Anda di halaman 1dari 15

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

PENDAHULUAN
Mutakhir ini di media sosial dan media massa kita sering membuat liputan tentang permasalahan
gejala buli di sekolah dan keselamatan sekolah sama ada di dalam atau di luar sekolah yang kini
tampak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang
selamat dan kurang menyakinkan ibu bapa dan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua
sekolah berkeadaan sebegitu kerana masih banyak lagi sekolah di Negara ini masih berkeadaan
selamat dan berfungsi secara efektif.
Walaubagaimanapun kita memangnya sedar akan kewujudan sebilangan pelajar yang
berlatarbelakangkan daripada keluarga yang bermasalah. Selain itu, kita juga menyedari
beberapa faktor yang negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah yang mampu
mempengaruhi watak dan perilaku yang kurang sihat seseorang pelajar sehingga mencorakkan
suasana sekolah yang tidak selamat.
Mengikut norma-norma kehidupan, golongan pendidik merupakan agen terpenting yang mampu
membina serta membentuk kefahaman dan penghayatan dalam diri pelajar mengenai
kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya kepada diri sendiri, bangsa dan agama. Pendidik
bertanggungjawab memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk belajar memahami
budaya sendiri dan orang lain. Tanggungjawab ini harus dipikul dan dilaksanakan dengan
amanah oleh guru bagi melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu menghargai dan
menghormati budaya orang lain dan secara tidak langsung menjadi pemankin kepada proses
mencapai perpaduan yang dihasratkan.
Oleh yang demikian, aspek pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal menjadi topik yang
hangat diperbincangkan kerana ia merangkumi keseluruhan pengurusan persekolahan dan
melibatkan budaya serta pendidikan pelajar.

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL


Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan murid-murid dari pelbagai latar
belakang etnik dan budaya. Konsep pengurusan fizikal harus ditekankan bukan hanya dari aspek
kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal malah hasil dari pengurusan persekitaran fizikal
itu akan dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan
dengan mengambil kira aspek latar belakang budaya dan etnik masing-masing. Konsep
pengurusan fizikal bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja
namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim
pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar
belakang budaya dan sosial. Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas
daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang
perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam
aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif.

Menurut kamus Dewan edisi keempat, persekitaran fizikal merujuk kepada persekitaran yang
menjurus kepada perkara yang bukan kebendaan dan boleh dilihat secara terus. Suasana fizikal
bilik darjah menjadi rangka yang akan menentukan keadaan pembelajaran, iaitu samada
menggalakkan atau mengganggu pembelajaran. Oleh sebab itu. guru haruslah bijak mengawal
dan mengendalikan kelas mereka. Perancangan dan penyusunan fizikal bilik darjah melibatkan
proses mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan dengan
penyusunan kerusi meja, tempat duduk murid, alat bantu mengajar, alat-alat pandang dengar,
sudut-sudut aktiviti dan pemeran, papan tulis dan pelbagai perabot lain dengan sempurna. Guru
perlu mengambil inisiatif untuk menguruskan kelas mereka supaya ia dapat menggalakkan
suasana yang kondusif dan mesra budaya.

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

pelan lantai
kebersihan,
pengudaraan
dan
pencahayaan

susun atur
tempat duduk

Persekitaran
fizikal
ruang hiasan

ruang bacaan
ruang
multimedia

Persekitaran sekolah yang kondusif dan menarik dapat menghasilkan persekitaran kerja yang
berkualiti. Wajah sekolah harus menarik supaya motivasi pelajar dapat di tingkatkan. Jika
keadaan persekitaran sekolah yang muram maka tanggapan pertama menjadi negatif oleh itu
Program 3K harus diberikan perhatian dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.Ia juga
merupakan elemen yang penting dan tidak harus diabaikan. Jika kita masuk dalam kawasan
sekolah keadaan sekolah itu cantik dan menarik maka kita akan merasa seronok. Motivasi untuk
bekerja meningkat. Gaya kepimpinan pengurusan juga akan mempengaruhi persekitaran kerja.
Gaya kepimpinan yang bersesuaian menjadikan pesekitaran kerja aman dan tenteram maka tidak
wujud perasaan tertekan. Guru-guru dan pelajar akan merasa seronok melaksanakan fungsi
mereka.Landskap dan mural dinding yang menarik sudah pasti mewujudkan persekitaran yang
kondusif. Ia ditambah dengan kata-kata atau ungkapan bermotivasi menjadikannya lebih
menarik. Keadaan bilik darjah yang terurus dapat melahirak keadaan yang seronok untuk belajar.
Secara asasnya sesebuah bilik darjah itu perlulah mempunyai pelan lantai untuk bilik darjah,
kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan adalah di tahap yang sesuai. Selain itu keselamatan
3

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

murid juga mestilah terjamin semasa berada di dalam bilik darjah. Manakala ruang-ruang
tambahan di dalam bilik darjah seperti ruang bacaan, ruang multimedia dan ruang-ruang hiasan
adalah sebagai tambahan supaya sesebuah bilik darjah itu menjadi lebih selesa dan ceria.

Pelan lantai
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru adalah membuat satu pelan lantai. Tujuannya
adalah untuk memudahkan guru untuk membuat susun atur perabot dan peralatan dalam bilik
darjah. Melalui pelan lantai tersebut, guru akan mendapat gambaran awal tentang apa yang perlu
ada di dalam bilik darjah dan bagaimana untuk membuat susun atur yang sesuai. Sebagai contoh,
guru perlu membina satu bilik darjah yang mempunyai susun atur yang sesuai dengan keperluan
semua murid dan mata pelajaran. Selain itu, semasa merancang, guru mestilah mengambil kira
unsur-unsur hubungan sosial murid dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dan persefahaman
antara pelbagai kaum.
Aspek kebersihan, pengudaraan dan pencahayaan
Aspek kebersihan juga perlu dititikberatkan dalam bilik darjah. Jika sesebuah bilik darjah itu
bersih, ia akan dapat memberikan ketenangan kepada murid yang berada di dalam kelas.
Kebersihan menjadi faktor utama kepada murid untuk berasa seronok dan selesa ketika
mengikuti sesi pembelajaran. Guru boleh mendidik supaya murid- murid di dalam kelasnya
menjaga kebersihan dengan membuat jadual giliran bertugas

harian. Dengan itu, budaya

menjaga kebersihan dapat diterapkan dalam diri murid-muridnya. Di kebanyakan sekolah,


pertandingan bilik darjah bersih merupakan satu usaha yang baik untuk menggalakkan murid
menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing. Selain kebersihan, aspek pencahayaan dan juga
pengudaraan juga memainkan peranan penting dalam bilik darjah. Jika sesebuah bilik darjah
tidak mempunyai tingkap dan kipas, murid akan berasa tidak selesa berada di dalamnya. Secara
tidak langsung mereka tidak dapat menumpukan perhatian semasa belajar. Guru perlu
memastikan suasana bilik darjah berada dalam keadaan yang paling selesa seperti tidak terlalu
gelap atau terang dan pengudaraan yang segar dapat dinikmati oleh murid-muridnya.
4

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Susun atur tempat duduk


Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat
kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu
kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau
aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak
langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat
mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya.

Sebagai contoh, guru menyusun

tempat duduk antara murid melayu dengan murid yang berbangsa cina. Oleh itu, murid melayu
dapat belajar adat dan budaya masyarakat cina dan begitu juga sebaliknya. Sebagai cadangan
guru boleh menyusun atur kedudukan tempat duduk murid seperti yang telah dicadangkan dalam
pelan bilik darjah KBSR yang mana murid diletakkan dalam satu kumpulan. Oleh itu guru boleh
mempelbagaikan kelompok kumpulan tersebut dengan murid yang pelbagai. Pada masa yang
sama, semasa menyusun tempat duduk murid, guru juga perlu mengambil kira keperluan murid.
Guru perlu memastikan semua murid di bawah perhatiannya. Hal ini supaya mudah untuk guru
bertindak sekiranya murid memerlukan bantuan daripadanya. Penyusunan kerusi juga perlu
sesuai dengan jenis aktiviti yang akan dijalankan dan fleksibel. Dalam bilik darjah yang
bercampur murid lelaki dan perempuan, penyusunan kerusi meja perlu mengelakkan daripada
berlakunya kenakalan. Oleh itu, dicadangkan supaya kedudukan murid lelaki dan perempuan
dicampur adukkan supaya masalah disiplin dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun kedudukan
murid-murid hendaklah menggalakkan mereka dapat berinteraksi bersama dalam sesuatu aktiviti
kumpulan, bekerjasama serta dapat bertolernsi semasa proses pembelajaran berlaku. Susunan
perabot dan peralatan pengajaran pembelajaran juga perlu disesuaikan dengan suasana dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memastikan perabot yang terdapat di dalam
bilik darjah tidak menyempitkan ruang. Di samping itu, ruang penyimpanan barang yang
disediakan memudahkan murid untuk menyimpan barang-barang peribadi mereka.
Ruang multimedia
Selain itu, alat-alat ICT serta alat pandang dengar disediakan di dalam bilik darjah. Sudut
pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelbagai latar belakang etnik dapat
5

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan
multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan
murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong
serta toleransi.

Guru perlu menggalakkan murid-murid berkongsi menggunakanya serta

menggalakkan murid meneroka dengan sendiri. Ia menggalakkan murid untuk menjadi


lebih kretif dan berinovasi.
Ruang hiasan
Guru boleh memberikan tanggungjawab menghias kelas kepada murid-murid. Murid diberikan
kebebasan untuk menghias kelas mengikut kreativiti mereka sendiri. Murid akan bekerjasama
untuk memberikan yang terbaik. Mereka akan berkongsi idea untuk menghias dan bekerjasama
sesama mereka. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah aktiviti mengecat dinding dengan
melukis lukisan mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang
menjadi pembantunya. adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaanperayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Dengan itu murid-murid
didedahkan dengan kebudayaan masyarakat lain secara tidak langsung. Selain itu, hiasan-hiasan
dinding dan ruangan bilik darjah untuk meningkatkan keceriaan bilik darjah boleh mencorakkan
daya kreatif, inovatif dan menjadikan bilik darjah tempat belajar yang menarik minat murid.
Meja pelajar yang kelihatan usang umpamanya boleh dihiasi untuk menjadikan ia lebih menarik
dan tidak lagi kelihatan usang dan buruk. Murid juga akan berasa lebih selesa untuk menjalani
proses belajar seharian di sekolah. Antara kebebasan yang boleh diberikan kepada murid untuk
menghias kelas adalah seperti menyediakan sendiri jadual bertugas, menggantung langsir,
menghias dinding dan papan kenyataan dengan info-info yang menarik dan lain-lain. Boleh juga
disediakan ruangan hasil kerja murid agar murid rasa dihargai dan menjadi pemangkin untuk
mereka berusaha lebih baik pada msa yang akan datang.
Ruang bacaan
Ruang-ruang di dalam kelas boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya sekiranya guru tahu untuk
memanipulasikan ruangan tersebut

dengan pengisian yang bermakna. Sebagai contoh

mengadakan satu ruang bagi sudut bacaan. Guru boleh menyediakan beberapa bahan bacaan
yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan tempatan yang merangkumi semua kaum. Selain itu, guru
6

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
boleh memberi kebebasan kepada murid untuk membawa bahan bacaan yang ilmiah untuk
diletak di bahagian sudut bacaan. Selain itu juga, banyak lagi sudut-sudut pembelajaran yang
boleh dibuat seperti sudut sejarah dan geografi. Melalui sudut-sudut ini, guru boleh menerapkan
nilai-nilai murni seperti semangat cintakan tanah air, dan menghargai keamanan negara. Guru
boleh memberi kesedaran kepada murid bahawa pentingnya untuk bersatu padu antara satu sama
lain untuk membentuk negara yang aman dan sejahtera
Selain aspek-aspek yang telah dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi cara yang boleh
digunakan oleh guru untuk memanipulasikan persekitaran fizikal bilik darjah agar dapat
membentuk budaya yang positif. Bagi memupuk iklim bilk darjah yang progresif dan dinamis,
nilai bilik darjah seperti kerajinan, ketekunan, daya usaha, menghargai masa, kecekapan belajar,
kebersihan, tanggungjawab, kerjasama perlu dipupuk dan diamalkan di dalam bilik darjah.

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Cadangan

pelan
1

bilik

darjah

berdasarkan
2

kriteria

yang

dinyatakan.

T
I
N
G
K
A
P

10
11

9
8

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Rajah 1: Pelan lantai fizikal bilik darjah.

Petunjuk

Penerangan

Papan lembut- untuk menampalkan info-info terkini tentang kelas. Contohnya


rekod ujian bulanan. Maklumat di bahagian ini akan sentiasa berubah dari semasa
ke semasa

Papan putih- untuk sesi pengajaran dan pembelajaran berada di hadapan kelas.

Papan kenyataan menampal maklumat kelas seperti jadual bertugas, peraturan


kelas, biodata murid dan lain-lain.

Meja guru- berada di hadapan kelas supaya guru dapat melihat keseluruhan
kelas dan mengawal pergerakan murid.

Ruang pembelajaran meliputi ruangan sudut-sudut ilmiah

seperti sudut

sejarah dan geografi, matematik dan lain-lain. Di ruangan ini, ditampal nota-nota
berkaitan dengan mata pelajaran. Selain itu, murid diberi kebebasan untuk akses
kendiri bahan dan nota yang disediakan. Murid akan diberi tugas secara bergilir
untuk mengemaskini bahagian ini.
6

Sudut bacaan- disediakan dengan rak buku dan juga beberapa bacaan yang
sesuai seperti buku-buku sejarah, buku cerita dan majalah-majalah. Tujuan
ruangan ini untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan murid.

Circle time- kawasan untuk bermain. Sesi pembelajaran bebas. Di kawasan ini
murid diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti mereka secara bebas. Contohnya
aktiviti mewarna semasa pendidikan seni ataupun tempat belajar sendiri. Kawsan
ini juga sesuai untuk melakukan aktiviti permainan ataupun pergerakan.

Hiasan kelas: hasil kerja murid akan dipamerkan di ruangan ini. ini akan

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
memberi rasa penghargaan kepada murid.
9

Almari : disediakan untuk murid menyimpan barang-barang peribadi mereka

10

Pusat ICT: murid boleh mengakses maklumat di ruangan ini. juga terdapat
peralatan lain seperti radio, layat lcd dan lcd. Guru boleh gunakan sebagai alat
bantu mengajar.

11

Tempat duduk murid secara kumpulan iaitu enam orang satu kumpulan. Setiap
kumpulan akan bercampur lelaki dan perempuan selain tidak kira bangsa dan
agama. Susunan meja dan kerusi memudahkan guru bergerak antara meja dan
kerusi itu.

Dilengkapi dengan dua pintu, depan dan belakang dan tingkap di bahgaian kiri
dan kanan kelas.

Iklim & Persekitaran Sekolah


Sudah menjadi fitrah setiap manusia yang cinta akan sesuatu yang cantik, bersih dan ceria.
Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang baik
bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan.
Jadi tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah amat menekankan aspek iklim dan
persekitaran sekolah yang baik. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengan tenteram sekiranya
persekitaran sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising. Di tambah pula dengan hubungan
antara pelajar dengan guru yang sentiasa tegang, guru yang tidak mesra, sikap pelajar yang nakal
dan suka bergaduh. Hal ini boleh menyumbang ke arah pemerosotan prestasi pelajar, masalah
ponteng dan disiplin pelajar yang sukar untuk dibendung kesan daripada iklim dan persekitaran
sekolah yang negatif. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah
sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa,
tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Sebuah sekolah boleh mengalami
10

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
iklim positif dan negatif (Smith, 1995). Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya
dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial
yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. Manakala iklim
negatif atau tertutup lazimnya mempunyai keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat,
tidak tenteram dan teratur, malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon
Sang, 2003).
Usaha untuk mewujudkan suatu iklim yang sihat amat penting dalam membina sekolah yang
berkesan. Salah satu aspek penting dalam iklim persekolahan adalah faktor keceriaan. Menurut
Kamus Dewan, ceria dapat diertikan sebagai sesuatu yang cantik, bersih, suci dan murni dalam
sesuatu ruang atau kawasan tertentu. Manakala menceriakan bermaksud menjadikan sesuatu
ruang atau kawasan tertentu kelihatan ceria, bersih, dan cantik dengan mengindahkannya,
memurnikan, menyucikan serta mendidik dan memelihara. Oleh hal yang demikian, semua
warga sekolah patut berganding bahu dalam mewujudkan iklim sekolah yang positif dengan
mengindahkan kawasan sekolah seperti menanam pokok-pokok bunga, memelihara kebersihan,
melukis mural yang sesuai serta menghiasi bilik darjah dengan pelbagai bahan pengajaran yang
menarik (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Sekiranya keceriaan sekolah tidak dijaga, hal ini akan
mewujudkan suasana sekolah yang mati dan membosankan apabila kita menjejakkan kaki ke
kawasan sekolah tersebut. Dengan keadaan sekolah yang tidak teratur, rumput-rumput tumbuh
meliar dan panjang, kereta dan basikal yang tidak tersusun, bilik darjah, tandas dan makmal yang
kotor, cermin-cermin tingkap yang penuh dengan debu, longkang yang tersumbat dan berbau
busuk serta kawasan sekolah yang penuh dengan sampah sarap. Iklim sekolah yang sebegini
akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seterusnya menggambarkan
bagaimana sikap dan budaya negatif warga sekolah tersebut.

11

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap
pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di
dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah
yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah
yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh hal yang
demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar
dengan tenteram dan selesa. Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan
ceria, pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa bahagia berada di
kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam
kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak
terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantik dan menarik pasti akan
mendapat pujian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anakanak mereka ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran sekolah yang
mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi membantu proses pembelajaran anakanak mereka.
Sememangnya sudah menjadi impian untuk setiap warga sekolah untuk menjadikan sekolah
masing-masing yang terbaik di antara yang terbaik. Tetapi tidak dinafikan terdapat halanganhalangan tertentu dalam merealisasikan hasrat tersebut. Salah satu halangan tehadap
melaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada masalah kewangan. Dalam hal
12

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para
pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah perlu berusaha mencari
penaja, pelajar pula boleh menjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu, guruguru pula membantu para pelajar menjalankan program-program amal. Selain itu, gotong-royong
secara berkala, pertandingan keceriaan kelas, membersihkan kawasan sekolah 5 minit sebelum
kelas bermula, mampu memastikan kebersihan dan keceriaan kelas di tahap yang baik. Kadang
kala halangan untuk mewujudkan budaya cinta akan kebersihan dan keceriaan sekolah adalah
berpunca daripada segelintir guru dan para pelajar yang enggan memberikan kerjasama. Oleh itu,
sikap dan gaya kepimpinan pihak pengurusan sekolah yang berwibawa seharusnya mampu
menangani halangan ini dengan sebaiknya. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam
keadaan yang bersih dan ceria, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar dapat ditingkatkan ke
tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif.

13

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KESIMPULAN
Secara khususnya konsep persekitaran dan kemudahan fizikal memainkan peranan penting dalam
pendidikan di Malaysia kerana ia meliputi keseluruhan aspek dalam memperkasakan pendidikan
serta dapat merealisasikan usaha murni kerajaan dalam mentransformasikan pendidikan di
Malaysian. Selain itu, persekitaran yang mesra budaya merangkumi aspek fizikal bilik darjah,
pengurusan sosio dan hubungan antara etnik. Permahaman yang jelas berkaitan tajuk ini amat
penting kerana ia dapat mewujudkan persekitaran yang mesra budaya dan mampu
memotivasikan pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya bijak
dalam menangani semua perkara bagi memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada para
pelajar. Secara tidak langsung melahirkan generasi yang celik ilmu serta kaya dengan nilai-nilai
murni serta dapat menjadi peneraju kepada pembangunan Negara. Ia juga dapat mengurangkan
masalah sosial para pelajar yang kini giat diperkatakan. Oleh itu mari sama-sama kita berganding
bahu dalam memastikan pembangunan pendidikan di Malaysia dapat di jayakan dengan
sempurna kelak.

14

BBD 30102 : PENGURUSAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

RUJUKAN
1. http://ishaksktbi.blogspot.com/2010/03/pengurusan-sekolah-berkesan.html
2. http://budaya-sekolah.blogspot.com/
3. Noriati

A.Rashid,Boon

Pong

Ying,Sharifah

Fakhriah

Syed

Ahmad,Zuraidah

A.Majid,(2011).Budaya dan Pembelajaran .Selangor:Oxford Fajar Sdn. Bhd.


4. http://www.scribd.com/doc/27268735/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya
5. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad,(2009) Murid dan
Alam Belajar.Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

15

Anda mungkin juga menyukai