Anda di halaman 1dari 49

ARKIB : 01/10/2012

Hajat pasangan Jepun bersanding ikut adat Melayu tertunai

Tetsu Kosenda dan Chiaki Kosenda diraikan dalam satu majlis resepsi perkahwinan
mengikut budaya Melayu di Kampung Jaya Gading, Kuantan, semalam.

KUANTAN 30 Sept. - Keunikan dan kemeriahan adat Melayu ketika meraikan pengantin
baru menjadi inspirasi kepada pasangan pengantin dari Nigata, Jepun untuk
merealisasikan impian perkahwinan mereka.
Tetsu Koasenda, 28, dan pasangannya, Chiaki, 27, yang berkahwin pada Ogos barubaru ini memilih untuk mengadakan majlis persandingan mereka mengikut adat dan
budaya masyarakat Melayu.
Menurut Tetsu yang bekerja sebagai Jurutera Kanan (Kawalan Kualiti) di sebuah kilang
elektronik di sini, dia meminta bantuan rakan dan para pekerjanya bagi mengadakan
majlis persandingan tersebut.
"Setelah hampir dua tahun berada di Malaysia dan sering menghadiri majlis
perkahwinan rakan-rakan Melayu, saya sungguh teruja setiap kali berpeluang hadir ke
majlis persandingan mereka.
"Ekoran daripada itu, saya memasang impian untuk bersanding mengikut adat Melayu
apabila mendirikan rumah tangga," katanya kepada pemberita selepas majlis
persandingan yang diadakan di Kampung Jaya Gading di sini hari ini.

Katanya, dia tidak menjangkakan hasrat untuk bersanding mengikut adat Melayu itu
mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk pihak pengurusan kilangnya.
"Saya cukup terharu apabila semua pihak seperti majikan, rakan-rakan dan para
pekerja bersetuju untuk bersama-sama bergotong-royong meraikan majlis
persandingan saya.
"Malah, pekerja saya, Noraini Darus, 48, turut bersetuju menawarkan rumahnya
sebagai lokasi hari bersejarah tersebut," jelasnya yang cukup meminati masakan
Melayu seperti nasi lemak.
Sementara itu, isterinya, Chiaki, menyahut baik hasrat suaminya itu kerana dia juga
menggemari budaya dan adat resam masyarakat di negara ini yang berbilang kaum.
"Saya suka Malaysia kerana rakyatnya cukup peramah. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis kami. Saya sangat berpuas
hati," jelasnya yang mahu berbulan madu di negara ini.

ARKIB : 16/09/2003
Presiden Avon pilih perkahwinan cara Melayu
DITANYA pada setiap orang, pasti sebahagian besarnya bersetuju bahawa upacara
perkahwinan merupakan peristiwa yang amat penting dan paling istimewa dalam
seumur hidup mereka.
Bukan sahaja kepada pasangan pengantin, malah kepada ibu bapa dan ahli-ahli
keluarga serta sahabat handai yang rapat.
Bagi orang Melayu, adat istiadat yang bermula dengan merisik, meminang, bertunang,
menghantar belanja sehinggalah kemuncaknya, majlis persandingan dirancang dengan
elok dan kalau boleh jangan ada satupun yang ditinggalkan.
Keunikan dan kemeriahan adat perkahwinan orang Melayu dengan pelbagai upacara
yang `tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas, seperti berandam, berinai,
makan beradab dan sebagainya, sememangnya amat dikagumi.
Keistimewaan ini turut memikat pasangan pengantin baru Germen Martinez Corral, 42,
dan isterinya, Esti Catur Hastuti, 32, yang mengabadikan hari bersejarah mereka
mengikut adat dan tradisi perkahwinan masyarakat Melayu.
Germen yang berketurunan Sepanyol, merupakan Presiden Avon Cosmetic (M) Sdn.
Bhd. yang telah hampir dua tahun bertugas di negara ini.
Majlis meraikan pasangan pengantin baru itu telah diadakan dalam satu majlis penuh
meriah di ibu pejabat Avon, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Melangkah masuk ke dewan dengan iringan paluan kompang Germen kelihatan segak
mengenakan baju Melayu songket dan bertanjak, manakala Esti, wanita kelahiran
Indonesia, ayu dengan kebaya songket moden.
Pasangan pengantin kemudiannya bersanding di atas pelamin yang dihiasi indah.
Sambil diiringi tarian tradisional, upacara menepung tawar oleh ahli keluarga pengantin
serta para sahabat turut diadakan sebagai melengkapkan dan memeriahkan suasana.
Menceritakan perasaannya, Germen mengakui, amat terharu kerana berpeluang
merasai pengalaman paling menyeronokkan terutama ketika mengenakan pakaian
pengantin bersongket emas serta bertanjak.
Katanya, peluang bersanding di atas pelamin dan mengikut sebahagian adat istiadat
perkahwinan Melayu memberi makna yang besar dan tidak mungkin dilupa sepanjang
hayatnya.

``Setelah hampir dua tahun bertugas di sini, sedikit sebanyak saya telah mengenali
budaya dan adat resam masyarakat tempatan termasuk dalam hal perkahwinan.
``Sekurang-kurangnya ini hadiah paling berharga buat saya daripada kakitangan Avon
sepanjang berkhidmat di sini,'' ujarnya gembira.
Germen mengakui, tinggal di Malaysia sebenarnya telah memberikan banyak input
yang berguna kepadanya, terutama apabila berpeluang meninjau dan berkongsi
kehidupan dengan penduduk tempatan.
Baginya, majlis petang itu lebih bermakna dengan kehadiran ahli keluarga yang lain
termasuk ibunya, Albina Corral, abang kandungnya, Fernando dan isteri, Anna Corral,
serta anak mereka Patricia dan William.
Bercerita mengenai perkenalan dengan isterinya, Germen berkata, mereka bertemu
ketika beliau berkunjung ke Indonesia kira-kira tiga bulan lalu atas urusan kerja.
Jatuh cinta pandang pertama, Germen lantas memberanikan diri melamar Esti dan
ternyata beliau tidak bertepuk sebelah tangan.
``Beliau wanita yang sungguh istimewa. Selain kejelitaan, perwatakannya yang lemah
lembut tetapi pandai membawa diri amat memikat,'' katanya sambil merenung Esti yang
berdiri di sisinya.
Majlis yang dihadiri 100 kakitangan Avon itu berakhir dengan majlis makan beradab
bersama ahli keluarga pengantin lelaki.

ARKIB : 09/09/2003
Majlis perkahwinan - Janjikan pulangan lumayan
Oleh ROSLAH OTHMAN
KENANGAN di hari perkahwinan pastinya akan terpahat di ingatan hingga ke akhir
hayat. Mana mungkin nostalgia itu dapat dilupakan - ia antara detik yang terpenting
dalam hidup seseorang.
Melalui hari bersejarah dalam hidup, pasti setiap mempelai mendambakan majlis
berjalan sempurna tanpa cacat-cela.
Hakikatnya, impian perkahwinan pasangan hari ini sebenarnya membuka lembaran
baru dalam industri perniagaan.
Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk
Mastika Junaidah Husin, peluang meneroka perniagaan majlis perkahwinan
menjanjikan pendapatan lumayan.
``Dengan membekalkan bahan dan aksesori perkahwinan, ia sebenarnya membuka
peluang perniagaan yang sangat luas.
``Buat masa ini, perniagaan ini belum diterokai sepenuhnya oleh pengusaha khususnya
bumiputera walaupun mampu dijadikan sumber ekonomi,'' katanya.
Perniagaan kerja kahwin, jelas beliau, bukan hanya sebagai sasaran menjadi
usahawan berkapasiti besar, sebaliknya boleh dijadikan sumber pendapatan sokongan
bagi wanita yang mempunyai modal kecil.
``Ia boleh diusahakan secara kecil-kecilan dari rumah tetapi pada masa yang sama,
boleh juga mendatangkan keuntungan yang lumayan,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Promosi Kerja Kahwin anjuran
Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada majlis yang sama, Mastika turut menggesa golongan wanita agar merebut
peluang itu dengan menjadikan bidang kraf sebagai tapak perniagaan, sekali gus
sumber pendapatan ekonomi.
Mastika berkata, penggunaan produk kraf dalam adat perkahwinan Melayu berupaya
meningkatkan pendapatan usahawan kraf seperti penenun, pembuat tekat dan
pembuat produk tembaga.
Sementara itu, Mastika menggesa pengusaha yang terlibat dalam bidang itu supaya
menimba pengetahuan mereka.

Selain menimba pengetahuan, pengusaha juga mestilah kreatif dalam menyediakan


pelbagai perkhidmatan kepada bakal pengantin.
``Pengusaha perlu berani menjadikan perniagaan mereka sebagai pusat sehenti dunia
perkahwinan yang menyediakan berbagai perkhidmatan daripada persiapan seperti
pengedaran kad, pemilihan tempat, gubahan hantaran, pelamin pakaian, menu dan
sebagainya,'' katanya.
Beliau menarik perhatian, dalam senario hari ini, pengantin dan keluarga lebih gemar
menggunakan khidmat perunding perkahwinan yang bertindak menguruskan segalagalanya dari mula hingga akhir.
Sementara itu, katanya, Malaysia sememangnya cukup terkenal dengan seribu satu
macam keunikan budaya dan adat resam penduduknya yang majmuk.
Ini tidak ketinggalan dalam menghasilkan barangan kraf yang mempunyai pengaruh
tersendiri dalam adat dan kebudayaan sesuatu kaum.
``Pengaruh ini dapat dilihat contohnya dalam adat istiadat perkahwinan Melayu.
Sebahagian besarnya masih menggunakan bahan-bahan yang mempunyai nilai dan
keunikan tersendiri,'' jelas beliau.
Ini termasuklah penggunaan hiasan bekas telur, bunga pahar, bunga rampai dan kuih
muih kering tradisional.
``Sebagai agensi yang bertanggungjawab mempromosi hasil kraf negara, Kraftangan
Malaysia harus meneruskan usaha meletakkan industri kraf di tempat yang sepatutnya
melalui pelbagai program yang diatur,'' katanya.
Mengenai promosi itu, katanya, para usahawan secara tidak langsung dapat bersaing
menjadi lebih kreatif dan inovatif ke arah meluaskan lagi pasaran kraf tempatan.

ARKIB : 16/07/2003
Pameran kelengkapan perkahwinan
MALAYSIA sememangnya cukup terkenal dengan seribu satu macam keunikan budaya
dan adat resam penduduknya yang majmuk.
Ini tidak ketinggalan dalam menghasilkan barangan kraf yang mempunyai pengaruh
tersendiri dalam adat dan kebudayaan sesuatu kaum.
Pengaruh ini dapat dilihat contohnya dalam adat istiadat perkahwinan Melayu.
Sebahagian besarnya masih menggunakan bahan-bahan yang mempunyai nilai dan
keunikan tersendiri.
Ini termasuklah penggunaan hiasan bekas telur, bunga pahar, bunga rampai dan kuih
muih kering tradisional.
Sebagai agensi yang bertanggungjawab mempromosi hasil kraf negara, Kraftangan
Malaysia meneruskan usaha meletakkan industri kraf di tempat yang sepatutnya
melalui pelbagai program yang diatur.
Terbaru ialah, Promosi Kerja Kahwin yang merupakan aktiviti promosi yang
mengetengahkan produk kraf tempatan dalam majlis perkahwinan di negara ini.
Promosi yang berlangsung pada 15 Julai sehingga 31 Ogos di Kompleks Kraf Kuala
Lumpur itu, antara lain bertujuan mempamer serta mempromosi penggunaan produk
kraf tempatan dalam majlis perkahwinan.
Pengarah Bahagian Perhubungan Awam Kraftangan Malaysia, Sabrina Mohd. Taufek
berkata, menerusi promosi itu juga, para usahawan secara tidak langsung dapat
bersaing menjadi lebih kreatif dan inovatif ke arah meluaskan lagi pasaran kraf
tempatan.
Katanya, pameran itu juga bertujuan memperkenal serta menarik minat warga tempatan
khususnya mereka yang terlibat dalam bidang andaman dan kerja-kerja kahwin agar
menggunakan hasil kraf tempatan.
``Sepanjang pameran kami telah mengatur pelbagai program yang menumpukan
kepada produk baru perkahwinan serta pameran warisan perkahwinan,'' ujarnya.
Menurut Sabrina, sepanjang pameran, pelbagai program diatur termasuk bazar jualan
dan perkhidmatan andaman.
``Ini termasuk demonstrasi tentang penggunaan produk kraf dalam upacara merisik dan
meminang, pada 19 dan 20 Julai ini, diikuti pada 26 dan 27 Julai tentang penggunaan
produk kraf dalam upacara bertunang dan akad nikah.
7

``Ia meliputi demonstrasi penggunaan produk kraf termasuk cara gubahan dengan
menggunakan bahan-bahan seperti sejadah, telekung dan alat solek,'' katanya.
Sepanjang pameran berlangsung pengunjung juga berpeluang menyaksikan
demonstrasi masakan lauk pengantin oleh Chef Ismail, juga persiapan meja untuk
makan beradab.
Selain berkesempatan mengenali pelbagai rekaan kraf yang digunakan dalam majlis
perkahwinan, pengunjung juga diberi peluang menampilkan kreativiti masing-masing
dalam pertandingan Hias Bunga Pahar, Tatarias Pengantin dan Menghias Meja Makan
Beradab.
Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai program ini boleh
menghubungi Faezah dan Fazlin di talian 03 21627459.

ARKIB : 30/11/2005
Bahagia dimiliki insan tersayang
Oleh SITI ZALEHA JORIMAI
DIAM
tak
diam,
Syawal
semakin
menghampiri
penghujungnya. Baru hendak reda penat menyambut
Aidilfitri, suasana bertukar pula kepada kemeriahan majlis
perkahwinan yang berlangsung di sana sini.
Bagi yang merancang mengakhiri zaman bujang, inilah
kesempatan terbaik memandangkan cuti sekolah masih
panjang, manakala cuti tahun yang berbaki perlu
dihabiskan.
Setiap pasangan yang melangkah ke gerbang perkahwinan
mahu saat bahagia tersebut menjadi detik paling bersejarah
untuk dikenang sepanjang hayat.
Mengikut adat resam orang Melayu, majlis perkahwinan
sepatutnya diambil berat kerana ia adalah peristiwa yang
amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan
pengantin, tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga
serta sahabat handai yang rapat.
Adat yang berkaitan dengan perkahwinan bermula dengan merisik, meminang,
bertunang, penghantaran belanja dan majlis bersanding yang menjadi kemuncak
kepada acara.
Selain ijab dan kabul, majlis perkahwinan orang Melayu turut kaya dengan adat-adat
yang diwarisi turun-temurun seperti berandam, berasah gigi, berinai dan seterusnya
bersanding.
Lazimnya pada majlis persandingan, setelah pengantin perempuan siap dihias, wakil
pengantin perempuan akan menghantar bunga berdaun sirih kepada wakil pengantin
lelaki yang bertandang tidak jauh dari rumah pengantin perempuan.
Pemergian pengantin lelaki dan rombongannya ke rumah pengantin perempuan, diiringi
dengan paluan kompang dan perarakan bunga manggar.
Ketibaan raja sehari biasanya disambut dengan taburan bertih, beras kunyit dan air
renjisan mawar. Upacara ini dilakukan oleh orang tertentu seperti saudara yang rapat
dengan pengantin perempuan bertujuan agar perkahwinan akan dirahmati.
Setelah kedua-dua pengantin sempurna didudukkan di atas pelamin, upacara
menepung tawar atau berinai besar dimulakan.
9

Dalam majlis ini , orang yang dijemput tampil ke hadapan akan menabur beras kunyit
dan bertih kepada mempelai. Kemudian baharulah melakukan istiadat menepung tawar
iaitu mengambil secubit inai dan diletakkan ditapak tangan kanan dan kiri.
Setiap kali selesai upacara menepung tawar dan menginai dilakukan, mak andam
mengambil inai daripada tapak tangan pengantin dan meletakkannya ke dalam satu
bekas lain.
Majlis biasanya berlangsung dalam keadaan meriah dengan hilai tawa para hadirin,
diselangi sindir menyindir kepada pasangan pengantin. Setiap orang yang melakukan
upacara ini diberi bunga telur yang terpacak di pulut kuning sebagai tanda hati kerana
kesudian menepung tawar mempelai.
Berakhirnya upacara ini bermakna sempurnalah adat istiadat perkahwinan masyarakat
Melayu yang telah dijalankan.
Istiadat seterusnya ialah upacara menyambut menantu yang dilakukan di rumah
pengantin lelaki.
Dalam pada itu, persalinan, dandanan dan aksesori pengantin perempuan sudah tentu
menjadi tumpuan para tetamu.
Maka ketelitian memilih persalinan pengantin terutama dari segi rekaan, jenis fabrik dan
perhiasan diri perlu diambil kira agar penampilan mempelai tampak menyerlah.
Songket dan raja sehari memang sinonim, tetapi ada juga yang mahu tampil moden
dengan memilih renda Peranchis dan satin yang dihiasi manik serta labuci.
Bagi yang bertudung, penampilan tidak kurang hebatnya malah jika bijak menyuaipadan nampak lebih anggun dan menawan.
Apatah lagi sekarang ini gaya pemakaian tudung semakin pelbagai dan kreatif. Tudung
polos pasti akan menonjol dengan layah dan tiara yang bergemerlapan.
Layah juga boleh ditukar kepada selendang panjang bersulam tepi, manakala batu-batu
mutiara dan labuci yang dijalin indah menggantikan tiara.
Memenuhi permintaan sempena musim perkahwinan ini, Anggun menampilkan gaya
ayu pengantin bertudung daripada butik milik jurusolek artis terkenal, Midah Khan.
Dan seperti diatur-atur, model yang dipilih untuk memperaga pakaian, Rosshidayu
Awang Teh, 26, secara kebetulan baru tiga hari hari bergelar isteri orang.
Aura pengantin baru terserlah tatkala mengenakan songket pengantin dengan inai
masih merah di jari.

10

Ditemani suami tercinta, Mohd Najmee Hishamudin, pasangan yang masih `berdarah
manis' ini memilih untuk mengadakan majlis di kampung halaman Rosshidayu di Pasir
Putih, Kelantan.
"Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang kami harapkan. Sederhana tetapi
meriah, lebih penting ia berjaya memenuhi impian untuk mengumpulkan semua ahli
keluarga pada hari bahagia saya,'' kata Pegawai Sistem Maklumat di Universiti Malaya
ini.
Persiapan perkahwinan, kata Rosshidayu, jadi lebih mudah apabila dibantu oleh ahli
keluarga, bak kata pepatah gotong royong membawa berkat.
Malah, kesibukan berkerja dan pada masa sama dalam proses menghabiskan
pengajian peringkat sarjana, membuatkan segala persiapan diserahkan kepada orang
tuanya.
Begitupun katanya, impian untuk melihat majlis meriah dengan istiadat tradisional
Melayu berjaya dipenuhi daripada upacara akad nikah, berinai membawa kepada
persandingan dan makan beradab.
Sememangnya tidak digelar raja sehari tanpa persalinan indah, justeru Rosshidayu
memilih kebaya moden daripada fabrik renda Peranchis yang ditempah sendiri untuk
majlis pernikahan dan persandingan.
"Supaya tidak kempunan, saya sempat mengenakan persalinan songket kerana kata
orang tak berseri pengantin kalau tidak ada songket,'' katanya.
Mengingati semula majlis paling bersejarah dalam hidupnya itu, kata Rosshidayu, saat
paling mengharukan sebaik pengantin lelaki melafaz akad nikah.
"Cukup mendebarkan tetapi ada perasaan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata
menyelinap dalam hati. Gembira, bahagia, takut dan gementar bercampur baur.
"Gembira dan bahagia kerana kini saya dimiliki insan yang sayang, tetapi pada masa
sama gementar untuk menghadapi alam rumah tangga yang bukan calang-calang
cabarannya,'' kata anak keenam daripada tujuh beradik ini.
Apa pun Rosshidayu percaya, bahtera perkahwinan harus disuburkan dengan benihbenih kasih sayang, serta dibajai dengan persefahaman dan tolak ansur.

11

ARKIB : 04/03/2003
Festival perkahwinan pupuk perpaduan
MALAYSIA sememangnya sebuah negara yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada
pelbagai bangsa dan etnik yang mampu hidup bersama secara makmur.
Keunikan ini dapat dilihat menerusi adat resam dan budaya masing-masing yang
mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dalam upacara perkahwinan misalnya, setiap kaum sama ada Melayu, Cina mahupun
India, mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan tradisi dan adat budaya masingmasing.
Keunikan adat istiadat perkahwinan pelbagai kaum inilah, mendorong Spektra Ikatan
Jati mengadakan Festival Perkahwinan Spektra 2003 yang julung kali diadakan menarik
perhatian penyertaan kaum Melayu, Cina dan India.
Festival bertema Perpaduan Masyarakat Malaysia 2003 itu bakal diadakan di Stadium
Bukit Jalil mulai 6 hingga 12 Julai ini. Ia dianjurkan bersama Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Menurut Pengerusi Programnya, Nur Azman Nordin, festival itu sebagai titian ke arah
perpaduan dan kemesraan yang sangat-sangat diperlukan oleh negara dalam usaha
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
Katanya, semua rakyat daripada pelbagai kaum, adat resam dan agama dapat bertemu
di satu majlis istimewa dan julung kali diadakan.
``Upacara perkahwinan melibatkan 2,000 pasangan pengantin daripada berbilang
kaum, agama dan adat dalam satu majlis akad nikah, bersanding, makan beradab dan
memotong kek pengantin beramai-ramai,'' katanya.
Menurut Nur Azman, pihaknya cuba mencapai kejayaan dengan mengadakan upacara
akad nikah empat agama universal dengan pasangan pengantin berbangsa pertama di
dunia dalam satu majlis perkahwinan.
``Bagi perkahwinan kaum Melayu, acara akan dimulakan dengan majlis berzanji,
khatam Quran, manakala bagi kaum Cina acara minum teh dan memohon restu ibu
bapa akan turut diadakan.
Menceritakan lebih lanjut mengenai festival itu, beliau berkata, ia menjanjikan kepuasan
kepada mereka yang ingin merakamkan detik bersejarah sebagai `raja sehari'.
Berkonsepkan pameran terbuka dan pusat sehenti, bakal pengantin
mendapatkan pakaian pengantin pelbagai kaum - Melayu, India dan Cina.
12

boleh

Selain itu, turut disediakan untuk bakal pengantin ialah perkhidmatan andaman,
fotografi, dan juga hiasan dalaman.
Bukan itu sahaja, pameran ini juga menawarkan pakej berbulan madu bagi oleh pusat
perhotelan di negara ini.
Kata Nur Azman lagi, festival ini juga boleh menjadi satu daya tarikan kepada
pelancong.

13

ARKIB : 10/12/1998
Henti bufet di kampung

KECENDERUNGAN mengadakan kenduri secara bufet telah menghilangkan adat dan


budaya warisan kita yang berupaya memupuk kemesraan dalam masyarakat pada
majlis seumpama itu. - Gambar hiasan.
MUSIM cuti sekolah merupakan musim di mana banyak orang berkahwin. Sesebuah
perkahwinan tidak sempurna jika tidak disertakan dengan majlis kenduri, persandingan
dan pemberian bunga telur.
Yang perempuannya pula tidak lengkap ke majlis perkahwinan jika tidak menjenguk
seketika di bilik pengantin yang tersedia indah.
Bak kata orang tua-tua, cukup dengan sedulang dua nasi berserta lauk-pauk ringan
untuk menghebahkan khabar kepada kawan-kawan dan kaum keluarga yang tuan
rumah menerima menantu baru.
Paling tidak menimbulkan nostalgia zaman silam di mana semangat gotong-royong atau 'berderau' kata orang utara - masih tebal menjadi amalan.
Kecanggihan yang dicapai oleh negara turut membawa perubahan ketara dalam
penyediaan majlis perkahwinan.
Sekali gus budaya dan adat resam turut menjadi mangsa. Kerja gotong-royong atau
berderau yang menjadi amalan masyarakat Melayu Malaysia kini semakin dilupakan.
Tidak ada lagi riuh-rendah 'mentara' di khemah memasak.
Begitu juga kecekapan hero-hero kampung menaikkan kayu pemacak untuk
menyembelih lembu. Tidak ada juga khemah berlantaikan batang kelapa atau papan
nipis untuk melapah daging.

14

Hiruk-pikuk penanggah atau mentara menghidang makanan di meja dan menuang air
sirap semakin diketepikan. Begitu juga tidak ada lagi penanggah atau mentara melilit
tuala good morning di kolar t-shirt berulang alik membawa lauk-pauk sambil bergurau
senda melayan tetamu.
Hubungan keluarga juga kian renggang. Jika dulu keluarga jauh berkumpul lebih awal
untuk membantu mana yang patut, kini semuanya datang tepat pada masanya sematamata untuk makan.
Demikianlah senario majlis perkahwinan masa kini. Baik di bandar besar, pekan dan
kampung, budaya makan bufet semakin menjadi amalan tuan rumah yang mahu
mengadakan majlis perkahwinan.
Ini semua gara-gara kemodenan yang membawa era katering dalam majlis-majlis
keramaian khususnya majlis perkahwinan.
Hidangan bufet menjadi pilihan utama. Selain harganya murah, cara hidangnya juga
cukup mudah dan meringankan beban tuan rumah yang tidak payah nak fikir tentang
tenaga kerja. Letak makanan dalam dulang, susun pinggan mangkuk dan gelas keliling
meja, kemudian jemput tetamu makan.
Kakitangan katering yang hanya beberapa kerat sekadar mengawasi dan menambah
mana lauk-pauk dan nasi yang kurang, begitu juga air.
Memang sah cara ini nampak senang asalkan ada 'vitamin W' (wang) - tetapi
bagaimana dengan keselesaan tetamu yang datang?
Tidakkah ini juga perlu diambil kira oleh tuan rumah? Kalau dulu apabila tetamu datang
mereka disambut oleh penanggah dan dipersilakan ke meja makan, kini suasana
tersebut tidak ada lagi. Keseronokan tetamu untuk menjamah makanan terbantut
kerana terpaksa beratur panjang menunggu giliran menceduk makanan.
Kalau datang awal kuranglah sikit masalah tetapi bagaimana jika waktu tengah sesak di
mana tetamu datang serentak?
Keadaan tambah genting apabila sedang enak menjamah makanan kerongkong pula
tercekik dan apabila bangun untuk mengambil minuman, gelas pula tidak ada.
Maka berpusing-pusinglah tetamu tadi di keliling khemah mencari gelas kosong
sehingga mood untuk meneruskan makan terus hilang.
Tidak salah bertanya kepada pelayan bertugas di mana ada gelas kosong yang bersih
tetapi apabila tetamu sedang penuh sesak menunggu giliran dan mereka juga semakin
penat, tentulah pertanyaan tidak lagi akan mendapat jawapan.

15

Apa yang menyedihkan lagi sistem makan bufet ini bukan sahaja menjadi amalan di
bandar tetapi kini telah melarat sampai ke kampung-kampung.
Orang bandar memang telah lali dengan makanan cara bufet, dan tidak perlu tunggu
ada majlis kahwin untuk makan bufet kerana hidangan cara itu memang boleh ditemui
di restoran dan hotel.
Sesetengah tetamu apabila menerima jemputan kahwin di kampung melonjak gembira
kerana dapat peluang makan kenduri orang kampung. Malangnya apabila sampai di
rumah orang kahwin tersebut, rupanya hidangan makannya juga cara bufet, langsung
putus selera nak makan.
Pada zaman dulu majlis perkahwinan menjadi medan memupuk kemesraan dalam
masyarakat, khususnya di kalangan kaum keluarga yang tinggal berjauhan. Namun
apabila majlis kenduri kahwin diubahsuai sedemikian rupa sehinggakan identitinya
hilang, tentulah ia sesuatu yang amat mengecewakan.
Masyarakat Melayu memang kuat dengan budaya dan adat kerana ia menjadi warisan
keturunan nenek moyang yang harus dipertahankan. Tidak salah membuat
pembaharuan tetapi biarlah bersesuaian dan kena dengan keadaannya, dan
kemesraan dan persaudaraan terus terjalin.
Alasan tuan rumah bahawa tidak ada tenaga kerja untuk menguruskan majlis
perkahwinan seperti masa dulu boleh diterima tetapi sebaik-baiknya fikirkan juga
keselesaan tetamu.
Memanglah kehadiran tetamu bukan untuk makan semata-mata tetapi kerana
menghargai jemputan. Jika tetamu itu datang beratus-ratus batu jauhnya tetapi
terpaksa berbaris setengah jam untuk menjamah makanan, tentulah tak patut.
Katering memang bagus tetapi hidangan cara bufet untuk majlis perkahwinan masih
belum sesuai untuk dipraktikkan dalam masyarakat kita.
Katering boleh digunakan. Namun kegemilangan cara makan orang kampung satu
dulang empat orang patut dikembalikan. Ini bermakna apabila cukup regu empat orang
satu meja, penanggah atau para petugas katering boleh meletakkan lauk-pauk, biarlah
tetamu makan dengan selesa dan puas.
Seperkara lagi cara katering ada kalanya menyusahkan tuan rumah di akhir kenduri.
Biasanya mereka ditempah mengikut jam, contohnya dari jam 12 sampai 3 petang.
Cukup masa itu petugas katering akan bersiap untuk mengemas barang-barang
mereka. Ada setengah katering tinggal satu jam lagi nak habis masa sudah mula
kelam-kabut kemas barang.

16

Maka riuhlah tuan rumah atau saudara mara mencari bekas-bekas besar seperti periuk
dan besen untuk menyalin lauk pauk lebih. Kalau tuan rumah ada peralatan tersebut tak
apalah, bagaimana kalau yang tidak ada?
Jika katering yang boleh dibawa berunding, mereka akan tinggalkan lauk-pauk dalam
bekas mereka untuk tuan rumah dan mengambilnya semula keesokan harinya tetapi
jumlah katering yang sanggup berbuat demikian boleh dikira dengan jari.
Cuba ambil contoh setelah waktu katering sudah tamat tetapi tetamu masih berduyunduyun datang. Siapa nak buat kerja?
Balik-baliknya tuan rumah anak beranak yang terpaksa senteng lengan menghidangkan
makanan. Kalau ada saudara mara yang masih belum balik, syukurlah tetapi
bagaimana jika mereka semua angkat kaki lepas makan kerana menyangka tidak ada
kerja nak buat macam kenduri kahwin di kampung?
Memang diakui susah nak cari kakitangan seperti dulu kerana kebanyakan belia sudah
keluar bekerja di bandar, yang perempuannya pula ramai yang dah kerja kilang.
Yang tinggal hanya orang tua-tua yang tidak mampu lagi untuk mengayuh senduk
mengacau nasi minyak, membasuh pinggan dan mengangkat dulang, sekadar
meramaikan bolehlah.
Apa pun rasanya makan bufet belum begitu sesuai untuk majlis kahwin khususnya di
kalangan masyarakat Melayu. Bukan cara bufet tidak baik, ada baiknya di segi
penjimatan tenaga dan peralatan, tetapi lebih manis jika tetamu diletakkan di meja yang
telah siap terhidang makanan.
Nampak tertib, selesa dan tidak berdiri lama menunggu giliran menceduk makanan.
Dalam perkara ini siapa yang patut dipersalahkan - kemajuan yang melanda, sikap kita
atau budaya yang semakin diketepikan? Cuba renung dan fikirkan.
Oleh: NORMALA HAMZAH

Sumber : http://www.utusan.com.my
Tarikh Akses : 20 Jun 2013
17

Headline: Promosi Kerja Kahwin di Komplek Kraf KL


Publication: HM
Date of publication: Jun 19, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 021

Kuala Lumpur: Kraftangan Malaysia mengadakan Promosi Kerja Kahwin di Kompleks


Kraf Kuala Lumpur, bagi menggalakkan masyarakat menggunakan produk kraftangan
tempatan dalam persiapan perkahwinan bermula hari ini hingga 1 Julai.
Pameran kelapan itu berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan disertai
seramai 260 usahawan yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan dan jualan
kraftangan.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia Misroni Sulaiman
berkata, pameran itu bertujuan mempopularkan penggunaan produk kraf tempatan
dalam hiasan pelamin, gubahan hantaran, cenderahati dan pakaian pengantin.
Pada masa sama, pameran ini bagi mengeratkan hubungan perpaduan masyarakat
dalam memartabatkan seni budaya dan adat resam majlis perkahwinan pelbagai kaum
di Malaysia, katanya.
Katanya, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang promosi berkenaan antaranya pameran
produk kraf perkahwinan, kursus praperkahwinan, Pertandingan Seni Kreatif Ilham
Perkahwinan dan Kompang.
Pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan perkahwinan masyarakat India,
Baba Nyonya, Melayu Perak, Tatau dan Dusun yang akan berlangsung pada Sabtu dan
Ahad, katanya.
Beliau berkata, pengunjung boleh mencuba menghasilkan bunga telur daripada tisu dan
kerongsang bunga penanggah selain menyaksikan persembahan masakan pengantin
dari Pahang, Perak, Johor serta Kedah.
Selain itu, demonstrasi tekstil, logam perak, andaman, tara rias pengantin, sajian
masakan, masakan kuih tradisional dan hiasan kreatif turut diadakan untuk menarik
pengunjung, katanya.

Headline: Saranan merealisasikan majlis perkahwinan


Publication: BH
Date of publication: Jun 14, 2013
Section heading: Famili
Page number: 005

TIDAK kisah sama ada majlis perkahwinan bakal diraikan berjalan secara gah atau
sebaliknya, itu tidak menjadi soal asal saja cukup memenuhi syariat. Cuma lazimnya
majlis diadakan semestinya mahu diadakan sebaiknya.
Bagi mereka yang ada bajet semua persiapan boleh diserahkan bulat-bulat kepada
perancang perkahwinan, tapi yang bajet sederhana semuanya perlu berkira untuk
memastikan ia mencukupi dalam pelbagai aspek.
Berikut adalah saranan yang boleh membantu anda merancang majlis perkahwinan.
1) Tetapkan tarikh
Sebelum membuat sebarang perancangan, sebaiknya anda berbincang dulu dengan
pasangan. Jika sudah ada kata putus, seeloknya tarikh ditetapkan adalah enam bulan
daripada majlis berlangsung supaya anda mempunyai masa mencukupi untuk
merancang segala-galanya.
2) Kursus perkahwinan
Lima bulan sebelum majlis, pastikan anda sudah menjalani kursus perkahwinan
ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam dan Pejabat Agama Islam Daerah. Pastikan anda
sudah menempah imam dan wali untuk majlis pernikahan.
3) Buat bajet perkahwinan
Cara terbaik untuk buat perancangan perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah
dengan menyediakan senarai. Catatkan segala perkara perlu dilakukan sebelum majlis
berlangsung. Kemudian tuliskan anggaran untuk setiap perkara bagi mendapatkan
jumlah bajet secara keseluruhan.
4) Tentukan konsep majlis
Berbincang dengan pasangan anda konsep yang diingini sama ada eksklusif, moden,
tradisional dan sebagainya termasuk warna tema. Pada masa sama, anda juga perlu
fikirkan tempat majlis bakal berlangsung sama ada di taman, dewan, hotel, rumah dan
lain-lain.
5) Pilih pakej perkahwinan

Biasanya pakej perkahwinan perlu ditempah awal sebelum majlis dan seeloknya lima
ke enam bulan awal. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi
pakaian pengantin, bunga, kad jemputan, jurufoto dan lain-lain) di majalah, internet,
buku atau melalui rakan yang sudah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
6) Buat senarai jemputan
Senaraikan saudara-mara dan kenalan ingin dijemput untuk kedua-dua belah pihak
pasangan pengantin. Perkara ini juga penting untuk pengedaran kad jemputan dan
memberi sagu hati buat tetamu.
7) Tempah kad
Lazimnya dua bulan sebelum majlis anda sudah boleh membuat tempahan kad
sebelum diedarkan kepada tetamu bakal dijemput. Pengedaran juga digalakkan dua
minggu awal agar mereka boleh merancang untuk majlis anda.
8) Membeli barang hantaran
Jika anda ingin berjimat cuba lakukan pembelian ketika ada potongan. Buat pasangan
yang ingin membuat sendiri barang hantaran, adalah eloknya jika barang gubahan
sudah lengkap sebelum menghias.
9) Memilih cincin
Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara
dua mempelai. Jadi, pilih yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang. Sebaik-baiknya,
beli atau tempah cincin perkahwinan dua bulan sebelum majlis berlangsung.
10) Selesaikan segala urusan dengan pejabat agama
Sebulan sebelum majlis berlangsung, selesaikan segala urusan dengan pejabat agama
termasuk surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali.
12) Tempah khidmat katering/tukang masak
Selewat-lewatnya sebulan sebelum majlis, perkhidmatan katering atau tukang masak
untuk kenduri sudah ditempah. Ini bagi memberi masa mencukupi buat persiapan
termasuk jika ada hidangan mengikut tema dan sebagainya.
13) Tempah pakej kanopi
Pakej kanopi perlu ditempah awal-awal. Pastikan termasuk kelengkapan yang berkaitan
seperti kerusi, meja, dulang lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dan lain-lain lagi.
14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap
3

Sebelum majlis berlangsung pastikan segala hantaran siap digubah. Barang hantaran
seperti manisan, coklat dan kek boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung.
Barang lain termasuk sejadah, telekung, sepersalinan kain boleh digubah terlebih awal.
15) Telefon pihak berkaitan
Beberapa hari sebelum majlis, pastikan anda menelefon pihak seperti penyedia pakej
perkahwinan, jurusolek, jurugambar, tukang masak dan sebagainya untuk memastikan
mereka sudah bersedia.
16) Sediakan dokumen
Pada hari pernikahan anda jangan pula lupa membawa kad pengenalan, gambar, dan
apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
17) Pastikan semua wang dan cincin
Jangan kerana anda gemuruh, terlupa pula sediakan wang mas kahwin, wang hantaran
(terutama wang tunai, wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi dan cincin, sirih
junjung atau lain-lain hantaran.
18) Datang awal
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah
jam daripada waktu ditetapkan begitu juga mereka yang menjadi saksi dan wali.
19) Tampil segar
Bagi pengantin lelaki dan perempuan ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi
mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
20) Ceria menghadapi hari bahagia
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

Headline: Adat Melayu unik


Publication: BH
Date of publication: Mar 22, 2013
Section heading: Famili
Page number: 001
Byline / Author: Oleh Norliza Abdullah; Hidayah Mohammad

PELBAGAI cara majlis perkahwinan diadakan oleh setiap pasangan. Zaman berubah,
namun masih ramai yang mengadakan majlis secara berlebih-lebihan hanya kerana
ingin mengekalkan adat dan tradisi.
Dalam bab perkahwinan, sewajarnya atau lebih afdal melakukan yang diwajibkan
mengikut hukum dan syariat Islam. Bagaimanapun, tidak kurang juga yang ingin
melakukan aktiviti sampingan yang sebenarnya dilihat hanya untuk memenuhi resmi
nenek moyang untuk menambah kemeriahan majlis.
Mengambil contoh amalan masyarakat di selatan tanah air, iaitu di Johor banyak
diselitkan elemen adat tradisi seperti amalan melangkah bendul, menabur duit yang
dipanggil `cukai pintu' atau tol, malam berinai kecil, sederhana dan besar.
Perunding dan Pengurus Majlis Perkahwinan, Taib Noh, berkata sebenarnya masih
ramai taksub dan menjadikan amalan sampingan itu sebagai sebahagian daripada
kemestian.
Katanya, mereka yang ingin berkahwin perlu melalui beberapa prosedur bermula
daripada merisik, bertunang dan bernikah kerana itu dianggap perkara paling asas
dalam perkahwinan.
Bagi sesetengah kes, pasangan tidak melalui proses merisik dan bertunang, tetapi
terus bernikah.
Sebagai contoh, tradisi masyarakat di Johor bermula dengan adat merisik dan pihak
lelaki akan bertemu dengan orang yang dipercayai keluarga untuk berjumpa dengan ibu
bapa perempuan bagi memastikan anak mereka sudah berpunya atau sebaliknya.
Merisik tidak dilakukan pada majlis formal, yang datang merisik bertemu ibu bapa
dengan berbual-bual bertanyakan tujuan datang untuk menyunting anak dara.
Kemudian orang yang merisik datang sekali lagi bagi tujuan meminang. Kali ini mereka
datang membawa cincin emas belah rotan sebagai tanda. Sekiranya pinangan diterima,
cincin belah rotan akan disarungkan ke jari manis gadis, jika ditolak cincin dibawa
pulang.
Selepas itu, proses perbincangan menetapkan tarikh pertunangan yang lazimnya
dengan tempoh ikatan antara satu hingga dua tahun. Sekarang tempoh ikatan lebih
cepat, katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
5

Hantaran nombor ganjil


Ketika majlis pertunangan, rombongan pihak lelaki membawa pelbagai cenderahati
dengan jumlah ganjil yang dipersetujui bersama. Contohnya lelaki akan membawa lima
dulang barangan dan dibalas dengan tujuh atau lebih daripada pihak perempuan.
Beliau berkata, pelbagai terma digunakan supaya bait-bait perkataan yang diucapkan
lebih berseni.
Pihak lelaki atau perempuan tidak diwakili ibu atau bapa sebaliknya oleh bapa dan
emak saudara atau keluarga terdekat untuk berbincang tarikh majlis pertunangan,
diikuti wang hantaran ditetapkan pihak perempuan.
Sekarang berbeza apabila pada majlis pertunangan pihak lelaki datang berkunjung
dengan berpakaian lengkap berbaju Melayu dan bergambar sama seakan sudah sah
sebagai suami isteri.
Beliau berkata, itulah kelainan dan uniknya majlis merisik serta pertunangan di Johor,
bakal pengantin lelaki tidak hadir sama.
Mengenai hantaran pula ia ditetapkan seperti dipersetujui pihak perempuan. Ada dua
permintaan iaitu serba satu dan serba berdiri.
Bagi serba satu pihak lelaki perlu menyediakan wang hantaran mengikut jumlah yang
dipersetujui dengan barangan cenderahati iaitu sepersalinan, kasut dan beg tangan.
Permintaan serba berdiri pula pihak lelaki perlu sepersalinan, kasut beg tangan dan
barangan kemas meliputi rantai leher, gelang tangan, cincin, baju, kasut, tas tangan
dan manisan sebagai iringan. Semua barangan ini akan dibawa ketika majlis
pernikahan, katanya.
Langkah bendul
Taib berkata, perbezaan lain yang tidak diamalkan di negeri lain ialah, konsep `langkah
bendul', iaitu memberikan sebentuk cincin atau persalinan kepada kakak atau abang
yang belum berkahwin kerana adiknya menamatkan zaman bujang terlebih dulu.
Bagi majlis berinai pula diadakan dalam tiga fasa, iaitu berinai kecil, sederhana dan
besar.
Majlis pernikahan dibuat pada hari lain atau pada waktu malam atau sebelah pagi dan
diikuti majlis persandingan pada sebelah petang. Yang menariknya, pengantin lelaki
akan diarak sejauh 100 hingga 200 meter ke rumah pengantin perempuan dengan
diiringi rombongan saudara-mara serta paluan kompang dan rebana.
Setiba di pekarangan rumah, mereka disambut dengan kumpulan silat sebelum
6

melangkah masuk ke ruang persandingan.


Bagaimanapun, perkahwinan sekarang banyak dilakukan di dewan atau hotel,
manakala konsepnya sudah agak berbeza.
Cukai pintu
Setiba di muka pintu mempelai lelaki tidak dibenarkan masuk selagi tidak mengagihagihkan atau menabur wang kepada keluarga pihak perempuan yang sudah siap sedia
menunggu. Amalan ini dikenali sebagai `cukai pintu'.
Ada ketikanya, berpeluh-peluh keluarga pengantin lelaki menunggu di dalam ruang
rumah dan pengapit terpaksa melayan pelbagai kerenah sambil menjawab pelbagai
soalan dikemukakan saudara dan mak andam. Jika dulu cuma duit siling saja, kini
sudah menggunakan wang RM5 dan RM10 berga ntung kepada kemampuan.
Malah, `cukai pintu' juga perlu diberi kepada mak andam yang menunggu di atas
pelamin dengan jumlah yang agak tinggi iaitu antara RM50 hingga RM100 selepas itu
baru dibenarkan duduk di sebelah mempelai perempuan.
Sebenarnya, `cukai pintu' itu bukan membebankan, sebaliknya sebagai majlis 'orientasi'
kepada pihak lelaki yang akan menjadi sebahagian daripada ahli keluarga yang turut
diterapkan acara usik-mengusik bagi mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak.
Walaupun zaman sudah berubah, tetapi masih ramai yang mengamalkan demi
menjaga adat dan budaya perkahwinan Melayu.
Perkahwinan dari perspektif Islam Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia
(LKM), Hushim Salleh, berkata Islam perlu memahami kasih sayang dalam Islam.
Beliau yang juga Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya (UM) juga seharusnya memahami hak dan peranan
sebagai suami dan isteri untuk memastikan kehidupan berumah tangga dilayari dengan
baik serta berlandaskan syariat Islam.
Suami dan isteri perlu mengenal pasti hak masing-masing. Paling utama ialah amanah.
Suami dan isteri sewajarnya bersikap jujur.
Mengkhianati satu sama lain akan membawa padah seperti perceraian.
Mawadah dan rahmah iaitu cinta dan kasih sayang yang berhak dimiliki kedua-duanya.
Masing-masing bertanggungjawab memberikan kasih sayang antara satu sama lain
untuk rumah tangga yang harmoni, katanya ketika dihubungi.
Hushim Salleh turut menulis buku Psikologi Perkahwinan dan Keluarga - Semakin Hari
7

Semakin Sayang yang boleh didapati menerusi laman web


www.hushimmotivational.blogspot.com.
INFO
Kewajipan suami kepada isteri isteri
* Memberikan nafkah kepadanya seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat
tinggal dengan cara yang baik.
* Menggauli isteri dengan cara yang baik termasuk memberi layanan yang baik kepada
isteri dari segi seksual, fizikal dan emosi.
* Adil kepada setiap isteri jika suami memiliki lebih daripada satu isteri.
* Menginap bersamanya sekurang-kurangnya sekali setiap empat malam (dalam hal ini
di mana suami berkahwin lebih dari satu) Kewajipan isteri kepada suami
* Tunduk kepada suami dalam kebaikan, bukan dalam kemaksiatan. Isteri tidak perlu
tunduk kepada suami dalam melakukan sesuatu yang dia tidak mampu.
* Menjaga harta suami, menjaga kehormatannya dan tidak boleh keluar rumah kecuali
dengan izinnya.
* Menggembirakan hati suami dan menjaga zuriatnya
* Memenuhi tuntutan batin suami apabila diperlukan suami
* Meminta izin kepada suami jika ingin berpuasa (sunah) apabila suami berada di
rumah
* Mengikuti suami jika suami menghendakinya

Headline: Pengantin India bersanding ikut adat Melayu


Publication: HM
Date of publication: Dec 7, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 054

JOHOR BAHRU: Sepasang pengantin baru, R Surender, 26, dan S Lavanya, 25,
diraikan dengan jamuan serta persandingan mengikut adat masyarakat Melayu.
Pasangan itu diraikan di rumah pengantin lelaki di Taman Megah Ria, Masai di sini, 24
November lalu oleh kira-kira 300 tetamu terdiri penduduk sekitar kawasan berkenaan.
Surender, seorang juruteknik berkata, dia dan isteri tidak menyangka majlis
perkahwinan dalam konsep berbeza.
Perancangan majlis itu idea beberapa rakan yang juga ahli Kawasan Rukun Tetangga
(KRT) kawasan ini.
Saya dan isteri aktif dalam KRT dan penganjuran konsep perkahwinan itu sesuai bagi
mengeratkan perpaduan masyarakat setempat, katanya.
Sementara itu, Lavanya, jururawat klinik swasta berkata, selain berpakaian tradisional
pengantin Melayu, majlis itu diselangi tepung tawar dan silat.
Menurutnya, tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai masakan Melayu.
Kami yang berkahwin di kuil pada pagi terharu diraikan dalam suasana meriah.
Kami berterima kasih kepada KRT kawasan ini selain Umno Cawangan Cenderai yang
melakukan pelbagai persiapan dan menaja pentas serta pakaian pengantin, katanya.

Headline: UPSI tonjol adat perkahwinan Melayu


Publication: BH
Date of publication: Jan 10, 2013
Section heading: Varsiti
Page number: 003

Tanjung Malim: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengembalikan


ingatan kepada adat perkahwinan Melayu menerusi Persembahan Malam Istana Kasih
Mahligai Warisan baru-baru ini.
Mereka membuat persembahan secara lakonan dimulai dengan adat merisik, majlis
akad nikah, peminangan, majlis perkahwinan, persembahan kebudayaan, majlis endoi,
cukur jambul dan selawat.
Pengarah program, Mardianto Hamid, berkata persembahan dilakukan oleh lebih 50
pelajar semester satu Kursus Kebudayaan dan Kesenian Melayu, Jabatan Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Pelihara jati diri
Katanya, persembahan itu bertujuan mengingatkan masyarakat untuk memelihara jati
diri bangsa.
Arus pemodenan hari ini mencabar budaya bangsa Melayu untuk bertahan terutama
kecenderungan generasi hari ini berkomunikasi melalui laman sosial.
Program ini diharap dapat memupuk rasa cinta kepada adat dan warisan Melayu.
Persembahan itu mencetus kenangan yang sukar dilupakan kerana menguji semangat
kerja berpasukan dan kesungguhan walaupun kami baru semester satu, katanya.

10

Headline: Pasangan Siam kahwin ikut adat Melayu


Publication: MA
Date of publication: Nov 25, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 016

JITRA: Sepasang pengantin berketurunan Siam mencipta kelainan untuk menjadi


kenangan indah dalam hidup mereka bagi dikongsi bersama anak cucu apabila
meraikan majlis perkahwinan mereka mengikut adat Melayu, di sini, semalam.
Ini berikutan pengantin lelaki, Osot Prayun, 41, dari Kroh, Perak bersama pasangannya,
Siry Chem, 35, turut diarak dengan paluan gendang dan seruling oleh Kumpulan Seni
Warisan Kedah dari Kodiang bagi menyerikan majlis berkenaan.
Lebih menarik, pasangan pengantin terbabit juga melalui pengalaman direnjis oleh
beberapa orang kenamaan termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.
Siry yang juga Pengurus Akaun, berkata majlis perkahwinannya berlangsung selama
dua hari sejak kelmarin di mana turut diraikan mengikut adat Melayu kerana mahu
merasai kemeriahan sendiri.
Menurutnya, tambahan pula, dia turut menjalani kehidupan Melayu bersama keluarga
bapa angkatnya, Asni Bakar sejak berusia belasan tahun sekali gus timbul idea mahu
melakukan persandingan mengikut budaya kaum terbabit.

11

Headline: Utama keberkatan


Publication: BH
Date of publication: Nov 2, 2012
Section heading: Famili
Page number: 008
Byline / Author: Oleh Saadiah Ismail

Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' menunjukkan, betapa adat menjadi
keutamaan dalam apa juga acara ingin dilakukan.
Perkara ini dapat disaksikan terutama dalam majlis perkahwinan orang Melayu seperti
menepung tawar, menabur beras kunyit, membaca jampi mantera, berandam, berhias
dan sebagainya. Sesetengah amalan ini diketahui ada kaitan dengan adat Hindu tetapi
ia seakan sebati dan menjadi budaya sukar dihapuskan.
Ada yang berpegang, selagi tidak melanggar akidah dan syariat Islam, mereka bebas
melakukannya. Jika diteliti semula, banyak cara boleh dilakukan bagi menggantikan
adat itu kepada konsep lebih bersifat keislaman untuk mendapat banyak keberkatan.
Justeru, tidak salah malah lebih afdal melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Pendekatan itu diaplikasi, Raudhah Islamic Wedding and Events yang tampil dengan
konsep terbaru bagi memastikan majlis dipenuhi dengan keberkatan menerusi
pengisian keagamaan sewajarnya.
Dengan ketibaan musim cuti persekolahan ramai yang merancang mengakhiri zaman
bujang. Mereka mungkin boleh menggunakan pendekatan itu bagi menggantikan
kelaziman majlis dilakukan.
Ikut budaya luar
Pemilik Raudhah Islamic Wedding and Events, Marhaini Yusoff, berkata majlis
perkahwinan sekarang dilihat lebih banyak berunsurkan hiburan seperti nyanyian dan
tarian yang boleh melalaikan.
Ada sesetengahnya terikutikut dengan budaya luar sehingga lari daripada matlamat
asal majlis perkahwinan berkenaan.
Bagaimanapun, menerusi program disediakan menggantikannya dengan pengisian ilmu
supaya lebih bermanfaat dan sekali gus membantu mengeratkan hubungan tetamu
yang hadir.
Antara program itu meliputi bacaan alQuran dan zikir untuk terapi jiwa. Apa yang pasti
halwa telinga tetamu yang hadir akan terpesona dan tenang, katanya.
Marhaini berkata, Raudhah ingin membawa aliran terbaru dalam setiap majlis
12

perkahwinan supaya wang dikeluarkan hampir ribuan ringgit dapat dimanfaatkan


daripada sudut dakwah. Tiga elemen diwujudkan iaitu bacaan al-Quran dan
terjemahan, zikir terapi serta pesan ulama.
Biarlah asas permulaan majlis dengan sesuatu yang baik. Kita mahu jadikan majlis itu
diberkati dengan zikir bagi mengingati Allah dan diampunkan segala dosa. Itu janji
Allah. Mana tahu, jika ada tetamu yang hadir secara tidak langsung menerima hidayah
dan berlaku perubahan positif dalam hidupnya, katanya ketika ditemui, barubaru ini.
Bagi mengelakkan kemusykilan berkaitan konsep perkahwinan itu, pihaknya
mempunyai penasihat syariah tersendiri iaitu Mantan Mufti Kedah, Datuk Syeikh
Hasbullah Abd Halim yang akan menasihati apa yang patut dan tidak patut dilakukan.
Selain itu, pakar motivasi tetap iaitu Dr Love, Dr Rozita Shaari juga akan terbabit sama
dalam majlis berkenaan.
Banyak perbezaan akan dilakukan dalam majlis berkonsepkan keislaman ini iaitu tiada
upacara menepung tawar, tetapi diganti dengan sesi tepung tawar hati pengantin.
Pengisian ini lain daripada yang lain kerana tetamu yang hadir akan mendengar ilmu
yang disampaikan ulama dan pakar motivasi dari semasa ke semasa.
Kami tidak menggalakkan pengantin duduk di atas pelamin, tetapi diubah kepada sesi
bersalam dan memperkenalkan pengantin serta keluarganya. Apaapa pun
perbincangan lebih lanjut antara kedua pihak perlu dilakukan bagi memuaskan hati
pelanggan, katanya yang turut menyediakan sistem bunyi, skrin, multimedia, seorang
artis dan penasihat.
Jimat kos
Bukan itu saja, memikirkan kos perkahwinan yang semakin mencanak mahal, beliau
terpanggil untuk melaksanakan majlis perkahwinan beramai-ramai. Cara ini dilihat
membantu pasangan yang kurang berkemampuan untuk berkahwin dengan cara yang
mudah.
Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak, agensi yang ingin terbabit sama dan pihak
penaja sangatlah dialualukan.
Dengan hanya bayaran serendah RM5,000 mereka boleh melangsungkan perkahwinan
berkonsepkan keislaman. Jadi ini alternatif untuk menyenangkan terutama golongan
muda berkahwin tanpa perlu rasa beban dan menanggung hutang kemudian hari,
katanya.
Mahaini berkata, berdakwah bukan hanya bertempat di masjid dan sebagainya, tetapi
menjangkau lebih daripada itu. Kaedah boleh dilakukan dalam pelbagai dan inilah yang
dilakukan oleh pihaknya.
Sesiapa yang ingin mengetahui pertanyaan lanjut, boleh berhubung di talian 013
13

3593165 atau layari laman sesawang Raudhah islamic Wedding Events.


INFO
Raudhah Islamic Wedding and Events
- Bayaran serendah RM30,000 bagi satu majlis perkahwinan dikendalikan Raudhah
Islamic Wedding and Events.
- Bayaran serendah RM5,000 untuk majlis perkahwinan beramai-ramai.
- Raudhah Islamic Wedding and Events menyediakan perkhidmatan pelancongan
Islamik ke beberapa negara.
- Turut menganjurkan perkahwinan beramai-ramai jika ada sambutan.

14

Headline: Pasangan Jepun bersanding cara Melayu


Publication: HM
Date of publication: Oct 1, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 008

KUANTAN: Pasangan pengantin baru warga Jepun, Tetsukosenda, 28, dan isterinya,
Chiaki, 27, memilih bersanding mengikut cara tradisional Melayu, sekali gus menikmati
sendiri pengalaman menjadi raja sehari pada majlis penuh meriah di Kampung Jaya
Gading, di sini.
Kedua-dua mempelai dari Nagata, Jepun itu diraikan dengan penuh adat Melayu
termasuk berarak diiringi pukulan kompang, bersanding dan ditepung tawar sambil
menyaksikan pertunjukan seni silat dan Muay Thai sebelum memulakan acara makan
beradat.
Tetsukosenda berkata, walaupun wujud sedikit masalah dari segi komunikasi, ia tidak
menghalangnya daripada 'merakam' hari pentingnya itu dengan keunikan cara
masyarakat Melayu di negara ini.
Sepanjang dua tahun bekerja di sini, saya beberapa kali mengikuti rakan menghadiri
majlis perkahwinan orang Melayu dan tertarik dengan pakaian pengantin serta adat
perkahwinannya.
Bermula dari situ, saya mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan dengan
cara tradisional Melayu dan gembira apabila ia berlangsung dengan penuh meriah,
katanya yang bekerja sebagai jurutera di TDK Lambda (M) Sdn Bhd, di sini.
Isterinya, Chiaki berkata, dia sangat menyukai negara ini terutama makanannya iaitu
Char Kuey Teow dan nasi lemak, namun tidak menyangka turut berpeluang meraikan
perkahwinan dengan cara tradisional Melayu.
Saya sangat terharu apabila melihat begitu ramai orang termasuk penduduk datang
meraikan perkahwinan kami dan mereka sangat ramah, katanya.
Sementara itu, penduduk, Noraini Darus, 48, berkata, dia dan keluarga berbesar hati
apabila kediaman mereka dipilih untuk lokasi majlis perkahwinan pasangan Jepun
berkenaan yang juga pegawai atasan di kilang tempat dia bekerja.
Persiapan majlis dilakukan secara bergotong-royong bersama kakitangan kilang dan
selepas perbincangan, mereka memilih rumah saya sebagai lokasi majlis perkahwinan.
Majlis ini bakal diingati sepanjang masa memandangkan ia majlis perkahwinan pertama
dianjurkan di sini, katanya.

15

Headline: Pelajar asing kagum adat, budaya masyarakat Malaysia


Publication: HM
Date of publication: Sep 26, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 010

SHAH ALAM: Saya begitu teruja pertama kali diberi peluang mencanting batik. Ini
pengalaman yang berharga sepanjang berada di Malaysia dan tidak akan saya lupakan
selamanya, kata Joseph Strom, 16.
Dia antara 13 pelajar serta dua guru pengiring dari Gleneagles Secondary College dan
Fountain Gates, Secondary College dari Melbourne, Australia yang menyertai Program
Sister School Cluster, di sini, semalam.
Joseph berkata, dalam program yang dianjurkan antara Australia dan Malaysia itu, dia
diberi pendedahan mengenai budaya dan adat diamalkan penduduk negara ini.
Saya mendapati adat dan cara perkahwinan orang Melayu sangat berbeza daripada
perkahwinan bangsa lain kerana ia dibuat secara teratur dan beradab serta saya kagum
melihatnya, katanya.
Sementara itu, guru pengiring program itu, Tammy Van Rossum, 29, berkata, antara
tujuan utama program itu adalah memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia di
kalangan pelajarnya.
Peserta program ini ialah pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu Indonesia di keduadua kolej itu dan saya berharap mereka dapat mempelajari bahasa Malaysia apabila
menyertai aktiviti dianjurkan bersama pelajar SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
katanya.
Dalam program sehari itu, pelajar dari dua kolej berkenaan turut menyertai program
yang mendapat kerjasama SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan
SMK USJ 4, Subang Jaya.
Pengetua SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Rohani Mustaffa berkata, ini kali
kelima program seperti itu dijalankan sekolah itu dengan kedua-dua kolej itu.

16

Headline: Praktikal perkahwinan bantu pelajari amalan tradisi


Publication: BH
Date of publication: Jun 5, 2012
Section heading: Minda
Page number: 006
Byline / Author: Oleh Safuri Kamarudin

DALAM usaha memberi pendedahan kepada pelajar mengenai hikmah dan adat
perkahwinan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, Kedah menganjurkan
program praktikal perkahwinan, di sekolah berkenaan, baru-baru ini.
Program sehari itu turut menerapkan elemen mengenai adat perkahwinan Melayu
disertai 64 orang pelajar.
Penasihat program, Puan Maudah Ali yang juga guru Pendidikan Syariah Islamiah SMK
Baling, berkata program diadakan bertujuan memberikan maklumat kepada pelajar
mengenai kepentingan, hikmah dan adat perkahwinan.
Perkahwinan sememangnya dituntut dalam Islam bagi mengelakkan diri daripada
kelakuan tidak bermoral hingga melakukan maksiat. Oleh itu, pihak sekolah mengambil
kesempatan memberi pendedahan kepada pelajar bagi memastikan mereka faham
mengenai konsep perkahwinan.
Program ini bukan hanya berpandukan pada teori semata-mata tetapi amali juga diajar
supaya pelajar diberi tanggungjawab melaksanakan adat perkahwinan bermula adat
merisik sehinggalah jemputan kepada majlis persandingan, katanya.
Walaupun pelajar mendapat maklumat secara teori di dalam kelas, Puan Maudah
berkata, pelaksanaan pembelajaran secara praktikal lebih berkesan kerana setiap
pelajar merasai sendiri pengalaman merisik, meminang, akad nikah dan juga
bersanding.
Inilah satu pendekatan untuk pelajar merasai suasana perkahwinan yang lebih kondusif
sebelum melangkah ke alam rumah tangga suatu hari nanti.
Program kali ketiga itu sebahagian daripada pendedahan mengenai situasi sebenar
yang akan dilalui pelajar dan akan diteruskan pada tahun hadapan, katanya.
Program itu dilaksanakan seratus peratus oleh pelajar membabitkan penyediaan
hantaran, menyarung cincin, undangan perkahwinan, persediaan tempat persandingan,
adab ketika bersanding, pemberian bunga telur malah turut bertanggungjawab menjadi
juru nikah ataupun lebih dikenali sebagai `Tok Kadi'.
Selain program praktikal perkahwinan, SMK Baling juga bercadang mengadakan latihan
amali ibadat haji dan umrah bagi memberi pendedahan secara praktikal kepada pelajar
17

mengenai amalan berkenaan.


Inisiatif ini juga membantu mereka memahami ibadat berkenaan secara mendalam dan
membantu mereka menjawab soalan peperiksaan kelak.

18

Headline: Olahan unik bunga telur


Publication: HM
Date of publication: Jun 2, 2012
Section heading: Variasi
Page number: 003

BUNGA telur begitu sinonim dengan beberapa upacara adat khususnya dalam
masyarakat Melayu dari dulu hingga kini.
Selain majlis pertunangan dan perkahwinan, ia turut menjadi penyeri majlis khatam alQuran serta cukur jambul.
Fungsi dan peranannya tetap sama sebagai tanda terima kasih kepada saudara-mara
dan tetamu yang hadir.
Dalam majlis perkahwinan, masyarakat Melayu dulu percaya bahawa bunga telur
sebagai simbolik kepada kesuburan kedua-dua mempelai.
Asalnya ia terdiri daripada sebiji telur rebus dilekatkan atau dicucuk pada setangkai
bunga yang berasaskan kertas.
Sekepal pulut kuning atau pulut kunyit yang diisi di dalam kelongsong daun pisang
diikat bersama-sama bunga telur tadi.
Malah, ia bukan sekadar tanda terima kasih, kerana keluarga pengantin mengharapkan
supaya tetamu mendoakan pasangan pengantin dikurniakan zuriat dan hidup sejahtera.
Hari ini bunga telur mengalami banyak perubahan. Peredaran zaman turut mengubah
makna dan fungsi pemberiannya.
Pulut kuning tidak lagi digunakan dan di sesetengah tempat sudah menggantikan telur
dengan manisan seperti gula-gula, coklat, kek kecil atau buah-buah.
Bekas comel digubah indah dan kreatif untuk mengisi telur atau manisan yang bakal
diberikan kepada tetamu.
Bakul kecil dari rotan, tembikar, tembaga dan kristal dihiasi bunga riben serta
bertatahkan taburan manik.
Ia juga didekoratifkan menjadi bekas bunga telur yang eksklusif dan menarik.
Kini kreativiti pereka dan pengusaha kraf tempatan menampilkan ciptaan unik bunga
telur ternyata membanggakan kerana turut mengekalkan keunikan warisan silam.
Justeru jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Promosi Kerja Kahwin anjuran
19

Kraftangan Malaysia yang bakal berlangsung mulai 20 Jun hingga 02 Julai ini.
Pelbagai rekaan baru bunga telur berasaskan produk kraf tempatan bakal menggamit
kehadiran anda.
Maklumat lanjut kunjungi Kraftangan Malaysia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan
Conlay, Kuala Lumpur atau menghubungi talian 03 - 2162 7459 atau layari
www.kraftangan.gov.my

20

Headline: Mempelai India bersanding adat Melayu


Publication: HM
Date of publication: Nov 30, 2010
Section heading: Main Section
Page number: 027

LANGKAWI: Niat mencipta sejarah dan kelainan dalam hidup mendorong sepasang
mempelai keturunan India, S Nagesh Rau, 30, dan isterinya, R Kamini Devi, 29,
bersanding mengikut adat Melayu di Dewan Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan
Langkawi (Lada) di sini, malam kelmarin.
Malah, pasangan pengantin itu bangga kerana memperagakan persalinan Melayu
termasuk tengkolok dan selendang serta dirai pelbagai lapisan masyarakat.
Nagesh berkata, keputusan mengadakan persandingan mengikut adat Melayu idea
bersama dia dan isteri kerana mereka dibesarkan dalam masyarakat Melayu, malah
mempunyai ramai rakan berbangsa Melayu.
Katanya, keputusan itu tidak dihalang keluarga, malah mereka menyokong sematamata mahukan kelainan dan menjadikan majlis perkahwinan itu sebagai sejarah.
Nagesh, kakitangan Four Season Resort Langkawi dan Kamini, kakitangan Public Bank
Berhad di sini, berkenalan kira-kira setahun lalu sebelum merancang majlis
perkahwinan yang dihadiri lebih 500 tetamu itu.
Saya bersanding mengikut cara Melayu kerana saya fikir Melayu dan India tiada
bezanya. Kita sama-sama rakyat Malaysia, katanya ketika ditemui pada majlis
persandingannya, kelmarin.
Sebelum menaiki pelamin digubah khas di dewan berkenaan, pasangan pengantin itu
diarak dengan bunga telur sebelum disusuli upacara merenjis yang didahului ibu bapa
kedua-dua pengantin.
Kamini dari Taman Intan, di sini, yang tidak terkejut dengan keputusan suaminya
berkata, dia tidak kekok memakai kebaya moden dan selendang, tetapi rimas sedikit
kerana tidak biasa dengan pakaian itu.

21

Headline: Budaya berinai berubah


Publication: BH
Date of publication: Oct 14, 2010
Section heading: Sentral
Page number: 027
Byline / Author: Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim

PEMAKAIAN inai bagi pengantin baru bagaikan satu kemestian dalam perkahwinan
orang Melayu, malahan bagaikan tidak sempurna jika mempelai, khususnya pengantin
wanita sekiranya inai tidak menghiasi jari pada hari bahagia.
Di Malaysia, tradisi inai dibawa masuk oleh masyarakat Arab dan India sekitar 1200
Masihi sehingga pemakaiannya akhirnya menjadi antara tradisi unik dan istimewa serta
diperturunkan dalam adat perkahwinan Melayu.
Sesetengah pendapat menyatakan penggunaan inai bermula dari India yang
diperkenalkan pada zaman Moghul, namun ada juga yang mengatakan inai bermula
dari Mesir dan tersebar ke seluruh dunia kerana budaya merantau masyarakat
pedagang zaman dulu.
Berbeza dengan amalan masyarakat dulu yang menggunakan inai pada kuku tangan
dan kaki sebagai perhiasan kerana keharuman bau asli dan tujuan perubatan,
masyarakat kini melihat inai sebagai lukisan indah di atas tangan ekoran amalan orang
India.
Sebahagian besar masyarakat cenderung melihat inai sebagai pewarna kuku di jari
tangan atau kaki secara semula jadi pada majlis pertunangan atau perkahwinan,
sedangkan hakikatnya herba ini boleh merawat masalah cekam kuku dan kulit di sekitar
kuku.
Pensyarah Kanan, Jabatan Sosio Budaya, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti
Malaya (UM), Ahmad Hakimi Khairuddin, berkata berinai dalam perkahwinan Melayu
tidak wajib, tetapi digalakkan untuk memperlihatkan keistimewaan dan kelainan kepada
pengantin perempuan.
Budaya berinai tidak sekadar membabitkan perhiasan dan solekan, malahan berkaitan
dengan ilmu masyarakat Melayu terhadap kesihatan dan kesuburan, meskipun tiada
kajian mendalam terhadap fungsinya dalam bidang kesihatan. Bagaimanapun,
perubahan dan perkembangan budaya menyebabkan masyarakat kini tidak lagi
memahami fungsinya.
Kini, penggunaannya sebagai perhiasan di atas kuku tidak sekadar popular untuk majlis
perkahwinan, malahan sudah menjadi kebiasaan pada hari biasa. Kebanyakan wanita
Melayu kini mula menggemari lukisan dan corak inai di atas tangan yang dipengaruhi
budaya Hindu di India, katanya pada pertemuan dengan Sastera.
22

Perkembangan itu diyakini berlaku kerana perubahan gaya hidup dan aliran cita rasa
serta pengaruh India sehingga menyebabkan semakin ramai bakal pengantin lebih
gemar menggunakan `inai segera' atau seni lukisan mehendi berbanding daun inai
ditumbuk untuk amalan berinai.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof
Dr Zainab Ismail, berkata inai adalah perhiasan dan cara solekan yang diharuskan bagi
wanita Islam sebagai pewarna rambut serta hiasan kuku dan jari.
Rasulullah SAW pernah menegur tangan seorang wanita kenapa dia tidak berinai.
Justeru, tidak salah untuk melukis inai pada tangan dengan corak bunga atau daun,
asalkan ia tidak menyerupai tatu atau corak yang boleh menyebabkan akidah rosak.
Begitu juga hukum harus bagi umat Islam menggunakan inai bagi menghitamkan
rambut kerana ia baik bagi pertumbuhan rambut selain bertujuan menghitamkan. Apa
saja yang dilakukan haruslah berbalik pada niat sendiri kerana Allah SWT sukakan
pada perkara yang cantik, katanya.
Sungguhpun demikian, beliau mengingatkan meskipun berinai diharuskan bagi wanita
Islam, namun lelaki Islam dilarang memakainya kerana perbuatan berinai pada tangan
dan kaki menyerupai cara kaum wanita berhias, malahan Rasulullah SAW melaknat
kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita.
Bagaimanapun jika sekiranya lelaki itu berinai kerana ada keuzuran iaitu keperluan atau
hajat untuk berubat, tidaklah diharamkan, malahan tidaklah dimakruhkan ke atasnya
untuk berinai kerana berinai bagi pengantin lelaki pada tangan dan kaki adalah adat
semata-mata, bukannya syariat dalam Islam, jelasnya.

Sumber : http://emedia.com.my
Tarikh Akses : 20 Jun 2013
23

PASANGAN CINA KAHWIN IKUT ADAT KAUM MELAYU DI PANGKOR


Date: 16-01-2011
Author: / DIN ZAZ KLS
KAHWIN-ADAT
PANGKOR, 16 Jan (Bernama) -- Sepasang pengantin berbangsa Cina di sini
memilih adat perkahwinan Melayu bagi meraikan hari berbahagia mereka termasuk
menggayakan persalinan songket yang lengkap selain diarak pembawa bunga manggar
dan kumpulan kompang dengan direnjis air mawar.
Pasangan Marco Foo, 29, dan Jenny Chan, 22, turut disandingkan di atas
pelamin dengan jemputan turut diberi peluang untuk melakukan adat menepung tawar
kedua-dua pengantin itu.
Marco berkata idea untuk melangsungkan hari bersejarahnya dalam adat
perkahwinan Melayu itu dibuat apabila dicadangkan oleh sahabatnya.
"Saya dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pangkor bersama kawan-kawan
pelbagai kaum termasuk Melayu. Tiada masalah bagi saya untuk bersanding mengikut
adat. Jika dahulu saya menyaksikan perkahwinan kawan-kawan Melayu, namun hari
ini, saya sendiri yang bersanding," katanya ketika ditemui pada majlis
persandingannya di sini hari ini.
Beliau yang merupakan seorang pengusaha kedai komputer di sini berkata
keluarganya juga terlebih dahulu mengadakan majlis perkahwinan dalam adat
perkahwinan Cina semalam.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga
merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor turut meraikan pasangan itu
yang
dihadiri lebih 500 tetamu pelbagai kaum dan agama di Pangkor Village Resort di
sini.
Zambry melahirkan rasa gembira dengan penerimaan pasangan itu terhadap adat
dan budaya masyarakat Melayu.
Katanya masyarakat kini sudah berubah dan kini boleh berkongsi adat bangsa
lain yang sebelum ini hanya terhad diamalkan oleh satu-satu bangsa sahaja.
"Saya cukup terharu dengan perubahan positif yang berlaku sekarang ini, di
mana adat kaum Melayu contohnya sudah boleh diterima dan diamalkan oleh kaum
Cina di sini. Peristiwa di mana pasangan pengantin berbangsa Cina yang
melangsungkan perkahwinan mereka mengikut adat orang Melayu pada hari ini cukup
bersejarah dan belum dilihat sebelum ini," katanya.
Terdahulu beliau turut menyaksikan kedua-dua pengantin yang segak memakai
pakaian songket itu diarak sebelum melakukan adat tepung tawar terhadap
pengantin itu di atas pelamin.
-- BERNAMA
DIN ZAZ KLS

EKSPO PERKAHWINAN INDIA DAN MELAYU DI MID VALLEY


Date: 22-04-2010
Author: / PSSA LES KAY
EKSPO-PERKAHWINAN
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ekspo perkahwinan yang mengumpulkan
budaya perkahwinan Melayu dan India di bawah satu bumbung berlangsung di Pusat
Pameran Mid Valley di sini bermula hari ini hingga Ahad.
Terdapat 53 gerai pameran bagi perkahwinan India dan 31 gerai pameran
perkahwinan Melayu menanti pengunjung ekspo dan bakal pengantin untuk
mendapatkan inspirasi bagi hari gemilang masing-masing.
"Ekspo ini juga akan menyediakan pakar profesional yang mahir dan bersedia
untuk menawarkan kepakaran mereka untuk menjadikan majlis perkahwinan ini
menjadi istimewa," kata Pengarah D'Organiser (M) Sdn Bhd Victoria Sivatian
selaku penganjur ekspo yang ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata pasangan yang membuat tempahan pada ekspo itu juga berpeluang
untuk memenangi pakej percutian dan hadiah-hadiah lain yang menarik.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany ketika
merasmikan ekspo itu berkata pameran ini penting untuk generasi muda lebih
memahami adat-adat yang diamalkan oleh setiap kaum terutamanya pada majlis
perkahwinan.
"Rakyat Malaysia dapat mengamalkan sikap 'Truly Asia', bukan sekadar tagline
tetapi kita mesti menunjukkan bagaimana ia berlaku," katanya dalam ucapan
perasmian.
-- BERNAMA
PSSA LES KAY

PERKAHWINAN PASANGAN PENGANTIN CINA BERKONSEPKAN MELAYU


TRADISIONAL
Date: 20-01-2006
Author: / PBA KAY
Pengantin
IPOH, 20 Jan (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja
Permaisuri Perak Tuanku Bainun malam ini menghadiri majlis perkahwinan anak
perempuan usahawan beras, Datuk Shum Long Sang di sebuah hotel di sini.
Majlis perkahwinan yang berkonsepkan Melayu tradisional serta Baba dan
Nyonya itu dihadiri kira-kira 1,200 jemputan termasuk Menteri Besar Perak
Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan isteri beliau Datin Seri Kamariah
Mokri, exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.
Elaine Shum Sai Ling, 23, berkahwin dengan Chan Kin Soon, 25, yang
berasal dari Melaka. Kedua-dua pasangan itu telah berkenalan sejak tiga
tahun lalu.
Pasangan pengantin tersebut yang kini bekerja sebagai akauntan di
Australia pulang bercuti di Malaysia bagi melangsungkan perkahwinan
tersebut.
Sultan Azlan Shah, Tajol Rosli dan kedua ibu bapa kepada mempelai itu
turut merenjiskan mawar kepada pasangan tersebut.
Majlis itu diserikan dengan tarian kebudayaan, kompang dan tarian naga.
-- BERNAMA
PBA KAY

PASANGAN JEPUN LANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT


KAUM MELAYU
Date: 10-09-2005
Author: / NSM AZH
SETIU, 10 Sept (Bernama) -- Oleh kerana hatinya sudah tertawan dengan
kebudayaan dan keramahan penduduk tempatan, seorang pemuda Jepun, Shiraga
Katsuyuki, 34, memilih untuk melangsungkan perkahwinannya mengikut adat
tradisional masyarakat Melayu di sebuah tempat peranginan di sini.
Walaupun tanpa kehadiran keluarga dan sanak saudara yang dipisahkan
oleh jarak yang beribu batu jauhnya, majlis perkahwinan Katsuyuki dengan
pasangannya Shiraga Satoe, 25, tetap meriah dengan kehadiran serta layanan
penuh mesra kalangan penduduk tempatan serta kakitangan resort itu.
Katsuyuki sebelum ini pernah bekerja di sebuah kilang di Malaysia
selama tiga setengah tahun, sebelum pulang ke Jepun selama enam bulan, dan
kembali kesini semula ke sini sembilan bulan lalu untuk bertugas sebagai
sebagai penasihat penyeleggara di sebuah kilang eletronik di Pangkalan
Chepa, Kelantan.
Bermula dengan adat bersiram pada sebelah awal pagi, pasangan itu
kemudiannya diarak dengan pengusung sehingga ke pelamin yang disediakan
untuk ditepung tawar, dan jelas kedua-duanya nampak cukup ceria dalam
menempuh satu pengalaman yang amat unik bagi mereka.
Katsuyuki yang berasal dari Okayama nampak begitu tampan dan hebat
dengan mengenakan songket berwarna biru muda, manakala Satoe pula yang
berasal dari Hiroshima, turut kelihatan cukup ayu dan menawan memakai
kebaya songket.
"Makanan di sini juga sedap, cuma agak pedas," kata Katsuyuki kepada
pemberita menerusi seorang jurubahasa.
-- BERNAMA
NSM AZH

PASANGAN ENGLAND LANGSUNG PERKAHWINAN IKUT ADAT MELAYU


Date: 18-04-2003
Author: / MNH RHM
Langkawi-Kahwin (Bergambar)
LANGKAWI, 18 April (Bernama) -- Hasrat sekeluarga dari England yang
ingin mengahwinkan anak mereka di Malaysia mengikut adat istiadat Melayu,
akhirnya tercapai apabila perkahwinan itu berlangsung di sini hari ini.
Terry D'Souza, 51, yang merancang perkahwinan itu sejak setahun lalu
dan besannya Julian Davies, 50, begitu gembira meraikan hampir 40 tetamu
yang hadir di majlis perkahwinan yang berlangsung di Mutiara Burau Bay
Beach Resort Langkawi.
"SARS (Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk) dan konflik perang di Iraq
tidak menghalang kami mendaftarkan perkahwinan anak-anak kami di Langkawi,
semalam," kata D'Souza di sini.
Beliau yang dilahirkan di Melaka kini menjadi warganegara British
setelah menetap di England sejak lebih 30 tahun yang lalu.
Anak perempuannya, Alison D'Souza, 24, dan Nathan Davies, 27,
masing-masing cantik dan segak berpakaian tradisional Melayu ketika
bersanding di atas pelamin.
Sebelum itu, ketibaan pengantin yang diiringi pengapit masing-masing ke
pelamin disambut dengan paluan kompang dan diikuti majlis "akad-nikah"
secara simbolik dengan menyarung cincin di jari manis masing-masing.
Ketika pengantin bersanding mereka dipersembahkan dengan pencak silat
dan tarian kebudayaan sebelum disusuli upacara merenjis air mawar sebelum
diadakan joget lambak.
Nathan, anak kedua daripada tiga beradik adalah lulusan University of
Plymouth kini bertugas sebagai guru dan Alison anak kedua daripada empat
beradik adalah seorang pelatih jururawat di negaranya.
Julian yang pertama kali menyaksikan adat perkahwinan itu berkata
selain menikmati keindahan alam semulajadi di Langkawi, beliau juga dapat
mengikuti adat istiadat perkahwinan Melayu yang unik dan menarik.
Langkawi terus menjadi destinasi pilihan bagi pasangan pelancong asing
bukan Islam mendaftar perkahwinan mereka sambil berbulan madu di sini sejak
syarat perkahwinan untuk mereka dipermudah pada akhir 1999.
Statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan seramai 143 pasangan
luar negara mendaftar perkahwinan di sini setakat ini dengan 24 pasangan
berbuat demikian tahun lalu.
-- BERNAMA
MNH RHM

PASANGAN BELANDA RAIKAN PERKAHWINAN IKUT ADAT MELAYU


Date: 10-04-2003
Author: / MNH FIZ MAI
Belanda-Melayu (Bergambar)
LANGKAWI, 10 April (Bernama) -- Langkawi merupakan tempat paling
bermakna bagi sepasang kekasih dari Belanda kerana di sinilah mereka
membuat keputusan untuk berkahwin malah turut mengadakan upacara
perkahwinan mengikut adat istiadat Melayu.
Detik-detik bersejarah bagi Robbie Mardon, 40, dan Mirjom Gommers, 32,
terakam malam tadi di Mutiara Burau Bay Beach Resort apabila pihak
pengurusan hotel itu mengendalikan upacara perkahwinan mereka dengan penuh
warna warni dan dihadiri para tetamu, kebanyakannya pelancong asing yang
menginap di situ.
Ketibaan pengantin di Seashell Beach Cafe, tempat berlangsung upacara
perkahwinan itu, disambut dengan paluan kompang dan diiringi pengapit
masing-masing sehingga ke pelamin yang serba kuning.
Robbie kelihatan kacak berpakaian baju Melayu hitam dengan tanjaknya
manakala Mirjom anggun dengan kebaya hitam bersulam benang emas.
Walaupun pasangan itu kelihatan agak kekok dan gugup melalui adat
istiadat Melayu itu, tetapi air muka mereka penuh ceria merasai pengalaman
yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.
Bibit-bibit percintaan pasangan yang gemar mengembara ini tercetus 11
tahun lepas apabila mereka bertemu buat pertama kali di Greece.
Mereka tiba di Langkawi dua minggu lepas, seterusnya mengambil
keputusan untuk berkahwin di sini, setelah sekian lama menjelajah bersama
ke beberapa negara.
Pengurus Besar Mutiara Burau Bay Beach Resort, Abdul Razak Abdul Kadir,
berkata ini merupakan kali pertama hotel itu meraikan dan mengendalikan
upacara perkahwinan seperti itu.
"Bila pasangan itu merancang untuk melansungkan perkahwinan di sini,
kami memberikan kerjasama untuk menganjurkan majlis perkahwinan Melayu itu
secara besar-besaran," katanya.
Beliau berkata upacara yang penuh warna warni beserta dengan adat
tradisional Melayu itu telah menarik minat pelancong dari luar negara yang
menginap di situ.
Semasa bersanding pengantin dipersembahkan dengan pencak silat dan
tarian kebudayaan Melayu.
Upacara kemuncak persandingan itu, para tetamu dan pelancong asing
kemudian dijemput merenjis air mawar kepada pasangan pengantin.
Robbie memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau tidak akan
melupakan saat-saat manis yang dilaluinya itu.
"Kami akan terus datang ke Langkawi," katanya.
-- BERNAMA
MNH FIZ MAI
6

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TERBIT BUKU PERKAHWINAN MELAYU


Date: 05-06-2002
Author: / FAY AZH NAK
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Orang ramai yang berminat mengenai
adat perkahwinan orang Melayu kini boleh mendapatkan maklumat mengenainya
melalui buku "Perkahwinan Melayu" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Buku setebal 109 halaman itu mengandungi 10 bab yang merangkumi
pelbagai tahap dalam istiadat perkahwinan Melayu bermula daripada adat
merisik sehinggalah upacara selepas persandingan.
Buku itu ditulis oleh Dr Amran Kasimin, seorang pengamal perubatan
Islam, dan dijual dengan harga RM113 senaskhah.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Dr Mohamed Zahir Ismail semasa berucap
merasmikan pelancaran buku itu berkata ia merupakan antara 1,000 buku yang
mengupas adat istiadat perkahwinan Melayu yang kaya dengan pengaruh agama
dan budaya.
"Masyarakat Melayu zaman dahulu menganggap perkahwinan amat tinggi
martabatnya. Mereka sangat berpegang teguh pada adat istiadat keranan adat
itulah cermin keperibadian sesuatu bangsa," katanya.
Beliau berkata dengan berlangsungnya majlis perkahwinan, masyarakat
Melayu dapat berkumpul, bersatu tenaga dan beramah mesra bagaikan satu
keluarga walaupun berlainan bangsa.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Datuk
Abdul Rahim Abu Bakar, Dr Amran dan Ketua Bahagian Sains Sosial dan
Kemanusiaan DBP Wan Sakinah Wan Abrahim.
-- BERNAMA
FAY AZH NAK

NILAI PERKAHWINAN DAN KELUARGA MELAYU TELAH MEROSOT


Date: 16-12-2000
Author: / FA ZS PR
Nilai-Islam (Bergambar)
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Nilai perkahwinan dan kekeluargaan
dalam masyarakat Melayu hari ini telah merosot kerana perubahan pesat
daripada segi sosial dan pengaruh barat melalui media, kata seorang ahli
akademik Islam.
Timbalan Pengarah (Pengijazahan) Akademik Pengajian Melayu Universiti
Malaya Prof Dr Yaacob Harun berkata, nilai-nilai negatif telahpun bertapak
dalam minda pemuda masyarakat Melayu.
"Institusi kekeluargaan adalah satu institusi utama dalam masyarakat
Islam yang sentiasa perlu dijaga serta dihargai, kata Dr Yaacob dalam
kertas kerjanya bertema - "Nilai-nilai Perkahwinan di Kalangan Masyarakat
Islam Melayu" di seminar sempena pameran "Kemurnian Seni Perkahwinan" di
Muzium Kesenian Islam di sini, hari ini.
"Tidak kira kadar pembangunan, perkahwinan dan institusi kekeluargaan
perlu diperkukuhkan. Justifikasi bagi kewujudannya dalam masyarakat perlu
terus dipertahankan oleh semua anggota masyarakat," katanya.
Ketika ditemui oleh BERNAMA selepas menyampaikan kertas kerja itu, Dr
Yaacob berkata Jabatan Agama Islam boleh memperkenalkan surat nikah yang
bercirikan keseniaan Islam sebagai tanda penghargaan terhadap sesebuah
perkahwinan.
Cara yang pernah dipraktikkan dalam surat-surat nikah Parsi dalam
Dinasti Qajar perlu dijadikan panduan bagi masyarakat Islam di negara ini
untuk mengabadikan surat nikah.
Turut sama membentangkan kertas kerja pada majlis itu ialah Ketua
Pengarah Pertubuhan Arkib Kebangsaan Iran, Dr Sayed Hassan Shahrestani, Dr
Amir H.Zekrgoo dari Universiti Kesenian Tehran dan Timbalan Profesor
Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
Pameran itu bertema "Kesucian Seni Perkahwinan - Sijil-sijil
Perkahwinan Persia Daripada Dinasti Qajar" yang bermula Selasa lepas
membawa bersama koleksi sijil-sijil perkahwinan berhias dari Iran.
Sejak berkurun-kurun di Persia, sesuatu yang mudah dan praktikal
seperti sebuah dokumen perniagaan dijadikan hasil seni.
Dibuat dalam bentuk sama ada "skrol" atau "buku", dokumen-dokumen ini
ditulis dalam skrip seni khat yang cantik dan dihiasai dengan mewah
menggunakan pigmen `lapis lazuli'(biru pekat), cinnabar (merah) dan emas.
Bahagian tepi skrip itu juga sering dihiasi.
-- BERNAMA
FA ZS PR
Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do
Tarikh Akses : 20 Jun 2013
8

Anda mungkin juga menyukai