Anda di halaman 1dari 28

SEMESTER 2 SESI 2013/2014

KOD & NAMA KURSUS

KRL 3033 & KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH


TAJUK TUGASAN

TUGASAN INDIVIDU 1
PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN
KUMPULAN :

UPSI290 (A132PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

ROHAYA BT MUKHTAR

NO. ID

NO. TELEFON

D20102046204

017-9776112

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. CHE NIDZAM BT CHE AHMAD


TARIKH SERAH

: 23 APRI 2014

BAB 1
PENDAHULUAN
1.0

Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi


individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Sains merupakan satu bidang keilmuan hasil daripada kajian empirik untuk menerangkan
kejadian alam. Sebagai satu daripada disiplin ilmu yang dinamik, ilmu sains sentiasa bercambah
dan berkembang dengan pesat sekali. Aplikasi konsep dan prinsip sains dalam pelbagai aktiviti
kehidupan seperti teknologi pengangkutan, komunikasi, penjanaan tenaga, pengembaraan dan
penerokaan angkasa lepas telah banyak menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan hidup
manusia khususnya dalam zaman sains dan teknologi ini.

Mata Pelajaran Sains merupakan mata pelajaran teras yang diajar dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah. Mata Pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang
reka cipta dan teknologi serta menanam asas langkah-langkah proses Sains.
2

Paksi utama

penggubalan kurikulum Sains adalah untuk membentuk generasi pelajar yang mahir dalam
membuat penyiasatan berdasarkan pengumpulan data-data emprikal yang mempunyai tahap
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pelajar-pelajar perlu dibentuk agar sentiasa berminat
untuk menyiasat sesuatu fenomena dengan berkebolehan untuk mengawal prasangka (biasness)
serta berkeupayaan untuk berfikir secara kritis dan kreatif ( PPK, 2005). Secara umumnya,
pendidikan Sains memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari dan memahami
unsur-unsur Sains bagi melahirkan warganegara Malaysia yang celik sains dan inovatif.

Namun demikian, perubahan ini turut melanda kurikulum sains di Malaysia . Kurikulum sains
moden yang diperkenalkan pada tahun 1969 adalah ubahsuaian Scottish Integreted Science.
Perubahan kurikulum ini melibatkan perubahan pendekatan dalam pengajaran sains sebagai satu
proses. Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya dihadapi oleh pelajarpelajar di Malaysia tetapi merupakan masalah sejagat. Perbincangan International Congres on
Mathematics Education (ICME) telah mewujudkan kumpulan PME (International Group on
Psychology of Mathematic Education). Perbincangan lanjut juga telah dibuat oleh Krantz (1993).
Tall (1991), Nesher & Kilpatrick (1990), Sharma (1989,1990) , Datta & Scarfpin (1983).
Penelitian dan pencarian factor mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya
menentukan kejayaan di dalam subjek ini seringa diperbincangkan.Subjek sains merupakan
pelajaran teras di sekolah menengah di Malaysia. Justeru itu matapelajaran ini merupakan satu
matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Salah tanggapan
pelajar yang mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran yang susah dan sukar untuk
memahaminya. Ini kerana bidng sains merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam
hidupan, menyiasat alam fizikal, menyiasat alam bahan, bumi dan alam semesta serta dunia

teknologi. Topik ini dianggap susah dan sukar difahami kerana kajiannya lebih mendalam dan
lebih daripada pemerhatian kita.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung penuh
kepada buku teks antara factor yang dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang
minat dalam pelajaran sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun terdapat
sebilangan besar guru yang masih menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti
pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan pelajar
yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. (Mohamad Khatim, 2001)Pengajaran dan
pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan
daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran memerlukan kefahaman konsep yang
lebih tinggi. Guru sepatutnya lebih memahami masalah ini.

Pendidikan sains dalam KSSM dirancang dengan hasrat untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Selain
itu pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam kehidupan harian turut diberikan
dalam semua kurikulum sains. Dalam abad ke -21 ini, perubahan dunia dalam semu bidang
memberi makna bahawa kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran
yang baru. Tanpa sebarang matlamat, kita mungkin tidak pasti hala tuju kita dan mengapa kita
melakukkannya. Dengan itu secara tidak langsung guru harus menyediakan keseronokan
mengajar dan belajar. (Shukor,2001)

Daripada kajian menunjukan kaedah guru banyak memberi kesan dalam pemahaman
konsep dan keseronokan untuk belajar. Oleh itu untuk mencapai matlamat wawasan 2020 guru
mestilah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Guru perlulah meningkatkan
ilmu pengatahuan sejajar dengan perkembangan semasa. Ini penting agar guru lebih yakin dalam
pengajaran dan ilmu yang disampaikan adalah yang terkini dan mengikut peredaran zaman.
Calhoon (1963) menyatakan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran tidak dapat menjalankan
tugas- tugas rutinnya dengan baik, Oleh yang demikian guru terpaksa menambahkan ilmunya
sepanjang masa (Omardin Ashaari 1999).

1.2 Latar Belakang Kajian.

Pendidikan sains di Malaysia yang dilaksanakan mempunyai matlamat membina


masyarakat saintifik yang progresif. Sesuai dengan sifat sains sebagai satu proses, penekanan
kepada kaedah pengajaran sains adalah sangat penting. Matapelajaran sains merangkumi Sains
Teras, Kimia, Fizik, Biologi dan Sains Tambahan yang perlu diajar dengan pendekatan yang
sesuai samaada dalam bilik darjah mahupun dalam makmal. Mengajar sains adalah seperti
mengajar mengenai sesuatu yag wujud disekeliling kita. Manusia mempunyai perasaan ingin
tahu lebih lebih lagi terhadap apa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Perasaan inilah yang
menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk
kesejahteraan hidup. Perasaan inkuiri ini telah membawa kepada penemuan demi penemuan.

Meneroka fenomena sekeliling kita adalah penerokaan sains. Bertolak daripada perasaan
inilah, sains berkembang pesat. Ini jugalah strategi yang perlu diamalkan dalam pendidikan
sains. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan
secara amali. Pendekatan yang diberi focus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan pelajar.
Hasil kajian menunjukan pendekatan yang berpusatkan pelajar lebih efektif berbanding
pendekatan tradisional yang berpusatkan guru.

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan untuk mengkaji
keberkesanan pembelajaran kaedah inkuiri penemuan dalam meningkatkan kemahiran topik
udara dalam subjek sains di kalangan Pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah . Seramai 25
orang pelajar dari Tingkatan Satu telah dipilih sebagai responden kajian kes ini. Data kajian
diperolehi dari instrument kajian secara kuantitatif iaitu melalui pra ujian dan pasca ujian dan
data kualitatif pula didapati dari pemerhatian, soal selidik dan temubual. Pengkaji telah
merancang dan melaksanakan sesi pengajaran sains berasaskan Kaedah Inkuiri Penemuan untuk
meningkatkan kemahiran eksperimen pelajar. Data yang diperolehi dianalisis secara kualitati dan
kuantitatif. Dapatan data telah membuktikan kejayaan program intervensi ini iaitu kejayaan
kaedah inkuiri penemuan dalam meningkatkan kemahiran konsep udara
Sains dikalangan Pelajar Tingkatan 1 di sekolah tersebut.

1.2

Pernyataan Masalah

dalam matapelajaran

Pembelajaran Sains merupakan pembelajaran melalui pengemblengan teori dan


pengalaman. Pelajar melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran
praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya. Penguasaan kemahiran praktis ini
meliputi kemahiran membuat lakaran bentuk-bentuk asas, mereka bentuk dan penghasilan
projek, mengenalpasti dan membezakan litar elektrik, dan mengenalpasti peralatan asas sains
dengan kesejahteraan tamadun manusia. Guru tidak seharusnya menyampaikan pengetahuan
secara tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid (PPK, 2005).
Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan,
permainan, temu bual, tinjauan dan lawatan boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan.
Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka supaya kaedah ini dapat
digunakan dengan berkesan untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih mencabar.

Justeru itu kajian ini memilih pendekatan inkuiri penemuan bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran konsep Udara kalangan pelajar tingkatan satu Inkuiri Penemuan
Istilah ini menjurus kepada satu keadah pembelajaran yang mementingkan kerjasama antara
pelajar dan dianggap penting kepada asas proses sains (PPK, 2005). Ia merupakan satu kaedah
penyiasatan yang berdasarkan kepada usaha saintifik yang membentuk para pelajar untuk
memenuhi naluri ingin tahu dengan membuat penemuan berasaskan proses sains.
Matlamat pendidikan sains di menengah rendah dicapai dengan memberi peluang kepada pelajar
belajar melalui pengalaman untuk :

Memperkembangkan kemahiran berfikir bagi meningkatkan daya intelek;

Memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri;

Meningkatkan minat semula jadi terhadap alam sekeliling;

Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu

mereka memahami diri sendiri dan alam sekeliling;

Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bertanggungjawab;

Menangani sumbangan dan inovasi terkini dalam sains dan teknologi;

Mengamalkan nilai murni dan sikap saintifik dalam kehidupan harian;

Menghargai sumbangan sains dan teknologi bagi kesejahteraan hidup; dan

Menghargai susunan dan ketertiban dalam alam.

Berfikir merupakan satu peroses mental yang memerlukan interaksi antara pengetahuan,

kemahiran dan sikap bagi membolehkan individu memahami dan mencorakkan alam
sekelilingnya.

Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif.

Seseorang yang berfikir secara kritis sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik

sebelum menerimanya.

Seseorang yang berfikir secara kreatif pula mempunyai daya imaginasi tinggi dan

menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah serta berupaya mengemukakan


idea yang asli.

Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran

secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan
sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.
Kurikulum sains ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik yang diperlukan
untuk mengkaji dan memahami alam. Dalam Kurikulum ini, kemahiran saintifik yang
dimaksudkan terdiri daipada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran

proses sains membolehkan pelajar mempersoal sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.
Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks.
Kaedah inkuiri penemuan dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan naluri ingin tahu di
kalangan pelajar. Dalam menjalankan proses inkuiri penemuan, pelajar akan lebih peka kepada
keadaan masyarakat dan persekitarannya.
Kaedah inkuiri penemuan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusat
kepada pelajar. Pelajar memainkan peranan penting dalam merancang dan menjalanakan aktiviti
pembelajarannya. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam mencari dan mengumpulkan
maklumat melalui berbagai-bagai aktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal, berbincang,
membuat rujukan, membuat ulang kaji dan membuat kaji selidik. Aktiviti ini boleh dijalankan
secara bersendirian atau kumpulan. Mengikut kaedah ini, guru bertindak sebagai pembimbing
dan penggalak untuk merangsang pelajar menjadi lebih yakin dan berminat dalam menjalankan
aktiviti pembelajarannya.
Pada amnya, kaedah inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ada lima
peringkat. Pada setiap peringkat, murid terlibat secara aktif dalam :
a.

mengenal pasti perkara yang hendak dikaji melalui soal jawab dan perbincangan;

b.

menentukan cara untuk mengatasi masalah yang dikenal pasti dengan bersoal jawab dan
berbincang;

c.

mengumpul maklumat melalui berbagai cara seperti bersoal jawab, mencerap, membuat
uji kaji dan kaji siasat mengenai masalah yang hendak diselesaikan;

d.

mengkaji maklumat yang telah dikumpulkan dengan cara mengelas, membanding dan
menganalisis untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi; dan

e.

membuat rumusan dalam bentuk generalisasi berdasarkan maklumat yang telah dikumpul
dan dianalisis.

Oleh sebab inkuiri penemuan ini kaedah yang berpusatkan pelajar, guru perlu membimbing dan
menggalakkan pelajar dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi. Dalam menjalankan aktiviti
untuk mendapatkan rumusan, guru tidak memberi jawapan sebelum pelajar terlibat dalam proses
inkuiri penemuan. Guru hendaklah sentiasa merangsang pelajar ke arah menemui jawapan yang
dicari. Guru perlu sabar dan memri masa yang cukup kepada pelajar bagi menjalankan aktiviti
pembelajaran berkaitan.

Kaedah inkuiri penemuan ini adalah berasaskan kepada teori pembelajaran konstruktivisme yang
diasaskan oleh Piaget (1920-) Konstruktivisme bukan merupakan satu teori yang baru dalam
bidang pendidikan. Pengaruh konstruktivisme dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini
semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorisme yang mengkaji
perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivism yang mengkaji tentang cara manusia belajar
dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.

Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar
membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih
dan mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan
pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan
pembentukan pengalaman dan membolehkan individu melangkau melebihi maklumat yang
diberikan (Beyond the information given). Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah
memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning).

10

Briner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan
pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada
situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual
yang sedia wujud.

Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif sangat terhad (Nik Azis 1992). Menurut laporan
Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih terdapat kira-kira 25 % daripada guru-guru sekolah
menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang
disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KSSM. Termasuk juga di kalangan guru-guru
yang pernah mengikuti kursus orientasi KSSM.

Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna (Ibrahim 1994). Murid-murid lebih
banyak menghafal rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui
konsep sebenar (Tengku Zawawi 1999; Omar 1994; Amin 1993). Keadaan ini tentunya akan
melahirkan pelajar yang hanya pandai mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu
menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains
(Tengku Zawawi 1997). Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar
( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran .

11

Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam melaksanakan kurikulum
tersebut , pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah
tradisional (JNS 1996; Abdul Razak & rakan-rakan 1996; Saw Kian Swa 1996; Agness Voo
1996; Fatimah 1996 dan Amir 1996). Dari sudut kaedah pengajaran, amalan guru masih sama
dengan dasar kurikulum lama (KLSM) yang menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti
pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga
kini masih ramai guru menggunakan kaedah tradisional iaitu Chalk and Talk. Kaedah ini
dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Guru juga lebih
menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan
kepada pembelajaran sepnjang hayat. Oleh itu kaedah Chalk and Talk digunakan kerana ia
lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan.

Salah satu lagi alasan yang menyebabkan murid kurang berminat subjek sains adalah kerana
tanggapan yang negatif terhadap subjek itu sendiri. Pelajar menyatakan bahawa subjek sains
adalah satu subjek yang sangat susah. Tanggapan ini dibuat adalah berdasarkan kegagalan
generasi terdahulu. Kini dengan adanya kaedah inkuiri, salah tanggapan itu dapat diperbetulkan.
Tanggapan ini tidak boleh diterima lagi memandangkan subjek sains adalah berpusatkan pelajar
dan seperti yang diketahui banyak kajian yang menyatakn pembelajaran yang berpusatkan
pelajar boleh menghasilkan pemahaman yang lebih baik dan pencapaian yang memuaskan. Oleh
kerana pendekatan lama kurang memberi kesan maka guru perlu menggunakan pelbagai kaedah
yang boleh menarik minat pelajar.

12

Dalam beberapa kajian, menunjukan bahawa matlamat kumpulan dan individu memberi impak
yang positif terhadap pencapaian mereka. Kaedah pembelajaran inkuiri yang melibat secara
langsung individu dalam aktiviti atau eksperimen sains akan mempertingkatkan keyakinan diri,
menggalakan integrasi kumpulan dan membina perasaan positif diri dalam pembelajaran.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat di sekolah-sekolah menunjukan para pelajar tidak didedahkan
dengan kaedah pembelajaran inkuri yang sebenar, kajian untuk menilai kesan pembelajaran
inkuiri di sekolah amat sesuai dilaksanakan untuk melihat perubahan pencapaian pelajar di
sekolah selepas perlaksanaan pendekatan pembelajaran inkuiri.

1.3

Kerangka Konseptual

INPUT
PELAJAR TINGKATAN
SATU

PROSES
KAEDAH
INKUIRI PENEMUAN

OUTPUT
PENGUASAAN KONSEP
UDARA

13

Rajah 1.4.1 : Teori Input-Proses-Output : diadaptasi dari pada Bartol & Martin (1994)

Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan kaedah inkuiri-penemuan dalam
mempertingkatkan penguasaan pelajar tingkatan satu dalam kemahiran proses Sains topik Udara.
Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mata
pelajaran sains.

1.4 Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian ini adalah untuk:


a. mengukur

tahap

keberkesanan

pembelajaran

inkuiri

penemuan

dalam

mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses sains topik Udara.


b. meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sains.
c. mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan pembelajaran inkuiri penemuan
yang dilaksanakan;

14

1.5 Soalan Kajian

a. Sejauh manakah tahap keberkesanan pembelajaran inkuiri penemuan dalam


mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses Sains topik udara di kalangan
pelajar tingkatan satu?
b. Sejauh manakah pembelajaran inkuiri penemuan dapat meningkatkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sains?
c. Apakah persepsi pelajar tentang program intervensi yang telah dijalankan?

1.6

Hipotesis Kajian

Pembelajaran inkuiri penemuan tidak memberi kesan positif terhadap penguasaan


kemahiran proses sains di kalangan pelajar tingkatan Satu.

Kepentingan Kajian

a.

Hasil kajian ini dapat membantu pelajar dalam mempertingkatkan kefahaman


mereka terhadap konsep udara serta meningkatkan minat mereka dalam mata
pelajaran Sains.

15

b.

Kajian ini juga dapat memberi input yang bermanfaat kepada rakan-rakan
guru untuk mempertingkatkan amalan mereka dalam bilik darjah. Rakan guru
yang mempunyai masalah yang serupa boleh mengambil idea kajian ini untuk
membantu mereka mempertingkatkan amalan di dalam bilik darjah.

c.

Kajian ini juga boleh dikongsi bersama oleh guru-guru di dalam daerah
melalui penyebaran maklumat di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

d.

Kajian yang berjaya juga boleh dikongsi bersama pada peringkat Kementerian
Pelajaran Malaysia oleh semua guru-guru di Malaysia.

Batasan Kajian

Perbincangan dan rumusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada analisis data yang terbatas
kepada kumpulan sampel yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah
Tengku Kudin, Pahang Darul Makmur. Manakala, skop kajian hanya menjurus kepada
pengukuran tahap keberkesanan penggunaan pembelajaran inkuiri penemuan ke atas penguasaan
kemahiran proses sains topik Udara. Pengukuran tersebut ditumpukan kepada pencapaian
pelajar dalam ujian Pra dan Pos yang diberikan dalam kajian ini sahaja. Faktor lain seperti
jantina, latarbelakang pendidikan keluarga dan status sosio ekonomi keluarga tidak diambil kira
dalam kajian ini. Program intervensi yang dirancang hanya untuk selama 5 minggu (10 jam)
sahaja dan kaedah kualitatif digunakan bagi mengumpul persepsi pelajar terhadap program
tersebut.
16

PELAN TINDAKAN
Instrumen Kajian
Bagi tujuan pengumpulan data kuantitatif, kajian ini menggunakan ujian berbentuk formatif
(Pretest dan Posttest) yang menjurus kepada pengukuran tahap penguasaan topik udara. Ujianujian yang digunakan adalah digubal oleh pengkaji berdasarkan kepada keperluan Sukatan
Pelajaran Tingkatan satu.
Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan persepsi pelajar terhadap program intervensi
yang dijalankan ke atas mereka. Manakala soalan temu bual separa berstruktur digunakan bagi
mendapatkan data yang berbentuk kualitatif.

Sesi temu bual digunakan bagi mendapatkan

respon-respon yang berkaitan dengan persepsi, pandangan dan cadangan dalam pengajaran dan
pembelajaran topik udara.

Senarai semak pemerhatian juga digunakan oleh pengkaji bagi

meneliti gelagat para responden sebelum dan selepas menerima program intervensi dalam mata
pelajaran sains.

Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah untuk memenuhi kehendak KBSM dan
Falsafah Pendidikan Negara amnya. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
tidak berkesan akan memberi implikasi yang buruk terhadap pencapaian pelajar dan cita-cita
falsafah Pendidikan Negara. Diharap dapatan kajian ini akan memberi maklumat kepada pihakpaihak berkenaan sperti pentadbir sekolah, guru-guru tentang keberkesanan penggunaan Kaedah
Pembelajaran Inkuiri dalam mata pelajaran Sains. Di samping itu ia akan memberi peluang dan
17

pengalaman kepada guru-guru Sains untuk mengetahui dan mempelajari teknik-teknik yang
digunakan dalam kaedah Pembelajaran Inkuiri.

Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada guru-guru
mata pelajaran lain untuk mencuba pendekatan kaedah Inkuiri ini. Kepada pihak PPD dan JPN
akan dapat mengambil langkah proaktif memperkenal dan melaksanakan pendekatan kaedah
Inkuiri ini di sekolah-sekolah khususnya untuk mata pelajaran Sains dan mata pelajaran lain
amnya. Daripada dapatan ini juga diharap perancang kurikulum atau perancang modul
pembelajaran memberi penekanan terhadap penggunaan pendekatan Pembelajaran Inkuiri

Rumusan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Inkuri penemuan dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk Udara mata pelajaran Sains KSSM tingkatan satu.
Para pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti mengikut langkah-langkah yang disampaikan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.

18

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan

Pengajaran Sains adalah seperti mengajar mengenai sesuatu yang wujud disekeliling kita.
Manusia mempunyai perasaan ingi tahu lebih- lebih lagi terhadap apa saja yang ada disekeliling
mereka. Perasaan inilah yang menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan
pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup. Perasaan inkuiri ini akhirnya akan membawa
kepada penemuan demi penemuan. Perasaan inkuiri yang hadir dalam diri pelajar sejak lahir
perlu diperkembangkan dalam proses mencari jawapan ataupun penemuan. Mencari jawapan
dalam sains melibatkan proses membina pengetahuan atau konstruktif. Konstruktif merujuk
bagaimana individu membina pengetahuan sendiri dan bukan hanya menerima pengetahuan
orang.

2.2.

Teori dan konsep .

Bagi tujuan pengumpulan data kuantitatif, kajian ini menggunakan ujian


berbentuk formatif (Pretest dan Posttest) yang menjurus kepada pengukuran tahap penguasaan
topik udara. Ujian-ujian yang digunakan adalah digubal oleh pengkaji berdasarkan kepada
keperluan Sukatan Pelajaran Tingkatan satu. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan
persepsi pelajar terhadap program intervensi yang dijalankan ke atas mereka. Manakala soalan

19

temu bual separa berstruktur digunakan bagi mendapatkan data yang berbentuk kualitatif. Sesi
temu bual digunakan bagi mendapatkan respon-respon yang berkaitan dengan persepsi,
pandangan dan cadangan dalam pengajaran dan pembelajaran topik udara.

Senarai semak

pemerhatian juga digunakan oleh pengkaji bagi meneliti gelagat para responden sebelum dan
selepas menerima program intervensi dalam mata pelajaran sains.
Berdasarkan epistemology, pendidikan sains moden ialah proses yang mendidik pelajar
berhubung sifat sains yang tidak muktamat dan boleh lentur. Sifat sains ini ditunjukan oleh
sejarah yang memperihalkan bagaimana teori yang diusulkan oleh Francisci Redi telah menolak
hipotesis yang diyakini oleh kebanyakan orang dikala itu. Ketika itu ramai yang beranggapan
bahawa beluncas (larva) terhasil secara spontan daripada daging yang sedang mereput . Redi
kemudiannya telah melaksanakan ujikaji ringkas untuk membuktikan hipotesisnya. Ujikajinya
telah membuktikan hipotesisnya benar. Redi kemudiannya menolak andaian yang diyakini oleh
orang ramai ketika itu berhubung dengan penghasilan beluncas. Penolakan hipotesis itu
menunjukan bahawa ilmu dalam bidang sains boleh diperbaharui dan diformulasikan semula
berdasarkan penemuan bru yang diperolehi daripada kaedah saintifik (Martin 1985).

Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun
khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi cabaran mereka untuk
menyelidik dan meneliti secara mendalam.Ini bermakna menggunakan kaedah inkuri penemuan
dalam pengajaran akan membolehkan pelajar mengambil peranan matematik mengenai strategi
pengajaran yang mereka amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang mencari dan menemukan fakta melalui
kaedah sainstifik yang mereka lakukan sendiri. Ini bermakna pelajar seharusnya membina

20

hipoesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya, kemudian menguji hipotesis untuk
menunjukan kebenarannya. Melalui langkah ini ahli sains berupaya memperolehi ilmu baru dan
menolak data sains yang ditemui sebelum ini. Oleh yang demikian, dijangkakan melalui
pendekatan pembelajaran inkuiri, pelajar dapat memahami sifat sains yang tidak muktamat dan
boleh lentur.(Martin 1985)

2.3 Tinjauan kajian lepas.

Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana
pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka.Pelajar
memilih dan mengintepresikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang
melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi
makna dan pembentukan pengalaman yang membolehkan individu melangkau maklumat yang
diberikan Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan.

Brooks & Brooks (1993) Menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia
dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Mereka
membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila
mereka bertemu dengan objek , idea dan perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka
mereka akan mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan peraturan yang telah
mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat meerangkan
maklumat yang baru ini dengan lebih baik.

21

Menurut Zahari (1992) , Jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang diajar serta
menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan, maka latihan yang disediakan akan
menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. Pelajar- pelajar lebih berminat
dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi pengajaran yang
digunakan dibilik darjah.(S.Sukumaran ,1991; Burden dan Byrd, 1994)

Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul dalam setiap diri
pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat dengan apa
yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang
dicita- citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajar berminat
dengan subjek dan kaedah yang dijalankan.

Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang mendorong kita
supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia boleh merupakan
pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu sendiri. Oleh itu minat berkait
rapat dengan desakan ,motif, gerak balas emosi dari aspek disiplin kerja dan hasil penglaman
dalam alam sekitar. Menurutnya lagi Jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai
kebolehan yang sederhana ia kan menghsilkan produk yang lebih baik berbanding dengan orang
yang tidak mempunyai minat.

Kesimpulan

22

Berdasarkan kajian literature, didapati kaedah inkuri dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi
melahirkan interaksi yang baik diantara pelajar. Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan
atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan potensi dan
kemahiran individu dalam bidang tertentu.

23

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Tujuan bab ini adalah untuk membincangkan pelbagai prosedur metadologi yang
digunakan untuk mengumpul data, prosedur kajian, analisis data dan kaedah pengajaran. Bab ini
juga menerangkan mengenai kajian dan peringkat pengumpulan data hingga keperingkat
penganalisan dan pentafsiran. Kajian ini bertujuan utuk menentukan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah inkuiri dalam topic pengembangan haba
tingkatan satu sains.

3.2 Reka bentuk kajian.


Kajian deskriptif in i dilakukan dengan menggunakan kaedah perbandingan skor.
Menurut Majid (1993), penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk meneroka sesuatu bidang
yang belum atau kurang diterokai.Best dan Kahn (1998) pula menyatakan bahawa kajian
deskripsi dapat menerangkan dan menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Ia juga menjelaskan
keadaan atau perhubungan, pendapat pada proses yang berlaku, keberkesanan dan corak yang
dibangunkan. Ini disokong oleh Gray (1996) bahawa kajian deskripsi melibatkan data dalam
usaha menguji hipotesis atau menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa terhadap
perkara yang dikaji. Penilaian deskripsi berguna untuk menilai sikap, maklumat demografi,
suasana dan prosedur.
Pengkaji membuat dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Selepas ujian pra pengkaji
menyusun semula pelajar agar tahap pencapaiannya adalah sekata .Pelajar yang mendapat gred

24

A, akan dibahagikan kepada dua kumpulan satu kumpulan eksperimen dan satu kumpulan
kawalan. Begitu juga dengan pelajar gred B, C, D, dan E. Selepas itu kumpulan eksperimen akan
diberikan amali dengan kaedah inkuiri tetapi kumpulan kawalan akan diajar menggunakan
kaedah biasa yang digunakan oleh guru sebelumnya.Setiap kumpulan akan diajar tentang topic
pengembangan haba. Selepas itu ujian pos akan dijalankan. Soalan bagi ujian pos adalah sama
dengan soalan pra tetapi susunan soalan telah ditukarkan. Soalan- soalan bagi soalan pra dan pos
diambil daripada buku- buku rujukan yang sedia ada. Graf bar digunakan untuk
membandingkan keputusan skor ujian pra dan ujian pos. Perbandingan skor diambil kira untuk
mengukur tahap kefahaman pelajar.

3.3 Populasi dan sample.


Kajian ini dijalankan keatas 25 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Tengku Kudin,
Raub, Pahang .Mereka terdiri daripada responden yang berjumlah 25 orang adalah

terdiri

daripada 10 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Dari jumlah 25 orang tersebut,
penyelidik telah memilih 4 orang pelajar sebagai responden yang akan dijadikan kajian
sepenuhnya dan juga akan ditemubual. Hasil dapatan adalah merupakan data kajian ini. Bilangan
responden yang menjadi pemerhatian sepenuhnya ini adalah kecil iaitu seramai 4 orang sahaja
kerana kekangan masa tetapi penyelidik percaya bahawa data kualitatif akan dapat menyokong
data kuantitatif dalam kajian ini. Daripada 4 orang responden yang terpilih, 2 orang merupakan
pelajar perempuan dan 2 orang merupakan pelajar lelaki dari Tingkatan 1. Purata umur
responden ialah 13 tahun dan aras kemahiran Sains adalah diaras pencapaian sederhana.

25

3.4 Instrumen Kajian


Dalam kajian ini instrument kajian pelajar terdiri daripada borang maklumat pelajar, 2
kertas ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Borang maklumat pelajar mengandungi maklumat
tentang latar belakang sample kajian. Maklumat yang dikehendaki meliputi nama , jantina
bangsa dan markah ujian bulan lepas.Kertas ujian pra dan pos pula mengandungi 20 soalan
objektif dan 2 soalan ujikaji yang mengandungi 4 pilihan jawapan.Susunan soalan bagi ujian pra
dan pos akan diubahsuaikan agar pelajar tidak mengetahui corak jawapannya. 2 Soalan ujikaji
adalah soalan bercorak struktur yang akan menguji tahap kefahaman pelajar.

3.5 Prosedur Analisis Data


Menurut Majid (1994) Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan,
penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data yang diperolehi adalah bahan mentah
seterusnya dianalisa untuk mendapatkan ilmu dan maklumat yang berguna. Data data yng
diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical For Social Science (SPSS) For Windows
Release 10.0.Penganalisaan data kuantitatif dilakukan .Penganalisis data dibuat berdasarkan hasil
pembelajaran topic pengembangan haba.Statik deskriptif dilakukan dengan menentukan min dan
peratusan untuk dibuat perbandingan diantara ujian pra dan ujian pos.. Perbandingan juga
dibuat antara pelajar lelaki dan perempuan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Perbadingan ini dimasukan kedalam graf bar agar lebih jelas lagi.

3.6 Kesimpulan
Akhir sekali , rumusan dibuat oleh pengkaji dengan menggunakan dapatan yang
diperolehi. Bab ini menjelaskan tentang metodologi yang digunakan untuk membuat kajian

26

termasuklah rekabentuk kajian,populasi dan sampel , instrumen kajian, prosedur pengumpulan


data dan analisis data. Diharapkan data- data yang diperolehi boleh membantu pengkaji bagi
menentukan keberkesanan kaedah inkuiri melalui ujian pra dan ujian pos dalam pengajaran dan
pembelajara

rujukan
Bloom, B.S. 1981. All Our Children Learning. New York: McGraw-Hill.

Briner, M. (1999). What is Constructivism?(atas talian)

http://curriculum.calstatela.edu/faculty/psparks/theorists/501const.htm (13 Disember 2000)

Devan Velayudhan, 1996. Pemelajaran Murid Dalam Sains Dan Teknologi dalam Prosiding
Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 1996 p162-167.
Gagne, R. 1985. The Conditions Of Learning And Theory Of Instruction. Ed ke 4. New York :
Holt Pub.
John W.B. James V.K. (1987). Research in Education 6th Ed. Perentice-Hall, Inc. USA.

Nik Azis Nik Pa. 1997. Konsep tentang realiti dan prospek pendidikan di abad ke 21. Jurnal
Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia. 2: 37-52.
Merill, M.D. 1983. Component Display Theory in Regeluth, C (ed). Indtructional design theories
and models. New Jersey: Erlbaum Hillsdale.

27

Mohd Fadzli Ali. 2001. Distance Education: Constructivism and the Internet. Prosiding
Konvensyen Teknologi Pendidikan Kali ke 14. hlm. 242-246.
Osborne, R., Freyberg, P. (1983). Learning in Science : The Implications of Childrens
Science. Auckland: Heinemann Education. P. 151 -165

Perkins D.N. 1991. technology meets constructivism: do they marriagel ?. Educational Technology,
31, No.5:18-23.

Phillips, Rob. 1977. Interactive Multimedia: A practical guide for educational applications. USA: Kogan
Page.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Reiber, L.P. (1994). Computer-based Microworlds: A bridge between constructivisme and direct
instruction. Educational Technology Research and Development, 40 (1)

28

Anda mungkin juga menyukai