Anda di halaman 1dari 31

Seni Lukis Satu Bidang Seni Kreatif

1.0

Pendahuluan

Mata pelajaran pendidikan seni lukis merupakan salah satu mata pelajaran
yang diajarkan bersama-sama mata pelajaran lain di sekolah rendah iaitu tahun 1
hingga tahun 6. Mata pelajaran pendidikan seni lukis juga dikenali sebagai
Pendidikan Seni Visual di masukkan ke dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) adalah bertujuan untuk menyerapkan aspek aspek yang terdapat di dalam
objektif Pendidikan Seni Visual di dalam KBSR. Dalam KSSR pula, Pendidikan Seni
Visual bagi murid tahap 1 (tahun 1hingga 3) diperkenalkan melalui Modul Teras
Tema manakala bagi tahap 2 (tahun 4 hingga 6) mata pelajaran ini diserapkan dalam
Modul Fizikal dan Estetika.

Secara umumnya kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah pada


keseluruhannya adalah aktif, kreatif, dan ekspresif. Pembelajaran pendidikan seni
visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat seni yang ada dalam diri
kanak-kanak melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Idea dan
ekspresi diri serta kreativiti diri pelajar dapat ditonjolkan melalui aktiviti pembelajaran
yang bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam
pelbagai jenis seni visual.

Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art',


menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana
ianya adalah wujud daripada nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu
masyarakat. Ini jelas menunjukkan bahawa seni merupakan sebahagian budaya
dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya masyarakat itu tidak utuh dan tidak
mengandungi nilai ketamadunan.

Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang


Kesenian menyatakan bahawa kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa,
yang menyatakan diri dalam seluruh kelompok manusia yang membentuk
masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan
bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati kenikmatan hidup

1
dalam sebuah masyarakat. Jelasnya ialah seni itu merupakan intipati 'Cara hidup'
individu berkembang menjadi sebuah komuniti yang luas.

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan seni
itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Maksud 'menyenangkan'
ialah kesenangan estetik (aesthetic pleasure). Wujudnya rasa indah yang diperolehi
dari pengalaman, cetusan rasa dan diinterpretasi dalam hasil seni sebagai cara
untuk berkongsi dengan masyarakat.

Pendidikan Seni Visual lebih ke arah untuk melahirkan perubahan individu


kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik serta
membentuk emosi yang seimbang.

2.0

Definisi

Seni membawa maksud sesuatu yang halus. Seni terbahagi kepada dua
bidang utama iaitu seni visual dan seni persembahan. Seni visual untuk kanak-kanak
meliputi pelbagai aktiviti melukis dan mewarna kanak-kanak, aktiviti kraf yang
mengaplikasikan teknik menggambar, teknik mereka corak dan rekaan serta teknik
bentuk binaan. Seni persembahan untuk kanak-kanak pula meliputi aktiviti muzik,
pantun, sajak, drama, tarian dan pergerakan kreatif (Modul Kursus, 2012).

Seni juga dapat diertikan sebagai suatu ciptaan yang dianggap indah yang
memenuhi keperluan naluri estetik dan fizikal manusia dan dipengaruhi keperluankeperluan naluri, keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan kesedaran tertentu.
Seni yang bersifat psikologi dan sosiologi mempunyai hubungan dengan seni visual,
seni muzik, seni tari, seni lakon, seni kraf dan lain-lain. Pengkaji-pengkaji seni
memberi pandangan bahawa manusia menghasilkan sesebuah hasil seni melalui
luahan perasaan, pengalaman dan rangsangan.

Mengikut Kamus Dewan, seni boleh didefinisikan sebagai karya (muzik,


lukisan, puisi, lakonan dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan
mencipta sesuatu yang indah dan mempunyai nilai. Justeru, untuk menghasilkan
sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman amat
penting sekali. Kebolehan mampu dipelajari, diasah dan dibentuk. Manakala bakat
pula adalah anugerah hasil kurniaan Ilahi. Bakat dan kebolehan ini saling berkait

2
rapat untuk menghasilkan seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Ramai di
antara kita berfikiran sempit dengan menyatakan bahawa seni hanya berkaitan
dengan seni lukisan sahaja. Pada hal seni secara umum agak luas seperti seni tari,
seni muzik, seni bina, seni silat, seni ukir, seni lakon, seni kraf, seni penulisan dan
sebagainya. Kesenian ini sebenarnya ada kategorinya sendiri umpamanya Seni
Penulisan Kreatif, Seni Persembahan, dan Seni Visual / Tampak yang meliputi seni
kraf, seni lukis, seni ukiran, seni bina dan sebagainya.

Seni Lukis atau Tampak secara terminologinya boleh dilihat atau disentuh.
Ini termasuklah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia
bukan sekadar dilihat tetapi ia menuntut kepada kefahaman maksudnya atau
sekurang-kurangnya teknik membuatnya, fungsi, idea dan sebagainya. Penjurusan
ke arah apresiasi akan berlaku di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik
secara verbal atau dalam bentuk catatan (bertulis). Proses apresiasi ini pula
melibatkan penggunaan laras bahasa seperti unsur-unsur seni prinsip rekaan
(harmoni, imbangan, pergerakan, irama, rentak, pengulangan, kesatuan dan
ekonomi), bahan dan alat, teknik dan gaya, terminologi dan simbol. Komunikasi akan
menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini difahami dan diaplikasikan sepenuhnya
oleh individu atau masyarakat.

Seni lukis merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin


seni halus dan perekaan yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk
teknologi dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan
seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea dan juga
pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan atau medium
dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Sesuatu objek atau persembahan
itu dapat difahami oleh khalayak atau masyarakat apabila mereka dapat menikmati
karya seni visual tersebut.

Pendidikan seni adalah adalah melibatkan pelbagai kaedah dan teknik bagi
penghasilan produk seni dan mempelajari sejarah. Oleh itu, pendidikan seni lebih
menitikberatkan pemikiran, perlakuan dan penilaian di samping memberi peluang
memperkembangkan idea semula jadinya secara tersusun dan bersistematik
menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik. Feldman (1996),
memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai langkah yang melibatkan
pengajaran dan pembelajaran, memahami dan melaksanakan seni, di samping

3
mengetahui diri, masyarakat, alam sekitar dan dunia melalui seni termasuklah seni
tampak tradisional mahupun seni kontemporari.

Pendidikan Seni dalam Sistem Pendidikan Formal pula bermaksud sebagai


program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi
memenuhi keperluan individu dan mencapai matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Ia merangkumi pemikiran yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan
pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman sendiri
dan apa yang telah dipelajari.
3.0

Peranan Pendidikan Seni Lukis di sekolah.

Pendidikan Seni Lukis telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang


berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi
kurikulum dalam subjek-subjek lain. Pendidikan Seni Lukis menjadi asas alat bantu
mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang cantik, pemilihan warna ceria,
dan reka bentuk maujud yang menarik. Kreativiti murid akan dapat ditingkatkan
sekaligus dapat melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya. proses Dalam
tumbesaran mereka, kanak-kanak dilahirkan dengan sifat dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini akan
terus berkembang selari dengan kehidupan mereka. Melukis merupakan aktiviti yang
mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan minda. Aktiviti
sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu


seni, muzik dan pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana
perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti
mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat
membantu

membentuk

insan

yang

lebih

bersifat

holistik.

Mengikut

Teori

Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif melalui interaksi


sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif. Melalui aktiviti penerokaan,
bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan membolehkan
kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif.

4
Seni menekankan unsur warna dan ruang. Seni dapat merangsang
deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan
meneroka warna dan ruang di samping mengesan kepekaan deria kanak-kanak
dengan warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi.

Penghasilan

karya

terutama

lukisan

oleh

kanak-kanak

mempunyai

interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi
orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan,
namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif
(Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak melihat hasil karya seni
sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan
selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka.

4.0

Ekspresi Diri Dalam Seni

Ekspresi diri adalah aspek perkembangan kanak-kanak yang sangat penting.


Anak anda sepatutnya boleh meluahkan perasaan, emosi, fikiran dan kreativitinya
dengan bebas tanpa sebarang sekatan. Ibu bapa, penjaga dan guru-guru perlu
menyediakan persekitaran yang dipenuhi rasa hormat, kasih sayang dan belas
kasihan merupakan cara terbaik untuk membantu anak anda mengekspresi dirinya,
kerana tanpa ini, adalah amat sukar untuk anak anda meluahkan perasaannya.
Secara amnya, terdapat tiga jenis ekspresi diri: Ekspresi Seni, Ekspresi Bermain,
dan Ekspresi Membina. Membenarkan anak anda mengecat atau melukis secara
bebas boleh membantu membuka mindanya. Ini adalah komponen penting dalam
perkembangan seorang kanak-kanak, dan kanak-kanak sering membentuk fikiran
dan idea menerusi lukisan mereka, walaupun hanya melukis objek atau bentukbentuk yang tidak berkaitan.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan


memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui
perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Pelajar akan meluahkan
pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami
dan difahami oleh orang lain. Dalam Modul Seni Dalam Pendidikan (2012),
menyatakan terdapat beberapa bentuk ekspresi iaitu ekspresi perasaan yang

5
merupakan hasil luahan daripada hati. Ekspresi kedua ialah ekspresi lisan. Perlu
diingat bahawa arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan
sebaik mungkin agar dapat difahami dengan jelas dan tidak disalahertikan oleh
kanak-kanak. Ekspresi seterusnya ialah ekspresi reaksi, iaitu apabila melihat sesuatu
masalah pelajar akan dapat membuat tindakan yang tepat akibat daripada latihan
dan pengalaman yang telah diterima. Ekspresi Emosi pula menggalakkan pelajar
untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana
keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam
menghadapi persaingan dan cabaran. Ekspresi Bukan lisan pula menekankan
segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran yang diperoleh
akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan. Ekspresi idea
iaitu, merangkumi semua idea-idea dan kebolehan menjana minda kemahiran
berfikir perlulah digunakan dalam melaksanakan ekspresi pelajar. Seterusnya ialah
ekspresi menggambar iaitu dengan mengadakan aktiviti menggambar membolehkan
seseorang pelajar mengalihkan segala masalah, perasaan dan tumpuannya kepada
kertas yang ada di hadapannya.

Ekspresi seni merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekspresi diri.
Kadangkala kita akan berasa kagum dan tidak menduga dengan hasil lukisan dan
mewarna kanak-kanak yang merupakan luahan yang kukuh emosi kanak-kanak
yang dialami di dalam kehidupannya. Kanak-kanak sering membentuk fikiran dan
idea menerusi lukisan mereka jika mereka mengecat atau melukis secara bebas
walaupun hanya melukis objek atau bentuk-bentuk yang tidak berkaitan. Ekspresi diri
ini adalah yang paling penting dalam mengembangkan kemahiran komunikasi dan
emosi, serta kesedaran psikologi dan ianya merupakan komponen penting dalam
perkembangan seorang kanak-kanak.
Cara terakhir untuk menggalakkan ekspresi diri adalah menerusi Ekspresi
Membina yang melibatkan pembinaan objek. Apa sahaja yang memerlukan
pembinaan seperti bangunan, anak patung atau robot dan model kenderaan adalah
baik untuk menggalakkan kemajuan dan kreativiti semula jadi kanak-kanak. Ini akan
turut membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu menggunakan kreativitinya.
Kanak-kanak perlu belajar mematuhi garis panduan, peraturan dan arahan serta
digabungkan dengan kreativiti. Dengan mengikuti arahan cara pemasangan, kanakkanak akan belajar dan lebih sedar tentang peranan garis panduan. Kita tidak
semestinya membeli barang yang mahal semata-mata untuk membantu kanak-kanak
mengekspresi diri. Pelbagaikan jenis permainan mengikut keperluan anak-anak.

6
Permainan papan boleh adalah salah satu permainan yang dapat membantu
perkembangan kanak-kanak. dan anda Dengan meminta atau memberi komen dan
soalan semasa bermain akan dapat membantu meningkatkan kemahiran ini.
Galakkan anak anda mencipta cara-cara baru dan berbeza untuk menggunakan
barang mainan atau peralatan lain untuk merangsang idea-idea kreatif.

Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti tahap kebolehan kanakkanak. Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak
digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran
kanak-kanak. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak
mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam
sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap
objek mampu melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan
meningkatkan daya persepsi mereka. Di samping itu, aktiviti melukis juga
meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi
mereka. Melukis dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak
melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi simbol yang
abstrak dan seterusnya menjadikannya satu bentuk hasil karya yang unik. Lantaran
itulah, adalah penting bagi seseorang guru mendalami pengetahuan asas mengenai
lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak didedahkan dengan
pelbagai aktiviti. Melalui cara ini juga, dapat membantu guru merancang aktiviti yang
sesuai mengikut tahap pencapaian kanak-kanak tersebut.

5.0

Perkembangan kognitif Kanak-kanak melalui Seni Lukis

Terdapat beberapa teori yang menerangkan peranan seni visual dalam


perkembangan kanak-kanak.

Teori

ini

secara

umum

menyatakan

bahawa

pendedahan kepada seni visual dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari


segi kognitif, psikoanalitik dan persepsi. Selain itu, teori Kecerdasan Pelbagai juga
mengaitkan kepentingan seni visual dalam meningkatkan kecerdasan visual-ruang
dalam diri kanak-kanak. Chapman (1978) menyatakan terdapat peringkat-peringkat
skemata kanak-kanak, iaitu peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol dan
peringkat praremaja.
5.1

Peringkat manipulatif

7
Lowenfeld (1947) menjelaskan bahawa Teori Perkembangan Artistik Kanakkanak mencakupi enam peringkat umur. Peringkat pertama ialah peringkat
contengan (Scribbling) iaitu dalam lingkungan umur dua hingga empat tahun.
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan
tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan
garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Contengan yang dibuat
oleh kanak-kanak pada tahap ini tidak dihasilkan secara suka-suka dan tanpa
tujuan. Sebaliknya, kanak-kanak mempamerkan kesedaran tentang corak
dan koordinasi tangan-mata. Lama-kelamaan selepas menconteng mereka
akan menamakan apa yang telah mereka lukis. Lebih kurang pada umur 2
tahun, kanak-kanak akan memberitahu apa yang akan mereka lakukan
sebelum mereka melukis. Apabila mereka meningkat kepada umur 3 tahun,
kanak-kanak mula menambahkan maklumat dengan lebih terperinci dan
sudah boleh bercakap mengenai lukisan mereka dari segi warna, bentuk dan
sebagainya.

Menurut Luquet (1926) pula, perkembangan dan aktiviti melukis kanak-kanak


pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan
mengikut gaya contengan mereka. Peringkat awal contengan dikenali
sebagai peringkat awal lukisan kanak-kanak. Kanak-kanak yang berusia
dalam lingkungan 2-4 tahun pada peringkat ini, biasanya menconteng tanpa
dapat membentuk imej atau objek tertentu. Walau bagaimanapun, apa yang
menarik ialah keserupaan imej yang terhasil berlaku secara tidak
disengajakan.

Ini

juga

disebabkan

kanak-kanak

pada

peringkat

ini

menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.

Berdasarkan

pendapat

tokoh-tokoh

tersebut,

ternyata

semuanya

mengkategorikan peringkat manipulatif sebagai peringkat contengan iaitu


peringkat paling awal bagi kanak-kanak untuk menghasilkan lukisan.
Peringkat manipulatif bagi kanak-kanak berusia antara dua hingga lima
tahun. Di peringkat permulaan, kanak-kanak lazimnya menjalankan kegiatan
menanda, mencakar dan melukis dengan menggunakan sebarang bahan
yang mereka perolehi seperti krayon, pensel, lipstik atau kapur. Mereka akan
menanda atau mencakar di mana sahaja tempat seperti dinding, lantai dan
lain-lain permukaan. Cakaran kanak-kanak ini merupakan salah satu contoh
permulaan menunjukkan ciri personal mereka.

8
5.2

Peringkat membuat simbol

Peringkat membuat simbol bagi kanak-kanak yang berumur antara enam


tahun hingga sembilan tahun. Apabila kanak-kanak semakin membesar,
mereka mula membuat perkaitan antara imej dan idea. Lukisan mereka kini
lebih memberi makna terhadap bentuk yang dilukis dan bentuk ini beransuransur menjadi simbol bagi mewakilkan objek sebenar. Pada peringkat ini
kanak-kanak menghasilkan hasil kerja yang lebih menyeluruh seperti
gambaran manusia telah dapat dilukis dengan lengkap termasuk kaki,
tangan, hidung, gigi. Mereka juga mula menggunakan kreativiti untuk
memasukkan elemen pakaian dan rambut pula biasanya dilukis dengan
beberapa siri garisan.

Menurut Lowenfeld, peringkat membuat simbol ini terbahagi kepada dua


peringkat iaitu Peringkat Praskematik dan Peringkat Skematik. Peringkat
Praskematik (Preschematic) ialah dalam lingkungan umur empat hingga tujuh
tahun. Peringkat ini ialah peningkatan daripada contengan bulatan kepada
percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya
dengan menggunakan garisan. Pada tahap ini, kanak-kanak biasanya
melukis gambar bentuk orang yang mudah seperti melukis satu bulatan kecil
untuk kepala, satu bulatan untuk badan dan dua garisan ke bawah untuk
kaki. Mereka akan melukis tanda-tanda kecil dalam bulatan untuk mata,
hidung dan mulut. Cara melukis yang sama untuk melukis binatang. Lukisan
mereka pada tahap ini dikatakan berciri simbolik di mana simbol-simbol
digunakan untuk mewakili sesuatu objek.

Pada peringkat skematik (Schematic) iaitu lingkungan umur tujuh hingga


sembilan tahun, Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep
tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam
imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya.
lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Ciri-ciri
lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak
berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini
juga melibatkan bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri
luaran dan dalaman sesuatu objek. Ini menunjukkan kanak-kanak melukis
sesuatu yang mereka ketahui melalui pengalaman. Contohnya, lukisan
sebuah kotak dan melukis isi di dalam kotak berkenaan. Pada tahap ini juga

9
kanak-kanak melukis objek yang jauh dengan saiz kecil dan objek dekat
dengan saiz yang besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep
perspektif.

Luquet (1926) pula berpendapat, apabila mencapai umur antara empat


hingga tujuh tahun, kanak-kanak mula memperlihatkan peningkatan daripada
contengan bulatan kepada cubaan pertama untuk melukis objek yang
terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Contohnya, karakter
orang-orang yang rapat dengan mereka dilukis tangan dan kaki seolah-olah
terapung dan mempunyai saiz yang berbeza-beza.
5.3

Peringkat praremaja
Peringkat praremaja bagi kanak-kanak yang berumur antara 10 tahun hingga
13 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak telah berupaya untuk melukis
garisan, mewarna dan membentuk sehingga gabungan elemen-elemen seni
membawa kepada kombinasi yang menyeluruh dan dapat dilihat dengan
jelas.

Menurut Lowenfeld, peringkat ini terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat


yang pertama dinamakan Peringkat Kesedaran Realisma (Dawning Realism
atau The Gang Age) iaitu ketika kanak-kanak berusia antara 9 hingga 12
tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan
konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej
lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan
sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya
dengan karya rakan sebaya lantas ini menjadikan mereka berhati-hati dan
sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini lebih cenderung untuk melukis objek
seperti objek yang hilang sebenar. Kesukaran menyamai ciri-ciri yangt
sebenar kerap kali mengecewakan mereka. Pada tahap ini ramai kanakkanak yang hilang minat untuk melukis kerana tidak puas hati dengan hasil
kerja mereka.

Peringkat kedua ialah Peringkat Rasional (Pseudo naturalistic atau


Reasoning) iaitu ketika kanak-kanak dalam lingkungan usia 12 hingga 14
tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di
dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan

10
saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep
peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan
menerusi imaginasi. Peringkat ketiga ialah Peringkat Period If Decision atau
Adolescent Art in High School iaitu ketika kanak-kanak melangkah ke alam
remaja ketika usia 14 hingga 17 tahun. . Peringkat ini merupakan peringkat
penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek.
Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan
pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

Selain itu, Gardner (1993) dalam teori kecerdasan visual ruang menerangkan
bahawa kecerdasan visual ruang ialah kecerdasan yang boleh berfikir melalui
gambar serta mampu untuk menyerap, mengubah dan menciptakan kembali
pelbagai

macam

aspek

visual.

Ciri-ciri

kanak-kanak

yang

memiliki

kecerdasan ini ialah mereka peka dan sensitif kepada ciri-ciri visual,
keseimbangan, warna, garis, bentuk dan ruang. Kanak-kanak juga mudah
mengira jarak, ruang serta membuat lakaran idea dengan jelas.

Kecenderungan dan kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat


persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Mereka dapat mengenali objek,
bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Mereka juga boleh berfikir
dalam bentuk gambaran dan bayangan tiga dimensi. Di samping itu juga
mereka

bijak

menghubungkaitkan

antara

objek

dan

ruang

serta

mempersembahkan idea dalam bentuk grafik seperti peta, graf dan lakaran.
Mereka lebih suka akan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk carta,
grafik, video dan sebagainya. Individu yang tinggi kecerdasan visual-ruang
cenderung dalam pekerjaan seperti jurutera, juruterbang, juru lukis, artis,
arkitek dan lain-lain pekerjaan yang berhubung dengan manipulasi corak dan
ruang.

Definisi yang diberikan oleh Gardner (1993) ternyata menunjukkan


kepentingan menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi
meningkatkan daya upaya kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan
visual ruang banyak digunakan dalam seni visual. Oleh itu, salah satu cara
yang paling efektif untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah dengan
mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan
seni visual.

11

Gardner (1980) mencadangkan agar orang dewasa menyediakan peluang


kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan kerana
kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita
sendiri menerusi lukisan mereka.

Perkembangan

kanak-kanak

juga

dapat

dikesan

menerusi

perkembangan kerja-kerja seni mereka.

Kekerapan kanak-kanak melukis menggambarkan idea mereka,


pengalaman, hubungan kanak-kanak dengan persekitaran.

Lukisan sebagai bahan bukan lisan memberi ruang kepada kanakkanak untuk menyatakan perasaannya.

Tidak ada dua orang kanak-kanak menghasilkan lukisan yang sama


walaupun tajuknya sama.

Bagi kanak-kanak, seni bermakna semua deria mengambil bahagian


untuk belajar dan ekspresi.

6.0

Seni dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

Perkembangan kanak-kanak dari segi Psikoanalitik

Perkembangan psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk


menganalisa atau membincangkan seni visual terutama dari segi emosi yang
diluahkan melalui seni. Menurut Sigmund Freud, seni visual adalah bahan perantara
yang sangat penting dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud
menyatakan bahawa tahap ini dapat dicapai dengan menganalisis proses-proses
kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual. Selain itu, Freud juga mengkaji
hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka.

Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa


interpretasi

mereka

terhadap

seni

visual

dan

penghasilan

mereka

boleh

menunjukkan perasaan dan emosi. Selari dengan ini, penggunaan seni visual dalam

12
rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Kaedah ini dikenali
sebagai psikoterapi. Sebagai contoh, membimbing kanak-kanak melukis ahli
keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanakkanak serta emosinya terhadap keluarga.

7.0

Perkembangan kanak-kanak dari segi persepsi dan Representasi

Konsep persepsi dalam teori seni visual adalah berkaitan rapat dengan
konsep

psikoanalitik.

Pengendalian

corak-corak

visual

menunjukkan

tahap

perkembangan mental kanak-kanak. Persepsi visual boleh diterangkan sebagai apa


yang dilihat. Manakala repsentasi visual pula ialah berkaitan dengan bagaimana kita
mencerminkan diri dalam seni.

Kanak-kanak jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang.
Salah satu daripada teori yang memberi penerangan tentang persepsi kanak-kanak
dalam seni visual ialah teori kognitif yang mengatakan bahawa kanak-kanak melukis
apa yang mereka tahu dan bukan melukis apa yang mereka lihat. Lowenfeld (1975)
percaya setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat
semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin
tahu. Piaget (1958) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak
mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, Cuma kanak-kanak dewasa lebih
matang. Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanakkanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.

8.0

Perkembangan kanak-kanak dari segi tahap kreativiti

Pandangan yang dikemukakan oleh Fisher amat penting dalam membina kreativiti
anak-anak termasuklah juga melalui bidang seni lukisan kreatif ini. Menurut Fisher
(1943), terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif.

8.1

Peringkat Rangsangan

Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan


pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana, dan
sebagainya. Dalam proses pembelajaran, guru perlu membantu murid untuk

13
berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap
sesuatu isu yang diketengahkan.

Contohnya, apabila murid diajar tema tumbuhan, guru boleh membawa


murid-murid berjalan-jalan di persekitaran sekolah melihat tumbuh-tumbuhan
untuk merangsang minda murid terhadap aktiviti melukis bertema tumbuhtumbuhan. Semasa aktiviti lawatan tersebut, sambil melihat tumbuhtumbuhan guru bolehlah merangsang kanak-kanak dengan persoalan apa,
mengapa, bagaimana dan sebagainya.

8.2

Peringkat Penerokaan

Peringkat penerokaan memerlukan seseorang berkebolehan membuat


keputusan kea rah tindakan masa hadapan. Pada peringkat ini kanak-kanak
akan menggunakan untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan
oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu, pendedahan seperti
eksperimentasi, kajian atau latihan untuk menyelesaikan masalah boleh
membantu. Pada peringkat ini kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar
mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan
teknik.

Menurut Bersoon (1982), galakan yang diberi kepada kanak-kanak


menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman
yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan
kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran.
8.3

Peringkat Perancangan

Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang, dan


menentukan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan yang akan
berlaku melalui lukisan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui dua
cara iaitu:

8.3.1

Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan ,


pemerhatian, interaksi dan sebagainya.

14
8.3.2

Perancangan secara visual dilakukan melalui, graf, imej lukisan dan


sebagainya.

8.4

Peringkat aktiviti

Peringkat kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran


kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini
segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti bagaimana
harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?
8.5

Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini,
pemikiran kreatif akan memberi cadangan bernas bagi menggalakkan
perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk
memberi pendapat dan komen terhadap apa yang telah digambarkan melalui
lukisan sebagai satu bentuk refleksi diri.

Calvin W. Taylor menyenaraikan lima tahap kreativiti kanak-kanak. Pertama ialah


Kreativiti Bersifat Ekspresif. Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan
bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara
spontan dan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal
mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak
digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. Kedua, Kreativiti Melalui
Penghasilan guru membantu murid untuk menambah baik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. Ketiga, Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek
melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan
motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. Keempat,
Kreativiti Bersifat Inovatif. Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep
asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar
dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternatif bagi setiap perancangan.
Kreativiti yang terakhir ialah Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk
kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di

15
dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagai contoh, figura manusia digambarkan
tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanak-kanak apabila
melukis.

June King Mc Fee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang
mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah
idea. Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu
yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima
faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan
yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya
menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai
rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di
persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam
bidang seni ataupun sains.

Victor Lowenfeld pula menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh
diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, yakni secara spontan serta
pantas, fleksibel, yakni mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan
situasi, keaslian iaitu mencari idea baru dan asli, kepekaan iaitu berkaitan
penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan
sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.

Ekspresi dan kreativiti merupakan dua elemen penting dalam bidang seni kreatif.
Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan
rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek termasuklah aspek intelek dan
sosial. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain
mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap alam sekelilingnya. Kreativiti
dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Adalah penting bagi setiap guru
mengetahui tahap-tahap kreativiti ini agar dapat merancang aktiviti seni yang
terancang dan tersusun agar dapat menjamin proses pembelajaran kanak-kanak
berjalan dengan baik dan berkesan.

9.0

Ciri-ciri perkembangan kreativiti kanak-kanak melalui seni lukis

Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif. Meskipun


kreativiti tidak boleh diajar, kita boleh menyediakan persekitaran yang boleh

16
menggalakkan kreativiti anak-anak kita. Mereka berhak diberi peluang untuk
mengasah bakat dan kreativiti mereka, dan menggunakan sepenuhnya potensi
mereka. Sebagai ibu bapa, kita boleh memainkan peranan penting untuk
menggalakkan mereka menjadi kreatif. Di samping itu, kita perlu berusaha membina
ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari serta toleransi terhadap
sebarang masalah dan kesulitan.

Sebagaimana kajian Brown (1980), mendapati bahawa pengalaman kanakkanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan
kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya
tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka.
Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka
akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka


lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara
yang berlainan dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka.
Biarkan mereka mencuba untuk melakukan sesuatu yang baru, bermain dan
meluahkan idea. Bermain adalah sebahagian penting daripada pembelajaran yang
membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanak-kanak. Ia membolehkan
mereka menghayati kreativiti menerusi lima deria mereka iaitu penglihatan,
pendengaran, rasa, bau, dan sentuhan. Ibu bapa boleh merangsang imaginasi dan
menggalakkan kreativiti si manja melalui lakonan dan imaginasi.

Terdapat beberapa ciri-ciri perkembangan kanak-kanak. Pergerakan estetik


awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi
deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus
dengan bahagian otak yang merangsang emosi. Luahan estetik kanak-kanak amat
berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita
berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal
melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan
bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual.
Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga
jiwa dan pemikiran mereka.

Sediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Ini boleh dilakukan


dengan memastikan anak-anak merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka

17
tanpa rasa takut ia akan ditolak, dan memastikan keselamatan mereka terjamin
supaya mereka boleh meneroka dunia di sekeliling tanpa gangguan. Tanya soalan
yang membina dan jangan membataskan soalan mereka. Ibu bapa juga perlu
fleksibel menerima jawapan atau respons daripada anak-anak mereka. Walaupun
salah, mereka tidak perlu dimarahi. Sebaliknya, gunakan kesempatan itu untuk
mengajar anak mencari jawapan yang betul. Menyelesaikan masalah adalah
komponen penting pemikiran kreatif.

Rangsang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia.


Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak,
termasuk aktiviti seni, muzik, sukan dan memasak. Aktiviti lain seperti membaca
buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu
memupuk kreativiti kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan
terancang

dapat

melahirkan

kanak-kanak

yang

mempunyai

keupayaan

menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat


keputusan. Dari segi aspek fizikal, Penggunaan alat dan bahan memberikan satu
bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan
serta mata.

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan
seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Di samping itu,
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria
melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di
sekeliling mereka. Dari segi Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan
meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri berkumpulan
yang dibentuk.

10.0

Sumbangan seni lukis dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak

Terdapat

beberapa

sumbangan

seni

lukis

dalam

perkembangan

pembelajaran kanak-kanak. Antaranya ialah melukis sebagai medium komunikasi


awal sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan
yang berkesan untuk berinteraksi.

18
Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri. Melukis merupakan aktiviti
yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanakkanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot.
Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem). Aktiviti
melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa
yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut
tahap pemahaman mereka. Apa jua gambar yang dilukis kebanyakannya
mempunyai maksud tersirat yang kadang-kadang tidak diketahui oleh orang dewasa.
Melalui

aktiviti

melukis,

kanak-kanak

dapat

meningkatkan

daya

sensitiviti

pancaindera termasuklah tangan dan mata.

Bidang seni lukis sebenarnya dapat meningkatkan daya imaginatif kanakkanak. Oleh itu kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk
dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan
memanipulasikan objek alam yang terdapat di sekeliling mereka. Terdapat pelbagai
jenis alat dan media seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon. Selain daripada
itu gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai,
contohnya gambar keluarga, buah-buahan, haiwan, bangunan, pemandangan dan
pelbagai lagi objek alam yang lain.. Pelajar meniru imej di dalam foto untuk
dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. Pelajar juga suka meniru dan
melukis gambar kartun kerana mereka sering menghabiskan masa kanak-kanak
mereka menonton rancangan di televisyen di rumah. Guru boleh menggunakan
rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik
pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah. Penggunaan ICT merujuk kepada
penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian
yang ada. penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet.
Murid akan berasa gembira apabila hasil kreativiti mereka dipertontonkan kepada
rakan-rakan. Mereka lebih gembira dan dihargai apabila guru memberi pujian atas
kepandaian mereka menghasilkan sesuatu hasil seni lukisan.

Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria
dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat
melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya
menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. Melalui
seni lukis kanak-kanak dapat diterapkan unsur kreativiti melalui cara belajar yang
sistematik dan teratur. Contohnya, teknik belajar secara Visual. Pelajar visual, secara

19
amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria
penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa
proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih cenderung
menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar.

Terdapat juga teknik belajar secara auditori. Pelajar auditori mendengar


dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian.
Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar
dengan sendiri penjelasan guru. Di sinilah guru perlu pandai menyampaikan
maklumat supaya murid dapat menghasil lukisan seni seperti yang diharapkan pada
hari tersebut. Di samping itu, aspek lukisan sangat mementingkan sentuhan dan
penghayatan dalam penghasilan karya seni lukis. Dengan menggunakan teknik
belajar secara kinestetik. Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif
melalui sentuhan dan pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih
berbentuk hands-on.

Dari aspek fizikal pula, penggunaan peralatan dan bahan dalam pendidikan
seni visual sama ada secara formal atau bukan formal, memberikan satu bentuk
latihan berkesan dan bermakna kepada otot tangan ( psychomotor ) dan koordinasi
tangan. Latihan menyambung titik bagi murid tadika atau prasekolah sangat penting
kerana latihan sebegini sebenarnya melatih koordinasi tangan dan mata. Selain itu,
kemahiran tangan ( hands skill ) kanak-kanak diperoleh dan ianya adalah asas
kepada bidang teknologi yang amat diperlukan masa kini. Seterusnya melalui Seni
Visual, kreativiti kanak-kanak dapat dicungkil dan diasah. Melalui latihan atau projek
tertentu yang bersifat terbuka dapat membantu atau mempengaruhi murid atau
kanak-kanak mengembangkan daya kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam
Pendidikan Seni Visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasil (produk).
Proses adalah aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang bermula dari awal hingga
akhir yang memerlukan kepintaran dan minda serta idea murid. Guru hanya
bertindak sebagai fasilitator sahaja, sedangkan murid atau kanak-kanak sebagai
penjana hasil karya.

Aspek Persepsi pula, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan


penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Di sini murid lebih peka dengan
persekitaran dan penggunaan daya pemerhatian yang menyeluruh dan spesifik.
Murid membuat eksperimen dan seterusnya membuat rumusan atau keputusan.

20

Aspek Sosial dan Emosi menggalakkan murid berinteraksi antara satu sama
lain, meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata
pelajaran Pendidikan Seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam
aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Di antara satu sama lain saling memberi
sumbangan dan pelontaran idea bagi menjana hasil produk yang memuaskan. Guru
perlu pandai mengawal kelas supaya tidak ada murid yang pasif. Penglibatan semua
ahli kumpulan adalah amat perlu dan digalakkan. Melalui kaedah ini semua murid
akan sama menikmati kepuasan dan mendapat faedah yang sama.

11.0

Kesedaran terhadap kepelbagaian budaya melalui apresiasi seni lukis

Negara kita bertuah kerana terdiri daripada pelbagai kaum. Kepelbagaian


budaya Malaysia merupakan aset penting kepada negara kita, kerana kelebihan ini
menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik Negara pelbagai kaum yang dapat
hidup dengan aman. Keharmonian ini menjadikan Malaysia sebagai negara
pelancongan terkenal di pelosok dunia. Kepelbagaian budaya Malaysia ini datangnya
dari penduduk Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan etnik yang
dikategorikan

sebagai

masyarakat

majmuk.

Menurut

Furnivall

(1967:54),

masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,


agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. M.G. Smith juga menganggap
masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya,
perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk
dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri.
Setiap etnik dan keturunan pula mewarisi seni kreatif tersendiri termasuklah bidang
seni visual.

Seni visual dapat dilihat daripada pelbagai sudut. Salah satu daripadanya
ialah dalam konteks masyarakat (sosial). Seni tidak bermakna apabila tiada
pemerhati kerana seni dipengaruhi oleh persekitaran. Seni menjadi satu jambatan
yang menghubungkan antara individu dan masyarakat. Ia menghubungkan sesama
manusia dan tempat serta bagaimana manusia bergantung sesama mereka. Antara
aspek sosial yang terlibat ialah kumpulan keluarga, komuniti, kumpulan umur,
fenomena kelas, kaum dan etnik, agama serta jantina dan baka. Semua elemen ini
penting

bagi

pembangunan

sosial

dan

sekaligus

menyumbang

ke

arah

21
pembangunan negara. Keluarga merupakan institusi sosial yang penting walaupun
kini ia tidak berperanan sebagai institusi menghasilkan produk seni.

Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh
sesebuah bangsa atau keturunan yang berkait rapat dengan seni keagamaan, dan
kepercayaan, yang menampilkan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti
masyarakat atau komuniti tertentu. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi
Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi
keseragaman motif-motif dan maknanya. Pengkarya seni akan mengambarkan
keunikan kehidupan masyarakat di negara ini melalui hasil seni mereka. Masyarakat
Melayu terkenal dengan seni khat yang berasaskan tulisan jawi bagi menghiasi
masjid atau tempat-tempat ibadat. Begitu juga bagi masyarakat lain yang kaya
dengan seninya tersendiri yang diwarisi turun-temurun. Manakala masyarakat Cina
pula terkenal dengan tulisan kaligrafi cina, begitu juga masyarakat India. Selain itu,
dalam bidang seni binaan misalnya masyarakat Cina lebih kepada pembuatan colok
dan ukiran naga, masyarakat India lebih kepada pembuatan belanga dan patungpatung manakala masyarakat Melayu lebih kepada pembuatan labu sayong.

Contohnya, industri pembuatan labu sayong, jika dahulu diwarisi turun


temurun sebagai mata pencarian dan hanya berfungsi untuk kegunaan harian kini
telah berubah menjadi produk komersial. Perusahaan labu sayong menerapkan nilai
kesabaran semasa menghasilkan juga mementingkan nilai estetika dalam
kandungan pembuatan telah mula diabaikan setelah teknologi moden digunakan.

Walau bagaimanapun dalam kurikulum Pendidikan Seni masih mendapat


perhatian kerana ia memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari hubungan
antara bentuk, fungsi dan media. Persekitaran tempat tinggal kanak-kanak
mempengaruhi corak kehidupan mereka. Kanak-kanak yang tinggal di kampung
dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka
pada seni dan persekitaran. Mereka menghasilkan karya yang menampakkan imej
dan ekspresi individu sama ada gembira, ceria atau bersedih. Mereka belajar
daripada pengalaman mengenai kehidupan dalam masyarakatnya.

Masyarakat Orang Asli misalnya cintakan kesenian. Kraf yang paling hampir
dengan kehidupan mereka. Fungsi kraf yang dihasilkan untuk kegunaan harian di
mana mereka menghasilkan bakul untuk mengisi buah-buahan, anyaman tikar
sebagai alas lantai dan sebagai. Kanak-kanak Orang Asli juga cintakan keindahan

22
hutan, gelanggang permainan harian mereka dengan cara memanjat pokok dan
melihat air hujan turun. Jelas kepada kita mereka berinteraksi dengan persekitaran,
alam dan masyarakat setempat. Secara tidak langsung menunjukkan seni adalah
jambatan

untuk

menghubungkan

kanak-kanak

dengan

masyarakat

dan

persekitarannya. Mereka kenal budaya sosial keturunan nenek moyang mereka yang
diwarisi sehingga ke hari ini. Aktiviti seni juga tidak terbatas mengikut peringkat umur
kerana pembelajaran adalah sepanjang hayat.

Pendidikan Seni dapat dipelajari ataupun dihasilkan bermula dari kanakkanak sehinggalah dewasa. Sekiranya ibu bapa serta masyarakat memahami dan
menghargai seni, maka aktiviti seni boleh dilakukan secara santai. Selain mengisi
masa lapang, dapat juga meningkatkan kemahiran. Sebagai contoh dalam aktiviti
melukis, seseorang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya
menjadikan bidang seni ini sebagai kerjaya untuk menambah pendapatan. Di
samping itu dapat memupuk sikap berdisiplin, bersabar, bertanggungjawab dan
berhemah tinggi. Apatah lagi pendidikan seni menjurus kepada fungsi kontekstual
dan essensial untuk mendapat masyarakat yang seimbang budayanya tanpa
mengetepikan warisan pusaka mereka.

Seni menghubungkan sesama manusia dan tempat serta bagaimana


manusia saling bergantung antara satu dengan yang lain. Seni dan sosial
mempunyai satu hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai satu kurikulum
integrasi. Pendidikan sosial memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan
pengalaman manusia. Seni memberi peluang untuk memahami pengalaman
manusia dengan baik. Untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami
bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik dan ekonomi sesuatu masyarakat.
Sebagai contoh bahan-bahan dan teknik penghasilan seni yang digunakan dalam
menghasilkan sesuatu seni boleh memberi kefahaman tentang faktor geografi, alam
sekitar dan struktur sosial sesuatu masyarakat.

Malahan di zaman moden para pengiklan, penghibur dan ahli politik


menggunakan unsur seni untuk menyampaikan mesej dan memupuk sistem
kumpulan masyarakat. Artis mempunyai kuasa dalam bentuk simbol untuk
menyampaikan sesuatu idea atau perasaan yang begitu kuat yang boleh menyentuh
perasaan orang lain. Imej juga boleh menimbulkan semangat patriotik dan bersuara
terhadap ketidakadilan. Seni juga boleh menyampaikan mesej tanpa komunikasi
lisan kepada sesuatu masyarakat. Untuk membolehkan kanak-kanak faham kaitan

23
seni dengan pendidikan sosial, kanak-kanak perlu mengalami sendiri pengalamanpengalaman menggunakan bahan-bahan seni dan mengalami sendiri proses
kehidupan yang dialami oleh seseorang artis yang mencipta nama di dalam bidang
seni.

Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah
satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan
jasmani. Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifat kecintaan pada seni
dan estetika. Berikut antara Seni visual dalam konteks sosial yang diharapkan
mampu melahirkan kanak-kanak yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Matlamat sebenar seni visual adalah bertujuan melahirkan seseorang
individu

yang

bersifat kreatif,

inovatif,

berimaginatif,

berketerampilan

serta

menguasai teknologi dalam menghasilkan cita rasa dalam penciptaan. Di samping


perlu memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang
berteraskan kebudayaan kebangsaan.

Antara sumbangan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti


kanak-kanak. Sifat semula jadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan
sentuhan dan melalui contengan-contengan ini perkembangan seni tampak minda
mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu perkembangan ini berlaku berbeza
mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar belakang pendidikan mereka.
Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus berkembang
dengan baik. (Laura Chapman 1978). Sehubungan dengan itu pembangunan sosial
kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri
dalam kelompok masyarakatnya. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun,
tentulah anggota masyarakat mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang
sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam
bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi
hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk
keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion
baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat
ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini. Seni visual dalam konteks
sosial dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih sayang, menghormati
budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat mulia terhadap diri.
Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilai-nilai warisan seni
budaya keturunan kita sendiri di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

24

Seni dalam konteks sosial juga berperanan penting dalam pembangunan


manusia, malahan seni boleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat.
Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari atau tidak telah
meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan tentang seni telah bermula
sejak zaman kanak-kanak lagi di mana mereka mula mengetahui tentang alat-alat
permainan yang beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu juga dalam konteks
mewarna di atas kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan warna yang
disukainya. Contengan warna ini sebenarnya melahirkan ideanya. Ini menjurus
kepada kreativiti kanak-kanak tersebut. Bakat ini perlu dibimbing dan dipupuk
dengan sebaiknya supaya dia menjadi seorang yang berdikari dan yakin pada dirinya
sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat simbol-simbol yang mudah dan ringkas
mengikut tahap penguasaan dan faktor sekelilingnya. Jika dikaji bentuk-bentuk
lukisan sebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa kita sedari.
Kajian ini dibuat oleh Herbert Read (1958) dalam bukunya Education
Through Art. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni
perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu
formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Ini
bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral yang
menjadi aset penting dalam pembangunan negara. Tanpa kesan estetika kesenian
mungkin boleh membawa penyakit yang menjurus kepada wabak sosial yang
memudaratkan. Gejala sosial yang berlaku pada masa kini sedikit sebanyak berkait
rapat dengan aspek penghayatan estetika. Keruntuhan moral, pencemaran akhlak,
terpesong kefahaman agama dan segala aspek yang bertentang dengan fitrah
manusia mungkin boleh diubati. Memahami makna estetika dalam seni itu sendiri
cukup mendalam, keindahan yang mutlak dan hakiki. Penghayatan terhadap seni
yang mendalam dan diamalkan dalam penghidupan seharian. Penghayatan estetika
terhadap kebesaran Tuhan juga menuntut kita merenung jauh tentang setiap
kejadian itu. Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama ada dari aspek
pembangunan insan, pembangunan rohaniah dan jasmaniah, perkembangan dan
bimbingan kehidupan seharian.

Malaysia mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks dengan


setiap kaum mempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama,
tidak dapat dinafikan pula wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap
kaum bagi melambangkan keperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang

25
multikultural merupakan suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada
hari ini sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk
saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam
diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling
menghormati antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan negara mampu
dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yang demikian, prinsip tersebut sewajarnya
diterapkan dalam sistem pendidikan negara kerana sekolah merupakan ruang fizikal
yang paling sesuai untuk diterapkan kefahaman mengenai asal usul, sejarah dan
hala tuju negara kepada generasi muda (Samsudin Suhaili, 2008: 81-83).

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat


perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian
budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana
budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari
daripada nenek moyang dan akan diperturunkan pula kepada generasi akan datang
(Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi, 2005:1).

Atas

kesedaran

untuk

menyedarkan

kanak-kanak

bahawa

terdapat

kepelbagaian kaum dalam negara, melalui pendidikan seni lukis dapat ditonjolkan
kepelbagaian budaya yang merangkumi kepelbagaian kaum di Malaysia. Kurikulum
seni visual di negara kita dibahagikan kepada empat bidang iaitu menggambar,
membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf
tradisional. Melalui keempat-empat bidang ini dapat diserapkan unsur-unsur budaya
dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kanak-kanak gemar melukis gambar orang dewasa lelaki dan perempuan


serta kanak-kanak lelaki dan perempuan. Mereka juga gemar melukis manusia
dengan perbezaan pakaian dan pekerjaan mereka. Kebanyakan kanak-kanak
memperkembangkan simbol yang mewakilkan pemikiran simbolik mereka untuk
objek lain di dunia ini seperti flora dan fauna, bangunan dan kenderaan. Kanakkanak lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara
yang menarik perhatian mereka.

26
Melalui seni lukis, unsur-unsur kepelbagaian budaya yang dapat ditonjolkan
dalam aktiviti menggambar ialah lukisan pakaian. pekerjaan, aktiviti harian, makanan
dan aktiviti keagamaan. Unsur-unsur budaya tersebut merangkumi unsur-unsur
budaya material dan bukan material. Sebagai contoh, sebuah karya atau lukisan
yang memaparkan kepelbagaian budaya di Malaysia ialah karya Kampung Boy
nukilan daripada kartunis terkenal tanah air iaitu Lat. Dalam lukisannya, digambarkan
beberapa jenis pakaian tradisional yang melambangkan kebudayaan Melayu melalui
gambaran tetamu yang hadir dalam sesuatu majlis iaitu dengan berbaju kurung,
berkebaya dan bertudung. Pakaian orang Melayu semasa santai di rumah juga
ditunjukkan dengan paparan lukisan seorang lelaki yang hanya memakai kain
pelekat. Pakaian yang bersesuaian pula dikenakan sekiranya menghadiri sesuatu
upacara contohnya acara keagamaan, digambarkan orang Melayu yang memakai
ketayap, songkok dan berbaju Melayu berserta kain pelekat semasa ke masjid.
Begitu juga pakaian kaum wanita Melayu yang digambarkan sentiasa memakai baju
kebangsaan seperti kebaya dan baju kurung dalam situasi formal.

Selain cara berpakaian, kepelbagaian budaya juga dapat ditunjukkan melalui


bangunan seperti reka bentuk rumah tradisional. Konsep rumah Melayu dapat
ditonjolkan melalui lukisan rumah Melayu, rumah masyarakat Cina, rumah panjang
bagi masyarakat Iban di Sarawak, dan sebagainya. Perbezaan antara rekaan dan
bentuk rumah mengikut kaum membolehkan kanak-kanak mengenal identiti dan
kebudayaan sesuatu masyarakat. Kanak-kanak juga memahami beberapa ciri yang
mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah di negara ini.

Guru Seni merupakan agen kepada perubahan sosial dengan menyumbang


kepada transformasi budaya tampak yang umum, kerana melaluinya pelajar belajar
melihat dunia. Perubahan berlaku sama ada secara sengaja atau tanpa disedari.
Seni juga penting sebagai transformasi sosial yang melibatkan perkembangan
biologi, transformasi teknologi dan pembentukan budaya. Menurut Robert A. Ott dari
Pennsylvania Art Educator menyatakan; seni merupakan sesuatu yang dikaitkan
dengan persekitaran dan masyarakat. Guru Seni pula adalah seseorang ahli
falsafah, penulis, ahli sejarah dan artist yang kreatif. Pendidikan Seni telah menjadi
suatu pendidikan jangka hayat (life learning process).

Seni juga mengalami evolusi kerana kehendak yang berbeza mengikut umur
masyarakat. Masyarakat warga tua lebih berminat dengan seni dan kelapangan
waktu tersedia berbanding dahulu tidak memperoleh peluang mempelajari kerana

27
kesibukan bekerja. Menurut Ott lagi, seni melibatkan proses pembelajaran tentang
tamadun dan budaya sesuatu etnik dan bangsa. Seni sebagai refleksi pemikiran
golongan intelektual dari zaman berzaman. Mesej yang disampaikan dalam sesuatu
seni boleh dipertahankan dalam jangka masa lama dan asas kepada pemahaman
tentang sesuatu budaya, etnik dan sesuatu golongan masyarakat... (telah
diterjemahkan dari bahan internet). Beliau juga berpendapat, seni mungkin menjadi
asas kepada segala jenis pembelajaran (centre of learning). Melaluinya kita boleh
mengetahui tentang cara pemikiran, emosi, adat dan istiadat masyarakat dan
pemahaman ini terus berkembang. Menurut Ralph Smith (2006) dalam tulisan beliau,
Culture And The Arts in Education menyatakan, seni mempunyai kaitan dengan
proses

pembentukan

perwatakan

seseorang

manusia.

Ini

kerana

untuk

menghasilkan seni ia perlukan tahap kestabilan, konsentrasi, disiplin, kreativiti dan


tamadun yang tinggi dan memuaskan.

Seni melibatkan proses komuniti, kesinambungan dan kritikan serta


pendidikan falsafah yang akan dilalui oleh seseorang individu. Dalam konteks sosial
ini dapat diperjelaskan kepada kita bahawa pendidikan tentang seni amat berkait
rapat dengan kehidupan seharian mereka sehingga boleh menghasilkan seni yang
excellent, terutama jika ia melibatkan pengalaman estetik seseorang individu.
Melalui Pendidikan Seni boleh memupuk sikap kesedaran tentang ciri-ciri
kemanusiaan dan menggunakan seni untuk mengekspresi pandangan, dilema dan
peribadi kepada masyarakat. Seni hakikatnya suatu subjek yang sangat berkuasa
sehingga boleh menyebabkan sosial change. Contoh-contoh seni yang telah
mengubah pandangan manusia tentang sesuatu isu atau kejadian yang berjaya
menimbulkan kesedaran tentang kemanusiaan di kalangan manusia. (GuernicaPicasso). Menurut Kerry Freedman dalam pembentangan kertas kerja beliau di
perjumpaan Persatuan Pendidikan Seni Pennsylvania (2001); beliau melihat
Pendidikan Seni dari perspektif sosial iaitu jika seni diajar tanpa memasukkan nilainilai dan pandangan sosial terhadap seni maka ianya cuma menjadi suatu
pengajaran dan pembelajaran seni semata-mata kerana perspektif kurikulum tetapi
seni juga harus dipandang dan diinterpretasikan dengan sifat-sifat sosial seperti
jantina, bangsa, etnik, bakat istimewa, budaya, sosioekonomi, keadaan politik, alam
sekitar dan perasaan manusia. Ini kerana seni adalah kompleks mempunyai unsur
kepelbagaian dan mewakili sesuatu budaya.

12.0

Penutup

28

Seni merupakan asas perkembangan kreativiti individu yang jika diajar


dengan baik, dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan
ruang bagi pembelajaran. Melalui aktiviti seni, daya estetika kanak-kanak dapat
dipertingkatkan. Kanak-kanak juga akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang
isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Kanak-kanak mesti diberi
peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Aktiviti
seni yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan
pemahaman serta membantu perkembangan potensi mereka secara menyeluruh.

Menyedari pentingnya Pendidikan Seni Lukis ini sebagai seorang guru seni,
kita perlulah menyiapkan diri dan berusaha memahami dan mahir di dalam elemenelemen asas seni iaitu unsur-unsur senireka dan prinsip-prinsip rekaan. Ini kerana
ianya penting bagi seorang guru seni untuk menilai dan menyediakan pelajaran yang
berkesan untuk pelajarnya.

Selain itu, perlu juga sebagai seorang guru seni untuk mengetahui dan
melihat teori-teori yang ditulis oleh tokoh-tokoh seni agar dapat membantu guru
memahami kepentingan bidang seni kreatif ini terhadap perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak. Ini kerana kreatviti dan imaginatif pelajar adalah berbeza
dan luas. Guru juga perlu melihat kepada keperluan dan kemahiran di dalam
menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni. Faktor-faktor yang
perlu diambilkira sebelum menyediakan alat bantu mengajar atau sesuatu karya seni
amatlah perlu dikuasai oleh seorang guru seni.

Murid pasti seronok mempelajari seni lukis jika hasil yang diusahakan
mencapai apa yang dikehendaki oleh guru. Kadangkala murid itu akan terpegun
dengan hasilnya yang bermutu yang mereka sendiri
melakukannya

sendiri.

Akhir

kata,

kepentingan

tidak menyangka dapat

seorang

guru

seni

untuk

menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan dan diikuti kaedahkaedah yang sesuai serta rancangan mengajar yang lengkap pasti akan membantu
dalam menyediakan satu pelajaran seni yang menarik dan berkesan kepada pelajar.

Di harapkan juga melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang
berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindak balas di samping dapat
mempertahankan warisan budaya dalam konteks sosial di mana sesuatu masyarakat
dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini. Seni begitu memainkan

29
peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap
sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan.
Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memainkan peranan dalam
pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui
seni selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan
penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.

Rujukan

Abdul Shukor Hashim., Badrul Isa., Khairezan Rahmat., dan Zuraimi Zakaria. (2007).
Modul Perkembangan seni dan kanak-kanak. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Suseela

Balakrisnan,

Norliah

Kasim.

Amali

Ibrahim,

Kamisah

Buang,

Perkembangan Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak, Open University Malaysia (OUM)


Disember 2008.

Mazlan

Othman,

Ruzitah

Tapah,

Hassan

Mohd

Ghazali,

(2005),

Teks

LengkapPendidikan Seni Visual Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Nasir Ibrahim, Prof Madya Iberahim hassan (2003). Pendidikan Seni Untuk
Maktab dan Universiti, Tanjung Malim. Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI. Amir
Hasan Dawi, Penteorian Sosiologi dan Pendidikan (2006), Quantum Books Peti Surat 55,
Tanjung Malim.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (ms 39-55)


Kementerian Pendidikan Malaysia KPM (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah, Pendidikan Seni Visual.

30
Muliyadi Mahamood (1995); Seni Lukis Dalam Peristiwa. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.