Anda di halaman 1dari 17

Fauzi PENGUMUMAN

Semua tetamu diminta mengambil tempat masing-masing


dan diminta berdiri sejurus pengerusi mengumumkan
ketibaan VVIP
Mengumumkan ketibaan
Puan Hajah Zabidah Haji Ismail
Pengarah Urusan
Amanah Ikhtiar Malaysia
Iringan muzik selawat berkumandang .....
FAUZI Memperkenalkan hos majlis malam anugerah
kecemerlangan pada malam ini .... dipersilakan
Technician Lampu dimalapkan
Resort

LINDA P : Malam ku bermimpi


Hai dengan satu bintang
Berkata kata ku di jendela
Ku lihat kanda tersenyum memandang
Asmara bergelora meresap ke dada .....

PR L : Malam ku terlihat hai sekuntum lah bunga


Baunya harum menarik hati
Tak sanggup rasa menahan asmara
Meresap ke dada menusuk di jiwa .

Technician Lampu dicerahkan semula .......


Resort
(Sketsa ringkas ) .... turun pentas

ALUAN

1
PR Bismillahirahmanirrahim ..... ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi,


Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi;
Diucapkan puji-pujian, kepada Allah RABBUL IZZATI,
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.

SELAMAT MALAM KAMI UCAPKAN


PARA TETAMU SEMUA JEMPUTAN
SELAWAT DAN SALAM KAMI JUNJUNGKAN
KE HADRAT NABI RASUL PILIHAN
SALUTASI

LINDA Yang Berusaha,


Puan Hajah Zabidah Ismail
Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia

Yang Berusaha,
Puan Nor Fazidah Kadri
Pengarah Bahagian Pinjaman dan Operasi

Yang Berusaha,
Encik Mohd Suhaimi Abdullah
Pengurus AIM Wilayah Terengganu

Yang Berusaha,
Encik Remy Shahar Yahya
Pegawai Rancangan AIM Wilayah Kelantan

Yang Berusaha,

2
Encik Zulkaffle Khalid
Pegawai Rancangan AIM Wilayah Terengganu

Yang Berusaha,
Puan Azizah Omar
Ketua LPS AIM Wilayah Terengganu

Pengurus-pengurus cawangan , Penolong2 Pengurus


Cawangan , Ketua-Ketua Blok , Para jemputan
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang diraikan sekalian.

PR KEMBANG MELUR DI TEPI KALI


BUAT HIASAN DARA PINGITAN
SELAMAT DATANG KAMI DAHULUI
KEPADA SEMUA HADIRIN BUDIMAN

Assalamualaikum ... dan selamat datang ke Majlis Anugerah


Kecemerlangan AIM Wilayah Terengganu Tahun 2009.

PR Menadah tangan pohon perkenan,


Agar majlis berjalan lancar;
Al-fatihah kita lafazkan,
Apa dihajat moga terpancar.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan saudara Mohd


Khairulfitri Abdul Rahman untuk memimpin bacaan doa .
Dipersilakan..

BACAAN DOA

PR Amin amin ya rabbal ‘alamin. Jazakallah hu khairan khasira.

3
Majlis merakamkan jutaan ucapan terima kasih. Semoga
dengan bacaan doa sebentar tadi membolehkan kita sama2
mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t.

LINDA Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian...


Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan ini diadakan sebagai
menghargai sumbangan dan kegigihan yang telah ditunjukkan
oleh semua kakitangan dan sahabat khususnya ketua-ketua
blok dalam menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang
khususnya mencapai matlamat AIM mengeluarkan isi rumah
daripada kemiskinan.
Dan majlis pada malam ini diadakan khas untuk menghargai
khidmat cemerlang yang telah dilaksanakan oleh kakitangan-
kakitangan dan semua ketua-ketua blok berkenaan.

LINDA Tuan-tuan dan puan-puan yang diraikan...


BUAH JAMBU DISANGKA KANDIS
KANDIS ADA DI DALAM CAWAN
GULA MADU DI DISANGKA MANIS
MANIS LAGI SENYUMAN PUAN ....
Kita teruskan acara dengan mempersilakan Yang Berusaha
Puan Azizah Omar selaku Ketua Lembaga Perwakilan
Sahabat AIM Wilayah Terengganu 2009 untuk memberikan
ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan ...


UCAPAN KETUA LPS

4
PR Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berusaha Puan Azizah Omar. Semoga apa yang telah
disampaikan oleh beliau tadi berupaya memberi rangsangan
dan semangat untuk kita sama-sama terus berganding bahu
ke arah kecemerlangan AIM Wilayah Terengganu .

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,


LEMAH GEMALAI TARI PERAWAN
SENYUM MELIRIK MEMIKAT JIWA
KACAK SUNGGUH PARASMU TUAN
MEMIKAT SUKMA IDEA BERGAYA

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Y.Brs Encik Mohd


Suhaimi Abdullah , Pengurus Wilayah Terengganu untuk
memberikan ucapan alu-aluan..... dipersilakan

UCAPAN PW

LINDA Majlis merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada Y.Brs


Encik Mohd Suhaimi Abdullah

ASAM KANDIS MARI DIHIRIS


MANIS SEKALI RASA ISINYA
DILIHAT MANIS DIPANDANG , LG LA MANIS
TP KAN PR YG SEBENARNYA MANIS LAGI HATI
BUDINYA

5
Kini, majlis dengan bangga dan berbesar hati mempersilakan
Yang berusaha Puan Hajah Zabidah Ismail untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Malam
Anugerah Kecemerlangan AIM Wilayah Terengganu tahun
2009.

Dengan segala hormatnya dipersilakan ...


UCAPAN PN. HJH. ZABIDAH

PR Untuk menyempurnakan lagi acara perasmian , dipersilakan


Pengarah Urusan untuk melaksanakan acara MEMOTONG
PULUT sebagai simbolik perasmian Majlis Malam Anugerah
Kecemerlangan AIM wilayah Terenganu 2009 .... dipersilakan

ACARA MEMOTONG PULUT....(gimik atas pentas /


tayangan audio visual) ..... satu tepukan untuk kita semua

Terima kasih kepada PU ..... Begitulah amanat , hasrat dan


harapan Puan PU kepada kita semua. Semoga kita sama2
dapat menjiwai dan menghayati segala maksud yang tersurat
dan yang tersirat dalam ucapan PU td dan mengambil input2
yang positif demi kecemerlangan organisasi . Sekali lagi pihak
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah
Zabidah Ismail.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,


Sebelum acara penganugerahan membuka tirai , majlis
menjemput dan mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan
untuk menjamu selera yang disediakan .

6
Bismillahirrahmanirahim ... Allahummabariklana Fima
PR Rozaktana Waqina Azabannar .... Walhamdulillahirrabil
alamin

Sambil menjamu selera , kita akan dihiburkan dengan


Persembahan Dikir Barat Kumpulan Sanggar Budaya ,
Gong Guchil , Besut . Untuk makluman tuan2 dan
puan2 ....kumpulan DK Barat ini di bawah pimpinan
pendikir yang tidak asing lagi iaitu Meli Tumpok dan Abe
Ya Rabbana dan saudara Hasdam . Kumpulan ini pernah
menjadi naib johan Pertandingan DK Barat Peringkat
Kebangsaan anjuran RTM pada tahun 1995 dan naib
johan pertandingan Ilham Desa anjuran KPLB pada bulan
November yang lepas ....dipersilakan
LINDA
Tkasih diucapkan kepada kumpulan dk barat sanggar
budaya

Sampailah kita ke acara penyampaian anugerah. Untuk


makluman tuan2 dan puan2 ..... anugerah pada malam ini
akan diberikan kepada sahabat2 dan kepada kakitangan
yang telah menunjukkan pencapaian dan prestasi yang
cemerlang sepanjang tahun 2009. Sebanyak 20 penerima
bagi kategori sahabat yg akan mewakili pusat dan blok dari
caw masing2 manakala sebanyak 28 lagi penerima bagi
kategori kakitangan.

Untuk menyempurnakan penyampaian anugerah bagi


kategori sahabat , majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan Tuan Pengurus Wilayah
untuk

7
mengiringi Pn.Norfazidah Kadri , Pengarah Pinjaman Dan
Operasi bagi menyempurnakan anugerah.
Dipersilakan ...
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH

PR Kita mulakan dengan…Anugerah 1 : Pembentang Terbaik


Bengkel Teras 2010
Dinilai berdasarkan gaya persembahan , isi persembahan
dan kerjasama antara ahli kumpulan

Dengan hormatnya dipersilakan…


Pertama: Setiu 88.66%
Kedua:Hulu Terengganu 88.66%
Ketiga:. Dungun 86%
Anugerah 2 : % Kadar Kehadiran Blok Terbaik 2009
RUJUK SENARAI
Anugerah 3: Pusat Terbaik 2009
Kriteria :
• % Keberkesanan Operasi (OE)
• % Kadar Kehadiran
• Keaktifan Meminjam
• Keceriaan Pusat
• Komitmen dan kerjasama sahabat pusat
Anugerah 4: Pengeluaran Pembiayaan Tertinggi
Anugerah 5:Blok OE Tertinggi 2009
Anugerah 6:Blok Terbaik 2009

Kriteria :
• % Keberkesanan Operasi (OE)
• % Kadar Kehadiran

8
• Keaktifan Meminjam
• Komitmen dan kerjasama ketua blok

RUJUK SENARAI

LINDA Tahniah diucapkan kepada semua penerima-penerima


anugerah sebentar tadi.

Majlis turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada


Pn.Norfazidah Kadri diatas penganugerahan tersebut.

Baik lah tuan2 dan puan2,


Kalau tadi kita dihiburkan dengan persembahan luar DK Barat
.... apa kata kita saksikan pula bakat2 kakitangan kita yang
cukup Luar biasa.Majlis dgn dk melengahkan masa lagi
mempersilakan shrizan bersama gitaris nya ikhwan untuk
tampil ke pentas.Mereka akan mendendangkan 2 BUAH lagu
ANDAIKU TAHU DAN SYURGAMU yg di popularkan oleh
kumpulan Ungu.
DIPERSILAKAN........
LINDA
Demikianlah persembahan yg cukup memukau dan
terpukau...

PR Tuan-tuan dan puan-puan yang diraikan,


Penyampaian anugerah seterusnya adalah untuk Kategori
Kakitangan Dan Cawangan yang mempamerkan prestasi

9
yang cemerlang sepanjang tahun 2009.
Malam ini anda akan saksikan lahirnya peribadi-peribadi
terbilang, yang tidak pernah mengenal jemu dalam
perjuangan.

Untuk menyempurnakan penyampaian kepasa semua


penerima dipersilakan sekali lagi PW untuk mengiringi
Pengarah Urusan ke atas pentas utama.
1.ANUGERAH BLOK JSA 100% MEMINJAM
2.PENGEKALAN OE TERBAIK
3.PENINGKATAN OE TERBAIK
4.OE TERTINGGI CAWANGAN 2009
5.PENGELUARAN PEMBIAYAAN TERTINGGI CWGN
6.KAKITANGAN DALAMAN TERBAIK
7.KAKITANGAN TERBAIK LELAKI 2009
8.KAKITANGAN TERBAIK WANITA 2009
9.CAWANGAN TERBAIK

LINDA Dijemput Cawangan ….

Jikalau td kita saksikan persembahan luar iaitu dk barat,


kemudian kita saksikan persembahan kakitangan...apa kata
kali ini kita akan tampilkan pula persembahan daripada
penyanyi jemputan kita yg mmg cukup terkenal di sekitar
besut dan pantai timur . Beliau akan menyampaikan 3 buah
lagu untuk hiburan kita bersama ... dipersilakan saudara
ANTA YA Habibi
PERSEMBAHAN RESORT
Ucapan terima kasih kpd beliau selepas nyanyi ....TIMA
KASSIIIHHHHHHHHHHHH

10
PR Tuan-tuan dan puan-puan yang diraikan,

DARI TERENGGANU HIJRAH KE PAHANG


MENCARI REZEKI SEBAGAI BEKALAN
WALAUPUN JAUH DI RANTAU ORANG
JASAMU TETAP DALAM INGATAN

Bagi mengenang jasa dan sumbangan beberapa kakitangan


yang akan berhijrah ke cawangan-cawangan di luar Wilayah
Terengganu , dipersilakan Pengurus Wilayah untuk ke pentas
bagi menyampaikan cenderahati sebagai tanda ingatan di
atas sumbangan yang telah diberikan.
1. PC Azmi Daud .... marang ke kuala lipis
2. PA Norhayati Mohd Yusoff .... Dgn – PKMB Kepong
3. PA Norhaffizan Abu Bakar .... Setiu – PKMB Selayang
4. Muhamad Shahrulrizal Md Yusof ....Setiu – PKMB
KEPONG
5. Noraini Zamaluddin ... Setiu – PKMB KT
6. Mohd Noor Ikhwan Mohd Noor .... Marang – PKMB KT

ANUGERAH ANGGUN BERGAYA .... MINTA PW STAY


SAMPAIKAN KPD PEMENANG
Sahabat :
Ktgn :

PERMINTAAN KHAS CAWANGAN KEMAMAN ...


...CENDERAMATA KPD PW/pwt.....dipersilakan PC Che
Ismail Che Awang untuk menyampaikan c/hati.....

11
PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA VVIP
Dipersilakan Pengurus Wilayah utk menyampaikan
cenderahati sebagai tanda ingatan kepada tetamu-tetamu
jemputan.
1. Encik Remy Shahar Yahya – PR Wilayah Kelantan
2. Puan Nor Fazidah Kadri – Pengarah Pinjaman Dan
OPerasi
3. Puan Hajah Zabidah Haji Ismail , Pengarah Urusan AIM

PR Hadirin dan hadirat sekalian,

Pinggan sabun berisi minyak,


Minyak bernama seragam bayu;
Minta ampun banyak-banyak,
Maaf seandainya kata terlalu.

Indah terukir ciptaan seni,


Lembut bagaikan sentuhan bayu;
Jari sepuluh disusun kini,
Andainya ada kata terlalu.

LINDA Agar majlis dapat keredaan,


Salah dan silap pohon ampunkan;
Agar majlis dapat keampunan,
Semoga kita beroleh keberkatan.

Di malam ini kita berjumpa,

12
Di lain masa bersama pula;
Dengan berkat selamat sejahtera,
Semoga bahagia harapan kita.

PR Semoga Majlis Anugerah Kecemerlangan AIM Wilayah


Terengganu ini meninggalkan kenangan yang serba indah
dan bermakna kepada setiap yang hadir.

Terima kasih kepada semua yang menyumbangkan jasa,


mencurahkan bakti dan kepada semua yang hadir.

PR
& LINDA Selamat malam dan Assalamualaikum…

SESI SETIU
BERGAMBAR MARANG
HULU
KT
DUNGUN
KMM
BST
WILAYAH

13
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT


BERTEMU KEMBALI PADA PETANG INI.

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH


SUBHANAHUA TAALA KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA
DAPAT KITA BERSAMA-SAMA PADA PETANG INI.

PADA SESI PETANG INI, KITA AMAT BERTUAH KERANA DI


KESEMPATAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PADA TAHUN INI,
KITA AKAN BERSAMA-SAMA DALAM SESI CERAMAH BERKENAAN
DENGAN KECEMERLANGAN DIRI DAN PRESTASI KERJA.

SEBELUM SAYA MENJEMPUT PENCERAMAH TERSEBUT, IZINKAN


SAYA MENCERITAKAN SEDIKIT LATAR BELAKANG BELIAU.

KERJAYA BELIAU BERMULA PADA TAHUN 1986 SEBAGAI


PENSYARAH DAN KETUA KURSUS SAINS KOMPUTER DI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DENGAN PENGKHUSUSAN DALAM
BIDANG PENGATURCARAAN DAN PEMBENTUKAN ALGORITMA.
KERJAYA BELIAU SEMAKIN MENINGKAT MAJU SEHINGGA
DILANTIK SEBAGAI PENGURUS KANAN PEMBANGUNAN SUMBER
MANUSIA DAN PEMBANGUNAN SISTEM ORGANISASI DI FAR EAST
HOLDINGS BERHAD.

PENGALAMAN DAN MINAT BELIAU DALAM BIDANG LATIHAN,


PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN TELAH
MENDORONG BELIAU UNTUK MENUBUHKAN GEM-ASIA
SEMINARS DAN DILANTIK SEBAGAI KETUA EKSEKUTIF DAN
PERUNDING UTAMA.

PROGRAM UTAMA YANG DIJALANKAN IALAH PEMANTAPAN


PRESTASI, PENGUKURAN KPI, PENGUCAPAN AWAM,
PENGURUSAN KUALITI DAN AMALAN 5S.

BAIK LAH, UNTUK TIDAK MELENGAHKAN MASA, DENGAN TAJUK


PEMBINAAN IMEJ KECEMERLANGAN DIRI, SAYA PERSILAKAN –
KETUA EKSEKUTIF, GEM-ASIA SDN BHD, TUAN HAJI AZMAN HAJI
TAHER

14
MATLAMAT

Di dalam dunia yang mencabar ini latihan dan dorongan adalah perlu
untuk mencapai kejayaan yang sebenar. Bagi menarik kakitangan
menambah ilmu pengetahuan, unsur pendidikan perlu digabungkan
dengan rekreasi dan ‘adventure’. Di dalam program ini semua
kakitangan akan melalui proses mendengar, melihat dan menilai bagi
proses pemahaman menyeluruh. Bagi membolehkan bengkel ini
menjadi lebih menarik, satu simulasi berbentuk aktiviti sukaneka akan
diadakan melalui program belajar melalui pengalaman (experiential
learning) berasaskan :-

 Membina cita-cita dan wawasan gemilang pada tahun 2009


 Membuat perancangan bersistem untuk kejayaan organisasi
 Membentuk keyakinan diri untuk kejayaan sebenar (Yakin Boleh)
 Strategi menyelesaikan masalah
 Pelan tindakan kumpulan

OBJEKTIF BENGKEL

• Bertindak secara lebih efektif (pro-aktif)


• Berkomunikasi dengan lebih jelas
• Mengwujudkan dan membina kepercayaan
• Mencapai tahap penghasilan/output secara lebih kolektif
• Memanfaatkan keupayaan diri untuk menjadi kakitangan yang
terbaik melalui kaedah komunikasi berkesan, perundingan dan
semangat berpasukan
• Menetapkan objektif, membentuk perancangan kerja dan
menukarkannya kepada pelan tindakan
• Mengoptimakan keputusan dan keupayaan bekerja di dalam
berbagai-bagai situasi yang mencabar.
• Membina satu bentuk pasukan kerja yang berjaya dan
membentuk persekitaran yang merangsangkan ke arah perubahan
organisasi yang positif
• Mengekalkan tumpuan kekuatan pengurusan secara profesional
disamping meningkatkan kepuasan diri.

15
• Menilai kembali kaedah bekerja dan kesedaran diri berlandaskan
nilai-nilai keagamaan – mulia, jujur di dalam menjalankan tugas,
amanah dan bertanggongjawab
• Membentuk imej yang lebih positif dan efektif untuk diri sendiri
serta organisasi yang akan menghasilkan personaliti yang lebih
berkeyakinan dan dinamik

16
TAKLIMAT BENGKEL TERAS 2010

Tujuan kenapa kita ada di sini ????

1. Bengkel Teras 2010 amat penting utk kita merangka idea dan
strategi bersama untuk mencapai matlamat / sasaran setiap
cawangan.
2. Kita nak membentuk satu struktur LPS yang proaktif dan fokus
kpd matlamat dan bertanggungjawab di atas sebarang situasi
yang terhasil di peringkat cawangan
3. Menghargai peranan dan jasa yang dimainkan oleh semua LPS dan
Ketua-Ketua Blok

ADAB BERADA DALAM MAJLIS ILMU

a) Menjaga ketepatan masa sbg menghormati Majlis dan tetamu


- 7.40 mlm ktgn dah dalam dewan
- 7.45 mlm LPS & Ketua Blok berkumpul kat kereta lembu
b) Off HP
c) Elak keluar terlalu kerap
d) Semua peserta beri tumpuan , jgn bercakap / buat catitan
e) Solat lelaki digalakkan berjemaah / perempua solat dalam
waktu / layak jamak / Solat subuh berjemaah / baca yassin …
5.40 pg berada di surau ….mintak kejutkan rakan2 sebilik / kunci
jam / room call
f) Acara sukan …. 8.00 pg berkumpul ….pakaian sukan mungkin x
muat …boleh pakai pakaian bebas …. Beg dah kemas siap2
….sarapan jam 7.00 pg
g) Sebelum balik check barang jangan tinggal …. Balik ngan kereta
masing2 ….jgn bawok kereta lembu
h) Kunci serah kat kaunter …bawok balik denda

Baca aturcara Majlis / pertanyaan jika ada

17