Anda di halaman 1dari 6

DISKUSI 8 :

MENCAPAI SIFAT WARA


OBJEKTIF
Memahami maksud keseluruhan yang ingin disampaikan daripada hadith ini serta
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Mengetahui peri pentingnya menjaga pemakanan kita dari sumber yang haram.
Mengetahui salah satu sebab mengapa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
1.0

MUQADDIMAH
Permasalahan halal dan haram dalam kehidupan masa kini semakin meruncing
dalam kalangan umat Islam. Allah sendiri menyarankan kepada setiap hambaNya,
agar mencari rezeki yang halal walaupun hasil pendapatan yang diperoleh hanyalah
sedikit. Seandainya, makanan yang dimakan berpunca daripada sumber yang haram,
akhirnya ia akan memberi impak kepada kehidupan sehariannya, serta tiada
keberkatan dalam segala perlakuannya. Tambahan pula, doa orang-orang yang
memakan makanan haram, sukar dimakbulkan oleh Allah.

Ada dinyatakan dalam sebuah hadith, mafhumnya: Dalam setiap badan manusia,
ada segumpal darah, jika baik, maka baiklah keseluruhannya, jika kotor, maka
kotorlah keseluruhannya, dan ia adalah hati. Sememangnya, setiap perkara yang
berlaku atas dunia ini, akan berkait dengan hati kerana ia merupakan pusat segala
tindak-tanduk seharian kita. Oleh sebab itu, jika makanan, hasil pendapatan dan
wang yang diperoleh berasaskan punca haram, kemudian dialirkan dalam darah dan
akhirnya menjadi sebati dengan darah daging, jadi impaknya hati menjadi kotor
kerana telah diselaputi dengan anasir-anasir yang tidak baik.

Tuntasnya,

pentingnya

menjaga

setiap

pemakanan, minuman, pemakaian,

pendapatan, bukan hanya untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, bahkan juga
untuk memelihara kesihatan rohani daripada terus tercemar dengan perkara-perkara
yang tidak mendapat keredhaan Allah.

2.0

HADITH DAN TERJEMAHAN

:

:










}

{ :


{ :

}


! :


!

.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik.
Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang Mukmin dengan apa
yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman:
(Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan
hendaklah kamu beramal soleh) . Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orangorang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami
rezekikan kepada kamu).
Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang
berambut kusut masai dan berdeb u, yang menadah tangan ke langit (iaitu
berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! . Bagaimanakah doanya akan
dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya
haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?.
(Hadith riwayat al-lmam Muslim)

3.0

INTIPATI HADITH
1. Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik
Pada hadith tersebut, Rasulullah ada menerangkan bahawa Allah itu baik, dan Dia
tidak akan menerima melainkan yang baik juga. Erti baik ( )yang dimaksudkan
disini ialah yang suci dan bersih dari segala keburukan pada amal dan harta
benda.Ini bererti bahawa Allah tidak akan menerima daripada sesuatu amalannya

yang dicampuri riak dan bangga, sedekah daripada hartanya yang haram. Kerana
sifat yang mengotorkan amal dan sedekah bukanlah dari suatu yang baik
malahan dari yang buruk dan Allah tidak menerima suatu yang buruk walaupun
kelihatan pada zahirnya baik.
Amal seorang Mukmin mempunyai hubungan yang erat dari aspek pemakanan
dan minuman yang halal. Halal menurut pandangan syarak adalah yang baik
walaupun tidak lazat rasanya. Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah pada hadith
tersebut dengan sabdanya yang menyatakan bahawa Allah memerintah orangorang Mukmin sebagaimana yang telah diperintahkan kepada sekalian Rasul
dalam perkara pemakanan yang halal. Firman Allah :

()
Hai sekalian Rasul ! makanlah dari yang baik- baik dan beramallah akan yang
baik.

()
Hai sekalian orang yang beriman ! makanlah dari segala yang baik- baik yang
kami rezekikan kepada kamu.
Dua ayat ini menjelaskan bahawa sekalian Rasul dan umat mereka diperintahkan
agar makan dari makanan yang baik iaitu yang halal dan direzekikan kepada
mereka. Kerana makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal
yang akan diterima.
2. Orang yang tidak diperkenankan doa
Setelah itu, pada hadith tersebut diterangkan pula perihal lelaki yang kelihatan
kusut rambutnya kerana tidak pernah dibersihkan, serta berdebu warna mukanya
kerana lama dan jauh dalam perjalanannya, taat kepada Allah dan berdoa
menghulurkan dua tangannya ke langit seraya berkata : Hai Tuhanku ! Hai
Tuhanku ! Berikanlah kepadaku, sampaikanlah hajatku. Demikianlah keadaannya
yang berhasrat untuk diterima doanya. Tetapi malang sungguh kerana doanya
tidak diperkenankan dan hajatnya tidak dimakbulkan. Hal ini kerana lelaki

tersebut tidak layak untuk dikabulkan doanya disebabkan makanan yang datang
dari sumber haram. Sebagaimana yang diterangkan Rasulullah, iaitu makanannya
haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan disuapkan ke mulutnya
dengan yang haram maka bagaimanakah akan diperkenankan bagi doanya?
3. Segala perbuatan haram menghalangi doa
Pada suatu masa, Nabi Musa a.s melihat seorang lelaki mengangkat dua
tangannya kerana berdoa kepada Allah dengan cara yang sungguh-sungguh.
Kemudian itu, Nabi Musa sendiri mengadu nasib orang itu kepada Allah : Hai
Tuhanku ! Hamba Engkau ini memohon kepada Engkau supaya Engkau kasihi
akan dia, kerana Engkau Tuhan yang amat Pengasih dari segala yang kasih, maka
apakah yang Engkau lakukan pada hajatnya?. Allah berfirman kepadanya : Hai
Musa ! Kalau dia mengangkat kedua belah tangannya sehingga putus sekalipun
Aku tidak akan mahu memenuhi hajatnya, sehingga dia sendiri memenuhi hak
Aku.
Ketika Ibrahim bin Adham ( seorang ahli tasawuf yang masyhur) berada ditengahtengah padang pasir Basrah, dia dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka
ada yang bertanya: Mengapakah doa kami tidak dikabulkan Allah sedangkan
kami selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta
disebabkan sepuluh perkara. Iaitu:
Kamu katakan kamu mencintai Allah, tetapi kamu tidak menunaikan
hakNya.
Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasul, tetapi kamu tinggalkan
sunnah Baginda.
Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur
kepadaNya.
Kamu katakan bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
menentangnya.
Kamu katakan bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal
untuknya.

Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari
daripadanya.
Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia ke
arahnya.
Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia,
tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
Kamu kebumikan mayat-mayat saudara kamu, tetapi kamu tidak
mengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka.

4.0

NILAI DAN PENGAJARAN


1. Wajibnya kepada orang-orang yang beriman agar makan dan minum daripada
yang halal - halal ialah yang baik, baik menurut hukum, baik menurut faedah
dan khasiat yang ada padanya serta memakai pakaian yang halal. Dan wajib
pula mereka mendapatkan yang halal itu dengan jalan yang halal atau dengan
usaha yang diharuskan.
2. Orang-orang yang beriman diwajibkan beribadah dan disuruh berdoa. Ibadah
dan doa wajiblah dilakukan dengan cara yang suci, suci niatnya, suci
maksudnya, suci zahir badan dan batinnya dari segala yang haram. Yang
haram itu adalah yang tidak baik, dan Allah tidak akan menerima sesuatu
yang tidak baik, kerana Dia bersifat baik, sebagaimana yang telah ditegaskan
pada hadith tadi.
3. Sheikh Ibnu Hajar al-Haitami dalam huraian hadith ini mengemukakan
perkara bersedekah dengan harta yang haram. Di antara lain-lain beliau
menerangkan : Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan menerima sedekah
dengan harta haram. Kerana orang yang bersedekah itu melakukan suatu
yang terlarang, iaitu menggunakan milik orang lain.
4. Dalam berdoa, terdapat juga syarat dan adabnya. Di antaranya ialah berdoa
dengan suara yang perlahan, menjauhi susunan kata yang bersajak-sajak,
tidak memohon sesuatu yang haram dan mustahil atau perkara yang tidak
munasabah.

RUJUKAN

1. Al-Wafi fi Syarah Arabain an-Nawawi , Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik, 1428H-2008,
Cetakan Pertama.
2. Pdf Hadith 40 Imam Nawawi.
3. Jami Ulum wal Hukum fi Syarah Khomsina Hadithan min Jawami Kalam, Ibnu Rejab al-Hanbali,
Darul Fajar li Turath, Qaherah, 1431H-2006.
4. Hadith 40 dan Terjemahannya, Mustafa Abdul Rahman, 2008, Dewan Pustaka dan Fajar, Shah
Alam.

Anda mungkin juga menyukai