Anda di halaman 1dari 6

5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu

Cara Selamat
Zafuan Karim

Ramai yang tanya saya cara nak untung besar dengan ar-rahnu. Tapi
secara jujur saya katakan TAK ADA MAGIC dengan ar-rahnu. Ar-rahnu
hanyalah pinjaman bercagarkan emas yang interestnya sekitar 14%
18% setahun! Ia sangat tinggi, rendah sikit berbanding kad kredit!
Keuntungan dengan ar-rahnu bergantung sejauh mana kebijaksanaan
memanfaatkan pinjaman. Yang benar-benar kaya dengan pajakan emas
ialah peniaga emas yang suruh pembeli pajak ramai-ramai. Dia untung
atas komisyen, bukan sebab dia pajak emas. Sedangkan pemajak emas
untung nasibnya untung secupak, rugi segantang!
Kalau ada peniaga cakap ar-rahnu adalah perniagaan, sebenarnya
keuntungan mereka ialah dengan menjual emas tu dengan jumlah yang
lebih besar (sebab orang beli dengan duit pinjaman ar-rahnu), bukan
dengan pajak tu sendiri. Pengalaman saya berkawan dengan otai-otai
besar pelaburan emas, majoriti mereka tak main ar-rahnu. Mereka
hanya memanfaatkan ar-rahnu untuk pusing modal bisnes jer. Bukan
main beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi sebab cara macam
tu terbukti menjerat pelabur ke dalam belengu hutang!

Keuntungan Teknik Manipulasi Ar-Rahnu


Persoalannya, macam mana yang dikatakan untung dengan Teknik
Manipulasi Ar-rahnu? Teknik Manipulasi Ar-Rahnu ialah teknik
memanfaatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas dengan harapan
emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu dapat dijual bila harga emas
naik melepasi kos manipulasi. Pemilik emas dapat dua (2) keuntungan
iaitu:

Untung #1 Untung kenaikan harga emas dalam simpanan ar-rahnu


yang masih lagi milik kita.
Untung #2 Untung kenaikan harga emas yang dibeli dengan duit
pinjaman ar-rahnu yang ada di tangan.

Harga emas naik kita untung, harga emas jatuh pun peluang untuk buat
lebih untung. Wow, untung dua dalam satu!

Kos Sebenar Memanipulasi Ar-Rahnu


Tapi syaratnya Kenaikan harga emas mestilah melepasi dua kos dan kenaikan
tu mestilah DALAM TEMPOH PAJAKAN (6 12 bulan). Kalau harga emas tak
melepasi kos dalam masa 6 bulan, risiko kerugian sangat besar. Kos yang saya
maksudkan ialah:
Kos #1 Susut nilai emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu.
Katakanlah anda beli coin 1 dinar Public Gold, maka susut nilainya 6%. Susut
nilai emas Public Gold sekitar 4.5% 8.0% setiap item.
Kos #2 Kos upah simpan di ar-rahnu. Katakanlah 1.15% sebulan. Lagi lama
dalam ar-rahnu, lagi meningkat kosnya. Kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah
sekitar 1.15% 1.54% sebulan. Ia bergantung kepada kadar upah simpan dan
margin pinjaman yang berbeza-beza antara setiap ar-rahnu.

Untung Secupak, Rugi Segantang?

Kiraan mengikut andaian emas yang dibeli dengan duit pinjaman; item yang
susut nilainya 6% dan kos upah simpan 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.
Sebagai contoh, perhatikan bulan ke-6 petak kuning dalam jadual di atas.
Katakanlah pada bulan ke-6, harga emas naik 15%, maka kita untung 2.10%
(15.00% 12.90%) kalau jual emas yang ada ditangan iaitu yang kita beli
dengan duit pinjaman ar-rahnu. Maksudnya, kalau dapat pinjaman ar-rahnu
bernilai RM10,000, kita untung RM210. Itu belum kira keuntungan emas yang
kita cagarkan dalam ar-rahnu. Tapi katakanlah harga emas cuma naik 8%,
maka kita rugi 4.90% (8.00% 12.90%) atau RM490. Kalau harga emas turun
5%, maka kita rugi 17.90% (5% + 12.90%) atau RM1,790!

Ok sekarang, nampak tak potensi untung berbanding rugi? Sebab tu saya


panggil ini teknik untung secupak, rugi segantang. Kalau untung, untungnya
sedikit. Kalau rugi, ruginya banyak! Jadi sebelum nak buat teknik ni, fikir dulu
masak-masak. Kalau rasa lena tidur malam, boleh teruskan. Kalau boleh
menggangu tidur, baik simpan jer emas tu.

5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat


Kalau nak buat teknik ni, ini tips penting untuk kurangkan risiko kerugian:
Tips #1 Pajak emas hanya bila berlaku penurunan mendadak, at least
sekitar 10% 15%. Biasanya bila harga turun mendadak, harga akan naik balik
dalam tempoh tak begitu lama.
Tips #2 Asingkan sebahagian duit pinjaman untuk kos upah
simpan selama 6 bulan. Kalau harga emas tak naik, mungkin anda boleh guna
duit tu untuk bayar upah simpan dan mencuba lagi nasib dengan sambung
tempoh pajakan.
Tips #3 Pajak dalam jumlah berpada-pada. Kalau anda ada 200 gram emas,
pajak emas tu jangan lebih 100 gram. Katakanlah harga turun 5% yang
menyebabkan anda kerugian 17.90%, anda masih ada modal lain untuk tebus
emas tu dari ar-rahnu.
Tips #4 Beli item emas yang susut nilainya paling rendah. Lagi rendah
susut nilainya, untungnya lebih cepat, dan lebih banyak. Emas yang susut nilai
lebih rendah biasanya berbentuk jongkong atau syiling dinar, bukan
barang kemas.
Tips #5 Berniaga emas! Bila anda berniaga emas, biasanya anda boleh jimat
kos susut nilai sebab emas tu anda boleh jual kepada pembeli baru pada
harga PG Sell. Jual emas tanpa susut nilai.

Keuntungan Emas Selepas 2012


Untuk pengetahuan anda, teknik ini memang dijamin untung sebelum tahun
2012 sebab harga emas naik secara konsisten. Pendek kata, kalau beli hari ni, 6
bulan akan datang confirm boleh jual sebab harga dah melepasi susut nilai.
Tapi sejak 2012, kenaikan harga emas tak begitu konsisten. Dan itulah
sebabnya pemajak tegar ramai yang kecundang.

Sejak 2012, orang paling gembira ialah pengumpul-pengumpul emas macam


saya, bukan spekulator. Lagi harga turun, lagi saya senyum sebab matlamat
saya nak tambah kepingan emas dari semasa ke semasa sebab saya
percaya, akhir sekali orang yang paling kaya ialah mereka yang memiliki
banyak real asset seperti emas, perak, tanah dan hartanah. Real Asset
nilainya akan sentiasa naik dalam jangka panjang. Orang yang simpan duit
kertas, kekayaannya confirm susut setiap tahun dimakan inflasi. Itu belum lagi
kira duit tu bocor dibelanjakan.
Wallahu alam.
ZAFUAN KARIM
02 OKTOBER 2014
11.45 P.M