Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH

: Sekolah Kebangsaan Lahad Datu 3

KOD SEKOLAH

1.

Nama Guru

Mohd Mustakim bin Kamarudin

2.

Judul

Sedekah Agar Hidup Lebih Berkat

3. Bidang : Amalan & Nilai

4.

Tarikh Pembentangan

TIADA

5. Masa

6.

Tempat Pembentangan

TIADA

7.

Sinopsis

Buku ini dikarang dengan menyatakan ayat suci Al-Quran dan Hadis yang Sahih sebagai pendorong
kepada pembaca untuk terus beramal tanpa rasa ragu. Di samping itu, buku ini banyak mengupas
tentang ganjaran yang akan diterima bagi mereka yang bersedekah dan teguran bagi mereka yang
tidak bersedekah. Dalam pada itu, pembaca juga dapat menghayati maksud dan pengertian sebuah
nilai kehidupan yang lebih baik dalam rumpun manusia yang pelbagai taraf dan pangkat untuk
dikongsikan bersama rezeki yang diperolehi agar lebih diberkati.
8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Saya mendapati buku ini dengan jelas mencoretkan antologi ayat-ayat Al-Quran tentang zakat, infaq
dan sedekah yang amat penting diketahui bagi mereka yang bekerja samada penjawat awam atau
swasta. Sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Ali' Imran ayat ke 134 maknanya "(iaitu) orang
yang menafkahkan (hartanya) samada di waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan
amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan".

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Selaku pendidik dan penjawat awam di sekolah, banyak tugas dan perkara yang dilaksanakan samada
melibatkan rakan setugas dan juga klien iaitu murid dan para ibu bapa mendorong seseorang guru
untuk lebih bersedia mencurahkan tenaga, masa dan harta sekalipun. Melalui buku ini, banyak
mendorong saya selaku guru untuk lebih bermotivasi dalam menghalalkan segala yang diberi dan
lebih sikap terbuka untuk siap sedia memohon maaf mahupun memaafkan pihak lain. Di samping itu,
menyedarkan saya bahawa setiap tugas hendaklah dilaksanakan dengan kesungguhan dan berkongsi
hasil titik peluh bersama insan lain terutama pihak yang lebih memerlukan dalam masa yang
mendesak mahupun lapang. Sekian.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

Maklumat buku
Tajuk : Sedekah Agar Hidup Lebih Berkat
Penulis: Abu Ahmad Abdul Fattah
Penterjemah : Siti Hajar Sa'idah Bt Abdul Talib
Keluaran: Kemilau Publika Sdn. Bhd.
Tahun Pengeluaran : 2012
Sumber Buku: Perpustakaan Sabah Cawangan Lahad Datu
ISBN: 978-967-361-054-9
Harga: RM 23.00 (Sabah/Sarawak)