Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML2103
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TUGASAN :
PENGAJARAN TATABAHASA

SEMESTER : MEI 2013

NAMA

: MAIMANAH BINTI MURAD

NO. MATRIK

: 830617015812001

NO. KAD PENGENALAN : 830617015812


NO. TELEFON

: 019-5405384

EMEL

: maimanah_murad@oum.edu.my

NAMA EOS

: EN. RAMAN BIN NUSI

PUSAT PEMBELAJARAN : PP GREENHILL


TARIKH HANTAR

: 17 JULAI 2013

SEMESTER

:5

ISI KANDUNGAN

1.0

Pengenalan

2.0

Definisi Tatabahasa

3.0

Prinsip-Prinsip Pengajaran Tatabahasa

3.1

Pandangan Boh Boon Koh

3.2

Pandangan Azman Wan Chik

4.0

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

5.0

Masalah-masalah Murid Memahami Imbuhan Apitan

11

5.1

Pengetahuan Yang Kurang Dalam Aspek Tatabahasa

11

5.2

Kekeliruan Sistem Ejaan, Tatabahasa Dan Penggunaan Perkataan 11

5.3

Pengaruh Dialek

12

5.4

Pencemuhan

12

6.0

Cara-cara Mengatasi Permasalahan

13

7.0

Kesimpulan

14

8.0

Rujukan

16

9.0

Lampiran Petikan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

17

Muka surat | 2

1.0

PENGENALAN

Pengajaran tatabahasa adalah pengajaran hukum-hukum sesuatu bahasa. Pengajaran hukumhukum meliputi pengajaran tentang struktur dan sistem bahasa yang diajarkan itu.
Pemahaman para pelajar tentang selok-belok struktur dan sistem bahasa yang dipelajari itu
membolehkan mereka menggunakan bahasa itu dengan betul.

Walaupun bentuk penggunaan bahasa boleh berbeza, perbezaan itu semata-mata disebabkan
oleh kehendak gaya pengucapan mengikut keadaan persekitaran, tujuan penggunaannya serta
kehendak teknik-teknik bahasa gaya yang melibatkan perubahan-perubahan tertentu pada
pengucapan itu sendiri. Sebagai contoh, Bahasa Malaysia huraian (deskriptif) berbeza
bentuknya dengan Bahasa Malaysia naratif atau Bahasa Malaysia pernyataan sastera yang
lain-lain. Bentuk-bentuk Bahasa Malaysia seperti itu, sekalipun berbeza bentuk gaya
penghuraiannya, tetap juga tunduk kepada hukum-hukum bahasa yang betul yang sentiasa
dipatuhi. Itula sebabnya maka aspek-aspek tatabahasa penting diajar terlebih dahulu sebelum
pengajaran aspek-aspek bahasa yang lain.

2.0

DEFINISI TATABAHASA

Menurut Salleh Mohd Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977:83-84), tatabahasa
ialah undang-undang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang
dipatuhi penutur bahasa itu. Sistem-sistem tertentu, umpamanya sistem bunyi dan bentukbentuk ayat yang betul, pengimbuhan betul, maksudnya tentu, tepat dan gramatis.

Menurut Arbak Othman (1983:17), tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana perkataan


dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk
menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Katanya, tatabahasa tidak lain adalah tentang struktur
rentetan ucapan dan pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan yang
berulang-ulang yang ditinjaumenurut fungsinya berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh
sesuatu unsur serta hubungan antara satu sama lainyang menghasilkan struktur-struktur
tertentu.

Manakala, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985:141) pula telah mentakrifkan tatabahasa
sebagai satu bidang linguastik yang mengkaji dan memeriksa bahasa secara saintifik dan
Muka surat | 3

kajiannya ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukan dan penyusunannya dalam


membentuk ayat.

Sebagai rumusannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu
bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum
dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh
masyarakat itu kerana bahsa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama
dengan masyarakat penuturnya.

3.0

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA

Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam
pembentukkan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang
betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta
penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan.
Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan
kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran tatabahasa,
terdapat beberapa prinsip pengajaran aspek tatabahasa yang perlu diketahui.

Definisi prinsip dalam Kamus Dewan (2002) bermaksud asas atau dasar yang menjadi pokok
sesuatu pemikiran, kajian dan tindakan. Pengajaran pula merupakan aktiviti atau proses yang
berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi
perkara-perkara seperti aktiviti Perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajarpelajar dengan cara yang berkesan.

Oleh itu prinsip pengajaran boleh diertikan sebagai satu pegangan dan kupasan yang sejajar
dengan teori yang praktikal mengikut teknik dan pendekatan yang bersesuaian dengan
kepercayaan kita terhadap kebiasaan-kebiasaan kita mengajar bahasa dengan gaya yang
tertentu dan berbeza-beza.

Muka surat | 4

3.1

PANDANGAN BOH BOON KOH

Menurut Boh Boon Koh (1990), dalam pengajaran tatabahasa, terdapat beberapa prinsip
pengajaran aspek tatabahasa yang perlu diketahui. Pertama, guru perlu membuat perancangan
yang rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
aspek tatabahasa yang hendak disampaikan kepada murid. Perancangan yang rapi boleh
menjamin keberkesanan penyampaian pengajaran seseorang guru itu dengan lebih bermakna.

Selain itu, guru juga seharusnya memulakan proses pengajaran tatabahasa daripada yang
mudah kepada yang lebih kompleks. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan
kesukaran murid untuk memahami isi pelajaran tatabahasa yang disampaikan oleh guru.
Tambahan pula, dalam sesuatu bilik darjah, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai tahap
kecerdasannya, iaitu ada murid yang dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan cepat dan
ada yang murid yang lambat (slow learner). Justeru, lebih baik guru menyampaikan isi
pelajaran tatabahasa dengan perkara-perkara asas dan yang mudah difahami oleh murid.

Di samping itu, dalam pengajaran tatabahasa guru perlu menyediakan latih tubi yang banyak.
Latih tubi yang disediakan dan diberikan kepada murid sama ada dalam bentuk tulisan atau
lisan mampu mengekalkan ingatan aspek tatabahasa yang dipelajari dengan kukuh. Melalui
latih tubi yang diberikan kepada murid, guru akan dapat mengesan kesilapan-kesilapan yang
mungkin dilakukan oleh murid-murid dan seterusnya membuat tindakan yang sewajarnya
bagi membantu murid-murid tersebut.

Prinsip yang seterusnya ialah guru hendaklah mengajar secara konkrit dengan menggunakan
alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan
mengajar dan bahan rangsangan dalam pengajaran tatabahasa mampu menarik minat murid
untuk mempelajari isi pelajaran atau aspek tatabahasa yang disampaikan. Selain itu,
penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat membantu dan memudahkan penyampaian
guru dalam bilik darjah.

Sebelum seseorang guru mengajar aspek tatabahasa, guru tersebut hendaklah mengenal pasti
struktur isi dengan jelas. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mahir tentang selok-belok
tatabahasa yang hendak disampaikan. Prinsip ini amat penting bagi mengelakkan maklumat
berkaitan hukum-hukum dan peraturan tatabahasa yang disampaikan oleh guru di dalam bilik
Muka surat | 5

darjah menepati kehendak sukatan dan mengelakkan kekeliruan dalam pemahaman murid
mempelajari tatabahasa.

Aspek tatabahasa mempunyai banyak rumus atau hukum bahasa. Walau bagaimana pun,
prinsip pengajaran tatabahasa tidak menggalakkan murid atau pelajar untuk menghafalkan
rumus atau hukum bahasa tersebut. Sudah mencukupi, kalau murid itu sudah memahami
penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana prinsip pengajaran tatabahasa juga
menekankan aspek tatabahasa diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa di
samping ia diajar dan digunakan dalam konteks mengikut kesesuaian.

Selain itu juga, prinsip pengajaran tatabahasa juga menitikberatkan makna dan aspek
tatabahasa mengikut konteks berdasarkan petikan yang digunakan. Ini kerana pemahaman
dan penguasaan dalam aspek tatabahasa yang terdiri daripada banyak hukum-hukum bahasa
dan peraturannya akan dapat membantu seseorang itu menguasai dengan lebih baik.

3.2

PANDANGAN AZMAN WAN CHIK

Menurut Azman Wan Chik (1989), prinsip-prinsip berikut boleh digunakan sebagai asas
dalam menentukan pendekatan serta teknik mengajar tatabahasa di sekolah-sekolah kita.
Antara prinsip prinsip tersebut adalah seperti di bawah:
a) Tatabahasa harus diajar melaui analisis peraturan dan latihan-latihan yang sistematis.
Murid-murid dengan pertolongan guru bolehlah dipandu ke arah memahami
peraturan-peraturan tatabahasa tersebut. Pendekatan induktif ini adalah bertujuan
untuk melatih murid-murid memerhati akan aspek-aspek linguistik tertentu.
Pemerhatian linguistik ini haruslah merupakan analisis yang amat mudah bentuknya.
Ini kerana analisis linguistik yang semudah-mudahnya memerlukan kebolehan
pemikiran abstrak yang kompleks. Oleh itu, dengan sesetengah murid, analisis ini
haruslah ditunggu sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
b) Perhubungan dengan pendekatan induktif dan deduktif, penyelidikan telah
membuktikan bahawa tidak ada perbezaan kesan yang nyata atas pembelajaran yang
menggunakan salah satu daripada pendekatan tersebut. Bagaimanapun pengunanan
satu-satu pendekatan itu bergantung kepada pelbagai faktor seperti peringkat murid,
objektif pengajaran dan pembelajaran, situasi dan sebagainya. Bagaimanapun guru

Muka surat | 6

harus mahir di dalam kedua-dua jenis pendekatan ini dan menggunakannya mengikut
keperluan-keperluan tertentu.
c) Istilah tatabahasa seperti kata kerja, ayat transitif, ayat pasif dan sebagainya tidak
seharusnya diketepikan sama sekali. Istilah harus diperkenalkan kepada murid, tetapi
dengan ingatan bahawa istilah tersebut dengan sendirinya tidak menerangkan apa-apa
kepada murid. Istilah haruslah diperkenalkan apabila murid sudah faham konsepkonsep tatabahasa tersebut terlebih dahulu.
d) Konsep penggabungjalinan yang disarankan untuk digunakan dalam pengajaran
tatabahasa di sekolah kita adalah amat wajar, tetapi kelemahannya yang ketara ialah
guru agak ragu-ragu menggunakannya disebabkan oleh pelbagai faktror luaran dan
dalaman guru itu sendiri. Konsep ini bukanlah sesuatu yang baru. Konsep ini samalah
juga dengan tanggapan bahawa konsep-konsep tatabahasa itu haruslah diperkenalkan
melalui konteks yang bermakna. Ini penting kerana konsep tersebut akan menjadikan
pembelajaran tatabahasa lebih bermakna dan menarik. Pendekatan ini dipegang oleh
golongan-golongan kodkognitif dalam pembelajaran bahasa, yang antara lain
memegang konsep bahawa pembelajaran tatabahasa itu haruslah berdasarkan makna.

Muka surat | 7

4.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tarikh

: 24 April 2013

Masa

: 9.00 - 9.30 pagi (30 minit)

Tahun

: 5 Cita

Bil. Murid

: 41 orang

Tema

: Sukan dan Kesihatan

Tajuk

: Imbuhan Apitan.

Kemahiran

Fokus Utama

8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Fokus Sampingan

5.1 Aras 1(i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat-ayat tunggal dan
ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Objektif

: Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:


1) Menulis lima ayat menggunakan imbuhan apitan.
2) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada


Sistem Bahasa

: Murid mengetahui tentang bahaya demam denggi

: Tatabahasa - Ayat majmuk, kata nama.

Bahan Bantu Belajar : LCD projektor, komputer, kad nilai murni.


Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai verbal linguistik (muzik)
Kemahiran Berfikir menjana idea
Belajar Cara Belajar (BCB) membaca
Nilai murni

: bertanggungjawab, berdisiplin, patuh, hormat, berhati-hati

Muka surat | 8

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Set Induksi

Bahan grafik

(3 minit)

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

1. Guru menayangkan 1. Murid melihat


bahan grafik.

bahan grafik.

Catatan

Kemahiran Berfikir
Menghubung
Kait dan

Langkah 1

Petikan teks

(5 minit)

2. Guru mengaitkan

2. Murid menjawab

Menghurai

aktiviti dengan tajuk

soalan yang

pelajaran melalui soal

dikemukakan oleh

jawab.

guru.

1.Guru meminta

1. Murid membaca

BCB

murid membaca

petikan teks secara

Membaca

petikan teks yang

kelas, kumpulan dan

dipaparkan dengan

individu.

BCB

BBB
Petikan teks

sebutan dan intonasi


yang betul.

2. Guru bersoal jawab 2. Murid menjawab


tentang isi petikan

soalan yang

teks.

dikemukakan oleh
guru.

Langkah 2
(8 minit)

Imbuhan

1. Guru meminta

1. Murid mengecam

Kemahiran Berfikir

apitan

murid mengecam

perkataan yang

perkataan perkataan

menunjukkan

Membuat

yang menunjukkan

imbuhan apitan.

keputusan

Menjana idea

imbuhan apitan.
BBB
Kad nilai murni

Muka surat | 9

2. Guru meminta

2. Beberapa orang

murid menggarisi

murid dipilih secara

perkataan yang

rawak untuk

menunjukkan

menggarisi perkataan

imbuhan apitan.

yang menunjukkan
imbuhan apitan.

3. Guru meminta

3. Murid

murid menyenaraikan

menyenaraikan

imbuhan apitan

imbuhan apitan.

tersebut.
a) disebarkan
b) dilaporkan
c) ditingkatkan
d) ditemukan
e) dikenakan

Langkah 3

Membina ayat 1. Guru meminta

(10 minit)

1.Murid menulis lima

murid menulis lima

ayat yang lengkap

ayat yang lengkap

menggunakan

menggunakan

imbuhan apitan

imbuhan apitan.

dengan bimbingan

BBB
Bahan pengurusan
grafik

guru.

Penutup
( 4 minit)

Nyanyian

1. Guru meminta

1. Murid

murid menyanyikan

menyanyikan lagu

lagu Bahaya Aedes.

Bahaya Aedes secara


kelas.

Kecerdasan
pelbagai
Verbal linguistik
(muzik)

Muka surat | 10

5.0

MASALAH-MASALAH MURID MEMAHAMI IMBUHAN APITAN

Kesalahan bahasa sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu sama ada disengajakan
atau tidak. Selaras dengan kepesatan perkembangan bahasa Melayu pada zaman ini, amat
perlu untuk menyalurkan maklumat tentang penggunaan bahasa Melayu yang gramatis agar
bahasa ini dapat diguna pakai sebaiknya dalam segenap aspek kehidupan masyarakat.

5.1

Pengetahuan Yang Kurang Dalam Aspek Tatabahasa

Gejala kesalahan bahasa berlaku kerana beberapa faktor. Antara faktor pertama kesalahan
bahasa ialah pengetahuan yang kurang dalam aspek tatabahasa. Pengguna bahasa kadangkala
bersikap tidak mengambil berat penggunaan yang tepat dan betul. Tempoh pembelajaran
bahasa selama 11 tahun di peringkat sekolah seolah-olah tidak mencukupi untuk menguasai
ilmu bahasa kebangsaan negara Malaysia ini. Faktor ini dipengaruhi pula oleh kelaziman
penggunaan bahasa yang tidak betul dan apabila ia menjadi kebiasaan dari segi pertuturan
dan penulisan ditambah pula dengan sikap ambil mudah media massa menyebarkan
maklumat yang kurang tepat dalam penggunaan bahasa, yang salah pun lama-kelamaan akan
kelihatan sebagai betul.

5.2

Kekeliruan Sistem Ejaan, Tatabahasa Dan Penggunaan Perkataan

Selain itu, faktor kedua ialah kekeliruan juga merupakan punca yang menyebabkan kesalahan
bahasa berlaku. Apabila wujud ketidakseragaman dalam sistem ejaan, tatabahasa dan
penggunaan perkataan. Pertentangan pendapat ahli bahasa dalam membincangkan aspekaspek di atas mempengaruhi kepenggunaan bahasa tersebut. Kesalahan penggunaan bahasa
Melayu boleh dibahagikan kepada pelbagai bentuk. Menurut Asraf (1988) di dalam bukunya
"Kesalahan-Kesalahan dalam Penggunaan Bahasa Melayu" telah membahagikan kesalahan
tersebut kepada pelbagai sudut, antaranya dari segi sintaksis, morfologi, semantik dan
intonasinya. Semua aspek tersebut penting dalam penggunaan bahasa melayu yang baik.

Muka surat | 11

5.3

Pengaruh Dialek

Selain itu, faktor ketiga ialah pengaruh dialek. Dialek menurut Hartmab dan Stork (1972),
ialah sejenis kelainan bahasa yang berbeza daripada segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata
daripada bahasa standard. Pengaruh bahasa dialek begitu menebal mempengaruhi sistem
bunyi. Bahasa dialek itu mempengaruhi penulisan terutamanya murid-murid di pantai timur.
Bahasa dialek sebenarnya ialah tradisi lisan tempatan. Apabila murid-murid bertutur
menggunakan bahasa dialek, maka bukan ayat lengkap yang dipertuturkan tetapi frasa dan
klausa atau struktur ayat yang hanya difahami oleh penutur asal dari daerah dialek yang
sama. Berikut ialah beberapa contoh ayat yang biasa digunakan oleh penutur di Terengganu.
Contoh 1 Ali menangkap ikang.
Contoh 2 Adik melukis bulang.

Contoh ayat 1 dan 2 adalah ayat lengkap tetapi penggunaan perkataan ikan dan bulan dieja
mengikut sebutan dialek yang menyebabkan kesalahan ejaan.

5.4

Pencemuhan

Faktor keempat pencemuhan. Pencemuhan menggunakan bahasa kasar dan lucah semakin
mendapat tempat terutama dalam kalangan muda-mudi tanpa mengira kaum. Penggunaan
bahasa ini sering kedengaran melalui lagu terutama muzik rap. Lagu adalah cabang seni.
Penggunaan perkataan lucah bukan sahaja mencemarkan bahasa dan bangsa Melayu tetapi
membunuh nilai seni budaya. Apabila berlaku perkara yang tidak diingini, luahan nama Allah
sering kedengaran. Bahasa kesat biasanya digunakan untuk meluahkan emosi berang atau
ingin bergurau. Kehalusan budaya bangsa akan lenyap jika budaya seperti ini yang dijunjung.
Kesedaran terhadap hala tuju bahasa amat penting dan kehadiran unsur tertentu perlu
dihindari demi memartabatkan bahasa dan mempertahankan tamadun budaya bangsa
Malaysia.

Muka surat | 12

6.0

CARA-CARA MENGATASI PERMASALAHAN

Dalam usaha mempercepat penguasaan tatabahasa bahasa Melayu di kalangan bangsa


Malaysia,

Kementerian

Pelajaran

harus

melentur

buluh

dari

rebungnya

dengan

memperkasakan sekolah kebangsaan di negara ini. Cara ini dapat menggalakkan ibu bapa
agar menghantar anak masing-masing ke sekolah kebangsaan untuk memantapkan
penguasaan bahasa dan seterusnya mewujudkan integrasi antara murid daripada pelbagai
kaum. Di dalam dunia pekerjaan dan dunia sosial, kemahiran berbahasa menentukan
kejayaan seseorang. Sekeping ijazah tidak bernilai tanpa kecekapan berbahasa. Profesion
perguruan berperanan mengajar bahasa khususnya aspek sebutan dan ejaan yang saling
berkait dengan betul. Aspek kesantunan berbahasa harus diterapkan. Amalan dan nilai budi
bahasa perlu dikekalkan walaupun terdapat pengaruh barat.

Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga,
Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Orang berbudi, kita berbahasa,


Orang memberi, kita merasa.

Corak pembelajaran ilmu sebagai proses menghafal untuk mengambil peperiksaan perlu
diubah. Sebaliknya dilaksanakan sebagai proses memahami apa yang dipelajari. Seseorang
yang faham dalam bahasa akan dapat menggunakan bahasa dengan baik, tersusun dan
lengkap. Pelajar khususnya diberi peluang mengungkap ilmu yang diterima dan
menggunakan bahasa sebagai saluran pernyataan buah fikiran dan ilmu pengetahuan melalui
proses pengajaran dan pembelajaran. Pakar-pakar sosiobudaya pula perlu membuat kajian
menstandardisasikan aspek budaya selaras dengan perkembangan bahasa Melayu atau bahasa
Malaysia sekarang. Ungkapan bahasa jiwa bangsa dan bahasa menunjukkan bangsa,
menunjukkan hubungan erat di antara bahasa dengan kebudayaan dan tingkah laku bangsa
Malaysia.

Muka surat | 13

Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu tidak perlu diragui.
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis Nasional pada bilabila masa pasti boleh diminta pandangan tentang sesuatu isu bahasa. GAPENA pernah
mengeluarkan penyataan cadangan agar bahasa Melayu wajib diambil oleh pelajar sebagai
syarat memasuki institusi pengajian tinggi awam. Sebagaimana syarat yang ditetapkan untuk
bahasa Inggeris melalui Malaysian University English Test (MUET). Sebagai rakyat, kita
seharusnya menyokong usaha pejuang bahasa untuk mempertahankan kedaulatan bahasa.
Kesalahan bahasa dan tatabahasa dapat dikurangkan dan dihapuskan jika mendapat kerjasama
semua pihak. Perancang bahasa perlu memperbaiki atau merancang unsur-unsur bahasa untuk
meningkatkan keefisienan, mengurangkan sebarang perbezaan yang menghalang fungsi
bahasa sebagai bahasa kebangsaan .

Sistem ejaan perlu diperbaiki dan menstandardkan sebutan kata-kata pinjaman. Proses
penciptaan istilah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka harus diteruskan untuk membolehkan
pengungkapan konsep-konsep teknikal dan sains dilakukan. Usaha Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) amat jelas dengan penghasilan buku panduan tatabahasa seperti buku
Tatabahasa Dewan. Penghasilan buku ini diharap dapat membantu memperbaiki penggunaan
tatabahasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. DBP juga melakukan penyelaras bentuk
ejaan melalui sidang yang dianggotai oleh negara seperti Indonesia dan Brunei. Kesalahan
penggunaan bahasa sebenarnya hanya akan selesai jika masyarakat dapat menerima hakikat
bahasa Melayu adalah bahasa Malaysia iaitu bahasa kepunyaan semua warganegara yang
menjadi cerminan bangsa Malaysia. Tanpa keinginan dan kesungguhan yang luhur selari
dengan dasar perlembagaan segala usaha tidak akan berhasil.

7.0

KESIMPULAN

Hasil perbincangan dapat disimpulkan bahawa kesalahan bahasa dan tatabahasa di kalangan
bangsa Malaysia memang tidak dapat disangkal. Semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa
dan agama harus menerima hakikat kesilapan bahasa berlaku kerana kesilapan bangsa
Malaysia sendiri yang kurang menghargai dan menghayati konsep satu bangsa satu bahasa.
Kesalahan bahasa tidak sepatutnya berlaku kerana bahasa Melayu telah dimartabatkan
sebagai bahasa Kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/1968, Akta Pelajaran 1961 dan 1996. Semua bangsa Malaysia sepatutnya
perlu mempelajari, menguasai dan menggunakan bahasa Melayu dengan lancar dan betul jika
Muka surat | 14

mereka benar-benar bangsa Malaysia. Langkah kerajaan mendaulatkan bahasa Melayu


diharap dapat memastikan bahasa Melayu digunakan secara meluas oleh bangsa Malaysia
seterusnya dapat mengurangkan kesalahan bahasa dalam pertuturan dan penulisan. Antara
langkah yang diambil termasuklah:
1) Mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam segala bentuk urusan rasmi.
2) Mewajibkan bahasa Melayu dijadikan bahasa Penghantar di semua sekolah kebangsaan
dan institusi pengajian tinggi awam.
3) Menyeru pihak swasta menggunakan bahasa Melayu sewaktu berurusan dengan
pelanggan. Selain itu, sebarang borang bahasa Inggeris disertakan terjemahan bahasa
Melayu.
4) Para pemimpin kerajaan pelbagai kaum diwajibkan menyampaikan ucapan dalam bahasa
Kebangsaan dalam majlis yang melibatkan warga tempatan.

Kegemilangan bahasa Melayu mesti dikembalikan seperti kedudukan bahasa Melayu zaman
lampau, seperti yang pernah diterangkan oleh William Marsdern. Menurutnya, bahasa
Melayu yang dianggap berasal dari semenanjung Tanah Melayu telah berkembang melalui
kepulauan-kepulauan timur dan menjadi lingua franca di dunia bahagian tersebut, dituturkan
di mana-mana di sepanjang pantai Sumatera dan digunakan tanpa campuran apa-apa di
negara kepulauan Minangkabau dan tanah jajahannya dan difahami ke setiap bahagian
pulau. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk hanya dapat disatukan melalui bahasa.
Hasrat ini tercatat dalam Perlembagaan. Yang menjadi penghalang dan menimbulkan
masalah kesalahan penggunaan bahasa hanyalah sikap masyarakat yang mengetepikan bahasa
Melayu. Segala usaha telah dilakukan untuk mengurangkan kesalahan penggunaan bahasa.

Faktor yang menjadi penyebab kesalahan bahasa seperti faktor dialek, faktor media, faktor
bahasa slanga dan faktor kurang pemahaman dapat diatasi jika seseorang itu berusaha untuk
mengubahnya. Langkah mengatasi masalah kesalahan bahasa hanya dendangan kosong jika
bangsa Malaysia tidak mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa sendiri. Malah usaha
mengangkat bahasa Melayu melalui Hari Pejuang Bahasa disambut julung-julung kalinya
pada 15 Februari 2010 bertukar menjadi medan melontarkan kritikan pedas kepada golongan
yang menganggap bahasa Melayu adalah bahasa kolot yang menyekat pembangunan.
Kritikan daripada ahli panel seperti Datuk Dr Hassan Ahmad, Prof Emeritus Dr Abdullah
Hassan dan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di Dewan Bahasa dan Pustaka membuktikan
ramai bangsa Malaysia tidak menghargai bahasa sendiri iaitu bahasa Melayu.
Muka surat | 15

8.0

RUJUKAN

1) Arbak Othman. (1983). Permulaan Ilmu Linguistik : Suati Pengenalan Konsep Dan
Bidang Kajian Secara Teoritis. Kuala Lumpur. Saujana Enterprise.

2) Awang Sariyan. (2011). Bagaimanakah Tatabahasa Dapat Diajarkan dengan Berkesan?.


(Online). Available : http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/10/bagaimanakahtatabahasa-dapat-diajarkan.html. (2011, Oktober 20).

3) Azman Wan Chik. (1989). Mengajar Bahasa Malaysia : Perkaedahan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka

4) Boh Boon Koh. (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia : Prinsip Dan Teknik.
Petaling Jaya, Selangor. Fajar Bakti.

5) Hartmann, R.R.K., and F.C. Stork. (1972). Dictionary Of Language And Linguistics.
London.

Applied

Science.

[Online].

Available

http://www-

01.sil.org/linguistics/BibliographyLinguistics/HartmannAndStork1972.htm

6) Marsden, W. (1784). The history of Sumatra: Containing an account of the government,


laws, customs, and manners of the native inhabitants, with a description of the natural
productions, and a relation of the ancient political state of that island (2d ed.).
London: Printed for The Author and sold by Thomas Payne and Son. [Online].
Available : http://elib.uum.edu.my/kip/Record/um94481

7) Muhammad Asraf bin Haji Wahab. (1988). Kesalahan-Kesalahan Dalam Penggunaan


Bahasa Melayu: Frasa Dan Ayat. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi.

8) Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

9) Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood. (1977). Prinsip dan Kaedah
Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Pustaka Aman Press.
Muka surat | 16

9.0

LAMPIRAN PETIKAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus. Virus ini disebarkan
dari seorang pesakit denggi kepada individu yang sihat melalui gigitan nyamuk aedes.
Penyakit ini sangat berbahaya kerana pada masa ini tiada vaksin yang berkesan dapat
merawatnya. Sehubungan itu, cara paling berkesan untuk membanteras penyakit ini ialah
dengan membasmi kawasan pembiakan aedes.

Stastistik menunjukkan Selangor adalah negeri yang paling banyak mencatatkan kes
denggi. Sehingga pertengahan Januari, lebih 3 500 kes dilaporkan. Antara kawasan yang
berisiko tinggi ialah Subang Jaya, Shah Alam, Selayang, Ampang Jaya, Petaling Jaya dan
Kajang. Beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kes denggi di
Selangor iaitu rumah terbengkalai (70 peratus), tapak pembinaan (48.8 peratus), pejabat
kerajaan (18.8 peratus), kawasan kilang (13.9 peratus) dan taman rekreasi (6.2 peratus).

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang ditubuhkan sejak 1902 dalam kajiannya
mendapati aedes adalah antara nyamuk yang amat berbahaya di Malaysia kerana nyamuk ini
adalah juga pembawa virus penyakit atau vektor bagi penyakit denggi yang masih belum ada
ubat atau vaksin untuk menyembuhkannya. Dari segi keadaan alam sekitar dan cuaca,
Malaysia diakui amat sesuai untuk pembiakan nyamuk kerana mempunyai suhu tinggi dan
kelembapan udara yang baik serta pancaran sinar matahari yang menggalakkan. Daripada 3
000 spesies nyamuk yang diketahui di dunia ini, dua pertiga daripadanya terdapat di kawasan
tropika seperti Malaysia . Kawasan hutan, paya dan perairan tercemar serta kawasan
perumahan kotor adalah tempat paling sesuai untuk nyamuk membiak di negara ini.

Justeru, rakyat negara ini perlu berwaspada terhadap bahaya penyakit ini. Kesedaran
mengenainya harus dipertingkatkan lagi dan sikap berpeluk tubuh harus dikikis. Masyarakat
setempat patut memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa setempat dalam
usaha mengawal pembiakan nyamuk aedes.

Muka surat | 17

Anda mungkin juga menyukai