Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 PENGALAMAN

3.0 KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN TERHADAP GURU

4.0 PENGGUNAAN ELEMEN MATAPELAJARAN LAIN DALAM

PROSES PENGAJARAN SENI VISUAL & MUZIK

5.0 SOROTAN KAJIAN

6.0 KESIMPULAN

10

7.0 RUJUKAN

12

1.0 PENGENALAN

Seperti yang kita ketahui pada hari ini, tidak kira sama ada sekolah rendahataupun
menengah, kewujudan pengajaran matapelajaran seni sudah sekian lama dimasukkan. Seni
dalam pendidikan juga dikenali sebagai (SDP) diwujudkan bagi membantu perkembangan
seimbang individu dari segi jasmani, emosi rohani, intelek dan juga social sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insane yang seimbang
dari segi aspek yang sama. Selain itu ianya juga bbermatlamat untuk menyediakan guru yang
mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual,seni
pergerakan,seni muzik dan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran
lain.seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang barudan menggabungkan tiga elemen
penting iaitu seni visual, seni pergerakan dan juga seni Muzik.

2. PENGALAMAN
1.1 Definisi Pengalaman
Menurut kamus dewan pengalaman bermaksudapa yang telah dialami, dirasai ditempuh
.Pengalaman kata dasarnya alami yang artinya mengalami, melakoni, menempuh,
menemui, mengarungi, menghadapi, menyeberangi, menanggung, mendapat, menyelami,
mengenyam, menikmati, dan merasakan (Endarmoko, 2006). Pembelajaran melalui
pengalaman adalah satu kaedah pembelajaran yang sangat meninggalkan kesan kepada setiap
individu. Kaedah ini telah dipelopori oleh seorang bangsa Amerika bernama David A.Kolb
(1939) seorang profesor di dalam bidang akademik. Model Kolb ini juga dipadankan dengan
beberapa ahli falsafah lain seperti John Dewey, Jean Piaget dan Kurt Lewin dan lain-lain
penulis yang berkait rapat dengan paradigma pembelajaran melalui pengalaman. Kolb dan
Ron Fry telah mengasaskan "The Experiential Learning Model" diawal tahun 70an yang
mana model ini terdiri dari empat unsur iaitu:

a) pengalaman konkrit
b) pemerhatian dan refleksi terhadap pengalaman tersebut
c) membina konsep abstrak berdasarkan refleksi
d) menguji konsep yang baru dibina

Keempat-empat unsur ini adalah asas kepada perkembangan pembelajaran individu yang
bermula dengan salah satu dari empat unsur tersebut, tetapi selalunya ia bermula dengan
pengalaman konkrit.
Belajar melalui pengalaman juga ialah proses belajar dan proses perubahan yang
menggunakan pengalaman sebagai media belajar atau pemelajaran. Apa-apa yang dialami
secara aktif dan diusahakan untuk proses pemahaman, mencari makna daripada pengalaman
tersebut ialah pemelajaran melalui pengalaman.
Terdapat tiga tahap proses belajar melalui pengalaman. Pertama, anak-anak tahu mengenai
sesuatu perkara itu sehingga mereka mendapat pengetahuan. Kedua, proses pemahaman dan
ketiga ialah pentingnya untuk melakukannya. Semangat untuk bekerjasama dengan anakanak yang lain adalah penting juga bagi mendapat pemelajaran melalui pengalaman ini.
Pelibatan ibu bapa dan guru dalam proses pemelajaran ini dengan melengkapkan proses ini
lagi.
Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata
pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru
sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak
dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan
irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan
berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat
melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas.
Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu burung,
kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut.
Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang
dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau
sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar
burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam
kumpulan rakan sebaya.
1.2 Definisi kecerdasan Manusia
Kamus Dewan 1991, kecerdasan boleh diertikan sebagai kesempurnaan akan (untuk berfikir,
mengerti dan lain-lain) seperti kepandaian, kepintaran dan kecerdikan. Atan Long 1978,
kecerdasan dapat ditafsirkan sebagai kebolehan untuk melakukan pemikiran secara mujarad,

kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan cara tindakan terhadap sesuatu situasi yang
bermasalah. Kecerdasan yang umum termasuk kebolehan untuk melakukan fikiran secara
abstrak, dan selalunya tingkah laku menjadi petunjuk darjah kecerdasan seseorang.Menurut
David Wechsler (1975), kecerdasan adalah kebolehan seseorang individu memahami alam
persekitarannya, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong dia
menghadapi cabaran hidup. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat ataupun universal. Binet
(1905), memberikan erti kecerdasan sebagai kesanggupan yang membolehkan seseorang itu
menyesuaikan diri dan kebolehan dalam memberikan pertimbangan yang kritikal terhadap
diri sendiri. Faktor utama kecerdasan ialah kebolehan dan keupayaan untuk membuat
pentaakulan, pemahaman dan penilaian terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang
dihadapi.Galton (1869), Catell (1890) dan Hall (1884-1924), bersetuju bahawa kecerdasan
adalah diwarisi.
3.0 KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN DALAM BAGI MENGHASILKAN
GURU YANG IMAGINASI, KREATIF DAN KRITIS
Pendidik menurut Kamus Dewan adalah orang yang menjaga, melatih, memelihara,
membimbing dan mengajar perkara yang baik-baik. Dalam konteks P&P, pendidik adalah
guru yang mengajar dalam bilik darjah. Pada masa kini, peranan guru bukan sahaja mendidik,
mengajar atau mengasuh malahan guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan
pendidikan. Lebih mencabar lagi, guru dianggap jurutera bangsa, arkitek negara. Kejayaan
dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan
dan keluhuran peribadi (Mohd Farid Alias-Utusan Malaysia,Oktober 2008).
Kreatif didefinisikan oleh kamus dewan sebagai mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Menurut laman web
http://www.geocities.com/gardner02 pula, Dr Edward de Bono mendefinisikan kreatif dan
kreativiti sebagai At the simplest level creative means bringing into being something that
was not there before. Creative thinking includes personel process, as such as new ways of
looking at things, new ways of organizing things and new ideas about ideas. Inovatif
mengikut kamus dewan adalah merupakan sesuatu yang bersifat inovasi. Manakala inovasi
pula diterjemahkan sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimulakan seperti kaedah,
sistem atau adat yang baru.
Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang
setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan
Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah

rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang
matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam
pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses
tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang
pendidik seperti:
1) membantu memotivasikan guru

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan
bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi
seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan
professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar
untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan
kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.


Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan
demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan
pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.


Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann
menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu
pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan
pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam
pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh
jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan
matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu
diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan
melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru
hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk
menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu.
Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni
dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat
dalam proses membuat sentiasa ditegaskan
4.0 PENGGUNAAN ELEMEN PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN MUZIK DALAM
MATAPELAJARAN LAIN
Mata Pelajaran : Dunia Sains dan teknologi
Tahun :Tiga
Tajuk : Keperluan Asas Tumbuhan
Tema Persekitaran : Pokok

Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara
membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta
melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan
pelbagai alat muzik.

Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,


(b) Memungut daun-daun yang gugur di atas tanah, berterbangan.
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang

(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup


Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan
menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan,


sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat.

Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu,
- untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)
- mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik)
- menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual)
- melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)

3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;

Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh
digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh
menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala
dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan
seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.

Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajarpokok
terdapat di mana-mana.. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti
seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan.

Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada
masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara
perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.

Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang
dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan
langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang
kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan
visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktivitiaktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan
melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan
pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan
difahami oleh orang lain.

Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahan ekspresi merupakan satu aktiviti yang
penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi
peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan
dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan
mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk
menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

5.0 SOROTAN KAJIAN

Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting kea rah perkembangan kanak-kanak
melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk
melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa
kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri tinggi. Penggabungjalinan dalam SDP
membantu pembentukan insane yang holistic. Terdapat beberapa yokoh yang member
pandangan yang menyokong bahawa Seni dalam pendidikan member manfaat dari segi
jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh:

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis
kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah
penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan
lebih menyeluruh.Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai
jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam

Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea
secara bebas dan kreatif.
Herman (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak
kanan dan otak kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif
seseorang individu.
Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk
memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari
pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti
kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan
intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan.
Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan
bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di
sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri
sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek
menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif,
inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia
juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh

6.0 KESIMPULAN
Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan embelajaran
akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan

lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana
pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan intelek,
emosi, psikomotor dan kematangan murid. Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang
kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan
pencapai murid-muridnya. Hasil daripada persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga
akan dapat meningkat profesionalisma dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020
pasti akan berhasil.
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi
peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi,
pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat
ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh,
mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan
meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami
dan difahami oleh orang lain.

Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti


yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi
peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan
dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan
mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk
menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

(2502 patah perkataan)

7.0.RUJUKAN

10

1. Berman, S.(1995). Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois:


IRI/Skylight Training and Publishing.

2. Gardner, H. 2006. Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books.

3. Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory &
Zuraidah Zainol. 2011.Pemikiran Kritis dan Kreatif. Petaling Jaya, Selangor: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.

4. Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating
Learning.

5. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi: Asas Pendidikan.
Kuala

Lumpur: Kayazano Enterprise.

6. MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala


Lumpur:
UNITEM Sdn. Bhd
8. Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling
Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai