Islam, setiap golongan mempunyai takrif masing-masing yang membezakan di antara
mereka.
Para ulamak berbeza pendapat dalam mentakrifkan fakir dan miskin. Berikut
diperturunkan pendapat beberapa orang imam tentang takrif fakir dan miskin:
Imam Abu Hanifah menyatakan fakir ialah orang yang memiliki sedikit daripada
nisab harta, atau yang memiliki harta yang cukup nisab tetapi tidak cukup untuk memenuhi
keperluannya, ataupun nisab hartanya banyak tetapi tidak cukup untuk keperluannya, maka
tidak wajib baginya mengeluarkan zakat kerana dia adalah fakir , malah berhak pula untuk
menerima zakat. Manakala miskin pula ialah mereka yang tidak memiliki apa-apa. Dengan
erti kata lain, fakir ialah yang mempunyai sebahagian keperluannya tetapi tidak mempunyai
sebahagian yang lain manakala orang miskin tidak punya apa-apa.
Imam Malik pula menyatakan, fakir ialah mereka yang memiliki harta sedikit
daripada kecukupan umum. Dan miskin ialah orang yang tidak memiliki apa-apa.Manakala
Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat fakir ialah mereka yang tidak memiliki apa-apa
ataupun tidak memiliki setengah daripada keperluannya dan miskin ialah mereka yang
memiliki setengah daripada keperluannya ataupun lebih.

Imam Syafie menyatakan , fakir ialah mereka yang tidak memiliki harta dan tiada
kerjaya yang halal atau mempunyai harta dan pekerjaan yang halal tetapi tidak mencukupi
kerana ianya sedikit daripada setengah keperluan dan tidak ada orang yang memberinya
nafkah yang kecukupan. Miskin pula ialah mereka yang mempunyai harta atau kerjaya halal
yang hanya memenuhi setengah keperluan hidup atau lebih daripada sebahagian setengah
( tetapi masih belum memenuhi keperluan penuh ).
Secara ringkasnya, Faqir di sisi Abu Hanifah dan Malik ialah mereka yang
mempunyai sebahagian daripada keperluannya dan miskin pula ialah mereka yang tidak
punya apa-apa manakala Faqir di sisi Ahmad dan Syafie ialah mereka yang tidak punya apaapa sedangkan miskin ialah mereka yang memiliki sebahagian daripada keperluannya.
Daripada huraian di atas, pendapat Imam Abu hanifah lebih kurang sama dengan
pendapat Imam Malik dan begitu juga pendapat Imam Ahmad bin Hanbal lebih kurang sama
dengan pendapat Imam Syafie . Pendapat Hanafi dan Maliki adalah kebalikan daripada
pendapat Hanbali dan Syafie yang mana fakir bagi Hanafi dan Maliki ialah miskin bagi
Hanbali dan Syafie dan begitulah sebaliknya.
Untuk menghuraikan kajian ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan
Baitulmal Wilayah Persekutuan Labuan adalah sebagai rujukan mekanisme pengagihan zakat
yang akan diperjelaskan dengan lebih lanjut.
2.0

PUSAT

PUNGUTAN

PERSEKUTUAN

DAN

ZAKAT

TABUNG

MAJLIS

AGAMA

ISLAM

BAITULMAL WILAYAH

WILAYAH

PERSEKUTUAN

LABUAN
Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah
agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). PPZMAIWP mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat harta.
Zakat harta yang menjadi fokus utama PPZ-MAIWP adalah zakat pendapatan, zakat wang
simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat perak, zakat saham, zakat Kumpulan
Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
Amalan pengurusan PPZ-MAIWP adalah berbentuk korporat yang diuruskan oleh
Hartasuci Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh MAIWP. Hartasuci Sdn Bhd diletakkan di

bawah Yayasan Taqwa Berhad yang dikawal MAIWP. Mulai 1 Januari 2006 Hartasuci Sdn
Bhd diletakkan terus di bawah MAIWP.
PPZ-MAIWP yang berteraskan kepada memungut zakat harta di tiga wilayah utama
iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pengagihan zakat atau
program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat adalah di bawah
Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
PPZ-MAIWP menjadi contoh organisasi kutipan zakat di Malaysia kerana julung kali
mula beroperasi menggunakan teknologi komputer 16 tahun lalu. Kecekapan dan
keberkesanannya meningkatkan kutipan zakat dari tahun ke tahun serta bentuk pemasaran
yang agresif meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk berzakat. Baitulmal berjaya
menjalankan pelbagai bentuk program dan mendirikan beberapa pusat sosial, kebajikan dan
pendidikan khususnya masyarakat bandar hasil dari kutipan zakat yang meningkat setiap
tahun.
2.1

Definisi Baitulmal

Al-Mawardi (1983) Baitulmal ialah tempat merekodkan pengumpulan dan pembahagian


harta-harta dalam negara. Dictionary of Islam (1964) Baitulmal sebagai perbendaharaan
negara yang menerima wang yang dipungut oleh negara Islam dari pelbagai sumber seperti
zakat, ghanimah, jizyah. Ibnu Munzir (1955) Baitulmal ialah rumah yang menerima sesuatu
harta untuk disimpan dan diagih-agihkan. Abd al-karim (1989) Baitulmal ialah tempat
mengumpul harta-harta dari zakat,ghanimah dan kharaj yang dikelolakan dan dijaga oleh
khalifah atau pemerintah
Abdul Munin (1980) Baitulmal juga dikenali sebagai al-diwan al-sami atau al-dewan alamwal sebuah Institusi yang berperanan menjaga dan mengawal harta orang-orang Islam,
membuat bancian dan kira-kira keatas pelbagai sumber negara untuk dibelanjakan dalam segala
urusan yang berkaitan dengan gaji tentera, para pegawai dan kakitangan kerajaan serta hakim dan
lainnya. Wang yang tersimpan digunakan untuk membiayai keperluan negara seperti pembelian
kelengkapan perang dan perbelanjaan lain untuk kepentingan rakyat

3.0

MEKANISME PUSAT ZAKAT DALAM MENGAGIHKAN ZAKAT OLEH

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA ASNAF FAKIR


DAN MISKIN
Al-Zarqani (1990) telah menukilkan pandangan Imam Malik berkenaan agihan zakat dengan
menyatakan bahawa urusan pengagihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin bergantung
kepada ijtihad dan pandangan pemerintah. Pandangan sama dikemukakan oleh al-Qurtubi
yang menegaskan bahawa tiada penetapan had dalam agihan zakat kepada fakir dan miskin.
Bahkan ianya bergantung kepada budi bicara dan kebijaksanaan pemerintah yang
bertanggungjawab mengagihkannya (al-Qurtubi 1994). Al-Qurtubi (1994) juga menyebutkan,
Imam Abu Hanifah berpandangan bahawa pengagihan zakat kepada asnaf tidak tertakluk
kepada kadar atau nisab tertentu kerana keperluan dan hajat perlu diutamakan. Sehubungan
itu, Mustafa al-Khin et.al (1996) menyatakan dalam konteks agihan zakat kepada asnaf ini,
persamaan kadar agihan bukanlah suatu perkara yang wajib dituruti bahkan ianya boleh
dilebihkan antara satu sama lain berdasarkan kepada keperluan dan hajat. Perkara yang paling
utama adalah bagaimana mengukur pemberian dari hasil zakat dapat memenuhi dan
mencukupi keperluan hidup golongan asnaf ini. Seperti mana ungkapan Umar al-Khattab
ketika menerajui kepimpinan khalifah di Madinah: Jika kamu berikan zakat pada golongan
ini (fakir dan miskin), maka kayakanlah (cukupkan keperluan) mereka. (al-Qardhawi 1996)

Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan
Labuan, Bahagian Baitulmal Labuan telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada
Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.
1. FAKIR
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan
dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian
dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang
yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.
2. MISKIN
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian
keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga
menampung orang-orang tanggungannya.

3.1

Kaedah Pengagihan

Mekanisme asas yang diguna pakai oleh Tabung Baitulmal Labuan bagi melayakkan
seseorang menerima agihan zakat adalah berdasarkan penentuan had al-kifayah di mana
indikator utamanya adalah berpandukan kepada panduan garis kemiskinan yang ditetapkan
oleh pihak berkuasa zakat negeri. Walaupun begitu, mereka tidak mempunyai asas yang jelas
terhadap elemen-elemen yang perlu diambil kira.

Borang pengiraan had kifayah pihak Baitulmal

Jadual Garis Kemiskinan Purata


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Berdasarkan Laporan Siasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas tahun
2012 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan
berada pada kadar 1.1% miskin dan 0.0% miskin tegar daripada 90,500 orang penduduk
Labuan pada tahun 2012 (statistk :Jabatan Perangkaan Malaysia). Pada tahun 2014, jumlah
penduduk Wilayah Persekutuan Labuan mencecah 92 500 orang.

Melihat kepada statistik di atas, 1.1% jumlah orang miskin berbanding jumlah
penduduk Labuan iaitu sebanyak 90 500 orang adalah bersamaan 996 orang penduduk
Labuan berada di paras miskin. Sekiranya 996 orang ini menerima purata RM300 hingga
RM500(maksimum bantuan bulanan) di anggarkan adalah sebanyak RM386400.00
dikeluarkan oleh Baitulmal Labuan untuk sebulan.
Perbelanjaan ini tidak termasuk bantuan am persekolahan berupa wang tunai RM420
setahun bagi murid tahap 1 dan 540 bagi tahap dua, sekolah menengah pula sekitar RM600
ke 700 setahun mengikut peringkat peperiksaan awamseperti PMR dan SPM.
Bagi menyampaikan matlamat untuk memberikan saluran bantuan daripada pihak
baitulmal kepada penerima, bantuan keperluan sekolah berupa beg,pakaian dan kasut sekolah
juga disalurkan kepada murid dari sekolah rendah hingga menengah.
Saluran bantuan am persekolahan berupa wang diperluaskan kepada penerima asnaf
fisabilillah. Asnaf ini diberikan berdasarkan kelayakan penjaga pelajar. Had kifayah untuk
asnaf ini ditentukan RM1000 had lebihan pendapatan. Sekiranya perkiraan berada RM1000
dan kebawah lebihan pendapatan, pelajar dikira sebagai asnaf fisabilillah dan layak
dipertimbangkan untuk menerima bantuan am persekolahan. Asnaf ini akan digunapakai
bermula pada tahun 2015.
Pada tahun 2014, Baitulmal Labuan MAIWP memperuntukan sebanyak RM0.80 juta
untuk menyalurkan bantuan bina rumah/ sewa rumah/ deposit beli rumah. Purata kelulusan
bantuan bina rumah adalah sebanyak 6 buah rumah setahun. Perbelanjaan untuk bantuan ini
di anggap masih kurang, kerana situasi pemilikan rumah diMalaysia adalah berada paras
tertinggi nilai dan harganya serta sukar dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah dan
sederhana.

Sumber:Jabatan Perangkaan Malaysia

Kandungan Laporan Zakat oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Wilayah Persekutuan

4.0

KEBERKESANAN

AGIHAN

ZAKAT DI

WILAYAH

PERSEKUTUAN

LABUAN
Tabung Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan cawangan Labuan adalah
ditadbir sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diperingkat pusat iaitu di
Putrajaya. Pentadbiran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini
melibatkan 3 buah Wilayah iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.
Jarak merupakan satu kekangan kelancaran penyaluran bantuan kepada asnaf yang
layak menerima bantuan. Ini kerana, sebarang permohonan yang diterima oleh Tabung
Baitulmal Labuan adalah bergantung sepenuhnya kepada kelulusan yang diberikan oleh pihak
Baitulmal peringkat Pusat.
Baitulmal Labuan tidak mempunyai kuasa autoriti dalam menentukan penerima
bantuan. Ini menyebabkan urusan baitulmal Labuan masih di anggap lemah dan kurang
efisien.
Perlu difahami bahawa zakat untuk bantuan sara hidup merupakan sumbangan tetap
secara bulanan yang diberikan kepada asnaf fakir dan miskin berbanding kategori lain.
Dengan purata agihan bulanan sebanyak RM300 hingga RM500 dilihat amat kecil jika
dibandingkan dengan keadaan ekonomi semasa yang diketahui berlaku kenaikan saban tahun.
Jumlah yang kecil ini dikhuatiri tidak dapat menampung kos sara hidup golongan ini.
Sedangkan konsep agihan zakat kepada golongan fakir dan miskin yang dianjurkan oleh
fuqaha adalah sehingga mencukupi keperluan mereka atau dalam erti kata lain sehingga
mereka mampu keluar dari kepompong kemelaratan hidup mereka.
Berdasarkan temubual dan pertemuan dengan pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan
Labuan, mereka telah melaksanakan jenis bantuan selain bantuan sara hidup iaitu bantuan bot
untuk nelayan, bantuan pertanian kepada petani dan modal perniagaan untuk yang
mempunyai syarikat sebagai langkah memperbaiki taraf hidup penduduk Labuan sendiri
untuk jangka masa panjang. Walaubagaimanapun, hasil temubual tersebut menyatakan,
bantuan tersebut seringkali disalahgunakan oleh pihak penerima bantuan seperti menjual
semula kelengkapan bantuan.
Perkara ini mengecewakan pihak pemberi bantuan dan sebagai langkah terbaik, pihak
Baitulmal Labuan memberikan fokus yang lebih kepada sektor pendidikan untuk

menyalurkan bantuan melalui sokongan guru-guru biasiswa di sekolah. Situasi ini kelihatan
lebih telus. Kadar bantuan pula adalah sebanyak RM420 bagi tahun 1 hingga tahun
3,manakala sejumlah RM540 bagi tahun 4 hingga tahun 6, untuk sekolah menengah pula
bermula RM500 hingga RM700 mengikut peringkat. Untuk IPT pula, samada swasta,
Kerajaan dan luar Negara, kadar bantuan bermula dari RM1500 hingga RM5000 bergantung
kepada keperluan dan perkiraan kos sara hidup pelajar. Bantuan ini pula diberikan sebanyak
sekali setahun sahaja.
Untuk bantuan bina rumah/ bantuan sewa rumah/ baiki rumah pula, dilihat sebagai
masih belum berada ditahap yang diharapkan. Ini adalah kerana, syarat yang diletakkan oleh
pihak Baitulmal adalah sangat ketat iaitu antaranya ialah pemohon mestilah berumur antara
45 tahun ke atas sekalipun tergolong dalam asnaf fakir miskin atau miskin, menumpang,
menyewa atau memiliki rumah using.
Pengagihan zakat berterusan tanpa mengambil kira perubahan iklim ekonomi semasa
dan keperluan sebenar golongan fakir dan miskin amatlah tidak wajar, ianya akan
menyebabkan berlakunya ketidakcukupan dan ketidakseimbangan dalam mekanisme agihan
tersebut seterusnya akan menyebabkan golongan ini berterusan berada ditahap yang sama.
Selain itu juga, situasi ini akan menyebabkan kesyumulan dan kehebatan institusi zakat gagal
ditonjolkan. Oleh kerana sistem zakat bersifat ekonomi, maka secara tidak langsung ianya
terikat dengan situasi ekonomi semasa. (Hamdi Rahman, 2005)
Melihat kepada situasi ini, Baitulmal Labuan masih memerlukan penambahbaikan
dari semasa ke semasa. Namun, disedari bahawa Baitulmal Labuan sentiasa berusaha
melicinkan urusan pengagihan bantuan kepada asnaf yang layak menerima bantuan.
Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia meletakkan baitulmal di bawah Majlis Agama Islam
Negeri berbeza di negeri Kedah telah mengasingkan pengurusan dan hasil pendapatan
baitulmal dan zakat dalam negeri. Senario yang wujud ini sedikit sebanyak menumbulkan
kekeliruan kepada masyarakat Islam. Masyarakat beranggapan zakat dan baitulmal adalah
perkara yang sama, padahal telah jelas di dalam Syara menerangkan peranan zakat dan
peranan baitulmal kepada masyarakat dan negara. Namun terdapat kajian yang dibuat oleh
pengkaji-pengkaji terdahulu mendapati tahap kefahaman masyarakat berkaitan pengertian,
peranan, fungsi sebenar baitulmal dan zakat masih samar-samar kurang menyeluruh di
kalangan masyarakat Islam sendiri. Ini dijelaskan oleh Roslan (2009) kerana masih terdapat

sesetengah pihak di kalangan masyarakat beragama Islam yang kabur dan keliru dan belum
benar-benar faham mengenali baitulmal sebagaimana peranan sepatutnya.
Ditambah lagi kekeliruan di kalangan masyarakat bukan beragama Islam. Kekeliruan
yang timbul menjadi tanda tanya di kalangan mereka, bolehkah baitulmal menerima dana
hasil daripada wang haram dan wang dari aktiviti tidak patuh syariah. Sedangkan baitulmal
adalah satu institusi yang membawa imej Islam? Di antara kekeliruan di kalangan masyarakat
bukan Islam. Apakah rasionalnya menyumbang kepada baitulmal padahal baitulmal hanya
untuk kebajikan orang Islam? Begitu juga kekeliruan mengenai zakat dan fungsinya kepada
masyarakat dan negara (Roslan, 2009).
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Abu Bakar Sapron (2005) mendapati
kelemahan institusi baitulmal berpunca daripada petugas, pegawai baitulmal sendiri. Begitu
juga, Siti Mashitoh (2007) mendapati kekurangan tenaga pekerja dan tahap pengetahuan serta
kepakaran pegawai majlis agama Islam negeri-negeri sendiri. Permasalahan ini menurut
Latiffie (1987) mendapati ketiadaan kakitangan profesional merancang dan melaksanakan
pembangunan harta baitulmal. Selain daripada permasalahan diatas, Peranan institusi
baitulmal makin kabur dikalangan masyarakat umum. Kerana masyarakat terdedah kepada
institusi yang bergerak aktif dan dikenali seperti Amanah Raya. Peranan Amanah Raya dalam
soal harta lebih kehadapan berbanding baitulmal. Kesannya pertindihan bidang tugas dalam
peranan dalam masyarakat serta menimbulkan persepsi keliru dikalangan rakyat umum.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Jurish (2009) sebilangan masyarakat beragama
Islam masih kurang mengenali baitulmal berbanding lembaga hasil dalam negeri (LHDN),
Jabatan kebajikan masyarakat (JKM) Unit perancang ekonomi (EPU). Pada persepsi
masyarakat yang keliru mengenai pengertian baitulmal, peranan baitulmal seakan hilang
fungsi. Begitu juga Sohaimi (2009) mendapati peranan baitulmal sebagai pemegang amanah
harta orang Islam masih dilihat belum cukup kemas untuk menyaingi badan-badan amanah
lain. Sehingga mengakibatkan keyakinan masyarakat yang rendah kepada baitulmal. Selain
itu, kepelbagaian pemerintahan berbeza di setiap negeri atau struktur organisasi berbeza
mengakibatkan institusi baitulmal yang tidak selaras dalam menguruskan perbendaharaan
umat Islam. Rumusan permasalah kajian ialah akibat daripada pengasingan baitulmal dan
zakat menimbulkan kekeliruan masyarakat untuk merujuk. Hal ini ditambah dengan
mengatakan pengasingan tersebut akan menjadikan kedua-dua institusi tersebut lebih efisien
dalam pengurusan. Permasalahan yang timbul ini memerlukan kajian terperinci untuk
dilaksanakan.

5.0

PENUTUP

Kesimpulan daripada perbincangan di atas, menyimpulkan terdapat faktorfaktor yang mempengaruhi kecekapan pengurusan baitulmal. Faktor tersebut
turut menyumbang kepada kemajuan sesebuah institusi. Dengan cara
pengumpulan atau pengasingan dana milik umat Islam menjadi lebih
cekap.Di samping itu juga, pendapatan masyarakat Islam bertambah dengan
kemudahan bantuan dan pembiayaan untuk masyarakat Islam Malaysia.
Kajian oleh Hairunnizam et al. (2009) mendapati bahawa kekurangan
ketelusan dalam pengagihan zakat telah menyebabkan ketidakpuasan hati di
kalangan pihak berkepentingan dalam zakat. Di samping itu, kegagalan
institusi zakat dalam menyediakan laporan kewangan turut menjejaskan
ketelusan dalam tadbir urusnya (Utusan Online, 2001, Disember 3). Majoriti
institusi zakat di Malaysia juga didapati tidak telus dalam mendedahkan
maklumat di dalam laman web mereka (Mohd Faisol, Suhaina & Mohd Zulkifli,
2009).
Kejadian ini menunjukkan bahawa ketelusan institusi zakat tidak
berada pada tahap yang memuaskan. Isu ketelusan sering dikaitkan dengan
pengurusan institusi zakat yang didakwa tidak cekap. Pengurusan institusi
zakat kerap dikritik kerana birokrasi (Aidit, 1989), ketidakcekapan dalam
pengagihan zakat (Aidit, 1989; Azman et al., 2012; Hairunnizam et al., 2009;
Mohd Asri, 2010; Mohd Fadly, 2010), dan tidak proaktif (Mohd Asri, 2010;
Mohd Fadly, 2010). Hal ini mengundang kritikan berterusan terhadap tadbir
urus institusi zakat (Mohd Asri, 2010; Radiah, 2011).

RUJUKAN
Abbasi, M. Z. (2009). Legal analysis of agency theory: An inquiry into the nature of
corporation. International Journal of Law and Management, 51(6), 401-420.
Abd Halim, M. N., Rozman, M. Y., & Ahmad, C. Y. (2007). Performance indicators model
for zakat institution. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 1(2), 71-84.
Abd Halim, M. N., Shawal, K., Ahmad, C. Y. & Kamil, M. I. (2008). Measuring
performance: A preliminary study of zakat institutions in Malaysia. Kertas kerja
dibentangkan di Bengkel IKaZ Bersama Industri Ke 4, UiTM, Melaka.
Abdul Hadi, Z., M. Fazilah, A. S., & Md Ishak, I. (2005). Corporate governance in Malaysia.
Diakses

pada

Februari

15,

2011,

daripada

http://www.micg.net/research/corporate

%20governance%20in%20malaysia%20-%20micg.pdf
ACA detains senior Lembaga Zakat Selangor officer. (2008, April 10). Bernama. Mohd
Faisol, I., Suhaina, M., & Mohd Zulkifli, M. (2009). Sistem zakat di Malaysia: Kajian dari
sudut strategi penyebaran maklumat menerusi laman web. Kertas kerja dibentangkan di
Seminar Muamalat, Ekonomi dan Kewangan Islam, Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya,
Selangor.
Mohd Harzrul, A. (2010, Mac 4). Institusi agama tercabar, Harian Metro, p. 9.
Mohd. Hasriq, A. (2011, Mac 10). Hanya 45 bayar zakat, Utusan Malaysia, p. 7.
Mohd Fadly, S. (2010, Mac 12). Lebih proaktif bantu si miskin, Harian Metro, p. v4.
Norazlina, A. W., & Abdul Rahim, A. R. (2011a). A framework to analyse the efficiency and
governance of zakat institutions. Journal of Islamic Accounting and Business Research, 2(1),
43-62.
Norazlina, A. W., & Abdul Rahim, A. R. (2011b). Efficiency of zakat institutions and its
determinants. Kertas kerja dibentangkan di 8th International Conference on Islamic
Economics and Finance, Doha, Qatar.
Nur Barizah, A. B., & Hafiz Majdi, A. R. (2010). Motivations of paying zakat on income:
Evidence from Malaysia. International Journal of Economics and Finance, 2(3), 76-84.
Parum, E. (2005). Does disclosure on corporate governance lead to openness and
transparency in how companies are managed? Corporate Governance, 13(5), 702-709.

Patmawati, H. I. (2008). Pembangunan ekonomi melalui agihan zakat: Tinjauan empirikal.


Jurnal Syariah, 16(2), 223-244.
Qardhawi, Y. (2007). Hukum zakat (Salman Harun, Didin Hafidhuddin & Hasanuddin, Terjm.
10 ed.). Bogor: Pustaka Litera AntarNusa
Radiah, S. (2011, Oktober 28). Amil lesapkan wang zakat diburu, Kosmo, p. 2.
Ram Al Jaffri, S. (2010a). Gelagat kepatuhan zakat perniagaan di negeri Kedah. Tesis PhD
Tidak Diterbit, Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Ram Al Jaffri, S. (2010b). Gelagat kepatuhan zakat perniagaan: Apakah penentunya? Kertas
kerja dibentangkan di 4th ISDEV International Islamic Development Management
Conference (IDMAC 2010), Universiti Sains Malaysia.
Roohani, S., Furusho, Y., & Koizumi, M. (2009). XBRL: Improving transparency and
monitoring functions of corporate governance. International Journal of Disclosure &
Governance, 6(4), 355-369.
Sanep, A., Hairunnizam, W., & Adnan, M. (2006). Penswastaan institusi zakat dan kesannya
terhadap pembayaran secara formal di Malaysia. International Journal of Management
Studies, 13(2), 175-196.
Sanep, A., & Hairunnizam, W. (2004). Kesan prestasi agihan oleh institusi formal ke atas
kepatuhan membayar zakat. Kertas kerja dibentangkan di Pascasidang Seminar Kebangsaan
Fakulti Ekonomi & Perniagaan, Kuala Lumpur.
Sanep, A., & Hairunnizam, W. (2005). Persepsi agihan zakat dan kesannya terhadap
pembayaran zakat melalui institusi formal. Jurnal Ekonomi Malaysia, 39, 53-69.
Sehgal, A., & Mulraj, J. (2008). Corporate governance in India: Moving gradually from a
regulatory model to a market-driven model - A survey. International Journal of Disclosure
and Governance, 5(3), 205-235.
Shaarani, I. (2010, Mei 22). 67 peratus syarikat layak belum bayar zakat niaga, Berita
Harian, p. 42.
Shawal, K., & Hasan, B. (2007). Amalan 'corporate governance' dalam pengurusan institusi
zakat di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 1(2), 53-70.
Shawal, K. (2009). The advancement of e-zakat for delivering better quality service and
enhancing governance sphere of zakat institution in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di
World Zakat Forum, University Gajah Mada Yogyakarta, Indonesia.
Sunhilde, C., & Hajnalka, K. (2009). Corporate governance- A transparency index for the
Romanian listed companies. Annals of the University of Oradea, Economic Science Series,
18(2), 60-66.
The World Bank. (1991). Managing development: The governance dimension. Diakses pada
Oktober 16, 2010, daripada http://www-wds.worldbank.org/external/default/
WDSContentServer/WDSP/IB/2006/03/07/000090341_20060307104630/Rendered/PDF/348
99.pdf
UNDP. (1997). Governance for sustainable human development: A UNDP policy document.
Diakses pada Oktober 17, 2010, daripada http://www.pogar.org/
publications/other/undp/governance/undppolicydoc97-e.pdf

UNESCAP. (2007). What is good governance? Diakses pada Oktober 16, 2010, daripada
http://www.unescap.org/pdd/prs/ProjectActivities/Ongoing/gg/governance.asp
Utusan Online. (2001, Disember 3). Institusi zakat dipertikai. Diakses pada Mei 25, 2011,
daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1203&pub=Ut
usan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Zandstra, G. (2002). Enron, board governance and moral failings. Corporate governance,
2(2), 16-19.
Zulkifli, M. (2010, Ogos 22). Enggan bayar zakat, denda RM1,000, Kosmo, p. 4.