Anda di halaman 1dari 2

DISKUSI 11 :

BERKATA BAIK ATAU DIAM


(HADITH KE-15)
OBJEKTIF
Menerapkan akhlak yang mulia dalam diri setiap mahasiswa terutamanya dari segi
tutur kata dalam berbicara.
Mendedahkan kepada semua mahasiswa Jordan akan tuntutan-tuntutan
menunaikan hak jiran tetangga.
Memberi kesedaran mengenai kepentingan melayan tetamu dan hak-haknya dalam
kalangan mahasiswa.
1.0

MUQADDIMAH
Islam amat menitikberatkan akan penjagaan akhlak yang murni terutamanya dalam
percakapan serta menunaikan hak-hak jiran tetangga serta tetamu. Oleh itu, adalah menjadi
kewajiban bagi setiap individu Muslim memelihara keharmonian dalam jiran tetangga dan
tetamu bermula dengan menjaga lidah daripada bertutur perkataan yang kurang baik.

2.0

HADITH DAN TERJEMAHAN


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:



(( : :




))



.

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik
atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah
dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
(Hadith riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim)

3.0

PENGENALAN HADITH
Antara tuntutan Iman dalam hadith di atas ialah bercakap perkara-perkara yang baik,
memuliakan jiran dan tetamu. Semua ini berkait rapat dengan akhlak mulia yang ditunjukkan
oleh Rasulullah s.a.w. Akhlak mulia ini haruslah dijadikan contoh teladan bagi semua Muslim
agar dapat tali persaudaraan dapat diwujudkan dalam setiap individu Muslim.

4.0

KEFAHAMAN HADITH
1. Pergaulan yang baik serta menyebarkan kasih sayang antara manusia dapat
mengeratkan lagi ikatan mahabbah sesama ummat.
2. Menjaga Lidah - berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu
burukharus diam lebih baik, perkara kebaikan, bercakap adalah lebih baik.
3. Memuliakan Jiran :
i.
Wasiat mengenai jiran - ayat Quran dan hadis (wasiat jibril pada nabi sehingga nabi
menyangka jiran boleh mewarisi).
ii.
Larangan menyakiti jiran .
iii.
Ihsan pada jiran memeri hadiah, bersalam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika
susah dan sebagainya.
iv.
Martabat jiran:
v.
Jiran Muslim (mempunyai pertalian keluarga)
>> Hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.
vi.
Jiran Muslim >> hak jiran dan Islam.
vii.
Jiran Bukan Muslim >>hak jiran sahaja.
4. Memuliakan Tetamu :
Hukumnya adalah wajib - tempoh tiga hari.
Adab-adab melayani tetamu - rujuk hadis-hadis dan juga kisah nabi Ibrahim.

5.0

NILAI DAN PENGAJARAN


1. Hadith ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara
benar dan berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan
tetamu.
2. Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara
haram kerana dia akan dipersoalkan di hari kiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada
berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.
3. Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya,
menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka. Jiran tetangga adalah suatu
golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat-menghormati, tolongmenolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan
keharmonian sesebuah masyarakat.

RUJUKAN
1. Al-wafi fi Syarah Arbain an-Nawawi , Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik, 1428H-2008,
Cetakan pertama.
2. Pdf hadith 40 Imam Nawawi.
3. Jami Ulum wal Hukum fi Syarah Khomsina Hadithan min Jawami Kalam, Ibnu Rejab
al-Hanbali, Darul Fajar li turath, Qaherah, 1431H-2006
4. Hadith 40 dan Terjemahannya, Mustafa Abdul Rahman, 2008, Dewan Pustaka dan Fajar,
Shah Alam.

Anda mungkin juga menyukai