PENSYARAH
ENCIK WAN SHAWALUDDIN WAN HASSAN
NAMA : MUH. IRFAN BIN JABIR
NO MATRIK : BA12110236
SOALAN 4
REVOLUSI 1848 BERMULA DENGAN PENUH JANJI, TETAPI BERAKHIR
DENGAN KEGAGALAN. BINCANGKAN.
1.0
PENDAHULUAN
Revolusi-revolusi 1848 merupakan pertembungan dan ledakan idea oleh para pelopor tokohtokoh penggerak revolusi masing-masing. Revolusi ini dikatakan sebagai zaman selepas
Napoleon Bonaparte. Di eropah, revolusi ini juga dikenali sebagai zaman pemulihan iaitu
pemulihan semula tampuk pemerintahan di Perancis daripada keluarga diraja dari wangsa
Bourbon dan pemulihan pemerintahan daripada cara revolusioner kepada pemerintahan
yang bercorak konservatif. Pemulihan atau pengembalian semula daerah takhluk Perancis
kepada negara yang berhak terhadapnya. Antara kuasa besar eropah yang berjaya
mengalahkan Napoleon Bonaparte iaitu Britain, Austria, Rusia, dan Prusia. Aktiviti
penaklukan perancis di Eropah akan dipastikan untuk tidak berulang oleh semula semua
kuasa besar. Untuk mencapai tujuan ini dan untuk melahirkan kestabilan politik, maka suatu
sistem perimbangan kuasa diketengahkan.
zaman antara tahun 1815 hingga tahun 1848 ini rata-rata memperlihatkan pemikiran
dan pemerintahan konservatif di Eropah. Dalam pada itu, terdapat juga peristiwa
revolusioner pada tahun 1820 dan tahun 1830 yang mengancam arus konservatisme ini.
Unsur yang cuba merombak keadaan ini ada kaitannya dengan revolusi Perancis. Bahang
daripada revolusi perancis masih lagi dirasakan. Kemaraan tentera perancis mungkin telah
dapat disekat tetapi perkembangan idea yang telah dibangkitkan oleh slogan persamaan,
persaudaraan dan kebebasan nampaknya sukar untuk dibendung begitu sahaja. Oleh itu,
terdapat faktor yang mendorong kepada berlakunya revolusi ini. Revolusi ini diharapkan
dengan penuh janji tetapi berakhir dengan kegagalan.
2.0
ISI-ISI PENTING
2.1
2.1.1
Romantisme
Romantisisme merupakan salah satu idea penting yang dalam mempengaruhi para aktivis
revolusioner pada masa itu. Pemikiran ini tersebar di kalangan ahli seni kesusasteraan dan
budaya eropah.1 Bidang seni kesusasteraan dan budaya merupakan bidang kajian mereka,
namun mereka juga mempunyai pertalian dengan perkembangan pemikiran politik.
Romantisisme pernah disifatkan sebagai jiwa kepada revolusi politik dan mereka ini sukar
unutk digolongkan ke dalam mana-mana satu kategori pemikiran politik, iaitu untuk
menentukan sama ada mereka itu konservatif, radikal, liberal, kuat beragama atau
sebaliknya.
Rene Chateaubriand (perancis), Fredrich Novalis dan Fredrich Schlegel (jerman)
merupakan pendukung romantisisme yang kuat pada abad ke 19. Penyajak Inggeris pula
seperti William Wordsworth, Robert Southley dan Samuel Coleridge semuanya menyokong
revolusi Perancis pada mulanya. Namun, mereka menjadi antirevolusi dan menyokong idea
dan institusi tradisional pula setelah mencapai peringkat radikal, melampau dan ganas.
Sementara itu pula, angkatan karyawan romantis pada tahun 1820-an nyata telah memihak
kepada fahaman demokrasi dan liberal. Oleh sebab itu, tentu wajar juga jika seseorang itu
bertanya dimanakah terletaknya persamaan mereka sehingga mereka semua dapat
digolongkan sebagai para karyawan romantis. Mereka pada masa itu percaya dan
merupakan janji dalam gerakan, fahaman dan sikap yang mereka pilih itulah yang boleh
membuka lembaran baru dalam kehidupan manusia sejagat, yang boleh menemukan
manusia dengan sistem impian, suatu utopia,2 yang merupakan salah satu janji dalam
pemikiran ini.
2.1.2
Liberalisme
Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, 2nd Edition, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Oxford Advanced Leaners, 8th Edition: an imaginary place or state in which everything is perfect
fahaman yang radikal, fahaman liberal telah dikaitkan oleh golongan yang tidak bersimpati
dengannya, (golongan konservatif), kerana tindakan melampau revolusi Perancis. Menurut
pandangan barat sekarang, liberalisme pada masa itu merupakan suatu fahaman
pertengahan sahaja dan dikatakan sebagai suatu yang lebih dekat kepada fahaman politik
sayap kanan.
Pada masa tersebut, liberalisme tidak bersetuju dengan feudalisme. Campur tangan
pemerintahan dalam kegiatan ekonomi negara amat perlu bagi pandangan golongan sayap
kiri namun para liberal masih tetap percaya dan memperjuangkan ekonomi bebas.
Liberalisme merupakan suatu fahaman anutan kaum menengah yang menentang feudalisme
tetapi liberalisme sendiri telah ditentang oleh suatu yang lain yang lebih radikal iaitu
fahaman sosialis pada masa tersebut. Penganut liberalisme percaya fahaman mereka bukan
sahaja boleh menguntungkan kaum menengah tetapi juga semua golongan yang lain
haruslah diketahui. Jika fahaman mereka dijadikan pemerintahan dan kehidupan para liberal
yakin suatu anutan yang lebih cemerlang akan lahir di Eropah. Konsep liberal sekarang dan
liberal yang wujud pada tahun 1848 adalah berbeza.
Konsep liberal pada ketika itu bermaksud fahaman yang inginkan pemulihan dalam
pemerintahan negara yang merupakan janji dalam gerakan ini. Fahaman politik yang
menentang feudalisme tetapi tidak pula setuju dengan konsep demokratik dan sosialis
seperti hak mengundi tanpa syarat kewangan. Akhirnya berubah pendirian ke arah konsep
kebajikan kepada pekerja dan membatalkan syarat mengundi berdasarkan harta untuk
mendapatkan sokongan.3 Perubahan ini merupakan janji yang telah di kemukakan kepada
masyarakat dalam revolusi 1848 oleh aliran liberialisme.
2.1.3
Sosialisme
Satu lagi aliran pemikiran yang telah memainkan peranan dalam revolusi-revolusi 1848 ialah
sosialisme. Pada abad ke 19, sosialisme agak sukar dibezakan daripada komunisme. Seperti
juga liberalisme dan demokrasi di eropah. Thomson mengatakan bahawa jika pihak liberal
mengutarakan unsur kebebasan yang dilaungkan oleh Revolusi Perancis, dan demokrasi
mengugut persamaan maka sosialisme mementingkan persaudaraan. Dari satu sudut kita
dapat lihat perbezaan antara demokrasi dengan sosialis begini dengan menekankan
persamaan sivil, persamaan disisi undang-undang dan hak politik, sosialisme mengiktiraf
3
Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, 2nd Edition, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
perbezaan yang terdapat antara manusia dari segi bakat kepentingan mereka. Sosialisme ini
lebih mengutamakan kesamaan ekonomi, lantas slogan sosialisme yang utama ialah
seseorang menurut kemampuannya, untuk seseorang menurut sumbangannya4 yang
merupakan janji dalam sosialisme ini. Kumpulan yang menyarankan rampasan kuasa sebagai
suatu taktik politik yang sah dan mempraktikkan kepercayaan mereka itu adalah Kumpulan
sosialis yang mengancam status quo secara terang-terangan.
Babeauf (1760-1797), Buonarotti (1761-1837), Louis Auguste Blanqui (1805-1881)
dan Louis dalam Blanc (1881-1822) merupakan para pemimpin utama kumpulan ini. Babeauf
dianggap sebagai pengasas tradisi komunis moden dan Buonarroti menerusi bukunya La
Conspiration pour IEgalite, yang telah mempengaruhi beberapa generasi sayap kiri Eropah
selepasnya. Manakala Blanqui dan Blanc berpendapat kuasa pemerintahan patut diperoleh
dahulu dan kemudian barulah konsep sosialisme itu dapat dijelmakan. Golongan merekalah
yang merupakan golongan yang betul-betul berazam untuk mengubah peraturan
sosioekonomi dan politik di Eropah pada masa revolusi-revolusi 1848 dan terlibat secara aktif
dalam revolusi-revolusi 1848.5
2.1.4
Marxisme/Komunisme
Marxisme atau komunisme telah juga dilihat sebagai lanjutan kepada tradisi Babeauf. Tetapi
Marx merupakan orang yang mula-mula sekali mengetengahkan dengan cara yang terperinci
konsep peperangan kelas iaitu antara golongan borjuis (pemodal) dan proletariat (pekerja).
Beliau telah mengemukakan teori yang jika dipraktikkan, katanya, akan memungkinkan
kaum pekerja berkuasa dalam satu masyarakat tanpa kelas. Menurut fahaman Marx,
masyarakat berubah kerana sistem pengeluarannya berubah-ubah iaitu daripada komunisme
primitif kepada sistem perhambaan, feudalisme, kapitalisme borjuis, sosialisme dan akhirnya
komunisme. Menurut hemat Marx, revolusi tidak dapat dipaksa-paksa. Masa untuk keadaan
revolusi itu betul-betul masak terpaksalah ditunggu. Dalam teorinya, masa yang betul-betul
masak untuk revolusi (komunis) itu hanya akan tiba apabila proses perindustrian sudah tiba
ke puncak perkembangannya. Pertentangan kelas bagi Marx, adalah satu proses yang
memakan masa. Bagi Marx, ahli sosialis seperti Saint Simon dan lain-lain yang
mengharapkan pembentukan masyarakat sosialis dengan cara mudah, dan juga mereka
4
5
seperti Blanqui yang menganggap masyarakat sosialis akan dapat dilahirkan menerusi
rampasan kuasa adalah sosialis khayalan.6
Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, 2nd Edition, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
G.A Kertesz (ed.) 1968. Documents in the Politicals History of the European Continent 1815-1939. Oxford. Hlm
87.
8
Ibid. Hlm 89.
7
iaitu 12-14 jam sehari. Tambahan lagi, janji lain yang disertakan bagi membantu nasib
golongan bawahan ialah melalui penetapan gajii minima dan mengukuhkan kedudukan
kesatuan pekerja.
2.2
2.2.1
Revolusi di Austria
Dalam kebangkitan yang berlaku di Austria, faktor nasionalisme memainkan peranan yang
penting. Ini disebabkan terdapat rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di dalam
empayar ini. Secara kasarnya empayar ini boleh dibahagikan
utama iaitu, Austria, Bohemia, dan Hungary. Bangsa yang terdapat didalamnya pada masa
itu boleh pula dibahagikan kepada dua belas kumpulan iaitu Jerman, Czech, Magyar, Pole,
Ruthenia, Slovak, Serb, Croat, Slovene, Dalmatia, Rumania dan Itali. Disetengah-setengah
bahagian empayar bangsa ini tinggal dalam kelompok sendiri, tetapi dibeberapa daerah
mereka saling bercampur gaul antara satu sama lain. Keadaan ini tidak terdapat dibahagian
lain di Eropah.
Revolusi tiga penjuru yang terdapat dalam empayar Austria bukan berlegar disekitar
sosioekonomi sahaja, tetapi juga bersabit dengan soal nasionalisme. Ini amat jelas terdapat
dalam kes kebangkitan di Hungary. Pada mulanya kebangkitan di Hungary dibawah pimpinan
Kossuth berjaya mendapatkan persetujuan Ferdinand satu, maharaja Austria, bagi
penubuhan tentera kebangsaan. Pada masa itu, Ferdinand satu sedang menghadapi
penentangan terhadap pemerintahannya di Itali dan juga di Poland. Dia tidak mampu untuk
berkeras dengan pemberontak di Hungary. Kemudian, apabila arus revolusi bertukar haluan
dan pihak status quo telah bertindak balik terhadap para pemberontak di seluruh eropah,
pengganti Ferdinand satu, iaitu Francis Joseph satu, juga bertindak keras di Hungary.9
Setelah nasionalisme Hungary ditumpaskan, bangsa-bangsa yang menyokong Austria
tidak juga mendapatkan kebebasan atau autonomi mereka sendiri sebagai hadiah. Dasar
penjermanan secara paksa telah dilaksanakan terhadap semua bangsa bukan Jerman. Ini
merupakan satu pembantutan yang nyata kepada perkembangan nasionalisme. Pemansuhan
Qasim Ahmad. 2000. Eropah Moden. Hlm 91, 92. DBP. KL.
sistem perhambaan dan pembayaran kepada tuan tanah tidak dapat memadamkan rasa
kekecewaan kebangsaan ini.10
2.2.2
Revolusi Februari
Pemberontakan pertama pada tahun 1848 berlaku di Palermo, Itali. Kebangkitan ini
bertujuan
untuk
memisahkan
daerah
itu
daripada
pemerintahan
Naples.
10
Ibid
11
Qasim Ahmad, EROPAH MODAN: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. 1985.
2.2.3
Pada 15 Mei 1848, para pekerja Paris mengancam mengancam untuk bertindak terhadap
Dewan Perwakilan. Ini telah menimbulkan reaksi daripada para pendukung republik dan para
puak promonarki. Mereka bersatu dan memansuhkan ikrar bulan Februari yang menjamin
pekerjaan kepada sesiapa sahaja yang mengkehendakinya. Menerusi proses undian, mereka
juga memansuhkan Bengkel Kebangsaan. Puak Radikal di Paris menyifatkan tindakan Dewan
Perwakilan ini sebagai satu pengkhianatan terhadap revolusi. Mereka cuba merampas kuasa
dan akibatnya, pertempuran berlaku antara mereka dengan pihak tentera di bawah pimpinan
Jeneral Louis Cavaignac. Pertumpahan darah berterusan sehingga empat hari (23-26 Jun)
dan 500 orang para pemberontak telah mati menjadi mangsa berbanding dengan 100 orang
di pihak tentera dan pengawal. Tetapi dalam gerakan pembersihan yang dilakukan oleh
tentera kerajaan selepas para pemberontak ditewaskan, hampir 3000 orang telah dibunuh
dan 12 000 orang ditangkap. Akhirnya, seramai 4500 telah sama dipenjara atau dibuang
negeri ke Algeria. Setelah berlakunya peristiwa yang kemudiannya dikenali sebagai hari-hari
Jun ini, Dewan Perwakilan menyambung semula sidangnya dan meluluskan satu
perlembagaan baru.
2.2.4
Pada tahun 1848, kedua-dua idea iaitu nasionalisme dan liberalisme seolah-olah mendapat
nafas baru. Satu perhimpunan umum di Nassau, sebuah negeri dalam persekutuan Jerman,
telah merekodkan pernyataan bahawa revolusi di Perancis tekah menggerakkan eropah
dan kesannya telah tiba ke Jerman. Perhimpunan ini antara lain menuntut agar semua
rakyat dibekalkan dengan senjata. Mereka juga menuntut kebebasan akhbar tanpa syarat,
persidangan parlimen Jerman, kebebasan berpersatuan dan penggubalan semula undangundang mengundi. Tuntutan yang senada dengan ini juga dibuat oleh satu perhimpunan di
negeri Wurttemberg sehari selepas perhimpunan di Nassau, iaitu pada 3 Mac 1846. Keduadua tuntutan ini, menurut Kertesz, adalah sealiran dengan tuntutan yang disuarakan di
beberapa tempat lain di Jerman.12
Nasib revolusi di negeri-negeri Jerman adalah terikat kepada apa yang berlaku di
Prusia. Pengaruh Prusia terhadap negeri lain adalah kuat. Jika Austria dikecualikan, Prusia
bukan hanya merupakan negeri Jerman yang yang paling besar
12
2.2.5
Pada tahun 1848, Itali seperti juga Jerman yang merupakan satu istilah geografi dan
bukannya sebuah entiti politik. Itali terbahagi kepada beberapa daerah atau negeri di bawah
berbagai-bagai pemerintahan yang berlainan. Di selatan Itali, kerajaan Dua Sicily (Naples
dan Sicily) yang merangkumi hampir semua daerah di Itali ke selatan daripada Rom dan juga
Pulau Sicily diperintah oleh Ferdinand II, seorang putera Bourbon (perancis).13 Oleh sebab
unsur kuasa asing begitu ketara di Itali, maka faktor antikuasa asing memainkan peranan
yang mustahak dalam revolusi di Itali. Lagipu perasaan antipemerintah negeri sendiri agak
kurang di Itali. Beberapa langkah reformis dan liberal yang dilaksanakan di Itali telah mereda
atau memuaskan hati para atau bakal pemberontak tempatan. Oleh itu, potensi politik
mereka dihadapkan pula kepada tindakan menentang pemerintahan Austria.
13
Carlton J.H Hayes. 1971. Eropah Moden Hingga 1870. DBP. KPM. KL. Hlm 791, 792.
Oleh sebab rakyat Itali serumpum bangsa, seagama dan bertutur satu bahasa maka
harapan untuk nasionalisme Itali berkembang sihat sepatutnya cerah. Namu, harapan ini
telah dimusnahkan oleh pertikaian atau perbezaan ideologi pula. Pertikaian ideologi ini
adalah agak sama dengan apa yang ada di tempat lain. Di satu pihak pula, terdapat
golongan sederhana yang diwakili golongan atasan dan menengah. Golongan ini tidak
antimonarki dan tidak antigereja dan takutkan sosialisme. Kemudian, terdapat juga golongan
nasionalis yang radikal seperti Mazzini yang memperjuangkan konsep republik tetapi
mengetepikan buat sementara soal kepentingan sosioekonomi golongan bawahan.14
Kumpulan yang lebih radikal ialah kumpulan yang memperjuangkan penyingkiran kuasa
asing dari Itali. Golongan petani dan pekerja juga terlibat secara sendiri dalam menyuarakan
kepentingan mereka. Ini terpaksa mereka lakukan kerana pihak revolusioner kelas
menengah tidak sebenarnya dapat menyuara dan memperjuangkan kepentingan petani dan
pekerja.
Selain kumpulan ini terdapat juga golongan agama di bawah pimpinan Paus Pius IX
di Rom. Paus yang pada mulanya terlibat dalam tindakan reformis dan bersimpati pula
dengan pergerakan agama. Austria telah menarik diri daripada kempen anti-Austria pada
suatu saat yang genting. Hal ini telah benar-benar mengecewakan para revolusioner Itali.
Jadi, dalam konteks Itali, pergerakan revolusi 1848 sebenarnya adalah satu fenomena yang
melinatkan lebih daripada tiga penjuru.15 Kebangkitan penting di Itali yang kemidiannya
mencetuskan rantaian kebangkitan lain berlaku pada 17 Mac 1848 di Milan, Lombardy.
Demonstrasi secara besar-besaran telah dikendalikan oleh para radikal muda yang
memperjuangkan idea negara republik. Semangat mereka telah dibangkitkan oleh
perkhabaran yang tiba ke Milan pada hari itu tentang revolusi yang berlaku di Vence. Mereka
menuntut kerajaan memberi kebebasan akhbar, menggantikan polis dengan pengawal sivil
dan memulakan persidangan Dewan Kebangsaan. Pada mulanya, tentera Austria di bawah
pimpinan Jeneral Radetzky, yang sudah pun berusia lapan puluh tahun, tidak bertindak balas
kerana enggan mengapi-apikan suasana. Lagipun Radetzky yang hanya mempunyai 13 000
orang tentera di Milan juga khuatirkan campur tangan kerajaan Sardinia atau Piedmont yang
mempunyai 45 000 orang tentera.
Kebangkitan lima hari di Milan ini berjaya mengusir tentera Asutria apabila
Radetzky mengudurkan tenteranya pada 23 Mac 1848. Kerajaan revolusi sudah pun
ditubuhkan pada 18 Mac di bawah pimpinan Carlo Cattaneo, ahli teori politik yang radikal.
14
15
Carlton J.H Hayes. 1971. Eropah Moden Hingga 1870. DBP. KPM. KL. Hlm 791, 792
Qasim Ahmad. 2000. Eropah Moden. Hlm 99, 100. DBP. KL.
Namun, kebanyakan rakan sejawatnya terdiri daripada golongan liberal. Dalam kebangkitan
lima hari di Milan, golongan atasan dan bawahan telah berganding bahu menentang
Austria. Sukarelawan berebut-rebut datang ke Milan dari kota di sekitar Itali utara dan
tengah. Dari Rom sahaja 9000 orang sukarelawan tiba di Milan. Negeri Itali yang lain turut
menyumbangkan bala tentera mengikut kemampuan masing-masing. Malah Ferdinand II
yang memerintah kerajaan Dua Sicily telah dipaksa oleh golongan radikal untuk menghantar
14 000 orang tentera ke Lombardy.
3.0
3.1 Penentangan golongan bawahan yang mana ditafsirkan sebagai pertarungan tiga
penjuru.
Revolusi-revolusi 1848 merupakan bukan satu pertentangan antara kaum feudal dengan
kaum bukan bangsawan tetapi hal ini juga antara pihak pekerja dan pihak borjuis. Selain itu,
terdapat juga konflik atau pertembungan hala antara puak bangsawan dan bukan
bangsawan tetapi jika dilihat secara keseluruhan revolusi 1848 merupakan perlawanan tiga
penjuru. Kaum pekerja dan borjuis bersatu sistem feudal atau saki bakinya tetapi kaum
borjuis itu juga telah ditentang oleh kaum pekerja. Ebenstein berkata fenomena seperti ini di
Jerman dengan menulis, apabila kelas menengah Jerman berjuanh untuk mendapatkan
kekuasaan politik pada tahun 1840-an, mereka dihadapi oleh satu keadaan baru dalam
sejarah Eropah. Mereka mengorqak langkah untuk menentang hak keistimewaan,
penindasan dan monopoli politik oleh golongan bangsawan dan golongan feudal tetapi
mereka sendiri sudahpun diserang kuat di bahagian lain oleh golongan revolusioner kelas
pekerja industri.
Gambaran Ebenstein tersebut sama dengan gambaran yang dibuat oleh Stearns.
Stearns seterusnya mengatakan bahawa golongan bawahan amat berwaspada agar mereka
tidak akan oleh golongan menengah. Stearns juaga mengatakan bahawa, kelas menengah,
walaupun semasa mereka menyokong revolusi, sementara golongan bawahan pula agak
sewajarnyalah merasa takut jika faedah daripada revolusi akan sekali lagi tidak dapat
dinikmati mereka.16
16
P.N Stearns, The revolutions of 1848. London: Weidenfeld & Nicolson, hlm. 48-49 dan hlm. 248. Thomson,
Europe Since Napoleon, hlm. 12.
3.2 Ketidakyakinan pencetus revolusi terhadap ideologi yang dibawa iaitu liberalisme,
sosialisme, romantisme dan marxisme.
Terdapat pelbagai ideologi yang timbul pada masa itu antaranya romantisme, marxisme,
sosialisme dan liberalisme. Romantisme merupakan satu ideologi yang ditimbulkan dalam
pergerakan revolusi 1848. Golongan romantisme mengutamakan atau menekankan
kepentingan unsur perasaan maka muncullah pendapat yang mengatakan bahawa mereka
ini tidak realistik. Contohnya, Hauser mengatakan bahawa para romantis sebenarnya adalh
mereka yang telah merasa kecewa dengan kemungkinan timbulnya satu era baru bagi
manusia.
kesedaran revolusi perancis nampaknya gagal untuk sampai ke satu maklumat yang
memuaskan hati mereka.
Oleh itu, sebagai reaksi kepada aliran pemikiran yang mengagungkan akal manusia,
mereka telah berpaling ke arah aliran pemikiran yang mengutamakan perasaan manusia.
Contoh lain iaitu Croce dan Barzun menafikan ketepatan dakwaan bahawa para romantisme
telah menggantikan kepercayaan kepada akal manusia dengan kepercayaan kepada
17
Hahn, Hans Joachim. 2001. The 1848 Revolution: in Germany-Speaking Euprope. Great
Britain: Pearson Education
perasaan manusia. Namun begitu, tujuan para romantis bukanlah mahu menggantikan
sesuatu fahaman dan sesuatu fahaman yang lain. Mereka hanya mahu agar kepercayaan
atau sandaran manusia kepada akal diperlengkapkan pula dengan kepercayaan
kepada
keunggulan perasaan. Persoalan sama ada para romantis itu berhalauan positif atau negatif
adalah sesuatu yang menarik. Penyelesaian kepada persoalan ini tentu melibatkan bukan
sahaj pentafsiran tetapi juga pegangan nilai seseorang pengkaji. Walau bagaimanapun,
seseorang
itu
kemungklianan
menafikan
bahawa
arus
romantisme
tersebut
telah
mempengaruhi para aktivitis dalam revolusi 1848. Bentuk pengaruh itu adalah persoalan
yang berasingan pula. Pengaruhnya, sama ada positif atau negatif telah dikesan dan sedia
diakui oleh sejarah.18
Ideologi yang seterusnya ialah liberalisme, fahaman ini adalah sesuatu fahaman yang
bersetuju
dengan
pemulihan
dalam
pemerintahan
negara.
Walau
bagaimanapun,
pengunduran liberalisme ini adalah peringkat yang lebih pada akhir abad ke-19 malahan
pada abad ke-20 juga. Lagipun perkembangan ini berpusat di Britain. Jadi, bagoi tujuan
mengkaji revolusi-revolusi 1848, liberalisme berangkali hanya perlu difahami dalam konteks
ikilim politik pada masa itu. Dalam konteks masa itu, liberalisme merupakan suatu fahaman
anutan kaum menengah yang menentang feudalisme. Tetapi liberalisme sendiri telah
ditentang oleh suasana lain yang lebih radikal.
Sosialisme merupakan fahaman yang seterusnya. Fahaman ini menentang
pemusatan kuasa dalam di dalam pemerintahan dan menaruh kepercayaan kepada
keupayaan manusia biasa untuk mengendalikan sendiri urusan kemasyarakatan. Mereka
percaya kepada kemungkinan menjelang zaman kemakmuran daripada revolusi industri.
Oleh yang demikian, mereka lebih mengagungkan petani dan pekerja serta memandang
rendah kepada golongan yang menyara hidup tanpa dengan tulan empat kerat. Mereka
berpendapat kuasa pemerintah patut diperoleh dahulu dan kemudian barulah konsep
sosialisme itu dijelmakan. Golongan merekalah yang merupakan golongan yang betul-betul
berazam untuk mengubah peraturan sosioekonomi dan politik di Eropah pada masa revolusi
1848.
Marxisme atau komunisme merupakan ideologi yang mengetengahkan konsep
peperangan mengikut kelas secara terperinci mengikut Marx. Pertentangan kelas bagi Marx
adalah satu proses yang memakan masa. Oleh itu, ahli sosialis seperti Saint Simon dan lainlain mengharapkan pembentukan masyarakat sosialis dengan cara mudah. Jadi, menurut
18
P.N. Stearns, 1974. The revolutions of 1848. London: Weidenfeld & Nicolson, hlm. 48-49 dan hlm. 248.
Thomson, Europe Since Napoleon, hlm. 141-145 dan Hauser, op. cit.
analisis, kaum borjuis yang telah menguburkan revolusi 1848 ,merupakan yang sebenarnya
mengendali dan melanjutkan hasrat revolusi itu sendiri.19
Oleh itu, akibat timbulnya pelbagai ideologi revolusi tidak dapat dicapai. Hal ini
demikian kerana, masyarakat pada ketika itu melakukan kajian terhadap semua ideologi
tersebut untuk memilih ideologi yang terbaik dalam mencetuskan revolusi 1848. Oleh itu,
tidak ada satupun fahaman atau ideologi yang boleh diguna pakai ketika itu dan akhirnya
pertelingkahan telah berlaku serta pembaharuan tidak dapat dicapai.
Di Itali, revolusionernya sebangsa, bertutur dalam bahasa yang sama, seagama.
Patut nasionalisme boleh berjaya dalam menentang kuasa asing di itali (Austria). Golongan
atasan dan menengah, tidak anti monarki, tidak anti gereja, tidak menyokong sosialisme dan
menghadapi dilema untuk menyokong nasionalisme. Mereka rela korbankan nasionalisme
demi kepentingan golongan sendiri. Khuatir penstrukturan semula bentuk sosial akan
mengancam kepentingan mereka dan merampas harta mereka. Pemindaan perlembagaan yg
menggabungkan golongan usahawan dan tuan tanah, disokong gol liberal dan konservatif.
Golongan nasionalis yang membawa konsep republik, mazzini. Mengabaikan kepentingan
sosioekonomi golongan bawahan. Golongan radikal, menyingkirkan kuasa asing, pembelaan
sosioekonomi golongan bawahan dengan menubuhkan sebuah kerajaan republik. Golongan
petani dan pekerja menyuarakan kepentingan mereka.
3.3 Ketidakyakinan golongan pemerintah, pertengahan dan petani terhadap revolusi 1848.
Perancis, cukai 45% dinaikkan, tidak disukai oleh para petani. Penubuhan Bengkel
Kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap beban ekonomi yang ditanggung oleh
mereka. Rancangan yang dibuat untuk memberi pelbagai jenis kerja kasar dengan kadar
bayaran sebanyak dua francs sehari.20 Perjuangan sosialis boleh mengancam hak milik
perseorangan terhadap tanah.
19
K. Marx 1972. The class struggles france 1848-1850. Moscow: Progress Publishers, cetakan kelima, hlm. 14.
Hlm. 54.
20
Herbert L., Peacock M. A., Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1979, 143.
21
22
4.0
Analisis
Tajuk ini membincangkan tentang janji-janji yang terdapat dalam revolusi 1848 dan
mengalami kegagalan. Pada awalnya, perlaksanaan revolusi tersebut adalah dengan penuh
semangat dan janji. Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada tercetusnya revolusi
tersebut misalnya, timbulnya pelbagai fahaman dalam mencapai satu era baharu iaitu ke
arah konsep kesamarataan. Secara tidak langsung, terdapat janji-janji yang dikemukakan
oleh pelbagai fahaman atau aliran pemikiran. Revolusi 1848 juga merupakan kesinambungan
atau rentetan bagi revolusi yang sebelumnya iaitu revolusi 1820 dan revolusi 1830. Namun
yang demikian, tajuk ini juga mahu mengemukakan faktor-faktor yang menyebabkan
kegagalan revolusi 1848 tersebut. Sebagai contoh, ketidakyakinan pemerintah dalam
mencapai revolusi tersebut dan ketidakyakinan pencetus revolusi terhadap pelbagai ideologi
yang ditimbulkan. Selain itu, faktor yang lebih ketara lagi ialah penetangan golongan
bawahan yang ditafsir sebagai tiga penjuru, di mana golongan menengah menentang
golongan atasan yang dibantu oleh golongan bawahan tetapi dalam pada itu golongan
bawahan juga terpaksa menentang golongan menengah sebagai langkah berwaspada. Akhir
sekali, dapat dianalis bahawa soalan ini mengetengahkan janji-janji dalam revolusi 1848 dan
faktor-faktor kegagalan revolusi tersebut.
5.0
KESIMPULAN
Isu-isu politik penting yang menjadi punca pertikaian pada tahun 1820 dan tahun 1830,
adalah juga isu yang menimbulkan konflik pada tahun 1848. Oleh itu, revolusi-revolusi 1848
boleh juga dilihat sebagai kebangkitan yang ada hubungannya dengan apa yang telah
berlaku pada tahun 1820 dan tahun 1830. Dari segi ini, perbezaan antara apa yang berlaku
pada tahun 1830 dengan apa yang berlaku pada tahun 1848 bolehlah dilihat sebagai
perbezaan dari segi darjah kehebatannya sahaja. Tahun 1848, menyaksikan perbezaan
pendapat di kalangan para pemikir dan pejuang anti-status quo nyata telah bertambah hebat
daripada apa yang terdapat pada tahun 1830. Idea radikal sosialis sudah nyata muncul
sebagai pesaing hebat kepada liberalisme. Sosialisme sudah menjadi suatu senjata anti-
status quo yang baru. Kawasan yang dilanda oleh kebangkitan pada tahun 1848 juga lebih
hebat daripada kawasan yang terlibat pada tahun 1830. Di kalangan negara besar Eropah,
hanya Sepanyol dan Rusia yang tidak mengalami apa-apa persengketaan. Revolusi yang
sebenar telah tercetus di Perancis, Itali, Jerman, Austria, Bohemia dan Hungary. Sementara
itu, kebangkitan juga terdapat di Switzerland, Denmark, Rumania, Poland dan Ireland.
Britain, terdapat penyambungan semula kepada pergerakan Chartist
6.0
Rujukan
Carlton J.H Hayes. 1971. Eropah Moden Hingga 1870. DBP. KPM. KL.
Franz Magnis-Suseno. 1999. Pemikiran Karl Marx: dari Sosialisme utopis ke Perselisihan
1939. Oxford.
Hahn, Hans Joachim. 2001. The 1848 Revolution: in Germany-Speaking Euprope. Great
Britain: Pearson Education.
Herbert L., Peacock M. A., Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979.
Hill, Jonathan Richard. 2005. The Revolutio 1848 in Germany, Italy, and France. Honor
College: Senior Honors Theses
K. Marx 1972. The class struggles france 1848-1850. Moscow: Progress Publishers, cetakan
Kelima.
P.N Stearns, 1974. London: The revolutions of 1848.
Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, 2nd Edition, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa