Anda di halaman 1dari 39

1.

0 PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Illahi atas limpah dan kurnianya kami berjaya menyiapkan kerja kursus ini.
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Amirrudin kerana
memberikan kami tugasan ini. Melalui tugasan ini kami mendapat beberapa informasi yang agak
berguna untuk kehidupan kami yang akan dating. Selain itu, kami juga memahami beberapa
peruntukkan dalam perlembagaan yang diperuntukkan mengenai Agama Islam dan Kebebasan
beragama di Malaysia. Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua
ibubapa kami yang menyokong kami dan membantu kami dari segi idea mahupun wang sewaktu
kajian ini dilakukan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penulis
buku, blog kerana mereka menyenangkan kerja kami dan melalui pembacaan dalam buku dan
blog mereka kami berjaya menyiapkan kerja ini dengan jayanya. Akhir sekali kami
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan dan rakan sekelas, yang memberi
pandangan dan soalan sewaktu penulisan ini berlaku dan sewaktu masa pembentangan kerja
kami. Melalui soalan mereka kami dapat menambah baik kerja kami dan kami berpuas hati
dengan kerja kami ini. Sekian, terima kasih.

pg. 1

2.0 PENDAHALUAN
Kepelbagaian agama di Malaysia bermula sejak zaman penjajahan British. Ini terjadi kerana
disebabkan kemajuan dalam sector perindustrian pada masa itu. Di sebabkan kekurangan tenaga
buruh penjajah British telah membawa masuk kaum Cina dan kaum India ke Tanah Melayu dan
ini telah menghasilkan kemajmukkan dan kepelbagaian agama, Bahasa, adat istiadat dan juga
kepercayaan. Sebelum Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, British telah meletakkan syarat
yang utama iaitu semua penduduk asal Tanah Melayu mestilah menerima imigran dari Cina dan
India. Akhirnya penduduk asal Tanah Melayu setuju untuk menerima semua imigran dari Cina
dan India sebagai penduduk Tanah Melayu maka termenterailah Perlembagaan Tanah Melayu
1957. Berdasarkan perlembagaan ini ada beberapa faktor yang dipersetujui oleh semua kaum di
Tanah Melayu dan dinamakan sebagai Kontrak Sosial. Berdasarkan Kontrak Sosial ini semua
kaum telah bersetuju atas beberapa pekara yang sangat penting kepada kestabilan negara.
Melalui Kontrak Sosial ini, orang bukan melayu telah diberikan kelonggaran kewarganegaraan
berasaskan prinsip Jus Soli. Orang melayu pula diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai
agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu serta hak istimewa orang
Melayu dan Bumiputera. Perlembagaan Malaya ini diisytiharkan pada 31 Ogos 1957,
diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16
September 1963. Terdapat beberapa perkara yang mengandungi mengenai agama iaitu:Perkara 3: Menjelaskan bahawa Islam adalah agama persekutuan, namun pada masa yang sama
juga memberikan hak kepada orang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka dengan
aman dan damai. Selain itu, Perkara 3 juga menjelaskan kedudukan Raja-Raja sebagai ketua
agama di negeri-negeri melainkan negeri yang tidak mempunyai raja. Manakala bagi sesuatu
perkara yang meliputi seluruh persekutuan yang berkaitan dengan Islam, maka Yang di Pertuan
Agong akan mewakili Raja-Raja setelah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Di samping
kedudukan Raja-Raja, Perkara 3 juga menyentuh tentang Yang di Pertuan Agong adalah ketua
agama Islam bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Perkara 8: Menjelaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Kecuali sebagaimana dibenarkan
dengan nyata dalam perlembagaan ini, tiada perbezaan boleh dibuat berdasarkan agama, kaum,
keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau perlantikan bagi

pg. 2

sesuatu jawatan di bawah pihak berkuasa awam. Pengecualian ini jelas dalam perlantikan yang
berkenaan dengan sesuatu agama itu sendiri seperti dalam Perkara 8(5)(b).
Perkara 11: Menjelaskan bahawa pertama, setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan
agama masing-masing. Kedua, tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika
diperuntukkan bagi maksud yang lain dari agamanya sendiri. Ketiga, setiap kumpulan berhak
menguruskan hal ehwal agamanya sendiri termasuklah menubuh, menyelenggara atau memiliki
harta atau institusi. Keempat, undang-undang negeri dan undang-undang wilayah persekutuan
boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa kepercayaan agama dalam kalangan
orang Islam.
Perkara 12: Menjelaskan bahawa pertama, setiap kumpulan agama berhak menubuh dan
menyelenggara yayasan untuk pelajaran kanak-kanak mengenai agama masing-masing. Kedua,
undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri boleh mengadakan bantuan kewangan
khas bagi menubuh dan menyelenggara yayasan Islam atau bagi mengajar mengenai agama
Islam kepada orang Islam. Ketiga, tiada sesiapa dipaksa mengambil bahagian dalam upacara
agama selain agamanya. Keempat, agama bagi seseorang
Perkara 121: Melalui peruntukan ini menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil tidak boleh
mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah
Syariah. Ini kerana sebelum pindaan itu dibuat terdapat beberapa kes (seperti wakaf, penjagaan
anak, mungkir janji untuk berkahwin dan lain-lain) di mana Mahkamah Sivil telah membuat
keputusan mengenai perkara yang termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan
adakalanya telah mengubah keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Syariah.
Perkara 150: Jelas memelihara hal ehwal Islam walaupun dalam keadaan darurat yang memberi
kuasa kepada pihak eksekutif untuk membuat undang-undang yang pada keadaan biasa, undangundang hanya boleh dilakukan di Parlimen dan kerajaan pusat boleh mengambil alih
pemerintahan kerajaan negeri. Ini menunjukkan bahawa walaupun kuasa darurat yang sangat
luas tetapi tidak termasuk perkara yang berhubung dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

pg. 3

3.0 ABSTRAK
Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama. Perkara 11 menyatakan, Tiap-tiap orang
berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada
kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apaapa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Perkara 3
dalam Perlembagaan menyatakan bahawa, Islam ialah agama bagi Persekutuan dan Parlimen
boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal
agama Islam. Perkara 160 dalam Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang
yang menganuti agama Islam. Mahkamah sivil biasanya menyerahkan kuasa kepada mahkamah
Syariah bagi kes-kes berkaitan keluar daripada agama Islam, dan mahkamah Syariah pula
enggan membenarkan sesiapa keluar daripada agama Islam. Undang-undang dan dasar-dasar lain
mengenakan beberapa sekatan terhadap kebebasan beragama. Sepanjang tempoh laporan ini,
tiada sebarang perubahan dari segi status menghormati kebebasan beragama oleh Kerajaan.
Kerajaan mengekalkan senarai rasmi 56 ajaran yang dianggap sesat dan mengancam
keselamatan negara. Kerajaan boleh menahan orang Islam yang menyimpang daripada ajaran
asas Ahli Sunnah Waljamaah dan diwajibkan menjalani pemulihan di pusat-pusat yang
mengajar dan menguatkuasakan amalan-amalan Islam yang dibenarkan pihak kerajaan.
Umumnya, orang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam untuk menganut agama lain
secara sah tetapi penganut agama lain boleh menganut agama Islam. Pegawai-pegawai di
peringkat persekutuan dan negeri memantau kegiatan agama Islam, dan mereka kadang-kadang
mempengaruhi kandungan khutbah, menggunakan masjid untuk menyampaikan mesej politik,
dan menghalang imam-imam tertentu daripada berucap di dalam masjid. Kerajaan mengekalkan
dua sistem perundangan, di mana mahkamah Syariah mempunyai kuasa ke atas isu-isu agama
dan kekeluargaan yang melibatkan orang Islam, dan mahkamah sekular mempunyai kuasa ke
atas isu-isu lain berkaitan penduduk keseluruhan. Dasar-dasar kerajaan menggalakkan Islam
mengatasi agama-agama lain. Kumpulan agama minoriti umumnya bebas mengamalkan
kepercayaan mereka; tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, ramai telah menyuarakan
kebimbangan bahawa sistem mahkamah sivil secara beransur-ansur menyerahkan bidang kuasa
kepada mahkamah Syariah, terutama dalam hal-hal berkaitan undang-undang keluarga yang
melibatkan pertikaian di antara orang Islam dan bukan Islam.

pg. 4

4.0 SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN.

2.0 PENDAHALUAN.

3.0 ABSTRAK.

4.0 SENARAI KANDUNGAN. ..

5.0 DEFINISI AGAMA..

5.1 SEBAB MENGAPA MANUSIA MEMERLUKAN AGAMA. .

5.2 PERANAN AGAMA

10

5.3 FUNGSI AGAMA

10

5.4 PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN.

10

6.0 DEMOGRAFI AGAMA DAN AGAMA DIANUTI DI MALAYSIA.

11

6.1 AGAMA ISLAM.

12

6.2 AGAMA BUDDHA

16

6.3 AGAMA KRISTIAN (NASRANI)

19

6.4 AGAMA HINDU

22

6.5 AGAMA SIKH.

24

6.6 AJARAN KONFUSIUS

25

6.7 AJARAN TAO..

26

6.8 ANIMISME

30

7.0 STATUS KEBEBASAN BERAGAMA..

27

8.0 PERMASALAHAN AGAMA DI MALAYSIA..

30

8.1 PENYALAHGUNAAN KEBEBASAN BERAGAMA. ..

30

9.0 KONFLIK AGAMA

33

10.0

MENCARI TITIK PERTEMUAN

34

11.0

KESIMPULAN.

35

12.0

RUJUKAN.

36

pg. 5

5.0 DEFINISI AGAMA


Menurut islam:
Syeikh Ibrahim al-Baijuri sesuatu kepercayaan yang diturunkan Allah melalui utusan-Nya
meliputi peraturan-peraturan tertentu. Dinamakan agama kerana manusia tunduk kepada tuhan
dan di bawah peraturan tuhan.
Menurut Barat:
Hans Joachim Schoeps- hubungan yang wujud antara manusia dan kuasa terbesar yang
dipercayai manusia dan manusia merasai adanya kebergantungan dengan kuasa agung itu.
Didalam bukunya The Religion of Mankind.
Agama merupakan perkataan yang merujuk kepada kepercayaan terhadap kewujudan sesuatu
yang suci dan berkuasa. Setiap bahasa di dunia mempunyai kata nama tersendiri yang memberi
makna seerti dengan agama. Didalam bahasa melayu , perkataan agama berasal dari bahasa
Sanskrit yang membawa maksud sistem kepercayaan dalam agama hindu/budhha. Kemudian,
kata nama agama digunakan oleh bahasa melayu dan dijadikan suatu istilah dengan merujuk
maksud agama sebagai kepercayaan kepada tuhan.

Klasifikasi agama
Agama-agama yang ada di dunia ini boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan iaitu agama
agama langit dan agama budaya.
Agama langit
Agam-agama langit adalah agama yang mendapat ajaran dan peraturan agama melalui wahyu
yang diturunkan oleh allah kepada utusan-Ny. Antara contoh agama langit ialah agama yahudi,
agama islam agama Kristian. .
Agama Yahudi - penurunan kitab suci taurat kepada nabi musa yang membentuk ajaran agama
asal masyarakat Yahudi.
Agama kristian - ajaran nabi isa (Yesus) yang mendapat wahyu Tuhan menghasilkan kitab injil
Isa yang didakwa sebagai asal kemunculan agama Kristian.

pg. 6

Agama Islam - bedasarkan wahyu kepada nabi Muhammad s.a.w yang dinamakan al-Quran.
Antara ciri-ciri umum agama langit ialah:
Menganggap alam bukan sebagai Tuhan
Mengakui kewujudan kitab suci yang menjadi pedoman dan ikutan dalam memahami ajaran
agama.

Agama budaya
Agama yang meliputi agama-agama yang mendkwa Tuhan dan ala mini hanyta dapat di beza
dalam fikiran. Pada hakikatnya, Tuhan dan alam maya adalah satu dan sama. Pada agama ini,
alam ini sebenarnya merupakan juga Tuhan. Meskipun demikian terdapat perbezaan antara
agama-agama ini:
Agama kuno dan Agama Hindu Veda -agama yang percaya Tuhan boleh menjelma dalam segala
benda yang wujud di dalam ala mini.mereka hampir sekata mempercayai bahawa haiwan di
hutan adalah Tuhan tetapi Tuhan tidak binasa dengan matinya haiwan. Sebaliknya Tuhan terus
wujud dalam jenis haiwan yang sama.Apa yang paling penting di era ini yang berkaitan dengan
keagamaan adalaah bagaimana pegangan agama dapat dijadikan sebagai faktor pembentukan
masyarakat di Malaysia dan seterusnya menyatupadukan lagi semua masyarakat. Antara fungsi
agama ini adalah:
1. Mengawal nilai moral masyarakat Agama yang aada di Malaysia menjadi salah satu
elemen yang dapat mengawal nilai moral masyarakat masing-masing.misalnya, agama
islam menekankan nilai akhlak dalam kehidupan semua peringkat manusia di kalangan.
orang islam. Penekanan ini membantu mengawal individu masyarakat ini yang baik
tingkah laku. Selain Islam, agama-agama yang lain juga menekankan nilai-nilai moral
yang baik agar dipatuhi oleh masyarakat masing-masing. Bentuk hukuman dan ganjaran
yang dijanjikan oleh agama masing-masing mengukuhkan lagi pelaksanaan kewajipankewajipan sosial kepada masyarakat.

pg. 7

Antara bentuk nilai yang dapat diperkukuhkan oleh agama ialah:


Melakukan hubungan baik berteraskan nilai akhlak di kalangan semua peringkat seperti
peringkat keluarga; hubungan pemimpin dan masyarakat dan kepatuhan kepada undangundang. Membentuk perasaan hormat dan patuh kepada struktur sosial seperti mematuhi
pemimpin agama, masyarakat dan Negara
Mencegah diri dari melakukan kesalahan moral di kalangan semua anggota masyarakat
yang membabitkan individu , kelompok dan Negara.
2. Mencetus semangat dan motivasi hidup serta kerjaya. Sikap saling menaruh kepercayaan
sesama kita untuk memenuhi kewajipan-kewajipan bersama di dalam semua aspek.
Malah agama memberi kekuatan dalaman untuk meningkatkan Kepercayaan diri untuk
berjaya dalam hidup dan kerjaya. Agama-agama yang ada di Malaysia berusaha
menekankan semangat untuk meneruskan hidup ketika penganut masing-masing
berdepan dengan masalah. Malah agama merangsang untuk penganut meningkatkan lagi
keupayaan dalam kerjaya dan hidup, dan member keyakinan baru terhadap masalah hidup
masyarakat masing-masing.
CIRI-CIRI AGAMA
1. Mempercayai Ketuhanan (Belief in Diety)
Tiga aliran falsafah kewujudan Tuhan.
a. Athies -Masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan
b. Theis -Masyarakat yang mempercayai kewujudan Tuhan atau Tuhan-tuhan
c. Agnostik - Masyarakat yang menyatakan kewujudan tuhan boleh dibuktikan dan tidak
boleh dibuktikan.
Dua bentuk fahaman Theis iaitu monotheistic dan politeistik. Monotheistic-percayai wujudnya
tuhan yang satu (Islam,Kristian & Yahudi). Politeistik-mempercayai banyak tuhan(Hindu &
Buddha).

pg. 8

2. Doktrin Kesejahteraan (Doctrine of Salvation)


Doktrin tertingi bagi setiap pengaruh agama. Mempercayai individu perlu diselamatkan dari
sebarang ancaman berbentuk fizikal, mental dan kerohanian. Dalam Islam, ancaman adalah bala,
musibah dan seksa selepas kematian dan memasuki syurga adalah kebahagiaan. Penganut Hindu
mempercayai kelahiran semua (Mokhsa). Buddha berkaitan doktrin Nirvana yang merujuk
kepada kehendak (desires) dan kesedaran (conciousness).
3. Kod Tingkah Laku(Code of Conduct)
Ajaran nilai dan moral dalam agama. Bagaimana berkelakuan, mengatur kehidupan sesama
manusia dan ketika berhubungan dengan tuhan. Berbuat baik dan larangan makan dan minum.
4. Penggunaan cerita-cerita suci(The use of sacred stories)
Cerita suci bagi menguatkan keyakinan pada agama. Ahli sosiologi mengatakan cerita suci
sebagai mitos. Dalam Islam, menolak sama sekali cerita mitos yang bertentangan dengan
ajarannya.
5. Upacara bercorak keagamaan(Religious Rituals)
Amalan ritual diadakan untuk memperkukuhkan ajaran agama. Ritual mencakupi tingkahlaku
seperti berpakaian, pengorbanan nyawa dan harta, pengucapan formal, menyanyi(kristian),
berdoa(Islam), memuja(Hindu & Buddha), menari, berteriak dan sebagainya.

5.1 SEBAB MENGAPA MANUSIA MEMERLUKAN AGAMA:

Disebabkan fitrah manusia itu sendiri.

Warisan kebudayaan kumpulan, suku kaum atau keluarga.

Faktor keselamatan.

Kesejahteraan di akhirat.

Jawapan persoalan kehidupan yang sukar dijawab.

Elemen pengukuhan ikatan persaudaraan.

pg. 9

5.2 PERANAN AGAMA:

Membina masyarakat yang bernilai murni dan bermoral.

Hukuman dan ganjaran yang dilaksanakan oleh agama terhadap manusia.

Memberikan semangat dan motivasi hidup.

5.3 FUNGSI AGAMA DALAM PEMBENTUKKAN DI MALAYSIA

Mengawal nilai moral masyarakat.

Mencetus semangat dan motivasi hidup serta kerjaya.

Mengawal berlaku perubahan sosial negatif yang tidak terkawal.

Membentuk pendidikan yang sempurna.

Membangunkan aspek kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan.

5.4 PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Definisi

AGAMA

KEPERCAYAAN

Hubungan antara manusia

Akuan akan benarnya terhadap

dengan sesuatu kekuasaan luar

sesuatu akan benarnya

biasa yang dianggap dapat

terhadap sesuatu perkara

memberikan perlindungan.

misalnya amalan adat dan


pantang larang.

Konsep

Hubungan yang suci.

Tiada konsep dosa dan pahala.

Amalan

Sistem keyakinan yang dianuti

Amalan yang diwarisi secara

dan diamalkan.

turun temurun.

pg. 10

6.0 DEMOGRAFI AGAMA

Negara Malaysia mempunyai kawasan 127, 000 batu persegi dan penduduk berjumlah 27.7 juta.
Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000, kira-kira 60.4% penduduk menganut
agama Islam; 19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain mengamalkan
Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain. Yang selebihnya dikira
menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan Sikhisme, melainkan 0.9% yang tidak
beragama atau tidak memberikan maklumat.

AGAMA YANG DIANUTI DI MALAYSIA


Agama merupakan satu hubungan suci yang dipercayai oleh sesuatu kaum atau manusia dan
mereka merasakan kuasa tersebut ialah kuasa tertinggi yang mereka boleh bergantung untuk
meneruskan hidup. Terdapat kepelbagaian agama di Malaysia iaitu agama Islam, Buddha, Hindu
dan sebagainya.

pg. 11

6.1 AGAMA ISLAM


Agama Islam ialah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W
melalui malaikat pengantaranya iaitu Malaikat Jibril. Agama Islam mengajar penganut mengenai
hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya, hubungan antara manusia dengan alam semesta
dan juga hubungan antara manusia dengan manusia. Islam dari segi syarak ialah : mentauhidkan
Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepadanya serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t. Namun makna yang paling banyak digunakan
dalam al-Quran ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.
Agama ini merupakan agama terbesar yang dianuti di Malaysia. Sumbernya berdasarkan alQuran dan al-Sunnah dan juga ahli Sunnah wal jamaah. Syariah ialah prinsip islam tertinggi,
mengatur kehidupan harian muslimin yang meliputi segala aspek kehidupan manusia. Perayaan
Agama Islam ialah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Maal Hijrah. Agama Islam dianuti
oleh orang-orang Melayu dan Majoriti Bumiputera. Penganut agama Islam menyembah Allah
S.W.T. Mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Mereka
hidup berlandaskan Rukun Islam dan Rukun Iman. Mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan
Nabi Muhammad sebagai Rasul. Agama ini dipercayai agama yang pertama yang dianuti oleh
penduduk Tanah melayu. Agama ini telah dianuti pada zaman kerajaan Kedah Tua buktinya
adalah penemuan batu bersurat pada kurun ke-2 masihi.
Islam adalah untuk seluruh manusia dan tidak dikhaskan kepada bangsa tertentu dan golongan
tertentu sahaja. Kepatuhan dan penyerahan diri yang dikehendaki oleh Allah s.w.t merupakan
kepatuhan dan penyerahan yang berpandukan ajaran Allah s.w.t yang dibawa dan disampaikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w.Kepatuhan bererti menjalani semua hukum yg diwajibkan oleh
Allah yg mencakupi hukum iktikadiyyah (kepercayaan), hukum amaliyyah (fiqh) dan hukum
akhlakiyyah (budi pekerti). Oleh itu, syariat mencakupi bidang iman, amalan & akhlak.

pg. 12

ASAS AGAMA ISLAM


Agama (al-Din) dari segi bahasa : Kepercayaan dan keyakinan terhadap ajaran atau fahaman
tertentu. Ianya dikaitkan dgn ibadat dan hubungan dengan Tuhan. Istilah : Membenar dengan
perkataan atau mengakui keEsaan pencipta, mempercayai dan menyakini Pencipta serta apa yg
disampaikanya, dengan sepenuh hati dan membuktikannya dengan amalan, di samping
melakukan apa yang diperintah serta meninggalkan apa yang dilarang. Al-Din mencakupi
segenap aspek kehidupan, termasuk hubungan manusia dgn Tuhan, hubungan manusia dgn
manusia dan hubungan manusia dgn alam. Antara asas agama islam ialah:1. Aqidah
Aqidah ialah asas paling utama tamadun Islam. Aqidah Islam bersumberkan al-Quran dan asSunnah. Definisi dari segi bahasa ia membawa maksud ikatan atau simpulan. Perkataan aqidah
juga mempunyai pengertian sesuatu yang menguatkan dan mengukuhkan.Dari segi istilahnya
pula ialah : Kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap segala perkara yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad S.A.W yang erat dan tersimpul kuat sehingga tidak mungkin terurai /
tercerai dengan apa cara sekalipun. Asas aqidah Islam ialah : Beriman kepada Allah S.W.T para
malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, percaya pada hari Akhirat dan qada dan qadar.
Aqidah Islam tidak boleh dipaksa semua orang mempercayainya.
2. Syariah
Islam menggariskan syariah sebagai peraturan hidup individu dan masyarakat yang mencakupi
segala bidang kehidupan manusia seperti ibadat, ekonomi, kewangan, politik, harta benda,
jenayah, kekeluargaan, sosial, hubungan antarabangsa dan lain-lain. Syariah dari segi bahasa :
jalan yang lurus/sumber air yg mengalir. Dari segi istilah : Undang2 (hukum) dan ketetapan2
Allah s.w.t melalui rasulNya untuk menjadi amalan setiap manusia berkaitan ibadat mahupun
muamalat untuk kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat.

pg. 13

KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAM


1. Datang dari Allah S.W.T : Ia disampaikan melalui RasulNya dan termaktub di dlm AlQuran dan Sunnah. Oleh itu manusia dipertanggungjawabkan untuk memahami &
melaksanakannya tanpa ragu kerana ia bukannya undang-undang ciptaan manusia.
2. Sempurna : peraturannya terperinci berbanding undang-undang ciptaan manusia yang
banyak kelemahan dan kejahilan. Syariat Islam mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi manusia setiap zaman, masa dan keadaan.
3. Menyeluruh (syumul) : iaitu meliputi seluruh aspek kehidupan manusia sama ada urusan
peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa. Syariah juga meliputi ibadat,
jenayah, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
4. Adil : keadilan yang dimaksudkan iaitu memberikan hak kepada mereka yang berhak dan
wajib diberikan kepada semua samada muslim, kafir, keluarga / bukan ahli keluarga.

5. Jelas : ianya bersumberkan Al-Quran dan Hadith serta sumber sampingan yg lain iaitu
Ijma, Qias, Istihsan, Masalih Mursalah dan sebagainya. Jelas yang dimaksudkan di sini
iaitu tiada keraguan terhadap syariah Islamiah.
3. Akhlak

Akhlak dengan Allah: beriman dan beribadat dengan penuh ikhlas, meninggalkan
laranganNya, sentiasa bertaubat, mencari keredhaanNya, menerima qada & qadar Allah
s.w.t.

Akhlak dengan manusia: Akhlak dgn Rasulullah s.a.w, diri sendiri, ibubapa, suami/isteri,
anak2, kerabat, guru, jiran, masyarakat dan manusia seluruhnya (muslim dan nonmuslim)

Akhlak terhadap makhluk selain manusia : Malaikat, jin, haiwan ternakan, haiwan bukan
ternakan dan alam semulajadi (flora dan fauna)

pg. 14

KEISTIMEWAAN DAN CIRI-CIRI AGAMA ISLAM


Islam mempunya keistimewaan dan ciri-cirinya yang tersendiri iaitu :
1. Rabbani (Ketuhanan)
2. Syumul (Menyeluruh)
3. 'Alamiyyah (Sejagat)
4. Thabat wa al-Murunah (Tetap Dan Anjal)
5. Waqi'iyyah (Realistik)
6. Tawazun (Keseimbangan)
7. Wasatiyyah (Kesederhanaan)

pg. 15

6.2 BUDDHA
Agama Buddha diasaskan oleh Sidharta Gautama. Beliau merupakan seorang putera raja,
anakanda Sudhadana dan Maya yang dilahirkan ke dunia ini tanpa mengetahui hal duniawi.
Buddha bermaksud "one who has been awakened" (orang yang diberi petunjuk). Akar kata
Buddha datang dari perkataan "budh", membawa maksud "to awaken" or "to be enlightened",
and "to comprehend". Dalam versi lain disebut sebagai a Supremely Enlightened One or Fully
Awakened One Agama ini berteraskan Jalan 8 Lapis Mulia iaitu satu roda kehidupan manusia
yang berteraskan kepada:

Ketekunan yang benar

Kehidupan yang benar

Kepercayaan yang benar

Perbuatan yang benar

Pertuturan yang benar

Usaha yang benar

Fikiran yang benar

Ingatan yang benar

Agama Buddha sampai ke Cina pada 399M oleh sami bernama Fa Hsien. Kemunculan agama ini
sering dirujuk sebagai satu penentangan golongan ksyatria terhadap dominasi Brahmin dalam
soal agama dan kehidupan. Sistem kasta menjadi tegar dan menjadikan masyarakat tidak teratur
pada masa itu.Maka,Buddha mencari kebenaran dengan bertapa di bawah pokok bodhi di
Uruveda. Agama ini datang ke Tanah Melayu dengan kemasukkan imigran dari Cina. Mereka
membawa masuk agama, bahasa, kepercayaan mereka yang datang dari negeri China. Agama ini
mempercayai mengenai Karma Alam. Perayaan agama ini ialah Wesak, Chinese New Year dan
sebagainya. Mereka mempercayai jika mereka membuat baik akan dibalas baik dan jika mereka
membuat jahat akan di balas jahat. Agama ini merupakan agama kedua terbesar di Malaysia.
Dimana majoritinya terdiri daripada etnik Cina. Lotus Sutra ialah kitab rujukan utama.
Ajaran Buddha diterima oleh masyarakat Cina kerana :
o Bersifat terbuka dan senang difahami.
o Berlaku asimilasi dengan falsafah Daoisme dan Konfisiunisme .

pg. 16

o Kekacauan dan peperangan yang berlaku dalam negara.


o Beragama menenangkan masyarakat Cina yang berada dalam kesusahan
disebabkan berlaku peperangan dan huru-hara.
o Terdapat persamaan dengan falsafah Daoisme.

CIRI-CIRA AGAMA BUDDHA


1. Buddha merupakan manusia, bukannya dewa.
Siddhartha Gautama boleh menjadi Buddha, segalanya bergantung kepada keupayaan dan
kecekalannya sendiri, bukannya dilahir semula jadi.
2. Buddha adalah benar sama rata kepada semua.
Setiap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin, semuanya dianggap sama rata dalam mata
Buddha.
3. Buddha tidak mengakui kemunculan dewa yang membentuk dunia
Buddha menganggap dewa sebagai sesuatu yang diimaginasikan oleh manusia untuk
menjadikan satu kepercayaan bahawa dunia ini memangnya dicipta oleh dewa.
4. Agama Buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk agama lain sebagai agama
jahat
Agama Buddha mengakui semua jenis agama di dunia ini dan membezakan semua agama
dengan kefahamannya yang susah atau senang, bukannya dibezakan dengan mengatakan cirinya
baik atau buruk
5. Buddhisme adalah demokrasi dan kebebasan.
Dalam ajaran agama Buddha, kenyataan dan ilmu yang diajar bukannya perintah yang mestinya
dituruti. Sesiapa yang tidak faham boleh mengemukakan soalannya dan soalan ini akan
dijelaskan sehingga mencapai kefahamannya. Buddha pernah berkata: Keraguan yang besar akan
mendapat lebih banyak pengajaran, keraguan yang sedikit akan mendapat pengajaran yang
sedikit, manakala jika tiada keraguan, maka tiada pengajaran yang boleh dicapai.

pg. 17

4 AJARAN ASAS BUDDHA


Pengajaran Buddha berasas kepada Empat Kebajikan Kebenaran (The Four Noble Truth):1. Kehidupan manusia pada asalnya tidak bahagia = Dukkha (The Existence of Sorrow)
2. Punca tidak bahagia adalah kerana memikirkan kepentingan diri sendiri serta dibelenggu oleh
nafsu = Samudaya (The Cause of Sorrow)
3. Pemikiran kepada pentingnya diri sendiri dan nafsu dapat dikawal apabila nafsu dan keinginan
dibuang, disebut sebagai nirvana = Nirodha (The Cessation of Sorrow)
4. Menimbang, berfikir, berbicara, membuat sesuatu, mencari nafkah, berusaha, mengingat dan
meditasi dengan kebenaran = Marga. Tambahan pula, agama ini terbuka kepada sesiapa sahaja
tanpa mengira ras. Ini yang membezakan dengan agama Hindu (the Way which leads to the
cessation of Sorrow)

5 LARANGAN DALAM AGAMA BUDDHA


Tidak membunuh - tidak mengancam nyawa orang lain
Tidak mencuri - tidak mengancam harta benda orang lain
Tidak berzina - tidak mengancam kesucian orang lain
Tidak berbohong - tidak mengancam reputasi orang lain
Tidak meminum arak - tidak mengancam rasional sendiri dan keselamatan orang lain
Dalam agama Taoism juga mempunyai 5 larangan ini yang diperkenalkan oleh Tai Shang Lao
Jun

pg. 18

6.3 AGAMA KRISTIAN (NASRANI)


Dikenali juga sebagai agama Nasrani. Dibawa oleh Jesus Christ (Nabi Isa) lebih kurang 2000
tahun yang lampau. Nabi Isa yang sebenarnya adalah seorang Nabi Bani Israel yang diutuskan
sebagai nabi yang megesahkan kebenaran kitab taurat dan membawa wahyu yang bernama Injil
yang datangnya dari Allah (lihat Surah Al-Maidah ayat 46). Baginda juga diutuskan Allah untuk
menyampaikan perkhabaran tentang kelahiran Nabi terakhir utusan tuhan yang maha agung iaitu
Nabi Muhamad SAW (lihat Surah Saff ayat 6) akan dibawakan bukti dari bible yang kedatangan
nabi Muhammad itu ada di dalam kitab tersebut. Nabi Isa telah memperlihatkan mukjizatmukjizat kenabiannya sebagaimana nabi-nabi yang lain di dalam melaksanakan tugas
mengembangkan ajaran Allah yang kemudiannya telah diubah oleh tangan-tangan kotor mulia
yang tak bertangungjawab. Kesemua mukjizat yang diperlihatkan oleh baginda itu adalah dengan
keizinan dari Allah juga. Baginda menghidupkan rakannya iaitu Lazarus yang mati itu adalah
atas izin Allah, baginda megubati penyakit orang yang terkena penyakit sopak juga atas izin
Allah, kelahiran baginda yang ajaib tanpa berbapa itu juga adalah atas kehendak Allah yang
mana kebanyakan penganut dunia kristian hari ini menolaknya dan bermacam lagi mukjizat yang
diperlihatkan baginda itu adalah juga atas kehendak Allah. Baginda kemudiannya telah di
selamatkan oleh Allah dari dibunuh oleh pendita yahudi yang tidak senang hati dengan baginda
pada ketika itu, yang mana si pengkhianat Judas Iscariot telah diubah oleh Allah supaya menjadi
seperti Nabi Isa dan akhirnya dibunuh di atas tiang salib. Begitulah antara gambaran yang telah
dicatatkan di dalam The Last & Final Testement of God iaitu Al-Quran mengenai Nabi Isa
yang menjadi pegangan seluruh Islam.
Kitab suci Kristian adalah Bible yang terdiri daripada Old Testament (Perjanjian Lama) dan
New Testament (Perjanjian Baru). Old Testament (Perjanjian Lama) ini juga berisi kitab Taurat
dan Zabur, yang asalnya diturunkan Tuhan kepada Nabi Musa dan Nabi Daud. Kitab ini menjadi
kitab suci bagi orang-orang Yahudi (Jew/ Jewish). Namun begitu orang-orang Yahudi menolak
sama sekali New Testament (Perjanjian Baru). New Testament (Perjanjian Baru) turut
mengandungi kitab Injil, yang asalnya diturunkan Tuhan kepada Nabi Isa (Jesus). Yahudi
menolak New Testament kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi Isa sebagai seorang nabi,
sebagaimana orang-orang Kristian yang menolak kitab Al Quran kerana mereka tidak
mengiktiraf Nabi Muhammad SAW. Namun begitu Kristian menerima Old Testament dan

pg. 19

menggabungkannya bersama New Testament yang dikenali sebagai Bible pada hari ini.

Orang-orang Kristian percaya yang Bible diturunkan secara ilham, bukannya secara bunyi huruf
demi huruf sebagaimana ayat-ayat suci Al Quran. Sebab itulah Bible zaman dahulu tidak sama
penulisannya dengan Bible yang ada hari ini malah berbeza-beza pula mengikut suasana dan
tempat. Ini berbeza sekali dengan Al Quran yang masih sama penulisan dan isi kandungannya
sejak 1400 tahun yang lalu.
Walaupun kristian turut memaparkan perasaan cinta mereka terhadap Nabi Isa sebagaimana
muslim tetapi cara mereka amat bertentangan sekali dengan kita. Kita amat sayang dan cinta
dengan Nabi Isa kerana baginda adalah salah seorang Nabi Allah, segala mukjizat yang
diperlihatkan adalah bukti bahawa baginda adalah seorang utusan Allah yang membawa ajaran
yang benar. Tetapi orang kristian menyatakan perasaan cinta dan sayang mereka dengan
menyatakan bahawa baginda itu adalah salah satu dari oknum ketuhanan di dalam triniti atau
tritunggal dan pelbagai lagi dakwaan yang kadangkala seakan tidak masuk akal manusia yang
waras. Perayaan agama ini ialah Kristmas, Easter, Good Friday dan lain-lain. Pada hari perayaan,
penganut berkumpul di gereja untuk beribadat.

ASAS-ASAS AJARAN KRISTIAN


1. Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)
Ajaran kristian percaya bahawa manusia sejak dari hari dilahirkan telah pun menanggung dosa.
Menurut ajaran kristian, Adam dan Hawa telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah
dari pohon larangan yang di sebut di dalam Al-Quran sebagai Shajarat Al- Khuldi di dalam
taman Syurga atau di dalam bible disebut The Garden Of Eden (sila lihat The book Of
Genesis di dalam bible badingkan dengan versi Al-Quran). Disebabkan oleh itu Adam dan Hawa
dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga hasil dari perbuatan mereka itu. Akibat dari
peyingkiran itu keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan akibat
perbuatan mereka. Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir. Pelbagai cara yang
dibuat untuk menghilangkan dosa ini, menurut perjanjian lama atau Old Testement orang yahudi
mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk membersihan dosa

pg. 20

seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung perlu dilakukan iaitu dengan kematian
Anak Tuhan.
2. Doktrin anak tuhan (The Sonship of God)
Untuk menyelamatkan manusia dari derita dan neraka, Tuhan telah menurunkan anaknya
kedalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya kan dilahirkan sebagai anak tuhan.
Ajaran kristian percaya bahawa Jesus Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat John 3:16),
oleh kerana jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain maka sudah sepastinya Jesus itu
amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan Jesus telah dilahirkan dengan cara yang amat ajaib
sekali iaitu tanpa melalui proses kelahiran manusia yang biasa.
3. Doktrin ketuhanan Yesus (The Divinity of Jesus)
Setelah Jesus itu digelar sebagai anak tuhan, Dunia kristian akhirnya menukarkan status Yesus
sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka bahawa Jesus Christ itu sebenarnya adalah tuhan
yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah
berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di
tiang salib. Walaubagaimana pun, sesetengah golongan kristian seperti Jehovahs Witnesses,
Christadelphians dan juga golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini.
4. Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)
Tiga abad selepas Jesus Christ, dalam Persidangan Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini
secara rasminya dijadikan asas dalam ajaran kristian, walaupun pada awalnya mendapat
tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan tuhan tetapi akhirnya puak ini
dihapuskan dan akan diceritakan dalam bab yang lebih mendalam terhadap topik ini nanti.
Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau
dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian
menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan
ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang
terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah

pg. 21

yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah
diajar oleh bible yang mereka miliki itu.
5. Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion Jesus)
Doktrin terakhir dalam perbincangan kali ini adalah doktrin yang menjadi lambang utama
dalam agama kristian iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib. Orang Kristian percaya
bahawa tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus segala
dosa-dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi kaedah
penyaliban yang kemudiannya bangkit semula (resurrected) atas tujuan yang sama.Ini adalah
diantara doktrin yang menjadi asas bagi penganut kristian sejak dari dulu hingga sekarang. Ianya
akan saya perincikan lagi dalam mesej-mesej yang akan datang dan anda akan melihat
bagaimana doktrin-doktrin yang mereka gariskan yang kononnya menjadi asas ajaran Kristian itu
akan dinafikan oleh kitab mereka sendiri dan juga sejarah kegerejaan yang mereka agungagungkan.
Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air
suci.
ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci
v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi). Ekaristi Imaman menjadi paderi
vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

pg. 22

6.4 AGAMA HINDU

pg. 23

6.5 AGAMA SIKH


Sikhisme (bahasa:Punjabi) adalah salah satu agama terbesar di dunia. Agama ini berkembang
pesat pada abad ke 16 dan 17 di India. Kata Sikhisme berasal dari kata Sikh, yang berarti
murid atau pelajar. Agama Sikh atau Sikhisme adalah sebuah agama orang India , agama
baru ini mengandung sedikit ajaran Islam dan Hindu di bawah semboyan Bukan Hindu dan
bukan Muslim. Agama Sikh bermula di Sultanpur, berhampiran dengan Amritsar di wilayah
Punjab, India. Pendiri dari agama sikh ini ialah Guru Nanak (1469-1539), seorang yang pada
asalnya beragama Hindu tetapi atas keinginannya untuk menjadikan sebuah agama yang boleh
diterima oleh semua orang di India, Guru Nanak telah menggabungkan ciri-ciri terbaik agama
Islam dan Hindu. Oleh itu, agama Sikh seperti Islam percaya kepada adanya satu Tuhan tetapi
Tuhan penganut Sikh dipanggil waheguru. Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga
diberi pangkat guru. Sebanyak sepuluh guru telah mengambil alih tempat Guru Nanak dan secara
perlahan-lahan,

mereka

telah

menjauhkan

diri

dari

agama

Hindu

dan

Islam.

Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas kematian Gobind Singh yang tidak
meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil
Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Gobind Singh juga telah
menubuhkan sebuah persatuan Persaudaraan Khalsa Sikh dan memulakan pemakaian seragam
untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran Lima K. Lima K adalah lima
hal yang selalu harus ada dan diwajibkan untuk dipakai. Huruf K yang pertama adalah Kash
yakni rambut yang tidak boleh dipotong yang ada pada diri sang guru. Huruf K yang kedua
adalah Kanga, yakni sisir yang dipergunakan untuk merapihkan rambut. Huruf K yang ketiga
adalah Kadha, yakni gelang besi yang dipergunakan di tangan atau kaki untuk memberikan
kekuatan dan daya tahan diri. Huruf K yang keempat adalah Kripan, pisau belati yang
dipergunakan untuk pertahanan diri. Huruf K yang kelima adalah Kacha yaitu pakaian yang
panjang ke bawah hingga ke batas lutut atau sebatas paha yang dimaksudkan untuk kelincahan
gerak. Penampakkan dengan 5K ini menjadi cara atau ciri untuk mengenali orang-orang Sikh

pg. 24

6.6 AJARAN KONFUSIUS


Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 sebelum masihi). Asas Konfusianisme
dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang
terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat
moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa
(xiao). Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:

Perikemanusiaan (ren)

Kewajaran (yi)

Kesusilaan (li)

Kearifan (zhi)

Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada
peringkat permulaan hayat. Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan. Xunzi
menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat. Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik
dan tidak jahat. Wulun merupakan 5 jenis hubungan sosial dalam falsafah Konfusius iaitu:

raja dengan menteri

ayah dengan anak

suami dengan isteri

abang dengan adik

kawan dengan kawan

pg. 25

6.7 AJARAN TAO


Ajaran Lao Tse (Lao Tzu), lebih dikenal dengan sebutan Taoisme, yakni suatu paham spiritual
yang lahir di Tiongkok dan telah mengalami berbagai perkembangan selama ribuan tahun.
Taoisme dikembangkan oleh Lao Tzu dengan kitab utamanya yang disebut Tao Te Ching yakni
kitab tentang Jalan Kebenaran.Kitab ini merupakan suatu buku spiritual singkat yang sangat
rumit dan hanya terdiri dari 5.250 huruf. Penulisan Tao Te Ching sendiri menurut kisahnya
berawal ketika pada usia tuanya Lao Tzu meninggalkan negara Chu dan hendak hidup bertapa.
Dalam perjalanannya, ia dihentikan di pintu gerbang Hsien Ku oleh seorang penjaga yang
bernama Yin Hsi, di perbatasan negara Chin. Yin Hsi mengenali Lao Tzu sebagai seorang Yang
Suci, lalu ia memintanya untuk menuliskan kebijaksanaannya dalam suatu kitab. Lao Tzu
menyanggupi dan selang tiga hari kemudian, ia berhasil menyelesaikannya.

Setelah menyelesaikan bukunya, menurut kisahnya Lao Tzu dengan menunggang seekor kerbau
dan bernyanyi, ia meninggalkan kehidupan duniawi menuju ke arah Barat (India/ pegunungan
Himalaya). Sejak saat itulah tidak pernah terdengar kabar lagi mengenai dirinya. Sedangkan Yin
Hsi sendiri setelah membaca kitab tersebut, lalu menjalani kehidupan pertapaan dan mencapai
dunia dewata sebagai seorang dewa. Menurut catatan sejarah dari Suma Xian, Yin Hsi juga
menulis sebuah buku yang berkaitan dengan metode meditasi Taois, dengan judul Kuan Yin Zi.
Sesudah itu ia pun ikut merantau ke Barat (India/pegunungan Himalaya) dan kemudian tidak
terdengar kabar beritanya lagi. Idea ajaran dalam Tao Te Ching yang terkenal adalah mengenai
wuwei (tanpa upaya disengaja). Wuwei mengandung pengertian membiarkan segala hal terjadi
sesuai dengan apa adanya, alami, dan bukan dibuat-buat atau direncanakan. Doktrin wuwei
merupakan suatu bentuk pengolahan diri untuk mencapai kesunyian diri sejati, dan penyucian
pikiran.

Konsep pemikiran maupun pandangan-pandangan Lao Tzu erat kaitannya tentang dunia dan
alam semesta serta hubungannya dengan kehidupan manusia, pemerintahan, dan Yang Mahaesa
(Tao). Tao terkesan tidak logis, dan memang Tao melampaui batas-batas logika. Sehingga untuk
dapat memahami dan mengerti secara mendalam ajaran Lao Tzu yang sulit ini diperlukan usaha
yang tekun dan perenungan yang mendalam secara intuisi.

pg. 26

Taoisme mengajarkan bahwa kepuasan adalah sesuatu yang sifatnya natural dalam hidup. Ia
mengajarkan tidak saja bagaimana orang bisa terbebas dari rasa was-was, tetapi juga bagaimana
meraih kepuasan atau keberartian hidup itu. Mengejar keberhasilan dan kebahagiaan akan
menyebabkan dekadensi moral dan kehancuran diri, sedangkan keberartian dan kepuasan hidup
akan mengantarkan orang pada kebahagiaan dan kesehatan. Kepuasan mencakup pengendalian
diri pada saat-saat baik, senang, gembira dan juga menghadapi kecemasan di masa masa sulit.
Dengan demikian, kepuasan diri akan selalu ada baik dalam keadaan untung ataupun malang.
Kepuasan diri akan membawa orang pada sifat rendah hati dan penghargaan terhadap nilai-nilai
kemanusiaan (dan pada sesama manusia).
Mengikuti Tao adalah juga berarti belajar tentang kebijaksanaan untuk tidak melakukan apa
apa (do nothing). Belajar untuk menjadi seperti burung di udara atau ikan di sungai. Bebas dari
rasa cemas dan ambisi diri. Jika orang dapat belajar untuk menanggalkan ambisi diri dan hawa
nafsunya, maka segala sesuatu akan bisa berjalan sebagaimana ia sendiri. Tanggalkan dorongandorongan ambisi dan menguasai dan biarkan alam mengaturnya. Belajarlah untuk bisa menerima
dan berhentilah untuk ikut campur. Seni untuk tidak melakukan apa apa berasal dari meditasi
dan belajar kebijaksanaan tentang Tao. Mempelajari Tao adalah jaminan pasti bagi kepuasan
diri dan kebahagiaan.
Secara garis besar, pengembangan ajaran Tao dapat dikelompokkan menjadi:
1. Hubungan Manusia dengan Alam Semesta.
Manusia tercipta karena sebuah proses alam, karenanya kelangsungan hidup manusia tidak bisa
terlepas dari alam. Kaum Tao berpendapat bahwa agar manusia bisa tetap bisa bertahan hidup
maka harus bisa menyesuaikan diri dan menjaga keharmonisan dengan Alam. Karena itulah
konsep dasar ajaran Tao adalah adanya Keharmonisan antara manusia dengan Alam Semesta.
Ditambah dengan adanya rasa ingin tahu, maka mulailah manusia berusaha mengenal Karakter
Alam Semesta. Hingga kemudian terciptalah berbagai Ilmu Perbintangan (Astronomi &
Astrologi), Kalender untuk mengenal musim, Hongsui dan lain sebagainya. Berbagai
pengetahuan tersebut kemudian dimanfaatkan untuk mengatasi berbagai kesulitan hidup. Dengan
mengenal Karakter Alam Semesta maka manusia bisa hidup secara Harmonis didalamnya.

pg. 27

2. Hubungan Manusia dengan Tuhan / Dewa-Dewi / Para Suci.


Karena keterbatasan panca indera, kadang manusia merasa Tidak Berdaya menghadapi
berbagai peristiwa alam seperti banjir, gempa bumi dan lain-lain. Manusia sadar akan
keterbatasan dirinya. Maka mulailah manusia Mencari Perlindungan kepada sosok Penguasa
Alam. Mulailah dilakukan berbagai pemujaan dan persembahyangan untuk memohon
perlindungan. Semakin lama semakin tertata seiring dengan perkembangan budaya. Dalam
perkembangan selanjutnya muncullah sosok-sosok pemikir yang tidak puas hanya dengan
sebatas pemujaan dan ritual belaka. Mereka berusaha mencari cara untuk mengungkap misteri
keberadaan Sang Pencipta. Mulailah manusia tidak hanya mengenal pemujaan yang bersifat
formalitas belaka, melainkan mulai berusaha mengadakan hubungan yang bersifat lebih pribadi
dengan Penguasa Alam. Hingga kemudian manusia mulai mengenal doa. Ada juga yang
berusaha mengadakan kontak dengan Sang Pencipta melalui Keheningan yang kini kita
kenal dengan meditasi. Memunculkan konsep keagamaan berupa ajaran kebenaran /
kebijaksanaan dan metode spiritual yang berhubungan dengan Pencerahan! Demikianlah
perubahan dan perkembangan terjadi selama ribuan tahun hingga kini kita mewarisi berbagai
bentuk ritual, ajaran kebenaran, doa, meditasi dan metode spiritual lainnya.
3. Hubungan Manusia dengan Sesamanya.
Manusia adalah mahluk sosial yang punya kecenderungan untuk hidup berkelompok. Dan seiring
dengan semakin berkembangnya peradaban maka secara otomatis mulailah tersusun berbagai
aturan dan norma yang berkembang menjadi tradisi, adat istiadat, tata krama dan lain sebagainya.
Tujuannya untuk menata kehidupan sosial manusia agar teratur, menghindari perselisihan,
mengendalikan kejahatan dan lain-lain, sehingga hidup menjadi lebih teratur dan nyaman.
Berawal dari sinilah kemudian manusia mulai mengenal organisasi dengan aturan yang baku atau
hukum. Dan pada tahap berikutnya ini merupakan cikal bakal terbentuknya sebuah
pemerintahan.

pg. 28

4. Hubungan Manusia dengan Kehidupan Pribadinya.


Mungkin ini salah satu inti utama dari ajaran Tao yang sangat erat kaitannya dengan naluri
alamiah manusia yang berusaha untuk bertahan hidup dan meningkatkan kualitas hidup. Dengan
adanya kecerdasan dan akal budi yang dimiliki manusia. Maka secara otomatis muncul sosoksosok cerdik pandai yang berpikir tentang hal-hal yang berada diluar jangkauan panca indera dan
berada diluar kendali. Mulailah muncul pemikiran tentang berbagai fenomena kehidupan seperti:
Kenapa manusia bisa sakit dan mati? Mulailah muncul sosok-sosok genius yang berusaha untuk
mencegah kematian fisik. Walaupun tidak berhasil, tetapi akhirnya terciptalah berbagai ilmu
pengobatan, ramuan suplemen dan juga senam serta ilmu pernapasan yang bisa menjaga
kesehatan fisik dan memperpanjang usia.Disisi lain para Pakar Tao Kuno juga berusaha mencari
tahu Apa yang terjadi setelah kematian fisik manusia? Mulailah berkembang Olah Spiritual
Tao yang mengembangkan segenap potensi diri untuk mengungkap misteri kematian. Dengan
harapan, jika kita bisa mengungkap misterinya, maka kita bisa mempersiapkan diri sebaik
mungkin untuk menghadapinya. Ini juga merupakan reaksi alamiah manusia yang mempunyai
rasa ingin tahu serta berusaha mencari selamat.

Setelah melalui pengembangan ribuan tahun, hingga kini kita masih bisa mewarisi berbagai
metode Spiritual Tao. Sebuah metode spiritual yang mengkombinasikan keTuhanan dan
keduniawian serta meliputi seluruh aspek kehidupan!

pg. 29

6.8 ANISMISME
7.0 STATUS KEBEBASAN BERAGAMA
Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama. Perkara 11 menyatakan tiap-tiap orang
berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada
kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apaapa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Undangundang membenarkan orang ramai atau pertubuhan menyaman kerajaan bagi pencabulan
perlembagaan dalam kebebasan beragama. Tetapi mahkamah persekutuan lazimnya menyebelahi
kerajaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Perkara 3 menyatakan
Islam ialah agama bagi Persekutuan dan bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang
membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam. Perkara 160
Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam.
Mahkamah sivil umumnya menyerahkan bidang kuasa kepada mahkamah Syariah dalam kes-kes
yang berkaitan dengan keluar daripada agama Islam, dan mahkamah Syariah pula enggan
membenarkan sesiapa keluar daripada agama Islam. Perlembagaan mengenalpasti rajarajasebagai Ketua Agama Islam di negeri mereka masing-masing. Undang-undang dan dasardasar lain meletakkan beberapa sekatan dalam kebebasan beragama. Masjid-masjid ditadbir di
peringkat negeri, dan bukan oleh Kerajaan Persekutuan. Pihak berkuasa agama negeri melantik
imam masjid dan memberikan garis panduan bagi kandungan khutbah.

Kerajaan tidak mengiktiraf perkahwinan di antara pasangan Islam dan bukan Islam. Pihak
berkuasa negeri mentadbir undang-undang Syariah melalui mahkamah Syariah yang mempunyai
bidang kuasa ke atas semua orang Islam. Undang-undang Syariah dan sejauh mana
penguatkuasaannya berlainan di antara negeri. Kerajaan negeri mengenakan undang-undang
Islam ke atas orang Islam dalam beberapa hal-hal budaya dan sosial tetapi lazimnya tidak
mencampuri amalan keagamaan masyarakat bukan Islam; tetapi perdebatan berterusan tentang
memasukkan unsur-unsur undang-undang Syariah seperti khalwat (berdua-duaan di antara lelaki
dan perempuan yang bukan muhrim), ke dalam undang-undang sivil. Pegawai penguatkuasa
agama mempunyai kuasa untuk menyerbu premis-premis persendirian serta tempat-tempat
awam. Kerajaan tidak menyediakan maklumat jumlah serbuan yang dibuat oleh pegawai

pg. 30

penguatkuasa agama. Mahkamah Syariah tidak memberikan pertimbangan sama rata terhadap
testimoni wanita. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang memajukan hak-hak wanita
mengadu bahawa golongan wanita tidak menerima layanan adil mahkamah Syariah dalam halhal berkaitan perceraian dan hak penjagaan anak.

Pindaan Kanun Jenayah adalah prerogatif eksklusif Kerajaan Persekutuan. Walaupun


bertentangan dengan undang-undang persekutuan, kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu
menjadikan murtad, iaitu keluar daripada agama Islam untuk menganut agama lain, satu
kesalahan yang membawa kepada hukum bunuh. Tiada siapa telah disabitkan atau dihukum di
bawah undang-undang ini, kerana undang-undang ini tidak boleh dikuatkuasakan. Di peringkat
nasional, orang Islam yang mahu menukar agama hendaklah terlebih dahulu meminta kebenaran
daripada mahkamah Syariah untuk mengisytiharkan mereka murtad. Ini secara langsung
melarang penukaran agama bagi orang Islam kerana mahkamah Syariah jarang membenarkan
permintaan tersebut dan boleh mengenakan hukuman ke atas si murtad.

Pada bulan April 2009, seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan beliau mahu
melaksanakan undang-undang Islam yang satu bagi menggantikan undang-undang Islam yang
berbeza-beza di antara negeri. Kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada institusi
keagamaan Islam tetapi bantuan kewangan yang lebih terbatas kepada masyarakat bukan Islam.
Pada bulan Januari 2009, kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat,
memperuntukkan RM6 juta (US$1.7 juta) bagi tempat ibadat orang bukan Islam. Kerajaan
persekutuan memperuntukkan RM428 (US$125.9) juta bagi membina tempat ibadat orang Islam,
dan RM8.1 juta (US$2.4 juta) bagi membina tempat ibadat orang Kristian, Buddha, Hindu dan
kumpulan agama minoriti lain di antara tahun 2005 dan 2008. Kerajaan meraikan Hari Raya
Puasa, Hari Raya Qurban, Maulud Nabi, Awal Muharram, Hari Wesak, Deepavali, Thaipusam,
dan Krismas sebagai hari kelepasan am. Good Friday diraikan secara rasmi di Malaysia Timur.
Semasa laporan ini dibuat, kerajaan negeri di Kelantan, yang dipimpin oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengekalkan larangan ke atas teater tarian Melayu asli, larangan ke atas iklan
wanita yang tidak menutup aurat, dan penguatkuasaan pemakaian tudung ke atas wanita, dan
denda ke atas mereka yang melanggar peraturan-peraturan ini. Kod pakaian di Kelantan
menghendaki wanita Islam memakai pakaian yang hanya mendedahkan muka dan tangan

pg. 31

mereka. Peraturan ini juga menghendaki wanita bukan Islam mengelak daripada memakai
pakaian yang seksi atau tidak sopan. Mereka yang melanggar kod pakaian ini boleh didenda
sehingga RM500 (US$146). Para pemimpin hak asasi wanita dan Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat mengkritik peraturan tersebut yang terlalu menekan. Pihak berkuasa
juga menghendaki lelaki dan wanita membuat barisan berasingan di pasar raya dan mengenakan
denda ke atas pasangan yang duduk terlalu dekat di kawasan awam seperti di bangku taman.
Pada akhir bulan Jun 2008, di Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, pihak berkuasa bandar
mengeluarkan risalah dan kenyataan am yang menggalakkan wanita Islam tidak memakai kasut
tumit tinggi, gincu berwarna terang, atau tudung yang jarang, bagi menjaga maruah mereka dan
mengelakkan daripada dirogol.

Pendaftar Pertubuhan, di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, menentukan sama ada
sesebuah pertubuhan agama itu boleh didaftarkan untuk layak menerima bantuan kewangan dan
faedah-faedah lain daripada Kerajaan. Pihak Pendaftar tidak mempunyai dasar yang konsisten
untuk mengenalpasti pelbagai pertubuhan agama ataupun kriteria yang digunakan untuk
membuat penentuan tersebut. Pihak Kerajaan enggan mengiktiraf pelbagai pertubuhan agama,
dan untuk memastikan supaya pertubuhan ini dapat bergiat secara sah, kumpulan-kumpulan
tersebut telah mendaftarkan pertubuhan mereka bawah Akta Syarikat. Antara contoh termasuk
Jehovahs Witnesses dan Church of Jesus Christ of Latter-day Saints (Mormon). Pendaftaran di
bawah Akta Syarikat memberikan perlindungan dari segi kebebasan beragama seperti yang
dinikmati oleh kumpulan-kumpulan lain di negara ini tetapi tidak layak mendapat bantuan
kewangan Kerajaan.

Kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas pembinaan tempat ibadat bukan Islam dan peruntukan
tanah perkuburan bukan Islam. Kedua-dua Kerajaan di peringkat pusat dan negeri sering
melengah-lengahkan kebenaran untuk membina atau mengubahsuai tempat ibadat bukan Islam
sementara agak cepat membenarkan pembinaan masjid, menurut pertubuhan-pertubuhan bukan
kerajaan tempatan. Kerajaan terus menghendaki semua kakitangan kerajaan Islam menghadiri
kelas agama yang dibenarkan, dan beberapa agensi kerajaan memberi tekanan kepada wanita
bukan Islam supaya memakai skarf kepala semasa menghadiri majlis rasmi. Sekolah kerajaan
umumnya menawarkan pendidikan agama Islam yang wajib bagi semua kanak-kanak Islam;

pg. 32

pelajar-pelajar bukan Islam pula diwajibkan mengambil kelas moral dan etika. Di sekolah rendah
dan menengah, perhimpunan pelajar selalunya bermula dengan bacaan doa oleh guru atau ketua
pelajar. Sekolah persendirian bebas untuk menawarkan kurikulum agama bukan Islam sebagai
pilihan kepada orang bukan Islam. Tiada sekatan bagi pembelajaran di rumah. Kerajaan
menawarkan geran hanya kepada sekolah persendirian Islam yang setuju membenarkan
kawalselia Kerajaan dan menerima pakai kurikulum yang diluluskan oleh Kerajaan.

Kad pengenalan negara memberi identiti orang Islam dengan cetakan jelas di atas permukaan
kad, tetapi bagi penganut agama lain yang dikenalpasti, agama mereka dikodkan ke dalam cip
pintar kad pengenalan mereka dan tidak dicetak dengan jelas. Orang Islam juga hendaklah
membawa kad pengenalan diri bergambar bersama pasangan mereka sebagai bukti perkahwinan.
Kerajaan menggunakan kad ini untuk menentukan warga mana yang tertakluk kepada peraturan
Syariah, terutamanya khalwat. Khalwat adalah kesalahan jenayah di bawah Syariah dan boleh
dihukum dua tahun penjara, denda RM3,000 (US$940) atau kedua-duanya sekali. Pihak
penguatkuasa agama boleh melakukan serbuan ke atas hotel dan bar untuk menangkap orang
Islam yang berpakaian kurang sopan, meminum arak, atau berdua-duaan di antara lelaki dan
wanita bukan muhrim dan mendakwa mereka di bawah undang-undang Syariah.

Pada bulan Ogos 2008, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan 100 saman kepada
pengunjung dan pekerja Islam kerana meminum arak apabila ia menyerbu sebuah pub di sebuah
hotel di Selangor. Pesalah diarahkan datang ke pejabat JAIS untuk program kaunseling. Pihak
yang terlibat di dalam industri pelancongan mengkritik serbuan ini kerana mendatangkan
ketakutan.

pg. 33

8.0 PERMASALAHAN KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA


Banyak disentuh khususnya dari perspektif hak asasi dalam Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan. Isu yang selalu dibangkitkan ialah setakat mana kebebasan seorang Islam itu
mengamalkan agamanya, murtad dan penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang
Islam. Selain Perkara 11, kebebasan beragama juga boleh dirujuk dalam Perkara 3(1), Perkara 8
dan Perkara 12. Ini jelas menunjukkan bahawa kebebasan beragama diberikan kepada penganut
agama Islam dan bukan Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan dalam penyebaran beragama
adalah tidak mutlak. Sebagai contoh, Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri meluluskan undang-undang pengawalan agama bukan Islam dalam kalangan
orang Islam. Ini bermakna orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka dalam
kalangan orang Islam dan orang Islam dibenarkan berbuat demikian. Perkara ini seperti berlaku
ketidakadilan dalam kebebasan beragama. Namun, menurut Harding, peruntukan ini dimasukkan
demi untuk memelihara kestabilan masyarakat (Harding, A. 2002).

8.1 Penyalahgunaan Kebebasan Beragama


Pada bulan Oktober 2008, Kerajaan mengharamkan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu
(HINDRAF), sebuah pertubuhan tidak berdaftar yang memayungi pelbagai badan bukan
kerajaan bagi kepentingan kaum India. Walaupun bukan organisasi keagamaan, HINDRAF
berjuang untuk menangani tanggapan peminggiran kaum India oleh pihak Kerajaan, termasuk
perobohan beberapa kuil Hindu. Waytha Moorthy, pengarah HINDRAF, berada di luar negeri
kerana takut ditahan apabila dia kembali ke negara. Kerajaan menggunakan Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) untuk menahan lima orang pemimpin HINDRAF pada bulan Disember
2007, dengan mendakwa penglibatan mereka dalam menganjurkan bantahan bulan sebelumnya
memporak perandakan kesejahteraan di antara kaum dan mengancam keselamatan negara.
Kerajaan membebaskan dua orang lelaki pada bulan April 2009 dengan syarat ketat, termasuk
tidak mengambil bahagian dalam sidang akhbar, tidak meninggalkan kawasan kediaman mereka
tanpa kebenaran polis, dan sentiasa melaporkan diri kepada pihak polis. Tiga lagi banduan
HINDRAF yang menolak menerima syarat-syarat ini kekal ditahan di bawah ISA tetapi akhirnya
dilepaskan pada bulan Mei 2009. Pada bulan April 2009, Kerajaan mengumumkan rancangan

pg. 34

untuk memindahkan 29 kuil Hindu di dalam dan di sekitar Kuala Lumpur ke lokasi pilihan.
Kerajaan mengeluarkan notis 30 hari kepada penjaga kuil untuk berpindah ke lokasi baru
sebelum kuil sedia ada dirobohkan. Kebanyakan struktur ini sudah dibina di atas ladang
persendirian sebelum kemerdekaan. Mahkamah Syariah di peringkat negeri boleh mengarahkan
individu yang mahu keluar daripada agama Islam atau mereka yang menganut kepercayaan
ajaran sesat untuk dimasukkan ke pusat pemulihan agama. Kerajaan menafikan individu
kebebasan untuk keluar dari pusat terbabit sehingga mereka menghabiskan program pemulihan.
Kerajaan tidak mengeluarkan statistik jumlah mereka yang dimasukkan ke pusat pemulihan
agama semasa laporan ini dibuat. Pada akhir laporan dibuat, pihak berkuasa agama terus mencari
Ayah Pin dan seorang daripada isterinya, anggota utama Kerajaan Langit, sebuah kumpulan
agama bukan keganasan yang diharamkan di Terengganu. Pada bulan Disember 2008, laporan
media menyebut Ayah Pin sudah kembali ke Malaysia tetapi Kerajaan tidak bersetuju dan
menyatakan dia masih berada di Thailand. Pada bulan Jun 2008, JAIS menahan seorang lelaki
yang mendakwa sebagai utusan dari langit dan sudah hidup lebih dari 3,000 tahun. Lelaki ini
menggunakan rumahnya sebagai tempat berhimpun pengikut-pengikutnya. Tiada laporan tentang
tahanan atau banduan yang ditahan kerana agama di dalam negara.

pg. 35

9.0 KONFLIK AGAMA


Setiap Agama di dunia ini mengajar penganutnya erti kasih saying, pengampunan dan
kedamaian. Tetapi konflik masih juga berlaku diantara sebabnya adalah tafsiran berbeza dalam
memahami ajaran agama. Konflik berlaku kerana kegagalan seseorang atau sesuatu kelompok
agama untuk memahami dan menghormati ajaran dan upacara agama lain. Antara konflik agama
yang berlaku ialah:1. April 1992, berlaku konflik antara Bosnia-Herzegovina dengan Serbia.
2. Disember 1992, berlaku konflik Hindu-Islam di India
3. Konflik antara Islam-Kristian di Ambon, Maluku dan Almahera di Indonesia.
4. Seterusnya Tibet, Turkmenistan, Azerbaijan, Kazakhstan, Mesir, Algeria, Afghanistan,
Croatia, Filiphina dan Ireland Utara.
Berikut adalah antara konflik agama yang pernah berlaku didunia ini. Masalah konflik agama itu
sendiri pernah terjadi pada abad ke 14 dimana konflik antara agama dan kepentingan sosial terjadi.
Penguasaan agama terhakis dengan fahaman sekularisme (Pemisahan agama dalam kehidupan
manusia). Fahaman sekularisme dalam pemikiran manusia:
1. Pekerjaan
Sejak revolusi industri Perancis peranan agama diketepikan dan pekerjaan dapat meningkatkan
pertumbuhan ekonomi.
2. Perang
Sekularisme menolak pengangan agama (doa) dan hanya menganggap ketenteraan dan taktikal yang
boleh mencapai kemenangan.
3. Kegiatan Ekonomi
Sekularisme keuntungan diterapkan yang menghakis kedudukan agama dalam bidang ekonomi.
Kemunculan fahaman kapitalisme yang hanya berorientasikan keuntungan semata-mata.

pg. 36

4. Pemerintahan
Zaman pertengahan kuasa gereja memberikan hukum agama. Sekularisme menetapkan hukuman adil
berdasarkan rasional
5. Ilmu dan Sains
Pengetahuan saintifik hanya menekankan aspek rasional. Agama dinafikan dalam ilmu tabii dan sains
tulen

10.0 MENCARI TITIK PERTEMUAN


Kefahaman dan tingkah laku beragama boleh memisah atau membina hubungan sesama
penganut dalam sesuatu agama. Potensi harus digarap dengan hati-hati dan berhemah agar
individu dan kelompok agama membolehkan hubungan mereka dijalin erat. Agama tidak
seharusnya diideologi dan dipolitikkan. Agama dijadikan contestation dijadikan

dinding

keagamaan yang dibina itu akan membawa ke arah ketegangan dan konflik. Merlalui
perkahwinan campur adalah salah satu titik permulaannya ini berlaku apabila dua insan membina
rumah tangga bahagia dengan salah seorang meninggalkan agama dan menganut agama pilihan
atas dasar cinta. Kesemua agama berpotensi untuk membina keharmonian hidup masyarakat,
kestabilan dan kemajuan melalui perubahan dalam teknologi yang semakin maju. Dengan
mencipta suasana sosial yang harmoni dengan menghormati agama orang lain boleh dijadikan
antara titik permulaan untuk mengelakkan konflik antara agama berlaku. Nilai kesejagatan rakyat
Malaysia iaitu keharmonian, kedamaian, kekayaan, kemuliaan dan kebaikan. Malaysia
mempunyai empat agama besar dunia iaitu Islam, Buddha, Kristian dan Hindu serta agama lain.

pg. 37

11.0 KESIMPULAN
Setiap manusia memerlukan sesuatu untuk dipercayai dan dianuti. Melalui agama setiap manusia
dapat merasakan ketenangan dan kedamaian yang di cari tetapi akhirnya berlaku juga
peperangan dan permusuhan antara sebabnya adalah disebabkan pemikiran yang ekstrimis oleh
penganutnya. Setiap agama yang dianuti di dunia ini mengajar kita kebaikkan dan bukan
keburukkan. Kita selaku penganut agama tersebut haruslah berfikiran terbuka dalam menerima
agama lain di samping kita. Di Malaysia, penganut Agama Islam ialah 60.4% dan merupakan
majoriti agama di Malaysia tetapi penganut Agama Islam boleh menerima agama lain di samping
mereka tanpa memberikan sebarang tentangan kepada penganut agama lain untuk menyebarkan
dakwahnya asalkan tidak bercanggah dengan apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan
Malaysia tetapi setiap pekara mempunyai hadnya. Di Malaysia agama lain boleh disebarkan
kepada orang lain kecuali kepada mereka yang beragama Islam. Walaupun begitu, agama lain
bebas diamalkan di Malaysia. Tiada sebarang diskriminasi yang dilakukan di Malaysia ini,
kerana setiap agama yang dianuti oleh penduduk Malaysia mempunyai rumah beribadat masingmasing, Kuil dibina untuk penganut agama Hindu, Tokong dibina untuk agama Buddha, Gereja
dibina untuk penganut Kristian dan masjid atau surau dibina untuk penganut Islam. Pekara ini
bercanggah seperti yang dikatakan oleh penganut Kristian yang menyuarakan bahawa mereka di
diskriminasikan kerana mereka boleh mencetak kitab bible mereka dalam jumlah yang terhad
sedangkan penganut Kristian di Malaysia ini adalah 9.1%. Malaysia ialah Negara yang
mempunyai kepelbagaian agama, untuk mengekalkan harmoni di Malaysia setiap penganut
agama seharusnya bertindak lebih rasional dan haruslah menghormati agama lain agar ini dapat
mengekalkan keamanan dan keharmonian agama di Malaysia.
.

pg. 38

12.0 RUJUKAN
1. Fung Yu-Lan, 2006. Sejarah Ringkas Falsafah Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
2. http://www.slideshare.net/wanbk/04-agama
3. https://www.malaysia.gov.my/aboutmalaysia?subCatId=3208958&type=2&categoryId=3
208945
4. Jeffrey Seow, Xu Hui dan Adam Sia, 1998. The Complete Analects of Confucius Volume 3.
Singapore: Asiapac Books Pte Ltd.

5. Amalan Animisme di Malaysia. (n.d). Diambil daripada


eprints.usm.my/9523/1/AMALAN_ANIMISME_DAN_DINAMISME.pdf

pg. 39

Anda mungkin juga menyukai