Anda di halaman 1dari 15

HBMT 3403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2014

HBMT 3403
PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 11

NAMA

: WAN HUSNA BT WAN MAHMUD

NO. MATRIKULASI

791114035062001

NO. KAD PENGNEALAN

791114035062

NO. TELEFON

0129292412

E-MEL

waanhus@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

HBMT 3403

1.0 PENDAHULUAN
Trasformasi atau penjelmaan merupakan satu tajuk matematik tingkatan 2. Mengikut
sukatan pelajaran Matematik KBSM, pelajar tingkatan dua perlu mempelajari empat belas
topik matematik dan menguasainya dengan baik. Salah satu topik yang baru bagi pelajar
ialah Transformasi atau Penjelmaan. Pengajaran dan pembelajaran transformasi adalah satu
aspek penting dalam matematik menengah rendah. Tajuk Transformasi ini melibatkan proses
visualisasi dan penggunaan simbol yang abstrak dan kadang kala boleh mengelirukan pelajar.
Dengan itu, proses pengajaran tajuk ini mengambil masa yang lama kerana seseorang guru
perlu menyediakan alat bantu mengajar (ABM) yang agak memakan masa di samping
memberi penerangan bagi topik tersebut. Seseorang guru perlu melukis gambar rajah pada
papan hitam atau papan graf dengan menggunakan alat-alat geometri untuk menunjukkan
proses penjelmaan yang agak rumit. Pemilihan strategi pengajaran yang tepat dan bahan
bantu mengajar yang menarik boleh memudahkan guru bagi menyampaikan tajuk
Transformasi ini.

2.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CIRI-CIRI


TRANSFORMASI
Terdapat kajian yang dihasilkan oleh penyelidik pendidikan matematik yang boleh
dijadikan rujukan untuk tajuk Transformasi ini. Kajian, artikel dan jurnal yang dihasilkan
banyak membincangkan mengenai strategi yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran
tajuk Transformasi. Contohnya kajian yang dihasilkan oleh Abdul Razak Bin Idris & Ku
Soo Ne (2010), mereka telah menghasilkan kajian yang bertajuk Pembangunan
Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (Pbk) Menggunakan Pendekatan
Konstruktivisme Bagi Tajuk Penjelmaan Matematik Tingkatan Dua. Dalam artikel
yang dihasilkan oleh mereka berdua mereka telah mencadangan satu strategi bagi tajuk
Transformasi dengan membina perisian yang bertajuk Pembangunan Perisian
Berbantukan Komputer (PBK) Menggunakan Pendekatan Kontekstual bagi Tajuk
Penjelmaan Matematik Tingkatan Dua. Perisian ini dibina supaya dapat membantu
dalam menyelesaikan masalah yang timbul seperti yang dinyatakan di atas. Melalui PBK

HBMT 3403

ini, konsep penjelmaan dapat disampaikan dengan lebih jelas dan konkrit. Pelbagai
perubahan yang dianggap abstrak iaitu pergerakan yang membawa suatu titik atau objek
dari kedudukan asal ke kedudukan baru dapat dilihat dengan jelas melalui skrin
komputer. Seseorang guru tidak perlu lagi perlu melukis gambar rajah pada papan hitam
atau papan graf dengan menggunakan alat-alat geometri untuk menunjukkan proses
penjelmaan yang agak rumit. Terdapat pelbagai strategi pengajaran yang sesuai telah
digunakan dalam perisian ini iaitu tutorial, latih tubi dan permainan untuk mencapai
objektif perisian yang ditetapkan Tambahan pula, pembelajaran secara kontekstual dapat
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian pelajar seterusnya
mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna kepada mereka. Secara tidak langsung,
ia membantu para pelajar memperolehi sendiri konsep-konsep sesuatu isi pelajaran secara
konstruktif dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.
Contoh kandungan perisian yang dihasilkan oleh Abdul Razak Bin Idris & Ku Soo Ne
(2010) bertajuk Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer
(Pbk) Menggunakan Pendekatan Konstruktivisme Bagi Tajuk Penjelmaan
Matematik Tingkatan Dua . Berikut adalah paparannya:-

Rajah 1: Paparan menu utama


Skrin Introduction
Paparan Introduction seperti Rajah 2 akan dipaparkan sekiranya pengguna klik button
Introduction di bahagian menu utama. Bahagian ini menerangkan tentang konsep
3

HBMT 3403

transformation dan memperkenalkan tiga jenis transformation iaitu Translation,


Reflection dan Rotation dengan menggunakan peta minda.
Rajah 3 merupakan peta minda yang digunakan untuk menerangkan konsep Translation,
Reflection dan Rotation secara ringkas supaya pengguna mempunyai gambaran tertentu
sebelum memasuki ke subtopik tersebut.

2.1 Kekuatan Perisian


4

HBMT 3403

Tajuk Penjelmaan merupakan sebagai topik yang agak baru bagi pelajar tingkatan
dua. Pelajar perlu menguasai tajuk ini dengan baik pada peringkat ini supaya tidak
menimbulkan kesulitan semasa mempelajari penjelmaan II di tingkatan tiga. Untuk itu,
perisian PBK ini sesuai untuk pelajar tingkatan dua dan tiga untuk meningkatkan
penguasaan mereka ke atas konsep penjelmaan terutamanya konseptranslasi, pantulan
dan putaran. Pelajar-pelajar yang lemah dalam penjelmaan boleh menggunakan PBK
Ini sebagai modul pembelajaran kendiri. Manakala pelajar ingin memperkukuhkan lagi
pengetahuan penjelmaan juga boleh melayari bahagian eBook di mana ia merupkan salah
satu pilihan dalam perisian sebagai pengayaan. Perisian ini juga sesuai digunakan bagi
sesiapa yang berminat untuk lebih mengenali bidang geometri yang melibatkan
penjelmaan. Untuk mempelbagaikan strategi pengajaran guru, perisian ini juga sesuai
digunakan oleh guru-guru semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran ke atas
tajuk penjelmaan ini. Dengan adanya perisisan PBK ini, proses P&P akan berlaku dengan
lebih efektif berbanding dengan kaedah pengajaran yang menggunakan papan hitam.
Setiap penjelmaan ke atas titik atau objek dapat ditunjukkan melalui animasi objek. Ini
akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar bagaimana proses setiap
penjelmaan itu berlaku. Penulis memilih strategi pengajaran yang lebih cenderung kepada
pengajaran kontekstual dan teori pembelajaran konstruktivisme supaya dapat membina
pengetahuan matematik yang lebih bermakna bagi pelajar. Di samping itu, perisian PBK
ini juga dapat meringankan bebanan guru matematik dan seterusnya memendekkan masa
yang diperuntukkan untuk pengajaran bagi tajuk Penjelmaan dengan tidak perlu lagi
melukis gambar rajah pada papan hitam atau papan graf dengan menggunakan alat-alat
geometri untuk menunjukkan proses penjelmaan. Melalui perisian PBK ini, proses
pengajaran lebih berpusatkan kepada pelajar dan secara tidak langsung pelajar akan
melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Pembangunan perisian PBK ini
juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri dan berulang kali
mengikut keperluan pelajar tersebut. Suasana pembelajaran yang positif ini dapat
memupuk nilai berdikari dan bertanggungjawab pelajar ke atas pelajaran mereka. Tarikan
dari unsur-unsur multimedia juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Pelajar dapat
memahami sesuatu konsep penjelmaan dengan lebih kukuh dan dapat membayangkan
5

HBMT 3403

pergerakan titik dalam proses penjelmaan di mana amat membantu pelajar dalam proses
penyelesaian masalah. Secara tidak langsung, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
matematik dapat dipertingkatkan.
Artikel kedua yang dipilih ialah yang di hasilkan oleh Endang Istikomah, Nor
Sakinah Mohamad

(2013). Bertajuk

KESAN

PENGGUNAAN PERISIAN

GEOMETERS SKETCHPAD KE ATAS KEFAHAMAN KONSEP MATEMATIK


PELAJAR. Dalam kajian mereka didapati penggunaan Geometers sketchpad sangat
membantu pelajar memahami konsep matematik. Hai dan Kamran (2010) menyatakan
Geometers Sketchpad telah membawa banyak manfaat kepada pengajaran dan
pembelajaran matematik secara am, dan bidang geometri khususnya. Geometers
Sketchpad (GSP) merupakan salah satu alat teknologi maklumat yang mampu membantu
guru untuk menyampaikan isi pengajaran terutama topik geometri. GSP adalah perisian
khusus bersistem komputer untuk membuat, meneroka dan menganalisis pelbagai konsep
matematik di bidang algebra, geometri, trigonometri, kalkulus, dan bidang lain (Key
Curriculum Press, 2001).
Terdapat kajian-kajian yang berkaitan dengan penggunaan Geometers Sketchpad
telah dijalankan. Dixon (1996) melalui kajiannya membuat kesimpulan bahawa pelajar
yang menggunakan perisian GSP mempunyai skor pencapaian yang lebih tinggi dalam
ujian berkenaan konsep refleksi dan pusingan. Groman (1996) pula telah melakukan
kajian menggunakan perisian GSP dalam kursus geometri bagi pendidikan matematik
sekolah menengah. Pelajar diberikan tiga contoh bagaimana GSP digunakan dan dapatan
menunjukkan guru-guru dan pelajar-pelajar menunjukkan reaksi yang positif terhadap
perisian ini, Seterusnya, Renuwat et al. (2009) mendapati pengajaran menggunakan
perisian GSP mampu mempengaruhi sikap positif dan cara berfikir sehingga
mempengaruhi

prestasi

matematik

pelajar. Almeqdadi

(2005)

pula

mengkaji

keberkesanan perisian GSP terhadap kefahaman beberapa konsep dalam Geometri.


Dapatan menunjukkan pelajar dalam kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan
skor yang lebih tinggi berbanding pelajar dalam kumpulan kawalan. Yousef (1997) telah
melakukan satu kajian untuk melihat kesan penggunaan perisian GSP terhadap sikap
pelajar terhadap geometri. Salah satu dapatan kajian beliau menunjukkan skor ujian pos
yang lebih tinggi berbanding skor dalam ujian pra bagi kumpulan eksperimen. Lester
6

HBMT 3403

(1996) pula telah mengkaji kesan perisian ini terhadap pencapaian pelajar sekolah
menengah dalam bidang geometri. Beliau mendapati pelajar dalam kumpulan eksperimen
mendapat peningkatan skor yang lebih tinggi dalam ujian pos berbanding pelajar dalam
kumpulan kawalan. Zeynep dan Nesrin (2010) dalam kajiannya mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan dalam pencapaian ujian bagi kumpulan eksperimen yang
menggunakan GSP didukung oleh foto-foto digital yang memberikan contoh kehidupan
seharian, dibandingkan dengan kumpulan kawalan menggunakan GSP sahaja.
Seterusnya, pelajar tertarik dengan pengajaran guru kerana kaedah kinematik dengan
menggunakan bantuan perisian GSP membantu pelajar dalam memahami subjek pecutan
dan vektor dengan lebih mudah. Karen (2003) mendapati bahawa pelajar belajar
transformasi geometri dalam konteks teknologi dapat mengembangkan kefahaman yang
dipengaruhi oleh interaksi mereka dengan alat-alat teknologi. Kamariah (2009)
mengatakan GSP mempengaruhi cara kerja dan berfikir pelajar dalam memahami
matematik tambahan. Pelajar lebih mudah dalam memahami konsep geometri melalui
alat teknologi ini.
Dalam kajiannya, Nik Rahimah (2008) membangunkan modul digital dan bercetak
integrasi perisian GSP dalam pembelajaran matematik. Marzita dan Rohaidah (2004)
menjalankan kajian yang melibatkan pembangunan dan pengajaran satu prototaip
menggunakan perisian GSP untuk pengajaran dan pembelajaran matematik bertajuk sukatan
membulat di sekolah menengah. Kajiannya mendapati GSP membantu mengukuhkan
kefahaman pelajar. Beberapa kajian lain yang menggunakan perisian komputer juga telah
banyak dijalankan (Agung, 2010; Muhammad Zainal, 2008; Choirul, 2009; Revillia, 2007;
Fitra, 2009). Analisis mendapati, kefahaman, keaktifan dan hasil pencapaian matematik
pelajar dapat ditingkatkan. Sinclair et al. (2004) menyatakan GSP membantu kegiatan siswa
mengamati secara terperinci objek geometri, menerokai hubungan antara titik atau garis yang
satu dengan titik atau garis yang lain dan meningkatkan kemampuan rasional yang berkaitan
dengan bukti geometri serta dapat berperanan aktif mencapai kefahaman konseptual
kandungan geometri. Nor Hayati (2002) menjalankan kajian keberkesanan penggunaan
perisian GSP dalam pembelajaran matematik tajuk penjelmaan menggunakan kuasi
eksperimental ke atas 68 orang pelajar tingkatan dua. Dapatan kajiannya memberikan kesan
yang positif ke atas pencapaian matematik pelajar. Bhasah dan Rafidah (2003) mengkaji
keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer menggunakan

HBMT 3403

GSP di Pahang dalam tajuk penjelmaan ke atas 66 orang pelajar tingkatan dua. Dapatan
menunjukkan pelajar seronok dengan kaedah ini dan juga mendapati perbezaan yang
signifikan berbanding dengan pembelajaran konvensional.

3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TRANSFORMASI BAGI


PEKAJAR YANG BERPENCAPAIAN RENDAH
3.1 Pantulan

Jarak di antara objek ke paksi pantulan mesti sama dengan jarak di antara imej ke paksi
pantulan dan garis lurus di antara objek dan imej mesti berserenjang dengan paksi
pantulan.

Translasi

Contoh : Translasi ialah pergerakan secara mengufuk (+4) diikuti secara melengkung (1).

HBMT 3403

Jika penjelmaan dilakukan pada titik ke 2, maka pergerakan dari titik ke 2 objek ke
titik ke 2 imej
yang mesti dilihat.
Pergerakan secara mengufuk (x)
(i)

Jika ke kanan pergerakan +ve

(ii) Jika ke kiri pergerakan -ve


Pergerakan secara melengkung (y)

(i)

Jika ke atas pergerakan +ve

Jika ke bawah pergerakan ve


Putaran

Jarak di antara objek ke pusat putaran dan jarak di antara imej ke pusat putaran sama.
Di antara dua garis lurus tersebut mesti membentuk sudut yang dikehendaki
Contoh : Putaran 90 arah jam pada pusat asalan.

HBMT 3403

4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI PENGAJARAN BAGI PELAJAR


YANG BERPENCAPAIAN RENDAH.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi murid kategori lemah
ialah menggunakan pendekatan kostruktivisme. Teori pembelajaran konstruktivisme ialah
murid sendiri akan membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat
pengetahuan sedia ada dan membuat kaitan dengan persekitaran.
Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia
ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan
interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Guru telah menggunakan pendekatan 5E
dalam pengajaran ini. E yang pertama ialah menarik perhatian murid dengan
menggunakan gambar dan pembaris. E yang kedua ialah guru memberi arahan kepada
murid mencari jawapan untuk gambar rajah yang diberi oleh guru. E yang ketiga ialah
murid diminta menyatakan unit piawai yg sesuai untuk objek yg diukur. E yang keempat
ialah guru menerangkan perbezaan antara pantulan, putaran dan Translasi. Akhir sekali
ialah E yang kelima murid diminta memberi contoh lain untuk objek besar dan kecil.
Seterusnya untuk Langkah 3 yang menggunakan Teori behaviouris. Teori ini
mementingkan rangsangan sekali dengan gerak balas serta peneguhan. Sebagai contoh,
guru memberi ganjaran kepada murid semasa jawapan soalan dengan betul. Ganjaran
yang diberi ialah token ekonomi atau cap kepujian. Guru juga menggunakan prinsip yang
terlibat dengan aktif dalam pembelajaran. Murid melibatkan diri semasa perbincangan
dengan guru dan kumpulan lain.
Tambahan pula, guru perlu menyediakan bahan pelajaran disusun dalam urutan
yang logik semasa P&P dijalankan. Antara susunan yang patut diikuti ialah memberi
bahan, menyusun bahan mengikut urutan, mengukur mengikut objek yang diberi, tuliskan
atau catatkan jawapan dalam kertas, dan akhir sekali guru bincang dengan murid. Jika
murid mendapat jawapan yang betul atau respon yang tepat, guru akan memberi ganjaran
sebagai galakkan atau motivasi.
Akhir sekali ialah Langkah 4 yang menggunakan Teori Pembelajaran Kognitif
Bruner. Teori ini menyatakan pembelajaran konsep atau kategori mempunyai ciri-ciri
yang berbeza berbanding objek dengan objek yang lain.
10

HBMT 3403

Murid-murid juga bekerja dalam kumpulan serta perbincangan dengan ahli


kumpulan. Penyataan ini boleh dibuktikan dalam situasi selepas murid mendapat bahanbahan tersebut, guru meminta murid-murid membincang dengan ahli kumpulan sama ada
bahan itu dapat diukur atau tidak serta mencatat dalam jadual yang disediakan oleh guru
Secara kesimpulannya, penggunaan semua teori pembelajaran ini adalah untuk
membantu guru mencapai objektif pengajaran dan murid dapat mencapai hasil
pembelajaran. Selain itu, dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
bertolak ansur, tolong-menolong dapat dipupuk melalui pembelajaran menggunakan
teori. Sebagai contoh, semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan murid perlu
memiliki sikap seperti bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong antara satu sama
lain supaya kelas boleh mewujudkan keadaan yang harmoni.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini saya telah mengaplikasikan dua
pendekatan yang berbeza iaitu induktif dan deduktif. Berdasarkan Ahmad Subki Miskon
dan Syed Ismail Syed Mustapa (2013), mereka telah menjelaskan bahawa pendekatan
induktif merupakan suatu pendekatan apabila guru memulakan pengajaran dengan
memberikan contoh yang khusus dan di akhir pembelajaran murid akan membuat
rumusan.
Kumpulan kami telah menggunakan pendekatan induktif dalam langkah 3.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ialah guru telah memberi bahanbahan maujud sebagai bahan bantu mengajar seperti sepit rambut, syiling 5 sen, getah
rambut, rantai kunci, putik kapas, blok kayu, dan butang. Kemudian, guru memberi
contoh umum tentang bahan-bahan yang boleh diukur dengan menggunakan unit
centimeter (cm) dan unit milimeter (mm). Contohnya, objek-objek yang bersaiz kecil
akan diukur dengan milimeter manakala objek-objek yang bersaiz besar akan diukur
dengan sentimeter (cm).
Seterusnya, saya juga mengaplikasikan pendekatan deduktif dalam aktiviti
tersebut. Menurut pendapat daripada Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed
Mustapa (2013), mereka menyatakan bahawa pendekatan deduktif boleh didefinisikan
sebagai pendekatan mengajar yang bermula dengan hukum, peraturan, dan rumus.
Kemudian ia diikuti dengan aplikasi ke atas contoh-contoh yang khusus.
11

HBMT 3403

Dalam merangka perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kesan


terdapat beberapa kaedah yang difikirkan bersesuaian digunakan misalnya kaedah
pemudahcaraan, perbincangan dan demonstrasi.
Berdasarkan kaedah pertama iaitu pemudahcaraan, justifikasi yang menjadikan
kaedah ini sebagai pilihan ialah kerana melalui kaedah ini guru dapat memotivasikan
murid, membimbing dan mengalakkan murid melibatkan diri di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP). Pendekatan sebegini amatlah sesuai dijalankan di sekolah
rendah kerana kaedah ini lebih dekat dengan murid dimana pada peringkat inilah mereka
memerlukan bimbingan yang berterusan untuk memahami sesuatu konsep yang konkrit
kepada konsep yang lebih abstrak lagi.
Bukan itu sahaja, apa yang lebih penting lagi, kaedah ini juga dapat membantu
melicinkan pembelajaran agar tiada sebarang gangguan.Tambahan pula, kaedah ini turut
mampu mengukuhkan kemahiran pertuturan di samping melatih murid untuk berfikir
dengan cepat dan spontan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Situasi sebegini boleh
diwujudkan kerana jika guru menguasai teknik menyoal yang kesan sudah pastilah
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik serta dapat mencapai objektif
pembelajaran yang disasarkan.
Selanjutnya ialah berkaitan justifikasi pemilihan dan pengaplikasian kaedah
perbincangan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya, mengapa kaedah ini
dipilih ialah kerana untuk memberi peluang kepada murid-murid saling bertukar-tukar
idea dan berkongsi pengalaman serta ilmu yang mereka peroleh bersama-sama dengan
rakan-rakannya yang lain. Melalui cara ini mereka dapat melatih diri murid-murid untuk
berfikiran lebih rasional dalam mengemukakan sebarang idea dan pendapat.
Biar kita ambil contoh pengaplikasian kaedah ini. Jika dilihat dengan teliti
kaedah ini telah diaplikasikan sebanyak dua kali iaitu semasa di langkah pengajaran 3
dan 4. Kedua-dua langkah ini tidak jauh berbeza kerana guru telah memberikan bahan
rangsangan serta arahan yang jelas untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Di dalam proses
pengajaran tersebut, guru membenarkan murid-murid untuk berkongsi idea dalam
menyelesaikan masalah selain melontarkan pendapat mengenai isu yang bercanggahan
dengan kumpulan yang lain.

12

HBMT 3403

Selain itu juga, kaedah ini secara tidak langsung mampu memberi rangsangan
kepada murid-murid untuk mempunyai sifat ingin membaca bagi mencari dan
menambahkan maklumat sedia ada mereka. Senario ini berlaku kerana mereka merasakan
satu kepuasan jika dapat melontarkan idea yang bernas bersama-sama bukti yang kukuh
iaitu melalui pembacaan. Tambahan pula, keadaan ini turut mendorong kepada
perkembagan mental mereka kerana kaedah ini telah berjaya memupuk murid-murid
untuk berfikiran lebih kritis, analitis dan kreatif semasa menjalani sesi perbincangan.
Akhir sekali, kewajaranan memilih kaedah demostrasi ialah kerana kaedah ini
mampu melatih murid melakukan pemerhatian dan seterusnya melaksanakan aktiviti
tersebut mengikut prosedur yang tertentu. Ini penting kerana murid-murid di sekolah
rendah akan lebih mudah memahami sesuatu isi pelajaran jika mereka diberikan contoh
untuk dilihat. Bukan itu sahaja, melalui kaedah demostrasi ini juga akan mempercepatkan
proses kefahaman murid melalui pemerhatian disamping membuka peluang untuk murid
lebih memahami apa yang hendak dipelajari.
Contoh mudah pengaplikasian kaedah demostrasi ini ialah guru melakukan
demostrasi untuk mengukur bahan dalam unit piawai. Semasa demostrasi ini
berlangsung, murid-murid akan memerhati dan menilai aktiviti tersebut dan apabila
mereka diberi peluang untuk melakukannya dengan mudah mereka dapat boleh
memahami apa kemahiran yang ingin disampai oleh guru tersebut. Ini menunjukkan
bahawa objektif pembelajaran guru tersebut telah tercapai dan murid dapat menguasai
kemahiran itu dengan baik.
5.0 RUMUSAN
Pendekatan atau kaedah pengajaran seseorang guru merupakan komponen yang
penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru perlu mempunyai
sifat kreatif yang boleh dibina melalui pengalaman yang luas. Pengajaran dan
pembelajaran matematik menjadi berkesan jika berpusatkan pelajar. Unsur-unsur
kreatif perlu diterapkan dalam prinsip pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
guru, persekitaran dan kaedah pengajaran. Guru perlu berilmu, berinisiatif dan
memahami apa dan bagaimana perlu mengajar serta mengapa dan bagaimana pula

13

HBMT 3403

pelajar perlu belajar matematik. Persekitaran yang ceria dan kondusif juga akan
merangsang pelajar untuk belajar matematik.
Secara keseluruhannya, guru berkesan di sekolah adalah guru yang tahu
mengimbangi peranannya dengan mengambil kira aspek kualiti, kemahiran,
personaliti dan kepelbagaian kaedah mengajar yang bertitik mula dari dalam diri guru
tersebut yang akhirnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
berdasarkan perlakuan mengajar yang menekankan perancangan, perlaksanaan dan
penilaian yang mana tahap penentuannya ditunjukkan berdasarkan keputusan dan
kesan pengajaran mengikut perlakuan dan prestasi pelajar. Pemilihan strategi, kaedah
dan teknik mengajar disifatkan sangat penting dalam meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran kerana berkait rapat dengan pencapaian objektif
pelajaran bagi membantu perancangan isi pelajaran secara sistematik dan menarik

14

HBMT 3403

RUJUKAN
Mohd. Supian bin Mohd. Yasin. 1999. Menggunakan Teknologi Maklumat Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Secara Kooperatif: Laporan Pengajaran.
RECSAM Pulau Pinang:
Rohaya Mohamed. 1999. Penyiasatan Perimeter dan Luas dengan Geometers Sketchpad.
Pulau Pinang: Laporan Kursus Pendedahan Perisian Geometers Sketchpad. RECSAM
Pulau Pinang.

15