Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LONG GAFAR

KUBANG KERANJI, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN

Tajuk:
KESAN KEGIATAN
EKONOMI TERHADAP
ALAM SEKITAR DI
KUBANG KERIAN, KOTA
BHARU, KELANTAN
NAMA

: Nurrul Nadziela Bt Mohd Yusof

TINGKATAN

: 3 LG1 (Bitara)

SEKOLAH

: SMK Long Gafar

NAMA GURU

: Pn Khalizah Bt Semail

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Hasil Kajian

4 -8

Kesimpulan

Lampiran

10

Rujukan

11

Assalamualaikum, bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Kesan Kegiatan Ekonomi
Terhadap Alam Sekitar di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Pn. Khalizah Bt Semail kerana memberikan tunjuk ajar
kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru
subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya. Jasa
beliau yang akan saya kenang hingga ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya iaitu En. Mohd Yusof B Dollah dan Pn. Nik
Rohiniyah Bt Nik Wil @ Nik Ismail kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang
folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya
bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan iaitu Siti Nur Aqilah Bt Ahmad Zaki dan Nur Hanani Bt Juanda,
Nazlinda Bt Narzi yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing.
Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya
lupakan.

Saya Nurrul Nadziela Bt. Mohd Yusof yang merupakan pelajar Tingkatan 3 LG1(Bitara) di Sekolah
Menengah Kebangsaan Long Gafar. Bagi memenuhi keperluan untuk mendapatkan B5D2E1,
pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi. Saya dan rakan-rakan
diberi tajuk Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar di kawasan pilihan.
Saya memilih kawasan kajian di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kerana lokasi ini
merupakan tempat tinggal saya. Di kawasan ini terdapat banyak kawasan petempatan yang begitu
padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga, terdapat jalan raya yang
sentiasa sibuk.
Saya berasa bangga kerana dapat tinggal di persekitaran yang aman dan harmoni. Saya
berharap agar kajian dan laporan saya ini dapat mendatangkan manfat khususnya kepada saya
dan kepada seluruh masyarakat amnya.

Yang berikut adalah objektif-objektif yang ditentukan dalam pelaksanaan kajian ini :

a) Mengenal pasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Kubang Kerian, Kota
Bharu, Kelantan

b) Menerangkan sumbangan

kegiatan

ekonomi

di Kubang Kerian, Kota Bharu,

Kelantan

c) Mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Kubang


Kerian, Kota Bharu, Kelantan

d) Mengenal pasti langkah-langkah mengatasi kesan kegiatan ekonomi terhadap alam


sekitar di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

Jenis-Jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian

Terdapat dua jenis kegiatan ekonomi di kawasan ini iaitu:


a)

perindustrian

b)

perkhidmatan

Terdapat beberapa jenis perindustrian di kawasan kajian.


Jenis-jenis Perindustrian Yang Terdapat Di Kawasan Kajian

Bil.

Pembuatan makanan/minuman
3
Barangan bayi
1
Kilang alat ganti kereta
2
Kilang plastik
1
Kilang elektronik
1
Jadual 1.1: Jadual jenis-jenis perindustrian di kawasan kajian.

Kebanyakkan perindustrian di Kubang Kerian mula beroperasi sejak petempatan di sini selain
mendapat galakan daripada penduduk sekitar kerana dapat menyumbangkan pertumbuhan
ekonomi di sini.

Terdapat juga jenis kegiatan ekonomi di kawasan ini dalam sektor perkhidmatan seperti
pendidikan

Jenis Pendidikan Yang Terdapat Di Kawasan Kajian


Sekolah Menengah Kebangsaan

Bil.

Sekolah Kebangsaan

Pra-Sekolah

Pusat Tusyen

Tadika

10
Jadual 1.2: Jenis pendidikan yang terdapat di kawasan kajian

Sekolah serta Pra-sekolah merupakan perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan kepada


penduduk di kawasan ini serta penduduk di kawasan yang terdekat .Pihak swasta juga
memainkan peranan dalam menyediakan perkhidamatan dalam sektor pendidikan di kawasan
ini. Antaranya adalah pusat tusyen. Terdapat lima pusat tusyen di kawasan ini.
Kebanyakkan pusat tusyen di sini beroperasi pada waktu malam di banggunan perniagaan
yang terdapat di Kubang Kerian. Ada juga pusat tusyen yang menawarkan khidmat tusyen
peribadi kepada para pelajar sekolah khususnya kepada pelajar yang bakal menduduki
perperiksaan penting seperti UPSR, PMR serta SPM.
Tadika pula mencatatkan perkhidmatan pendidikan yang

paling tinggi di kawasan ini

berikutan permintaan ramai ibu dan bapa penduduk kawasan ini. Ini menunjukkan bahawa
para penduduk di sini mengutamakan ilmu pengetahuan atau pendidikan kepada generasi
muda agar generasi ini dapat memimpin negara ini ke arah kecemerlangan pada suatu hari
nanti. Selain pendidikan, perdagangan seperti perniagaan runcit juga perkhidmatan yang
terdapat di kawasan ini. Perniagaan ini melibatkan urusan jual-beli barang, fotokopi dan lainlain lagi.

Sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan kajian

Terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada penduduk di kawasan ini
berikutan bilangan kilang serta kedai-kedai semakin meningkat. Antaranya operator
pengeluaran, pembantu kedai, pelayan restauran dan juga kerani di kilang-kilang. Peluang
pekerjaan ini telah membuka peluang kepada para penduduk di sini untuk memajukan diri.
Dengan ini, bilangan tenaga mahir semakin bertambah dan dapat memenuhi permintaan
tenaga kerja mahir dalam negara. Secara tidak langsung, peluang pekerjaan yang banyak
ditawarkan di kawasan ini telah mengurangkan

bilangan pengganggur., Masalah sosial di

kawasan ini semakin berkurang berikutan peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Tambahan pula, kemudahan infrastruktur juga sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan ini.
Antaranya, pengangkutan, perhubungan, tenaga elektrik, bekalan air serta sebuah masjid
yang bakal dibina di kawasan ini. Bilangan bas yang mengambil penumpang ke pusat
bandar semakin bertambah menunjukkan terdapat sistem pengangkutan di kawasan ini serta
mendapat sambutan daripada para penduduk dan semakin baik. Sistem perhubungan yang
baik dapat dibuktikan melalui keadaan jalan yang berkeadaan yang baik dan sempurna.

Di samping itu, peningkatan taraf hidup juga salah satu sumbangan kegiatan ekonomi di
kawasan ini. Kuasa beli penduduk telah meningkat membuktikan kenyataan yang diberikan.
Ini juga dapat membuktikan bahawa terdapat banyak kedai di kawasan ini. Selain itu,
bilangan rumah yang memenuhi kawasan lot tanah juga semakin bertambah. Bilangan
penduduk yang bergaji rendah juga semakin berkurang berikutan ramai yang bekerja sebagai
pekerja tenaga mahir.

Tenaga elektrik dan bekalan air bersih pula jarang terputus dan secara puratanya terputus
sebanyak dau kali setahun berikutan menaiktaraf bekalan air bersih. Masjid yang bakal
dibina merupakan permintaan penduduk yang rata-ratanya beragama islam. Pembukaan
tanah kawasan masjid pula telah dilakukan secara bergotong-royong menunjukkan sikap
penduduk di sini berganding bahu serta tolong-menolong satu sama lain dalam melakukan
pekerjaan. Secara tidak langsung telah melahirkan masyarakat yang sedia membantu dalam
apa jua keadaan.

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar

Berikut adalah antara pencemaran yang dapat saya kenal pasti di kawasan kajian.

1. Berdebu, kotor
Udara berdebu atau kotor adalah masalah yang telah saya kenal pasti di kawasan ini. Ini pula
masalah daripada kilang-kilang yang terdapat di kawasan ini melalui pelepasan asap. Pelepasan asap
yang kotor ini mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan
penduduk di sini. Pelepasan asap ini juga telah memberikan kesan kepada rumah hijau.

2. Masalah perparitan
Masalah perparitan pula sering berlaku. Banjir kilat sering berlaku akibat masalah ini selepas hujan
tambahan pula kawasan ini adalah rata. Terdapat juga sampah sarap di dalam parit akibat dibuang
oleh pihak atau penduduk yang tidak bertanggungjawab. Ini juga menjadi punca kepada

masalah

perparitan di kawasan ini. Longkang di sini pula berbau dan tidak terurus. Bau ini mendatangkan
ketidakselesaan kepada penduduk di sini. Perparitan yang tidak terurus pula boleh menjadi kawasan
pembiakan haiwan berbahaya seperti nyamuk atau ular. Ternyata ini membahayakan nyawa para
penduduk di kawasan ini.

3. Peningkatan suhu
.

Kesan

yang

saya

maksudkan

monoksida yang terkandung dalam

adalah

penipisan

lapisan

ozon.

Bahan

kimia

seperti

karbon

asap yang dilepaskan daripada kilang juga faktor kepada

penipisan lapisan ozon. Dengan penipisan lapisan ozon, sinaran ultraungu yang bahaya daripada
sinaran matahari dapat menembus masuk ke permukaan bumi. Semakin nipis lapisan ozon, semakin
meningkat kadar sinaran ultraungu yang dapat menembus masuk ke bumi. Sinaran ultraungu ini boleh
menyebabkan kanser kulit kepada manusia. Di samping itu, penipisan lapisan ozon juga penyebab
kepada peningkatan suhu bumi.

Langkah-langkah mengatasi kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar

Cadangan saya bagi mengurangkan masalah yang timbul adalah:


a) Penguatkuasaan Undang-Undang
Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar agar
alam sekitar semakin terjaga dan terus dapat dinikmati sehingga zaman akan datang. Pihak
berkuasa sepatutnya mendenda kilang-kilang yang cuai melakukan pencemaran terhadap
alam sekitar seperti membuang bahan kimia, sisa-sisa toksik dan sampah sarap ke dalam
sungai dan melepaskan asap kotor dan berbahaya yang tidak bertapis ke udara. Pihak
kilang pula tidak sepatutnya menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan. Asap yang
dilepaskan pula haruslah ditapis terlebih dahulu agar tidak tercemar udara. Begitu juga
kepada pihak pemaju kawasan ini. Seharusnya sungai tidak dijadikan sebagai tempat
pembuangan sisa-sisa atau bahan lebihan.
b) Mengadakan kempen kesedaran
Pihak swasta dan kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada penduduk di
kawasan ini. Para penduduk pula haruslah menyambut baik serta menyokong kempen yang
diadakan oleh pihak swasta dan kerajaan. Kempen juga boleh diadakan di sekolah-sekolah
yang tedapat di sini. Ini dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar bertapa pentingnya
menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar.
c) Memperbanyakkan tong sampah atau tingkatkan jadual pengutipan sampah
Pihak kerajaan sepatutnya perbanyakkan lagi tong sampah atau tingkatkan jadual
pengutipan sampah oleh pihak berkenaan di kawasan ini. Ini dapat mengelakkan sistem
perparitan atau sungai sebagai tempat pembuangan sampah. Tambahan pula, kawasan ini
semakin bersih daripada sampah sekiranya dibanyakkan lagi tong sampah. Dengan
pertingkatkan jadual pengutipan sampah di kawasan ini, masalah sampah berbau juga
semakin berkurang dan tiada lagi anjing-anjing liar yang menyelongkari sampah.

Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat dibina ialah apakah
jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah mengetahui jenis-jenis kegiatan
ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasai kepentingan kegiatan
ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara. Kita juga dapat mengetahui apakah
sumbangan kegiatan ekonomi di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini,
unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan kegiatan
ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai.

Kegiatan ekonomi merupakan penjana kawasan kajian. Kegiatan ini telah membuka
mata penduduk
ekonomi

bagi

tempatan untuk mengenali dunia luar yang serba saing dalam bidang
memajukan

diri

dari

dibelengu

pekerjaan

yang kurang mendatangkan

keuntungan. Dengan ini, bilangan penduduk yang bergaji rendah semakin berkurangan
berikutan

kegiatan

ekonomi

di

kawasan ini

semakin

rancak

rentaknya.

Akhir

kata,

kegiatan ekonomi di kawasan ini telah banyak memberi faedah kepada perkembangan
sosioekonomi para penduduk di sini.

1) BUKU TEKS

a. Chong Mui Sen, Dr. Azizan bin Hj. Abu Samah, 2002, Geografi Tingkatan 1, Sasbadi SDN.
BHD

b. Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tah Koh Lim, 2004, buku teks
Geografi Tingkatan 3
c. Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent De Selva a/l Santhanasamy,
Lim Jin Fou, 2006, buku teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

2) INTERNET

a. http://smkpenghulusaad.wordpress.com
b. http://10zzggip.blogspot.com/p/kesan-kegiatan-terhadap-alam-sekitar.html
c. http://www.slideshare.net/cikguzarinamn/bab9-kesan-penerokaan-sumberterhadap-alam-sekitar
d. http://www.slideshare.net/azamahadi/geografi-tingkatan-3?related=1

Anda mungkin juga menyukai