Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN

Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang dicipta oleh
masyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk kepada permainan budaya yang sudah
diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional
ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi
berikutnya. Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut dimainkan oleh
kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa.
Kebanyakan permainan tradisional dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat
masyarakat dahulu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat
berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional ini yang boleh dimainkan
secara perseorangan. Masyarakat tradisional pada pada zaman dahulu menjalankan aktiviti
permainan ini sebagai suatu pengisian pada masa lapang, pada perayaan-perayaan atau majlismajlis tertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim menuai padi.
Masyarakat pada zaman dahulu juga menjalankan permainan ini adalah untuk hiburan,
peraduan tenaga dan sebagai perlambangan adat resam suku kaum yang diwakili oleh
masyarakat tertentu pada ketika itu. Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat
membangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia sudah
menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan pula, terdapat
juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya menggunakan
strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu.
Namun pada zaman teknologi ini, permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh
golongan generasi muda kerana mereka lebih cenderung dengan aktiviti sukan lasak yang
dianggap lebih mencabar kerana memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi selain
daripada ketertarikan mereka terhadap fenomena sukan yang digarapkan oleh dunia
antarabangsa. Pertembungan generasi muda dengan permainan moden yang canggih seperti
permainan komputer juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional di mana melahirkan
tanggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan arus zaman. Perkara ini
1

menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupakan cara atau kaedah sesuatu
permainan tradisional dimainkan.
JENIS-JENIS

PERMAINAN

TRADISIONAL

YANG

TERDAPAT

DALAM

MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA


Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Masyarakat
berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada
pelbagai keturunan atau suku kaum. Kebudayaan ini telah dipersatukan menjadi satu kebudayaan
yang unik kerana hampir setiap keturunan atau suku kaum mempunyai adat resam tersendiri
sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong
menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acaraacara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan
tradisional yang diperkenal dan pertandingkan.
Sepak Raga
Permainan sepak raga mulai di dipermainkan oleh kaum Melayu sejak sekitar 600 tahun yang
lalu. Dalam lipatan sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan
Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Pada zaman itu, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, permainan sepak raga juga turut
digemari oleh rakyat jelata.
Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Sepak takraw
adalah permainan sepak raga yang telah dimodenkan sesuai dengan keperluan dunia sukan,
malahan sukan sepak takraw ini telah dikenali di seluruh dunia.Bola sepak raga adalah diperbuat
daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga
lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya
dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali,
sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau
bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke
bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu
bulatan.Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau
beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya
tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Mahjung
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang. Permainan ini berasal dari
China yang lahir dari China pada 3000-4000 tahun yang lalu. Dalam sejarahnya permainan
Mahjong ini dimainkan oleh raja dan golongan-golongan bangsawan. Mahjong membabitkan
kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.
Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor
utama kejayaan. Dari asal usulnya, Mahjong ini hanyalah sebuah permainan sihat yang
diperuntukan untuk menghibur para pemain-pemainnya. Permainan mahjong menggunakan
keping kad atau balok tebal yang terbuat dari tulang dan buluh. Seiring dengan perkembangan
zaman, saat ini keping kad Mahjong dibuat dari bahan plastik. Satu set Mahjong terdiri atas 108
buah keping kad ditambah 36 yang dijadikan cadangan jika diperlukan atau untuk tambahan.
Ada tiga jenis Mahjong yang ada dalam setiap setnya. Jenis tersebut yaitu Bing, Tiao
danWan. Setiap jenisnya terdiri atas bunga serupa yang diberi nomor satu sampai sembilan.
Cara bermainnya adalah dengan membentuk suatu kombinasi biji Mahjong sebanyak 14 biji.
Pemenangnya iaitu peserta yang paling cepat mengumpulkan 14 biji buah Mahjong. Kombinasi
inilah yang berbeza-beza di setiap kawasan dalam memainkannya. Ini menyebabkan beberapa
orang menganggap bahawa permainan Mahjong ini menjadi rumit. Oleh kerana itu, untuk
memainkannya memerlukan kemahiran, kecekapan dalam mengatur strategi serta keberuntungan
nasib.
Kabadi

Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari negara India. Menurut
bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian
dari permainan tersebut. Turut dikenali dengan nama Hadududi kalangan orang Bangladesh.
Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, Jepun dan
Iran. Kabaddi turut merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia.
Permainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12 orang
pemain; iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi
permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu
lagi bertindak sebagai pihak lawan. Permainan ini dimainkan di kawasan gelanggang permainan
yang meliputi luas 12.5 x 10 meter persegi yang dibahagi pula kepada dua kawasan yang sama
luas. Durasi permainan adalah selama 40 minit untuk dua sesi dengan tambahan 5 minit untuk
pertukaran dua sesi tersebut. Permainan ini dimainkan dengan cara Pasukan penyerang akan
menghantar seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan (sebahagiannya
seperti yang dijelaskan di atas). Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau
menjatuhkan mana-mana pemain dari pasukan pihak lawan. Sepanjang proses ini, wakil pasukan
penyerang tersebut perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan
menarik nafas yang lain, beliau dikehendaki menyebut kabaddi secara berterusan.
Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain semasa beliau
masih lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut
kemudiannya akan kembali semula ke gelanggangnya. Namun, apabila penyerang sudah berjaya
mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan pasukan pihak lawan akan cuba menahannya
daripada kembali semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil
nafas lain sebelum berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar.Kedua-dua pasukan bertukar
posisi sebagai penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat.
Peraturan am permainan ini ialah, tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan
iaitu seorang pengadil, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang
pencatat

markah.

Mata

akan

dikira

berdasarkan

percubaan

yang

berjaya

untuk

menyentuh/menjatuhkandan kembali semula ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas.


Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badanny amenyentuh
4

kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung, pemain tersebut
secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan kecuali jika tindakan itu berlaku atas
struggle. Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya
dalam masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus lona. Bagi peringkat yang tinggi,
permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas ketinggian dan berat untuk memastikan keadilan
dalam permainan.
KELEBIHAN DAN MANFAAT PENGANJURAN PERTANDINGAN PERMAINAN
TRADISIONAL
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari
masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang
merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat Malaysia. Permainan
tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu
untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka
masing-masing. Permainan tradisional ini merupakan satu bentuk hiburan masyarakat zaman
dahulu.
Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh
golongan dewasa. Namun dewasa ini, aktiviti permainan tradisional semakin mendapat
penyisihan oleh bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan golongan dewasa juga turut
menyisihkan permainan tradisi ini. Oleh itu, kepenganjuran sesuatu pertandingan yang
melibatkan permainan tradisional dilihat sangat bermanfaat untuk memertabatkan kembali tradisi
kesukanan tradisional ini. Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali budaya kaum
lain kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak
kehidupan masyarakat tersebut. Penganjuran permainan tradisional bukan sahaja dapat
mendatangkan rasa keseronokan tetapi juga dapat memberikan pendedahan tentang kepelbagaian
permainan tradisional masyarakat pelbagai kaum di Malaysia kepada bukan sahaja peserta tetapi
juga kepada penonton yang hadir dalam majlis permainan tradisional tersebut. Pertandingan
bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah
tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan
tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta.
5

Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi
warisan budaya untuk generasi yang akan datang.
Penganjuran pertandingan permainan tradisional ini juga turut dapat menghidupkan
kesuburan norma kehidupan murni masyarakat setempat dan Malaysia amnya. Melalui
permainan tradisional kita dapat memupuk semangat perpaduan, rasa muhibah dan mesra dalam
kelompok masyarakat tanpa melihat warna kulit mahupun agama. Oleh yang demikian,
permainan tradisional ini dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan
norma kehidupan murni kerana nilai tradisi yang tinggi di dalamnya terkandung pelbagai nilai
budaya masyarakat yang memilikinya. Permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat
tanpa mengira kaum mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan sekaligus
membantu menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia. Pertandingan
permainan tradisional seumpama ini juga dapat membantu membangunkan dan meningkatkan
keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang ada pada setiap peserta.
Selain itu, penganjuran ini juga dapat menguji kemahiran kognitif peserta pertandingan
untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya untuk mengesan dan menyelesaikan
sesuatu masalah yang timbul dengan tepat. Penganjuran ini juga mampu menyemai budaya
bergiatcergas sepanjang hayat dalam diri setiap peserta mahu ahli penganjur itu sendiri. Perkara
yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat. Pertandingan
permainan tradisional ini juga sangat berfaedah dan bermanfaat khususnya untuk meningkat dan
mengeratkan hubungan sosial dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Menerusi
pertandingan permainan tradisional ini nilai-nilai murni seperti bekerjasama, semangat
kesukanan sama ada individu mahupun berpasukan dapat di pupuk. Selain dari itu, pertandingan
ini juga dapat mengeratkan silahtulrahim di kalangan peserta mahupun pihak penganjur dan
masyarakat keseluruhannya. Jelas di sini bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan
semangat perpaduan nasional di kalangan rakyat supaya terus menyuburkan semangat bersatu
teguh.
Kesimpulannya, permainan tradisional ini sangatlah penting dihidupkan semula. Usaha
seumpama ini sangatlah mustahak supaya permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan
diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah
6

dikekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional akan dapat
mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia.
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN
TRADISIONAL
Permainan tradisional yang merupakan warisan bangsa kini berhadapan dengan ancaman arus
pembangunan dan pemodenan khususnya kemajuan teknologi menyebabkan popularitinya
semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan
mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk
mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita.
Namun begitu, usaha untuk mengembalikan kegemilangan permainan tradisional ini
berhadapan dengan cabaran yang besar.Salah satu dari cabaran dalam usaha untuk
mempopularkan semula permainan ini ialah golongan remaja zaman sekarang yang beranggapan
bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dimainkan.
Sikap segelintir generasi pada masa kini yang menganggap permainan tradisional adalah
ketinggalan zaman dan hanya wujud pada zaman puntung asap sahaja haruslah dikikis.
Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer juga merupakan
ancaman kepada permainan tradisional. Permainan tradisional merupakan sumber hiburan utama
masyarakat silam tetapi kini perkembangan teknologi moden telah merubah segala-galanya.
Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa kini yang telah menjadi
kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja. Remaja hari ini juga lebih cenderung
kepada sukan lasak yang dianggap lebih mencabar dan memerlukan daya saing serta daya tahan
yang tinggi. Iklan-iklan sukan dunia di samping galakan pihak berkuasa khususnya penyertaan
golongan remaja dalam aktiviti permainan moden dan antarabangsa bukan sahaja menjadi salah
satu sebab mengapa permainan tradisional ini semakin tersisih menyebabkan mempopularkan
semula permainan tradisional ini semakin mencabar. Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak
dalam mengembalikan kegemilangan permainan tradisional ini menyebabkan permainan ini
semakin terus dilupakan dan menyebabkan permainan tradisional ini hanya tinggal dalam bukubuku dan majalah-majalah sahaja.
7

Kesimpulannya semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan warisan


ini kerana permainan tradisional ini merupakan satu daripada warisan silam yang perlu
dipertahankan.

Pihak

kerajaan

dan

swasta

seharusnya

bersama-sama

menggembling

tanggungjawab untuk mengembalikan semula kegemilangan permainan tradisional ini agar terus
popular di kalangan remaja.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
Hakikatnya pada hari ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini disebabkan adanya
halangan dan kekangan yang disebabkan oleh arus kemodenan, pengaruh-pengaruh kuat dari
aktiviti-aktiviti permainan yang bersifat antarabangsa yang mendapat suntikan bukan sahaja oleh
media-media massa tetapi juga oleh badan-badan bukan kerajaan dan kerajaan malahan turut
mendapat dukungan oleh sebahagian besar kalangan masyarakat kita. Oleh itu, usaha-usaha perlu
diambil bagi mempopularkan semula permainan tradisional ini.
Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional adalah melalui pendedahan
dan galakan serius dari peringkat sekolah. Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga
wajar didedahkan dengan permainan tradisional. Salah satunya adalah dengan menubuhkan
Kelab Permainan Tradisional di peringkat sekolah. Usaha ini bertujuan untuk memperkenalkan
permainan tradisional kepada pelajar-pelajar. Tambahan pula, pertandingan permainan tradisional
antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk memahirkan diri
dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah tentu dapat menghidupkan
kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda di negara kita.
Usaha ini tidak akan sia-sia jika ianya berterusan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Pihak kerajaan juga perlu main peranan dalam usaha ini. Kerajaan wajar menganjurkan
pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Pertandingan ini
wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap. Setiap negeri
mestilah digalakkan untuk mengambil bahagian sebagai langkah memeriahkan pesta tersebut.
Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang
permainan (sukan) tradisional yang semakin dilupakan. Penganjuran pertandingan akan dapat
mengembalikan populariti permainan tradisional bangsa kita. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah
8

memainkan peranan dan memastikan permainan tradisional kekal diminati oleh rakyat. Melalui
Kementerian Pelancongan juga perlu menjadikan permainan tradisional ini sebagai satu bentuk
kerjaya yang mana bukan sahaja memberi keuntungan kepada negara tetapi juga sebagai suatu
punca pendapatan masyarakat kita.
Permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak
kehidupan masyarakat yang majmuk kerana nilai tradisi yang tinggi di dalamnya terkandung
pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya dan ini menjadikan amalan membudayakan
permainan tradisional satu daya tarikan kepada pelancong luar dan dalam negara. Usaha ini
bukan sahaja dapat mempopularkan semula permainan tradisi masyakat kita tetapi juga dapat
membantu mengharumkan nama negara kita sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya
tradisional yang terpelihara di persada dunia.
Peranan pihak media massa juga sangat penting. Pihak media seharusnya berpenanan
sebagai medium yang dapat menghebahkan kelebihan permainan tradisional kepada masyarakat.
Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan internet. Sesungguhnya,
peranan pihak media massa sangat penting dalam membantu memperkenalkan dan
mempopularkan permainan tradisioanl ini kepada masyarakat khususnya generasi muda.
Peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan semula permainan tradisional ini
dikalangan anak-anak mereka. Ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anakanakmereka perlu memperkenalkan permainan tradisional ini kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Ibu bapa sewajarnya dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak dengan bermain
permainan tradisional seperti bermain congkak dan sebagainya, sebagai satu aktiviti riadah yang
bukan sahaja sebagai mengisi masa lapang dan hiburan tetapi juga sebenarnya dapat membantu
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ibu bapa dapat membantu mengembalikan
kepopularan permainan tradisional ini seperti membelikan permainan tradisional seperti gasing,
congkak dan layang-layang khusus untuk anak-anak mereka.
Peranan individu juga sangat penting dalam usaha mempopularkan permainan tradisional
ini. Kesedaran adalah sangat penting ditanam dalam diri setiap individu itu. Mereka hendaklah
menanamkan sikap suka dan ingin tahu tentang permainan tradisional. Dengan mempelajari dan
9

mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional setiap individu dapat


mengurangkan diri mereka daripada terlibat dengan permainan moden seperti permainan
elektronik. Penyertaan pelajar dalam pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah dan
masyarakat juga dapat membantu pelajar mencintai dan meminati permainan tradisional. Oleh
yang demikian, peranan setiap individu itu amat penting dalam mempopularkan permainan
tradisional.
Masyarakat boleh memberikan sokongan dengan menubuhkan persatuan atau kelab
permainan tradisional di tempat tinggal mereka. Mereka boleh bermain pada masa lapang.
Mereka juga boleh mengadakan pertandingan di peringkat kampung atau antara kampung.
Sebagai contoh permainan gasing, layang-layang dan sepak raga. Pertandingan ini dapat
memperkenalkan dan menonjolkan bakat seseorang dalam permainan tradisional. Oleh itu,
peranan masyarakat amat penting dalam usaha mempopularkan permainan tradisional.
Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya
dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan
kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Jika tidak permainan tradisional warisan
berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua
pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.

10