Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

MAJOR MATEMATIK
SEMESTER 6

SMU3063 STATISTIK ASAS


(PANDUAN KERJA KURSUS)

A. SOALAN TUGASAN
ARAHAN
1

1.

Kursus SMU 3063 Statistik Asas mengandungi 3 Tugasan.

2.

Pelajar dikehendaki menjawab SEMUA soalan.

3.

Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk hard copy
kepada pensyarah bagi kumpulan masing-masing.

TUGASAN 1: Projek Mini (30%)


Tugasan 1 terdiri daripada aktiviti mengumpul dan memproses data. Ia merupakan satu projek
mini. Ia hendaklah dilaksanakan dalam situasi sebenar. Projek ini bernilai 30% daripada markah
keseluruhan tugasan. Anda boleh menyelesaikan tugasan ini dalam kumpulan berenam.
Arahan:
1. Baca dan buat nota ringkas tentang Regresi linear dan kepentingannya daripada pelbagai
sumber (sekurang-kurangnya 5 sumber).
2. Kumpulan anda dikehendaki memilih sepasang pembolehubah iaitu variabel bersandar dan
variabel tidak bersandar yang terdapat dalam situasi yang sebenar. (Contoh: IPG, tadika,
sekolah, dll.)
3. Anda boleh mengumpul data anda dari sekolah anda.
4. Buat temujanji dengan ketua institusi berkenaan dan mohon kebenaran untuk mengumpul
data yang diperlukan.
5. Dengan menggunakan data yang dikumpul:,
(a) Plotkan gambar rajah sebaran pada kertas graf untuk menunjukkan sebaran data
berkenaan.
(b) Lukiskan garisan regresi yang menepati taburan data tersebut (line that best fits your
data).
(c) Tentukan persamaan regresi linear yang merupakan garisan terbaik yang menepati
taburan data tersebut.
(d) Kira jarak garisan kuasadua terpendek dimana garisan kuasadua terpendek digunakan
untuk mengira/mendapat garisan regresi tersebut.
(e) Seterusnya ulangkan proses (a) (d) dengan menggunakan program Microsoft Excel.
(f) Bandingkan kedua-dua keputusan, dan buat kesimpulannya.
6. Buat satu refleksi tentang pengalaman semasa melaksanakan projek mini ini.
7. Pada akhir tugasan ini, serahkan portfolio anda yang mengandungi plan tindakan, jadual,
nota, sumber-sumber rujukan, peta minda, borang kolaborasi dan senarai rujukan dan
laporan refleksi anda tentang pengalaman dalam melaksanakan projek mini ini.
2

TUGASAN 2 : Ujian Khi-kuasadua dan ANOVA (20%)


Tugasan 2 adalah dalam bentuk latihan berkaitan dengan ujian Khi-Kuasa dua dan ANOVA.
Dalam bahagian ini anda dikehendaki menyelesaikan masalah yang berkaitan kehidupan
sebenar menggunakan taburan Khi-kuasa dua dan analisis varian (ANOVA). Pemberatan
markah bahagian ini ialah 20% daripada keseluruhan markah tugasan. Anda dikehendaki
menyelesaikan masalah ini secara berpasangan.
Arahan:
Jawab semua soalan
Soalan 1
Seorang Profesor Sains Politik telah mengendalikan satu tinjauan ke atas 100 orang pelajar
untuk menentukan simpati politik pelajar di sebuah institusi. Hasil tinjauannya ditunjukkan dalam
jadual taburan yang berikut:
___________________________________________________________________________
Tahun/
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3 Tahun 4
Jumlah pengajian
Parti politik
A
15
12
9
8
44
B
5
8
12
14
39
C
5
5
4
3
17
____________________________________________________________________________
Jumlah
100
__________________________________________________________________________
Uji pada aras keertian 5% tentukan sama ada perkaitan wujud di antara simpati politik pelajar
dengan tahun pengajiannya.
i.

Nyatakan ujian hipotesis.

ii.

Nyatakan darjah kebebasan dan nilai kritikal untuk menguji hipotesis ini.

iii.

Kirakan nilai ujian statistik

iv.

Apakah keputusan yang boleh dibuat berdasarkkan soalan (iii)?

v. Tuliskan kesimpulan bagi ujian tersebut.

Soalan 2
Skor dalam suatu ujian semester bagi murid Tahun Tiga yang dipilih secara rawak daripada
empat buah sekolah adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:
SK Seri B

SK Jln C

SK D J

SK Tmn U
3

528
586
680
718

x 1 628.0 ,

x 2 478.8 ,

514
457
521
370
532

649
506
556
413
470

x 3 518.8 ,

x 4 397.0 ,

372
440
495
321
424
330

S 22 4540.700 , S 32 8018.700 , S 42 4614.400 , dan

S12 7522.667 ,
x 494.1

Pada aras keertian 5% adakah data di atas memberi cukup bukti bahawa beza wujud di antara
min murid di empat buah sekolah tersebut?
(i)

Nyatakan hipotesis nol dan hipotesis alternatif bagi ujian ini.

(ii)

Nyatakan darjah kebebasan (d.f) dan nilai kritikal yang digunakan bagi ujian ini.

(iii) Kira nilai ujian statistik.


(iv) Apakah keputusan yang boleh dibuat berdasarkan soalan (iii)?
(v)

Buat interpretasi keputusan anda terhadap ujian di atas.

TUGASAN 3: E-LEARNING (10%)


Tugasan ini bertujuan mengetahui penglibatan anda dalam membaca dan memberi makna
kepada modul kursus ini. Semua tugasan adalah dalam bentuk soalan yang dipilih mengikut
bab. Terdapat lima soalan yang dibincangkan secara online menerusi laman
http://50.56.83.109/collegelms. Anda diminta memberi respon sekurang-kurang empat kali bagi
setiap soalan forum dan respon juga kepada tulisan dari rakan kursus.
Soalan 1:
Jelaskan perbezaan di antara statistik deskriptif dan statistik inferensi .
Soalan 2:
Dengan bantuan internet, beri penjelasan anda tentang pembolehubah kuantitatif diskret dan
pembolehubah kuantitatif selanjar dan berikan contoh-contoh yang sesuai.
Soalan 3:
Dalam ukuran kecenderungan memusat, bincangkan perbezaan antara min, median, mod dan
nyatakan kebaikan dan kelemahan masing-masing.
Soalan 4:

Bincangkan apa yang anda faham tentang julat dan sisihan kuartil. Hitung nilai julat dan sisihan
kuartil bagi data 22, 15, 47, 19, 22, 17, 35
Soalan 5:
Apabila mencari selang keyakinan bagi min sesuatu populasi, nyatakan bila anda akan
menggunakan taburan z atau taburan t.

B. FORMAT PENULISAN KERJA KURSUS


TUGASAN 1 : KUMPULAN
1. Jawab SEMUA soalan.
2. Tugasan hendaklah ditaip dalam font Arial saiz 11 dan Spacing 1.5
3.

Penjelasan secara terperinci perlu diberi.

4.

Bahan modul digunakan sebagai panduan sahaja. Jawapan anda mestilah asli, tepat dan
jelas.

TUGASAN 2 : BERPASANGAN
1. Jawab SEMUA soalan.
2. Tugasan hendaklah ditaip dalam font Arial saiz 11 dan Spacing 1.5
3.

Penjelasan secara terperinci perlu diberi.

4.

Bahan modul digunakan sebagai panduan sahaja. Jawapan anda mestilah asli, tepat dan
jelas.

TUGASAN 3 : E-LEARNING
1. Jawab SEMUA soalan perbincangan yang dimuatnaik di ruangan forum kumpulan
di http://50.56.83.109/collegelms
2. Jawapan bagi setiap soalan hendaklah tepat dan ringkas.
3. Selain daripada memberikan jawapan terhadap soalan tersebut, pelajar hendaklah
memberikan respon atau berinteraksi sekurang-kurangnya 3 kali pada mana-mana jawapan
rakan kumpulan anda bagi setiap soalan perbincangan.

C. PANDUAN PENYERAHAN TUGASAN


1. Tugasan MESTI lengkap dengan mengandungi 3 komponen di dalamnya:
i)

Jawapan dan respon anda melalui e-learning.

ii)

Jawapan ilmiah bagi tugasan 1 dan 2.


5

2. Kerja kursus yang lengkap mestilah disusun mengikut susunan berikut;


Muka hadapan berwarna biru muda (gunakan format seperti yang dicadangkan oleh
Kirkby International College)
i)

Mempunyai isi Kandungan dan Halaman .

ii)

Tugasan 1

iii)

Tugasan 2

3. Portfolio MESTI lengkap dengan mengandungi 3 TUGASAN di dalamnya.


Tugasan 1 : Projek mini Plan tindakan
a) Jadual laksana
b) Nota ringkas tentang Regresi linear dan kepentingannya..
c) Surat temujanji
d) Peta minda
e) Data yang dikumpul
f) Borang kolaborasi
g) Gambar rajah sebaran pada kertas graf
- mengandungi garisan regresi, dan persamaan regresi linear
i) Kiraan jarak garisan kuasadua terpendek
j) Sumber-sumber rujukan
k) Keputusan dan kesimpulan
(Dalam bentuk cetak dan softcopy yang menggunakan program Microsoft
Excel )
l) Refleksi : Untuk Projek mini(Dalam bentuk cetak)
Tugasan 2: Latihan Ujian Khi-kuasadua dan ANOVA Kajian
Tugasan 3: Respon anda terhadap lima soalan forum
4.

Pelajar dinasihatkan sentiasa menyimpan back up tugasannya.

5.

Sebarang masalah sila hubungi pensyarah anda.

D. FORMAT MELAKSANAKAN E-LEARNING


1. Terdapat 5 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on line bersama pensyarah dan
bersama-sama pelajar yang lain.
2. Pelajar hendaklah menjawab SEMUA soalan forum tersebut dengan jawapan asli yang
rasional dan bernas.
3. Pelajar dikehendaki memberikan pandangan, ulasan penambahan dan komentar terhadap
jawapan rakan-rakan yang lain. (Minimum 3 kali bagi setiap perbincangan soalan)
4. Pemarkahan diberikan kepada jawapan yang menepati dan kekerapan penyertaan berforum
dengan rakan-rakan yang lain
RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN
6

TUGASAN
Menepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan
baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea

A-

tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.


Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit
. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

B+

Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.


Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Idea disusun dengan

baik. Tiada kesalahan format & bahasa.


Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Idea disusun dengan

B-

baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan)
Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan da
nada contoh. Ada idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak

C+

lebih dari 4 kesalahan)


Kesalahan format yang diminta (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan da
nada contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak

melebihi 3 perkara) & kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).
Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. Isi mencukupi, isi di huraikan da nada
contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak

melebihi 7 perkara.
Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada
contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8

perkara.
Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

Disediakan oleh :
Puan Noor Khaliza binti Mohd Khairuddin
Pensyarah Matematik

Anda mungkin juga menyukai